Isnin, 8 Ogos 2011

MUNGKIN KITA TERLEPAS PANDANG...BAGAIMANA IBUBAPA DALAM KUBUR....DIATAS BUMI ANAK MELAKUKAN MUNGKAR...RASUAH...MENIPU...BUAT MUNGKAR DLL...KESIAN ....

Ambiga: SPR akan buat perubahaan jika ditekan
Kuek Ser Kuang Keng
Ogos 8, 11
12:41pm
Selepas mendapat sokongan meluas daripada ribuan rakyat pelbagai lapisan masyarakat pada perhimpunan 9 Julai lalu, BERSIH 2.0 meneruskan tekanan ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi melakukan pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.

Namun, pada dua perdebatan di antara pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dengan timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar baru-baru ini, tidak menunjukkan ada tanda-tanda SPR mempunyai komitmen bagi mengusahakan sebarang pembaharuan atas alasan suruhanjaya itu tidak mempunyai kuasa perundangan bagi berbuat demikian.

bersih rally july 9 crowd face-off with police 1Justeru, ramai penyokong BERSIH 2.0 mencadangkan supaya gabungan itu memindahkan fokus mereka kepada kerajaan BN yang memiliki kuasa majoriti di Parlimen bagi meminda undang-undang sebelum pembaharuan boleh dijalankan.

Bagaimanapun, dalam satu wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, Ambiga berkata beliau masih menaruh harapan pada suruhanjaya berkenaan bagi melakukan pembaharuan.

“Saya masih menaruh harapan. Saya masih berharap perkara akan berubah,” katanya dengan nada tegas.

NONEBekas presiden Majlis Peguam itu berkata perlembagaan persekutuan meletakkan pesuruhjaya pilihan raya pada kedudukan yang setaraf dengan hakim mahkamah persekutuan, justeru meninggalkan SPR daripada menuntut pembaharuan adalah satu kesilapan.

“Saya fikir kita mungkin perlu berunding dengan kedua-dua mereka (SPR dan parti pemerintah). SPR mungkin berpendapat mereka tidak mempunyai kuasa, kita tidak bersetuju, kadang-kadang ini adalah persoalan menyerahkan kuasa dan kita mesti terus memujuk mereka bahawa hakikatnya mereka mempunyai lebih banyak kuasa daripada yang mereka sedari.

azlan“Pada pandangan saya, mereka badan yang bertanggungjawab. Memindahkan fokus daripada mereka adalah satu kesilapan kerana anda akan menghantar mesej bahawa mereka tidak bertanggungjawab terhadap perjalanan pilihan raya di negara ini dan ini saya kurang bersetuju.

“Saya fikir mereka bertanggungjawab sepenuhnya dan banyak perkara yang boleh mereka lakukan dan saya fikir jika mereka mengambil pendirian tidak memihak kerajaan, mereka terpaksa lakukannya kerana mereka badan yang bebas dan sepatutnya berbuat demikian,” kata Ambiga.



DAP dedah lagi taktik pujuk pelajar menangkan BN
Elissa Helmy
Ogos 8, 11
10:00am

DAP mendakwa ada pihak tertentu di kawasan Ayer Keroh yang berperanan memujuk pelajar universiti supaya menukar alamat mengundi sebagai satu langkah senyap memastikan DUN itu
berjaya dirampas semula pada pilihan raya umum akan datang.

NONEMenurut ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong, perkara itu dimaklumkan kepadanya menerusi maklumat yang diterima lebih seminggu lalu.

Khoo (berbaju kuning) berkata, sebagai ganjaran, pihak terbabit akan menawarkan tanggungan sepenuhnya kos kehidupan sepanjang pengajian yang meliputi bayaran sewa bilik termasuk bil elektrik dan air.

"Sebagai bukti terdapat peningkatan ketara jumlah pendaftaran pengundi bagi suku kedua tahun ini iaitu seramai 2,132 orang bagi DUN Ayer Keroh berbanding pada suku-suku tahun sebelumnya.

"Ketika ini jumlah keseluruhan pengundi di kawasan ini seramai 31,535 orang dan ia jauh berbeza ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12 lalu apabila hanya 24,504 pengundi di daftarkan di kawasan ini," katanya pada sidang akhbarnya, di Ayer Keroh, Melaka.

Beliau berkata, jumlah itu turut termasuk jumlah pertambahan pengundi pos seramai 304 daripada jumlah keseluruhan yang dicatatkan iaitu 825 pengundi bagi kawasan terbabit.

"Kita berasa amat terkejut dengan peningkatan mendadak ini berbanding dengan kawasan-kawasan lain dan saya beranggapan ini adalah sebagai satu 'fix deposit' bagi Barisan Nasional (BN).

NONE"Kita bimbang keadaan yang berlaku adalah satu taktik kotor yang dimainkan BN bagi menambah jumlah pengundi untuk merampas kembali kawasan DUN Ayer Keroh yang dipegang DAP sejak PRU 12 lalu," katanya.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat sendiri akan menghadapi cabaran itu dengan turun padang untuk menemui semua pengundi baru seramai 2,132 orang itu yang 90 peratusnya adalah pengundi muda.

"Kita akan jumpa mereka dan menerangkan sebab apa perlunya ada pakatan BERSIH bagi menuntut proses pilihan raya yang telus dan adil.

"Tambah meragukan apabila kebanyakan pengundi muda baru yang didaftarkan bukannya lahir di Melaka berdasarkan pada kad pengenalan masing-masing.

"Jelas, tindakan BN ini, mahu memastikan kawasan DUN Ayer Keroh dan Parlimen Bukit Katil beroleh kemenangan, kerana kalau kita lihat pada PRU 12 lalu, Parlimen Bukit Katil hanya memperolehi mejoriti 1,758 daripada 75,777 pengundi keseluruhannya," katanya.



Kes rasuah: Dr Khir Toyo diarah bela diri
Hazlan Zakaria
Ogos 8, 11
9:39am
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo bagi membela dirinya berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Mokhtaruddin Baki berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan terdapat kes prima facie ke atas Khir.

Beliau kemudian menetapkan 26 hingga 30 September ini untuk pembelaan yang dijangka mengemukakan sembilan saksi.

khir toyo mansion 060709 06Dr Mohd Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya Datin Seri Zahrah Kechik, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di Shah Alam daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin Haryoni.

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5
juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohd Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohd Khir, yang menjawat jawatan menteri besar dari Ogos 2000 hingga Februari 2008, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

NONEBeliau yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di Shah Alam pada 29 Mei 2007.

Dalam prosiding hari ini barisan pendakwaan dan pembelaan masing-masing diketuai Abdul Wahab Mohamad dan M Athimulan.

Seramai 25 saksi pendakwaan telah dipanggil untuk memberikan keterangan pada perbicaraan itu.

Shamsuddin (kanan) pula dilepas dan dibebas daripada tuduhan bersubahat dengan Dr Mohd Khir berhubung pertuduhan itu pada 6 Jun lepas dan seterusnya menjadi saksi pendakwaan kedua dalam perbicaraan kes.

Dalam penghakimannya, Mohtaruddin berkata elemen berkenaan ialah tertuduh adalah penjawat awam pada hari kejadian, tertuduh membeli hartanah daripada Shamsuddin dengan harga belian dikatakan tidak mencukupi dan tertuduh mengetahui Shamsuddin mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasmi beliau sebagai penjawat awam pada hari kejadian.

  • Edyes Samm · Top Commenter · Kolej sal
    Rumah RM24Juta apa nak heran... itu harga sebentuk cincin Rosmah Imelda shj...
    • Rosmi Mahmud · Top Commenter · Works at Bisnes Sendiri
      1 cara yg paling cepat n mudah utk jadi kaya d malaysia dan antara yg paling mujarab
    • Bewok Kwok Kwok · Top Commenter · College
      mane pencacai omnonguk,ahli omnonguk memang suka menteri mereka dari kalangan lanun n perompak....
    • Malik Sulaiman · Top Commenter · Sek men semerah
      yang betul nye..cincin tu otomam taro yang punya,masa terbang cincin tu jatuh kat KLIA,jadi Isteri PM pun ambil lah....mahal tu 24 juta maaaa..
  • Ipoh Mali · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
    Kasitah gadam dulu macam tu Jugak.. Di Panggil Bela diri... Lepas Election BEBAS! kah kah kha.. dah boleh baca dah Drama ni.. tukar Pelakon je... jalan Cerita Sama je.. Cerita Hindustan.. kah kah kah... Tapi Cerita Hindustan last2 Baik Menang.. tapi kat Malaysia Org Jahat Menang... macam Kes Nizar.. last last Mamak Menang..kah kah.
    • Rosmi Mahmud · Top Commenter · Works at Bisnes Sendiri
      dah ramai pun yg terlepas dan dah kayaraya
    • Kapal Terbang Kertas · Top Commenter
      kan bagus kalo syariat islam tcapai..moga hudud dpt dilaksana...mana2 wakil rakyat yg pecah amanah,potong tangan...xkira bangsa,agama...baru ikhlas berkhidmat pd rakyat...rakyat pon hidup aman...aminn
    • Bewok Kwok Kwok · Top Commenter · College
      YG tak dapat hidup aman ahli2 umnonguk,sakat2 setan anak beranak iblis...yg suka makan reta haram,dasar perosak mahluk....
  • Juraimi Zainal · Top Commenter · UiTM Shah Alam
    Biar la ianya menjadi tauladan & sempadan kpd pemimpin2 PR agar bekerja dgn lebih telus & jujur...
    • Dee Valey · Top Commenter · Kuala Krai
      Kita penyokong PR perlu baiah kpd pemimpin selagi mereka menurut dasar Iman dan Takwa. Kita tidak sanggup terjun longkang bersama pemimpin seperti yg terjadi kepada penyokong pejuang kebangsaan. UNDI RAKYAT BERMARUAH HANYA UTK PEMIMPIN YG BERUSAHA MEMBERI KEADILAN KPD RAKYAT DARI SEGALA SUDUT
    • Abd Azis · Klang
      Satu ingatan pada semua, tak kira pangkat kecik atau besar, kita tak selalu diatas,sampai masa turun kebawah jaga. Jangan zalimi orang! Jangan tipu orang!Lambat laun Allah akan balas juga.
    • Rosmi Mahmud · Top Commenter · Works at Bisnes Sendiri
      betul3
  • Kamarzaman Mustafa · Top Commenter · Daie at Jamaah islam
    Tunggu komen antiislamamak provocator UMNO. huhuhu... rahisa diri antiislamamak sudah terbuka. Diberi gaji untuk provoke. hahaha... Sebab tu bencana alam pun dia kata uMNO yg salah! hahaha...

Polis nafi benarkan himpunan anti-Taib
Ogos 8, 11 3:12pm
Polis menafikan bahawa ia telah menetapkan syarat tertentu sebelum membenarkan Gerakan Untuk Perubahan Sarawak (MoCS) mengadakan perhimpunan yang dijadualkan pada 13 Ogos ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mun Kock Keong berkata setakat ini polis tidak pernah memberikan sebarang respons bertulis berhubung permohonan permit mereka dan ia masih belum diluluskan.

"Kita tidak pernah menetapkan syarat dan kami masih meneliti permohonan mereka," katanya kepada Bernama di Kuching, hari ini.

Dalam satu kenyataan melalui laman web badan bukan kerajaan itu, mocsarawak.wordpress.com, ketua MoCS Francis Siah hari ini mendakwa polis telah memberikan dua syarat sebelum membenarkan perhimpunan itu diteruskan pada Sabtu dan badan itu bersetuju memenuhi syarat yang ditetapkan polis.

NONESiah (kanan) berkata polis akan membenarkan perhimpunan statik tanpa perarakan atau perbarisan dan bahawa permohonan bagi permit itu perlu dibuat melalui sebuah pertubuhan berdaftar.

Pada mulanya, dilaporkan bahawa perhimpunan itu dicadangkan bermula di Padang Merdeka atau Tebingan Kuching dan kemudian bergerak sama ada ke Reservoir Park atau halaman Muzium negeri.

Beliau berkata untuk syarat pertama, kumpulan itu akan ditempatkan di halaman Muzium berdekatan tugu peringatan untuk mengadakan upacara pengalungan bunga sebagai tanda hormat kepada wira Sarawak yang telah gugur dan keduanya MoCS didaftarkan bagi membolehkan ia bergiat dengan sah.

Rancangan MoCS untuk mengadakan perhimpunan itu dikritik pelbagai kumpulan termasuk 24 pemimpin belia akar umbi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu yang mendesak Siah membatalkannya sebagai menghormati bulan Ramadan.

- Bernama


Tiada ulasan: