Isnin, 8 Ogos 2011

JANGAN TUDUH ORANG...TAPI ORANG DITUDUH TAK BERI PELUANG MEMBELA DIRI...JADI ANAK JANTAN LAH....

Nazri akan jumpa PM berhubung sidang tergempar
Joseph Sipalan
Ogos 8, 11
2:17pm

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, beliau akan membincangkan dengan perdana menteri hari ini berhubung usul Pakatan Rakyat meminta diadakan sidang tergempar Dewan Rakyat untuk membincangkan isu 'Mismah'.

NONEKatanya, beliau akan membangkitkan perkara itu dengan Datuk Seri
Najib Tun Razak semasa majlis berbuka puasa, yang difahamkan akan diadakan di kediaman perdana menteri di Putrajaya.

Bercakap dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini, Nazri berkata beliau masih belum membaca kandungan usul tersebut.

Bagaimanapun, tambahnya, selepas membincangkan perkara dengan PM, kemungkinan pihaknya akan memberi respons.

Katanya, beliau tidak mahu mendahului perdana menteri berhubung isu tersebut.

Sementara itu Bernama memetik Nazri berkata pakatan pembangkang perlu mengemukakan bukti-bukti dakwaan mereka bahawa terdapat sejumlah pemilih yang disenaraikan di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi suku kedua tahun ini, adalah berstatus Penduduk Tetap (PR), kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk disiasat.

Katanya, ini kerana adalah mustahil untuk seseorang PR didaftarkan sebagai pengundi memandangkan mereka tidak mempunyai kad pengenalan berwarna biru.

"Saya tidak tahu bagaimana orang yang tiada kad pengenalan biru boleh menjadi pengundi, saya tidak jangka ia boleh berlaku kerana untuk mendaftar sebagai pengundi kena ada kad pengenalan biru, tetapi kalau mereka ada bukti bawalah kepada SPR untuk disiasat," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen selepas menerima surat rasmi mengenai usul tersebut.

Mohamed Nazri berkata pada umumnya, seseorang itu boleh memohon menjadi PR iaitu pemegang kad pengenalan merah setelah tinggal di Malaysia selama 12 tahun mengikut prosedur yang ditetapkan.


Tanah runtuh di kampung Orang Asli: 7 maut, 2 parah
Ogos 8, 11 8:52am

Tujuh termasuk empat wanita maut, manakala dua parah dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Brinchang, Cameron Highlands petang semalam.

Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Normadiah Lasik, 69, Ali Hassan, 50, Jaafar, 49, Mohd Ikbal Jaafar, 15, Sara Gunung, 37, Norma Gunung, 51, dan Yusnizan Yusof, 22, manakala yang parah pula ialah Bah Anjang Besar a/l Anjang, 39, dan Serry Priary a/p Suri, 15 tahun.

"Segala operasi mencari dan menyelamat telah dihentikan pada 1.50 pagi. Bagaimanapun pihak polis meneruskan bagi menjalankan operasi kawalan di kawasan kejadian," kata Ketua Polis Cameron Highlands DSP Wan Zahari Wan Busu kepada pemberita.

Beliau berkata mangsa terakhir ditemui 1.20 pagi.

Semua mangsa yang maut dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom untuk bedah siasat manakala yang parah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk rawatan lanjut, katanya.

Wan Zahari berkata berkata kedua-dua mangsa yang cedera itu dilaporkan stabil.

"Sebanyak 248 anggota pelbagai agensi antaranya polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, pasukan SMART dan Rela terlibat dalam operasi di kawasan kejadian," katanya.

Beliau berkata semua 60 keluarga yang mendiami rumah di kawasan berisiko sudah dipindahkan ke Dewan Serba guna Brinchang di Cameron Highlands.

Dalam kejadian 5.45 petang itu, banjir lumpur dan tanah runtuh selepas hujan lebat sejak 5 petang, menimbus tiga rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin di perkampungan berbukit berkenaan.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Dewan Serba guna Brinchang pada 4.30 pagi tadi mendapati proses pemindahan kesemua keluarga terbabit masih berjalan di bawah penyelenggaraan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Cameron Highlands.

Pemindahan kesemua keluarga itu, yang dibuat secara pukal, dibantu oleh pengangkutan pihak polis.

Jurucakap JKM memberitahu mereka akan tinggal di situ sementara menunggu pengesahan status kawasan kediaman mereka di Sungai Ruil selamat untuk diduduki semula.

- Bernama

  • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
    - Nanti kita tunggu muka masam Sharizat , muka sedih akan tonjol.
    Bik Mama pula menintis airmata dan pakai baju hitam.... tanda sedih dalam bulan suci ini..
    Syarat jadi menteri di Malaysia :
    - Ini dia kalau nak jadi ahli politik, mesti tahu cara mana berlakon.
    mesti tunjuk muka masam , sedih , saputangan lapkan airmata, gaya cukup prihatin, mesti belajar cara lembu menintis airmata... baru boleh dapat sokongan rakyat.
    • Vato Loco B'Din · Top Commenter
      apa pun, jikalau ayat aku tekasar tadi...sowri bro.....apa pasal kita nak emosi plak...kita betelagah mcm la duit masuk poket kita direct kan....jom kita nikmati ramadan bro...aku nak lelap jap...hehehe
    • Abie Al-hjj · Top Commenter
      antimamak buta kayu........itu yang sebenarnya...haaaa
    • Rizalazmi Abdullah · Top Commenter · Sek men datuk maharajalela kjg gajah perak
      Sudah banyak kerajaan membantu org2 asli ini, dibuatkan rumah dan sebagainya... dah ada yg duduk di banglow, org asli yg disini mungkin tak nak berpindah ditempat penetapan baru yg lebeh selesa, mcm org yg kebanyakan juga ada yg senang dan ada yg susah, itu bkn ke lumrah alam,
  • Kamarzaman Mustafa · Top Commenter · Daie at Jamaah islam
    Mana antimamak? Tanah runtuh ni taknak salahkan UMNO najib dan Rosmah ke?
  • Basir Parto · Top Commenter · Un. Putra Malaysia
    MEREKA INI PRIBUMI SEBENAR , YG DIPINGGIRKAN OLH ARUS PEMBANGUNAN, SEPATUTNYA MEREKA INI MENDAPAT STATUS BUMIPUTRA, HIDUPNYA SEPATUTNYA TELAH LAMA TERBELA...STATUS BUMIPUTRA BUKAN DIBERIKAN KPD PENDATANG SEPERTI MAMAK SEPERTI DR MAHADIR A/L MOHD KUTY DIJADIKAN DR MAHADIR BIN MUHAMMAD KUTY DAN KAIN2 KETURUNAN SEPERTI MAT BANGLA.....INI LAH MALAYSIA PENDATANG TINGGAL DI KONDO MEWAH, OENDUDUK ASAL MATI DITIMBUS TANAH
    • Vato Loco B'Din · Top Commenter
      bro shubri, i guess u r rite....sometimes we overload our self for things which wont benefit us.....sorry guys....this ends here....Basir, kalau tekasaq bahasa, maaf ye...walau apa pun, islam datang dulu.....
    • Basir Parto · Top Commenter · Un. Putra Malaysia
      saya pun minta maaf juga,dlm bulan ramadhan yg mulia ini semoga kita sama2 mendapat rahmat drpd Allah swt
    • Vato Loco B'Din · Top Commenter
      AMIN....... :)
  • Din Gombak · Top Commenter · Friends with Sal Mohamad
    Jangan Sombong Dengan Takdir
    Jika hendak dikirakan 'beriman' dengan Allah, iblis laknatullah sepatutnya lebih tinggi imannya kepada Allah. Masakan tidak, dia pernah berdialog dengan Allah (dialog yang telah dirakamkan dalam Al-Quran). Dia percaya kepada syurga dan neraka. Bukan sahaja percaya bahkan telah melihatnya. Syaitan yakin tentang adanya Hari Pembalasan.
  • Ibnu Zainal Abidin
    INSAFLAH..... musibah di bulan ramadan adalah petunjuk kepada kita yang bahawa kita ini semakin jauh dari Allah.... bertaubat nausuhahlah di bulan yang berkat lagi dirahmati ini...... bukan politik menjadi panduanya...... siapa kita berbanding kuasa Allah Maha pencipta...... tak guna kita nak mengata sesiapa atau menunding jari pada sesiapa, tapi sepatutnya kita perlu bermuhasabah diri..... ingatlah ini bukan isu politik tapi petunjuk dari Allah kepada umatnya yang bahawa dunia sudah semakin hampir kpd kiamat bukan negara berada dalam peralihan kuasa pada PRU 13......



Mufti: Dr Uthman tolak dialog bincang Wahabi
Ogos 8, 11 9:27am

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dukacita kerana undangan rasmi jawatankuasa fatwa Perlis kepada penceramah popular - Dr Muhammad Uthman El-Muhammady yang dikata mengaitkan beberapa tokoh agama dengan fahaman Wahabi dan terorisme - untuk berdialog telah ditolak.

NONE“Saya amat dukacita sebab Uthman El-Muhammady tolak jemputan rasmi untuk dialog secara harmoni mengenai 'kesesatan' dan 'keganasan' Arab Saudi yang beliau dakwakan.

“Bagaimana mungkin seorang yang merupakan 'ahli akademik' takut untuk berhujah secara akademik dan terbuka bagi mempertahankan pandangan dan ideanya yang telah menghuru-harakan negara dan menjejaskan hubungan Malaysia dengan Arab Saudi akibat tuduhannya yang dibuat secara membabi-buta,” katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Menurut Dr Juanda (atas, kiri), isu ini amat penting dan mendesak untuk diselesaikan memandangkan umat Islam di Malaysia mempunyai kepentingan yang amat banyak dalam hubungan keagamaan, politik, ekonomi, sosial dan lain-lain lagi dengan kerajaan Arab Saudi.

“Pihak di sana tentu tertanya tanya kenapakah mereka dituduh sedemikian rupa melalui premis rasmi kerajaan sedangkan kerajaan Malaysia sering mewar-warkan mendapat kedudukan hubungsn paling istimewa dengan Arab Saudi berbanding negara yang lain,” katanya.

ti religio-corruption workshop 231105 muhammad 'uthman el-muhammadyJusteru, Dr Juanda berharap Dr Uthman (kiri) tidak menolak ajakan dialog itu begitu sahaja.

Pada akhir bulan Julai lalu, kerajaan Perlis menghantar undangan rasmi bertulis kepada felo Institut Pemikiran dan Peradaban Islam Antarabangsa (ISTAC) itu setelah diputuskan mesyuarat anggota jawatankuasa fatwanya.

Dr Juanda berkata beliau berharap dialog dapat diadakan dalam Ramadan kerana ia bulan yang berkat dan menurut hadis Nabi, syaitan dirantai sepanjang bulan itu.

Kontroversi timbul pada 25 Julai lalu apabila pada taklimat tertutup Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Putrajaya, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan 40 ulama muda Umno antara yang dikaitkan dengan fahaman itu.

Berdolak dalih

Taklimat itu juga mendakwa Arab Saudi sebagai dalang di sebalik jaringan itu.

MKN kemudiannya menafikan melabelkan mana-mana ulama sebagai Wahabi dan pengganas dalam taklimat anjurannya.

Setiausahanya Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, apa yang dilabelkan adalah tafsiran peribadi pembentang dan bukan pandangan MKN.

azlanMenurut Dr Juanda, tidak perlu pihak yang membuat dakwaan berdolak dalih dengan memberikan pelbagai alasan kerana pihaknya memang sanggup bersemuka untuk menyelesaikan segala masalah yang timbul.

“Kami sentiasa sedia menunggu beliau hadir untuk dialog ini untuk mendengar hujah-hujah beliau.

“Mereka yang dituduh juga ingin dengar tuduhan daripada mulut beliau sendiri terlebih lagi jika dialog ini diadakan di hadapan pihak MKN dan dan pihak lain yang terlibat agar mereka berpeluang menjelaskan kedudukan sebenar perkara yang dituduh itu, terutama (mengenai) kerajaan Arab Saudi,” katanya.

Menurut Dr Juanda, umat Islam wajar didedahkan dengan semangat demokrasi terbuka yang memberi ruang kepada mereka membela diri secara terbuka dan bertamadun apabila dituduh.

Semangat demokrasi

“Umat Islam di Malaysia wajar didedahkan dengan semangat demokrasi terbuka yang memberi ruang kepada semua manusia membela diri secara terbuka dan bertamadun apabila dituduh dengan tuduhan yang amat tidak masuk akal akibat dangkalnya kajian dan penelitian pihak tertentu.

azlan“Adalah amat malang bagi Malaysia jika mereka yang dirujuk ada kepentingan peribadi dan kecelaruan minda dalam menilai sesuatu perkara akibat kesan idea asal mereka yang sememangnya diketahui adalah masalah yang ramai pihak mengetahuinya,” katanya.

Beliau juga berkata zaman untuk menggunakan kuasa secara membabi buta tanpa berdasarkan fakta perundangan dan keadilan sejati sudah berakhir.

“(Sebaliknya) pihak yang suka menyalahgunakan kuasa dan premis pihak berkuasa wajar disiasat apabila mereka didapati suka menghasut untuk mendatangkan ketidak-stabilan dalam negara ini,” katanya.

  • Bumiputera Berjaya · Top Commenter · Managing Editor, JustNews.com at CNN International
    BELUM LAGI DIMINTA MENGEMUKAKAN BUKTI... AJAK BERDAILOG PUN DAH TAK BERANI..JANGAN CUBA NAK HINA KEBIJAKSANAAN RAKYAT KITA..DIMANA KREDIBILITI BELIAU SEBAGAI TOKOH MAAL HIJRAH.. HILANG TERUS RASA HORMAT.
    • Leftenan Nan · Top Commenter · SMK Panglima
      bodo ulama UMNO ni yang tak sehaluan dengan UMNO di kata wahabi pengganas yang sehaluan dikata ulama muktabar walau terang2 UMNO sedang menjilat kaki orang YAHUDI ZIONIS....
    • Kamarudin Din · Universiti of NoWhere
      Ya hari islam semakin melemah......dah banyak yg nak masuk kristian mcm kat gereja metodist kat damansara....makan malam konon
    • Leftenan Nan · Top Commenter · SMK Panglima
      dok sibuk mengwahabikan orang lain tak sedar ramai orang islam sedang di murtadkan demi sesuap nasi....MANA ULAMA UMNO???? MANA USTZ NAKHIE ? APA JAMIL KHIR BUAT? MANA DR.UTHMAN NI?????
  • Ramli Abd Samad
    Hairan seorang felo di Institut Pemikiran dan Peradaban Islam Antarabangsa (ISTAC) tidak mempunyai keberanian berdepan dengan satu dialog harmoni tetapi mahu dialog secara tertutup dan disertai oleh para pakar aje. Apa pakarnya orang dimaksudkan itu? Mereka mungkin mahir menghafal al-Quran dan Hadis dan juga memegang tafsiran ulama kuno yang tiada ilmu sains sosial atau ilmu moden yang lain. Kini kita dalam era letusan maklumat bukan lagi dalam zaman batu atau unta. Kita mahu mendengar hujah akliah/ilmiah/rasional/ber​fakta dan berdata kenapa Uthman membuat satu tuduhan 'melulu' dan apa tujuannya beliau berbuat demikian- adakah untuk menunjuk ketinggian atau kenisikalaan pendapatnya atau ada udang di sebalik batu? Saya cukup hairan beliau tidak mahu menjelaskan, apakah kekyusukan daripada ibadat/ritual sembahyangnya tidak boleh memberi kita kesedaran apa benda yang beliau maksudkan dengan fahaman atau gejala 'Wahabi' itu? Kami cukup kecewa. Apa nak buat? Itulah kualiti ulama bebas kita.
  • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
    Dr Utjman reject....semua reject.
    Siapa nak mengaku dirinya wahabi itu pengganas?
    Ini lah cara cara Mazhab umno bua provokasi.
    - Supaya menarik pengundi melayu mempercayai bahawa Mazhab umno lah mazhab paling suci , paling alim dan paling bersih didunia.
    -Siapa kah yang memecah belahkan umat islam? siapa makan cili akan terasa pedas.
    • Jack Sperrow · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
      JGN DIPEDULIKAN ANTIMAMAK, dia menulis dan memberi komen atas kapasiti penulis upahan utk bos dia malaysiakini dan Anwar, kalau dia x merapu dan menghentam musuh bos dia karang x terisi pulak perut dia, biarkanla dia, dah dia cari makan cara tu
    • Nik Azman · UPSI
      jack sperrow ni mantap lah...teruskan berjuang...rmi yg sokong anda..
    • Wan Nor · Top Commenter
      kO ada mental disOrder ke JS? balaci pOrnO
  • Ustaz Kerajaan · Top Commenter · UiTM Shah Alam
    dari dulu lg aku perhatikan Dr Uthman kalau keluar kenyataan yang kontrovesi mesti die tak berani bersemukan dengan pihak2 terlibat..beliau hanya gemar menulis dan membuat kenyataan tanpa di soal semula... come on the Dr..kalau benar wat pe nak takut?
    • Noor Hamizi · Maahad tahfiz alquran wal qiraat perak
      jamal ahmad...duit tu diaudit oleh kaw2 yg mnganjurkan ceramah....dgunakan untuk program yg dikendalikan oleh parti dan untuk buat bangunan parti...tu sbab PAS ada bangunan sendiri hasil dari kutipan derma,,,takda la buat mesyuarat PARTI guna sekolah kerajaan yg spatutnya tdkndbenarkan...
    • Adam Neuser · Top Commenter · Sukabumi
      Saudara JA, kami kutip duit ikhlas kerana Allah. X paksa pun. kalo bagi tp mngungkit x guna. apa pun x dapat. duit guna utk dana perjuangan parti. kami x dak sumber lain selain kutipan derma. Xtau lah kalo UMNO. yuran RM1 seumor hidup. tp skali msyuarat agung ngalahkan persidangan PBB.
    • Junaidi Jun · Top Commenter · Smad
      JA x caya la kau bg drma kat pas...dah ngungkit x caya..bg x ikhlas pun x caya,maknanya x pernah bagi.
  • Hazali Bin Yahaya · Top Commenter · Friends with Yob Tualang Sekah
    Lihat apa kata Hamka...."Bagi kami yang dikatakan kaum muda itu tidaklah keberatan jika dituduhkan Wahabi. Kalau 20 atau 30 tahun yang lalu semasa pengetahuan agama hanya bole...h dipercayai oleh mufti-mufti sahaja, mungkin orang takut dikatakan Wahabi. Tetapi sekarang orang telah tahu bahawa Wahabi tidak lain adalah daripada penganut Mazhab Hanbali yang keras mempertahankan Sunnah. Dan yang berpengaruh memperbaharui (Tajdid) faham Mazhab Hanbali itu ialah Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qoyim. Oleh sebab itu bagi kami dituduh Wahabi bukanlah satu penghinaan.” Haji Abdul Malik Karim Amrullah.(Hamka).

Tiada ulasan: