Isnin, 8 Ogos 2011

ALHAMDULLILLAH...BONUS....ELOK SEBULAN...SEBAB SEMUA DAPAT RASA..SEMUA ADA IBUBAPA...ANAK DAN CUCU....NOV DAN DIS BAGI LAGILAH..JANGAN TAK BAGI LAGI

LKS: Dakwaan 'Little China' Chua satu pembohongan
Ogos 8, 11 8:14pm

Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini mengecam Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana mendakwa DAP berniat untuk mewujudkan 'Little China' di Malaysia.

NONEAhli Parlimen veteran itu menggelar Chua "pembohong yang hanya
mahu memberi bahan penyebaran khabar angin" oleh media arus perdana yang pro-kerajaan.

Lim (kanan) berkata ianya "tidak masuk akal, liar dan tidak bertanggungjawab" bagi Chua, dalam ucapannya di konvensyen MCA Sabah semalam, untuk menuduh DAP berjanji untuk mewujudkan 'Little China" sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan kerajaan pusat.

DAP, katanya, sentiasa komited kepada "Malaysian Malaysia, di mana pelbagai kaum, agama, budaya dan wilayah dapat menemui perpaduan dan keharmonian melalui dasar-dasar pembinaan negara yang adil dan saksama".

Dalam satu kenyataan Lim berkata: "Chua tidak mungkin percaya bahawa dia boleh menipu pengundi Cina di Malaysia untuk mempercayai pembohongannya itu.

"... Dakwaan Chua Soi Lek di Kota Kinabalu semalam ... mesti berkedudukan antara pembohongan yang paling keji dan pengecut dalam politik Malaysia, yang direka untuk membantu ultra Umno untuk menakut-nakutkan pengundi Melayu."


K'jaan umum bonus setengah bulan gaji
Ogos 8, 11 6:21pm

Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

azlanKatanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

cuepacs omar osman 181007Khamis lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu.

Beliau berkata, Cuepacs telah memohon secara rasmi melalui surat kepada perdana menteri,dua bulan lalu.

"Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan,” katanya.


  • Annur Salsabila · Kuli at Base Engineering
    haaaa....haaaaa...... 1/2 bulan je .... kalau jimat tak beli cincin 24M ...... beg tangan ..... sewa hotel .... cuti ..... etc ..... mgkin buleh bg 2 bln kan PM ..... errrrr.... bini PM la ....
    • Jack Sperrow · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
      Farouk Harakiri...mcmana hang boleh tuduh cerita cincin tu sebagai benar, dari sumber mana maklumat itu dan adakah bukti2 dari sumber tu lagi terang dan nyata....setau aku yg duduk bawah tempurung ni buktinya screen komputer dari jabatan kastam yg mana jawatan kastam tu x pernah wujudpun didlm organisasi kastam, gambar hidup rakaman cctv hang x percaya tapi gambar ni hang boleh senang2 100% percaya....
    • Tiara Slam · Top Commenter · High school
      tima kasih bonus raya tapi sepatutnya 2 bln gaji kalau PR agaknya plg krg 3bln gaji kerajaan berkebajikan.
    • Abdul Wahab Man · Works at Modenas
      ko ni bodoh la
  • Sense Gto · Top Commenter · United kingdom
    hahaha...dpt setengah gaji jer...yg gaji rm1000, dpt la rm500, yg gaji 10 000 dpt rm5000...yg gaji sikit bertambah miskin, yg gaji kaya bertambah selesa...rakyat diutamakan katakannn...yg kaya bertambah kaya, yg miskin papa kedana...hampeh punya Najib...
    • Jack Sperrow · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
      Dee Valey : apa justifikasi hang yg kata aku mcm katak bawah tempurung
    • Muhamad Hailmizam Abdul Hamid · Lead Java Developer at HeiTech Padu Berhad
      jangan suka2 anggap blaja xpandai gaji sikit woi..bodoh tu smua rezeki dr Allah..ade org usaha dh mmg tahap max tp rezeki sikit aje...smua dr Allah...cuma aku nak minta korang ingat klo korang cerdik n gaji byk cuba lah pikir kesusahan org yg korang ckp bodoh xblaja sgguh...
    • Junaidi Jun · Top Commenter · Smad
      x amik IMF konon tp pi brhutang tmpat lain,ngan bank dunia la ,jepun la sama la tu bezanya IMF dia nak kawal nak tengok ketelusan,korea pinjam kenapa ok..?
  • Mohd Rafi
    Alhamdulillah...
    • Noor Wie · Works at Puspakom Sdn Bhd
      betul yg amat... rasa tidak puas hati kita mmg mendalam tp bila kita ingat balik rezeki itu semua dtgnya dr Allah swt ... Insya-Allah, kita akan dpt yg lbh baik di masa mendatang krn janji Allah swt itu benar..
    • Mell Mal · OUM
      itu pun ok tpi ada lagi yg kta tunggu yg sngat hebat ia itu kenaikan gaji yg ceupecs cadangkan tu klu ini di tunaikan oleh kjaan tetap da menang pru 13 nti klu tidak minta maaf sja la ok
    • Mizie Haris · Works at Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
      alhamdulillah....syukur!!!​!
  • Perajurit Keadilan · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    Maknanya PRU nak dekat... sebab dia umum Bonus, bukan saguhati... 2 perkara yg berbeza...Kalau cakap Bonus rakyat suka sikit dengar... maknanya masa belanjawan nanti tidaklah lagi rakyat tertunggu2 pengumuman bonus... (3 tahun pun rakyat tak tertunggu2 bonus ) cuma kali ini bahasa digunakan berlainan, BONUS. Tidak seperti kebiasaannya "SAGUHATI"..
    • Askar Melayu · Sarjan at Angkatan Tentera Malaysia
      Sama2 terima kasih sepatutnya, kita jg nak menidakan pemberian seseorang kepada kita.
    • Perajurit Keadilan · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      yg mana keje kerajaan tue berterima kasihlah... kan askar melayu? terhutang budi lah katakan? pas berhenti askar baru sibuk nak komplen pasal undi poslah apalah sebb tahu dan behenti askar ni tak kemana.. pengawal keselamatanlah jawabnya.. masa tu baru taulah.. yer kan?
    • Khairul Anwar Wahab · 32 years old
      hahaha...betul..betul....a​skar upahan UMNO tu....
  • Azrin Ren · Top Commenter · 29 years old
    lepas ni barang naik, minyak nqik..sbb nak maik balik duit bonus yg diberikan kepada kakitangan kerajaan dan penjawat awam dan juga pesara.
    • Nor Din · Top Commenter · Smk bukit merchu
      bleh beli cincin ....
    • Rasimah Binti Ibrahim · Works at Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
      Alhamdulilah
    • Mat Bantai · Top Commenter
      Tak lama dulu Mat Bantai ke Lowyat nak repair laptop, Mat Pakistan yang repairkan, memang ramai Mat Pakistan berniaga di Low Yat skrg. Bila ditanya adakah mereka buka syarikat sendiri, jawab mereka tidak tapi joint venture dgn orang Malaysia. Mat Bantai pung tanya Cina, India, Melayu? Jawabnye semua joint venture dgn orang Melayu. Mat Bantai pung tanya, boss selalu masuk ke? Jawabnye tidak, dia orang tunggu duit masuk je tiap bulan.

      Mat Bantai pung sambung tanya. Customer ape yang selalu dapat , jawab Mat-Mat Pakistan yang ada ialah macam-macam customer termasuk kerajaan pung beli komputer dengan mereka. Disini tak payah ditanya soalan dah. Mereka sendiri memberitahu ramai kontrektor bumi yang ambil komputer dgn mereka. Mat Pakistan bercerita, kontrektor bumi nie ambil komputer dengan mereka pada harga RM2000 dan dapatlah untung RM500, TETAPI MAT PAKISTAN PUNG BERKATA, KONTREKTOR-KONTREKTOR BUMI NIE JUAL KEPADA KERAJAAN PADA KEUNTUNGAN 2,000 - 4,000. MAT-MAT PAKISTAN PUNG TAHU HAL MACAM NIE. TAK CAYA SILA KE LOWYAT TGT 2 DAN TANYA MAT-MAT PAKISTAN DI SANA!

      PATUTLAH KAKITANGAN KERAJAAN DAPAT SETENGAH BULAN BONUS JE, KRONI LEBIH DIUTAMAKAN RUPANYE...KESIAN...KESIAN KAKITANGAN KERAJAAN KESIAN...

Pertukaran saham: Satu lagi monopoli baru?
Hazlan Zakaria & Lee Way Loon
Ogos 8, 11
5:15pm

Ahli parlimen pembangkang membidas rancangan pertukaran saham di antara MAS-AirAsia yang didakwa akan melahirkan satu lagi bentuk monopoli yang bakal menyebabkan kualiti pengangkutan udara rakyat Malaysia terus terjerumus.

pakatan pc on spr ban pondok panas 280409 dzulkefly ahmad"Ia mewujudkan monopoli ataupun sekurang-kurangnya oligarki. Monopoli adalah penghalang utama tunggal dalam proses pembaharuan ekonomi Malaysia,” kata ketua jabatan penyelidikan PAS Dzulkefly Ahmad (kanan).

Beliau mengulas tindakan Khazanah Nasional yang menjual 20 peratus daripada 69 peratus saham yang dimilkinya dalam MAS kepada Tony Fernandes secara 'penjualan bersilang' (share swap) dengan saham Air Asia yang dimilikki oleh Tune Air Sdn Bhd. Sebaliknya Khazanah juga akan membeli sejumlah saham Tune Air.

Dengan harga saham MAS yang berada pada RM1.60 satu saham, tentunya Tony Fernandez boleh senyum lebar kerana saham Air Asia pada harga RM3.60 satu saham.

"Kita sedar MAS hadapi kerugian bersih RM243.3 juta untuk suku pertama tahun ini berbanding keuntungan sebanyak RM310.6 juta untuk tempoh yang sama tahun 2010 dahulu.

azlan"Kita juga faham, MAS dalam unjuran kerugian untuk tahun ini,kalau sesuatu yang drastik tidak dilakukan.

"Tetapi tindakan ini bukan jalan penyelesaiannya bahkan rakyat dan penggunalah yang bakal rugi. Ini bukan sahaja pandangan saya sahaja bahkan dikhuatiri pelbagai pihak" katanya.

Menurut Dzulkefly, monopoli sebenarnya menyaksikan kekayaan dihalakan ke tangan segelintir mereka yang dipilih. Oleh kerana kekurangan persaingan yang adil, monopoli tidak menghiraukan usaha bagi memperbaiki kualiti produk atau perkhidmatan mereka.

Dzulkefly berkata antara contoh 'monopoli' yang wujud sekarang adalah seperti cengkaman Media Prima ke atas media elektronik terestrial, penguasaan TM ke atas infrastruktur internet dan juga monopoli ke atas gula, beras dan tepung yang diberikan kepada 'kroni' kerajaan.

"Persaingan adil dalam industri penerbangan akan mewujudkan persekitaran yang lebih baik dan memberi manfaat,” katanya.

NONEPandangannya juga dikongsi bersama oleh setiausaha publisiti DAP Tony Pua.

Katanya, rancangan pertukaran saham itu mengimbaunya kembali pada tahun sebelum 1999 ketika negara hanya mempunyai satu syarikat penerbangan.

"Ia hanya boleh menyaksikan pengguna yang akan rugi,” kata Pua.

Menurutnya, pertukaran saham itu akan mengurangkan daya saing penerbangan udara Malaysia.

"Tony Fernandes (CEO Air-Asia) tidak akan bersaing sengit dengan syarikat penerbangan negara - ini umpama cubaan bunuh dirinya sendiri - ini kerana beliau akan memiliki kira-kira 20 peratus saham,” kata Pua yang juga ahli parlimen Petaling Jaya Utara dan mendapat didikan ekonomi dari Universiti Oxford.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, AFP melamporkan syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd akan cuba mendapatkan kawalan pengurusan jika perjanjian pertukaran saham kedua-dua syarikat itu menjadi kenyataan.

azlanUrus niaga kedua-dua syarikat penerbangan itu digantung hari ini berikutan laporan akhbar hari ini bahawa pertukaran itu akan menyaksikan AirAsia memiliki 20 peratus pegangan dalam Malaysia Airlines.

Memetik sumber dalamam industri berkenaan, berkata kawalan pengurusan adalah syarat utama rundingan berkenaan yang bertujuan membantu Malaysia Airlines yang kini bergelut supaya tidak rugi.

Pengumuman rancangan itu dijangka dibuat seawal esok, kata pegawai dalam industri penerbangan itu sambil menambah pegangan saham sehingga 30 peratus mungkin ditawarkan.

tony fernandes airasia jetstar dealAirAsia dikendalikan oleh jutawan Tan Sri Tony Fernandes, yang membeli syarikat penerbangan berkaitan kerajaan lebih sedkad yang lalu ketika ia bergelut untuk melakukan impak.


'Sembang-Kedai 1M'sia' - DAP buat laporan polis
Ogos 8, 11 6:56pm

Klip video 'Sembang Rakyat – Kedai 1Malaysia' yang disiarkan di laman web Youtube merupakan satu penipuan dan fitnah ke atas DAP, kata setiausaha politik kepada setiausaha Agung parti itu, Zairil Khir Johari.

NONEKatanya, klip video itu bukan sahaja langsung tidak berasas tetapi berniat jahat serta berunsur hasutan.

Sehuhungan itu, Zairil (kiri) membuat laporan mendesak polis menyiasat pembikin video berkenaan di Balai Polis Tun H S Lee di Kuala Lumpur petang ini.

“Realitinya, harga barang dikawal secara langsung oleh kerajaan BN dengan adanya inflasi, subsidi, pengawalan harga minyak, gula dan sebagainya,” katanya.

Menurut Zairil kenaikan harga barang dan inflasi berlaku kerana ketirisan dan kepincangan dalam dasar dan urus tadbir ekonomi Malaysia, dan tidak ada kena-mengena dengan kaum atau agama.

“Di samping itu, syarikat yang mengawal industri gula pula adalah Felda, sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Faktor-faktor yang menyumbang kepada inflasi adalah kuasa pasaran antarabangsa yang berada di luar kawalan, dan juga ketidakcekapan dalam urustadbir ekonomi negara kita,” katanya.

Video yang dihasilkan atas atas nama 1Malaysia itu menuduh DAP sebagai dalang yang menyuruh semua peniaga Cina menaikkan harga barang supaya rakyat sengsara.

azlanIa dimuatnaik oleh orang yang menggunakan nama gelaran Kawasaki9722, yang bertujuan menggunakan sentimen perkauman dengan menuduh DAP mewakili peniaga-peniaga Cina menaikan harga barang di Malaysia.

Menurut Zairil pihak yang menghasilkan video berkenaan cuba menipu rakyat Malaysia dengan fakta yang dangkal serta membangkitkan api perkauman.

Justeru beliau memberi contoh subsidi gas yang jumlahnya berbilion-bilion ringgit setiap tahun diberi kepada penjana tenaga bebas (IPP) yang menyebabkan tarif elektrik di Malaysia makin meningkat.

“Bukankah tujuan pemberian subsidi itu untuk mengurangkan beban rakyat? Satu lagi contoh polisi yang menguntungkan syarikat besar dan membebankan rakyat adalah monopoli beras, yang dikawal oleh Bernas, sebuah lagi GLC.

“Oleh kerana monopoli yang mengekang pasaran beras ini, hasilnya harga beras import di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding harga beras import di Singapura!” katanya.

Kata Zairil, kebertanggung-jawaban bagi masalah inflasi harus dipikul oleh kerajaan persekutuan yang dikuasai BN dan bukan mana-mana pihak lain, terutamanya DAP.

Oleh itu beliau mempersoalkan bagaimana pula DAP boleh dikatakan terlibat untuk menjatuhkan BN dengan bersekongkol dengan peniaga-peniaga Cina, walhal DAP semenjak penubuhannya tidak menetapkan sebarang dasar berunsur perkauman seperti yang dilakukan kerajaan BN.

Zairil secara terbuka meminta rakyat menilai sendiri video propaganda murahan tersebut.

Berdasarkan kualiti terbitan klip video tersebut, beliau berkata, jelas ia bukan terbitan sembarangan tetapi telah dibuat secara profesional dengan peralatan dan peruntukan yang mencukupi.

“Dalam erti kata lain, klip video ini adalah angkara pihak-pihak tertentu yang mempunyai sumber kewangan yang besar,” katanya, merujuk kepada mutu persembahan video itu yang dikatakan menyerupai drama iklan syarikat-syarikat korporat besar di negara ini.


PGSM: Cari punca susah dapat bantuan Baitul Mal
Ogos 8, 11 6:15pm

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menegaskan Baitul Mal perlu lebih agresif dan turun padang, untuk mencari punca dan masalah kenapa ada pihak yang susah mendapatkan bantuan daripadanya.

musa awang syarie lawyers association pgsm"...(ini) kerana dana yang dipegang oleh Baitul Mal adalah amanah dari seluruh umat Islam yang mengeluarkan zakat," kata timbalan presiden PGSM, Musa Awang.

Katanya, ia ekoran rentetan isu yang disiarkan oleh kebanyakan media berhubung pujukan gereja terhadap umat Islam, untuk menerima bantuan gereja bagi meneruskan kehidupan, lantaran kepayahan
mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitul Mal.

"Dedahan media tentang isu ini boleh menyebabkan kebolehpercayaan umat Islam terhadap institusi Baitul Mal terjejas, dan ditakuti pihak yang akan mengeluarkan zakat akan membelakangkan Baitul Mal," tambahnya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, PGSM menggesa Baitul Mal dan JKM mengkaji semula kaedah mengumpul data dan maklumat masyarakat fakir miskin serta menambahbaik kaedah pengagihan dana kebajikan kepada masyarakat yang layak menerimanya.

"... supaya tidak ada lagi masyarakat Islam yang tercicir, yang akhirnya dipujuk oleh pihak-pihak tertentu untuk menerima bantuan dari gereja.

NONE"Kebenaran dakwaan bahawa ada masyarakat susah menerima dan atau sumbangan dari JKM atau Baitul Mal perlu dilihat dari aspek positif, bahawa masih terdapat kelemahan sistem sedia ada yang digunapakai sekarang," tambahnya.

PGSM, tegas Musa, tetap menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menguatkuasakan undang-undang Syariah sebagaimana yang termaktub dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, serta Enakmen Prosedur Jenayah Syariah Selangor 2003.

"Jika terbukti dakwaan terdapat pujukan dari gereja terhadap umat Islam untuk menerima bantuan dari pihak gereja, maka PGSM menganggap ia satu usaha dakyah dan dakwah terancam yang perlu ditangani segera, dengan menguatkuasakan Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam di Kalangan Orang Islam," katanya.

  • Sheikh Mad · Universiti utara malaysia
    PSGM PLEASE IT IS YOUR JOB TO FIND THE TRUTH AND BRING TO THE PUBLIC DAN SOLVE THE PROBLEM., IT DISGUSTING TO THE MUSLIM UMMAH.THE ROOT OF THE PROBLEM IS THAT BAITULMAL AND PEJABAT ZAKAT HAVING TOO MANY RED TAPE...
  • Lukas Fahmi Gerard · Top Commenter · Batu Feringgi, Pulau Pinang, Malaysia
    ada aku kisah...yg penting aku dok atas kerusi empuk...bilik sendiri....bilik pejabat berhawa dingin...org2 fakir...nak bantuan dtg sendiri...jumpa kat pejabat..itu pun klu ada...takut cuti2 malaysia or kursus kat resort or hotel....tak tau pejabat...lantak la..zaman it guna gps ler....keh keh keh.
  • Mohd Ayub Harun · Top Commenter · Friends with Umngok Apco
    kesian ada ibu tunggal yang berulang alik ke Baitulmal tapi tidak di layan. kemana perginya wang bantuan zakat. orang yg memikul ini tidak takun balasan dari Allah ke..?
    • Saipudin Samsi · Cosmopoint college
      kutipan zakat setahun rm800 juta ....kutipan cukai kerajaan rm250 bilion setahun....mana nak cukup belanja ....ibarat seperti seorang bapa gaji rm800 perlu sara 10 anak....begitulah perumpamaannya....kalu semua org islam berzakat insyallah cukup...ni yang bayar cuma suku penduduk islam malaysia je....tu pon cuma setahun sekali....harap zakat fitrah cuma rm5 ke rm7 je setahun sekali.
  • Mohd Shah · Top Commenter · Jertih, Terengganu, Malaysia
    Bayar terus zakat Fitrah ke penerima. Rakyat miskin yang layak.Tak payah melalui badan2 zakat yang memberi banyak masaalah. Banyak alasan.
    • Saipudin Samsi · Cosmopoint college
      setuju...tapi kene bagi selalu....jangan nanti bila fakir miskin asyik datang jumpa kita...kita pula yang tak tahan sbb tak cukup duit untuk disumbang...
  • Suzee Zailani · Kolej Damansara Utama (KDU)
    Kita tgok sejauh mana isu ni diselesaikan. Last2 senyap g tu jer. Hangat2 taik ayam. Mangsanya sape? Fakir2 miskin yang makin miskin. Yang kaya makin kaya, yang miskin makin miskin
    • Sheikh Mad · Universiti utara malaysia
      Suzee I 100% setuju , the real problem ia that BAITULMAL / PEJ. ZAKAT TAK BUAT KEJA YANG DI AMANAHKAN, JIKA ADA YANG MINTA, DIA ORANG BELAGAK MACAM ORANG MUALAF DAN FAKIR MISKIN TU MACAM PEMINTA SEDEKAH, SEDANGKAN DIA ORANG DIBAYAR GAJI ADALAH UNTUK SERVE ORANG MUALAF DAN MISKIN, JIKA TAK ADA ORANG SAPERTI INI MEREKA PUN TAK WUJUD DI PEJABAT ZAKAT...JANGAN SALAHKAN BADAN NGO YG BERCORAK AGAMA KERANA ITU PERANAN MEREKA, THE BAITULMAL DAN ZAKAT HAVE THEMSELF TO BE BLAME..THEY FAIL/GAGAL MELAKSANAKAN AMANAH DAN TUGAS YG DIAMANAHKAN...
    • Saipudin Samsi · Cosmopoint college
      Isu ini sepatutnya dilihat dalam perspektif yang lebih luas....bukan sekadar golongan daif....bagaimana jika yang nak ke gereja tu bukan golongan fakir miskin....malah ada yang berpelajaran tinggi sampai belajar diluar negeri pon ada yang nak murtad....adakah ia salah Baitulmal?????.......Baitu​lmal sepatutnya dilihat sebagai kekuatan sumber ummat islam....maklumat saluran bantuan boleh dikaji melalui laman - laman web badan tersebut....berapa banyak sumbangan yang telah disalur untuk kebajikan dan kepentingan masyarakat islam....adakah jika hanya 12 ibu tunggal tidak menerima bantuan sudah dianggap baitulmal tidak menjalankan tugas dengan baik???...bagaimana dengan faktor persekitaran???? yang kadang - kadang kita lihat orang islam pon terikut2 budaya orang bukan islam???.....lalu tertarik dengan agama mereka yang lebih memberi kebebasan.....tepuk dada tanya selera....

Wanita 'ketuk ketampi' bogel bebas tuduhan dadah
Hafiz Yatim
Ogos 8, 11
3:33pm

Selepas enam tahun, Hemy Hamissa Abu Hassan Saari, yang terbabit dalam saga 'ketuk ketampi bogel' kini boleh menarik nafas lega apabila Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini pula membebaskannya daripada dakwaan memiliki dadah.

NONEHemy Hamissa bersama suaminya, sekarang Kamarul Hamri Mohd Latif dan tiga yang lain dituduh bersama memiliki 10.19 gram methamphetamine di SK Damansara Jaya, pada jam 29 Jun, 2005, jam 1.45 pagi.Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (1) akta yang sama.

Dalam keputusan itu, Majistret Nor Afidah Idris berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen pemilikan dadah berkenaan di dalam kawalan dan penjagaan serta dalam pengetahuan semua tertuduh.

"Mahkamah juga berpendapat pegawai penyiasat gagal menjalankan siasatan terperinci terhadap kesemua tertuduh, termasuk tidak memeriksa Hemy Hamisa ketika serbuan sekaligus mewujudkan kelompongan," katanya.

Dadah berkenaan dijumpai pada Ku Azizul Ku Abd Rahman, yang kemudiannya menghilangkan diri selepas dibenarkan dijamin.

Dua minggu lalu, Hemy Hamisa berjaya menyelesaikan saman di luar mahkamah yang difailkannya ke atas seorang konstabel polis dan kerajaan berhubung kes ketuk ketampi bogelnya itu sehingga menyebabkan Suruhanjaya Siasatan Diraja terpaksa ditubuhkan.


Tiada ulasan: