Rabu, 3 Ogos 2011

BAHAYA JIKA TIADA SIFAT MALU...ZALIM LAGI MENIPU SERTA MENABUR FITNAH...SERTA MENGADU DOMBA...


PAS: PM dan menteri dalam negeri mesti jawab...
Ogos 3, 11 5:39pm

Pendedahan demi pendedahan berhubung "penipuan" berkaitan daftar pemilih sangat membimbangkan kerana ia menunjukkan bahawa pihak terbabit mempunyai akses kepada rekod di Jabatan Pendaftaran Negera (JPN), kata setiausaha PAS Selangor.

NONEMohd Khairuddin Othman (kanan) berkata, PAS Selangor mempunyai bukti jelas dalam bentuk cetakan berhubung status kerakyatan sebelum dan selepas pertukaran di laman web JPN, yang didakwa diubah dalam tempoh tidak sampai 24 jam.

"PAS Selangor menyatakan bahawa ini adalah isu keselamatan negara yang mesti dijawab oleh perdana menteri dan menteri dalam negeri kepada rakyat yang mula bimbang dengan keadaan ini," katanya.

Sehubungan itu, Khairuddin berkata, PAS Selangor mendesak diwujudkan suruhanjaya diraja yang bebas dan tidak diragui rakyat supaya pihak terlibat didedahkan dan diambil tindakan undang-undang.

"PAS Selangor menyatakan bahawa perkara ini telah menghakis keyakinan rakyat terhadap proses pilihanraya di Malaysia khususnya Daftar Pemilih Induk (DPI) yang akan digunakann dalam pilihan raya kelak," kata Khairuddin.

Beliau juga berkata kesemua perkara itu mesti dijelaskan kepada rakyat sebelum plihan raya Umum ke-13 di samping penggunaan 'dakwat kekal' perlu dikuatkuasakan serta-merta tanpa berdolak dalik.

Sementara itu, Khairuddin juga mendakwa menjumpai 'penemuan menarik' dalam semakannya apabila mendapati seorang berbangsa Indonesia berumur 27 tahun dikatakan memiliki kad pengenalan warganegara dengan kod 71 (penduduk tetap kelahiran luar negara).

"Jika sekiranya ia dilahirkan di Malaysia, maka sudah tentu kod yang dinyatakan pada kad penegenalan tersebut adalah kod negeri kelahiran.

"Jika benar ia diilahirkan di luar Malaysia, mengapa orang ini memiliki keistimewaan sehingga ia memiliki kad pengenalan biru di usia seawal 27 tahun?" soal Khairuddin lagi.

  • Hazlan Abd Hamil · Top Commenter · Univ. oxford u.k ( ulu klang) hahaha!
    anda dah nampak? betapa tedesakanya BN... ayuh rakyat malaysia bangun kita mesti lawan dan bantah kepada kerajaan yang punyai kuasa.... yang sanggup gadaikan maruah negara demi kuasa...
    click LIKE..... tanda BANTAHHHHHHHHHHHHH!
    • Syahror Sa'ari · Top Commenter · Smk simpang
      klu dah tempek muka si sumpah laknat 2 pyah la nak berubah Hazlan oii..sama2 la kt berdoa dlm bln ramadhan ni dia berubah
    • Taguci Paradox · Top Commenter · Smk Sultan Abdullah
      zidan zainudin; kamu mmg bodoh mana bolih benda ni buat main2..blh kena ISA..klu xbtl saman la...kamu suka benda ni berlaku sbb kamupun pendatag tanpa izin ...org jenis barua bru dpt kerja cuci kreta yb umgok dah besar kepala!!! tp xder otak......
    • Ae Sulaiman · Politeknik kota bharu
      jgn dok layan ZZ 2...dye 2 belajar ilmu nga NAJIB dan BIK MAMA...jiwa dye dah sebati nga Bee END..
  • Ipoh Mali · Top Commenter · 17 years old
    JAWAPAN DIA TAKDE LAIN.. REVOLUSI BERSIH 3.0!
    • Apeace Last · Top Commenter · Works at Benci Rasuah Sdn Bhd
      sy sokong
    • Zainal Lazim · Top Commenter · Open University
      kita wajib sungkurkan BN/UMNO BERSIH 3.0 ... jangan tunggu PRU13 ... dah nampak terang lagi bersuluh, umno/bn sudah terdesak melaksanakan tektik kotor lagi mengotorkan ... laksanakan revolusi bersih 3.0 secara kekerasan untuk menyelamatkan negara dari si durjana pimpinan umco Najib bersama si Rosmah pembazir harta negara
    • Taguci Paradox · Top Commenter · Smk Sultan Abdullah
      IPOH MALI;wa sokong luuuuu...biar mati berdarahhhh....jgn mati mengalahhhhh....
  • Bunga Chengkeh · Top Commenter · PA at Office Pak Menakan
    dapatkah aku mengungkapkan lagi kalimat agung ini di masa depan?
    'malaysia tanah airku~'.
    bila makin ramai perompak muncul.
    dan makin ramai pula penyagak yang timbul.
    hanya kerana satu perkataan keramat.
    KUASA~!
    • Tibas Losou · Top Commenter
      Maya Percintaan,...Itu dulu Sikalang apa ada tibai,.....semua halal asal ada ummmmp
    • Zainal Lazim · Top Commenter · Open University
      polis, spr, jpn dll pegawai kerajaan yg bersekongkol dgn najib ini diharamkan menggambil wang gaji dari sumber negara kerana mereka ini merupakan pengkianat no 1 Malaysia
    • Joseph Abdul · Top Commenter · Works at Banking
      mana bekas2 s.c peranglawan komunis dulu . itu hari semua berkobar psal parti socialist malaysia komunis.Awak semua mati2 pertahan negara. orang lain senang2 bg warganegara pd orang tak berjasa pun pd kemerdekaan.In lg bahaya dari ancaman komunis..
  • Subkiarabi Abdul Rahman · Top Commenter · Pengurus at SUBKIARABI DOT COM ENTERPRISE
    maruah negara tercemar dengan apa yang terjadi..jabatan pendaftaran negara perlu bertanggung jawab..
  • Mamat Panchor · Friends with Mohd Roszeli M
    Siasat dgn teliti serta adil, tp bolehkah kita percaya pd mereka yg menyiasat ni. harap mereka benar2 telus.. bongkar sampai habis-habisan, jgn biarkan harga warganegara sebegitu murah harganyaa..so. siapa sebenarnya pengkhianat negara?
    • Zidan Zinadin · Top Commenter
      Kalau ko tak percaya panggil Kit Siang pergi siasat JPN

Kiriman wang RM888,000 ke Dubai tidak dikembalikan
Ogos 3, 11 9:00pm

Bayaran RM888,000 yang dikirimkan kepada syarikat yang mengendalikan projek restoran Malaysia di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada 2007 tidak dikembalikan, walaupun projek berkenaan telah dibatalkan, Mahkamah Sesyen diberitahu hari ini. Ketua Pegawai Operasi (COO) Pampena Sdn Bhd Idros Mohd berkata seorang pegawai syarikat LCL Interiors Low Chin Meng telah meminta pihaknya untuk menggantikan bayaran bagi projek restoran Awana Beijing, China and Awana Hydrebad, India yang disempurnakan oleh syarikat berkenaan. Idros, 57, yang memberikan keterangan pada perbicaraan kes pecah amanah membabitkan Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab dan bekas Ketua Pegawai Operasi Pampena Mohammad Rosly Md Selamat berkata beliau telah membawa cadangan berkenaan untuk perhatian lembaga pengarah Pampena pada 29 Oktober 2008. Beliau berkata lembaga tidak bersetuju dengan cadangan LCL Interiors itu. Sebelum itu, ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Yusaini Amer Abdul Karim, saksi pendakwaan itu berkata sesiapa yang bertanggungjawab meluluskan pelaburan perlulah mematuhi tatacara pelaburan yang ditetapkan untuk anak syarikat sesuatu badan berkanun. Katanya setiap pegawai awam dikehendaki segala arahan kewangan seperti yang ditetapkan dalam Arahan Perbendaharaan 1993 dan Pekeliling Am 1998. Dalam kes ini, Pampena terlibat dalam pelaburan bersama pihak LCL Interiors dikehendaki mematuhi tiga syarat seperti mewujudkan satu anak syarikat yang baru, seorang anggota lembaga perlu dilantik sebagai anggota lembaga syarikat yang baru itu serta perjanjian serta terma-terma pemilik boleh disemak dari masa ke semasa. Mirza, 54 dan Mohammad Rosly, 57, yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan pecah amanah RM888,000 di pejabat Pempena di Tingkat 13, Manara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada 27 Februari 2007. Menjawab soalan lain, Idros berkata adalah menjadi tanggungjawab selaku anggota lembaga dan Ketua pengarah Tourism Malaysia untuk memaklumkan tentang sebarang pelaburan. Beliau juga berkata di Pampena tiada prosedur bertulis mengenai sebarang pelaburan, tetapi setiap pelaburan itu perlulah mendapat kelulusan lembaga pengarah. Idros yang menyertai Pampena pada akhir tahun 2008 berkata kedudukan kewangan syarikat berkenaan adalah dalam keadaan tenat, di mana syarikat menanggung hutang sebanyak RM5 juta menyebabkan beberapa aset syarikat terpaksa dilupuskan untuk membayar hutang. Perbicaraan di hadapan Hakim Che Mohamad Zulkifly Jusoh bersambung esok.

  • Hashim Haji Ismail · Top Commenter · Pulau Pinang
    Tutup sajalah Pembangunan Pelancungan Nasional(PAMPENA). Suadah jelas menyalahguna kuasa. menipu duit rakyat untuk kepentingan peribadi. KPI YANG PALING BURUK DALAM SEJARAH PERKHIDMATAN AWAM.

    MENTERI tak sedar diri masih menegak benang basah.
  • Noor Khalili · Top Commenter
    Untuk semua rakan-rakan dan sdra/i Jangan Lupa Solat; saya telah mendengar penerangan daripada ustaz2 yang dutauliahkan Jabatan Agama Islam supaya tidak menggunakan hadis kelebihan solat terawih yang diterangkan kelebihan tertentu bagi setiap malam kerana hadis tersebut adalah hadis palsu. Boleh tuan/puan semak kepada ustaz2 ditempat tuan/puan untuk kepastian. Terima kasih
  • Jangan Lupa Solat
    Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat.
    Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
  • Rosmi Mahmud · Top Commenter · Works at Bisnes Sendiri
    ini lg 1 wayang mcm mana nak kebas duit rakyat, maka buat lah kertas kerja, konon2 nak berniaga, itu lah cara2 nya.selalu nya perkara mcm ni rakyat xsedar n xnampak
  • Abd Khalid · Top Commenter · DCL at Bisnes
    mudahnya guna duit rakyat......
Pelakon lagak ngeri: Sukar untuk keluar tingkap
Ogos 3, 11 8:42pm

Pelakon lagak ngeri, Mohd Haslin Azriff Ramley memberitahu inkues kematian pegawai kastam Ahmad Sarbaini Mohamad bahawa agak sukar untuk keluar dari tingkap - tempat mangsa didakwa jatuh - dan beliau mengambil masa tiga hingga empat minit untuk berbuat demikian. NONESaksi ke-31 inkues itu menjelaskan walaupun mempunyai pengalaman dalam melakonkan adegan lagak ngeri, namun perasaan gementar dan takut tetap ada ketika cuba keluar dari tingkap berkenaan. Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane pada 6 April. Sementara itu, pakar patologi Prof Dr Shahrom Abd Wahid dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berkata, Ahmad Sarbaini terjatuh dari aras tiga bangunan SPRM Wilayah Persekutuan itu dengan tidak disengajakan. Dr Shahrom, 54, yang juga saksi ke-32 inkues berkata daripada hasil penemuan yang dibuat selepas melawat tempat kejadian, didapati Ahmad Sarbaini (mangsa) keluar dari tingkap di bilik pantri di aras tiga bangunan itu untuk menuju ke bumbung berhampiran yang mengelilingi gelanggang badminton. "Ini adalah kerana jika berdiri berhampiran tingkap, kelihatan bumbung yang terletak di sebelah kiri tingkap itu nampak dekat tetapi apabila mangsa berjaya keluar dari tingkap, didapati bumbung berada dalam kedudukan yang jauh," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas. Dr Shahrom berkata Ahmad Sarbaini kemudiannya cuba meniti di atas tebing tingkap ke arah kanan untuk mencapai bumbung berhampiran sambil tangannya berpaut pada bingkai tingkap, namun tidak berjaya. Saksi itu berkata mangsa kemudiannya cuba memanjat semula tingkap untuk masuk ke bilik pantri tetapi beliau tidak dapat mengimbangi badannya lalu tergelincir dan jatuh ke aras satu bangunan itu. Katanya perlakuan itu dibuat dengan berhati-hati dan tidak terburu-buru kerana jika seseorang cuba melarikan diri dengan cara terburu-buru akan terdapat kecederaan dan tanda lebam pada badan disebabkan keadaan tingkap yang agak menyukarkan seseorang untuk keluar dengan cara sedemikian. Beliau berkata kesimpulan yang dibuat juga berdasarkan kepada lakonan lagak ngeri yang dilakonkan semula oleh pelakon lagak ngeri, Mohd Haslin Azriff Ramley. Saksi itu menjelaskan lakonan dibuat berdasarkan penemuan kesan calar pada cat dinding di bilik pantri, tapak kasut, kepala tali pinggang, kedudukan mayat yang berada selaras dengan tingkap di aras tiga berkenaan dan juga kesan pada tapak tangan mangsa. "Terdapat kesan putih pada tapak kasut di sebelah kiri mangsa tetapi kesan itu tidak berapa jelas kerana terkena pada belakang seluar kanan mangsa semasa dia terjatuh dan juga terdapat kesan geseran pada kepala tali pinggang ketika mangsa dipercayai cuba masuk kembali ke dalam bilik pantri melalui tingkap," katanya. Dr Shahrom berkata lakonan semula oleh pelakon lagak ngeri itu menunjukkan kemungkinan mangsa telah jatuh ke belakang apabila kaki kanannya tergelincir dari tebing tingkap dan jatuhan itu menyebabkan kecederaan teruk pada kepala dan keretakan pada tengkorak dan patah tulang di bahagian lutut. Selain itu tiada tanda lain yang mencurigakan selain daripada disebabkan oleh kejatuhan dan tiada tanda-tanda mangsa dipaksa keluar dari tingkap itu. "Jika mangsa dipaksa keluar dari tingkap, pasti akan terdapat kecederaan pada tubuh mangsa kerana dia akan melawan kembali serangan daripada seseorang dan akan ditemui kesan pergelutan di tempat kejadian," katanya.
- Bernama

  • Muhammad Rafael · Top Commenter · Universiti Teknologi MARA
    kpd keluarga arwah sarbani..bersabarlah..takd​ apat keadilan di malaysia tdk mengapa..kerana keadilan tetap akn perolehi di akhirat..ape pun. rusmah mansur sdg seronok mengelap cincin baru di jarinya..terima kasih kastam kerana dedahkan cincin rusmah..hehehe.
  • Amran Bin Othman · Top Commenter · Kuantan
    korang rasa logik ke allahyarham sarbaini dikatakan terjatuh dgn tak sengaja..pada aku sendiri, tak logik langsung.apatah lagi ni kali kedua kes gitu kat pejabat SPRM.
    • Mat Bantai
      TAP PERLU NAK TEKA-TEKI LAGI BRO...YANG SELOGIK-LOGIK NYE BELIAU DI BUNUH SEPERTI TEOH BENG HOCK KERANA DIA ORANG NIE DAH BIASA JADI KAKI PUKUL DALAM TUGASAN MEREKA, JADI BILA PUKUL LEBIH DARI DI PUKUL, EGO MEREKA JADI TINGGI DAN MEREKA NAK MAINTAIN EGO PUNYE PASAL JADI DIBUNUH LAH BERDUA NIE WALAUPUN TAK BERNIAT SEBENARNYE, TAPI BILA TERLEBIH SEKSA DAN MATI, APA LAGI, COVER UP AJE YG MEREKA BUAT
  • Dato' Shahrul Nizam Yunos · Presiden at Pertubuhan pendidikan pencegahan rasuah malaysia
    Sahabat2...Dalam situasi sekarang ini, adalah lebih wajar kita menunggu keputusan inkues yg sdg berjalan Dan selepas itu terpulanglah kpd sahabat2 utk menilainya krn sbg rakyat Malaysia sahabat2 berhak bersuara...kepada keluarga allahyarham, bersabarlah, besar sungguh dugaan yg anda lalui..mungkin ada hikmahnya..bersabarlah..se​moga roh Alahyarham bersama roh2 org yg beriman..
  • Raihan Khan
    sudah lah menipu semuanya....nie nak selamatkan sprm la nie lagi...apa pun tak boleh....
  • Adnan Haron · Top Commenter
    sebagai umat islam, ingat lh ketentuan ilahi.
HATI YG PENUH KEIMANAN ~ Ibnu Mas’ud رضي الله عنه berkata: "Tiga hal yg apabila berada dlm diri seseorang, Allah akan memenuhi hatinya dgn keimanan: Bersahabat dgn orang faqih, membaca al-Qur’an dan berpuasa". >: al-Aadab asy-Syar'iyyah Ibnu Muflih jilid 3 halaman 544.


Pengundi PR: DAP dakwa wujud 'konspirasi'
Ogos 3, 11 12:56pm

Walaupun kerajaan masih belum memberi penjelasan mengenai dakwaan bahawa penduduk tetap (PR) diberi hak mengundi, DAP memberi amaran bahawa BN didakwanya akan secara terang-terang menipu untuk menang, dan menjadikan pilihan raya umum ke-13 sebagai "pilihan raya paling kotor dalam sejarah Malaysia". dap 2010 budget rocket cafe 071009 tony pua 01Setiausaha publisiti kebangsaan DAP Tony Pua (kanan) mendakwa, laporan Malaysiakini hari ini membayangkan kemungkinan wujudnya 'konspirasi' antara BN, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menipu untuk menang dalam pilihan raya akan datang. Tony mendakwa, khabar angin tersebar meluas bahawa sejak beberapa bulan lalu yang BN mendaftarkan pekerja asing dan penduduk tetap sebagai pengundi untuk pilihan raya umum akan datang "... bagaimanapun, laporan Malaysiakini semalam yang menyediakan bukti kukuh bahawa penduduk tetap asing telah diberi hak mengundi di Malaysia. "Apa yang mungkin lebih mengejutkan ialah dalam tempoh empat jam sahaja, status pengundi baru yang diragui, telah dengan serta-merta berubah - daripada penduduk tetap kepada warganegara dalam pangkalan data JPN. "Pada dasarnya, rakyat asing ini mula-mula mendapat (status) penduduk tetap, kemudiannya mereka menjadi pengundi dan seterusnya diberikan kewarganegaraan," dakwa Pua.

  • Paul Yambun Imbun · Top Commenter
    Inilah rupa BN sebenarnya.. Najib apa susah.. anak-anaknya semua sekolah luar negeri. duit berlambak. 7 keturunan pun duit tak akan habis. Saya orang kampung, kais pagi makan pagi.. kalau tambah PATI jadi pengundi dan warganegara.. semua akan mereka kuasai termasuk perniagaan, pekerjaan dan sebagainya. Saya dan anak2 pasti terhimpit jauh.. sekarang ini pun PATI yang menguasai bandar2 dan pekan di Sabah.. Apa lagi kalau mereka sudah mendapat ststus warganegara.
  • Coppel Abraham · Top Commenter · Business Development Director at Sand MasterLogistic Sdn.Bhd
    PROJECT PEMUTIHAN PUN ADA KENA MENGENA DGN ISSUE PR DAN MYKARD NI...INI KEJE2 SI HISHAMUDDIN DAN NAJIB...
  • Salkukhairi Abd Sukor · International Islamic University Malaysia
    Saya setuju dgn pandangan coppel..mungkin ada asasnya program pemutihan pendatang asing yg kerajaan duk sibuk2 sekarang ni ada kena mengena dengan isu nak bagi kewarganegaraan kpd diaorg..mana tidaknya apabila kerajaan ada record dan data ttg diaorg senanglah KDN nak offer taraf warganegara..mula2 offer taraf PR dulu, dlm masa 24 jam boleh dpt status warganegara malaysia dengan syarat masa general election nanti kena pangkah BN..satu pengkhianatan yg cukup besar oleh pemimpin negara kita!
  • Mohd Firdaus Mansor · Top Commenter · Kolej sendiri
    perniagaan kdai runcit skarang byk dikuasai orng indon..senang je dieorng niaga....
  • Hanif Harun · Top Commenter
    Mau Malaysia jadi Sabah ker ? Projek IC Sabah sekarang berjangkit seluruh Malaysia .. if kalau pendatang pun tolak BN apa pulak nak diimportnya pulak ? Afrika pulak ker boleh mengudi ? Negara luar gelakan Malaysia sahaja .. ini negara semua boleh .. boleh land
~Sifat MALU itu daripada IMAN, dan IMAN itu dari SYURGA, dan KEKEJIAN itu dari KERENDAHAN BUDI, dan KERENDAHAN BUDI itu didalam NERAKA.~
PR jadi warganegara, konspirasi terancang
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 3 Ogos: Dewan Pemuda PAS yakin penemuan dan pendedahan penduduk tetap (PR) yang didaftar sebagai pengundi dan kemudiannya ditukar menjadi warga negara bukanlah kesilapan teknikal seperti dijelaskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), namun ia adalah satu konspirai terancang.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata, jika ia kesilapan teknikal, mana mungkin boleh berlaku sepantas itu dan mlibatkan bukan seorang penduduk tetap, malah ribuan lagi.

"Memang tak logik la kalau kesilapan teknikal. Benda sebesar tu boleh silap, bukan satu pulak tu tapi beribu.

"Saya yakin ini bukan silap, ini mesti disengajakan," katanya menempelak penafian yang dibuat pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Abdul Aziz dalam responnya berhubung kontroversi pertukaran status PR ditukar menjadi warganegara bagi membolehkan mereka mengundi yang dilapor semalam memberi alasan, apa yang berlaku mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Beliau juga mendakwa kemungkinan senarai nama PR di laman web Jabatan Pendaftaran Negara adalah senarai lama yang belum dikemaskini.

Menurutnya lagi, hanya penduduk tetap yang mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sahaja yang boleh ditukar menjadi rakyat Malaysia.

Mengulas lanjut Suhaizan melahirkan rasa hairan mengapa SPR menjadi "tukang jawab" bagi pihak JPN.

"SPR jangan nak tolong jawab bagi pihak JPN la. Kita tahu SPR terima senarai yang salah, tapi kenapa terima juga...

"Tidak mustahil SPR, JPN dan KDN berkomplot dalam perkara ini," telahnya.

Semalam, pelbagai pihak melahirkan rasa terkejut dengan pendedahan bahawa seorang penduduk tetap bernama Mismah adalah berstatus penduduk tetap paginya sudah berubah kepada warga negara pada petangnya.

Selain Mismah, 52 nama lain juga turut dikesan bertukar status dan didaftar sebagai pengundi di beberapa parlimen di Kuala Lumpur.

Dewan Pemua PAS, kata Suhaizan, sebenarnya telah mengesan lebih awal bagaimana PR khususnya daripada Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi. Mereka di daftarkan hampir di setiap negeri.

Bukti-bukti itu jelasnya telah dimuat turun termasuk data-data kad pengenalan PR kerana sudah menjangkakan sama ada “server” JPN akan di tutup atau PR ini akan bertukar menjadi warganegara dalam sekelip mata.

Jangkaan itu katanya ternyata benar apabila ia betul-betul berlaku semalam.

Sehubungan itu, pemuda PAS mendesak agar satu Suruhanjaya Di Raja dibentuk dengan segera bagi menyiasat JPN dan SPR berhubung dengan isu yang cukup memalukan negara ini.

Sehubungan itu, pemuda PAS mendesak agar satu Suruhanjaya Di Raja dibentuk dengan segera bagi menyiasat JPN dan SPR berhubung dengan isu yang cukup memalukan negara ini.


Gadai keselamatan negara demi secebis kertas undi
Harakahdaily

PETALING JAYA, 3 Ogos: Keselamatan negara kita akan tergadai sekiranya rakyat asing boleh menjadi warganegara dalam masa beberapa jam sahaja, malah dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengundi.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua (gambar) berkata, berdasarkan bukti-bukti tentang penipuan yang sedang berlaku dalam senarai pengundi, pilihan raya umum ke-13 akan datang bakal menjadi pilihan raya paling kotor dalam sejarah Malaysia, lapor Roketkini.

Katanya, penipuan terbaru terbongkar apabila Malaysiakini melaporkan bahawa pemastautin tetap (PR) rakyat asing telah dibenarkan mendaftar sebagai pengundi.

“Malah yang lebih mengejutkan ialah dalam masa empat jam sahaja, status pengundi baru yang menimbulkan kecurigaan itu telah ditukar daripada pemastautin tetap kepada warganegara Malaysia, mengikut pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini petang semalam mengenai seorang individu bernama “Mismah” dengan kad pengenalan bernombor 640704-71-5238 yang mempunyai PR yang mendaftarkan diri sebagai pengundi. Dalam laporan yang dikemaskini kemudian, Malaysiakini melaporkan “Mismah” sudah menjadi warganegara, tidak sampai empat jam selepas laporan berita asal disiarkan.

Pua mendakwa penipuan itu membuktikan wujudnya konspirasi keji di antara Barisan Nasional, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan JPN untuk menipu secara besar-besaran dalam PRU akan datang.

Beliau menambah konspirasi penuh penipuan itu turut membuktikan bahawa cadangan sistem biometrik untuk pilihan raya sebagaimana yang dicadangkan oleh SPR untuk “membanteras pengundi hantu” jelas gagal sebelum dimulakan.

“Jika sistem JPN kita boleh dimanipulasi begitu mudah, tidak ada sebarang jaminan kukuh bahawa kerajaan dapat memastikan sistem biometrik yang bernilai beratus juta ringgit itu akan menjamin pilihan raya yang bersih, telus dan selamat,” tambah beliau.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata penipuan demi penipuan dibongkarkan setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini menggesa BN untuk mencapai kemenangan dengan apa cara sekali pun.

Beliau mengingatkan semua pihak bahawa “penganugerahan” kepada rakyat asing, terutamanya dari Indonesia, untuk menjadi warganegara pernah dilakukan melalui Projek IC atau Projek M di Sabah (sewaktu era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad) bagi mengurangkan kuasa politik Bumiputera di negeri itu.

Sebagaimana yang diketahui umum, katanya, Sabah mengalami pertambahan penduduk yang luar biasa setelah ramai warga asing menjadi rakyat Malaysia dalam masa yang amat singkat.

Pua berkata, BN juga menggunakan rasuah wang dalam pilihan raya, sebagaimana yang dibuktikan sewaktu pilihan raya negeri Sarawak April lalu, dan jika tekanan dan pembelian undi ditolak oleh rakyat, BN menggunakan apa sahaja cara untuk menipu dalam pilihan raya.

Menurutnya, kerajaan BN yang turut menguasai media massa dan agensi keselamatan negara terus mengekang dan menekan rakyat termasuk memperlekeh serta menindas perhimpunan aman Bersih 2.0 yang hanya bertujuan membersihkan amalan pilihan raya di nehara ini.

Justeru itu, tuntutan pertama Bersih 2.0 menekankan tentang pelaksanaan usaha membersihkan senarai undi, iaitu dengan menyingkirkan segera ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal dunia, yang berganda pendaftaran, yang bukan warganegara dan sebagainya.

Sementara itu, Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof menafikan pemastautin tetap telah didaftarkan sebagai pengundi, dengan member alasan ia mungkin kesilapan teknikal oleh JPN.

“Saya fikir senarai nama PR di laman web JPN adalah senarai lama yang belum dikemaskini,” katanya.

Penjelasan Abdul Aziz telah dibidas oleh Ahli Parlimen DAP Tanjung Chow Kon Yeow kerana tidak cukup maklumat serta tidak menerangkan bagaimana “kesilapan teknikal” itu boleh berlaku.

Menurutnya, SPR tidak boleh bersembunyi di sebalik alasan yang lekeh itu kerana tanggungjawabnya ialah memastikan kesahihan senarai pengundi.

“Kejadian ini telah menggambarkan betapa seriusnya masalah penyelarasan antara agensi kerajaan yang pasti menjejaskan keyakinan rakyat terhadap proses pilihan raya kita,” katanya.

Chow yang juga Exco kerajaan negeri Pulau Pinang mempersoalkan bagaimana rakyat negara asing boleh menjadi pengundi di Malaysia menjelang PRU ke-13 akan datang.

Beliau meminta SPR dan JPN menyatakan secara terperinci jumlah rakyat asing yang telah menjadi warganegara Malaysia yang didaftarkan sebagai pengundi untuk tiga tahun sebelum ini.

“Pengundi Malaysia berhak untuk tahu sama ada berlaku penyelewengan dalam trend senarai undi. Saya amat berharap institusi-institusi kerajaan kita tidak menjadikan rakyat asing sebagai pengundi semata-mata hanya kerana mahu mengekalkan rejim yang korup sebagai kerajaan,” tambah beliau. – Roketkini.com


Pakatan selamatkan RM200 bilion wang rakyat
Aziz Muda

SHAH ALAM, 2 Ogos: Pakatan Rakyat akan berusaha menyediakan satu belanjawan yang baik bagi tahun 2011 untuk semua rakyat di negara ini, di samping menyelamatkan RM200 bilion wang rakyat yang tiris dalam belanjawan yang disediakan dan diibentangkan oleh kerajaan BN bagi tahun lalu.

Bagi mencapai matlamat itu, Pakatan Rakyat akan berusaha menyediakan belanjawan yang menekankan kesemua subsidi akan disalurkan terus kepada rakyat, khususnya golongan sasar, bagi menjadikan belanjawan itu benar-benar berguna kepada pelbagai lapisan rakyat negara ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menjelaskan, belanjawan yang akan disediakan oleh Pakatan Rakyat itu adalah belanjawan yang turut menekankan tentang penyalahgunaan kuasa di kalangan pemimpin Umno BN, sehingga menyebabkan peruntukan subsidi RM200 billion untuk petroleum tidak sampai kepada orang ramai.

Menurut beliau, peruntukkan tersebut cukup besar. Ia sepatutnya sampai kepada sasaran, tetapi terjadi di sebaliknya ekoran sikap tidak bertanggungjawab para pemimpin Umno BN yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan subsidi itu bagi kepentingan mereka sendiri.

Katanya, kejadian itu menyebabkan rakyat menjadi amat terhimpiit dengan kenaikan harga petrol dan diesel, walaupun mereka tidak sepatutnya menerima bebanan itu ekoran subsidi yang begitu besar yang telah disediakan oleh kerajaan.

"Begitu juga dengan subsidi bagi padi atau beras untuk petani. Walaupun subsidinya ada dan jumlahnya agak besar, tetapi para petani tetap juga tak dapat, tetap terus miskin dan hidup susah.

"Sebaliknya yang mendapat subsidi itu adalah orang yang dah kaya yang memiliki syarikat-syarikat besar terutama Bernas," katanya pada sidang media di pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK) di sini, hari ini.

Sebelum itu, beliau bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Jawankuasa Kerja PAS Pusat yang juga Ahlli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzullkefly Ahmad, pemimpin PKR dan DAP telah mengadakan rundingan dengan ahli-ahli ekonomi utama di tanah air di tempat yang sama.

Rundingan tersebut diadakan bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan dengan ekonomi, termasuk langkah-langkah untuk mengatasi inflasi di negara ini, di samping mendapatkan pelbagai pandangan untuk digarap oleh Pakatan Rakyat dalam belanjawannya bagi tahun 2011 yang akan dibentangkan Oktober ini.

Pada sidang media bersamanya dengan Datuk Seri Anwar itu, Mohamad menjelaskan, belanjawan yang akan disediakan oleh Pakatan Rakyat itu akan turut menekankan langkah-langkah yang akan dilakukan di negeri-negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat untuk kepentingan rakyat.

"Langkah-langkah tersebut seperti yang terdapat dalam Buku Jingga. Antaranya termasuklah mengadakan skim kifalah bagi ibu tunggal seperti yang dilakukan oleh Kerajaan kelantan yang akan turut dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat lain termasuk Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.

"Selain itu, kita juga akan turut menyediakan subsidi yang akan disalurkan terus kepada rakyat termasuk subsidi petroleum dan lain-lain subsidi sekiranya Pakatan Rakyat diberikan mandat memerintah negara pada pilhanraya umum akan datang," tegas beliau.


Duit raya Felda sekadar 'gula-gula'
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 3 Ogos: Pemberian duit raya berjumlah RM42.6 juta oleh Felda kepada peneroka hanyalah 'gula-gula' di sebalik sejumlah besar unit saham yang dinikmati pegawai Felda.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman (gambar) yakin penberoka yang menerima insentif kecil ini tidak tahu mengenai unit saham yang diterima pegawai Felda ini.

Sebelum ini, Felda menerusi anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd membeli Malayan Sugar Manufacturing Co Sdn Bhd (MSM) yang sebelum ini dimiliki oleh Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok.

Daripada pembelian ini, kumpulan yang mendapat saham MSM ialah kira-kira 2,500 orang kakitangan Felda Induk dan 2,500 kakitangan Felda Global.

Setiap pegawai 5,600 unit manakala bukan pegawai pula menerima 2,900 unit seorang.

Harga buka ialah RM3.34 seunit dan melonjak kepada RM5.46 seunit.

"(Datuk Seri) Najib (Razak) tidak perlu gembar gemburkan pemberian duit raya ini sebagai jasa Felda atau kerajaan kerana sepatutnya jumlah yang diberi jauh lebih besar.

"Adakah peneroka tahu pegawai Felda menikmati hasil saham yang jauh lebih besar jumlahnya?" soalnya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau turut mempersoal tindakan Felda memberikan RM400 kepada peneroka yang menanam di bawah selian Felda dan hanya RM200 kepada peneroka yang menanam sendiri tanpa bantuan Felda.

Sedangkan katanya, peneroka yang menanam sendiri mendapat hasil yang lebih banyak dan menjual hasil mereka kepada kilang Felda.

"Kalau perbezaan jumlah duit raya berasaskan penghasilan yang dibuat peneroka, pemberian itu tidak wajar kerana harga komoditi melonjak naik dan sepatutnya jumlah yang diberi lebih besar.

"Apabila dikategorikan peneroka ikut Felda dan tidak ikut Felda, saya persoal istilah tidak bersama Felda itu kerana mereka tetap jual hasil mereka kepada kilang Felda.

"Kalau banding jumlah hasil peneroka yang buat sendiri lebih besar daripada peneroka yang ikut Felda tentu insentifnya lebih besar," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Dakwanya, tindakan ini merupakan diskrimasi kepada peneroka untuk menakut-nakutkan peneroka yang menanam sendiri tanpa bantuan Felda.

"Mana logiknya Felda nak nilai peneroka di bawah Felda dapat 400 dan tanpa bantuan Felda dapat 200. Ini satu diskriminasi yang dibuat untuk menakutkan peneroka yang menanam sendiri," katanya.


Tiada ulasan: