PEMANDU kaji bantu golongan berpendapatan bawah RM3,000
Kerajaan mengarahkan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) untuk mengkaji langkah membantu golongan berpendapatan di bawah paras RM3,000 untuk berdepan masalah kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata keputusan itu diambil pada perbincangan Kabinet baru-baru ini, yang berpendapat satu mekanisme perlu diwujudkan bagi membantu golongan tersebut.
"Sehingga kini Pemandu sedang memperincikan kajian ini untuk dirumuskan dalam satu pangkalan data menerusi sebuah makmal khusus yang ditubuhkan bagi tujuan ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Teman 1Azam, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta penyampaian
bantuan sempena Aidil Fitri hari ini.
Beliau berkata makmal itu akan mengemukakan rumusan kajian dalam tempoh dua minggu, dan diserahkan kepada Kementerian Kewangan sebelum diperincikan semula untuk dimasukkan ke dalam Bajet 2012.
Katanya, apa yang penting, inisiatif itu akan mencapai matlamat membantu golongan sasar mengurangkan beban mereka, dan kerajaan memandang serius perkara tersebut kerana Kabinet mendapati rakyat berpendapatan di bawah RM3,000 menerima kesan besar ekoran kenaikan harga barang.
- Bernama

- Ehsanudin Zaini · Friends with Abdul Mudzil Mahamodrm3000 sebulan... banyak tu... takkan la diorang tak tau 75% rakyat pendapatan bwh rm3000 sebulan..
- Aidilfitri Hj Othmandah beribu kali dah kaji... kami terus merana
- Mat Rahim Ibrahim · Top CommenterPenjawat awam dan pekerja swasta kurang mahir merupakan 75% yg berpendapatan bawah RM3000. Sebab tulah ramai muflis sebab hutang kad kredit...
- Mat Rahim Ibrahim · Top CommenterPendapatan bawah RM3,000 sekeluarga = perit miskin hidup dibandar.
Tamaban kalau ada 3 anak bersekolah.... - Amar Afiq Harun · Top Commenter · Tanjung Malimkah kah kah! teros kan mengkaji sampai rakyat kebulur dan mati! pastu kau pown boleh berjoli! kah kah kah!
- Amar Afiq Harun · Top Commenter · Tanjung Malim
- Silversempoi Kl · Top CommenterApakata cukupkan saja gaji pekerja swasta dan kerajaan kepada RM3000..?Lagi senang.Tak payah kerajaan nak kaji lama2.Buat sakit kepala otak je..
JK p'raya: Jangan sangsi keikhlasan kami, kata PM
Penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) merupakan komitmen oleh kerajaan untuk menjadikan sistem pilihan raya negara lebih baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Saya harap inisiatif kami mengenai jawatankuasa tersebut menunjukkan keikhlasan kami. Ini tidak bermakna kami percaya wujud manipulasi dalam sistem itu tetapi kami mahu menambahbaik lagi sistem itu.
"Jangan sangsi dengan keikhlasan kami," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia yang kedua di Bandar Tun Razak di ibunegara hari ini.
Najib berkata demikian ketika mengulas dakwaan beberapa pihak tertentu bahawa JTP adalah tidak bermakna sekiranya pilihan raya umum ke-13 diadakan tanpa melakukan reformasi sistem pilihanraya.
"Tarik pilihanraya adalah prerogatif kami tetapi kami komited untuk penambahbaikan sistem pilihanraya," katanya.
Rabu lalu, Kabinet bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas parlimen dengan usul cadangan penubuhan itu dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini.
Jawatankuasa itu diketuai oleh seorang menteri dan akan dianggotai sembilan wakil rakyat iaitu lima daripada Barisan Nasional (BN), tiga daripada pembangkang dan seorang wakil rakyat Bebas.

- Ewan Sn · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, MalaysiaApa maknanya JK Pilhanraya kalau dianggotai oleh 5 wakil BN, 3 PR dan 1 bebas? Tentunya BN boleh buat keputusan ikut suka hati mengikut citarasa UMNO kerana apapun BN@UMNO ada kuasa majoriti untuk menggubal atau menolak. Untuk memperbaiki keburukan diri sendiri bukan melantik pengampu pembodek tapi kena lantik orang lain. Contohi Selangor yang melantik ketua pembangkang dari UMNO untu mengetuai jawatankuasa pemantau mengenai salahlaku kerajaan Selangor...
- Xyza Caution · Pengulas Tertinggi · Kampung Aje
- Mshahada Shafie · Pengulas Tertinggi · Unikl msi
- Xyza Caution · Pengulas Tertinggi · Kampung Aje
- Nazri Osman · Pengulas Tertinggi · Bekerja di INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA SEPANG
- Mohd Fariq Q · Pengulas TertinggiTakyah dengar ler. Buat sakit hati je.....aku taknak kurangkan pahala puasa aku ni dengan mencaci orang2 yg berpura2 ni.....
- Hisham Abd Rahman · Pengulas Tertinggi · Kuli di Home Ministry
- Nazri Osman · Pengulas Tertinggi · Bekerja di INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA SEPANG
- Nadzir Iberahim · Pengulas Tertingginajid dan spr tada iklasan itu sebab nak tubuh jk ....takut dipersoalkan dalam parlimen kejahatan dan pengkianat.....manusia macam ni yang munafik lagi kufur jangan percayai gulungan ini ...sepatut sidang parlimen bukan tubuh jk yang di monopoli penjahat dari BN/UMNO.....UMNO/BN takan nak ubah sebab SPR adalh talian hayat mereka.
- Saidon Din · Columbia Universitysangsi pun tak, ragu pun tak cuma kurang caya je.dah lama dah kenal.
- Umar Buang · Top Commenter
- Nazri Osman · Top Commenter · Works at INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA SEPANGni saya jadi penyokong UMNO kejap. HIDUP NAJIB. U MEMANG BIJAK DAN GENIUS. TAK KIRA LAH ITU IDEA U SENDIRI ATAU PENASIHAT, TAPI IDEA INI AMAT BERGUNA BUAT MEMPERBODOHKAN MEREKA SI PEMBANGKANG YANG TAK TAU BERSYUKUR.
- Long Ok · Top Commenter · Friends with Pas Kawasan Lumuttak payah nak pening kepala nak suruh org percaya keikhlasan, nak tubuh itu ini, tak payah cakap banyak, kalau ikhlas & berani buatlah pilihanraya secara gentleman parti lawan parti abis cerita.
- Nazri Osman · Top Commenter · Works at INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA SEPANG
- Abdul Rahman · Top Commenter · Pondok Pasit Tumbuh Kelantan, UTM Sekudaibulan Ramadhan dantaranya kna jaga tuturkata, tapi PM tlah mnunjukan bliau xmjaga adab sbagai sorg yb bpuasa, bliau tlah bcakap bohong tentang JTP
- Mohamad Shukri · Top CommenterKalau jawatankuasa ini dianggotai oleh Najib dan Rosmah lagi orang ramai tak ragu2....aku rasa ler....Lantik pula Ibrahim Ali dan Zul Kulim jadi pemerhati bebas...mesti satu gabungan yang cukup mantap....
- Farid Amin · Top Commenter · International Islamic University Malaysia"Ini tidak bermakna kami percaya wujud manipulasi dalam sistem itu tetapi kami mahu menambahbaik lagi sistem itu." kata pok jib.
- Nazri Osman · Top Commenter · Works at INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA SEPANG
- Farid Amin · Top Commenter · International Islamic University Malaysia
- Amar Afiq Harun · Top Commenter · Tanjung Malimkah kah kah! buat jk tapi kau punye parti gak yg pgg! mane la keikhlasan kau tu mat?
- Ku Muhyi Hamid · Top Commenter · Trainee Engineer at Blue Archipelago Berhadbukan sangsi la..tapi memang tak percaya langsung pun.
Jururawat dan bayi dalam kandungan maut
Kemeriahan Aidilfitri mungkin tidak akan dirasai oleh seorang pegawai polis apabila beliau kehilangan isteri bersama anak dalam kandungan berusia tujuh bulan, dalam satu kemalangan di Kilometer 65 Jalan Kuantan-Segamat dekat Pekan, semalam.
Insp Mohd Nor Idham Ali Mat Nor, 27 dari Cawangan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kota Bharu, Kelantan kehilangan isteri Noor Edlina Ahmad Bakhari, 36, ketika mereka dalam perjalanan dari Kota Bharu ke rumah ibu suaminya di Taman Sri Kluang, Johor pada pukul 3.30 petang.
Hasrat Noor Edlina yang merupakan seorang jururawat di Hospital Kota Bharu untuk berbuka puasa dan bercuti bersama keluarga mentuanya itu bagaimanapun musnah apabila kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu Mohd Nor Idham terbabas ketika tiba di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata, siasatan awal mendapati kereta tersebut terbabas ke bahagian kiri jalan akibat hilang kawalan sebelum merempuh tiang elektrik.
Katanya kereta itu kemudiannya masuk kembali ke jalan dan berpusing beberapa kali sebelum berhenti akibat terlanggar sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.
Beliau berkata kesan hentaman yang kuat akibat kemalangan tersebut menyebabkan mangsa yang berada di tempat duduk penumpang bahagian hadapan cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Pemandu Myvi hanya mengalami kecederaan ringan manakala pemandu sebuah lagi kereta tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes itu masih dalam siasatan manakala mayat mangsa telah dituntut oleh ahli keluarganya di Hospital Pekan awal pagi tadi," kata Yahaya kepada pemberita di Pekan.
Sementara itu, ibu mentua mangsa, Salbiah Abdullah, 50, berkata beliau tidak mengetahui tentang kepulangan anak dan menantunya itu kerana mereka mahu membuat kejutan kepadanya memandangkan panggilan telefon daripada Mohd Nor Idham beberapa hari lepas memaklumkan bahawa hanya beliau sahaja dapat bercuti bagi menyambut hari raya Aidilfitri.
"Saya meminta agar dia pulang bersama-sama isterinya pada hari mereka cuti bekerja dan tidak kisah jika mereka sampai ke kampung walaupun selepas hari raya pertama bagi mengelak mereka terburu-buru," katanya.
"Anak saya juga masih trauma atas pemergian isteri yang baru dinikahinya Febuari lalu dan bakal cahaya mata pertama yang masih berada dalam kandungan di depan matanya sendiri," katanya.

- Azahar Bin HashimLaju MyV ni, pernah juga saya cuba ikut, kelajuan sampai 160km/j, tetapi kerana saya menghormati undang2 jalan raya/lebuhraya dan juga keselamatan family dan juga keselamatan orang lain jadi saya kurangkan balik pada kelajuan 110km/j. Sayangilah nyawa anda dan keluarga anda, dan juga orang lain.
- Ibrahim Kj · Pengulas Tertinggi
- Nordin Azman · Pengulas Tertinggi
- Abu Kodin · Pengulas Tertinggi · Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Horatio CaineHarap2 Insp Mohd Nor Idham ni bukan salah sorang yg jaga rally Bersih hari tu....
- Sin Taq · Pengulas Tertinggi · Lyon, France
- Mata Kanan · Pengulas Tertinggi · Kajang High School
- Abd Manaff Mat Yusoff · Pengulas Tertinggi · Bekerja di OYL R&D CENTRE
- Pakngah Rock · Pengulas Tertinggi · Kuli batak di PENCARI ROTANBaharudin yang terkorban dalam insiden Bersih 2.0 meninggalkan isteri dan anak2, manakala jururawat yang terkorban bersama anak dalam kandungannya meninggal suami seorang anggota polis. Mudah2an kita mendapat iktibar dalam dua insiden yang telah berlaku.
- Muhammad Abdullah · Pengulas Tertinggi · SM TEKNIK PERTANIAN CHENOR
- Abu Kodin · Pengulas Tertinggi · Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)apalah pak ngah rock bebal sangat..kalau org nak mati, tak kira bila..siapa..sampai ajal mati..entah2 kejap lagi pak ngah rock mati terduduk..keluar dlm Malaysiakini..macam2 org bagi spekulasi..cukup lah sekadar sedekah al-fatihah..dia tu sdr sesama ISLAM..jgn busuk hati sgt dgn Polis..dorang jalankan tugas....andai kata ada musibah melanda pak ngah rock nanti..kemalangan 1 keluarga..semua mati, kecuali pakngah rock hidup, apa rasa nya eh? polis jugak salah eh???
- Mat Cikaro · Pengulas Tertinggi · Pemimpin diri sendiri di Usaha sendiri
- Afif Akmal Abd Rahman · Top Commenter · Seoul, Koreaإِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ.
To Allah we Belong and to Him we Return.
May Allah grant her Jannat ul Firdaus.. Ameen.. - Mas Miswantakziah...alfatihahhhh..
- Sha'iri Mohd Zam · Top Commenter · CEO & President at Cari aja sendiricuba kita renung kan...mengapa blh jadi mcm tu...apakah salah csuami tu..sehingga allah menguji nya sedemikian rupa...ingat klu buat baik allah balas baik...klu xbaik dibalas nye xbaik...skrg allah byr cast..xde utang nye ....ape2 pun alfatihah utk nye....
- Nazri Osman · Top Commenter · Works at INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA SEPANGbersangka baik adalah paling baik. Moga peristiwa ini menambah kesabaran dan keimanan nya. tak semua musibah itu balasan kesalahan, boleh jadi ianya satu dugaan utk menaikkan darjatnya, atau seribu satu hikmah lain. jangan kita terlalu berpegang klu kita baik, hidup senang dan happy dan kaya raya, klu buat jahat kena bala. Balasan mutlak bukan di dunia, tapi diakhirat. apa yang terjadi di dunia belum mutlak. jangan sekali-kali menganggap org yg kena musibah kerana dosa nya. so yg tak kena tu adakah cukup bagus? utk difikirkan, wallahu warasuluhu a'lam... mari kita BERSIHkan hati kita.. wa caya lu.
- Miftah Salamahsirius aku adalah salah sorang saksi kmlgn ni. mmg hancur la. balai bomba terdekat pn mmg jauh.ustaz kata nmpak kmlgn ucap subhanallah.
- Radzwil Ranjit · Real Estate Negotiator at Richland PropertiesAl-Fatihah....Cinta tak mengenal usia....sabaq Tuan...
- Pakchu Pkb · Top Commenter · The Ohio State UniversitytAKZIAH,, SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KEATSA ROH ALLAHYARHAMARHAMAH, DIBULAN MULIA INI,
- Hamidi Midi · Top Commenter · Friends with ProfMuhd Nazrinalfatihah...semoga dicucuri rahmat dariNYA.....
- Mohd Zamani · Top Commenter · Sekolah menengah zaabapercayalah kepada hukum tuhan yang baik di balas baik yang jahat di balas jahat apa2pun al fatihah.....
- Nazri Osman · Top Commenter · Works at INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA SEPANGKomen umum buat tazkirah: kebanyakan org anggap SELAMAT tu tak mati, dan TAK SELAMAT tu mati. Jika itu pegangan kita, maka tiada sorang pun dlm dunia ini yg akan selamat kerana semua org pasti akan mati. Tapi benarkah mati itu tak selamat dan selamat itu tak mati. Oh no.. Org yg beriman dan amal soleh, selamat samada hidup lama atau mati cepat. seorg yg hidup 80 tahun atau 180 tahun pun, klu amalnya buruk, hatinya busuk, suka kemungkaran dan penipuan, benci kepada kebenaran, benci pd usaha2 kearahkebaikan, sesungguhnya dia TIDAK selamat. oleh itu, UTAMAKAN KESELAMATAN. you can make it different.
- Mohd Kamsani Abdul Aziz · MPTB 97 / USMal-fatihah... berhati-hati2 di jalan raya..kita sebagai pemandu semua ada risikonya..kereta skrg dh jadi pembunuh no 1..beringat2lah walaupun kita ni pelumba yg handal..
- عارف حكيميtakziah buat saudara..kami turut doakan semoga roh isteri anda berada disamping orang yang beriman..amin..
- Ashaha Lee · Top Commenter · Sek men bukit mercu kuala kangsarMALANG TAK BERBAU BERHATI HATI KETIKA MEMANDU, PASTIKAN ANDA SELAMAT SAMPAI KEDISTINASI, SELAMAT BERPUASA. AL-FATIHAH.
- Pak Alisabar skuad mate....kuatkan semangat. Allah lebih sayangkan mereka.
Orang muda calon BN Kelantan untuk PRU
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata simulasi pilihan raya di negeri ini akan berlangsung dari 16 hingga 30 September.
Beliau berkata sebagai persediaan, pihaknya kini mengadakan taklimat secara berperingkat kepada semua ketua peti undi dan cawangan parti itu.
"Sehingga kini, saya nampak semangat ahli Umno semakin tinggi dengan kerja yang dilakukan di peringkat akar umbi, dan kita amat berharap simulasi ini dapat sambutan baik dengan semua jentera parti bergerak cergas," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian zakat kepada anak yatim di Parlimen Ketereh, Kota Baharu hari ini.
Simulasi pilihan raya itu adalah susulan daripada arahan Umno pusat selepas Majlis Tertinggi parti pada 27 Mei memutuskan langkah tersebut perlu sebagai persediaan berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata 'orang muda' merupakan antara calon yang bakal disenaraikan BN untuk bertanding di Kelantan pada PRU akan datang.
Beliau berkata muka baru perlu diberi peluang untuk bertanding sebagai nilai tambah bagi membantu parti meraih kejayaan pada PRU akan datang.
"Secara umumnya, orang muda lebih memahami kehendak dan keperluan pengundi muda, justeru harus ada sebilangan golongan muda dalam senarai calon yang akan bertanding," katanya.
Mustapa berkata bakal calon daripada golongan muda perlu memenuhi kriteria pemilihan, termasuk memperlihatkan ciri 'calon menang' yang disenangi rakyat.
Beliau menjangkakan calon PRU kali ini sebahagiannya mungkin terdiri daripada anggota badan bukan kerajaan, agensi kerajaan, pesara, tokoh agama atau ahli akademik.
Katanya, pertikaian berhubung calon yang dipilih pucuk pimpinan serta budaya 'cah keting' perlu dihindari kerana ia tidak menguntungkan parti.
--Bernama

- Mohd Hishamuddin Hasan · Pengulas Tertinggi · Friends with Umngok ApcoBab kata Tun M, Pas letak tunggul kayu jadi calon pun PAS tetap menang di kelate..sia2 blake usaha stopa mad tu..
- Muhammad Rafael · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi MARA
- Salehudin Hanafi · Pengulas Tertinggi · SMKSS
- Mohammad Fariz · Pengulas TertinggiGapo dio tok pa? mung doh la pengkhianat rakyat kelate..mung la ore hok menafikan royalti dan menyekat bantuan kerajaan pusat..dasar umno celako!
- Mohamad Fauzi Abu Samah · Pengulas Tertinggi · Universiti Putra Malaysia
- Suarez Muhd · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
- Wan Din · Pengulas Tertinggi · Kubang Kerian, Kelantan, Malaysia20 tahun kami selesa dgn pemerintahan pas dikelantan.BYe Bye umno bai bai BN.
- Mohd Firdaus Bob Ganaz · Pengulas Tertinggi · Pemuda di Berkhidmat Untuk Negara
- Kemmy Marcus · Pengulas Tertinggi · Friends with Noor Ra
- Suarez Muhd · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
- kami menyokong Datin Sri Rosmah menjadi calon PRU13kak mah berminat nak bertanding di kelantan..apa komen??
- Aleem Obertan · Top Commenter · Friends with Ezzy Freemanhahaha letak je la calon ape pun. nak amek raja katak dinosour melayu tu pun amek la jadikan dia calon semula. ataupun katak2 yg lain.
- Zainol Fizal Aladad Khan · Top Commenter · Works at B.Braun Medical Industries
- Mohd Firdaus Bob Ganaz · Top Commenter · Pemuda at Berkhidmat Untuk Negara
- Buletin Makmal Sains · Works at Pembantu Makmal-semasaRakyat kelantan adalah masyarakat yg palinng cerdik di Malaysia. dapat menilai antara moral dan meterialistik. Brapa byk juta lg peruntukan PR utk Kelantan? Silakannnn. Lagi byk lagi bagus. Moralmu rakyat Kelantan amat tinggi waktu ini. Kekalkan momentum ini, jgn lalai. Para ulamak adalah pembimbing. Pembangunan ditingkatkan, moral dijaga dan dibajai. Awe adek & stopa mamat, sila ke dataran ilmu, Kota bharu setiap Jumaat.
- Labu Labi · Top Commenter · UITMorang muda je ka,...nafsu muda xleh jadik calon ka datuk paa...hahaha..UmnoBN bubuh la calon muda ka, tuo ka, kayu ko, batu ko...jgn igt org kelantan senang2 nak ketepikan TGNA...kalu setakat UmnobN nak habiskn duit kt kelantan silakannnn...bagi duit, sapuuuu...time pangkah....PR@PAS...hahaha
- Pauzi Ibrahim · Top Commenter · AHLI MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH - BUSINESS CONSULTANCE & MOTIVATOR at NOSGLOBAL SDN BHDKEMBALIKAN SEMULA RAMPASAN DAN ROMPAKAN WANG ROYALITI PETROLIUM NEGERI KELANTAN....itu adalah hak kerajaan negeri kelantan untuk rakyat kelantan...bukan hak amno.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan