'Pendengaran isu JAIS-DUMC berjalan baik'
Sesi pendengaran sulung gerak kerja pendengaran bagi menyelesaikan isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) selesai jam 4.00 petang.
Dua pihak yang diminta memberi penjelasan - penganjur program Harapan Komuniti dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) - bertemu dengan gerak kerja berkenaan yang diketuai Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
Beliau dibantu oleh Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, dan timbalannya, Datuk Abdul Majid Omar.
Pertemuan secara berasingan itu bagi mendengar penjelasan kedua-dua pihak berhubung kehadiran umat Islam dan dakwaan terdapat usaha menyebarkan Kristian kepada umat Islam di DUMC 3 Ogos lalu.
Gerak kerja tersebut akan menyediakan laporan untuk dipersembahkan kepada Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Pertemuan JAIS dengan gerak kerja itu berlangsung selama setengah jam bermula jam 2.30 petang.
JAIS yang diwakili pengarahnya Marzuki Hussein memberi penjelasan kepada gerak kerja pendengaran itu di tingkat 22 Bangunan SUK Selangor.
Ketika ditemui pemberita selepas itu, Marzuki enggan mengulas mengenai butiran perjumpaan itu.
"Tidak ada komen," katanya sambil tersenyum.
Malah, beliau berdiam diri dan terus tersenyum ketika diminta menjawab mengenai bilakah laporan JAIS akan diumumkan.
Mereka juga menjadi tumpuan lensa kamera ketika keluar untuk beredar sebaaik sahaja keluar daripada bilik mesyuarat.
Lebih 30 wartawan dan jurugambar mengerumuni bagi mendapatkan komennya.
Sementara Harapan Komuniti diwakili enam orang dengan dua daripadanya antara 12 orang yang diminta membantu siasatan.
Peguam Datuk Kenny Ng Bee Ken dan Annou Xavier turut mengiringi wakil kumpulan itu.
Ketika ditemui pemberita selepas selepas pertemuan itu, Kenny menyifatkan pertemuan tersebut satu "mesyuarat yang baik".
"Kami berharap sangat (gerak kerja ada) pertimbangan, niat dan harapan yang baik," katanya, sambil tersenyum.
Ditanya sama ada pihaknya akan dipanggil semula, Kenny berkata beliau tidak tahu mengenai perkara tersebut dan akan memaklum kepada media sekiranya ada pertemuan selanjutnya.
"Kami (akan) bekerjasama (dengan gerak kerja pendengaran)," katanya.
Pertemuan itu berlangsung selama satu jam, bermula jam 3.00 petang.
Sementara itu, tidak ada sidang media diadakan oleh pejabat menteri besar selepas pertemuan tersebut.

- Sharifuddin Shaari · Retired di Malaysian AirlinesGereja Methodist cukup serious untuk selesaikan isu ini dari sudut undang2 Negara, Ugama dan Bangsa Melayu sebab itu menghantar wakil yg seimbang 6 orang.JAIS cukup hebat dgn seorang saja boleh cover semua sudut.Munkin juga kelulusan akademik dan pengalaman JAIS ni super hebat agaknya,
- Muhammad Rafael · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi MARA
- Hj Masran Haron · Pengulas TertinggiTelah kelihatan isu gereja ni dh mula cool,, dan pengunaan ayat dri M/kini juga telah dialunkan dgn perkataan "Pemeriksaan" yg mana sbelum ni M/Kini sering mengunakan perkataan "serbu",, kerana bila disebut "serbu" maka akan jelaslah JAIS seolah2 ganas,, itulah hakikat sebuah portal berita bgi pembaca yg mahu berfikir.
- Namia Aiman · Pengulas Tertinggi · Engineer di Infineon Technologieshaji masran...berita ialah pemerhatian dan penelitian dari kaca mata wartawan...jika hati dan otak wartawan itu dari pengalaman dan analisa mengatakan serbuan maka itulahjuga yang akan terpapar pada laporan yang ditulis...setelah isu2 ini diketengahkan dan dibentangkan kepada umum maka laporan akan menjadi lebih teratur dan sedap dibaca...itulah sebabnya setiap tindakan yang mengugat sensitiviti awam perlu disegerakan...bukan dilengah2kan...jika haji taknak baca Mkini...maka sila bertukar kepada UM...lagi elok...
- Aznul Hafidzan Abu Bakar · UiTM Jalan Othman, PJberita itu dari kaca mata wartawan..............maks
utnya pihat m.kini merasakan bahawa berbincang n menunggu adalah cara yang menjurus kepada serbuan ??then apabila laporan itu menjadi panas baru meraka akan menyatakan benda yg sebenarnya ygg terjadi..apakah ini etika wartawan - Sungai Rapat · Pengulas Tertinggi · UCLA
- Abdul Manan · Pengulas Tertinggi · UKM, Bangi, Selangoralhamdulillah perjalanan jawatankuasa pendengaran berjalan baik.harap semua kemelut akan selesai dgn baik dan memuaskan hati2 kedua2 pihak.
- Hatta Nongah · Pengulas Tertinggisepatutnya pusat Zakat/ Baitulmal ada sekali dalam sesi ni...masalah kewangan umat Islam yang mebelenggu isu ni semuanya...apa fungsi Zakat/Baitulmal sebenarnya?
- Hj Baharudin Husin · Pengulas Tertinggi · Penolong Kanan di GuruAlhamdulilah. Dalam apa juga keadaan kesuciaan Islam perlu kita pertahankan supaya tidak diperlekehkan oleh orang lain. Allahuakbar
- Sharuddin Salam · Pengulas Tertinggi · St.joseph sec school johor bahru
- Midnite Hunter · Top Commenter · Friends with Pas Kawasan Lumutisu di sini senang je walau apa pun masalah kita boleh bawa berbincang untuk nak selesai kan...bukan untuk mengkeruh kan lagi keadaan....
- Anbu Pasam · Top Commenter · UMPengarah JAIS tengah sibuk intai orang khalwat dan yang tak puasa....tak ada masa nak jumpa MB.
- Sharuddin Salam · Top Commenter · St.joseph sec school johor bahru
- Alfakir Ibnullah · Universiti Malayakerja dakwah kena berhikmah...nak berperang fi sabillillah pun kena dakwah dulu....ikut sunnah semua selamat jangan ikut nafsu nafsi...takdapat apa apa....
- Fadzli Jack · Top CommenterOO.. INI AGAKNYA 'MAJLIS SYURA' YG KHALID GAGAP KANTOI MENIPU JUAL NAMA SULTAN SELANGOR TU YA..
HAISH.. X PADAN DGN GAGAP.. MENIPU PULAK TU!!!- Deen Musin · Top Commenter · IKML/GMI
- Suara Dari Bumi · Top Commenter · Friends with Yob Tualang SekahTahniah Kerajaan Selangor kerana berjaya menubuhkan IFC di selangor untuk berunding antara agama...akhirnya cita-cita ambigal sampai juga.
- Hamid Awang · Top Commenter · Other at Open University MalaysiaElok sekiranya berfikir dahulu dan pastikan rasionalnya sebelum melakukan sesuatu. Bimbang tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri.
- Pak Tam · Sekolah menengah kebangsaan seri sendayanPengarah JAIS mungkin dah besar kepala...tindakan hantar wakil kelihatan seolah-olah memperlekeh YAB MB S'ngor.
- Muhammad Abdullah · Top Commenter · SM TEKNIK PERTANIAN CHENOR
- Zamri Ismail · Top Commenter
- Muhammad Abdullah · Top Commenter · SM TEKNIK PERTANIAN CHENOR
- Razak Ghani · Top Commenter · Works at Sime Darby PropertyJAIS jadi tak nak dakwa penganjur? jangan tak dakwa kalau ada bukti..kalau tk dakwa nanti JAIS dituduh kuda tunggangan DAP lak kang.
- Sharuddin Salam · Top Commenter · St.joseph sec school johor bahru
- Lee SlimShady Samm · Top Commenter · Kuimtapi di sini soalnya agama dijadikan untuik kepentingan politik!
- Harusainee Tayazi · Top Commenter · 24 years oldtahniah MB s''gor dan barisan kerajaan negeri.Pertemuan yg positif utk semua pihak diharap isu ini dapat diselesaikan.Tahniah sekali lain MB.
- Azrin Kasman · Top Commenter · Works at Non of your businessMereka hantar 6! Ko Hantar 1! Apa Maknanya?
- A Tam Sbk Rizal · Top Commenter · Manager at Mafia Wars Assassinsjgn ada yg baling batu sembunyi tangan.
- Bone Anakjanik · Top Commenter · Works at Body guardDi dalam dunia ini tiada seorang menusia yang berkuasa melebihi daripada Tuhan yang di namakan Allah Ta'ala, Janganlah seorang menusia memadai madaikan melebihi ajaran kuasa Tuhan, Kita sama sama memuji Tuhan yang maha isa dan pengasih di dalam hati yang mulia, Puji Tuhan, Amen.
- Nizarasa Mohd Isa · Top Commenter · SMKbanyak yang campur tangan jadi kecuhlah kini dah hampir selesai yang buat andaian banyak yang tak betul ...?
- Mat SallehSerbu atau pemeriksaan x penting lagi, biar berlalu. sekarang rakyat umum hanya mahu tahu laporan bersama bukti dan hukuman yang melanggar perlembagaan, titik!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan