Sambil menafikan PAS turut mengupah anggotanya, Mahfuz menyifatkan kenyataan Rais itu sebagai cuba "menyamakan semua orang macam Umno".
"Umno nak meramaikan perhimpunan mereka, nak meramaikan perhimpunan yang dihadiri pimpinan mereka, mesti diberi duit, dibelanja dengan wang cukup besar, sediakan pengangkutan, kemudian diberi duit, beri makan dan sebagainya.
Jadi dia (Rais) menyamakan (dengan kita). Dia tidak boleh berfikir di luar kotak (pemikiran) Umno. Rais ini berpemikiran dalam kotak Umno. Dia tak keluar daripada kotak Umno," katanya.
Semalam, Rais dilapor mendakwa ada peserta diupah RM50 seorang untuk memakai baju kuning dan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.
Beliau berkata selain itu, mereka juga diberi makan dan perkara tersebut didedahkan dalam satu laporan yang dikeluarkan kementerian berkenaan.
"Ini jelas membuktikan upah politik itu berlaku dalam tindakan dan tindak-tanduk pemakai baju kuning atau pemimpin-pemimpin mereka," katanya.
Menurut Rais lagi, bukan semua peserta perhimpunan itu mempunyai matlamat yang jelas, kecuali sebahagian dengan matlamat politik sendiri.
- Coppel Abraham · Pengulas Tertinggi · Business Development Director di Sand MasterLogistic Sdn.BhdBRO RAIS...PAS, PKR BILA CERAMAH MEREKA MEMINTA DERMA UTK MEMBIAYAI PARTI SBB KEKURANGAN BUDGET UTK MOBILISASI XMCM UMNO...BOLIH SEMBELIH LEMBU 10 EKOR PAS2 MEMBASIR DUIT RAKYAT...
- Noor Iznan Mohd Noor · Pengulas Tertinggi · Bekerja di AQUAMARINE-ABER
- Amier Miedien · Malaysia Maritime AcademyBgtau kat RAIS tu..kalo bercakap tanpa bukti namanya fitnah..kalo xde bukti jgn nak menuduh..nanti x pasal2 dpt balasan...
- DinMinyak Melaka · Pengulas Tertinggi
- Rosmi Mahmud · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Bisnes Sendiri
- Ruang Politik · Pengulas Tertinggi · School of politicsSemua orangpun cuba fikir apa yg Pak Rais buat dengan bibiknya..sbb semua org pun nak rasa pengalaman Pak Rais...
- Kamall Dinn · Pengulas Tertinggi · Network Administrator di Telekom Malaysia
- DinMinyak Melaka · Pengulas Tertinggi
- Jashamsulnizam Jani · Pengulas Tertinggi · Friends with Yob Tualang Sekah
- Ghazi Johar · Pengulas Tertinggi · Samttaj shah alamramai ke yang dapat duit??? saya pun join BERSIH 2.0, tak dapat duit pun!!kat mana nak ambik??! makan asap (tear gas) dan minum air (chemical) ada la....free je...
- Yoie Alias · Pengulas Tertinggi · Ungku Omar Polytechnic
- DinMinyak Melaka · Pengulas Tertinggi
- Rosmi Mahmud · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Bisnes Sendiri
- Fitri Fit II · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Ada keja ada gaji"bukan semua punyai matlamat yg jelas??"..kepala hotak dia..ku cepuk jugak kang mamat nie..ingat kami yg turun ni saje2 ke nak kena teargas, semburan air jijik , kena hambat dgn PRU tue??.sedarlah wahai pemimpin..masa anda semakin singkat..akan terkubur xlama lagi..itu janji anak2 muda
- Riz Al · Friends with Norasiah Mahat
- Husien Ramlee · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Contractor
- DinMinyak Melaka · Pengulas Tertinggi
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata undangan Nazri datang secara tiba-tiba itu dan beliau tidak pasti motif beliau berbuat demikian.
"Kami berdiri teguh bersama sekutu kami dalam Pakatan. Kami adalah berbilang kaum. Mungkin MCA dan Gerakan telah hilang perwakilan masing-masing di kerusi-kerusi mereka, "katanya kepada pemberita di Pulau Pinang apabila diminta mengulas.
"Namun kedua-dua pihak itu hanya memperjuangkan satu bangsa, sementara kita mempertahankan hak semua rakyat Malaysia. Jadi persoalanan (DAP menyertai BN) tidak timbul," katanya.
Pelawaan Nazri itu disiarkan menerusi akhbar harian Cina Sin Chew Daily hari ini. Beliau yang ditemubual akhbar itu juga berkata, Gerakan - yang pernah menjadi pembangkang - telah dijemput untuk menyertai Perikatan pada tahun 1969.
Mengulas isu yang sama, ahli parlimen Ipoh Timor Lim Kit Siang berkata, sejak 45 tahun yang lalu, pemimpin DAP telah berusaha bersungguh-sungguh dan banyak berkorban demi kepercayaan politik mereka.
"Pemimpin kami, ramai yang dianiaya dan didakwa di mahkamah, (ada) yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)".
Sesetengah mereka telah "dipenjarakan dan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen dan ada juga dihalang daripada bertanding selama lima tahun tetapi demi perjuangan mereka tabah dan bersabar bagi menegakkan hak semua rakyat Malaysia merentasi bangsa dan agama".
"Semua pengorbanan ini bukan untuk DAP bagi menggantikan MCA dalam BN," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Hanya politik baru dan penghindaran dari politik 'pecah dan perintah' mengikut garis etnik dan mementingkan diri sendiri... boleh menyelamatkan Malaysia."
- Cikgu Din Sas · Pengulas Tertinggi · Friends with Ummu AimanTanda MCA, gerakan SUDAH TIDAK RELEVAN LAGI!
- Mohammad Zahid Abdul Gaffor · Pengulas Tertinggi · Instructor di Naza Kia AcademyAik... dalam dok hentam DAP kiri kanan dan macam2 anti melayu la.. anti Islam la.... tiba2 jemput join depa plak...... hahaha..... jilat ludah balik ka?
- Md Daud · Pengulas Tertinggi · Sekolah menengah dato syed ahmad
- Fasya Zainal · Pengulas TertinggiMmg tlh dijangkakan berdasarkan layanan baik Kerajaan Pusat kpd Kerajaan Png spjg tahun ini. Mereka berhasrat memikat DAP untuk menggantikan Gerakan yg sudah tidak relevan. Cuma Presiden Gerakan sahaja yg rasa Gerakan masih relevan.
Percaya atau tidak DAP tlh sekian lama berjuang, takkan tunduk dgn helah BN. Ini hanya membuktikan bahawa BN sendiri tahu hakikatnya mereka takkan menang di Png, cuma pemimpin BN Png shj yg tak mahu mengakuinya.
Kesan tindakan Nazri ini akan meningkatkan lagi kekuatan DAP dan PR kerana ia membuktikan bhw BN sendiri sanggup menerima DAP yg mereka (dan PERKASA) tuduh macam2. Apa agaknya terjadi dgn PERKASA andainya DAP menerima pelawaan Nazri ini? Tak tahulah Ibrahim Ali nak melompat ke mana pula slps itu.
Dakwanya, pendatang tanpa izin di Sabah telah diberikan kad pengenalan biru dan menjadi pengundi berdaftar di kawasan-kawasan di mana parti memerintah adalah lemah. Akibatnya, pendatang asing kini mengatasi bilangan penduduk tempatan Sabah.
"Terdapat kehadiran jutaan pendatang tanpa izin dan haram di negara ini, terutamanya di Selangor", kata Ramakrishnan sambil meluahkan kebimbangan rakyat negeri itu bahawa apa yang berlaku di Sabah boleh berlaku di Selangor juga.
"Terdapat bukti kukuh mengenai surat Umno untuk mendaftar pendatang asing sebagai pengundi di Hulu Selangor.
"Selain itu, terdapat banyak kes kewarganegaraan segera diberikan kepada rakyat Indonesia, untuk dijadikan pengundi. Jawapan berdolak dalik dari Suruhanjaya Pilihan Raya dan sikap membisu Jabatan Pendaftaran Negara, menambahkan lagi kewajaran kegusaran rakyat," kata Ramakrishnan.
Seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak supaya penyokong Umno melakukan sedaya upaya bagi merampas semula Selangor dan keyakinan yang ditunjukkan oleh parti itu Umno juga menjadikan kebimbangan mereka berasas, katanya lagi.
Menurut Ramakrishnan, Umno Selangor juga mendakwa bahawa BN akan menang di sekurang-kurangnya 38 daripada 56 kerusi dewan undangan negeri berbanding hanya 20 yang mampu dimenangi mereka sehingga menyaksikan Pakatan Rakyat berkuasa di negeri itu.
"Semua manipulasi yang meragukan ini dilakukan tanpa menghiraukan ribuan sokongan terhadapa perhimpunan BERSIH 2.0 yang menuntut pilihan raya yang adil dan bebas di negara ini. Ramai orang bimbang bahawa pilihan raya umum ke-13 akan menjadi pilihan raya paling kotor dan tercemar dalam Malaysia.
"Apa yang membimbangkan ialah gabungan Umno, SPR dan JPN untuk melakukan tindakan khianat dan bertentangan keselamatan negara itu. Dalam menyokong kerajaan BN, jabatan berkenaan tergamak mengadaikan keselamatan, kedaulatan Malaysia dan hak rakyat, "katanya.
- Patrick GinduhPasti akan ada balasan yang setimpal untuk umno dari tuhan di belakang hari...ingat la wahai pemimpin2 dan penyokong2 umno...insaf la sebelum kamu di insafkan...
- DinMinyak Melaka · Pengulas Tertinggi
- Coppel Abraham · Pengulas Tertinggi · Business Development Director di Sand MasterLogistic Sdn.BhdBUBARKAN JE SPR/JPN NI....
- DinMinyak Melaka · Pengulas Tertinggi
- Malvin Rokilin Mahuda · Pengulas Tertinggi · Petaling Jaya, Malaysia
- Fitri Fit II · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Ada keja ada gaji"KITA AKAN RAMPAS SELANGOR WLU APA CARA SEKALIPUN"..ungkapan NAJIB DIKUALA SELangor xlama dulu...faham2 jela...puak2 penyamun ni akan guna apa je cara demi kausa
- DinMinyak Melaka · Pengulas Tertinggi
- Fitri Fit II · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Ada keja ada gaji
- Noor Iznan Mohd Noor · Pengulas Tertinggi · Bekerja di AQUAMARINE-ABER
- Umpuh Tala · Certified In Cleaning Equipment & Machineris (Singapore )Nampaknya demokrasi di negara kita kian lemah, dan hanya menunggu untuk hancur buat selama-lamanya.....
- NurAin Husna · Kota Kinabaluni yg buat aku tak pusa hati..bangsa2 asing ramai sudah mendapat ic....aku boleh buktikan...ada aku kenal seorang perempuan yg ada dua ic....kurang ajar punya jpn...
- DinMinyak Melaka · Pengulas Tertinggi
- Malvin Rokilin Mahuda · Pengulas Tertinggi · Petaling Jaya, Malaysia
- Rasional Isasi · Pengulas Tertinggi · INSTITUT TEKNOLOGI MARA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan