Khamis, 11 Ogos 2011

HOMOSEKS MUNGKIN TAK BENAR BOLEH NAFI...PELIWAT YANG DILIWAT TAHU....ALLAH LAGILAH MAHA MENGETAHUI...KALAU AHLI MAKSIAT NAK LARI MANA DIAKHIRAT KELAK

PM ada 11 pegawai media mengejutkan
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Pendedahan bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, Datuk Kadir A Jasin (gambar) bahawa Perdana Menteri mempunyai 11 pegawai media mengejutkan banyak pihak walaupun ia sebelum ini bukan menjadi rahsia di kalangan pengamal media.

Bilangan pegawai media ini amat mengejutkan kerana semasa Tun Dr Mahathir, beliau hanya mempunyai tiga pegawai media sahaja.

"Seorang pegawai media Perdana Menteri berkata, PM ada 11 pegawai media yang terdiri daripada bekas pengarang, wartawan kanan dan eksekutif TV. Paling ramai Dr Mahathir ada sepanjang jadi PM adalah tiga," tulis Kadir dalam blognya.

Menurut sumber antara nama besar di kalangan pegawai media Najib adalah Datuk Seri Farid Redzuan (bekas CEO TV3), Datuk Khalid Mohamad (bekas Ketua Pengarang kumpulan Utusan) dan Jalil Abdul Hamid (bekas Timbalan Ketua Biro Reuters Malaysia).

Di samping mereka bertiga ada Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad (Setiausaha Akhbar PM), Datuk Seri Jalaludin Bahaudin (Penasihat Media PM), Datuk Hardev Kaur (bekas Timbalan Ketua Editor Kumpulan NST yang kini menjadi Pegawai Khas PM).

Menurut maklumat yang Harakahdaily terima, Jalil bersama dengan Datuk Khalid kini menyertai Pasukan Komunikasi Kebangsaan (National Communication Team) yang berpejabat di Boulavard, Mid Valley.

Datuk Seri Farid Ridzuan pula dikatakan dipinjamkan ke Pejabat PM untuk tugasan khas berkaitan dengan belia termasuk menguruskan media baru.

Datuk Hardev Kaur adalah penasihat khas Najib selaku Menteri Kewangan.

Menurut sumber, pasukan penasihat yang bertugas bersama APCO sebelum ini masih bertugas dengan pejabat Perdana Menteri.

"Kesemua mereka masih bertugas cuma bukan atas nama APCO lagi sekarang," kata satu sumber kepada Harakahdaily.

(Tiga tokoh media yang kini menjadi pegawai media PM. Dari kiri Datuk Khalid Mohd, Datuk Hardev Kaur dan Datuk Seri Farid Ridzuan)

Ada juga yang memaklumkan, gaji mereka semuanya amat besar iaitu kira-kira sama dengan gaji yang mereka dapat ketika bertugas dengan jabatan mereka sebelum ini.

Di samping bimbang dengan bilangan pegawai media yang ramai ini, Kadir Jasin dalam tulisannya juga secara sinis membandingkan bilangan menteri dalam kebinet Najib ekoran perlantikan G Palanivel sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang terbaru.

Kalau menambahkan bilangan, menaikkan KPI, maka KPI Perdana Menteri naik se takuk lagi. Beliau baru sajamenambah bilangan anggota kabinetnya kepada 30 dengan melantik seorang ahli politik kecundang, tulis Kadir.

"Sebenarnya saya pun tak tahu kedudukan KPI menteri, pegawai dan jabatan. Yang saya baca, Idris Jala kata, kadar jenayah menurun dan matlamat NKRA sedang dicapai.

"Tapi yang saya baca setiap hari orang kena bunuh, mayat reput ditemui, orang kena ragut sampai mati dan macam-macam lagi jenayah ngeri. Yang saya tengok, tak ada kawasan perumahan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang tak dikepung dan dikawal siang malam," tulisnya.

Perdana Menteri melantik presiden MIC, Palanivel a/l Govindasamy aka G. Palanivel menjadi seorang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menaikkan bilangan mereka kepada lima.

Seperti Koh Tsu Koon dan Shahrizat Abdul Jalil, Palanivel juga kalah pilihan raya umum. Dia kalah kepada calon PKR di Hulu Selangor dan tidak dicalonkan untuk bertanding pilihan raya kecil kawasan yang sama tahun lalu.

Dalam PRU akan datang, dia dikatakan akan bertanding di Sungai Siput, Perak, kawasan bekas bosnya S Samy Vellu yang kalah kepada DAP, tulis Kadir.

"Memang kabinet kita besar. UK dengan 62 juta penduduk ada 23 menteri, Perancis 66 juta ada 23 menteri, Amerika 312 juta ada 12 ahli kabinet dan Switzerland lapan juta ada tujuh menteri. Kita ada 28 juta penduduk dan 30 menteri. Tidak hairanlah susah nak jumpa menteri sebab tak tahu yang mana satu," tulis Kadir Jasin lagi.


Wikileak tuduh menteri dan pegawai Najib homoseks
Chegu Bard



Semua pasti tidak lupa dengan keghairahan Utusan Malaysia yang memanipulasi maklumat yang didedah wikileak yang kononya mendedahkan kabel sulit US yang mengaitkan Anwar dengan sesuatu yang negatif. Maklumat tersebut yang sejengkal sudah jadi sedepa dipusing Utusan Malaysia.

Namun terbaru laman yang sama wikileak juga telah mendedahkan nota sulit US yang berbunyi :

Mengikut pendedahan WIKILEAKS yang terbaru, bekas Duta Amerika ke Malaysia melaporkan:

Anwar's prosecution is not part of a morals campaign. The GOM does not aggressively target non-heterosexual behavior; if it did so, a recent cabinet minister, senior staff associated with PM Najib and other prominent citizens linked to the government also would find themselves under investigation.

TERJEMAHAN: Pendakwaan Anwar (untuk kes liwat II) bukanlah kempen untuk memperjuangkan moral. Kerajaan Malaysia tidak agresif di dalam membasmi amalan homoseks; jikalau tidak nescaya seorang ahli kabinet yang baru dilantik, pegawai kerajaan yang berkaitan dengan Najib serta beberapa tokoh penting yang berkait rapat dengan kerajaan akan turut sama disiasat (atas tuduhan homoseks)

Namun Utusan Malaysia terus senyap dengan tuduhan ini. Sememangnya majoriti rakyat Malaysia maklum. Pendakwaan Liwat 2 ke atas Anwar bukanlah tujuannya untuk memperjuangkan Islam ataupun nilai-nilai moral. Ianya bertujuan untuk memusnahkan apa-apa harapan bagi Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

che'GuBard ingin mencabar kepimpinan UMNO atau mana - mana NGO 'tanggungan' regim untuk mendesak pihak berwajib memulakan siasatan serta mendedahkan nama-nama orang yang disebut dalam laporan bekas duta Amerika ke Malaysia ini.

Mungkin sahaja US tahu siapa mereka dan mereka ini duduk dikedudukan strategik negara berpotensi untuk diugut apabila tiba masa US atau sekutunya memerlukan sesuatu dari negara.



lanjut layari http://chegubard.blogspot.com/2011/08/mana-utusan-apabila-wikileak-tuduh.html


Harakah, Muslimat PAS jejaki insan malang
Saidah Hairan

SABAK BERNAM, 11 Ogos: Misi menjejaki insan kurang bernasib baik menjadi salah satu agenda utama unit editorial Harakah. Bersama Dewan Muslimat PAS Pusat, Harakah turut komited membantu golongan tersebut khususnya di bulan Ramadan ini.

(Keadaan rumah Zulaiha di kampung Batu dua Sepintas, Sabak Bernam)

Program menjejaki dan seterusnya memberi bantuan kepada golongan tersebut mula dilakukan awal Ramadan tahun lalu. Dana Ramadan mendapat sambutan menggalakkan daripada pembaca. Ia diagihkan kepada golongan kurang bernasib baik.

Di awal Ramadan, 3 Ogos lalu, Harakah bersama Lajnah Kebajikan PAS Selangor serta Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, ustaz Sallehen Mohyi serta Yang Dipertua PAS Kawasan Sungai Besar, Ustaz Fadzlin Taslim menjejaki insan kurang bernasib baik di kawasan Parlimen Sabak Bernam dan Sungai Besar.

Lebih 10 buah rumah penghuninya masih dilingkari paras kemiskinan. Amat memeranjatkan ketika melihat sebuah rumah terlalu usang di Batu 2 kampung Sepintas, Sabak Bernam. Melihat keadaan rumahnya seolah-olah tidak berpenghuni.

Bukan sahaja zink berlubang di sana sini tetapi papan dan dinding turut pecah. Penulis naik ke atas rumah tersebut dan terlalu takut untuk memijak papan yang sudah reput. Dinding dapur berlubang-lubang. Sukar mencari tempat yang selesa untuk berehat.

Bagaimanapun, rumah usang itu dianggap sebagai 'syurga' kepada tujuh orang penghuninya. Ibu kepada lima orang anak, Zulaiha Simon, 42, menangis teresak-esak ketika meluahkan rasa bimbang dan sedih duduk di rumah itu.

Suaminya bekerja sebagai mekanik motor kepunyaan sendiri. Ketika kunjungan itu, suaminya tiada di rumah.

Ibu tunggal, Halimah Ahmad, 74, tinggal bersama cucu di Simpang Lima, Sungai Besar. Beliau pasrah menjalankan aktiviti seharian bersendirian ketika ditinggal cucu bekerja. Penglihatannya sudah tidak nampak.

Apa yang menggembirakannya, apabila beliau mendengar suara Ustaz Sallehen memberi salam, lantas air matanya mengalir dan bersuara: "Mana anak aku ... mana anak aku ...." Beliau memanggil Sallehen 'anak'.

(Sallehen membantu ibu tua tunggal yang rindu kepada anaknya)

Ini kerana ketika Sallehen menjadi wakil rakyat Dun Sungai Air Tawar kira-kira 10 tahun lalu, ibu tunggal itu antara penghuni yang sering dikunjungi dan diberi bantuan. Beliau memuji dan bersyukur dengan bantuan Sallehen selama ini.

Misi diteruskan memberi bantuan kepada 100 orang pesakit di hospital Tanjung Karang. Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof berkesempatan menemui pesakit dan menghulurkan sumbangan.

"Bantuan ini akan kami teruskan sekadar termampu. Saya juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada penyumbang dan penderma," kata Siti Zailah, yang ternyata cukup prihatin dengan pesakit yang ditemuinya.

Sumbangan boleh terus disalurkan kepada akaun Maybank 564025400533, atas nama Dewan Muslimat PAS Pusat.


Kabinet bincang tanah PKFZ berulang kali
Ogos 11, 11 4:04pm

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa Kabinet berulang kali membincangkan urusan tanah bagi projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan Kementerian Pengangkutan Datuk Abdul Rahman Mohd Noor, 61, berkata perbincangan itu termasuk sama ada membeli atau mengambil balik tanah di Pulau Indah.

"Kalau tidak silap saya, perkara ini (membeli atau mengambil balik tanah) sering dibincangkan di kabinet," katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah pada perbicaraan kes bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik hari ini.

NONEDr Ling (kiri, bertali leher merah) didakwa menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada jemaah menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894, yang berasaskan RM25 sekaki persegi (skp) iaitu RM1,088,456,000, sedangkan dia tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), dalam menentukan kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.

Dia juga berdepan dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada jemaah menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.

Dr Ling didakwa melakukan semua kesalahan itu di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, antara 25 September dan 6 November 2002.

Pada prosiding hari ini, Abdul Rahman berkata untuk mendapatkan keputusan daripada kabinet berhubung permohonan atau permintaan yang dibuat melalui nota, satu memorandum perlu disediakan.

"Tapi dalam kes ini (PKFZ), kita (Kementerian Pengangkutan) tidak pernah menyediakan apa-apa memorandum, sebaliknya ia hanya disediakan oleh pihak Perbendaharaan, Kementerian Kewangan," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Bahagian Udara Kementerian Pengangkutan P Chandrasekaran, 56, mengesahkan beliau ada menyediakan surat kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd Datuk Seri Tiong King Sing pada 2 Oktober 2000 berhubung 'Cadangan Untuk Membeli Tanah di Lot 67894 Seluas 830 Ekar di Pulau Indah Untuk Pembinaan Transhipment Megahub'.

Bagaimanapun, saksi kelima pendakwaan itu berkata surat tersebut dideraf mengikut arahan Abdul Rahman kerana beliau tidak tahu cara menulis kandungannya.

"Saya beritahu Abdul Rahman bahawa saya tidak tahu hendak menulis surat ini dan beliau minta saya duduk dan mengajar saya menulis surat itu," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup.

--Bernama

Rahman Mj · Top Commenter · Ipoh, Perak
apakah kerajaan malaysia pada masa to lakukan bila nak pilihan raya baru nak dakwa ke dan semasa beliau menjadi menteri tidak ada pendakwaan baru kini nak dakwa sepatut nya kesemua kabinet menteri i.
pada masa to kena bertangung jawab.kalau ada yang masih menjawat jawatan menteri bertangung jawab la letak jawatan.rakyat pula harus pandang ini adalah kesalahan bn.rakyat harus singkir kan bn dari pucuk pemerintahan negara.

Tiada ulasan: