Selasa, 23 Ogos 2011

KALAU SEMUA PEMIMPIN DE MASALAH SENDIRI...MASING2 ADA KES...BAB2 TIPU SERTA MORAL...ALLAH AKAN MENGHUKUM MEREKA SESUAI KEJAHATAN MASING2

PKR: Najib tunduk kepada Muhyiddin?
Ogos 23, 11 2:41pm
Beberapa kejadian berdolak dalih dalam dasar kerajaan, membuat pemimpin PKR tertanya-tanya mengenai kemungkinan rancangan reformasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang cuba digagalkan oleh timbalannya dengan tidak memberikan kerjasama.

muhyiddin yassin and najib and umnoKes terbaru, menurut pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, membabitkan pembentuk jawatankuasa khas parlimen bagi meminda undang-undang pilihan raya di negara ini.

"Sindrom berdolak-dalih yang membelenggui pentadbiran sebelum ini berterusan apabila perdana menteri beralah dengan (Timbalan Perdana Menteri) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kemudian mendakwa bahawa pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak akan bergantung kepada keputusan jawatankuasa khas itu," kata Nik Nazmi semasa sidang akhbar hari ini.

Najib pada 15 Ogos lalu berkata jawatankuasa khas itu bertujuan memastikan integriti pilihan raya umum yang akan datang tetapi menolak desakan supaya pilihan raya umum berkenaan ditangguhkan sehingga selepas jawatankuasa itu selesai menjalankan tugasnya.

Tidak berpuas hati dengan teori Nik Nazmi itu, wartawan meminta pemimpin PKR itu memberikan bukti-bukti bagi menyokong dakwaannya itu dan beliau berkata hipotesis itu adalah berdasarkan "logik".

NONE"Apabila Najib berkata mana-mana stadium (boleh digunakan untuk perhimpunan BERSIH), kementerian dalam negeri berkata hanya stadium di Selangor boleh digunakan dan ini dituruti. Sekarang Muhyiddin berkata sesuatu, dan kemudian Najib berkata pilihan raya yang boleh dipanggil pada bila-bila masa."

Sehari selepas pengumuman Jawatankuasa Khas parlimen itu, Muhyiddin berkata tidak ada masalah dengan sistem pilihan raya di negara ini dan jawatankuasa itu hanya bagi memperkasakan sistem sedia ada.




Khir Toyo: Tiga menteri mahu saya dipenjarakan
Ogos 23, 11 6:53pm

Bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo mendakwa tiga menteri persekutuan dalam jemaah menteri sekarang sedang berkonspirasi bagi beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah.

Dalam blognya hari ini, Dr Khir yang menulis mengenai 'memohon ampun dan maaf' sempena semangat Ramadan, berkata beliau tidak akan mendedahkan nama menteri-menteri berkenaan kerana tidak mendapat bukti yang sahih.

NONENamun katanya, beberapa sumbernya sangat boleh dipercayai.

“Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya,” tulisnya.

Dr Khir baru-baru ini diarah membela diri berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu.

Katanya, konspirasi itu tersebar apabila seorang daripada menteri itu dilaporkan berkata kepada dua rakannya bahawa BN mampu merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat jika dirinya didakwa.

“Seorang menteri dilaporkan berkata kepada dua orang menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan.

Kebodohan pemimpin

“Apakah mereka ini begitu besar boleh menguasai hakim perbicaraan? Saya tidak mahu percaya mereka berupaya mengarahkan hakim atau hakim akan mendengar arahan kumpulan ini,” tulis Dr Khir sambil menambah beliau masih percaya dengan kebebasan dan integeriti institusi kehakiman.

NONEBeliau juga mengingatkan ketiga-tiga menteri berkenaan, agar menumpukan kerja mereka membantu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan terutama membabitkan potfolio masing-masing.

“Kenyataan bahawa jika Khir Toyo dipenjarakan maka BN akan dapat kembali Selangor hanya menunjukkan kecetekan pemikiran pemimpin tersebut yang tidak memahami keseluruhan isu rakyat di Selangor.

“Lebih daripada itu, ia menunjukkan kebodohan pemimpin ini seolah-olah majoriti rakyat Selangor tidak cerdik dan tidak boleh menilai fakta-fakta kes di mahkamah.

“Apakah pada hemat beliau rakyat Selangor secara majoritinya dungu, bebal dan bengap yang akan mengikut skrip sandiwara beliau?” soalnya lagi.

Menurut Dr Khir, majoriti rakyat terutamanya di Selangor mahu melihat keadilan undang-undang ditegakkan tidak kira ia di pihak Umno mahu pun di pihak parti-parti lain.

Dakwaan konspirasi oleh Dr Khir timbul apabila bekas menteri besar itu diarah membela dirinya pada perbicaraan yang dijadualkan bermula pada 26 September depan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

azlanBeliau dipersalahkan berikutan kekalahan BN di Selangor pada pilihan raya umum 2008 selepas memerintah negeri itu daripada 2000 hingga 2008.

Berikutan keputusan yang memalukan itu, Khir berundur diri. Jawatannya sebagai pengerusi perhubungan negeri Selangor diambil alih oleh Najib selaku presiden parti Umno.

Najib kemudian melantik Datuk Noh Omar, seteru Dr Khir sebagai timbalannya dan dilihat sebagai calon menteri besar baru jika BN mampu menang pada pilihan raya negeri akan datang.

Menurut spekulasi Dr Khir yang juga ADUN Sungai Panjang tidak akan bertanding pada pilihan raya akan datang.



Sultan S'gor terkejut penubuhan majlis syura
Ogos 23, 11 5:18pm

Sultan Selangor amat terkejut dengan cadangan penubuhan majlis penasihat syura bagi menyelesaikan isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Setiausaha sulit kepada baginda Datuk Mohamad Munir Bani berkata, apa yang berlaku, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim telah menyembah maklum hasratnya membawa mufti negeri bagi bertemu pihak gereja.

NONEMenurut Mohamad Munir (kiri) lagi, sultan tidak menghalang hasrat Khalid memanggil gereja tetapi menasihatkan timbalan mufti dijemput sekali.

"Oleh yang demikian, isu tentang DYMM Sultan Selangor menitahkan atau menasihatkan kerajaan negeri Selangor menubuhkan majlis penasihat syura adalah tidak benar," kata Mohamad Munir.

Semalam, Khalid berkata, idea penubuhan majlis tersebut dicadangkan oleh Sultan Selangor hasil perbincangan mereka minggu lalu.

Menurutnya, majlis itu akan mengkaji isu membimbangkan masyarakat Islam dan komuniti bukan Islam Selangor untuk dibangunkan garis panduan demi memastikan hormati menghormati dan harmoni pelbagi kaum dan agama terus terpelihara.

'Dialog tak pernah diperkenan'

Dalam kenyataannya hari ini, Mohamad Munir berkata, Sultan juga berpendirian, majlis penasihat syura atau badan berbentuk dialog berkaitan agama "tidak pernah diperkenankan".

Ini kerana, tambahnya, selain JAIS, negeri itu mempunyai Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan jabatan mufti negeri.

NONEJAIS pada 3 Ogos lalu dilaporkan 'menyerbu' majlis makan malam di DUMC. Tindakan kontroversi itu mengundang kritikan banyak pihak pihak apabila JAIS didakwa tidak mempunyai waran.

Paderi kanan DUMC Daniel Ho antaranya mendakwa, JAIS masuk ketika majlis sedang diadakan, merakamkan video dan gambar serta tidak menunjukkan salinan aduan bila diminta.

Selepas lebih seminggu kejadian itu, JAIS akhirnya bersuara dengan menegaskan tiada serbuan dibuat terhadap DUMC, sebaliknya hanya membuat "pemeriksaan untuk memastikan kehadiran orang Islam".

Pengarah JAIS Marzuki Hussin berkata, perundingan dengan penganjur di luar dewan majlis membuktikan tuduhan JAIS membuat serbuan, kekasaran serta pecah masuk hanya "tohmahan liar" semata-mata.


  • Ahmad Tajdid · Pengulas Tertinggi · INSTITUT TEKNOLOGI MARA
    patik tak terkejut jika tuanku terkejut. kali ni rasanya dah banyak kali tuanku terkejut. peliknya masa zaman umno perintah tak dengar pulak tuanku terkejut. ampun tuanku! masa Umno berkuasa MUFTI pun boleh dipecat. puluhan ulama disenaraihitamkan termasuk almarhum dato' ishak baharom, dr haron din, dato' ismail kamus dan termasuk dalam senarai DATO' HASAN MOHD ALI (walaupun bukan ulama). pentadbiran masjid juga dirampas dan pegawai penguatkuasa Jais menggunakan pemotong besi untuk menceroboh masuk ke pejabat pengurusan masjid. AJK masjid mesti mendapat kelulusan Adun Umno dan bagi kawasan-kawasan yang tiada Adun Umno, Ketua Bahagian Umno diberi kuasa mengesahkan AJK masjid yang ditunjuk JKKK kampung. tuanku mungkin tak terkejut masa tu sebab tak ada orang yang sembah maklum. ampun Tuanku!
    • Athirah Zaleha Terah
      sultan tak terkejut mana yang terkejut tu munir bani kut, masa pelantikan suk selangordulu pun sapayang terkejut.dia ni ada udang sebalik mee kot
    • Mohd Akmal Abd Rahim · Pengulas Tertinggi
      aku rasa munir ni geng songkok tinggi lahhh..hahaha.. dia kot yg terkejut.
    • Irfan Malik · Pengulas Tertinggi · Bekerja di My own business
      isk isu murtad memanglah serius,isu kenapa orang muslim itu murtad itu lebih lagi serius.Pembuat dasar dan permerintahan adalah dari kalangan orang muslim sendiri.......cuba check mana yg tak kena.................
  • Hatta Nongah · Pengulas Tertinggi
    Semoga negeri Selangor kekal aman dan dibawah PR pada PRU 13 walaupun banyak sangat isu2 sensitif yang menganggu gugat pentadbiran yang ada sekarang dibawah Tan Sri Khalid. Ingat rakyat Selangor semua kita sekarang tengah selesa dibawah PR...jika anda rakyat Selangor anda sendiri tahu apa dia.. KITA SEMUA SOKONG PR!
  • Liau Peng Chuan · Pengulas Tertinggi
    umno dewasa ini=MACAM PONDAN TUA TERHEGEH-HEGEH CARI PELANGGAN!
    • DinMinyak Melaka · Pengulas Tertinggi
      Woit....kau yg pondan......kalau jantan sgt apa kata kau tubuhkan Parti Pondan Penipu.......
    • Sungai Rapat · Pengulas Tertinggi · UCLA
      Liau Peng Chuan yang cari pelacur cina adalah Anwar Ibrahim saja
    • Naz Bar · Pengulas Tertinggi
      Kerana PKR lah kafir lahnat tu dah semakin biadap terhadap org2 Islam....
  • Liau Peng Chuan · Pengulas Tertinggi
    Anak haram punya UMNO! nak pakai orang bangala undi untuk depa! Stop the monkey business ASAP.
  • Sya Iqah · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Osama Bin Laden Killed - 05/1/2011
    erm... jgn tekejut sultan nanti mati tekejut lak... yg peting aman dan makmur
    • Zairul Musa · Pengulas Tertinggi · Kuala Trengganu, Terengganu, Malaysia
      Bujang Senang berhujah mcm orang bodoh..cubalah berbahasa indah di bulan Ramadhan nih..xhabis2 nak provoke dan cari masalah, jika kita tidak boleh selesaikan masalah janglah jadi sebahagian dari masalah!
    • Hafiz Mat · Pengulas Tertinggi · umur 21 tahun
      pki lambang arak tgh2 bulan posa ni pehal? k0 minum ke?
    • DinMinyak Melaka · Pengulas Tertinggi
      Yg akan mati terkejut adalah ulamak2 PAS bila kalah PRU....perasan org Melayu sokong mereka....
  • Ipoh Mali · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
    Penasihat Sultan Yg Gemuk si Munir bani(tak tau bani mana..bani Israel kut)ni Memang UMNO piorr pun.. Dia ni la dalang Perlantikan Khusrin Sebagai SUK! Ni lah Penasihat UMNO yg Dok dalam Istana lagi Sekarang... Amboii.. Tubuh Majlis Syuraa Terkejut... Kalau Hal HardRock Cafe ngan Kavita Kaur tak Terkejut pulak.. kalau Rakyat Selangor semua Tahu.... Rakyat Pulak Terkejut! kah kah kah kah.
    • Kang Razzi Armansur · Top Commenter · Suicide Bomber at Suicide Bomberr
      Ye, ye... betul, Si Munir ni memang tali barut UMNO! Aku rasa Sultan tak kata apa dan terkejut apa pun, sebab apa yang MB buat adalah kebaikan. Munir yang lebih2
    • DinMinyak Melaka · Top Commenter
      Kalau dia tali barut UMNo apahal pulak...dia ada kebebasan bersuara dan berpolitik...itu hak dia...takkan Pakatan Rakyat tak blh hormati hak org lain....cakap tak serupa bikin...
    • Ipoh Mali · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
      Din Minyak..kalau kau kata hormat kebebasan bersuara.. Mampuih pi la aku nk ckp ape.. Ni kebebasan aku nk bersuara kt wall aku.. Apa lu sibuk.. Lu sendiri ludah muka senndiri lo.. Kah3 kan dh kena..
  • Rosmadi Abu Bakar · Top Commenter · Friends with Yob Tualang Sekah II
    sultan sekarang menjadi alat parti pemerintah je,,
    • DinMinyak Melaka · Top Commenter
      Sultan tu bebas tak jadi alat sesiapa...dia waras berfikir utk kepentingan Melayu dan Islam.....yg tak waras tu PKR dan PAS....semua Melayu bodoh dan pengampu DAP....
    • Abdul Manan · Top Commenter · UKM, Bangi, Selangor
      din minyak tolong diam.fed up le dgn anda...
    • Mizie Rash
      yang perintah selangor skrg siapa?
  • Mamluk Qalawun · PENGHUKUM PECHACAI PAS, DAP, PKR at NERAKA JAHANAM SDN BHD
    pAKATAN RAKYAT MEMANDAI MANDAI. Dah terangkan...belum berkuasa penuh dah pun 'Bersultan d mata, Beraja d Hati'.....nnt kalau dah berkuasa penuh pasti akan jadi seperti BURUNG MERAK EKOR KEMBANG 12.....Langsung x pandang sapa2 lagi termasuk Islam. Yang penting ialah undi nak menang PRU saja..tu pun klu ada PRU la setelah PR perintah negara ni....Ada PRU lagi ka nnt?
  • Hamzah Abu Seman
    aku sokong AZT, sepatutnya DYMM sokong, kerana membantu Tuanku untuk menyelesaikan kemelut yang UMNGOK Be End ada sahamnya.
    • DinMinyak Melaka · Top Commenter
      Sokong bawak rebah ker...Sultan tu bukan bodoh mcm melayu2 Penipu Rakyat nie....kerja asik memfitnah dan menipu rakyat........
    • Anis Che Din · Klang
      DMM ni budak bangang cakap berbalik pada kaum sendiri...buta mata buta hati...si munir ni pun satu, kenyataan sentiasa bercanggah dgn MB...apapun aku sokong Tan Sri Khalid utk tubuhkan majlis syura. Lagipun mufti salah seorg darinya...
    • DinMinyak Melaka · Top Commenter
      majlis Syura tu baik...cuma jgn jadi majlis Sura Boenak DAp ajer....kalau dah jd mcm tu Majlis Syura pun akan tunduk pd Gereja...
  • Din Gombak · Top Commenter · Friends with Sal Mohamad
    Buat Tan Sri Khalid Ibrahim,
    Firman Allah SWT,
    "..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
    (Al-Baqarah:216)
    • DinMinyak Melaka · Top Commenter
      Khlaid...jgn berpura2 baik kalau kau sendiri yg jadi boneka DAP....
  • King Jason · Top Commenter · Programmer/Analyst at Apple Inc.
    NAMPAKNYA UMPAN UMNO DAH MEGENA! MANA DIA ISU PENGUNDI PATI? ISU MISMAH? MANA DIA TUNTUTAN PILIHANRAYA BERSIH?

    SAYA TIDAK INGIN MENGAITKAN SULTAN DISINI.

    SAMBUNGAN DIALOG YG LALU.
    ...See More
    • DinMinyak Melaka · Top Commenter
      Umpan UMNo aper...? ni korang kerajaan PR yg buat sendiri....tak respect JAIS langsung......lepas tu sembah gereja pulak...apa korang melayu Islam buat kat PR nie..???? merosakkan akidah umat Islam......PAS pun skrg dah join melainkan segelintir yg bernai bersuara.....
    • DinMinyak Melaka · Top Commenter
      Siapa yg berani bersuara utk umat Islam akan diketepikan oleh PAS yg kunonnya Islam sgt......lebih Islam dari org lain...
    • King Jason · Top Commenter · Programmer/Analyst at Apple Inc.
      UNDANG UNDANG DI NEGARA KITA MENGATAKAN RAKYAT YG BERUMUR 18 TAHUN KEATAS BERHAK MEMILIH AGAMA YG DI KEHENDAKI!

      SOALAN SAYA BERBUNYI BEGINI.SIAPAKAH YG BERHAK UNTUK MENGUBAL DAN MEMPERBAIKI UNDANG2 ZAMAN BRITISH INI?

      A : PAS
      ...See More
  • Abdul Manan · Top Commenter · UKM, Bangi, Selangor
    tak kisah apa nama pun-majlis syura ke, majlis muhibbah ke, jawankuasa ke-yg penting kerajaan selangor ada kemahuan nak selesaikan isu jais dumc-jais ni.semua pihak kena berlapang dada dan sanggup terima kritikan serta duduk semeja.jgn biar perkasa, din minyak melaka, hang nadim dll mainkan isu ni untuk buat islam-keristian bergaduh....
  • Wayne Irwan Shah · Top Commenter · Universiti Teknologi MARA
    terima jer apa yang sultan beritahu tu..nampak sgt kerajaan PR dan MB Khalid penipu dan pembohong! sultan x ada kena mengena dgn kerajaan lah..
    • Zairul Musa · Top Commenter · Kuala Trengganu, Terengganu, Malaysia
      Bujang Senang oii...rasanya dulu ada MB dari UMNO lagi hebat & durhaka...bawa lari anak Sultan menikah kat Thailand..dah lupa ker? jangan dok menunjuk jari menyalahkan orang sedangkan 4 jari menghala kepada kita...lagi satu xbelajar hukum ker..mana boleh mendoakan bala kepada orang..kalu xreti hukum..belajo dulu..janglah berhujah macam orang bodoh sangat!
    • Muhammad Abdullah · Top Commenter · SM TEKNIK PERTANIAN CHENOR
      Orang makan tah. takan kamu nak makan juga.
    • Hasni Has · Top Commenter · Tiada
      MB gagap dalam bulan ramadhan pun sanggup menipu.....semoga Allah swt menurunkan laknat dan bala kepadanya sebagai pengajaran kepada semua yang beriman....aminnnnnn TAK TAU ASAL USUL DAH TUDUH MENIPU,BODOH ,BANGKAI PUNYA OLANG.....TENGOK SAPA YG KENE BALA...
  • Liau Peng Chuan · Top Commenter
    Amaran to UMNO! Stop the monkey business ASAP.Akibat sendiri tanggung.Ownselves bear the consequences.
    • DinMinyak Melaka · Top Commenter
      Amaran buat DAP dan sekutu...jgn memperbodohkan org Melayu sebab kalau melayu bangkit semua akan hancur...
  • Azahari Hj Rangon · Top Commenter
    pembohong! bertaubatlah wahai Khalid PR Pembohong Rakkyat.
    • DinMinyak Melaka · Top Commenter
      MB Khalid Gereja bukan sahaja patut bertaubat tapi patut resign dari kerusi MB...tak layak utk jadi pemimpin Islam....
    • DinMinyak Melaka · Top Commenter
      Jgn bohong pasal akidah umat Islam...nanti kamu akan diturunkan bala oleh Allah....
  • Lily Hashim · Friends with WakeupProject NibongTebal
    Sebenarnya penubuhan Syura adalah cara belakang PAS nak mengetuai Majlis Ugama di Selangor- jika semasa UMNO memerintah perkara ini TIDAK PERNAH BERLAKU-jika tak suka boleh Tuanku Sultan memerinath pegawai diganti -sedangkan semasa PAS/PKR /DAP memerintah Tuanku Sultan banyak kali diobelakngkan da;lam hal ehwal ugama -yg paling malang bagi umat Islam ialah PAS yg Wahhabi akan terus merosakkan umat Islam seperti fatwa Wahhabi yg menyesatklan di Pulau Pinang dan isu murtad yg tak ditangani dgn baik--PAS sahih sebagai satu party politik dan paling malang tunduk pada DAP yang kafir.
  • Aswadi Awang Man · Top Commenter · Kajang, Malaysia
    perkara yang baik tak perlu terkejut, yang tak baik tu kita perlu terkejut,
  • Muhd Fazrul · Top Commenter · National University of Malaysia
    hmmm..selesaikan sebaiknya..
  • Seamaster Rahmat · Top Commenter
    sultan ke si munir yg terkejut ni..
    • Meranti Fc
      waaaaaa..berani sungguh Pak Khalid tu....! dah lama memerintah ker..? ko tunggu jap lagi..pasti ada "PEMUDA UMNO" buat bantahan...lepas ni depa bagi Sinki, periuk, kuali, gas (bukan pemedih mata) tapi lauk nak masak2 xder...kene PKR wat sendiri...hahahahaahhahaaa...siannnnyerr ko Pak Khalid....dugaaannn....
    • Meranti Fc
      comfirm laaa....depa duk kate Pak Khalid lawan sultan DURHAKA kepada sultan...tangkap dia...tembak dia...penjarakan diaaa...! Gerammm plak aku...!
    • Meranti Fc
      ermmm....tp Tun M kita pun dulu lagi power....kaw2 dia bagi kat sultan...siannnn sultan..kesiannn....
  • Bicara Che Wan · Top Commenter · TOK SIAK, MASJID KAYU, PULAU PINANG at Masjid Kayu
    KITA JUGA TAK TERKEJUT JIKALAU DI SELANGOR PUN DIHARAMKAN TAZKIRAH SEPERTI MANA YANG BERLAKU DI PAHANG SEKIRANYA UMNO/BN YANG MEMERINTAH SELANGOR.... SEMUA JADI TERKEJUT ASALKAN MELIBATKAN PAKATAN RAKYAT

    SIAPA KATA MUDAH UNTUK MEMERINTAH SEBUAH NEGERI JIKA KERAJAAN PUSAT DENGAN KERAJAAN NEGERI MEMPUNYAI FAHAMAN POLITIK YANG BERBEZA.. LIHAT SAJA APA YANG BERLAKU DI PERAK SATU KETIKA DULU

Pakar: Sampel DNA mungkin tidak bermakna
Hafiz Yatim
Ogos 23, 11
2:05pm

Sampel DNA yang berusia lebih daripada 36 jam tidak lagi dianggap sebagai bukti "bermakna", kata pakar patologi forensik Australia Dr David Wells pada perbicaraan kes liwat II hari ini.

anwar ibrahim and dna testingPada keterangannya ketika disoal oleh peguambela Sankara Nair, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Wells berkata adalah sukar untuk mendapatkan keputusan daripada spesimen seumpama itu,.

Sankara: Jika spesimen itu dalam rektum (pengadu) untuk 56 jam sebelum ia dikeluarkan, bolehkan sampel DNA didapati?

Wells: Saya akan sangat terkejut... Saya belum pernah terbabit dalam kes di mana DNA yang diambil dari dubur atau rektum hanya diambil selepas lebih daripada 24 hingga 36 jam setelah dimasukkan. Ia satu tempoh yang panjang tanpa udara kering ... Saya akan ragu-ragu untuk mendapatkan apa-apa hasil yang bermakna.

Pagi tadi, Wells memberitahu mahkamah bahawa dia lebih suka jika anggota polis tidak hadir semasa pemeriksaan ke atas mangsa serangan seksual.

NONEWells (kiri), yang mengkhusus dalam kes-kes serangan seksual, berkata dia lazimnya akan menjalankan pemeriksaan berseorangan dengan bantuan jururawat.

"Ini sangat sulit, ia menganggu, dan ada kemungkinan bahaya bukti dicemari.

"Mangsa mungkin berasa tidak selesa dan mereka mungkin merasa tertekan dengan kehadiran anggota polis," kata Wells - saksi ketiga pihak pembelaan.

Semasa pemeriksaan yang dijalankan ke atas pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira berada di dalam bilik bersama-sama dengan doktor-doktor yang memeriksa Saiful.

Doktor yang merawat Saiful pada malam dia ke Hospital Kuala Lumpur adalah Dr Razali Ibrahim, Dr Siew Sheue Feng dan Dr Khairul Nizam Hassan.

Menjawab soalan daripada pihak peguambela Sankara Nair semasa pemeriksaan balas, Wells menyifatkan laporan perubatan yang diisi oleh para doktor di Hospital Kuala Lumpur itu sebagai tidak tepat dan samar-samar.

azlanBeliau berkata terdapat percanggahan dan ketidaksamaan pada borang proforma HKL yang digunakan untuk kes-kes serangan seksual dengan laporan perubatan Saiful. Contohnya, borang proforma menyatakan terdapat pendarahan tetapi laporan perubatan sebaliknya mengatakan tidak ada.

Selain itu, Wells turut mempersoalkan catatan doktor yang menyebut 'tiada penemuan konklusif' sedangkan menurut pengalaman beliau ia harus ditulis 'tiada sebarang penemuan".

Katanya perkataan "konklusif" bermaksud doktor yang memeriksa Saiful kurang pasti akan penemuannya sendiri.

Anwar, dalam kenyataan sepanjang 32 halaman semalam menafikan bahawa beliau mempunyai hubungan seks dengan bekas pembantunya itu.

Anwar dituduh meliwat Saiful di Unit 11-5-1 Kondominimum Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.





Tiada ulasan: