Ahad, 14 Ogos 2011

BIAR BIDANGNYA YG BERCAKAP... YANG BIDANGNYA BERCAKAP BIAR TELUS JANGAN BERKEPENTINGAN DIRI..SALAH TETAP SALAH...BETUL TETAP BETUL..BERTAQWALAH

Ezam: Saya tak maksud 'bakar' betul, tapi simbolik..
Ogos 14, 11 4:06pm

Senator Mohd Ezam Mohd Nor menjelaskan dia tidak bermaksud untuk membakar betul Malaysiakini dan Malaysia Insider, "tetapi hanya simbolik kemarahan terhadap mereka yang bakar hati umat Islam" berhubung isu murtad.

NONEDalam tweetnya hari ini, bekas pemimpin pembangkang yang kini menjadi aktivis Umno itu mendakwa apa yang dimaksudkan ialah untuk
"membakar" Malaysiakini dan The Malaysian Insider kerana mereka telah "membakar" hati umat Islam mengenai isu murtad.

Tweetnya berbunyi: MK/MI portal news dialam siber. mcmana BAKAR alamsiber?x ancam bakar reporter/bangunan.ianya simbolik kemarahan terhdp mrk yg BAKAR hati umat.

Dalam perhimpunan selepas solat Jumaat lalu di masjid negeri Selangor Shah Alam, bekas pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bersumpah untuk melancarkan "perang habis-habisan" ke atas portal Malaysiakini yang didakwanya sebagai "ejen" kepada "pengkhianat Islam".

Perhimpunan anjuran kumpulan Gerakan Cegah Murtad itu diadakan ekoran kontroversi berhubung tindakan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya pada minggu lalu.

"Kita akan lancarkan perang habis-habisan jika mereka tidak hentikan dengan ejen mereka -- Malaysiakini, Malaysian Insider -- yang biadap kepada JAIS, kononnya mereka menceroboh masuk gereja.

"Kita beri anda amaran terakhir. Jika anda tidak hentikan sampah ini, kita akan bakar anda," katanya lagi di perhimpunan itu.

NGO Islam gesa akhbar jangan putarbelit isu akidah Islam
Ogos 14, 11 1:04pm

Sidang meja bulat NGO Islam yang semalam meluluskan 10 resolusi termasuk menggesa supaya isu berkaitan akidah umat Islam tidak dimanipulasikan dan diputarbelit oleh akhbar untuk memberikan kelebihan politik kepada sesuatu pihak sehingga memecahbelahkan perpaduan umat Islam.

Selain itu, mereka juga menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pihak-pihak berwajib yang lain segera membuat tindakan dan pendakwaan jika benar terdapat usaha memurtadkan umat Islam sebagaimana tuntutan pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan dan bekas pengerusinya.

NONEMereka juga menuntut semua pihak yang pernah terlibat merobohkan institusi Islam, termasuk meruntuh institusi pendidikan Islam, masjid dan surau, memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia kerana tindakan mereka telah mendorong agama Islam tidak dihormati.

Sidang meja bulat itu diadakan di Kompleks Perumahan Exco Kerajaan Negeri Selangor itu turut disertai Dewan Pemuda PAS Pusat.

Menurut presiden IlMUAN, Dr Fuad Salleh, resolusi lain yang diluluskan dalam sidang meja bulat tersebut ialah:

1. Bersepakat dan beriltizam untuk mempertahankan pegangan akidah umat Islam di negara ini daripada dicerobohi selaras dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan di dalam Perlembagaan Malaysia dan juga Peruntukan Undang-undang yang sedia ada termasuk menguatkuasakan undang-undang murtad.

2. Mendokong dan menyokong usaha mana-mana pihak untuk memperkukuh akidah umat Islam melalui program pendidikan dan kebajikan serta menuntut diperkasakan program tersebut termasuklah dengan mengembalikan semula bantuan yang secukupnya kepada sekolah agama rakyat.

4. Menuntut supaya badan-badan yang berkaitan dengan harta amanah umat Islam bertindak secara cekap bagi membantu umat Islam yang terpinggir dan tercicir supaya kehidupan mereka lebih terbela dan terjamin.

5. Menegaskan bahawa isu-isu berkaitan dengan akidah umat Islam ini adalah isu yang sangat sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian kaum, justeru menyeru kepada semua pihak supaya tidak bertindak menyalahi undang-undang yang termaktub.

6. Menggesa supaya institusi-institusi yang mentadbir urusan umat Islam diserahkan kepada mereka yang benar-benar layak dan dihormati supaya institusi-institusi ini akan dilihat sebagai benar-benar berwibawa.

9. Mencadangkan supaya forum-forum seperti sidang meja bulat ini dijadikan platform muzakarah yang dapat menemukan semua pihak, pelbagai jalur pemikiran yang mewakili masyarakat madani dan parti-parti politik demi meninggikan syiar Islam di negara ini.

Manakala NGO yang hadir di sidang meja bulat semalam turut bersepakat untuk bergabung dalam membela Islam.

NGO yang hadir ialah Sekteriat Pemuda Perihatin, Yayasan Kepimpinan Malaysia, Ummah Prihatin Malaysia, ILMUAN, Pro– Guam, Perubatan Islam Darus Syifa', PAPISMA, GAMIS, INTELEK, PIMPINAN, ILMAM, Belia Islam Ampang (BISA), Ikatan Padu Rakyat Malaysia (IKATAN), Pertubuhan Muslim Professional (IMPROF), Ikatan Khidmat Muslim (I-Khidmat), Majlis Perundingan Melayu (MPM), GAGASAN, PMRAM, Usrah Kebajikan Profesional (UKP), Front Bertindak Anti Murtad (FORKAD), Umah Care, Terap Care dan Tabung Kebajikan Al-Masakin.

  • Zurani Serikandi Ayah · Pengulas Tertinggi · Nil
    SAYA BERHARAP MEDIA TAK PUTARBELIT KAN PEKARA INI.
  • Ampun Tuan · Pengulas Tertinggi
    Utusan Msia jer yg suka putar belit! KDN patut haramkan UM.
    • Muhammad Rafael · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi MARA
      saya sokong semua resolusi yg dibuat oleh NGO2 diatas..alhamdulillah..ban​ yak juga NGO2 islam yg hadir bg membincangkan dan membela islam..tp gua tertanya2 pula..mana pula NGO PERKASA,PERKIDA ni? adakah mereka sdg pergi berjihad,berperang atau sedang berdemo ?
    • Mohd Khairi · Pengulas Tertinggi · UKM
      Baghal! Kalau kau faham suratkhabar cina diorang lagi rasis dan suka putar belit kenyataan.
    • Zainudin Ahmad · Pengulas Tertinggi · Project Director di AES Builders Sdn Bhd
      MK tengok profile ok,..tp bahasa memalukan islam....kembalilah kepada sunnah sebagaimana yg difahami oleh para sahabat & tabien2 (salafi)....
  • Zam Daiwa
    ISU AGAMA DAN PERKAUMAN adalah isu yang memanjangkan talian hayat UMNO.
  • Nur Al-Islam · Pengulas Tertinggi · Universiti Kebangkitan Mahasiswa Islam di Mahasiswa + Rakyat
    Menolak pentadbiran Islam - Dr Mahathir lebih berjaya dari Karpal : semua rakyat ingat Dr Mahathirlah yang paling keras menentang perlaksanaan hukum hudud apabila Kelantan mahu melaksanakannya dahulu. Sekarang Nik Aziz telah mengingatkan Dr Mahathir sendiri yang beliaulah (Dr Mahathir) yang menentang keras terhadap perlaksanaan hukum hudud dahulu. Nik Aziz berkata beliau boleh menunjukan surat Dr Mahathir kepada beliau (Mahathir) jika beliau telah terlupa atau sudah mengidapi penyakit pelupa seperti yang di alami oleh kita yang sudah berusia seperti beliau ini.

    Dalam surat beliau kepada MB Kelantan itu Dr Mahathir telah menolak cadangan untuk melaksanakan hukum hudud itu, bukannya Karpal Singh seperti yang dituduh oleh Dr Mahathir itu. Kelantan yang ditadbir oleh PAS selepas pilihanraya 1990 dahulu telah meminta Kerajaan Pusat u...Lihat seterusnya..
    • Jamil Abu · Rawang, Selangor
      Ikut hudud, banyak (bukan ramai tau) pemimpin UMNO yang kene potong kepala, he he he
    • Mohd Khairi · Pengulas Tertinggi · UKM
      TaPi karpal berjaya membuatkan pas menjambankan perjuangan negara islam mereka.hj hadi kata istilah negara islam takder dlm quran. Agaknya hj hadi dapat ilham dari tun mahathir kot??
    • Zulfadzli Haron · Pengulas Tertinggi
      Kalau Tun Mahathir tolak hudud..maka ramai org PAS yg mencemuh beliau dan sedari dulu Tun dicemuh sehinggalah hari ini..ya beliau patut dicemuh jika benar beliau menolak hudud impian PAS.. tetapi kenapa PAS tak mencemuh Karpal yang juga menolak hudud?? kenapa saudara sesama Islam dicemuh tetapi takut untuk mencemuh org luar yang mencemuh dan menolak Islam??
  • Mohd Yusri · Pengulas Tertinggi · Institut kemahiran mara lumut
    politik agama adalah talian hayat terakhir umno..untuk memporak peranda rakyat..byk surau / masjid kat selangor dah dibaling dgn kepala babi, gereja dah dibakar, diceroboh, kepala lembu dah dipijak..apa lg yg umno nak buat..kita tunggu..
Jakim sedia bincang dengan JK fatwa P Pinang
Ogos 14, 11 1:18pm

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedia berbincang dengan Majlis Fatwa Negeri Pulau Pinang berhubung fatwa yang mengarahkan pembesar suara tidak digunakan untuk memperdengarkan bacaan Al-Quran sebelum waktu Subuh di negeri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya akan meminta Jakim membincangkan permasalahan itu kerana terdapat perkara yang perlu diselesaikan pada peringkat pentadbiran terlebih dahulu.

"Kita minta Jakim memanjangkan perkara ini untuk diperbincangkan bersama sebab ada perkara-perkara yang perlu kita selesaikan pada pentadbiran yang bukan memerlukan kepada muzakarah ataupun fatwa," katanya kepada pemberita di Majlis Iftar Perdana bersama Menteri di Surau Kampung Kilang Ketapan, di sini, semalam.


Beliau berkata isu azan itu juga wajar dibahaskan dalam perbincangan Muzakarah Fatwa agar dapat memberi manfaat kepada seluruh umat Islam di negara ini.

"Saya ada berbincang dengan Pengerusi Majlis Fatwa, hal-hal yang seperti ini elok juga dibahaskan supaya bukan hanya satu pandangan negeri, tetapi diangkat untuk pandangan semua pihak agar sebarang persoalan dapat kita putuskan dengan kebijaksanaan yang boleh berikan manfaat kepada semua umat Islam," katanya.

Jamil berkata masyarakat juga perlu memahami situasi yang berlaku di Pulau Pinang itu merupakan keputusan daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri dan ia berbeza dengan peringkat pusat.

Beliau berkata pada peringkat pusat terdapat Muzakarah Fatwa dan Majlis Fatwa yang masing-masing mempunyai peranan berbeza.

"Majlis Fatwa kita hanya bersidang pada perkara yang berkaitan dengan keperluan terutamanya oleh pihak negeri, Raja-raja (yang) memohon untuk kita membuat satu pandangan dan keputusan pada suatu hukum.

"Muzakarah Fatwa pula membincangkan beberapa perkara yang menjadi persoalan ataupun mencari hal-hal yang berlaku di kalangan umat Islam yang memerlukan kepada pandangan daripada para ulama," katanya.

- Bernama

Nik Aziz sokong larang guna pembesar suara baca Quran
Ogos 14, 11 3:29pm

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju amalan bacaan al-Quran dibuat menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu mesyarakat sekitarnya, lapor Bernama.

Mursyidul Am PAS itu berkata perbuatan itu tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat sehingga boleh menyusahkan mereka dan seseorang Islam harus menghormati masyarakat sekeliling dengan tidak membuat bising, walaupun dengan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara.

Sehubungan itu, beliau menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu Subuh.

"Kita (umat Islam) hanya dibenarkan melaungkan suara ketika azan untuk mengerjakan solat. Oleh itu, saya tidak bersetuju jika masjid menggunakan pembesar suara sehingga menjejaskan orang lain yang sedang tidur atau sakit," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Koperasi Rakyat Kelantan Berhad (KRKB) di Kota Bharu hari ini.

Beliau ditanya mengenai tindakan Kerajaan Pulau Pinang melarang penggunaan pembesar suara semasa mengaji al-Quran pada waktu subuh di masjid dan surau di negeri itu.

Terdahulu dalam ucapannya, Nik Abdul Aziz menggesa wanita negeri ini yang suka membeli atau menyimpan barang kemas supaya menjualnya untuk dilaburkan dalam KRKB yang baru dilancarkan itu.

Ini kerana, katanya, ia akan memberi pulangan yang menguntungkan kesan kenaikan harga emas dunia yang menjadi bahan pelaburan urusniaga koperasi menerusi Permodalan Kelantan Berhad (PKB).

Semasa ditanya sama ada kebimbangan sesetengah rakyat Kelantan yang ingin melabur dalam koperasi itu kesan kegagalan Koperasi Kohilal yang kebanyakannya dianggotai PAS, Nik Abdul Aziz berkata kegagalan koperasi itu ekoran kejatuhan saham dan keadaan ekonomi merudum pada 1998.

- Bernama

  • Zai Ham · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Freelance
    Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah‘perjuangan mempertahankan Islam’. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;.
    1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.
    2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.
    3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.
    4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:




    “Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

    Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.
    Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:




    “Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.co​m/all/eBook-o.shtml).

    Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.
    5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:




    “Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

    Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?
    6. Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak.

    (Sumber: Fitrah Islami Online).
    Salaam & Regards.
    Amri el Wahab.
    • Ali Ketam · Pengulas Tertinggi · Seremban
      kalau baca quran tu dari suara sendiri ok gak, ini guna cd... bila kita komplen kata nya tak islamik
  • Ismail Samah · Bekerja di Smk duha
    Tak payah kat Penang. Kat Kg aku kat Muar pun orang kampung tak bagi cikgu aku ngaji sebelum subuh. Tu tempat org UMNOngok 90% tu. Org UMNO ni nampak je konon alim. Dalam hati tu rasanya diaorang lagi menyampah dengor ngaji tu. Dalam kepala dia orang yang gi masjid tu hanya org PAS je.
  • Herolastlast DeAyub · CIKGU di SMK Damansara Jaya
    ramai yg komen berlandaskan emosi semata2 n kepartian. walhal dengan jelas dan nyata terdapat larangan daripada nabi sendiri. isu sebegini perlu dalil yg kukuh bukan main hentam keromo sj. 'Islam terus maju di bumi Malaysia'
    • Nurain Redzali
      tapi kenapa ye baru sekarg nie kuar isu nie...apa para ulama baru jumpa hadis nie? patutnye ianya dah lama berjalan di kelantan kan... hurmm tah la ....
    • Herolastlast DeAyub · CIKGU di SMK Damansara Jaya
      antara negeri yg terawal menguatkuasakan perkara ini ialah Perlis. insyaallah negeri2 lain akan turut serta. peliknya di perlis tiada suara2 sumbang yg membantah amalan nabi ni..walhal majoriti Islam di sana. ketetepan syarak didahulukan, keemosian dan kepartian dikemudiankan.
  • Wali Mastur · Pengulas Tertinggi
    satu persatu hak org islam ditarik...baca quran sblm subuh bkn utk mengganggu..tp utk mngejutkan org islam utk solat subuh@b'buat ibadah..ini adalah salah satu cara utk mnyedarkan org islam..lg pun mngaji bukan pukul 3 pg..just 30 @ 15 mnt sblm solat subuh...sedih dgn kejadian skrg..lama2 xde lg org "islam" d msia..yg ada hnya org m'sia...
    • Remy Kindaichi · Pengulas Tertinggi · Project Engineer di Telcommunication Engineering
      tapi ada dalil Nabi Muhammad menyeru jgn diangkat2 suara ketika membaca al-quran sehingga menggangu / menyakiti org lain...aku bukan ahli majlis fatwa, so xnk komen panjang...refer kpd yg lebih LAYAK
    • Mohd Najwadi · Pengulas Tertinggi · Universiti Sains Malaysia
      rasanya yg tu terpakai jika mengganggu org solat saja
    • Saefullah Norhaidi · University of yarmouk, jordan
      boleh rujuk banyak kalam ulama tentang perkara ini. ia bukan hak umat islam pun. malahan jika Nabi menyatakan larangan, maka kita lebih-lebih lagi tak patut mnganggap ia sebahagian dari tuntutan islam atau hak umatnya.

      tidak adil untuk kita memaksa orang mendengar sesuatu yang bukan pun daripada agama. bukan islam pun akan merasakan islam agama yang mngacau dan menyusahkan.

      bila kita adil dalam menunaikan hak semua orang mnurut islam, barulah keadilan islam akan terserlah.
  • Mohd Azmi Mohamad · Pengulas Tertinggi · Guru di KPMG
    islam ada kaedahnya sendiri. Kadang2 jadi payah sebab kita ni lebih banyak amal agama cara tradisi bukan kerana ilmu sangat
    • Adam Sejodoh · Pengulas Tertinggi
      Ramai umat Islam di negara kita konon beramal tapi tahu apa yang diamal itu benar atau tidak. Sama seperti kanak-kanak yang baca doa, tidak pernah terlintas di hati kecilnya apa yang diucapkan dalam doa tersebut. Kumpulan inilah yang mudah sangat melenting. Sikit2 dah nak berperang konon mempertahankan agama.
    • Basseth Noordeen · Pengulas Tertinggi · STANFORD COLLEGE
      Betul tu Cikgu Azmi Mohd..setuju 100%.

Tiada ulasan: