Rabu, 24 Ogos 2011

ALLAH SEDANG MELIHAT..SESUAI SIFAT ALLAH YANG MAHA MELIHAT...MELIHAT MEREKA SEOLAH2 MENGAMAL ISLAM SEPENUHNYA....DALAM MASA SAMA MELAWAN HUKUM ALLAH..

MB tukar majlis syura kepada jk pendengaran
Ogos 24, 11 10:36am

Berikutan rasa terkejut yang diluahkan oleh Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah, semalam, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memutuskan penggunaan nama 'Majlis Syura' bagi jawatankuasa yang ditubuhkan bagi mencari penyelesaian isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah gereja di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu ditukar.

NONEDalam kenyataan media, malam semalam, menteri besar itu berkata kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk mengubah nama jawatankuasa tersebut kepada Jawatankuasa Pendengaran

“Kerajaan negeri kesal dengan kekeliruan berhubung penggunaan nama 'Majlis Syura' bagi jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mencari penyelesaian isu pemeriksaan JAIS terhadap Methodist Church di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

“Justeru, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk mengubah nama jawatankuasa tersebut kepada Jawatankuasa Pendengaran demi mengelakkan sebarang pertindihan dengan Majlis Syura Negeri Selangor yang diterajui MAIS,” katanya.

Matlamat asal

Namun menurut Abdul Khalid, matlamat asal, gerak kerja dan keahlian jawatankuasa itu tetap tidak berubah dan selaras dengan perbincangan antara beliau dan baginda Sultan Selangor.

selangor state assembly first sitting 210508 khalid teng sultan“Kerajaan negeri berharap perubahan nama ini akan dapat merungkai sebarang kekeliruan yang wujud dan meneruskan segala usaha mencari penyelesaian berhubung isu DUMC dan JAIS bagi kesejahteraan rakyat jelata”

Isnin lalu, Khalid mengumumkan pembentukan majlis itu bagi menyelesaikan kontroversi isu murtad dan bagi mengendurkan ketegangan yang mungkin tercetus di kalangan masyarakat Islam dan komuniti bukan Islam di Selangor.

Dalam kenyataannya itu, Khladi berkata idea penubuhan majlis tersebut dicadangkan oleh Sultan Selangor hasil perbincangan mereka minggu lalu.

Majlis tersebut akan dianggotai oleh Mufti Negeri Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid dan timbalannya, Datuk Abd Majid Omar serta dirinya sendiri.

NONENamun, semalam dalam satu kenyataan media setiausaha sulit kepada sultan Datuk Mohamad Munir Bani (kiri) berkata, isu baginda menitahkan atau menasihatkan kerajaan negeri Selangor menubuhkan majlis penasihat syura adalah tidak benar.

Katanya, sultan juga berpendirian, majlis penasihat syura atau badan berbentuk dialog berkaitan agama "tidak pernah diperkenankan".

Ini kerana, tambahnya, selain JAIS, negeri itu mempunyai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan jabatan mufti negeri.

Tidak menghalang

Jelas Munir, sultan tidak menghalang hasrat Khalid memanggil gereja tetapi menasihatkan timbalan mufti dijemput sekali.

Pada kenyataan medianya, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat akan tetap mencari jalan penyelesaian terbaik dalam isu berkenaan.

NONE“Kerajaan negeri tetap akan akur kepada segala nasihat dan titah yang diterima secara langsung daripada sultan Selangor serta bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan penyelesaian terbaik dalam isu ini,” katanya.

JAIS pada 3 Ogos lalu dilaporkan 'menyerbu' majlis makan malam di DUMC. Tindakan kontroversi itu mengundang kritikan banyak pihak pihak apabila JAIS didakwa tidak mempunyai waran.

Paderi kanan DUMC Daniel Ho antaranya mendakwa, JAIS masuk ketika majlis sedang diadakan, merakamkan video dan gambar serta tidak menunjukkan salinan aduan bila diminta.

Selepas lebih seminggu kejadian itu, JAIS akhirnya bersuara dengan menegaskan tiada serbuan dibuat terhadap DUMC, sebaliknya hanya membuat "pemeriksaan untuk memastikan kehadiran orang Islam".

Pengarah JAIS Marzuki Hussin berkata, perundingan dengan penganjur di luar dewan majlis membuktikan tuduhan JAIS membuat serbuan, kekasaran serta pecah masuk hanya "tohmahan liar" semata-mata.

  • Shah Abd Hamid · Pengulas Tertinggi
    apa ada pada nama? yg penting sekarang masalah murtad. kita nak selesai masalah murtad. bukan nak pikir tubuh majlis2 atau jk. skrng kita patut fokus pada isu besar. bukan dok gaduh pasal majlis syura atau jk.
    nanti, isu besar tak selesai, dok gaduh pasal penubuhan majlis/jk la pulak.
  • Leecious Junior · Bekerja di Cyberlan
    JIKA KITA MEMBACA 1 BELAH PIHAK PUNYA PENERANGAN JER.. MAKA PEKARA ITU AKAN JADI TIDAK BENAR & BERAT SEBELAH... KITA ANTI KEPADA ISSU MURTAD SKRG NI... KENAPA KITA NAK TUNDUK KEPADA GREJA LAK? WALHAL MMG DAH TERANG2 MEREKA MENYIMPAN AGENDA TSENDIRI KETIKA MAJLIS ITU BERLANGSUNG & TGK X CARA PERSERTA DGN BANGGA MENGATAKAN DIA DR KECIL MAK AYAH SUH BACA ALQURAN N DIA BACA...TP X FAHAM ENTAH APA DIA BACA N GELAK2 MCM INI BAHAN JENAKA..COME ON LAH...DUN B CHILDISH...GROW UP PLS PRO PR..NI PUN KORG TERMAKAN KE? MANA PENTING SKRG? AGAMA ATAU PARTI?
  • Ab Rahman Osman · Pengulas Tertinggi
    nama ajer lain matlamat tetap sama hehehehe takut dengar ada unsur islam kat situ yer...apa punya ngok la.
  • Firdaus Bin Omar · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
    Spot on. Jawatankuasa Pendengaran x de kena mengena dengan MAIS dan JAIS. Hehe...
  • Din Gombak · Pengulas Tertinggi · Friends with Sal Mohamad
    Kenyataan akhbar Penubuhan Majlis Penasihat Syura

    ADALAH saya dititah oleh D.Y.M.M. Sultan Selangor merujuk kepada kenyataan yang terdapat dalam media cetak, media elektronik dan media alternatif pada hari ini 23 Ogos 2011 berhubung dengan Penubuhan Majlis Penasihat Syura oleh Kerajaan Negeri Selangor.

    D.Y.M.M. Sultan Selangor amat terkejut dan menitahkan kepada saya membuat penjelasan tentang pendirian Baginda mengenai isu kenyataan tersebut, yang menyatakan D.Y.M.M. Sultan Selangor menitahkan atau mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menubuhkan Majlis Penasihat Syura adalah sama sekali tidak benar.
    ...Lihat seterusnya..
  • Soffie Borham · Top Commenter
    ni kalo BN buat benda sama, dah lama rakyat kata flip flop.
  • Rynna Sya · Top Commenter
    pelik tol ngan kerenah manusia yg pelbagai ragam.. pasal isu mcm nie pun diperbesar2kan..sdgkan isu MURTAD tu lg penting.. apalah guna jadi negara islam kalau tidak mempertahankan ISLAM itu sendiri... mmg negara kita bebas utk beragama tp bg mereka yg bkn islam yes... bkn yg utk beragama ISLAM.. tp ada plak manusia yg cerdik sgt boleh pinda2 akta tu sesuka hati... yg tidak memelikkan ada plak manusia seagama dan sebangsa mengutuk org lain yg bukan sefahaman dgn dia.. jgnlah duk kutuk sesama kita sendiri bukan dapat apa pun.. dpt dosa lg ado.... fikir2kanlah.. manalah tahu tetiba kita didatangi musibah dmana2 org yg kita tk kenal tu, kita kutuk dia dlm msiakini ni, tiba2 tlg kita ms kita ssh..
    • Rynna Sya · Top Commenter
      ISLAM tidak mengira parti politik apa yg anda pegang.. bila kita dilahirkan ISLAM..mmg menjadi kewajipan kita utk mempertahankan ISLAM berbanding negara..
    • Leecious Junior · Works at Cyberlan
      AKU PALING SETUJU YG INI...TP HERAN NAPE JUAK2 PR X PANDAI NAK PIKIR MCM HANG EA? ISLAM TU YG PALING PENTING TP D POLITIKAN & SALAHKAN UMNO...PELIK2..
  • Aura Rs · Kuala Lumpur, Malaysia
    Hentam sajalah Labu...... Sememangnya flip-flop!
  • Adisan Hasan · Top Commenter · USM
    iblis sentiasa menganggu kebenaran
    • Abdul Malik Mansor · Top Commenter · Shah Alam, Malaysia
      jangan libatkan iblis dalam isu ini kerana iblis sedang diikat dalam bulan ramadhan nie. kah.kah..kah.. nanti iblis kata :aku kena ikat pon perangai hangpa sama saja mcm musim aku xkena ikat." ;-) jgn marah. sekadar seloka.
  • Nizarasa Mohd Isa · Top Commenter · SMK
    bagus M.B.suatu cadangan yang baik ujudnya jawatankuasa pendengaran yang boleh mendengar hujah2 kedua belah pihak.Kena lantik Faekah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pendengaran Tan Sri.
  • Diplomatik Bebas · Top Commenter
    Biar lambat asal selamat. Dari terkejar sana, terkejar sini... akhirnya... HASIL pun TAK SEBERAPA.

    Ohh! Rupanya MAIS dah ada Majlis Syura mereka sendiri. Ok, tiada masalah. Hanya tukar nama sahaja. Yg penting TOLERANSI tu ada.

    DB doakan semoga MB kuat semangat dan bersabar diatas dugaan yg MELANDA.

    UNDILAH PR pada PRU ke 13.
  • Ahmad Hassan · Top Commenter
    PR sentiasa hadapi berbagai cabaran dek karerinah ramai belaci BN.
  • Peter Cyf · Top Commenter
    kadapatan guna nama sultan.. kantoi..
  • Ahmad Hassan · Top Commenter
    Berkata Benar dan berterus terang setiap ketika. Jangan ambil kesempatan untuk kepentingan parti. Nak jaga undi bukan islam sampaikan sanggup gadaikan agama. Malang bagi negeri selangor punyai MB yang rendah budi, berfikiran jumud.
  • Kilang Besi · Top Commenter · Friends with Pria Malaya
    tak terkejut pun, cuma muskil apa yang MB buat ada yang tak puas hati,
  • Mak Lampir · Top Commenter · Kajang, Malaysia
    HEHEHE... Apa tujuan dan maksud Majlis Syura ( JK Pendengaran )tuh? Apa yang hendak dibuat dengan semua tuh? Teman bukan tidak bersetuju dgn penubuhannya...... Tapi! untuk apa? kalau sekadar nak tutup kegagalan deme menanggani isu DUMC tuh.... hentikan aje ler..... Yang kita tekankan disini adalah isu per'MURTADAN' umat melayu/Islam di insiden tersebut......

    Apakah PR takut kehilangan kuasa? atau pun takut kehilangan undi umat Kristian? Fikir fikirin......
  • Ipoh Mali · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
    Mampuih pi la MB nak bubuh Nama Syura ke.. Jawatankuasa ke.. Dia nak selesaikan Masalah Rakyat! Yg Penasihat Suiltan balaci UMNO si Munir Bani Israel tu Buat Ape menyibuk.. Takut sekali Lagi JAIS Kantoi jadi barua UMNO? Ahli Jawatankuasa dia Mufti Selangor.. bukannya Paderi.. Ts Khalid tu MB yg Dipilih Rakyat.. biaq dia selesai masalah.. jangan Dok kacau.. Agak kalau nak mengacau jugak.. Esok suruh Munir bani Israel buat Pilihanraya Pilih Sultan pulak.. Bangang betui Barua UMNO ni..
  • Sheikh Mad · Top Commenter · Universiti utara malaysia
    BUATLAH NAMA APA PUN JANJI MENDATANGKAN KEBAIKAN UNTUK SEMUA PIHAK...DEMI PENYATUAN UMMAH..TUNJUKKAN KEBAIKAN ISLAM YANG SEBENAR..ISLAM AGAMA YANG MENYERU KEARAH KESEJASTERAAN...
  • Mohd Zailani Mohd Yunus
    besar harapan patik agar penubuhan j/k pendengaran ini tidak lagi menyebabkan tuanku terkejut... ampun tuanku
  • Zarmizi Bin Hamid · Top Commenter
    Semoga MB berjaya menerajui Sngor dengan jaya walau banyak pancaroba dan rintangan .... coz yg untung rakyat juga....
  • Ammierto Bangi · Top Commenter · UKM
    Satu langkah kehadapan mendepani isu berbangkit. Namun masalah 'trojan horse' dalam kerajaan negeri masih kekal selagi MAIS dan JAIS tidak direformasikan.Puak ini suka menggunakan agama dan sultan untuk memanipulasi sesuatu isu.Isu di gereja bukan isu terakhir.
    • Leecious Junior · Works at Cyberlan
      HAH...PR MMF SUKE REMORMASI...HANG REFORMASI SEKALI LAH AGAMA SUPAYA SUMA REFORMASI TOGETHER2...BANTAI IKUT SUKA HANG JANJI REFORMASI...
  • Shaari Mat Saman · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
    UMNO ada dibelakang tabir kerja2 ni. Perangai UMNO suka cari gaduh dengan semua orang. Sama sdiri pun dia bergaduh spt kta Khir Toyo.
  • Junaidi Amir · Top Commenter · Institute of Professional Development, OUM
    Sesuatu yang baik oleh Kerajaan PR selalu tidak disukai oleh mereka-mereka yang berkepentingan. Kenapakah ini berlaku?


Liwat II: Pendakwa soal balas pakar asing
Ogos 24, 11 9:31am

Prosiding membela diri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk hari ketiga dengan pihak pendakwa menyoal balas pakar forensik Dr David Wells.

Pakar dari Australia itu, yang merupakan saksi ketiga pihak pembela, memberitahu mahkamah semalam bahawa sampel sperma yang diambil dari pengadu, Mohd Saiful Bukhari, tidak dapat memberi keputusan yang diperlukan.

Ia kerana sampel tersebut diambil selepas lebih dua hari kejadian liwat didakwa berlaku.

Kejadian itu didakwa berlaku pada 26 Jun 2008, dan sampel itu diambil dari Saiful antara jam 9 malam dan tengah malam 28 Jun 2008.

Selain itu, katanya, sampel tersebut tidak disimpan dengan betul di di balai polis dan ia diserahkan kepada ahli kimia untuk ujian dua hari kemudiannya.

Dr Wells, yang merupakan pakar dalam bidang kes serangan seksual, dalam keterangannya semalam, juga berkata ketika mengambil sampel dari mangsa, dia akan melakukanya secara sendirian dan hanya dibantu oleh jururawat. Ini, katanya, untuk mengelak pencemaran.

Dalam kes Saiful, empat doktor berada bersama pengadu untuk mengambil sampel tersebut, serta dengan kehadiran pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira.

Pihak pendakwa dijangka menyoal Wells mengenai laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur ke atas Saiful, yang dianggapnya sebagai tidak tepat.

Selepas Wells, seorang lagi pakar dari Australia - pakar DNA Dr Brian McDonald, dijangka dipanggil memberi keterangan.


Tiada ulasan: