Khamis, 11 Ogos 2011

JANGANLAH KITA SURUH PENCURI...MENYIASAT SAPE MENCURI...MACAMLAH PENCURI DIA TUNJUK ORANG LAIN DAN SAMA2 KEJAR PENCURI...SEDANGKAN DIALAH PENCURI....

Impak BERSIH 2.0 ke atas luar bandar 'tak ketara'
Hazlan Zakaria
Ogos 10, 11
2:54pm

Di sebalik liputan dan publisiti meluas sama ada di dalam negara mahupun di luar negara yang ditimbulkan oleh perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu, badan bancian tempatan, Merdeka Centre berpendapat impak dan kesannya ke atas rakyat adalah terlalu kecil.

NONE"Tidak ada peralihan ketara yang dikesan," kata pengarahnya Ibrahim Suffian (kanan) kepada Malaysiakini dalam wawancara eksklusif semalam.

Beliau menjelaskan banciannya menunjukkan tahap sokongan popular lebih kurang konsisten, sebelum dan selepas perhimpunan itu diadakan.

Katanya, sebarang pengurangan bagi sokongan kepada BN yang dikesan adalah tidak ketara dan lebih menjurus ke arah persepsi pemimpin tertentu.

"Saya fikir BN masih menguasai majoriti, khususnya di kalangan orang Melayu. Kira-kira 55 hingga 58 peratus."

Ditanya sama ada kehadiran ribuan peserta pada perhimpunan itu dengan jumlah golongan muda yang sebegitu ramai adalah ukuran sebenar sokongan untuk reformasi pilihan raya, Ibrahim berkata andaian itu hanya benar bagi suatu pecahan kecil penduduk.Tak peduli

"Pada perhimpunan itu, ya, mungkin yang hadir adalah ribuan, tetapi apabila kita melakukan kaji selidik, kita mengambil kira jumlah penduduk lebih luas di seluruh negara," kata Ibrahim apabila ditanya mengenai kesan perhimpunan 9 Julai itu.

bersih rally july 9 crowd face-off with police 1Meskipun kerajaan mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebagai pertubuhan haram dan bertindak keras dengan menghambat penyokongnya, usaha itu gagal menghalang ribuan rakyat untuk turun ke jalanan di Kuala Lumpur.

Namun bagi Ibrahim, jutaan lagi rakyat Malaysia di luar Lembah Klang yang tidak pernah mengetahui mengenai BERSIH 2.0 mahupun mengambil peduli tentangnya.

Alasan utama, katanya adalah kerana kekurangan akses kepada berita alternatif untuk kebanyakan rakyat Malaysia yang tinggal di luar bandar-bandar utama.

Bancian baru-baru ini cuba meninjau respon daripada golongan muda mengenai pendapat mereka mengenai BERSIH yang menjadi sebagai sebahagian daripada kaji selidik Merdeka Centre.

Menurut Ibrahim, antara jawapan yang banyak diterima ialah:"Saya tidak tahu. Saya dengar mereka mahu berhimpun dan saya tidak ambil peduli hal politik,”.

NONEWalaupun menolak kesan serta-merta perhimpunan BERSIH di luar Lembah Klang, Ibrahim berkata tidak mustahil jika percikannya akan terus merebak.

"Kesan sebenar BERSIh bukan pada hari ia dianjurkan, sama seperti pada tahun 2007. Begitu juga dengan perhimpunan Hindraf dan BERSIH yang pertama.

"Aktivis kini akan digerakkan. Dari segi psikologi mereka kini lebih terangsang dan akan melakukan lebih banyak perkara lain," katanya.

Menurut Ibrahim sejak BERSIH 2.0, lebih banyak masalah pilihan raya dan kepincangan kerajaan khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didedahkan oleh media, NGO atau pihak-pihak lain setiap hari.


Lagi 'pengundi klon' dikesan dalam daftar pemilih
Kuek Ser Kuang Keng
Ogos 10, 11
12:44pm

Sebelum ini timbul dakwaan wujudnya 'pengundi hantu', kemudian penduduk tetap didaftarkan sebagai pengundi - dan sekarang lebih banyak 'pengundi klon' pula muncul dalam daftar pemilih.

Sekurang-kurangnya tujuh pengundi didapati telah 'diklonkan' dalam daftar pemilih dengan nama dan kad pengenalan lama yang sama tetapi dengan nombor MyKad berbeza.

azlanMenurut maklumat yang diperolehi daripada sistem pengesahan di lana web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), nama-nama berkenaan muncul dua kali dalam daftar pemilih. Ini menimbulkan tanda tanya sama ada mereka itu layak mengundi sebanyak dua kali.

Dalam kes pertama nombor kad pengenalan lama 1479323 yang dimasukkan ke dalam sistem SPR itu menunjukkan dua kemasukan di bawah nama Sa'ad bin Samsudin tetapi dengan dua nombor MyKad yang berbeza - 380913105681 dan 510913105553.

Laman web itu juga menunjukkan lelaki berkenaan mempunyai dua hak mengundi iaitu di Parlimen Titiwangsa dan Parlimen Setiawangsa.

Kerusi Titiwangsa dimenangi oleh Allahyarham Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali dari PAS, yang meninggal dunia bulan lalu.

Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan Titiwangsa Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata pihaknya mendapati empat kes yang hampir sama di kawasan itu, membabibitkan:

1. Shodah binti Abdul Rahman (IC lama: 4802777, dua kali didaftrakan di Titiwangsa)

2. Mohamad bin Ismail (IC lama: 8370614, satu didaftarkan di Titiwangsa dan satu lagi di Setiawangsa)

3. Anderson a/l P Arputhanathan (IC lama: A0831847, satu didaftarkan di Titiwangsa dan satu lagi di Setiawangsa)

4. Chellamah a/p Murugesu (IC lama: 7877951, satu didaftarkan di Titiwangsa dan satu lagi di Setiawangsa)

NONENONEBerdasarkan maklumat pembaca, Malaysiakini juga mengesan dua pengundi seumpama itu di Perak dan Terengganu.

Mohd Rashid bin Ismail (IC lama: 6397062) - mempunyai dua pendaftaran di kerusi parlimen Taiping (MyKad: 620108086991) dan kerusi bersebelahannya di parlimen Bukit Gantang (MyKad: 620108086713).

Apabila kedua-dua nombor Mykad dimasukkan dalam sistem online Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), keputusannya menunjukkan bahawa kad pertama telah diambil manakala kad kedua sedia untuk diserahkan di pejabat JPN Kuala Lumpur.

Pengundi kedua - Sulong bin Jalil (IC lama: 6290844) - juga mempunyai dua pendaftaran di kerusi negeri Ajil di bawah parlimen Hulu Terengganu tetapi dengan dua nombor MyKad berasingan - 611110015143 and 611110115371.

Malaysiakini sedang berusaha menghubungi SPR dan JPN untuk mengulas perkara ini.


600 peralatan biometrik daftar pendatang diubahsuai
Ogos 10, 11 11:31pm

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat beberapa syarikat pengurus yang dikenal pasti menggunakan khidmat perunding teknologi maklumat (IT) tidak sah untuk mengubahsuai peralatan biometrik yang digunakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi program 6P.

Program 6P iaitu Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) meliputi enam pelan tindakan iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran.

NONETimbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Pendaftaran dan Imigresen KDN Datuk Alwi Ibrahim dalam satu kenyataan berkata hasil pemantauan oleh KDN sehingga semalam mendapati kira-kira 600 peralatan yang dikendalikan syarikat pengurus telah diubahsuai sekaligus tidak lagi memenuhi spesifikasi ditetapkan kerajaan untuk tujuan kegunaan program itu.

Katanya, tindakan tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan kerosakan kepada sistem yang telah diselaraskan oleh KDN dan pada masa yang sama turut dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi Kerajaan.

"Kesannya, data yang diambil daripada pekerja dan Pati gagal dimuat naik ke dalam server utama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk dijumlahkan dengan statistik lain yang diterima daripada seluruh negara," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata semua syarikat pengurus telah diberi amaran keras supaya tidak melakukan sebarang percubaan serupa kerana gangguan sistem ini berisiko mengeluarkan slip Nexcode pendaftaran Pati dengan nombor kod rujukan berganda.

NONEJika ini berlaku, Pati kelak akan berhadapan dengan masalah ketika proses pemutihan dan pengampunan, katanya.

Alwi berkata syarikat pengurus yang memerlukan bantuan menyelesaikan kes-kes sedemikian diminta merujuk kepada kaunter setempat KDN di ibu pejabat kementerian yang ditubuhkan sejak 8 Ogos lepas sebagai inisiatif membantu syarikat pengurus menangani masalah teknikal jika masih wujud.

Sementara itu, Alwi berkata jumlah pendaftaran Pati dan Pekerja Asing telah merekodkan sejumlah 1,637,725 orang dan daripada jumlah tersebut, 830,837 adalah angka yang dicatatkan untuk Pendaftaran Pekerja Asing Sah yang bermula 13 Julai lepas.

- Bernama


Untung suku pertama Petronas naik RM290.8j
Ogos 10, 11 11:38pm

Keuntungan sebelum cukai Petronas Dagangan Bhd (PDB) bagi suku pertama berakhir 30 Jun 2011 meningkat sebanyak lima peratus kepada RM290.8 juta daripada RM277.2 juta dalam suku yang sama tahun lepas.

Pendapatannya melonjak 38 peratus kepada RM7.5 bilion daripada RM5.5 bilion sebelumnya.

Dalam satu kenyataan hari ini, PDB mengaitkan prestasi kewangan yang lebih kukuh itu kepada harga jualan purata produk yang lebih tinggi serta peningkatan teguh jumlah jualan.

Ia mencadangkan dividen awal sebanyak 15 sen.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif, Amir Hamzah Azizan, berkata syarikat itu memulakan tahun ini dengan baik setelah mencipta rekod bagi jumlah jualan suku pertama dalam tiga tahun lalu.

"Ini adalah hasil daripada pertumbuhan konsisten dalam keempat-empat bahagian perniagaan teras kami iaitu runcit, komersial, gas petroleum cecair dan minyak pelincir," jelasnya.

Bagi masa depan, kata Amir, keuntungan mungkin terjejas disebabkan oleh kemungkinan berlakunya keadaan turun naik harga minyak antarabangsa, penentuan kos produk petroleum dan ekonomi global.

"Kami akan memanfaatkan prestasi kukuh dalam suku pertama ini dan terus berkembang dengan lebih agresif melalui strategi-strategi dan inisiatif serta meningkatkan margin melalui pengoptimuman kos dan kecekapan operasi," tegasnya.

Amir berkata tumpuan syarikat itu masih lagi pada usaha meraih jualan industri, memperluas rangkaian runcit, dan mengembangkan perniagaan bukan bahan api melalui kedai serbanekanya, Kedai Mesra.

- Bernama

MP DAP kecam kementerian biar polis ambil alih siasatan
Lee Long Hui
Ogos 10, 11
3:04pm

Setiausaha publisiti DAP, Tony Pua mengecam apa yang didakwanya "sikap tidak bertanggungjawab" Kementerian Kesihatan kerana membenarkan siasatan dakwaan gas pemedih mata dan meriam air ditembak ke dalam perkarangan Hospital Tung Shin pada 9 Julai, diambilalih oleh pihak polis.

Beliau memberitahu pemberita selepas memberi kenyataan di ibupejabat polis daerah Petaling Jaya hari ini berhubung kejadian itu.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 3Pua mendakwa telah menyaksikan sendiri polis menembak gas pemedih mata
dan meriam air ke dalam perkarangan hospital berkenaan semasa perhimpunan BERSIH 2.0 menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Beliau dipanggil untuk memberi keterangan kepada polis selepas beliau menawarkan diri untuk membantu Kementerian Kesihatan dengan siasatan terhadap insiden 9 Julai itu.

Pua memetik pegawai penyiasat 'ASP Marzukhi' sebagai mengesahkan dengannya bahawa Bukit Aman telah mengambil alih siasatan terhadap insiden di Hospital Tung Shin itu.

"Kementerian Kesihatan mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kesejahteraan hospital tersebut... Ini menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau perlu menjelaskan perkara ini," kata Pua kepada pemberita.

Jawatankuasa siasatan telah ditubuhkan oleh Kementerian Kesihatan bulan lepas untuk menyiasat apa yang berlaku di hospital berkenaan, tetapi sehingga ini, hasil siasatannya masih belum diumumkan.

Menurut laporan berita sebelum ini, Liow berkata jawatankuasa itu akan memberi
tumpuan kepada siasatan terhadap doktor dan pesakit hospital berkenaan ketika insiden itu berlaku, dan membiarkan polis menyiasat dari segi pihak awam untuk mengelakkan pertindihan.

NONEKetua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Ku Chin Wah mengumumkan pihak polis akan menubuhkan dua pasukan khas, untuk menyiasat perkara yang sama, dua hari selepas pengumuman oleh kementerian berkenaan.

Pua serta dua lagi ahli parlimen DAP - Teo Nie Ching (Serdang) dan Liew Chin Tong (Bukit Bendera) - dan setiausaha politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang CM Lim Guan Eng - Zairil Khir Johari - telah menawarkan diri untuk memberi keterangan untuk membantu siasatan.

Bagaimanapun, Pua menerima surat dari sekretariat jawatankuasa itu Jumaat lepas, yang menyatakan bahawa ia telah meminta polis menghubungi mereka untuk memberi kenyataan.

Menurut Pua, ASP Marzukhi memberitahunya bahawa siasatan hampir selesai, tetapi pegawai polis itu menyatakan hasil penyiasatan tersebut.

Tiada ulasan: