Jumaat, 19 Ogos 2011

APA PUN..SEMUANYA KITA PATUT BERBALIK KEPADA QURAN SERTA HADIS@SUNAH..KITA TELAH BANYAK MENGIKUT PENJAJAH/NASRANI/YAHUDI..RENUNGKAN..DAN BERTAKWALAH

Isu aqidah ummat: Apa sikap dan peranan kita
Nasrudin Hassan

1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah mengemuka satu kenyataan ketika menjawab soalan lisan daripada Er Teck Hwa [DAP] bahawa Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010. [ Er Teck Hwa meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu. ]

2. Ertinya aqidah ummat Islam sememangnya berdepan dengan isu yang mesti ditangani oleh seluruh ummat Islam tanpa melihat apa fahaman ideologi politik mereka khasnya mereka yang diamanahkan sebagai pemimpin. Isu aqidah adalah Isu utama yang melepasi sempadan politik justeru ia berkait masa depan ummah di akhirat kelak.

3. Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mempunyai Front Bertindak Anti Murtad [Forkad] untuk menangani isu pencemaran aqidah khasnya berkait dengan kes murtad dalam negara kita. Insyaallah Forkad akan terus berperanan khasnya operasi pembenterasan usaha memurtadkan ummat Islam dan operasi pemulihan aqidah bagi muslim yang tercemar aqidah dan keliru terhadap pegangan agamanya.

4. Dewan Pemuda PAS Malaysia bersedia memberi kerjasama dengan semua pihak untuk menjadi benteng mempertahankan aqidah ummat Islam. Komitmen ini selaras dengan dasar perjuangan PAS yang tidak pernah berubah. Justeru itu kita sokong JAIS yang bertindak untuk menyelamatkan aqidah ummat Islam dan kita konsisten dalam perkara ini.

5. Namun dalam masa yang sama, JAIS juga mestilah bermuhasabah malah jika jelas JAIS tersalah langkah, mestilah memohon maaf kepada ummat Islam di atas tindakan mereka meroboh, merantai dan menutup rumah Allah seperti yang pernah berlaku pada Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi, Masjid Kampung Berembang di Ampang, Masjid Fatimah az Zahra' Taman Kosas Ampang dan lain - lain. Begitu juga mengenai tangkapan yang dilakukan ke atas penceramah - penceramah hanya kerana kesalahan tidak mempunyai tauliah sedang JAIS boleh mengeluarkan tauliah kepada penceramah tersebut untuk membolehkan mereka berdakwah.

6. Sedang rumah Allah inilah menjadi "port" untuk memantapkan ilmu dan amal ummat Islam serta penceramah - penceramah inilah pula menjadi "agen" untuk menyelamatkan aqidah ummat Islam dari musibah murtad yang melanda negara.

7. Murtad yang berlaku dalam negara kita mempunyai beberapa faktor pendorong yang ketara. Samaada faktor itu kecil atau besar, ianya perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak khasnya pihak berkuasa negara dan juga pihak berkuasa negeri. Zaman ini adalah zaman yang disebut oleh ulamak sebagai zaman "Riddah wa Laa Aba Bakrin Laha" iaitu : Gejala Riddah dan Tiada Abu Bakar Menanganinya"

8. Sejarah Islam telah melakarkan format tindakan Abu Bakar as Siddiq Rha dalam memerangi murtad di hari pertama musibah murtad ini tercetus. Begitu juga di sepanjang zaman khulafa' ar Rasyidin yang mendapat petunjuk daripada Allah swt. Maka kesimpulan yang diambil oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia melalui mesyuaratnya yang berlangsung pada 13 August 2011 ialah :

a ] mendesak Akta Murtad dilulus oleh Parlimen Malaysia dan dilaksanakan dalam negara kita. [ Pada 25 Mac 1988, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi malangnya ditolak. Selepas itu, pada 2 November 1999, Tuan Guru sekali lagi tidak dibenarkan membentang rang undang-undang persendirian untuk mencegah murtad. Demikian juga pada sidang Parlimen yang bermula pada Mac 2006, Yb Salahudin Ayub Ahli Parlimen Kubang Kerian telah mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad. ]

b ] mengusulkan agar Kementerian Pelajaran mewajibkan silibus pengajian agama sebagai silibus wajib ambil dan wajib lulus dalam semua jenis dan peringkat sijil peperiksaan.

c ] menggesa supaya agensi seperti Pusat Pungutan Zakat, Baitul Maal dan lainnya dapat membuat agihan yang adil dan tepat kepada golongan yang memerlukannya termasuk membantu menaikkan taraf kehidupan mereka.

d ] mencadangkan supaya agensi berikut membiayai atau mengeluarkan peruntukan untuk menghantar pendakwah Islam ke kawasan perlu seperti pendalaman, perkampungan orang asal, Sabah dan Sarawak.

e ] mendesak supaya pihak berkenaan dan berwajib membuat tambahan pegawai agama di semua sektor agar dakwah Islam dapat digerakkan secara sistematik dalam negara kita.

f ] mendesak kerajaan menukar kembali cuti hari Ahad kepada hari Jumaat seperti di negeri Johor dan Perlis sebagai hari kebesaran ummat Islam.

g ] mengekang sebarang aktiviti yang melemahkan iman, akhlak dan pemikiran ummat Islam seperti hiburan keterlaluan, pergaulan bebas dan apa jua aktiviti maksiat dan mungkar.

9. Dewan Pemuda PAS Malaysia juga tidak mahu berlakunya pelanggaran hak non muslim yang telah dipelihara oleh syara' seperti menafikan hak mereka melaksanakan aktiviti agama mereka termasuk melakukan pencerobohan terhadap hak non muslim.

10. Ummat Islam mestilah peka dan sensitif dengan sebarang bentuk aktiviti yang boleh merosakkan nilai aqidah dan keperibadian mereka sebagai seorang muslim. Serentak itu menjadi tanggungjawab setiap individu muslim mendalami agama Islam melalui sumbernya yang betul agar keyakinan atau pegangan agamanya tidak mudah tergugat dan tercemar.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia


Umno, DEB dan Melayu Tanjung
Ahmad Tajdid

BARU-BARU ini Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) menggesa masyarakat Melayu di negeri itu supaya mengukuhkan sokongan kepada BN agar gabungan Umno, Gerakan, MCA dan MIC negeri itu dapat kembali berkuasa di negeri itu bagi "mempertahankan hak orang Melayu yang dipinggirkan oleh kerajaan negeri pimpinan DAP sekarang".

Presidennya, Rahmad Isahak berkata pemimpin Melayu yang berada dalam kerajaan negeri sekarang ini terlalu takut untuk memperjuangkan hak orang Melayu.

"Terdapat dua orang pemimpin Melayu dalam exco kerajaan negeri tetapi mereka gagal membantu orang Melayu kerana terlalu sibuk bermain politik," katanya pada sidang akhbar di sini.

Rahmad berkata bahawa jika BN menang pada pilihan raya umum di negeri itu, orang Melayu akan mempunyai empat exco Melayu termasuk seorang Timbalan Ketua Menteri.

Katanya ini berdasarkan kepada senarai exco kerajaan BN sebelum ini.

Beliau berharap penduduk Pulau Pinang terutama orang Melayu supaya memikirkan dengan bijak semasa mengundi nanti demi masa depan sosio-ekonomi mereka.

"Setakat ini tiada langsung sumbangan daripada pemimpin Melayu dalam kerajaan pimpinan DAP sekarang untuk memperjuangkan kedudukan Melayu. Ini amat membimbangkan orang Melayu Pulau Pinang," kata Rahmad.

Laporan Bernama itu memang menarik untuk diulas. Apatah lagi apabila ia berkaitan dengan nasib Melayu dan Bumiputera.

Sebelum DAP dan Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah Pulau Mutiara itu, Umno dan sekutu BN-nya telah mentadbir negeri itu lebih dari lima dekad. Dengan wakil yang ramai dalam kerajaan negeri dan diberi kerusi Timbalan Ketua Menteri, Exco kanan dan Exco negeri, Umno masih gagal meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu Tanjung.

Kegagalan Umno-BN ini nampaknya tidak menginsafkan Rahmad dan kongres yang dipimpinnya. Mereka tetap mahukan orang Melayu di negeri itu meletakkan harapan kepada parti yang selama ini telah mengkhianati amanah yang diberikan rakyat.

Tanpa mahu mengulas lanjut, diperturunkan kembali artikel berhubung nasib Melayu Tanjung bertajuk "UDA khianati DEB dan Melayu Tanjung" yang pernah disiarkan Harakah untuk renungan Rahmad, anggota KMPP dan Melayu Tanjung seluruhnya:

TIDAK banyak yang diperkatakan tentang nasib Melayu Tanjung (yang menetap di bahagian pulau, Pulau Pinang) ketika negeri itu ditadbir BN. Selama lebih lima dekad, topik perbincangan tentang Melayu Tanjung hanya berkisar tentang boria dan nasi kandar. Jarang perbincangan tentang nasib Melayu Tanjung dipaparkan media kerana ia perkara sensitif yang dikhuatiri meletakkan BN di 'kandang orang salah'.

Hanya setelah Pulau Pinang beralih angin kepada Pakatan Rakyat, nasib Melayu Tanjung mula diperkatakan umum. Kerisauan berkisar tentang kerajaan negeri pimpinan DAP yang kononnya banyak mengetepikan kepentingan Melayu Tanjung. Benarkah dakwaan itu?

Wakil Harakah, AHMAD TAJDID dan MOHD SABRI SAID menemubual aktivis badan bukan kerajaan (NGO) Melayu Pulau Pinang yang juga Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Tanjung Tokong, MOHD SALEH YAHYA bagi membongkar punca sebenar proses marginalisasi Melayu Tanjung khususnya isu pembangunan di penempatan Melayu di Tanjung Tokong. Pertemuan berlangsung di Masjid Negeri Pulau Pinang, 17 Mac 2011.

---------

BAGI Mohd Saleh antara pihak yang patut dipertanggungjawabkan terhadap nasib Melayu Tanjung yang semakin terpinggir adalah Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA). Malah UDA yang ditubuhkan atas semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) ternyata gagal berfungsi sebagai agensi yang diberi tanggung jawab menyusun dan menempatkan semula Melayu di kawasan bandar.

UDA ditubuhkan pada tahun 1971 di atas semangat DEB manakala Tanjung Tokong adalah antara projek terawalnya. Kepentingan Tanjung Tokong dalam pelasanaan DEB, jelasnya dilihat apabila Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Husein sendiri turun padang melawat perkampungan itu pada 10 April 1972.

"Beliau sendiri mengumumkan rancangan kerajaan yang terbesar di sini.
Projek disasarkan selama 20 tahun dan menjelang 1990 dijangka selesai. Malangnya yang sebaliknya berlaku," ujarnya.

Menurut Saleh, sepanjang tempoh itu, sejumlah 37 agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah dengan sengaja menggagalkan rancangan asal Tun Razak dan mengubah kampung asal Tanjung Tokong menjadi kampung yang kucar-kacir susun aturnya.

"Tanah diperolehi daripada kerajaan negeri Pulau Pinang dengan harga tukar syarat yang minima. Tujuannya untuk memulih, memperbaharui dan membangunkan semula kampung tradisi itu supaya sesuai dengan pola penghidupan di bandar.

"Selepas 37 tahun Kampung Warisan Melayu yang berusia 200 tahun lebih telah ditukar oleh UDA menjadi kawasan setinggan. Semuanya berpunca daripada pengabaian, penyelewengan dan pengkhianatan UDA. Agensi dan GLC yang dipertanggungjawabkan telah mengkhianati DEB dan masa depan orang Melayu di Pulau Pinang," jelasnya.

Menurut beliau, Tanjung Tokong sebenarnya boleh dipulihkan tetapi sengaja ditinggalkan kerana motif keuntungan. Apabila nilai tanah melambung, penduduk asal kampung itu dianggap tidak layak tinggal lagi di tapak asal dan perlu dipindahkan.

"Mereka dipaksa pindah kerana tanah itu mahu dibangunkan untuk projek komersial sedangkan pembangunan yang dirancang tidak dibuat untuk mereka," kesal beliau.

Baginya, UDA telah melupakan tanggung jawab sosial untuk membantu Melayu Tanjung kerana badan itu telah diresapi unsur komersil dan kronisme.

"Kini UDA lebih menumpukan projek komersil yang memberi keuntungan dengan melupakan tanggung jawab sosialnya yang asal. GLC itu hanya bercakap dan bercakap sahaja. Hakikatnya projek untuk orang Melayu tidak ada.

"Tapak gerai penjaja untuk rakyat juga akan dilenyapkan bagi membina projek rumah kedai berharga jutaan ringgit. Sedangkan rakyat menuntut rumah kerana penduduk yang tidak berumah ramai bilangannya," ujar beliau.

Apa yang dikesalkan, tambahnya sejak 1990 hingga kini, penduduk asal Tanjung Tokong dianggap sebagai antipembangunan, sedangkan UDA langsung tidak mempedulikan pembangunan di kampung itu.

"Penduduk dibiarkan membina rumah sesuka hati. Jadi stuktur dan susun atur kampung yang pada mulanya tersusun dibiarkan rosak dengan sengaja tanpa mengadakan peluang perumahan untuk rakyat yang terperangkap dalam trauma Melayu terpinggir," ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan kegagalan UDA memanfaatkan kawasan tebus guna tanah seluas 54 ekar bagi projek penempatan penduduk sedangkan kawasan itu diperolehi atas alasan untuk membangunkan Kampung Tanjung Tokong.
"Nyata UDA tidak sama sekali membuat apa pun projek perumahan rakyat di atas tanah tebus guna tersebut hingga kini," katanya.

Kini tambahnya, timbul pula isu baru apabila cadangan kawasan penempatan semula gerai penjaja Tanjong Tokong hendak dilenyapkan bagi memberi laluan kepada projek rumah kedai berharga jutaan ringgit.

Penduduk asal Tanjung Tokong, katanya mahukan perumahan dan kompleks niaga yang selaras dengan keupayaan mereka, bukannya projek rumah kedai yang tidak mampu dimiliki.

Beliau juga kesal dengan tindakan UDA mengisytiharkan tanah milik penduduk sebagai kawasan setinggan dan mengarahkan mereka mengosongkan tanah yang telah diduduki sekian lama.

"Tanah Kampung Tanjung Tokong kini bernilai ratusan juta ringgit dan bertaraf 'prime area' dengan harga RM400 hingga RM500 sekaki persegi.
"Langkah mengisytiharkan seluruh kawasan Tanjung Tokong sebagai kawasan setinggan bertujuan mengelakkan UDA daripada membayar sebarang pampasan kepada penduduk," katanya kesal.

Sehubungan itu, beliau mewakili penduduk asal Tanjung Tokong mahukan perkampungan mereka dijadikan 'kampung warisan' kerana ia wujud sebelum kedatangan penjajah British.

"Sepanjang penglibatan UDA selama 37 tahun, ia langsung mengetepikan keperluan rakyat yang paling asasi. Sehingga kini Tanjong Tokong masih tidak mempunyai pasar, pejabat Pos, dewan orang ramai dan padang awam. Penduduk berniaga di atas jalan raya.

"Sebelumnya ada pasar, selepas penglibatan UDA ditiadakan. Itulah kejayaan terbesar UDA menghilangkan keperluan asasi penduduk," jelasnya.

Sehubungan itu, pihaknya menuntut agar tanah tapak gerai Tanjong Tokong di kawasan tanah tebus guna laut di hadapan Masjid Qarwa diperuntukkan untuk pembangunan perumahan rakyat di bawah RMK10 dengan segala keperluan asas.

Menurut beliau, kini terdapat 1,500 kelamin yang tidak berumah di Tanjung Tokong.

UDA jelasnya, perlu memulangkan sebahagian tanah yang diperolehi dengan percuma kepada rakyat. Biarkan kerajaan melaksanakan sepenuhnya projek perumahan di bawah RMK-10.

"Jika peruntukan diberi kepada UDA mungkin akan disapu oleh kroni dan projek belum tentu terlaksana," ujar beliau.

Beliau yakin kerajaan melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mampu melaksanakan projek perumahan untuk rakyat yang gagal dilaksanakan UDA.

"Kerajaan perlu melaksanakan fungsi sosial dengan agresif di sini kerana pembangunan komersial yang mengetepikan peluang rakyat untuk terlibat sangat ketara.

"Rakyat yang telah terpinggir daripada arus pembangunan perdana kini akan dipinggirkan lagi dari kawasan asal penempatan mereka," jelasnya.


Isu gereja: Kembali kepada sirah Nabi
Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Apabila tercetusnya isu siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap penganjuran program di Damansara Utama Methodist Church, tidak semena-mena media arus perdana bertindak memaparkan berita dengan tujuan untuk melonjakkan UMNO menjadi juara mempertahankan Islam, seolah-olah memang benarlah UMNO adalah sebuah parti gagah perkasa yang mempertahankan Islam.

Perlu diketahui bahawa pertembungan agama untuk mencari penganut bukan perkara baru, kerana ianya berlaku sejak dari zaman Nabi Adam sehinggalah tamatnya ajal dunia ini. Umat Islam yang beriman bahawa mereka adalah penganut agama para rasul yang berakhir dengan Nabi Muhammad S.A.W. wajib mempertahankan agama mereka dan menyebarkannya kepada seluruh manusia. Namun dilarang melakukan paksaan, kerana Islam itu bukan sahaja ucapan secara lisan, ianya hendaklah disertakan dengan iman dan dinyatakan dengan amalan yang ikhlas.

Rasulullah S.A.W. mengizinkan penganut agama lain wujud dalam masyarakat Islam secara aman dengan menjadi rakyat, yang wajib dilayan secara adil tanpa paksaan dalam agama menerusi perjanjian bertulis yang dimeteraikan.

Dalam masa yang sama Islam mewajibkan penganutnya mempertahankan Islam, yang menjadi hak kepada penganut Islam sendiri dan kerajaannya. Zalim terhadap penganut agama lain juga adalah haram, sehingga Rasulullah S.A.W memberi amaran neraka kepada orang Islam yeng mengkhianati perjanjian yang sebenarnya adil.

Al Quran meletakkan garis panduan dalam surah Al Haj, ayat 40:

Maksudnya :“Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara dan gereja-gereja penganut kristian, rumah-rumah ibadat orang yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.”

Rasulullah S.A.W telah menafsirkan perintah Allah secara amalan, apabila Islam melarang penganut Islam menceroboh gereja dan paderi walaupun ketika berlakunya perang. Maka sudah tentulah ketika damai keadaan ini lebih wajib dipelihara.

Bagi penganut agama lain yang wujud bersama dan berada dalam masyarakat Islam yang lebih ramai sekalipun, maka hak beragama, berkeluarga, bekerja dan bermasyarakat bagi mereka adalah wajib ditunaikan dan haram dicabuli oleh mana-mana pihak. Dalam masa yang sama, banyak ayat Al Quran memaparkan berlakunya perbahasan secara hujah di antara Islam dan pihak lain dalam masyarakat Islam dengan mengutamakan kebijaksanaan.

Sejarah Islam juga memaparkan kewujudan orang Islam dalam masyarakat bukan Islam yang berkuasa dan adil tanpa paksaan terhadap penganut Islam:

Rasulullah S.A.W. mengarahkan para sahabatnya berhijrah ke Habasyah, iaitu sebuah negara kristian ortodok yang adil di zamannya untuk mendapat perlindungan, dan berlakunya dialog di antara Islam dan Kristian dengan hujah.

Sejarah Islam di China menyebut kewujudan masyarakat Islam di negara China yang besar, dan adanya orang Islam yang menyumbang khidmat negara dengan cemerlang kepada negara China dan adanya hubungan diplomatik di antara China dan Islam dengan baik.

Amir Al Mukmin Umar bin Al Khattab dijemput oleh paderi besar Palestin yang menyambut kemenangan Islam menjatuhkan Rom Timur yang sebelumnya dikuasai oleh penganut Kristian yang berlaku zalim terhadap mereka. Khalifah Umar datang menerima jemputan dan melawat Gereja Baitul Laham.

Apabila tiba waktu sembahyang, Umar bertanya :”Di mana tempat saya bersembahyang?” Paderi besar menjawab: ”Di sini sahaja (dalam gereja)”. Umar menjawab: ”Tidak patut bagi Umar bersembahyang di sini, nanti generasi akan datang berkata 'Umar pernah bersembahyang di sini lalu mereka mendirikan masjid di sini (dengan merobohkan gereja)”.

Maka Umar pun keluar dan bersembahyang di halaman, dan bersempena dengannya didirikan masjid yang masih ada sehingga hari ini berhampiran dengan gereja yang masih ada. Apa yang paling menarik di zaman terkini, pihak gereja itu pula melindungi mujahidin Palestin yang dikepung oleh tentera zionis Israel.

Semua cerita benar tersebut berlaku dalam keadaan Islam diamalkan dengan sempurna, yang berbeza dengan Islam yang diamalkan oleh UMNO pada ketika lalu dan kini. Islam warisan penjajah Inggeris yang di zamannya Islam telah dirampas kuasanya daripada raja-raja Melayu dengan memenjarakannya dalam kepompong Jabatan Agama dan Majlis Agama yang tidak berkuasa mengikut Islam yang sempurna.

Manakala kedudukan jabatan agama adalah mengikut bidang kuasa seperti jabatan-jabatan lain, seperti jabatan pendidikan, tanah, kebajikan, termasuk jabatan haiwan dan perhutanan. Kuasa jabatan agama itu sekadar mengawal masjid, mengawasi khutbah dan pengajian agama, mengendalikan urusan keluarga Islam, pusaka dan harta wakaf.

Islam menjadi agama yang diperintah dan ditadbir, bukannya agama yang memerintah dan mentadbir. Hasilnya masjid boleh digeledah, tidak ada perbezaan dengan gereja dan imam boleh diambil tindakan bukan kerana kesalahan agama, tetapi kerana kononnya kesalahan politik. Politik pula dipisahkan daripada agama, seperti juga pemisahan agama dengan politik dalam lain-lain agama selain dari Islam.

UMNO tidak layak mempertahankan Islam kerana tidak berwajah Khalifah Umar yang melawat gereja dan bersembahyang apabila tiba waktunya, kerana Umar mendirikan sembahyang maka dengan sendiri mendirikan masjid, sedang UMNO mendirikan masjid tetapi tidak semestinya mendirikan sembahyang. Mereka boleh berhimpun untuk membincangkan agenda negara dengan meninggalkan sembahyang, sedangkan Saidina Umar tidak memisahkan sembahyang dengan urusan negara.

Kesimpulannya, kenyataan media milik UMNO dalam isu gereja lebih bersifat apa yang disebut oleh Imam Ali K.W. “Ucapan yang zahirnya benar , tetapi matlamatnya kebatilan“. Ianya dengan bermatlamat untuk memancing undi melayu Islam yang buta al Quran, bagi pilihanraya umum ke-13 untuk meneruskan agenda warisan penjajah iaitu Islam yang terpimpin bukannya Islam yang memimpin.

Marilah kita buka Al Quran dan ajaran Rasulullah SAW dan para sahabat dan ulama muktabar yang menunjukkan cara beramal dengan Islam yang sebenarnya. Bukan melalui media dan pengampu di sepanjang jalan.


Kerakyatan Malaysia seperti membeli ikan di pasar
Amni Jagat

Semudah membeli ikan di pasar begitulah simbolik yang boleh diberikan kepada Kerajaan Malaysia. Semuanya berpunca disebabkan pembongkaran kisah ‘Mismah’ yang sedang hangat diperkatakan. Begitu mudah untuk menjadi warganegara Malaysia. Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab selaku organisasi pengurusan pendaftaran negara harus dipersalahkan dan dipersoalkan. Soal dan salahnya adalah kelonggaran yang memusykilkan kerakyatan yang diberikan kepada penduduk tetap (PR) di negara ini.

Mungkin ramai masih ingat lagi di mana sebelum menjelangnya Ramadhan tempoh hari pasukan Bola Sepak Malaysia telah dimalukan dengan pasukan Bola Sepak Singapura. Ramai yang mengeluh dengan mempertikaikan tindakan pasukan Bola Sepak Singapura yang banyak menggunakan khidmat pemain import untuk membantu kemenangan pasukan Bola Sepak Singapura. Ramai juga yang mengatakan bahawa pasukan Bola Sepak Singapura tidak ada jati diri kenegaraan. Kalau begitu pandangan umum, bagaimana pula dengan kes Mismah?

Baik, cuba kita lihat dari sudut yang positif untuk semangat jati diri negara. Singapura mengambil pemain import dari China dan Serbia tempoh hari bertujuan membantu pasukan Bola Sepak mereka untuk menang menentang Malaysia dan sekaligus melangkah ke peringkat ketiga kelayakan Piala Dunia. Kerakyatan yang diberikan kepada pemain-pemain tersebut berjaya menghasilkan sesuatu yang positif untuk negara mereka. Kehadiran pemain-pemain tersebut adalah sebagai alat pelengkap bagi ruang kelemahan mereka. Kalau dilihat dari sudut pandangan seorang negarawan, hal ini kesannya positif. Kemahiran yang tidak wujud diwujudkan dengan kehadiran pemain-pemain import atau warga yang diberikan kerakyatan tadi.

Berbeza pula dengan Malaysia. Mismah yang sedang hangat diperkatakan ini adalah manusia yang kemahirannya ternyata banyak boleh didapati melalui warga tempatan sendiri. Kerjaya Mismah adalah pembancuh simen. Saya rasa di Malaysia masih tidak ketandusan lagi pembancuh-pembancuh simen yang profesional sehingga kerakyatan harus diberikan kepada warga asing. Apakah kemahiran yang hebat yang boleh dikongsikan dari Mismah kepada kita?

Saya bukanlah memerangi Mismah, cuma saya musykil, mengapa begitu ramai kerakyatan diberikan kebelakangan ini. Dari April 2009 sehingga Julai 2011, sudah 29,290 penduduk tetap (PR) diberikan kerakyatan. Apa sebenarnya yang menyebabkan longgokan pemberian warganegara ini berlaku?

Mungkin ini adalah taktik kementerian untuk mengadakan ‘pengundi hantu’ dalam PRU 13 akan datang. Perhatikan saja, selepas kekalahan BN di Selangor pada PRU 12, Mac 2008, gerak kerja memberikan taraf warganegara kepada penduduk tetap (PR) begitu berleluasa sekali. 29,290 jumlahnya yang telah didaftarkan sebagai warganegara yang sah. Semudah itu seseorang yang menuntut kewarganegaraan diterima sebagai warganegara yang sah.

Ada yang memberi pendapat ini hanyalah kebetulan. Baik, jika ianya kebetulan mengapa jumlahnya begitu besar? Penduduk tetap (PR) yang diterima pula bukanlah dari kalangan golongan profesional yang dapat memberi khidmat kemahiran tinggi kepada negara kita sekaligus menaikkan taraf Malaysia di mata dunia. Perkara ini harus diteliti dengan cermat. Selepas taraf warganegara diberikan kepada penduduk tetap (PR) tersebut, pasti mereka akan terhutang budi dengan jasa yang ditaburkan kerajaan. Ini sekaligus membuatkan mereka akan memberikan undi kepada BN pada PRU 13 akan datang. Perkara ini bukanlah sebuah kebetulan, saya mengesyaki ianya adalah rancangan sulit bagi menghadapi PRU 13 akan datang.

Saya tidak pernah menyalahkan Kementerian dalam memberikan kerakyatan kepada Yuan Yufang atlit pejalan kaki yang berasal dari China. Sekurang-kurangnya kemahiran Yufang dapat dibuktikan dan kemahiran itu diturunkan serta diajarkan kepada atlit-atlit muda bimbingan beliau. Yufang berjaya mengisi kekurangan Malaysia dalam sukan berjalan kaki dengan beberapa kali merangkul pingat dalam acara yang ditandinginya.

Kementerian haruslah bertanggungjawab dan lebih menfokuskan ciri-ciri atau garis panduan untuk menjadi warganegara Malaysia. Longgokan yang terlalu ramai penduduk tetap (PR) yang diberikan taraf warganegara ini akan menyempitkan lagi skop perkerjaan warga asal Malaysia yang bertaraf rendah. Golongan seperti Mismah sudah terlalu ramai di Malaysia. Kita tidak perlukan lagi orang berkemahiran seperti Mismah.

Kementerian harus sedar akan perkara ini. Jabatan Pendaftaran Negara juga perlu lebih bertanggungjawab dalam memberikan kerakyatan kepada negara ini dan janganlah dengan sebarangan sahaja memberikan kerakyatan tanpa usul periksa. Berapa ramai lagi manusia yang wujud di Malaysia ini yang tidak ber’bin’ dan ber’binti’.

Dato’ Onn pernah memperjuangkan akan hal kewarganegaraan tersebut. Dato’ Onn meminta orang yang bermastautin tetap di Malaysia tidak kurang dari 20 tahun barulah sah diberikan kerakyatan kepada mereka. Nampaknya hal ini kurang dipersetujui oleh cucunya yang kini menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri. Dato’ Onn juga adalah individu yang benar-benar cermat dalam memberi pemilaian penerimaan sebagai status warganegara kepada penduduk tetap atau bangsa asing. Namun cucunya pada hari ini sewenang-wenangnya memberikan kewargnegaraan kepada penduduk tetap (PR) tanpa memikirkan apakah aplikasinya kepada rakyat di masa akan datang.

Hebatnya Mismah sehingga hampir seluruh menteri memberi maklum balas mengenai beliau. Tahniah Malaysia kerana berjaya menambahkan lagi kewarganegaraan di negara ini. Maka bersedialah rakyat Malaysia untuk menyambut kemerdekaan yang ke 54 pada 16 September nanti bersama-sama warganegara baru serta PATI yang baru sahaja ‘putih’.

Sayangilah negara anda dari anasir jahat yang ingin menjahanamkan negara...


AMNI JAGAT

14 OGOS 2011
KUALA LUMPUR


Pembangkang, Bersih bertanggungjawab
Sybky Latif

GARA-gara Mark Duggan, 29 tahun terbunuh ditembak polis beberapa tempat di kota London terbakar dan berdepan dengan rusuhan.

Rusuhan dan kebakaran juga merebatkan ke luar London seperti Liverpool, Bermingham, Bristol dan Manchester.

Tidak siapa suka dengan kejadian itu tetapi ialah reaksi setengah rakyat Britain yang marah atas tindakan polis.

Apakah polis yang menembak mati Mark Duggan bertindak betul atau sebaliknya, itulah reaksi setengah dari rakyat Britain.

Umumnya polis Britain bertindak normal, tidaklah bersikap luar biasa seperti ssetengah negara belum membangunkan atau mana negara yang digelar negara polis. Dalam keadaan yang demikian, rakyat yang marah terhadap kejadian terhadap Mark Duggan itu bukan saja marahkan polis malah mereka membakar dan merosakkan bangunan awam dan melakukan berbagai jenayah.

Tidak dapat kita bayang kalau apa yang terjadi antara polis dan penyokong Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur itu berlaku di London? Orang ramai tidak dibenarkan masuk ke Kuala Lumpur, orang tertentu yang masuk ke Kuala Lumpur ditangkap, rakyat yang terkepung dalam sekatan dan kepungan polis ditempak dengan peluru gas dan meriam air.

Gara-gara tindakan polis ada orang yang dikejarkan ke hospital malah ada seorang yang mati dikatakan kerana bedilan senjata gas.

Kalau ini yang berlaku di England tidak mustahil seluruh England itu akan dibakar oleh rakyatnya.

Tetapi betapa marah sekali pun rakyat kerana kerajaan yang menindas dan betapa tidak seronoknya masyarakat te rhadap polis yang dibelenggu oleh kerajaan yang menindas itu, rakyat Malaysia tetap menunjukkan kesabarannya yang tinggi.

Sebenarnya dalam semua masa orang-orang yang marah kepada kerajaan dan polis yang rata-rata menyokong pembangkang, betapa marah sekali pun kepada kerajaan dan polis, mereka tidak akan buat atau galakkan seperti yang berlaku di London dan bebeapa kota utama lain selain dan London.

Di setengah negara pembangkang bertukar menjadi pemberontak hingga menyebabkan berlaku huruhara bahkan negara tidak dapat membangun dan melaksanakan rancangan kemajuan.

Pembangkang Malaysia tidak mahu jadi seperti itu dan kalau boleh tidak suka melihat ada kejadian itu di masa akan datang. Ia adalah disebabkan pembangkang percaya kepada demokrasi sekali yang berlaku adalah demokrasi tiga suku.

Ada kejadian polis memburu motokar yang dipandu oleh remaja belasan tahun. Kerana takut buruan polis itu remaja memecut motokarnya. Polis menembak motokarnya hingga mati remaja yang memandunya.

Rakyat marah akan kejadian itu. Tetapi atas tanggungjawab sebagai rakyat itu tinggi, mereka tidak beertindak seperti sestengah rakyat London dan Mencester, bertempur dengan polis dan membakar kedai dan bangunan awam. Mereka menyokong supaya polis yang terlibat dibawa ke mahkamah, dibicarakan dengan adil..

Jika dibaca sekatan dan gangguan polis terhadap pembangkang yang mengadakan ceramah, hingga kadang-kadang disebabkan ceramah tanpa permit, polis hantar pasukan pencegah suruhan dan macam-macam gangguan.

Tetapi pembangkang yang bertanggungjawab itu bersabar, menghentikan ceramah atau membatalkan atau melarikan ceramah ke tempat lain, tetapi dengan kesabaran itu ceramah tetap diadakan juga.

Sikap sabar dan kesedaran kepada tanggungjawab membangunkan negara dan mewujudkan keamanan, rakyat tidak hilang kesaran. Dengan sikap sabar inilah membantu negara mencapai kemajuan dan keamanan yang dikecapi sekarang.

Jangan fikir kemajuan dan keamanan itu atas kecekapan kerajaan saja. Kalau pembangkang hilang rasa tanggungjawab, mengambil langkah tidak bertanggungjawab seperti setengah orang putih England itu atau seperti pembangkang negara lain yang keras, jangan fikir Malaysia boleh capai yang dicapai sekarang.

Apa yang Bersih 2.0 buat adalah padangan dan sikap yang sama pendirian pembangkang. Mereka keluar ke jalan raya kerana perlembagaan demokrasi negara tidak melarangnya. Hanya demokrasi tiga suku yang mengiranya haram.

Apa juga reaksi polis mereka hadapi dengan sabar dan berakal. Dengan tindakan luar biasa polis hari itu, sekali pun rakyat dan Bersih marah tetapi mereka tidak menyeru rakyat bangun melayan polis dan kerajaan. Walau pun Kuala Lumpur di kepung tetapi Kuala Kangsar, Pekan, Johor Bahru dan lain-lain tidak dikepung. Kalau mereka geram mereka boleh buat macam yang dibuat di England itu.

Tetapi mereka bertanggungjawab, sabar dan berkal. Adakan juga demo tetapi mengakhirinya petang itu juga. Mereka turun dengan tangan kosong, balik pun dengan tangan kosong. Tetapi polis terpaksa mengambil masa berbulan-bulan untuk membaiki kekurangannya.


Mujahid: Di sebalik fatwa larang baca Al Quran
Mujahid Yusof
Pulau Pinang memang mendapat perhatian yang cukup meluas sejak 2008 tapi malangnya tumpuan media ke Pulau Pinang lebih berniat malafide dan kadang-kadang berbaur fithan dan pembohongan. Paling menarik isu Pulau Pinang ialah berligar di sekitar isu Melayu dan Islam di Pulau Pinang dengan mesej perkauman yang rumusannya ialah tentang penindasan kerajaan Dap ke atas orang Melayu dan Islam di Pulau Pinang.

Terkini ialah isu larangan membaca Al Quran dengan menggunakann pembesar suara dari corong mesjid dan surau. Sememangnya telah diduga keputusan dari Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang tentang isu ini akan mengundang kontraversial dan pastinya menjadi bola tanggung bagi Umno dan sekutunya untuk membidas dan melibas kerajaan negeri mengikut tema serangan media
yang sudah ditetapkan oleh sutradara-sutradara di Putrajaya.

Tidak sukar untuk mengenali modus operandi media perdana yang bertaraf longkang di Malaysia ini kerana gaya pemikiran mereka mendatar dan mudah dibaca, apatah lagi latarbelakang perundangan yang mencengkam pengamal media perdana hari ini menyebabkan media di Malaysi tidak berada pada tahap kebebsan yang sepatutnya.

Apapun isu ‘larangan membaca Al Quran dari corong pembesar suara mesjid dari pejabat Mufti Pulau Pinang sekali lagi akan menjadi mangsa media yang bagai harimau lapar menanti sahaja peluang yang ada untuk menyerang mangsanya.

Saya memulakan penulisan ini dengan menyentuh pihak media kerana merekalah yang bertanggungjawab untuk mengkaburkan keadaan dan mengeksploitasikan keadaan untuk melaksanakan agenda menyerang kerajaan negeri Pulau Pinang. Saya kesal kerana isu pokok
pandangan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang dalam kes ini telah dikaburkan manakala tambahan ‘rempah ratus’ menyedapkan golongan pemfitnah terus digembar-gemburkan sehingga asal permasalahan diabaikan. Ini sesuatu yang tidak adil kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang dipesongkan niat asal keputusan itu dibuat.

Saya melihat isu ini dalm perspektif yang objektif kerana asas keputusan itu dibuat jauh dari sebarang kepentingan politik atau campurtangan politik. Kedua, keputusan itu dibuat mengikut kerangka dan proses kerja Jabatan Mufti dan bukan dalam kerangka Exco Agama Pulau Pinang dan jauh sekali Pejabat Ketua Menteri.

Dari awal lagi asas keputusan dibuat tiada unsur kepentingan pentadbiran kerajaan negeri. Jabatan Mufti bertindak di atas kes aduan yang dibuat dan Jawatankuasa Fatwa akan berbincang dengan bantuan unit penyelidikan di Jabatan Mufti dengan merujuk kepada kes yang diadukan.
Dalam hal ini kes yang diadukan ialah hukum penggunaan pembesar suara yang memperdengarkan ayat-ayat Al Quran dari corong mesjid dan surau. Aduan ini juga beralasankan bahawa perbuatan itu ‘mengganggu’ suasana sekeliling. Jawatankuasa Fatwa bersidang bagi menjawab persoalan ini. Dorongan keputusan di sini jelas datang dari proses biasa apabila sesuatu kes diadukan untuk mendapatkan hukum Islam dalam hal ini.

Kerakusan media ‘membelasah’ pandangan ini melalui kenyataan-kenyataan yang provokatif telah memburukkan institusi pembuat keputusan dalam Islam dan kedudukan Mufti sendiri sebagai Penasihat Raja-Raja Melayu. Apakah kerana kenyataan keputusan ini datang dari Pejabat Mufti Pulau Pinang maka ia tidak perlu dihormati? Apa bezanya institusi Mufti Pulau Pinang dengan yang lain?

Mengapa Perlis yang sudahpun membuat keputusan larangan ini tidak kecoh dan heboh? Mengapakah Perlis tidak dilabel sebagai negeri yang mahu ‘meminggirkan Islam’ dengan larangan ini, sedangkan Pulau Pinang dicop demikian. Apa beza larangan yang dibuat oleh Pejabat Mufti Perlis dengan yang di Pulau Pinang?

Adapun beberapa pihak yang mendakwa bahawa YDP Agung tidak dirujuk, mereka jahil tentang proses sesuatu keputusan dibuat. Apa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang hanyalah pendapat tentang hukum kes yang dirujukkan, ia belum menjadi fatwa selagi tidak dipersembahkan kepada Agung dan selalunya Agung akan menghormati keputusan Mufti yang lebih arif tentang hukum hakam Islam.

Jawatankuasa Fatwa yang meneliti kes yang dirujuk tidak perlu berbincang dengan YDP Agung, hanya setelah hendak diwartakan barulah perlu mendapat perkenan Agung. Sehingga kini status keputusan hanyalah di peringkat Jawatankuasa dan tidak boleh dikuatkuasakan walaupun tanggungjawab pihak yang terlibat ialah mengormati keputusan.

Merujuk kepada soalan mengapa Fatwa Kebangsaan tidak dimaklumkan, ia adalah satu lagi kejahilan pihak tertentu tentang proses dan hubungan dengan Fatwa Kebangsaan. Sama kesnya dengan Isu “Pengharaman Poco-Poco” Fatwa Kebangsaan tidak dimaklumkan awal tentang keputusan itu, hanya setelah dibincangkan Fatwa Kebangsaan menolak tetapi menghormati keputusan Mufti Perak.

Maknanya penerimaan atau penolakan Majlis Fatwa Kebangsaan terpulang kepada Muzakarah yang dibuat dan jika ditolak ia hanya di peringkat kebangsaan sahaja dan Majlis Fatwa Kebangsaan tetap menghormati keputusan negeri masing-masing. Mengapa peraturan ini tidak dipakai untuk kes keputusan Mufti Pulau Pinang?

Saya belum sempat lagi menulis tentang dalil keputusan larangan yang bagi saya cukup syar’ie dan ada dalil yang kukoh dan perlu dihormati. Janganlah kita kerana tenggelam dengan garis politik sempit dan dendam sanggup membutakan mata kita dengan perkiraan syari’e yang menjadi asas kepada setiap perkara dalam tindak tanduk kita. Malangnya orang Melayu sendiri yang memperbodohkan diri mereka dalam isu ini sehingga tersingkaplah wajah mereka sebenarnya yang kononya menjadi pembela Islam tetapi untuk Pulau Pinang mereka membelasah institusi Islam semahu-mahunya! Saya amat menyokong pandangan Mufti dan syabas kerana berani berkata benar walaupun pahit.

Mujahid Yusof Rawa
MP Parit Buntar
Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional

Jangan beri peluang kezaliman bertapak
Datuk Harun Taib

Perutusan sempena Badar al-Kubra

Alhamdulillah kita telah melepasi 15 hari pertama bulan Ramadhan dan menunggu hari terbaik yang dijanjikan oleh Allah s.w.t iaitu malam lailatul Qadar yang dijanji di dalam al-Quran seumpama seribu bulan beribadat.

Di kala kita mengejar amalan ibadat pada bulan Ramadhan, marilah sama-sama kita mengingati satu peristiwa besar yang berlaku bulan Ramadhan iaitu peristiwa Badar al-Kubra. Peristiwa di mana umat Islam dikekang dari segenap penjuru oleh rangkaian jahiliah yang menzalimi umat Islam.

Bulan Ramadhan telah membuahkan semangat juang yang sangat luar biasa ke atas para sahabat yang berada di sekeliling Rasulullah s.a.w. Ketika mana panas terik berpuasa, semangat untuk meninggikan kalimah Allah dan menghapuskan kezaliman mengatasi segal-galanya apatah lagi setiap titis perlu pasti akan ditimbang oleh Allah s.w.t di timbangan Mizan-Nya di hari akhirat nanti.

Para pejuang Islam,

Meninggikan kalimah Allah s.w.t dan mencatas kezaliman bukannya suatu perkara yang ringan, ianya memerlukan kepada pendekatan diri kepada Allah s.w.t dalam erti kata yang sebenar tanpa dicemari dengan pergantungan selain daripada Allah. Itulah di antara cirri-ciri yang dimiliki oleh para sahabat yang terlibat dalam peperangan badar al-kubra. Akhirnya mereka diberikan pertolongan oleh Allah s.w.t. Kita hendaklah berusaha supaya kezaliman terus ditentang habis-habisan sehingga ke akar umbi!

Kita mahu tahun ini merupakan tahun terakhir kita berpuasa di bawah sistem dan kerajaan yang zalim! Ayuh kita bangkit memperkuatkan hubungan kita dengan Allah s.w.t dan seterusnya berpuasa pada tahun hadapan dengan kemenangan ke atas kebatilan dan kezaliman. Kemenangan bukan suatu yang mustahil ! Peperangan Badar al-Kubra telah membuktikan bahawa sahabat yang hanya terdiri daripada satu pertiga kekuatan musuh dengan segala bentuk kekurangan berbanding kekuatan musuh akhirnya telah berjaya memperolehi kemenangan yang sangat bererti kepada perjuangan Islam dengan bantuan Allah s.w.t !


Iklan seksi: Hormati kemuliaan Ramadhan
Nasrudin Hassan
Jangan Cemarinya dengan Mungkar.

1. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia menegaskan bahawa pihak tertentu yang bertanggungjawab menerbit dan meluluskan iklan menjolok mata, seksi dan separa lucah MESTI menarik balik iklan mereka dan memohon maaf kepada ummat Islam segera mungkin.

2. Jangan kerana keghairahan mempromosi sesuatu produk menjelang Aidil Fitri, individu atau syarikat terbabit tergamak melampaui sentimen beragama dan kemuliaan bulan Ramadhan al Mubarak. Mengaut keuntungan dalam perniagaan adalah dibenarkan oleh syara' namun memperalatkan aurat wanita dan mengeksploitasinya untuk melariskan sesuatu produk adalah suatu yang bertentangan dengan agama dan mengundang kkemurkaan Allah swt.

3. Apa ertinya hasil keuntungan di bina atas perbuatan dan tindakan yang haram dan dimurkai oleh Alllah swt. Kelak harta itu akan menjadi bahan bakar yang membinasakan diri mereka sendiri. Sedang rezeki yang dicari secara halal itulah akan membawa berkat, kejayaan dan keuntungan yang diredhai oleh Allah swt.

4. Iklan seperti ini telah mem"bakar" perasaan ummat Islam dan tidak mustahil boleh mencetus kemarahan mereka. Sementelah pula ia diiklankan di bulan Ramadhan dengan model yang juga beragama Islam. Tindakan ini dilihat keterlaluan dan memcabar kesucian agama Islam itu sendiri.

5. Lebih malang, pihak berkuasa seperti tidak peka dengan apa yang berlaku. bagaimana iklan seperti ini boleh lulus siar dan lulus terbit ? pula kemana perginya Kementerian Pembangunan Wanita yang selama ini bercakap soal maruah wanita. Apakah iklan seperti ini yang jelas memperaga dan memperalatkan wanita tidak mencarik maruah ?

6. Selayaknya pihak berkuasa agama seperti JAKIM mesti peka dengan lambakan iklan menjolok mata sebegini yang dipasang pada billboard, banting dan banner pada laluan dan tempat awam. Selain budaya, hiburan keterlaluan, pergaulan bebas dan sebagainya, iklan sebegini juga boleh menjadi penyumbang kepada berlakunya perlecehan moral dan peribadi muslimah yang bermaruah.

7. Kita mahu negara kita sejahtera dan aman serta mendapat keampunan Allah swt. Bukan sahaja kita mahu negara kita indah dengan hijau dan segar dengan flora, tetapi juga kita mahu negara yang berkat dan diredhai oleh Allah swt dengan bebas dari unsur - unsur mungkar dan perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah swt.

8. Tidak hairanlah jika semakin hari semakin ramai anak gadis dan wanita kita tidak menutup aurat malah semakin seksi mereka berpakaian sekali pun di khalayak ramai kerana terpengaruh dan terikut - ikut rentak idola mereka yang di potretkan pada iklan, demikian juga lakonan - lakonan menerusi filem dan video klip yang turut menonjolkan cara berpakaian yang sangat menjolok mata.

9. Secara umumnya, semua pihak bertanggungjawab tanpa perlu kita mengharapkan atau menyalahkan hanya pihak - pihak tertentu. Tetapi selaku pihak berkuasa, kerajaan melalui kementerian, agensi atau jabatan terbabit mestilah mengambil tanggungjawab untuk membersihkan negara dari rambu - rambu dosa dan mungkar seperti ini.

10. Dewan pemuda PAS mendesak supaya semua pihak mengambil peranan, bermula dari pihak berkuasa negeri Pakatan Rakyat sebagai tauladan, kemudian pihak berkuasa kerajaan Persekutuan turut mengambil langkah berkesan untuk memerangi gejala negatif yang kian menular dan merosakkan aqal dan jiwa masyarakat dalam tempoh jangka panjang.

Rujuk Iklan yang dimaksudkan di sini :

http://www.facebook.com/notes/nasrudin-hassan/hormati-kemuliaan-ramadhan/237804989594098

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Politik melampaui perundangan di Malaysia
V.Sivakumar

Persoalannya adakah cabang legislatif dihormati lagi oleh pemain-pemain politik negara kita? Kita mahu semua pihak menghormati dan mengamalkan tertib yang telah digariskan dalam Perlembagaan dan Undang-undang.

Tetapi, jika pihak-pihak tertentu cuba mengatasi batasan undang-undang ini, maka tatacara pentadbiran negara kita akan tergugat. Apabila ada pihak yang melihatkan diri mereka lebih tinggi daripada undang-undang dan tidak mengikuti prinsip-prinsip yang telah ditetapkan sekian lama, ini akan menzahirkan permainan kotor yang tidak adil dalam gelanggang politik negara kita.

Organisasi bukan rasmi seperti parti politik cuba membataskan aktiviti dan peranan organisasi rasmi seperti badan legislatif. Kacau ganggu seperti ini akan melumpuhkan pentadbiran negara malah kepercayaan rakyat terhadap kerajaan juga akan turut meluncur.

Walaupun organisasi tidak rasmi seperti parti politik tidak disebut dalam perlembagaan, peranannya sebagai pengerak utama kepada jentera rasmi negara kita tidak dapat dinafikan. Walau bagaimana pun permainan politik yang melampau atau keterlaluan boleh menggugat kedudukan organisasi-organisasi rasmi seperti badan perundangan.

Dalam kes Negeri Perak memang permainan politik telah melampaui kuasa badan perundangan. Dewan Negeri tidak dihormati oleh ahli-ahli politik apabila mereka merampas kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah. Mereka membuat pelbagai helah dan tipu muslihat untuk melanggar semua undang-undang dan perintah-perintah tetap Dewan Negeri semata-mata untuk kembali berkuasa di negeri Perak.

Kuasa Speaker Dewan Negeri dicabar malah tidak dihormati langsung. Polis berani melangkah masuk ke dalam Dewan yang mulia untuk mengusung keluar Speaker dengan menggunakan kekerasan. Dewan Negeri tidak diberi ruang untuk berfungi menjalankan tanggunjawab perlembagaan . Ini dapat dilihat dalam sekatan yang dibuat oleh ahli-ahli politik supaya tidak membenarkan Dewan Negeri bersidang pada 3 Mac 2009. Polis dan jentera kerajaan menghalang wakil rakyat memasuki Dewan Negeri dan akhirnya terpaksa bersidang di bawah pokok.

Tambahan pula mekanisme untuk membuat undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Dato Seri Nizar juga tidak dilakukan sehingga hari ini. Datuk Harun seorang Menteri Besar yang disukai ramai pada masa itu yang menguasai Dewan Negeri Selangor dipaksa meletakkan jawatannya melalui undi tidak percaya yang diluluskan dengan suara terbanyak pada 25 Mac 1976. Beliau dijatuhkan oleh ahli-ahli partinya sendiri.

Kejatuhan beliau berpunca daripada tindakan pemimpin kebangsaan parti yang mempengaruhi undi ahli-ahli Dewan Negeri Selangor. Ini adalah kerana Datuk Harun enggan meletakkan jawatan selepas beliau dipecat daripada parti. Walau bagaimanapun pemimpin UMNO pada masa itu tidak memilih jalan pintas untuk melantik Menteri Besar baru dengan bantuan Istana. Proses pengundian dibuat secara demokratik untuk menjatuhkan Datuk Harun di dalam Dewan Negeri itu sendiri. Tindakan ini adalah satu amalan demokrasi yang diguna pakai oleh semua negara-negara komenwel.

Amalan demokrasi ini tidak dilaksanakan di Negeri Perak apabila Barisan Nasional merampas kerajaan daripada Pakatan Rakyat. Undi tidak percaya tidak pernah dibuat untuk menjatuhkan Datuk seri Nizar malah seorang Menteri Besar yang baru dilantik di Istana secara tergesa-gesa. Permainan politik kotor seperti ini telah menganggu perjalan Dewan Negeri di Perak.

Akhirnya rakyat Negeri Perak terjerumus ke dalam kemelut politik yang masih tidak terselesai sehingga ke hari ini. Ekoran daripada itu, Dewan Negeri tidak dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan. Pelbagai halangan dan batasan terpaksa diatur oleh Barisan Nasional untuk menyelamatkan kerajaan yang ditubuhkan secara haram. Belanjawan 2009 diluluskan dalam masa 20 minit.

Persidangan Dewan Negeri pada 15 Ogos 2011 hanya berlangsung selama lebih kurang 2 jam. Ini adalah kerana kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat dirampas dengan menggunakan kekerasan polis dan mahkamah. Ketakutan itu menghantui pemimpin-pemimin UMNO dan Barisan Nasional di Negeri Perak. Walau bagaimanapun, terbukti di sini bahawa politik yang melampau ini akan mencemarkan dan akhirnya menghancurkan sistem pentadbiran negara kita yang sedia ada.

V.Sivakumar
ADUN Tronoh
17/8/2011



Apapun tindakan Jais susahkan kerajaan
Subky Latif
ISU kehadiran petugas Jais di gereja ketika satu jamuan diadakan dapat diredakan apabila Jais menjelaskan betapa ia ke situ adalah untuk melakukan penyiasatan bukan melakukan serbuan seperti yang dilaporkan media.

Kerana Jais menerima aduan tentang adanya orang Islam hadir di situ ketika itu kerana dikatakan ia sebagai satu usaha memurtadkan orang Islam, maka Jais pergi bagi memastikan aduan itu.

Keterangan sebegitu boleh meredakan isu itu.

Apa pun kerajaan Negeri Selangor terperangkap sekali lagi dengan siri isu yang menyusah dan mengganggu kelicinan dan kelancaran pentadbirannya.

Sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan dari semasa ke semasa ia diuji dengan siri cabaran, dan ia dilihat berganda apabila Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri dan Ketua Perhubungan UMNO Selangor.

Dari isu mengarak kepala lembu, memberi lembu korban kepada penduduk Bandar Tun Razak, mencuri pasir, pendakwaan Jais atas bekas Mufti Perlis hingga isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru. Baru isu bekas Pengarah Jais jadi SUK baru itu reda kini datang pula isu Jais dikatakan menyerbu gereja.

Jais sememang aktif sejak dulu lagi. Pernah satu masa dulu semasa Mufti Selangor Almarhum, Dato Ishak Baharum dulu ia bertindak menyekat gadis Melayu menyertai peraduan ratu cantik. Mufti itu sendiri mengetuai tindakan menguat kuasakan peruntukan undang-undang negeri itu.

Mufti dan Jais mendapat sokongan rakyat. Ia dibantah oleh Dr. Mahathir yang jadi Perdana Menteri masa itu hingga Almarhum Sultan Selangor terpaksa menamatkan kontrak Mufti yang baru disambung.

Bagitulah kebatnya Jais. Dengan isu rebuan geraja ini kali kedua kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim merasas payah dengan tindakan Jais. Yang pertama, menahan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin berdakwah tanpa tauliah, dan keduanya ia dikatakan menyerbu gereja.

Kerajaan negeri menyatakan rasa susahnya atas kejadian itu dan mengambil sikap menutup mulut hingga Jais menyiap laporan tentang kejadian itu.

Apa pun ada ruang isu itu dapat diredakan bila Jais membuat penjelasan, ia tidak menyerbu tetapi mengirim pasukan bagi membuat penyiasatan.

Ada pun isu gereja berusaha memurtadkan umat Islam adalah isu global. Sejak zaman Peringgi menawan Melaka 500 tahun dulu dan Sepanyol menakluk Filipina adalah bagi memurtadkan orang Islam. Tidaklah ia dinamakan Kristian dan gereja jika ia menarik penganut agama lain menganut agamanya.

Orang Islam Tanah Melayu sebelum merdeka tidak berperang dengan penjajah Kristian Inggeris yang mengembangkan agama di kalangan penduduk Semenanjung, tetapi dengan pegangan Islam pimpinan guru-guru pondok hingga merdeka 100 peratus orang Melayu kekal beragama Islam.

Masa itu jangankan orang Melayu hendak masuk gereja, melintas gereja pun mereka paling ke lain.

Semasa Operasi Lallang dulu di zaman Perdana Menteri Mahathir ada orang Melayu ditahan ISA kerana jadi pengembang Kristian. Ia bukan sekadar masuk gereja tetapi mengembangkan ajaran gereja. Sekarang ada pula orang Islam hadir jamuan makan di gereja.

Semua ini adalah sindiran Allah terhadap kerajaan dan umat Islam Malaysia. 400 tahun Inggeris menjajah tiada orang Islam masuk gereja tetapi 50 tahun merdeka dengan Islam sebagai agama rasmi, orang Islam boleh hadir jamuan makan di gereja.

Jais buat sekadar yang ia upaya. Ia saja dengan cara itu tidak akan menyekat orang Melayu merasa tidak elok keluar masuk gereja atas apa tujuan jua. Tetapi kerajaan Khalid dan Anwar Ibrahim sudah disusahkannya.

Jalan meredakan terbuka bila Jais kata, ia tidak menyerbu tetapi membuat penyiasatan.

Persoalannya sekarang sejuah mana masyarakat umum khusus penyokong gereja dapat menerima kehadiran rombongan Jais itu untuk tujuan penyiasatan. Ia mesti bekerja kuat sedikit bagi meyakinkan orang ia bukan serbuan tetapi adalah satu tindakan siasatan.

Baik untuk Selangor dan penduduk Malaysia jika penjelasan Jais itu dapat diterima. Tetapi satu ajaran yang didapati dari kejadian itu, kehadiran orang Melayu di gereja atas apa tujuan jua adalah sensitif. Mungkin kebajikan gereja terhadap orang miskin dan memerlukan lebih senang dibuat di luar gereja.

Saya adalah lulusan sekolah Mathodist dan selalu ke kliniknya di luar kawasan gereja. Saya antara yang pernah dapat khidmat kebajikan gereja itu, tidak pula saya masuk gereja tetapi masuk PAS sesudah dewasa. Untuk melihat apa yang ada dalam gereja, saya bersama Tok Guru Haji Hadi Awang pernah masuk gereja terbesar di Colonge, Jerman semasa tiada orang di dalamnya.





Hadis Kelima : -



UMAT ISLAM MENGIKUTI
LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN NASRANI


H.R. MUSLIM


Daripada Abu Said Al-Kudri ra berkata : Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :" Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya, " "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?" Nabi SAW menjawab, " Siapa lagi kalau bukan mereka".


Umat Islam yang mengikut jejak langkah apapun "cara hidup" orang-orang Yahudi dan Nasrani, hinggalah dalam urusan orang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nasrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekalipun, orang Islam akan terus mengikut mereka.

Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah SAW ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mere hanya meniru "cara hidup" Yahudi dan Nasrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nasrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.

Ya Allah ! Selamatkan lah kami daripada mereka.

Tiada ulasan: