Rabu, 3 Ogos 2011

BIASA WANITA BERSIFAT 'MANANAH' SUKA MEMBANGKIT2 TERHADAP SUAMI....WANITA NI JANGAN DI KAHWINI.....

Jangan engkau kahwini wanita begini
Jangan engkau kahwini wanita yang mempunyai enam jenis ini, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah,yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah


Banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah


Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah


Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah


Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk
membelinya.

Wanita Baraqah

Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah

Banyak cakap tidak menentu lagi bising.



Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

Rasulullah صلى الله عليه وسلم
bersabda:

لاَ يَقْبَلُ اللهُ مِنْ عَبْدٍ عَمَلاً حَتٰى يُحْضِر َقَلْبَهُ مَعَ بَدَنِهِ

"Allah tdk menerima amal seorang hamba, sehingga ia hadirkan hatinya bersama tubuhnya.
">: Dari Utsman bin Abi Dahrisy.

Tiada ulasan: