Keputusan itu merupakan kesimpulan daripada pandangan wakil-wakil kumpulan Islam, yang sebilangan daripada mereka berpendapat 1 Syawal jatuh pada hari Rabu, berdasarkan hasil pemantauan anak bulan Syawal di 96 tempat di seluruh republik itu.
Daripada sejumlah tempat itu, sebanyak 30 tempat menghasilkan keputusan tidak melihat anak bulan dan cuma tiga tempat yang menyatakan melihat anak bulan namun ketiga-tiga hasil penemuan itu ditolak kerana ia tidak sesuai secara keilmuan.
Walaupun kerajaan telah menetapkan 1 Syawal pada Rabu, para anggota Muhammadiyah, salah satu kumpulan Islam terbesar di Indonesia akan tetap merayakan Aidilfitri hari ini.
Wakil Muhammadiah pada mesyuarat itu telah memohon izin daripada Suryadharma untuk kumpulan itu menyambut Aidilfitri hari ini.
Kumpulan itu juga meminta pihak berkuasa melindungi keselamatan para anggota kumpulan itu yang akan menunaikan solat Aidilfitri mendahului sehari lebih awal daripada umat Islam lain.
Sambutan Aidilfitri kumpulan itu sesuai dengan penetapan yang dibuat oleh pimpinan pusat Muhammadiah berdasarkan kaedah kiraan falak yang mereka gunakan.
- Bernama
- Shamsuri Ujang Amir · Manager di Cong Ty TNHH Tech VietnamI dekat Vietnam today...Hari Raya Aidifitri di sambut Besok(rabu)....Selamat Aidilfitri 1432 H Saudara Muslim Malaysia...Rindu lemang n ketupat di Malaysia....
- Lukas Fahmi Gerard · Pengulas Tertinggi · Batu Feringgi, Pulau Pinang, Malaysiasepatutnya kepentingan ummah islam diutamakan secara keseluruhan bukan mengikut kumpulan2 tertentu.....boleh berbeza pendapat...tetapi tidak boleh berasingan....akan menampakkan islam itu berpecah belah..dari pandangan bukan islam...dari segi dlm satu negara.
- Irwan Sugianto · Bekerja di Freelance Architecture & Interior DesignIm Indonesian, saya raya esok, kita dah biasa ada beza, kita saling menghormati perbedaan, saling menghargai beda opini, whatever... Selamat Aidilfitri 1432 H Saudara Muslim Malaysia :)
- Ahmad Sidry Hussin · Pengulas Tertinggi · Friends with El Danish Ilham
- Masmin Kadad · Pengulas Tertinggi · Universiti Kebangsaan Malaysiakalau ada kumpulan agama di Malaysia mendahului atau tidak ikut pemerintah mereka akan ditangkap dan dianggap sebagai ajaran sesat atau kumpulan teroris dan wahabi.....kalau di Indonesia ia dianggap biasa sebab kaedah menetapkan anak bulan dan hisab bisa terjadi perbezaan tapi samasekali ia bukan mengganggu akidah.....Islam Indonesia itu sedikit beza dgn Islam Malaysia dari segi kawalan beragama...
- Reformis Malaya Politikus Bebas · Pengulas Tertinggi · umur 104 tahunPatut ikut pemerintah utk elak pecahan.allah suruh taat kpd ulul amri dlm perkara yg betul.
- Abdul Latib Bin Ahmad · Sekolah Menengah Clifford Kuala KangsarLaaa, tengok umat Islam tidak bersatu! Indonesia dgn Malaysia beberapa inci aje jauhnya. Kalau anak bulan dah nampak kat Malaysia, kat Indonesia pun boleh Raya sama......
- オスマン Cocl · Top Commenter · Regional Manager at Sambung ekor beruang sdn bhdRujuk sini for more info http://arisawang.blogspot.
com/2011/08/pemuda-dan-pem udiku-bakal-pemerintah.htm l - オスマン Cocl · Top Commenter · Regional Manager at Sambung ekor beruang sdn bhdKenyataan daripada JAKIM http://www.islam.gov.my/si
tes/default/files/bahagian /bpict/kenyataan_media_awa l_syawal_2.pdf
- Cikgu Din Sas · Top Commenter · Friends with Ummu AimanKelebihan Islam, menghargai pelbagai pendapat dan perbezaan.Semuanya untuk kemudahan umat Islam.
- Sedaka Sejahtera · Sedaka, Kedah, MalaysiaNampak anak bulan kita raya.. Tapi Penyimpan mohor besar raja2 tak bagitau nampak ka dak anak bulan. Pendapat anda mcmmana?
- Malik Sulaiman · Top Commenter · Sek men semerah
- Daud Ibrahim · Top Commenter · Works at Penulis Bebas
- Kunang Hijau · Friends with Yob Tualang SekahSelamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. Terutama kepada Ahli-ahli Kerabat DiRaja Banjarmasin(Kandangan, Alai, Kaluak, Amuntai,Pahuluan & etc), Demak, Melayu Melaka,Pagaruyung dan Jambi ( Keturunan Nik-Nik), dan juga saudara2 seagamaku seluruhnya . Smg Allah memelihara kita dan kalian semua. Amin.....
- Bayu Bharuna · Universitas Padjadjaran (UNPAD)Hari Isnin pun sebagian ada telah merayakan aidil fitri di indonesia. Entah hari Kamis.Kerajaan lambat memutus, umat menjadi tak tentu. Selamat Aidilfitri 1432 H Saudara Muslim Malaysia
- Saifudin Othmanbestnya..hari ni raya di malaya, mlm ni balik jakarta, esok raya lagi.......(kata bibikku).
- Abu Hassan · Top Commenter · Kuala SelangorDah jadi macam dulu....kata ada pemufakatan antara kerajaan dengan kerajaan di negara2 ASEAN.
- Zainal Hs · UTM SkudaiTak aperlah san .... muafakat pun kalau tak selari dengan pegangan pun tak leh gak coz semuanya bergantung kepada keyakinan, kalau mengikut je tapi tak yakin akan kesahihan wujud anak bulan pun kira batal gak. So dalam islam masih dibenarkan untuk berselisih pendapat asal tdk memudaratkan banyak pihak
- Rozlan Ahmad · Top Commenter · Singapore Institute of Labor Studiesikut negara masing-masinglah, Aidilfitri tetap datang.
- Eliya Harris · Top Commenter · Owner at El firda enterprise
- Ku Faisal Fais · Kolej Universiti Insaniah, Alor Star.Kita tersalah hari raya sebenarnya...Makkah raya pd Rabu..
- Acu Ucudi Malaysia mengikut kiraan Astronomi perjalanan matahari dan bulan, hari raya di Semenanjung tak sama dengan Sabah dan Sarawak. Ijtimak matahari, bulan dan bumi berlaku pada jam 11.04am pada 29.08.2011. Maghrib di Alor Setar 7.27pm. 11:04am hingga 7:27pm = 8jam 23min. anak bulan WUJUD diufuk barat ketika matahari jatuh, maka 30.08.2011 adalah 1 Syawal. di Kota Kinabalu Ijtimak matahari, bulan dan bumi pada 11:04am, Maghrib pula 6:23pm, masa yang diambil ialah 7jam 21min anak bulan BELUM WUJUD ketika matahari jatuh maka 1 Syawal adalah pada 31.08.2011. Wallahualam
- Ahmad Sidry Hussin · Top Commenter · Friends with El Danish Ilhamsaya hampir kepada lebih bersetuju dengan cara ini.
- Barrack Steverd · Stamford College KLhrp jgnlah berlaku di negara kita..pihak berwajib harus bwt tindakan..mana bleh minta raya awal2..kena ikut kerajaan lah...kita kan kerajaan islam...
- Hanif Harun · Top CommenterPuasa 29 hari .. sah ker ? raya dulu awal daripada orang lain
- Like · Reply · Subscribe · 3 hours ago
Di setiap pelusuk negara, masjid menjadi tumpuan jutaan muslimin untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri pada pagi Syawal selepas genap sebulan berpuasa.
Budaya balik kampung, satu ciri penting bagi memelihara hubungan kekeluargaan diteruskan sehinggakan ibu kota Kuala Lumpur lengang pada hari lebaran.
Selain amalan Rumah Terbuka, suatu tradisi di kalangan pelbagai kaum di Malaysia ketika sambutan perayaan masing-masing, sambutan kali ini turut dimeriahkan dengan kibaran Jalur Gemilang di rumah kediaman, pusat peniagaan dan pusat membeli-belah bagi menandakan sambutan serentak "Merdeka Raya"
Di ibu negara, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara bersama-sama 15,000 jemaah yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad manakala khutbah disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom..
Baginda yang berbaju Melayu merah jambu tiba di masjid pada pukul 8.30 pagi diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, menteri Kabinet beragama Islam dan para diplomat asing.
Tahun ini merupakan kali terakhir Tuanku Mizan bersolat sunat Aidilfitri sebagai Yang di-Pertuan Agong di Masjid Negara memandangkan tempoh perkhidmatan baginda akan tamat pada Disember ini.
Sementara itu, Yang Di-pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah turut mengadakan majlis Istana Terbuka di Istana Negara melibatkan pemimpin negara, wakil luar negara dan orang ramai pada pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari.
Najib bersama jemaah menteri pula mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana, Putrajaya dari 1 tengah hari sehingga 6 petang.
Di Kuala Kangsar, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama-sama lebih 2,000 rakyat jelata di Masjid Ubudiah.
Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah, Raja Dihilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, kerabat-kerabat diraja dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir turut sama menunaikan solat itu.
Para jemaah kemudian mengambil kesempatan bersalaman dengan Sultan Azlan Shah (kanan)selepas selesai menunaikan solat.
Zambry juga mengadakan rumah terbuka Aidilfitri dan Sambutan Kemerdekaan kali ke-54 di kediaman rasminya di Ipoh mulai pukul 2 petang hingga 6 petang.
Majlis akan diserikan dengan keberangkatan Sultan Azlan Shah, Raja Permaisuri Bainun, Dr Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Perak.
Di Kuching, Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng menunaikan solat sunat Aldifitri di Masjid Jamek negeri di Petra Jaya bersama kira-kira 5,000 umat Islam.
Turut hadir Ketua Menteri Tan Sri Sri Abdul Taib Mahmud (kiri, bersongkok), Menteri Pelancongan dan Warisan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Mohd Asfia Awang Nassar serta beberapa orang kenamaan yang lain.
Abang Muhammad Salahuddin mengadakan rumah terbuka Hari Raya di Astana di Petra Jaya di sini manakala Taib serta anggota Kabinet negeri menyambut tetamu pada majlis rumah terbuka di Borneo Convention Centre di Kuching.
Di Shah Alam, lebih 15,000 umat Islam menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang diimamkan Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.
Turut menunaikan solat sunat itu adalah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Datuk Mohammed Khusrin Munawi dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Marzuki Hussin.
Abdul Khalid kemudian mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di dataran Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Di Melaka, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama kira-kira 10,000 umat Islam di Masjid Al Azim Bukit Palah.
xTurut serta menunaikan solat itu ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Wira Othman Muhamad, pemimpin masyarakat serta pegawai kanan kerajaan negeri.
Mohd Khalil dan Mohd Ali turut mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri Merdeka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh.
Di Kuala Terengganu, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mazlan Ngah menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama kira-kira 1,000 umat Islam di Masjid Al-Muktafi Billah Shah Ladang.
Ahmad juga mengadakan majlis sambutan Hari Raya/Merdeka di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Iman di Batu Buruk.
Di Georgetown, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negeri.
Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isterinya Tun Jeanne Abdullah turut pulang ke kampung di Kepala Batas untuk menyambut Hari Raya Puasa.
Selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Jamek Al-Jamiul Badawi, Abdullah dan isteri menziarahi pusara ibu dan bapanya, Datuk Kailan Hasan dan Datuk Ahmad Badawi Abdullah.
Pasangan itu turut mengadakan rumah terbuka di Kompleks Budi Penyayang di Kepala Batas.
Di Arau, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Abdul Rashid menyertai ribuan rakyat jelata menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negeri.
Turut berangkat mengiringi baginda berdua untuk menunaikan solat itu ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Turut serta ialah Menteri Besar Datuk Seri Md Isa Sabu dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azizan Hamid.
Selepas solat, Raja Perlis dan Raja Perempuan berkenan menerima menghadap para pembesar negeri dan rakyat jelata pada majlis rumah terbuka di Istana Arau.
Di Alor Setar, Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menyertai ribuan umat Islam menunaikan sembahyang sunat Aidilfitri di Masjid Zahir.
Turut serta anggota Exco kerajaan negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira
Rasli Basir.
Baginda kemudian mengadakan rumah terbuka di Istana Anak Bukit bermula 10 pagi hingga 12 tengah hari.
Di Kuantan, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menunaikan sembahyang sunat Aidilfitri bersama kira-kira 4,000 jemaah di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1.
Turut menunaikan solat bersama baginda ialah kaum kerabat serta beberapa anggota Exco kerajaan negeri.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengadakan majlis rumah terbuka yang bermula 11 pagi hingga 3 petang di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad
Shah.
Di Kota Bharu, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama ribuan jemaah di Masjid Muhammadi di sini manakala khutbah dibacakan Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Baginda kemudiannya berangkat ke Makam Diraja Langgar dan selepas itu menyertai rakyat jelata pada Majlis Penghadapan yang diadakan di Istana Negeri di Kubang Kerian.
Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula mengimamkan solat sunat Aidilfitri di Masjid Pulau Melaka yang selepas itu turut mengadakan rumah terbuka.
Di Kota Kinabalu, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama kira-kira 5,000 rakyat jelata di Masjid Negeri Sabah.
Juhar dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni turut mengadakan rumah terbuka di Istana Negeri yang dihadiri oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan para
menteri Kabinet negeri dan jemputan khas bermula 10 pagi.
Sesi rumah terbuka untuk orang ramai pula bermula dari 11 pagi sehingga 2 petang.
Di Johor Baharu, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Sultan Abu Bakar bersama lebih 3,000 umat Islam.
Turut bersama menunaikan solat itu ialah para wakil rakyat dan orang kenamaan.
Abdul Ghani kemudiannya mengadakan rumah terbuka di kediaman rasmi Menteri Besar di Saujana yang dihadiri penduduk pelbagai kaum dan agama termasuk dari negara jiran Singapura.
- Bernama
- Cahaya Jati · Pengulas Tertinggi · Friends with Yob Tualang Sekahapa2 pun, tanpa ragu2, di Kelantan juga best of the best.....dan sudah tentu di Kedah, Selangor dan Penang yang dipinggirkan juga best.
- Liau Peng Chuan · Pengulas Tertinggi102. AT TAKAATSUR
[102.1] Bermegah-megahan telah melalaikan kamu,
[102.2] sampai kamu masuk ke dalam kubur.
...Lihat seterusnya.. - Ryu Serizawa · Friends with Samsudin BaharomPM kita memang kaya,
Disisinya pula ada si Datin,
Selamat Hari Raya,
Maaf zahir dan batin..kih kih kih :p
Tiada ulasan:
Catat Ulasan