Rabu, 17 Ogos 2011

BAGAIMANA ACARA2 YANG BERTENTANGAN DENGAN ISLAM...PAKAIAN TAK IKUT ISLAM@BUKA AURAT....BERCAMPUR GAUL...PEGANGAN LELAKI PEREMPUAN BUKAN PEREMPUAN SEPERTI DALAM DRAMA DLL...NI SEMUA PUNCA LEMAH IMAN...BILA BANYAK HUKUM ALLAH DILANGGAR SEWENANG2NYA...AKHIRAT KELAK JAWABLAH...KENA KAJI JUGA KENAPA UMAT ISLAM LEMAH IMANNYA...PERGI@TENGOK DITAMAN2 BUNGA...SHOPPING KOMPLEK2...PESTA2...DLL...COUPLE2 YANG TIADA IKATAN PERKAHWINAN..BEBAS BERGAUL...INI PERLU DIBERI PERHATIAN JUGA...SIKIT2 POLITIK...NAK TAAT PADA ALLAH PUN POLITIK...SYAITAN DAH TUNGGANG FIKIRAN KITA...INI KESAN TAK MENADAH KITAB...JAUH DARI MASJID2...SERTA JAUH BERLAKU TAAT PADA ALLAH SWT...

GCM buat enam laporan polis



LAPOR...Zainuddin menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung gerakan memurtadkan orang Islam di IPD Shah Alam, semalam.
LAPOR...Zainuddin menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung gerakan memurtadkan orang Islam di IPD Shah Alam, semalam.
SHAH ALAM: Enam laporan polis dibuat Gerakan Cegah Murtad (GCM) di beberapa balai polis berhubung kegiatan sesetengah pihak yang berniat memurtadkan umat Islam di negeri ini, di sini, semalam.
Timbalan Presiden Pertubuhan Penggerak Transformasi Malaysia (Pertama), Zainuddin Muhammad membuat laporan polis bersama beberapa anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini.

Beliau berkata, program yang diadakan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya, pada 3 Ogos lalu mempunyai agenda halus untuk mengembangkan Kristian di kalangan penganut Islam.
Katanya, jika perkara itu (memurtadkan orang Islam) tidak dicegah, gerakan bagi menyatukan rakyat melalui gagasan 1Malaysia juga tidak mungkin akan berjaya.

“Walaupun Malaysia memberi kebebasan beragama diamalkan, percubaan halus memurtadkan orang Islam sangat melampau dan mesti dihalang kerana ia salah di sisi undang-undang.

“Kami (GCM) mendesak supaya polis dan pihak lain yang bertanggungjawab menyiasat perkara ini dengan terperinci,” katanya.

Menurut Zainuddin, agama Islam adalah agama Persekutuan dan kes ini bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.

Bagaimanapun, katanya GCM tidak akan berdiam diri membiarkan pihak yang sepatutnya dihadapkan ke muka keadilan terlepas begitu saja tanpa hukuman setimpal.
“Kami membuat laporan ini supaya siasatan dan tindakan undang-undang diambil, namun jika tiada siasatan dijalankan, kami akan terus bertindak supaya perkara ini boleh dibawa kepada Kementerian Dalam Negeri untuk siasatan.

“Selain itu, kami tidak mahu isu ini dipolitikkan kerana agama tidak harus menjadi alat untuk berpolitik,” katanya.

Pemandu teksi didakwa perkosa anak



KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam terhadap tuduhan mencabul dan merogol anak perempuannya berusia 13 tahun, Mac lalu.
Bapa empat anak itu tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid.

Mengikut pertuduhan dia didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul anak perempuannya dengan meraba mangsa di rumahnya di Cheras pada jam 9 pagi, Mac lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda.

Di lokasi sama dia didakwa mencabul dan merogol anak ketiganya di dalam biliknya jam 3 petang, 28 Julai lalu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Farahah Mohd Suah tidak menawarkan sebarang jaminan kerana dikhuatiri mangsa diganggu bapanya.

Pegawai bank dibelasah dekat tangga pejabat



KUALA LUMPUR: Seorang pegawai bank cedera termasuk retak tulang rusuk selepas dibelasah lima lelaki berusia 20-an di kawasan tangga kecemasan pejabatnya di Jalan Damanlela, Bukit Damansara, di sini, Sabtu lalu.
Difahamkan, dalam kejadian jam 4.20 petang itu, mangsa berusia 35 tahun dipanggil seorang rakan pejabatnya ke kawasan tangga kecemasan untuk berbincang.

Menurut sumber, sebaik tiba di kawasan terbabit, dia ternampak empat lagi rakannya dan belum sempat dia bertanya, lelaki itu menumbuk bahagian kiri muka mangsa sebanyak dua kali.
Sumber berkata, suspek turut ditendang pada bahagian kiri rusuknya dan mangsa yang kesakitan membiarkannya kerana tidak berdaya melawan.

Katanya, selepas membelasah mereka beredar sambil mengugut mangsa.

Disebabkan kecederaan terbabit, mangsa yang mulanya mendapatkan rawatan di unit kecemasan sebuah hospital swasta dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut sebelum membuat laporan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Aida Abd Hamid mengesahkan menerima laporan mangsa dan siasatan lanjut dijalankan.

Pengawal keselamatan didakwa



IPOH: Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan membunuh Timbalan Pengarah Jabatan Veterinar Perak, Dr Rohani Kasim pada hari ketiga Ramadan, 3 Ogos lalu.
Tertuduh Syahmie Hassan, 20, didakwa melakukan perbuatan itu di Tingkat 1, Blok F, Unit 9, Persiaran Lembah Perpaduan, Permai Lake View, Tambun, dekat sini, antara jam 6 petang dan 7.30 malam pada tarikh berkenaan.

Syahmie yang menetap di rumah bernombor F-1-2, blok pangsapuri sama dengan arwah Rohani didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Ketika pertuduhan dibacakan, tertuduh mengangguk sebagai tanda faham, namun Majistret Nurul Akmal Mustafa Kamal tidak memberi tawaran jaminan kepada tertuduh.

Nurul Akmal menetapkan 17 Oktober depan untuk sebutan semula kes sementara pihak pendakwaan mendapatkan laporan bedah siasat mangsa.

Sementara itu, rakan serumah Syahmie, Nurhisyam Shukor, 23, yang juga bekas anggota tentera didakwa mengikut Seksyen 414 di mahkamah sama semalam atas tuduhan melupuskan harta curi iaitu gelang emas bernilai kira-kira RM6,000 milik arwah Rohani.

Tertuduh, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkenaan sebelum Nurul Akmal menetapkan wang jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin dan kes itu juga disebut semula pada 17 Oktober.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didapati melupuskan gelang emas berkenaan di Kedai Jam Tangan Kam Seng di No 55, Jalan Besar, Tanjung Malim antara jam 3 dan 6 petang pada 4 Ogos lalu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nor Abdurrahim menawarkan jaminan RM12,000 terhadap tertuduh, namun tertuduh merayu dikurangkan wang jaminan dengan memberi alasan belum berkahwin selain tiada ahli keluarga yang hadir pada prosiding semalam.

Mayat Rohani disedari seorang pengawal keselamatan berhampiran pangsapurinya selepas melihat beberapa lelaki membawa bungkusan berisi mayat mangsa kira-kira jam 3.30 pagi pada 4 Ogos lalu.

Arwah yang dinaikkan pangkat sebagai timbalan pengarah di jabatan berkenaan pada Julai lalu adalah bekas Pendaftar di Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga, Sintok, Kedah.

Sehubungan itu, polis menahan empat lelaki berusia 20 hingga 26 tahun tidak sampai 24 jam selepas penemuan mayat itu. Seorang daripadanya sudah dibebaskan dengan jaminan polis, manakala seorang lagi tamat reman hari ini.

Tiada ulasan: