7 GOLONGAN YANG AKAN MENDAPAT LINDUNGAN ARASY-NYA PADA HARI AKHIRAT
Thursday, May 28, 2009
Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.”
-Hadith Riwayat Muslim-
1. Pemimpin (imam) yang adil.
Setiap yang dipertanggungjawabkan akan dipersoalkan kembali kelak. Maka bergembiralah kepada para pemimpin yang dapat berlaku adil. Pemimpin termasuklah seorang suami yang memimpin isteri dan anak-anak. Seorang isteri yang memimpin anak-anaknya dan sebagainya.
2. Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.
Naungan Ilahi ini juga dijanjikan kepada lelaki dan perempuan yang sentiasa hidup dalam ibadah kepada Allah. Sentiasa menyedari bahawa Allah melihat segala perbuatannya. Di mana segalanya di bawah kawalan dan naungan Ilahi.
3. Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah.
Begitu jua bagi lelaki yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah. Tertunggu-tunggu setiap masa untuk beribadah di dalamnya. Baik untuk sembahyang wajib
lima waktu setiap hari dan untuk ibadah lain.
4. Dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah bertemu dan berpisah kerana Allah.
Dalam satu hadis Rasulullah bersabda:
“Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”.
Lalu malaikat bertanya: “Nak ke mana?” Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku.”
Tanya malaikat lagi: Untuk apa?” lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.”
Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?” Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.”
Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?” Dijawab:”Tiada apa-apa pun.”
Ditanya lagi:” Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab:” Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.”
(Riwayat Muslim)
Perasaan sayang dan kasih terhadap orang lain bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk tujuan selainNya, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.
5. Lelaki apabila mengingati ALLAH bersendirian menitis airmatanya.
Hadirnya perasaan takut kepada ALLAH walaupun bersendirian sehingga menitis airmatanya. Ianya bukan saja-saja tetapi hadir dari hati yang menginsafi kebesaran ALLAH.
6. Seorang lelaki yang diajak oleh seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: “Tidak! Aku takutkan ALLAH” (inni akhofullah)
Sesiapa yang takut untuk berbuat kesalahan, takut kepada ALLAH dan azab api neraka akan sentiasa mendapat perlindungan dari-NYA.
7. Lelaki yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya.
Pemberian yang mengharapkan balasan dari Ilahi tidak akan diperbesar-besarkan. sebaliknya akan dilakukan secara tersembunyi. Sehingga digambarkan seolah-olah tangan yang kiri tidak mengetahuinya apa yang disedekahkan oleh tangan kanan. Lupakan kebaikan dan pemberian kita, sebaliknya banyak mengingatkan kesilapan dan kesalah diri kita terhadap ALLAH dan orang lain.
Rebutlah peluang ini, jadilah orang yang beruntung di akhirat. Tiada yang mustahil untuk kita lakukan. Jadilah hambaNYa yang ikhlas dan redha atas segala yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang mendapat perlindunganNYA selalu.
7 Golongan Yang Mendapat Perlindungan
Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.”
Hadith Riwayat Muslim
Di padang masyar dimana semua manusia akan dihimpunkan, maka akan panaslah setiap manusia ini kerana digambarkan yang jarak kepala kita dengan matahari itu seperti dua jengkal. Peluh yang mengalir itu akan membuat manusia itu sendiri hampir lemas akibat bahang yang sangat panas. Bergantung kepada baik buruknya amalan seseorang itu di dunia akan menyebabkan dia dibanjiri peluh yang hingga ke hidung.
Tetapi, Allah itu Maha Adil.
Terdapat 7 golongan manusia yang akan dipanggil untuk diberi perlindungan dari kepanasan itu dibawah arasy iaitu tempat Allah bersemayam, dan letaknya arasy adalah di atas syurga Firdaus, tingkatan teratas diantara 8 syurga (lihat artikel “Nama Syurga dan Neraka”).
Arasy terletak di atas syurga Firdaus, Nabi Muhammad bersabda kepada sahabat Abu Hurairah yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari, Imam Ahmad, Ibnu Abi ‘Ashim:
“Apabila engkau memohon kepada Allah, maka mohonlah kepadanya Syurga Firdaus. Sesungguhnya ia (adalah) Syurga yang paling utama dan paling tinggi. Di atasnya terdapat ‘Arasy Allah yang Maha Pengasih...”
Jadi 7 golongan manusia ini adalah seperti yang diterangkan dalam hadith pertama saya tuliskan tadi, mereka ini ialah:
1. Pemimpin yang adil.
Seorang pemimpin yang adil dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang yang mengetuai dalam sesebuah organisasi sama ada sebuah negara mahupun institusi kekeluargaan. Tanggungjawab besar yang harus dipikul seorang pemimpin perlulah dilaksanakan dengan adil. Maka perkataan adil itu sendiri adalah merangkumi keseluruhan aspek yang perlu seseorang pemimpin ada.
2. Pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT.
Amat jarang sekali masa kini kita dapat lihat seorang pemuda yang akan menghabiskan kebanyakkan masanya untuk beribadah kepada Allah, tidak kiralah sama ada ibadah yang dilakukan itu solat, membaca al-Quran dan sebagainya. Kerana kebiasaannya golongan pemuda masanya akan dihabiskan kepada perkara yang duniawi, seperti aktiviti melepak, berpacaran, bermain permainan video dan sebagainya. Maka layaklah pemuda seperti ini dilindungi dibawah arasyNya.
3. Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid.
Golongan yang dipermudahkan langkahnya untuk menjejakkan kaki ke masjid atau pun surau ini juga kita dapati hanya pada golongan yang berumur sahaja, yang sudah pencen dan menunggu masa untuk tiba ajalnya. Itu pun tidak ramai yang mahu datang untuk mengimarahkan masjid, sebuah institusi perkembangan agama yang banyak aktiviti-aktiviti ibadah. Cuba anda pergi ke masjid dan surau anda yang berdekatan, ramaikah jemaah berbanding populasi penduduk Islam sekeliling ?
4. 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT.
Dengan kata lain maksud golongan yang ke-4 ini ialah orang yang berkawan baik dan berkenalan sesama sendiri adalah kerana Allah dan agama Islam, kerana fahaman yang sama iaitu beragama Islam. Bukan kerana pendapat ideologi politik yang berlainan mahupun kerana dari negeri yang berlainan maka mereka ini bermusuhan. Golongan ke-4 ini akan berkawan baik dengan semua pihak kerana saudara seagama, itu yang penting.
5. Lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah.
Maksud golongan ini adalah seperti yang telah diterangkan dengan jelasnya. Lelaki yang tidak akan terpengaruh untuk melakukan maksiat walaupun digoda oleh perempuan dan walaupun tiada orang disekeliling untuk melihat mereka. Sesungguhnya Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui.
6. Seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya.
Seperti pepatah Melayu yang hampir dilupakan, “tangan kanan memberi, tangan kiri tak tahu”. Ini menunjukkan tahap keikhlasan seseorang itu untuk membantu golongan yang memerlukan pertolongan. Keikhlasan itu seperti semut hitam diatas batu yang hitam pada waktu malam, tidaklah nampak semut itu, maka seperti itu jugalah keikhlasan golongan ke-6 ini.
7. Seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.
Golongan terakhir ini amatlah luas penjelasannya, mereka ini yang sangat bersyukur dengan segala nikmat Allah, mereka ini yang sentiasa bertaubat walaupun sekecil-kecil dosa mengharap pengampunan Allah, mereka ini yang sentiasa takut dengan azab Allah, tetapi Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, mereka inilah yang Allah akan lindungi di hari bangkitnya seluruh manusia.
Maka saudara sekalian, marilah kita luangkan masa sejenak, muhasabah diri kita untuk melihat, dimanakah kita sekarang ini, adakah kita berada diantara golongan – golongan yang seperti telah Rasulullah S.A.W. janjikan didalam hadithnya. Tidak terlambat lagi untuk kita amalkan ilmu yang telah kita perolehi kali ini. Semoga kita dikalangan orang – orang yang beriman. Semoga kita dan kenalan kita diberi taufik dan hidayah untuk kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat.
7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari akhirat | | | |
Oleh: Miss Jannatulfirdaus
Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim
1. Pemimpin (imam) yang adil.
Setiap yang dipertanggungjawabkan akan dipersoalkan kembali kelak. Maka bergembiralah kepada mana-mana peminpin yang dapaat berlaku adil. Pemimpin di sini termasuklah seorang suami yang memimpin isteri dan anak-anak. Seorang isteri yang memimpin anak-anaknya dan sebagainya.
2. Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.
Naungan Ilahi ini juga dijanjikan kepada lelaki dan perempuan yang sentiasa hidup dalam ibadah kepada Allah. Sentiasa menyedari bahawa Allah melihat segala perbuatannya. Di mana segalanya di bawah kawalan dan naungan Ilahi.
3. Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah.
Begitu jua bagi lelaki yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah. Tertunggu-tunggu setiap masa untuk beribadah di dalamnya. Baik untuk sembahyang wajib
lima waktu setiap hari dan untuk ibadah lain.
4. Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana ALLAH.
Dalam satu hadis Rasulullah bersabda: “Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”. Lalu malaikat bertanya: “Nak kemana?” Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..” Tanya malaikat lagi: Untuk apa?” lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.” Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?” Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.” Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?” Dijawab:”Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi:” Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab:
” Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.” (Riwayat Muslim)
Perasaan sayang dan kasih terhadap orang lain bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.
5. Lelaki apabila mengingati ALLAH bersendirian menitis airmatanya.
Hadirnya perasaan takut kepada ALLAH walaupun bersendirian sehingga menitis airmatanya. Ianya bukan saja-saja tetapi hadir dari hati yang menginsafi kebesaran ALLAH.
6. Seorang lelaki yang dirangsang oleh seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: “Tidak! Aku takutkan ALLAH” (inni akhofullah)
Sesiapa yang takut untuk berbuat kesalahan, takut kepada ALLAH dan azab api neraka akan sentiasa mendapat perlindungan dari-NYA.
7. Lelaki yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya.
Pemberian yang mengharapkan balasan dari Ilahi tidak akan diperbesar-besarkan. sebaliknya akan dilakukan secara tersembunyi. Sehingga digambarkan seolah-olah tangan yang kiri tidak mengetahuinya apa yang disedekahkan oleh tangan kanan. Lupakan kebaikan dan pemberian kita, sebaliknya banyak mengingatkan kesilapan dan kesalah diri kita terhadap ALLAH dan orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan