Sabtu, 13 Ogos 2011

SUSAH JUGAK ORANG TAK MAHU MENGAKU SALAH...KITA TENGOK DIAKHIRAT NANTI...APA MEREKA JAWAB DIHADAPAN ALLAH...ORANG MACAM NI KENA BANYAK MENGAJI LAGI...

Jangan salahkan k'jaan jika bantuan tak diterima
Ogos 13, 11 3:21pm
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata tidak wajar pihak-pihak tertentu mempersalahkan kerajaan semata-mata sekiranya bantuan yang disalurkan tidak diterima golongan terbabit.

tenang by election nomination day 220110 shahrizat abdul jalilBeliau berkata kementerian menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperuntukkan RM1.26 bilion bagi membantu kira-kira setengah juta golongan sasar sepanjang tahun ini.

"Jangan salahkan kerajaan...selain kementerian menerusi JKM, terdapat juga banyak agensi lain yang terlibat, mana suami-suami (kepada ibu-ibu tunggal) yang mempunyai keluarga juga mesti bertanggungjawab, walaupun sudah bercerai atau berpisah," katanya.

Shahrizat berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah akhbar tempatan mengenai kementerian bertanggungjawb memperuntukkan RM1.2 bilion untuk membantu 450,000 orang tetapi ia tidak dapat dinikmati seorang ibu tunggal Muslimin yang ke gereja untuk mendapatkan makanan.

azlanKetua Pergerakan Wanita Umno itu berkata kementerian sentiasa menemui kumpulan sasar dan menghulurkan bantuan pada setiap bulan agar mereka tidak bersikap menuding jari kepada kerajaan yang prihatin kepada nasib mereka.

Beliau juga kesal dengan tindakan segelintir suami yang mengamalkan budaya "lepas tangan" kepada pihak lain dalam soal memberikan nafkah kepada isteri yang ditinggalkan atau diceraikan.

"Mana bekas suami, ahli-ahli keluarga, anak-anak tidak membantu dan bersikap lepas tangan. Kalau mereka lepas tangan kepada orang lain, ia mengundang bahaya terutama ibu bapa yang tiada persaraan hidup harus dibantu...hentikan andaian (salahkan kerajaan)," katanya.

Beliau turut berpesan agar anak-anak tidak mengabaikan tanggungjawab dan mengambil tahu kebajikan terhadap ibu-bapa mereka yang telah uzur terutama pada musim perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang.

- Bernama

Dendam punca wanita dirogol, disimbah asid - polis
Ogos 13, 11 9:58am

Polis menahan bekas suami kepada seorang wanita yang dilaporkan diperkosa sebelum disimbah asid di rumahnya di Wangsa Maju Rabu lalu.

"Suspek yang berumur 30-an ditahan ketika melawat mangsa di Hospital Kuala Lumpur. Seutas rantai dipercayai kepunyaan mangsa turut dirampas daripada suspek," kata Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan.

Beliau juga berkata berdasarkan keterangan serta pengakuan suspek sendiri, kejadian tersebut adalah bermotifkan dendam kerana masalah rumah tangga.

Kejadian itu berlaku ketika suspek menceroboh rumah mangsa sebelum mangsa pulang daripada membeli juadah untuk berbuka puasa.

Mangsa kemudiannya dikatakan dirogol dan turut disimbah asid sementara rantai lehernya turut diragut.

Zakaria berkata mangsa hanya cedera dua peratus pada mukanya kerana asid yang dikatakan disimbah itu hanya merupakan cecair peluntur.

Wanita berkenaan mempunyai tiga orang anak berumur antara 3 hingga 11 tahun dan sudah bercerai sejak setahun yang lalu.

- Bernama


Gerakan - retak menanti belah?
Ogos 13, 11 10:05am

Adakah gelora melanda semula dalam parti Gerakan atau mungkinkah kelihatannya seperti itu selepas salah seorang daripada anggota paling kanan dalam kepimpinan pusat memutuskan untuk melepaskan jawatannya?

NONESumber parti berkata anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Datuk Gooi Hoe Hin bertindak untuk berundur secara mendadak daripada kepimpinan parti semasa berlangsung mesyuarat CWC yang 'bergelora' selepas beliau mengkritik keras presiden parti Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Gooi, bekas Setiausaha Politik kepada bekas presiden Gerakan Tun Dr Lim Keng Yaik semasa Dr Lim berkhidmat sebagai Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, dikatakan "berasa sangat kecewa dengan kepimpinan Dr Koh".

Ini terutamanya berkaitan apa yang dianggap sebagai kegagalan Koh untuk menjawab dan mempertahankan parti, dan beliau sendiri, apabila beberapa kritikan dilemparkan terhadap kepimpinan tertinggi parti.

"Sentimen beliau (Gooi) dikongsi dalam kalangan kami semua. Kebanyakan anggota CWC parti yang menghadiri mesyuarat ini bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Datuk Gooi. Kami semua terperanjat apabila beliau menepuk meja dan berkata beliau meletak jawatannya dalam CWC sebelum keluar meninggalkan mesyuarat," kata seorang sumber parti yang enggan dikenal pasti.

NONESusulan kritikan keras dan di luar jangkaan itu, Koh mengadakan sidang akhbar hari ini untuk menangkis semua kritikan yang dilempar terhadapnya, terutamanya dakwaan oleh sesetengah pihak bahawa beliau tidak layak memimpin parti itu di Pulau Pinang.

Koh menjawab kenyataan bekas Naib Presiden Gerakan Huan Cheng Guan, Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang Tan Sri Tan Kok Ping, bekas Naib Ketua Pemuda Gerakan Tan Tee Beng dan Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim, yang meragui keupayaannya untuk memimpin parti.

Zahrain berkata Gerakan harus menukar kepimpinan dan memperkenalkan muka baru sekiranya parti itu serius untuk menawan semula Pulau Pinang daripada pembangkang.

tan tee beng pc 030110 01Tee Beng (kanan) berkata Koh perlu digantikan sekiranya Gerakan serius untuk menawan semula Pulau Pinang manakala Kok Ping pula mendakwa Koh "tidak berbuat apa-apa sejak 18 tahun yang lepas."

Seorang lagi sumber parti berkata pemimpin peringkat akar umbi parti itu berasa kecewa dan marah kerana Koh memilih untuk berdiam diri berhubung kritikan itu.

Bagaimanapun, Gooi ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perkara itu, kecuali mengesahkan bahawa beliau telah pun melepaskan jawatannya dalam CWC Gerakan.


Ramai pemimpin lain dalam parti ketika dihubungi turut enggan mengulas manakala ada di antara mereka percaya bahawa peletakan jawatan Gooi berkemungkinan besar tidak akan diterima oleh Presiden parti.

NONE"Kami seringkali berselisih pendapat. Saya yakin kami akan bersatu padu semula. Itu saja yang boleh saya katakan," kata Naib Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong (kiri).

Ketua Pemuda Lim Si Pin berkata semasa mesyuarat CWC itu, ada di antara pemimpin parti yang menyuarakan kebimbangan berhubung kritikan terhadap Koh serta parti, dan menasihati Koh supaya bertindak dengan sewajarnya.

"Beberapa orang di antara kami bimbang tentang kesannya. Ia sudah tentulah akan membawa kesan negatif bukan sahaja kepada beliau tetapi juga kepada parti keseluruhannya.

"Bagaimanapun, saya tidak fikir peletakan jawatan Datuk Gooi adalah rasmi. Presiden masih belum memberi jawapan," katanya.

- Bernama


MoCS batal 'himpunan merah', bimbang keselamatan
Ogos 12, 11 9:21pm
Gerakan Untuk Perubahan Sarawak (MoCS) membatalkan rancangan 'Berjalan untuk Demokrasi dan Reformasi' yang juga dikenali sebagai 'perhimpunan merah' yang dijadualkan pada jam 2 petang esok di Kuching.

Pemimpin MoCS, Francis Paul Siah berkata keputusan itu dibuat kerana pihaknya mengutamakan keselamatan awam.

francis siah uncensored nurul izzah interview 020608 05"Sebagai penganjur, MoCS bertanggungjawab terhadap para peserta. Kita tidak mahu melihat sesiapa mendapat kecederaan di jalan raya. Kami pun tak mahu melihat sesiapa ditangkap kerana menyertai perhimpunan tersebut, "katanya.

Bagaimanapun, beliau menggesa rakyat Sarawak berpakaian merah esok sebagai tanda sokongan terhadap reformasi demokrasi dan politik di negeri itu.

Siah (kiri) berkata beliau telah bertemu dengan timbalan pesuruhjaya Polis Sarawak, Law Hong Soon petang ini dan bersetuju untuk menerima nasihat beliau mengenai ketenteraman awam dan keselamatan.


Tiada ulasan: