Rabu, 9 Mac 2011

ELOK PEMIMPIN2 SEDAR...SAMPAI BILA NAK MENIPU...MENGUMPUL HARTA DENGAN SALAHGUNA KUASA..AKHIRAT DIHISAB DIDUNIA MANUSIA BENCI...BUATLAH JUJUR

Gaddafi sedia berundur


SEBUTIR bom digugurkan dari sebuah jet pejuang tentera Muammar Gaddafi di bandar Ras Lanuf, Libya semalam.


TRIPOLI - Diktator Libya, Muammar Gaddafi memberi isyarat bahawa beliau bersetuju meninggalkan negara berkenaan setelah memerintah selama 41 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Gaddafi bagaimanapun, meletakkan syarat supaya beliau dan keluarganya diberikan sejumlah wang dan mereka dikecualikan daripada pendakwaan jenayah.

Stesen televisyen Al-Jazeera melaporkan bahawa pemimpin berusia 68 tahun itu turut mengusulkan supaya parlimen Libya mewujudkan satu tempoh peralihan bagi memberi laluan kepada beliau meletak jawatan.

Gaddafi diberitakan menghantar bekas perdana menteri, Jadallah Azzouz Talhi, bertemu para pemimpin penentang di bandar Bengazhi bagi mencapai satu persetujuan mengenai tawaran itu.

Mereka bagaimanapun menolak tawaran Gaddafi kerana menganggap ia satu penghinaan kepada mangsa-mangsa kekejamannya.

"Pendirian kami selama ini adalah jelas, Gaddafi perlu berundur dan tanpa syarat," kata seorang pegawai kumpulan penentang, Essam Gheriani.

Dalam perkembangan berkaitan, jet-jet pejuang Libya melancarkan sekurang-kurangnya lima serangan udara berhampiran kedudukan pihak penentang di bandar pelabuhan minyak Ras Lanuf.

Serangan tersebut dilancarkan bagi menghalang tentera penentang daripada mara ke kubu kuat Gaddafi di ibu negara Libya, Tripoli.

Tiada laporan kecederaan setakat ini manakala seorang wartawan agensi berita Associated Press yang menyaksikan serangan udara tersebut menyatakan ia gagal mengenai pejuang penentang.

Sementara itu, seorang saksi memberitahu bahawa tentera yang setia kepada Gaddafi telah menawan semula bandar Zawiya yang terletak dekat dengan Tripoli yang sebelum ini jatuh ke tangan pihak penentang.

Saksi berkenaan yang menghubungi agensi berita Associated Press melalui telefon, berkata, sejumlah kereta kebal dan kenderaan tentera Gaddafi meronda di bandar tersebut yang terletak 50 kiolemeter ke barat Tripoli dan melepaskan tembakan rambang ke arah rumah-rumah penduduk. - Agensi


Barat mahu pecah Libya: Gaddafi



SEORANG pemberontak mengangkat tangan ketika serangan udara di Ras Lanuf, semalam.
SEORANG pemberontak mengangkat tangan ketika serangan udara di Ras Lanuf, semalam.

TRIPOLI: Rejim Muammar Gaddafi semalam menuduh Barat bersekongkol untuk memecah-belahkan Libya.

Menteri Luarnya, Mussa Kussa berkata: “Adalah jelas Perancis, Britain dan Amerika Syarikat kini berhubung dengan pemberontak di timur Libya.


“Ia bermakna ada konspirasi untuk memecah-belahkan Libya.” Beliau berkata demikian selepas Setiausaha Luar Britain, William Hague mengaku salah faham serius menyebabkan satu pasukan khas yang ditugaskan untuk menghubungi pemberontak Libya ditangkap.

Sementara itu, pentadbiran Barack Obama berkata, ia kini menimbang cadangan membekalkan senjata kepada pemberontak Libya.
Bagaimanapun, Setiausaha Pertahanan, Robert Gates memberi amaran, campur tangan seumpama itu memerlukan kelulusan antarabangsa.
“Adalah terlalu awal untuk berbuat demikian,” kata Gates.

Dalam pada itu, pertempuran baru dilapor meletus di Zawwiyah, tidak jauh dari Tripoli, kubu kuat Gaddafi.
Laporan itu bagaimanapun sukar disahkan kerana penduduk dan wartawan di bandar itu tidak dapat dihubungi menerusi telefon.

Dalam perkembangan berkaitan, pemberontak mula berundur dari Ras Lanuf, bandar penapisan minyak utama apabila jet penggempur tentera Gaddafi melancarkan serangan berterusan dengan mensasarkan garisan pertahanan pemberontak di pinggir bandar itu. - AP


Sukar kuatkuasakan zon larangan terbang: Pakar



LONDON: Zon larangan terbang di ruang angkasa Libya boleh dilaksanakan tetapi ia memerlukan sumber yang perlu dipindahkan dari tempat lain, termasuk dari Afghanistan, kata pakar tentera, semalam.

Penganalisis angkasa lepas tentera dari Institut Kajian Strategik Antarabangsa (IISS), Douglas Barrie memberi amaran, keperluan logistik untuk penguatkuasaan zon larangan terbang akan menjejaskan keupayaan Barat.


“Zon larangan terbang mungkin boleh dilaksanakan tetapi ia memerlukan jumlah sumber yang banyak dari segi jet penggempur dan pesawat sokongan yang perlu ditempatkan di rantau itu,” kata Barrie.

“Ia pernah dilaksanakan di Bosnia dan Iraq dan tentu melibatkan kos, termasuk minyak dan penempatan kelengkapan dari tempat lain.” Gesaan supaya zon larangan terbang dikuatkuasakan di Libya meningkat semalam apabila tentera Muammar Gaddafi melancarkan serangan baru terhadap bandar yang dikuasai pemberontak. - AFP



UAE tidak terjejas


DUBAI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) berada dalam keadaan stabil meskipun gelombang tunjuk perasaan yang melanda dunia Arab sudah merebak di negara Teluk.

Sehubungan itu, pihak berkuasa UAE berkata, mereka tidak ada rancangan melaksanakan usaha baru berhubung keselamatan.


“Keadaan di UAE adalah stabil. Tidak ada kebimbangan mengenai keselamatan,” kata Ketua Polis Dubai, Dhahi Khalfan Tamim yang juga anggota Majlis Eksekutif kepada Reuters, semalam.

Negara Teluk yang kekayaan minyak mereka membolehkan penduduknya menjalani kehidupan mewah berbanding negara Arab lain sebelum ini dianggap mempunyai daya tahanan kental daripada mengekang merebaknya tunjuk perasaan Arab yang menyaksikan penggulingan pemimpin di Tunisia dan Mesir serta mencetuskan pemberontakan di Libya.


Namun, tunjuk perasaan antikerajaan kini sudah merebak ke beberapa negara rantau itu, termasuk Bahrain, Oman dan Arab Saudi meskipun belum ada tanda-tanda tunjuk perasaan di UAE.


“Terdapat ramai rakyat dari pelbagai negara di sini. Kami tidak bimbang dan kami tidak berbincang mengenai usaha baru bagi mengukuhkan keselamatan,” kata Dhahi.

UAE, negara pengeksport minyak ketiga terbesar bersama-sama Qatar, pengeksport utama gas cecair asli dunia, dilihat sebagai negara Teluk yang kurang diancam kekacauan politik. - Reuters



Penunjuk perasaan agih tembikai


KUWAIT: Rakyat Kuwait yang menunjuk perasaan kerana menuntut penyingkiran perdana menteri mereka, muncul dengan simbol baru rasa tidak puas hati masyarakat Arab apabila mereka mengagihkan tembikai.

“Ini ialah untuk pencapaian buruk Parlimen,” kata sekumpulan kecil penunjuk perasaan sambil mereka memberikan buah itu kepada seorang anggota Parlimen yang berjalan masuk ke bangunan itu.

Maksud yang tersirat tidak dijelaskan tetapi di kalangan masyarakat tempatan, mereka yang tidak memahami sesuatu pandangan, digelar tembikai. - Reuters



Gaddafi ditawarkan pengampunan


TENTERA penentang Gaddafi mencari perlindungan semasa serangan udara dilancarkan ke atas kedudukan mereka di bandar Ras Lanuf, timur Libya, semalam. - REUTERS


HAMBURG 8 Mac - Seorang pemimpin pemberontak Libya, Mustafa Abdel Jalil menawarkan pengampunan kepada Muammar Gaddafi jika pemimpin veteran itu bersedia untuk meninggalkan Libya.

Abdel Jalil, bekas Menteri Kehakiman yang kini mempengerusikan pentadbiran pemberontak dikenali sebagai Majlis Kebangsaan Libya, membuat kenyataan yang disiarkan semalam di laman web majalah mingguan Jerman, Stern.

Beliau mengesahkan rejim Gaddafi ada menghubungi kem pemberontak, tetapi berkata beliau sendiri tidak berhubung dengan pemimpin Libya itu dan tiada rundingan yang dijalankan.

Majlis tersebut yang terdiri daripada wakil dari bandar-bandar yang dikuasai pemberontak di timur Libya menentang campur tangan tentera asing tetapi mahu bantuan untuk menyekat serangan tentera udara Gaddafi.

"Kami merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya menguatkuasakan zon larangan terbang dengan secepat mungkin.

"Tentera udara mesti dihalang daripada mengebom kami," kata Abdel Jalil.

Beliau juga menafikan laporan televisyen Tripoli yang mendakwa pemberontak menggunakan penduduk awam sebagai perisai manusia.

"Rakyat berjuang di pihak kami kerana mereka mahukan revolusi dan sesiapa yang tidak mahu berperang, tidak perlu berperang, kerana kami tidak pernah memaksa mereka," katanya. - dpa



Gaddafi tawar serah kuasa


2011/03/09

SERANGAN udara jet kerajaan terhadap kedudukan penentang Gaddafi di bandar Ras Lanuf menyebabkan pemberontak lari mencari tempat perlindungan.
SERANGAN udara jet kerajaan terhadap kedudukan penentang Gaddafi di bandar Ras Lanuf menyebabkan pemberontak lari mencari tempat perlindungan.

Pemberontak tolak syarat beri kekebalan, jamin aset pemimpin Libya selamat

TRIPOLI: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, menawarkan untuk meletak jawatan selepas 41 tahun berkuasa tetapi ia segera ditolak penentang selepas tawaran itu memberi syarat pemimpin berkenaan tidak didakwa dan asetnya tidak dirampas selain diberi wang tunai, lapor Al Jazeera.
Pemerintah kuku besi itu dikatakan mencadangkan satu mesyuarat dengan Parlimen Libya untuk bersetuju tempoh peralihan kuasa memberi laluan kepadanya meletak jawatan.

Tetapi, beliau juga memberi syarat mengambil langkah itu termasuk kekebalan daripada pendakwaan jenayah dan wangnya dijamin selamat.

Berikutan itu, Majlis Sementara pemberontak berpusat di bandar timur Benghazi menolak tawaran itu kerana jalan keluar itu mungkin menyinggung perasaan mangsa kekejaman Gaddafi.

Beliau dilaporkan menghantar Jadallah Azzouz Talhi, seorang bekas perdana menteri untuk bertemu pemberontak bagi menguruskan perjanjian terbabit.

Tawaran itu menyarankan diktator terbabit akan menyerahkan kuasa kepada satu jawatankuasa yang dibentuk Kongres Rakyat Awam dan diberi wang.
Sumber rapat dengan majlis pemberontak berkata beliau mendengar bahawa ‘satu formula dicadangkan pihak lain pula menyaksikan Gaddafi menyerah kuasa kepada pengerusi parlimen dan meninggalkan negara dengan sejumlah wang yang dijanjikan.”

Beliau menambah: “Saya diberitahu bahawa isu wang ini adalah satu halangan serius bagi majlis berkenaan menerima tawaran itu.”

Namun, Essam Gheriani, seorang pegawai media untuk majlis itu berkata: “Tiada tawaran sebegitu diletakkan kepada majlis setakat yang saya tahu.”

Talhi, seorang anggota parti pemerintah pada 1980-an, sebelum itu merayu kepada pemimpin pemberontak untuk mengadakan dialog dalam satu tanda jelas setakat ini bahawa Gaddafi mungkin bersedia berkompromi dengan pembangkang yang mencabar pemerintahannya.

Hakikat bahawa televisyen tempatan menapis rayuan Talhi memberi petunjuk ia diluluskan secara rasmi. Namun, anggota majlis berkata tiada ruang untuk berdialog dengan Gaddafi dan sebarang rundingan memerlukan beliau meletak jawatan.

Ditanya mengenai ucapan Talhi, pegawai pemberontak Ahmed Jabreel berkata: “Talhi adalah rakan rapat saya dan beliau dihormati secara meluas di Libya sebagai seorang lelaki yang mempertahankan Gaddafi.

“Namun, kami membuat penjelasan sebelum ini bahawa sebarang rundingan perlu supaya Gaddafi meletak jawatan. Tiada kompromi berhubung perkara itu.”

Dua akhbar berbahasa Arab, Asharq Al Awsat berpusat di London dan akhbar Al Bayan, berpusat di Emiriah Arab Bersatu – kelmarin memberi laporan bahawa Gaddafi sedang cuba melarikan diri.

Seorang daripada anak lelaki Gaddafi turut memberi amaran bahawa Libya akan terjerumus ke kancah perang saudara jika bapanya meletak jawatan. – Agensi


Sultan Qaboos rombak Kabinet, akur tuntutan penunjuk perasaan


2011/03/09

MUSCAT: Sultan Qaboos Oman memecat Menteri Ekonomi dan Menteri Dalam Negeri dalam satu rombakan kabinet besar-besaran kelmarin selepas beberapa minggu bantahan anti kerajaan meletus di negara Teluk strategik itu, lapor televisyen tempatan.

“Sultan Oman mengarahkan rombakan majlis menteri,” kata pengumuman televisyen, sebelum mengumumkan rombakan.
Menteri Ekonomi, Ahmad Abdel Nabi Mekki dan Menteri Dalam Negeri Saud Ibrahim al-Busaidi adalah menteri utama ditendang keluar bersama Menteri Perdagangan dan Industri, Maqbool Ali Sultan.

Kementerian Mekki dihapuskan sama sekali, sementara Busaidi digantikan oleh Menteri Perkhidmatan Awam, Faisal Said al-Busaidi, kata agensi berita rasmi ONA.

Rombakan itu sudah dijangka selepas Sultan Qaboos memecat dua menteri Sabtu lalu sebagai maklum balas terhadap tuntutan penunjuk perasaan, yang rasuah dan mempercepatkan proses pembaharuan demokratik.

Sekurang-kurangnya seorang penunjuk perasaan terkorban dalam pertembungan dengan polis di bandar industri utara di Sohar minggu lalu, namun Oman terselamat daripada menyaksikan keganasan yang melanda negara Arab lain termasuk Mesir, Tunisia, Libya dan Yaman.

Bantahan secara aman yang dilakukan penduduk perasaan sambil duduk di bulatan Sohar memasuki hari kesembilan kelmarin dengan aktivis menuntut antara lain pemecatan Mekki dan Sultan.
Seorang daripada penunjuk perasaan, Ali Habib memberitahu, rombakan itu tidak mencukupi dan menteri dilingkari rasuah perlu didakwa. – AFP

Tiada ulasan: