Harakahdaily | ||||||||||||||
KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Pusat Penyelidikan PAS (PPP) akan menganjurkan Seminar Trend Pengundi Melayu Menjelang PRU ke 13 pada 20 Ogos ini di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad mulai jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Pengarah Operasi PPP, Dr Ahmad Zuhdi Marzuki berkata, sejak tsunami politik tahun 2008 yang telah menampilkan senario baru kepada landskap politik Malaysia, perhatian khusus mula diberikan kepada corak pemikiran dan kecederungan politik pengundi-pengundi Melayu sebagai kelompok terbesar pengundi negara ini. Katanya, perubahan besar politik atau dengan pengertian lain peralihan pemerintahan tidak mungkin boleh berlaku tanpa perubahan sokongan di kalangan pengundi-pengundi Melayu. Tambahnya, menyedari perkara tersebut, pengundi-pengundi Melayu menjadi faktor penting dalam menentukan sama ada PAS dan Pakatan Rakyat berjaya untuk menguasai Putrajaya atau tidak. “Faktor pengundi Melayu ini telah menarik perhatian banyak pihak untuk melakukan kajian-kajian yang berkaitan, secara langsung dapat menggambarkan corak pemikiran dan kecenderungan politik pengundi Melayu dalam PRU ke 13 akan datang,” katanya kepada Harakahdaily. Seminar itu, ujarnya akan disertai oleh wakil-wakil dari Dewan Ulama PAS, Dewan Pemuda PAS dan Dewan Muslimat PAS serta Badan-badan Perhubungan PAS Negeri. Tambahnya, seminar itu akan menampilkan tiga orang ahli panel yang akan membentangkan hasil kajian masing-masing berkaitan dengan corak pemikiran dan kecederungan politik pengundi-pengundi Melayu menjelang PRU ke 13. Katanya, kertas-kertas kerja yang dibentangkan ialah “Psikologi Politik Pengundi-pengundi Melayu", "Demografi Kecenderungan Pengundi-pengundi Melayu" dan "Faktor-faktor utama Menentukan Sikap Pengundi Melayu". “Tajuk-tajuk ini sesuai dengan matlamat seminar iaitu memberi pendedahan kepada pimpinan PAS di semua peringkat berkaitan dengan usaha mendekati pengundi-pengundi Melayu dan pendekatan yang sesuai untuk memenangi hati mereka,” ujarnya. Menurutnya lagi, PPP sebagai penganjur seminar juga turut membuka penyertaan daripada mana-mana organisasi atau agensi dalaman PAS untuk menghantar wakil ke seminar ini dengan yuran penyertaan percuma. Kepada yang organisasi dan agensi dalam PAS yang berminat boleh menghubungi Pengarah Operasi PPP di alamat e-mail berikut: zuhdi@pas.org.my.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Khamis, 11 Ogos 2011
JIKA PENGUNDI PR INDONESIA SUSAH NAK KENAL....BAGAIMANA PULAK BANGLA,NEPAL, VIETNAM ,MYANMAR DLL...NAK TIPU AGAK2LAH..
PPP anjur Seminar Trend Pengundi Melayu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan