| Ahmad Danial | ||
| JASIN, 9 Feb: Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Kintan Man menyeru seluruh pengundi Dun Merlimau supaya menjadikan pilihan raya kecil Dun tersebut sebagai medan untuk melakukan protes terhadap kenaikan harga minyak dan barangan yang semakin menghimpit rakyat sekarang. Kintan berkata bahawa kerunsingan terhadap kenaikan harga minyak dan barangan keperluan harian sememangnya bersarang di hati rakyat namun rakyat khususnya orang Melayu tiada kekuatan untuk mengalihkan undi mereka kepada Pakatan Rakyat. "Minda orang Melayu telah didoktrinkan oleh Umno BN bahawa kenaikan harga barang ini tidak dapat dibendung dan ianya merupakan perkara biasa yang tidak dapat dielakkan. "PAS dan PR mesti berusaha gigih untuk memberikan penerangan kepada rakyat bahawa kerajaan BN hari ini gagal menguruskan kenaikan harga barang ini dengan baik sehingga rakyat semakin terhimpit dan sengsara," tegas Kintan yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat. Menurutnya, rakyat khususnya pengundi Dun Merlimau mesti diberi kefahaman bahawa antara sebab berlakunya kenaikan harga barang ialah kerana meningkat kos pengeluaran dan pengangkutan disebabkan kenaikan harga minyak yang sebenarnya boleh dielak oleh kerajaan. "Malangnya kerajaan BN sendiri yang menaikkan harga minyak dengan menghentikan subsidi walaupun pada masa yang sama keuntungan Petronas dan kerajaan meningkat disebabkan kenaikan harga minyak dunia. "Selain itu kerajaan juga gagal mengawal dan menangani masalah kenaikan harga barang yang dilakukan oleh pengeluar dan pemborong barangan keperluan sehingga semua tuntutan untuk menaikkan harga dipersetujui oleh kerajaan tanpa sebarang tindakan yang konkrit untuk menanganinya," tambah Kintan ketika ditemui oleh bilik operasi pilihanraya kecil Dun Merlimau di sini pagi ini. Kintan mengajak seluruh pengundi Merlimau supaya bangkit memprotes kegagalan kerajaan menangani isu ini dengan memberikan undi kepada calon PAS pada pilihanraya kecil Dun Merlimau yang akan berlangsung pada 6 Mac ini.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Rabu, 9 Februari 2011
LEKA DENGAN KESENANGAN DUNIA...LUPA PADA MATI DAN HARI DIBANGKITKAN SEMULA...HINGGA ISLAM DAN TANGGUNGJAWAB HAMBA ALLAH DILUPAKAN
Guna kuasa undi protes 'barang naik'
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
KOTA BHARU, 9 Feb: Gerakan Membantu Pelajar Kelantan-Mesir (Getir) mendakwa tindakan proaktif diambil pihaknya mendesak Kerajaan Pusat supaya membawa pulang pelajar Malaysia sebaik tercetusnya ‘revolusi Mesir’.

Laporan tersebut - yang disediakan oleh naib presiden PKR, Fuziah Salleh - memperincikan apa yang berlaku, dengan satu kumpulan melancarkan rampasan kuasa terhadap Pajudin, yang telah dibawa dan ditahan tanpa kerelaannya oleh satu lagi kumpulan pada malam 24 Januari.
Laporan itu menyebut Pajudin (kanan) dijadualkan bertemu dengan ketua-ketua cabang pada jam 8 malam tersebut untuk menyediakan senarai kepimpinan baru - sebelum Fuziah menyertai mereka pada jam 9:30 malam, untuk memuktamadkannya.

Dalam buku terbaru mengenai Mahathir, yang berjudul 'Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad', bekas perdana menteri yang meneraju Malaysia selama 22 tahun itu mengakui bahawa beliau berang dengan tindakan polis tersebut.
"Yeah, tapi apa yang boleh saya lakukan? Saya perlu menerima hakikat bahawa mereka adalah orang-orang yang membuat keputusan. Saya memberikan kuasa umum kepada mereka untuk bertindak," kata Mahathir.
Kerajaan kemudian menawarkan penjelasan bahawa tangkapan ISA yang kedua terbesar sejak rusuhan perkauman 13 Mei adalah 'perlu' bagi membendung 'ketegangan perkauman' yang semakin memuncak akibat protes besar-besaran berhubung pelantikan pengetua bukan berpendidikan Cina di sekolah-sekolah vernakular Cina.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan