Selasa, 8 Mac 2011

NI LAH PEMIMPIN ..YANG UTAMAKAN KELUARGA BUKAN RAKYAT.... MUNGKIN JAUH DARI MENGIKUT AJARAN ISLAM...SERTA INGATKAN MATI

Anwar: Mahathir terdesak, cuba lindungi anaknya
Mac 8, 11 4:40pm

Tuduhan-tuduhan yang dilontar oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam buku 'A Doctor in the House' atau 'Doktor Dalam Rumah' adalah untuk menutup penyelewengan semasa pemerintahan mantan perdana menteri itu dan demi menjamin masa depan politik anaknya, Muhkriz, kata ketua pembangkang itu.

NONE“Sebenarnya apa yang saya lihat ialah ketakutan dia (Mahathir) terhadap perubahan kerana kezaliman yang berlaku semasa pemerintahannya seperti yang didedahkan dalam buku Barry Wain: Malaysia Maverick. Beliau menghabiskan RM100 bilion lebih (duit rakyat), kata Anwar.

"Mahathir juga mahu menjamin masa depan anaknya seperti yang dilakukan oleh Hosni Mubarak terhadap anaknya Kamal. Dia mahu menjamin anaknya dalam golongan terulung di negara. Ini yang menjadi pertimbangan dia," kata Anwar kepada TVSelangor.

Dalam buku mengenai kisah hidupnya itu, Mahathir sekali lagi mengulangi dakwaan fitnah perlakuan moral Anwar.

Katanya, beliau tidak terkejut dengan pusingan terbaru tuduhan liar oleh Mahathir dan menegaskan bahawa masyarakat celik terhadap motif Mahathir untuk terus menyerang beliau.

Ketuan umum PKR itu berkata pembohongan Mahathir terserlah dalam buku Doktor Dalam Rumah, khususnya apabila mendakwa beliau (Anwar) tidak menafikan tuduhan liwat terhadapnya apabila perkara itu dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno sebelum dia di pecat dari parti.

azlan"Nyata satu lagi pembohongan jahat ialah Mahathir mendakwa kononnya saya mengaku (tuduhan) dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno. Saya tidak akan terkejut sekiranya kuncu-kuncu Umno akan mengesahkan (demikian),” kata Anwar.

"Tetapi kita ada rakaman mesyuarat itu. Sepertimana yang saya ingat, perjalanan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno itu telah bocor dan tidak ada sama sekali pengakuan saya kononnya mengesahkan tuduhan.” kata Anwar.

Meskipun sering mendakwa Anwar kononnya mengamalkan seks liar, Mahathir tidak sekali pun menghadirkan diri di mahkamah untuk memberi keterangan pada perbicaraan Anwar pada tahun 1998, walaupun atas desakan peguambela mantan timbalan perdana menteri itu.

NONESebaliknya Mahathir memilih untuk terus melontarkan tuduhan-tuduhan itu di luar mahkamah, dan di atas kedudukannya sebagai perdana menteri ketika itu.

Selepas berundur dari jawatan itu, Mahathir meneruskan serangan ke atas Anwar dengan sokongan pemimpin-pemimpin Umno yang melihat ketua pembangkang itu sebagai musuh utama parti mereka yang harus ditumpaskan.

Mahathir memuatkan 20 halaman dalam memoirnya mengenai bagaimana beliau mendapat tahu tentang dakwaan kisah seks Anwar dengan lelaki dan wanita, yang membawa kepada pemecatannya pada 1998.

Ia diceritakan di bawah bab bertajuk 'Anwar's Challenge' dalam memoir setebal 800 halaman itu.

Antaranya, Mahathir menceritakan bagaimana beliau menemubual empat gadis yang memberitahunya bagaimana mereka dipujuk untuk bertemu seorang yang sangat berpengaruh, oleh seorang lelaki India yang mereka kenali sebagai Nalla.

Katanya, lelaki itu telah membawa setiap gadis itu secara berasingan ke sebuah rumah di Kenny Hills. Di situ mereka bertemu seorang yang mereka dikenalpasti sebagai timbalan perdana menteri. Mereka diminta menanggalkan pakaian untuk mengadakan hubungan seks.

Kedua-dua mereka, tulisnya lagi, enggan berbuat demikian tetapi yang dua lagi bersetuju. Mereka bersedia bercakap dengan polis dan dengan beliau, tetapi berkeras tidak mahu memberi keterangan di mahkamah.



Liwat II: Pendakwaan tidak kemuka rayuan
Hafiz Yatim
Mac 8, 11
10:32am

Kongsi 162
[IKUTI LAPORAN LANGSUNG]

Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pihak pendakwaan dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya tidak akan membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menggugurkan tiga barangan yang diambil dari sel tempat ketua pembangkang itu ditahan sebagai bukti.

Yusof, ketika dihubungi menjelaskan keputusan hari ini dibuat semasa perbicaraan sedang berlangsung.

Rayuan Anwar, sebelum ini bagi kes yang sama telah ditolak oleh Mahkamah rayuan dan Persekutuan atas dasar ia adalah perkara interlokutori dan bukan dalam bidang defisini sesuatu keputusan pada hujung perbicaraan.

Atas hujah itu, Yusof berkata pihak pendakwaan tidak akan membuat rayuan.

Pagi tadi, mahkamah memerintahkan tiga barangan - berus gigi, botol air minuman dan tuala 'Good Morning' tidak boleh diterima sebagai bukti.

Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman dalam bicara dalam perbicaraan berkata barangan berkenaan diperolehi dengan cara yang tidak sah.

"Mahkamah mendapati tiga barang itu diperoleh secara tidak adil. Barang-barang dan perkara yang berkaitan akan ditolak daripada perbicaraan ini,” katanya.

Justeru, katanya, sampel DNA yang diperolehi itu juga tidak boleh diterima dan memerintahkan barang-barang berkenaan diketepikan.

Ketiga-tiga barang berkenaan diperoleh daripada lokap bahagian jenayah berat ibu pejabat kontinjen Kuala Lumpur pada 17 Julai 2008.

Anwar ditahan di lokap itu semalaman sehari sebelumnya.

Sehubungan keputusan itu, Yusof berkata pihak pendakwaan belum bersedia untuk meneruskan perbicaraan, meskipun beliau mempunyai tiga saksi lagi.

Mahkamah kemudiannya ditangguhkan hingga pagi esok.

Sebelum itu, peguam Karpal Singh ketika menjawap hujah Yusof semalam dalam usaha tidak membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menjadikan tiga barangan kontroversial itu sebagai bukti.

Menurut Karpal, memandangkan tangkapan ke atas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dijalankan secara tidak sah dan barang berkenaan diperolehi secara tidak adil, justeru ia harus ditolak.

Sebaliknya, Yusof pula berkata mahkamah perlu mempertimbangkan sama ada barangan itu adalah relevant meskipun cara ia diperolehi mengkin 'tidak sah'.

Sambil memetik kes mahkamah di negara-negara Komanwel seperti Britain, Amerika, Jamaica dan Afrika, Yusof dalam hujahnya selama dua jam setengah itu berkata puntung rokok dan botol air minuman daripada tertuduh juga diterima sebagai bukti dalam kes serangan seksual dan pembunuhan.

Berdasarkan hujah kedua-dua pihak, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat penghakimannya hari ini.


Bengang dengan Umno, ahli CC Gerakan keluar parti
Mac 8, 11 5:08pm

Dr Hsu Dar Ren, pemimpin pusat Gerakan, memutuskan untuk keluar dari parti komponen BN itu dengan menuding jari ke arah Umno, yang menurutnya mendominasi kuasa politik perikatan tersebut.

Keputusan mengejut itu diumumkan Dr Hsu ketika genap tiga tahun negara mengadakan pilihan raya umum ke-12 di mana BN kehilangan tambahan empat negeri dan majoriti dua pertiga di parlimen pada 8 Mac 2008.

Antara negeri yang tumbang itu ialah Pulau Pinang di mana Gerakan mengetuai kerajaan negeri selama 39 tahun.

NONE"Gerakan sebuah parti yang mempunyai ideologi baik untuk melahirkan masyarakat yang adil dan saksama di Malaysia. Ia juga mempunyai ramai ahli yang (sangat) berhati-hati dalam menerima ideologi ini.

"Malangnya, dalam rangka kerja BN, di mana dalam politik bertunjangkan kaum, hegemoni Umno lebih berkuasa, mustahil bagi Gerakan merealisasikan pendirian ini," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

"Saya telah membuat satu keputusan besar (hari ini).

"Saya telah memutuskan pada ulang tahun pilihan raya umum 8 Mac (hari ini), saya akan keluar Gerakan.

"(Keputusan) ini bukan kerana parti (Gerakan) itu sendiri, yang mempunyai ideologi yang baik, ramai ahli yang baik dan ramai kawan-kawan yang baik, tetapi lebih disebabkan dominasi Umno dalam setiap perkara dalam perikatan (BN)," katanya lagi.

Pemimpin Gerakan Wilayah Persekutuan ini juga berkata beliau kecewa dengan politik berasaskan kaum dan Gerakan sebenarnya semakin berjauhan daripada mencapai ideologi politiknya.

Katanya, disebabkan politik berasaskan kaum, negara ini telah negara berhadapan dengan polarisasi kaum paling buruk, yang tidak pernah disaksikan selama ini.

"Meskipun cuba untuk bertindak dari dalam sejak berdekad lamanya, Gerakan semakin berjauhan daripada mencapai cita-cita ini," katanya.

Malah kata Dr Hsu, selepas tiga tahun pilihan raya umum 2008 beliau merasakan tidak banyak dicapai dalam polisi ke arah menyatukan rakyat dan menyediakan peluang saksama kepada semua kecuali hanya kenyataan-kenyataan retorik.

"Saya merasakan sia-sia bagi saya untuk cuba berjuang dari dalam sistem itu sendiri," katanya lagi.

Berikutan keputusan hari ini, Dr Hsu juga berkata beliau tiada hasrat untuk menyertai mana-mana parti politik.

"Tetapi (saya) akan terus menyuarakan menerusi tulisan dan blog mengenai kepentingan membina masyarakat yang adil dan saksama," katanya lagi.


S'gor timbang biaya kegiatan parti politik
Salhan K Ahmad & Regina Lee
Mac 8, 11
3:21pm

Menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan Selangor bercadang untuk menubuhkan satu yayasan bagi membiayai kegiatan parti-parti politik di negeri itu.

Katanya, tindakan itu antara lainnya bermatlamat untuk mengelakkan anggota parti daripada mengambil peluang dengan menggunakan naungan politik bagi mendapatkan projek dan juga menghentikan perbuatan rasuah.


"Tujuan utama kita adalah untuk memperbaiki demokrasi dan tatacara pentadbiran kerajaan," katanya ketika bercakap kepada Malaysiakini dalam satu wawancara.

NONEJelasnya, isu utama dalam perkara ini ialah masalah pendapatan yang tidak mencukupi bagi seseroang wakil rakyat untuk membiayai kegiatan politiknya.

"Jadi mereka (wakil rakyat) itu perlu mendapatkan bantuan daripada orang lain. Tapi... bila anda mendapatkan sokongan daripada orang lain, secara semula jadinya orang itu akan mengharapkan sesuatu sebagai balasan.

“Oleh itu anda akan (terlibat) dalam konflik kepentingan. Di satu sisi, anda perlu jaga kepentingan (masyarakat). Di sisi satu lagi, anda perlukan sokongan parti untuk pembiayaan.

“Maka, apabila membuat keputusan, anda (tidak akan) bebas. Jika pembiayaan tidak lagi menjadi isu, (proses) membuat keputusan akan ditumpukan kepada (perkara) yang adil dan boleh dilaksanakan," jelasnya.

Kontrak pungut sampah

Khalid berkata perkara itu pada awalnya ditimbulkan dalam satu mesyuarat exco pada Jumaat lalu apabila kalangan anggota exco itu sendiri menyuarakan rasa bimbang akan ditekan oleh ahli parti yang tidak mendapat kontrak kerajaan.

Jelasnya, mesyuarat tersebut membincangkan mengenai penilaian ke atas pengurusan pungutan sampah di negeri itu dan juga peranan oleh Alam Flora Sdn Bhd dan juga sub-kontraktornya.

alam flora waste management 120609 06"Antara yang dibincangkan ialah tentang pemilihan – siapa yang akan mendapat kontrak dan perkara seperti itu. Saya kata, (kerajaan) perlu bertegas dalam soal pemilihan. Ia perlu sempurna dan telus.

"Kemudian ada anggota exco yang kata 'eh, jika kita buat begitu, kita akan ditekan oleh anggota parti kita sendiri jika mereka tidak mendapat sebahagian daripada kontrak itu'," katanya.

Susulan daripada perbincangan itu, anggota exco berkenaan kemudiannya mencadangkan supaya Selangor menganjurkan satu amalan baru di mana kerajaan sendiri membiayai kegiatan parti politik.

"Ini bermakna kita telah mencapai tahap di mana kita sudah sedia untuk berubah. Sebelum ini, semua orang memendamkan perasaan itu – 'oh nanti orang lain pula dapat bisnes, jadi lebih kuat daripada kita.'

"Tapi sekarang, kita sanggup berkata – 'kenapa kita tidak selesaikan pada peringkat makro?'

"Saya juga telah beberapa kali sebut dalam ucapan saya di parlimen mengenai keperluan untuk kerajaan membiayai parti politik supaya kita dalam mengurangkan atau menghapuskan rasuah dan penyalahgunaan kuasa," katanya lagi.

Agih peruntukan ikut jumlah undi

Antara cadangan yang dilontarkan ialah penubuhan tabung amanah oleh kerajaan negeri yang seterusnya mengagihkannya kepada bilangan undi yang diperolehi setiap parti.

azlanLangkah berkenaan telahpun diamalkan di negara Eropah yang telah lama mengamalkan demokraasi seperti Jerman dan Sweden.

"Jadi jika anda menang besar, anda dapat lebih banyak wang. Jika parti anda kecil anda mendapat wang yang kurang. Tapi sedikit demi sedikit, parti ini akan menjadi parti yang lebih besar dan mereka akan dapat lebih lagi.

"Jadi mungkin mereka dapat bergantung kepada duit pembayar cukai bagi pentadbiran parti," katanya lagi.

Tambahnya, kerajaan negeri juga tidak berdepan masalah untuk mengagihkan wang kepada parti BN sekalipun.

"Jika idea kita berjaya (dilaksanakan), BN akan mendapat habuan besar, tapi mereka juga tidak boleh korup, itulah asasnya.

"Mereka juga perlu umumkan siapa yang menyumbangkan wang, seperti di Taiwan, ia akan direkodkan," katanya lagi.

Bukan sekadar utopia

Khalid bagaimanapun menyedari bahawa langkah itu sukar untuk diterima namun beliau optimis bahawa ia bukanlah satu perkara yang tidak mungkin akan tercapai.

"Bagaimana negara Jerman (boleh laksanakan) tapi bukan Malaysia? Ia bukan satu perkara mustahil," tegasnya.

Tambahnya, negara berkenaan mungkin telah mencapai tahap intelektual yang tinggi dalam berpolitik dan juga telah lama mengamalkan demokrasi.

Namun, negara ini juga perlu mempelajari kaedah terbaik daripada hasil yang ditunjukkan oleh negara-negara berkenaan, katanya lagi.

Katanya lagi, langkah pertama yang akan dijalankan adalah menjemput para wakil daripada negara berkenaan untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai idea itu dalam satu forum yang akan diadakan pada April.


Tiada ulasan: