LETAK JAWATAN ITU YANG TERBAIK....KALAU MANUSIA PUN KALAU LAMA DAH NYAYUK....SAMALAH DENGAN MEMERINTAH......
Hosni dikeji rakyat sendiri
APABILA disebut tentang Mesir, salah satu tamadun paling lama di dunia, umum mungkin akan mengenang monumen-monumen popular seperti piramid Giza dan Sphinx, universiti Islam paling lama dan terkenal, Universiti Al-Azhar, bandar bersejarah Memphis dan banyak lagi.
Mesir juga selama ini mempunyai nama baik sebagai sebuah negara yang aman dan stabil daripada semua aspek, termasuk politik. Tetapi siapa sangka, negara contoh seperti Mesir itu sebenarnya menyembunyikan imej sebenar apabila isi huninya tidak berpuas hati dengan kepimpinan negara itu.
Ia kini mempunyai wajah yang berbeza. Imej Mesir sekarang bukan sahaja dicela dengan demonstrasi jalanan dan darurat, malah telah mengakibatkan pelbagai jenis perhubungan telekomunikasi tersekat serta pelbagai sumber mendedahkan bahawa ibu negara Mesir, Kaherah berada dalam keadaan membahayakan.
Kesemua hiruk-pikuk yang wujud ini bukanlah terhadap sesuatu organisasi, parti politik atau tanda protes terhadap sesuatu negara. Ia sebenanrnya merupakan serangan secara langsung oleh penduduk-penduduk Mesir yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan presiden mereka, Hosni Mubarak.
Memegang tonggak kepimpinan nombor satu negara itu sejak 30 tahun yang lalu adalah satu tempoh yang sangat lama. Hosni, 82, terlalu kukuh atau berdegil dengan mengekalkan kuasa yang dipegang sejak tahun 1981 berikutan pembunuhan presiden sebelum itu, Anwar Sadat.
Anwar Sadat yang mati dibunuh dalam satu acara perbarisan tentera memperingati Israel Arab, telah diganti oleh Hosni yang ketika itu berkhidmat dalam Tentera Udara Mesir dan Naib Presiden pada tahun 1975 di bawah Anwar.
Produk tentera udara
Hosni dilahirkan pada 4 Mei 1928 di Kafr-El-Meselha selepas tamat sekolah tinggi dan menyertai Akademi Militer Mesir, di mana beliau menerima Darjah Sarjana Muda dalam Sains Ketenteraan pada 1949.
Pada tahun berikutnya, Hosni menyertai Akademi Tentera Udara Mesir dan akhirnya mendapat Sarjana Muda Sains Penerbangan dan di tugaskan dalam skuadron pengebom.
Selepas itu, Hosni diterima masuk ke sekolah latihan juruterbang Kean, Moscow dan sebaik menyempurnakan latihannya itu, Hosni menjadi pegawai Tentera Udara Mesir dan diberi mandat berkhidmat sebagai juruterbang dan naik pangkat menjadi panglima markas. Kerjaya tentera udara beliau sampai kemuncaknya pada 1972 apabila menjadi Komander Tentera Udara.
Beliau kemudian mengahwini wanita kacukan berdarah Barat, Suzanne dan mempunyai dua orang anak lelaki, Alaa dan Gamal Hosni Mubarak. Media melaporkan Alaa dan Gamal dipercayai sejak sekian lama dipersiapkan sebagai pengganti Hosni kelak.
Hosni mempunyai personaliti tersendiri apabila sering diibaratkan sebagai pemimpin Arab yang berkawan rapat dengan kuasa besar Barat, Washington selama berdekad-dekad tahun.
Ekoran keakraban itu, beliau juga pernah beberapa kali menjadi sasaran pembunuhan kumpulan tertentu yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan beliau.
Namun, selepas 30 tahun memegang tampuk kuasa Mesir, 25 Januari lalu menjadi tarikh keramat rakyat Mesir bangun menentang Hosni.
Bermula dengan puluhan ribu, demonstrasi di seluruh negara dengan pusat utamanya terletak di Dataran Tahriri bertukar ngeri apabila limpahan penunjuk perasaan melonjakkan sehingga angka lebih 300,000.
Ia dikatakan bakal bertambah satu juta orang sebagaimana yang diumumkan sejak awal. Yang pasti, demonstrasi itu kini bertukar rusuhan berdarah apabila pertembungan berlaku antara penyokong Hosni dan anti-Hosni.
Pada hari kelapan dilaporkan seramai 300 nyawa terkorban manakala 3,000 lain tercedera.
“Perubahan kuasa akan dilakukan secara aman.” Demikian kenyataan Hosni merujuk kepada hari-hari awal demonstrasi yang sebenarnya tidak membawa apa-apa erti.
Berita-berita melaporkan ketegangan yang berpusat di ibu kota Mesir, Kaherah telah berkembang ke beberapa tempat di luar Kaherah dan ia semakin membahayakan orang awam termasuk lebih 14,000 warga Malaysia yang berada di sana.
Walaupun sebelum ini Hosni yang pernah dirujuk sebagai firaun moden Mesir, berjaya menyelamatkan diri daripada enam percubaan bunuh, namun, kebangkitan rakyat mungkin akan menjatuhkannya.
Kebangkitan rakyat bukan sekadar melampaui sejarah silam terhadap ketidakpuasan yang ditunjukkan terhadap Hosni selama ini malah, menyebabkan dua sekutu kuatnya juga membuat langkah menjauhkan diri daripadanya.
Pada 31 Januari, tenteranya mengumumkan tidak akan mencederakan peserta demonstrasi aman dan pada 1 Februari, Presiden Amerika, Barrack Obama menghantar maklumat melalui dutanya meminta Hosni supaya tidak menunggu pilihan raya.
Bagaimanapun Hosni tetap nekad dengan keputusannya untuk menamatkan penggal pemerintahan sehingga September ini.
“Saya akan berkhidmat ke arah bulan-bulan terakhir ini untuk membolehkan peralihan kuasa secara aman (dapat diadakan).
“Ini tanah air saya... saya tinggal di sini, saya berjuang bagi negara ini dan saya mempertahankan negara ini, kedaulatan dan kepentingan negara ini.
“Di bumi ini, saya akan mati. Sejarah akan menilai saya dan kita semua,” ungkap Hosni.
Rapat dengan Israel
Hosni, presiden paling lama di Mesir sejak sistem beraja digulingkan pada tahun 1950-an.
Dia juga satu-satunya pemimpin Arab yang terus mengekalkan kedamaian dengan Israel dan hubungan rapat dengan Amerika Syarikat dilihat pernah bertindak menahan dan memenjara pengkritik, menghapuskan parti pembangkang serta mengatur pilihan raya.
Di sebalik ketidakhirauan orang awam, kemarahan terhadap pemimpin ini terus berkembang selari dengan keadaan ekonomi yang semakin lumpuh.
Penunjuk perasaan menggunakan kemudahan Internet secara optimum untuk menjalan dan merancang demonstrasi. Mereka juga mendapat motivasi daripada pergerakan yang dilakukan di Tunisia, yang dilakukan sebulan sebelum berjaya mengguling tampuk pemerintahan 23 tahun pemerintah autokratik, Zine El-Abidine Ben Ali.
Bangga dengan revolusi Mesir
Dalam pada itu Kosmo! yang sempat menemu bual wartawan akhbar Al-Ahram Weekly, Rasha Sadek melalui laman sesawang sosial diberitahu, keadaan penduduk di sana masih dalam stabil dan mereka baru memperoleh sambungan rangkaian Internet.
“Beberapa hari yang lalu banyak pertubuhan politik dan awam yang memberikan pelbagai berita untuk kami terus aktif melapor keadaan huru-hara, rompakan, gangsterisme dan kecurian yang menjadi isu sebenar bagi orang awam di rumah. Kami membentuk satu jawatankuasa awam untuk melindungi rumah, aset dan harta benda.
“Ia satu pengalaman yang baik. Saya bangga dengannya, Saya berpendapat apa yang berlaku di Mesir sebagai satu revolusi yang paling pantas dan berjaya untuk dinikmati. Ia mengambil masa 29 hari bagi Tunisia tetapi, hanya seminggu untuk kami bersatu dan berdemonstrasi secara besar-besaran.”
“Media memberikan fokus terhadap apa yang berlaku. Bebas dan adil. Tetapi ia tidak akan berakhir. Apabila berlaku pembentukan kuasa, kita akan menghadapi lebih banyak peraturan,” jelas Rasha ketika dihubungi Kosmo! menerusi laman Facebook yang baru dibuka semula pada Rabu, lalu.
Pensyarah Sains Politik di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Pengajian Strategik, Fakulti Sains dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Rashila Ramli, yang dihubungi Kosmo! berkata, secara umumnya pemerintahan yang mengambil tempoh masa yang lama, semestinya memberikan satu persepsi yang tidak menyenangkan rakyat.
“Ini kerana, pemerintahan yang lama akan ada elemen-elemen kekurangan praktis demokrasi. Mengikut penyelidikan, penggal sesuatu pemerintahan adalah selama enam tahun atau lapan tahun bagi dua penggal. Ada sebab mengapa ia dihadkan sebegitu. Ini kerana lebih lama seseorang memerintah, unsur pemerintahan yang tidak baik boleh wujud dan kepekaan kepada kehendak rakyat mungkin pudar,” ulas beliau.
DUNIA
Puluhan ribu solat di Dataran Tahrir
KAHERAH - Puluhan ribu penduduk Mesir bersolat di Dataran Tahrir, Kaherah dan berdoa bagi menuntut supaya Presiden Mesir, Hosni Mubarak berundur dengan segera.
Perhimpunan itu menumpukan usaha ke arah meminta Hosni yang memerintah selama 30 tahun berundur dengan segera.
"Hari ini merupakan hari terakhir, hari ini adalah yang terakhir," kata para penunjuk perasaan.
Suasana di Dataran Tahrir kelmarin umpama satu pesta dengan nyanyian beramai-ramai para penunjuk perasaan anti-Hosni.
Menteri Pertahanan, Mohamed Hussein Tantawi turut hadir di dataran itu manakala tentera mengawal ketenteraman.
Mohamed kelihatan berbual dengan beberapa askar di dataran tersebut.
Hosni dibenci oleh para penunjuk perasaan kerana beliau dianggap gagal membawa kemajuan di negaranya ekoran kadar pengangguran yang tinggi, menindas ahli politik pembangkang dan pentadbirannya dianggap melakukan korupsi. - Agensi
DUNIA
Pentadbiran AS bincang Hosni segera berundur
WASHINGTON - Rundingan dilakukan oleh pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dengan para pegawai kanan Mesir berhubung kemungkinan Presiden Mesir, Hosni Mubarak berundur dengan segera.Seorang pegawai AS mendedahkan bahawa Washington tidak akan mengenakan sekatan ke atas Mesir ekoran tunjuk perasaan besar-besaran bagi menuntut peletakan jawatan Hosni.
"Kami telah mengadakan perbincangan dengan para pegawai Mesir mengenai pelbagai cara berbeza untuk untuk memulakan proses (peralihan kuasa), tetapi semua keputusan itu terletak di tangan rakyat Mesir," kata pegawai tersebut.
Jabatan Negara AS dan White House tidak mendedahkan maklumat terperinci mengenai perbualan para pegawai AS dengan Mesir.
Naib Presiden Mesir, Omar Sulaimen kelmarin berbual dengan Naib Presiden AS, Joe Biden.
Perbualan itu dibuat selepas Omar turut bercakap dengan Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton. - Agensi
Hosni bosan, mahu berundur
WASHINGTON - Presiden Mesir, Hosni Mubarak kelmarin menyatakan beliau berasa bosan selepas 62 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam.
"Saya berasa bosan. Selepas 62 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam, saya rasa sudah mencukupi. Saya mahu berundur," kata Hosni yang berumur 82 tahun dalam satu temu ramah dengan wartawan terkenal, Christiane Amanpour dari stesen televisyen Amerika Syarikat (AS), ABC.
"Jika saya meletakkan jawatan hari ini, akan berlaku huru-hara," katanya.
Hosni menyalahkan Pergerakan Persaudaraan Muslim yang menjadi pembangkang di Mesir kerana keganasan yang berlaku di Kaherah sejak 25 Januari lalu.
"Saya tidak berasa gembira dengan apa yang berlaku kelmarin. Saya tidak mahu melihat penduduk Mesir bergaduh sesama mereka," kata Hosni kepada Amanpour.
Para penunjuk perasaan yang mendesak peletakan jawatan Hosni menyalahkan kumpulan penunjuk perasaan pro-Hosni kerana melepaskan tembakan ke arah orang ramai selain membawa pisau dan batang kayu di Dataran Tahrir, Kaherah yang merupakan tempat lokasi perhimpunan tunjuk perasaan.
Komen Mubarak berhubung Pergerakan Persaudaraan Muslim itu dibuat selepas Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman menyatakan pergerakan tersebut telah dijemput untuk bertemu dengan pentadbiran baru selepas rombakan Kabinet sebagai sebahagian daripada dialog negara dengan semua parti.
Ketika ditanya mengenai perasaannya apabila orang ramai menjerit dan mahu beliau berundur, Hosni berkata: "Saya tidak peduli apa yang orang perkatakan mengenai saya. Buat masa ini, saya mengambil berat mengenai negara saya, saya mengambil berat mengenai Mesir."
Sejak protes menuntut peletakan jawatannya selepas 29 tahun berkuasa, Hosni muncul dua kali di televisyen tetapi tidak muncul di khalayak ramai.
Dalam penampilan di televisyen sebelum ini pada Selasa lalu, beliau menyatakan tidak akan bertanding untuk mengekalkan jawatannya dalam pilihan raya September depan.
Namun, kenyataan itu tidak memuaskan hati para penunjuk perasaan yang mahu beliau berundur.
Hosni memberitahu Amanpour dalam temu ramah terbarunya itu bahawa beliau berasa lega selepas menyatakan tidak akan bertanding semula.
Menurutnya, beliau tidak pernah berhasrat untuk menjadikan anaknya, Gamal sebagai Presiden seperti yang dipercayai kebanyakan orang.
Semasa ditemu ramah itu, Gamal berada bersamanya.
Hosni turut menganggap Presiden AS, Barack Obama sebagai seorang lelaki yang baik tetapi teragak-agak memberikan jawapan semasa ditanya jika beliau berasa dikhianati oleh AS.
Sebelum ini Obama menyatakan Hosni sepatutnya memulakan proses melakukan peralihan kuasa secara aman.
Hosni berkata, beliau pernah memberitahu Obama bahawa: "Anda tidak memahami kebudayaan Mesir dan apa yang akan terjadi jika saya berundur sekarang."
Menurut Amanpour, beliau pergi ke Istana Presiden untuk membuat temu ramah dengan Naib Presiden Mesir pada mulanya tetapi bertanya kepadanya sama ada Hosni juga boleh diwawancara.
"Dalam tempoh apa yang dilihat cuma beberapa minit, saya dibawa ke sebuah bilik besar di mana beliau (Hosni) sedang menunggu," kata Amanpour dalam blognya.
"Beliau (Hosni) menyambut saya dengan mesra dan kami mula berbual. Beliau (Hosni) kelihatan penat tetapi sihat," katanya.
Amanpour berkata, Hosni memberikan persetujuan apabila beliau meminta sama ada perbualan itu boleh dilaporkan. - Reuters
DUNIA
Pemimpin Agung Iran selar Hosni
TEHERAN - Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, menyelar Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang dilabelkannya sebagai orang gaji pemimpin Israel dan Amerika Syarikat.Beliau yang berkata demikian dalam khutbah Jumaat di sini semalam menegaskan selama 30 tahun Mesir berada di tangan seorang pemimpin yang tidak bercita-cita untuk mendapatkan kebebasan.
Menurutnya, Hosni adalah musuh kepada mereka yang sedang mencari kebebasan.
"Beliau bukan sahaja tidak anti-Zionis tetapi merupakan teman, rakan, tempat mengadu dan hamba Zionis. Buktinya kehambaan Hosni terhadap Amerika tidak mampu membawa Mesir satu langkah ke arah kemakmuran," katanya.
Khamenei yang juga merupakan pemimpin agama Iran berkata, Israel adalah negara yang paling prihatin tentang pemberontakan di Arab.
"Hari ini apa yang lebih penting daripada para pegawai Tunisia dan Mesir yang melarikan diri, Israel dan Zionis yang paling bimbang tentang peristiwa ini kerana jika Mesir berhenti menjadi sekutu mereka dan meletakkannya di tempat yang betul, ia akan menjadi peristiwa besar di kawasan itu," katanya. - AFP
Ratusan ribu sertai ‘hari pengunduran’
PENUNJUK perasaan berhimpun di Medan Tahrir selepas solat Jumaat, semalam.
Ratusan ribu penunjuk perasaan yang berkubu sepanjang malam di Medan Tahrir di Kaherah, yang menjadi tumpuan utama demonstrasi menentang Mubarak yang tidak pernah berlaku sebelum ini, disertai oleh orang ramai yang datang ke tempat itu dari seluruh penjuru bandaraya Kaherah sejak awal pagi dalam demonstrasi hari ke-11 itu.
Selepas pertempuran berdarah beberapa hari lalu antara penunjuk perasaan dan kumpulan proMubarak dengan insiden membaling batu tercetus, kumpulan penunjuk perasaan kini memakai topi keselamatan sebagai langkah berjaga-jaga. Kedua-dua kumpulan menjalankan pemeriksaan pengenalan diri sebelum memasuki medan berkenaan bagi mengelak pihak bertentangan menyusup masuk dan seterusnya mencetuskan provokasi.
Menteri Pertahanan, Mohammed Hussein Tantawi turut mengunjungi medan itu dengan memakai topi tentera bagi menyaksikan sendiri keadaan di situ, lapor televisyen kerajaan.
Naib Presiden, Omar Suleiman yang menjadi pilihan Washington dalam rancangan menggantikan kepemimpinan Mubarak pada masa depan lewat malam semalam menuntut supaya penunjuk perasaan menghentikan demonstrasi, namun berjanji pihak tentera tidak akan menggunakan sebarang kekerasan terhadap penunjuk perasaan.
Washington mengecam keras keganasan yang berlaku terhadap kumpulan penunjuk perasaan itu yang menyebabkan sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan lebih 800 lagi cedera sejak beberapa hari lalu dengan mengatakan mereka mempunyai bukti bahawa kejadian itu dirancang.
Jurucakap Jabatan Negara, Philip Crowle berkata, kerajaan Ameika Syarikat mengesan keganasan itu dilakukan pihak yang rapat dengan kerajaan dan parti pemerintah walaupun tidak berapa jelas sejauh mana kaitan mereka. - AFP
Iran: Presiden Mesir hamba Israel, AS
“Selama 30 tahun negara ini (Mesir) diperintah seseorang yang tidak memperjuangkan kebebasan dan musuh kepada mereka yang memperjuangkan kebebasan,” kata Ali.
“Beliau bukan saja tidak antiZionis tetapi beliau adalah teman, rakan dan hamba kepada Zionis. Hakikatnya, Hosni Mubarak yang menjadi hamba kepada AS tidak mampu membawa Mesir ke arah kemakmuran,” kata Ali yang mendakwa Israel adalah negara paling bimbang mengenai revolusi rakyat Arab. “Hari ini Israel dan Zionis adalah pihak yang paling dilanda kebimbangan terhadap kejadian yang berlaku kerana mereka tahu jika Mesir berhenti menjadi sekutu mereka dan mengambil tindakan yang wajar, maka keadaan akan berubah di rantau Arab,” katanya lagi. - AFP
Amr Mussa ingin bertanding
“Saya tidak rasa Mubarak akan berundur. Saya rasa beliau akan mengekalkan jawatannya hingga akhir Ogos,” katanya kepada stesen Radio 1 Eropah di Perancis.
Mubarak menegaskan beliau tidak akan akur dengan tuntutan penunjuk perasaan antikerajaan dan akan mengekalkan jawatannya hingga pilihan raya September nanti. - AFP
Ikhwan kekal tuntutan
“Kami bersama dengan semua parti politik yang menyokong dialog dengan sesiapa saja yang mahu melaksanakan pembaharuan di negara ini selepas perletakan jawatan pemimpin yang zalim dan rasuah,” kata pemimpin tertinggi Ikhwan, Mohammed Badie kepada televisyen Al-Jazeera, semalam.
“Kami mempunyai satu tuntutan. Sebaik ia dipenuhi, kami sedia berunding,” katanya, ketika ditanya mengenai kesediaan Ikhwan untuk berbincang dengan naib presiden yang baru dilantik, Omar Suleiman.
Dalam ucapan menerusi televisyen sebelum ini, Omar menyatakan rancangan untuk berbincang dengan parti pembangkang, termasuk Ikhwan.
“Kami mempelawa mereka berunding. Tetapi mereka menolak,” kata Omar mengenai Ikhwan, yang secara rasminya diharamkan di Mesir.
Jurucakap Ikhwan, Mohammed Mursi berkata Khamis lalu, pihaknya menolak semua bentuk dialog dengan rejim itu.
Mohammed Badie, dalam wawancara semalam berkata, perletakan jawatan Hosni yang memerintah Mesir sejak 32 tahun lalu adalah tuntutan seluruh rakyat Mesir.
“Rakyat mahu beliau meletak jawatan hari ini. Rakyat tidak mahu beliau menangguhkan perletakan jawatannya, walaupun untuk satu jam lagi. “Rejim yang rasuah itu mesti meletak jawatan hari ini,” katanya.
Kerajaan Mesir menuduh Ikhwan cuba mengambil kesempatan terhadap tunjuk perasaan yang mengkucar-kacirkan negara itu sejak 11 hari lalu. Ikhwan menguasai rangkaian bantuan sosial yang berpengaruh di Mesir. - AFP
Penyokong Hosni serang wartawan
Mereka dipukul dengan kayu dan ditumbuk sementara lebih 20 ditangkap oleh pasukan keselamatan.
Wartawan berkenaan melaporkan mereka menjadi sasaran serangan penunjuk perasaan pro-Presiden Hosni Mubarak di Medan Tahrir, tempat berlakunya pertempuran sengit antara kumpulan itu dengan kumpulan penentang yang menuntut beliau meletak jawatan selepas 30 tahun memerintah.
Kerajaan Mesir menuduh media bersimpati terhadap penunjuk perasaan yang mahukan Hosni meletak jawatan sekarang dan bukan sehingga penggal perkhidmatannya tamat Ogos.
Antara mereka yang ditahan ialah koresponden The New York Times, Washington Post dan Al-Jazeera.
Pertubuhan hak asasi manusia juga menjadi sasaran.
Beberapa kumpulan itu berkata, ramai aktivisnya ditangkap selepas serbuan yang dilakukan oleh polis tentera terhadap sebuah pusat perundangan di Kaherah. - AP
Bekas Menteri Pertahanan Israel bimbang rejim Mesir jatuh
Bekas jeneral tentera Zionis itu memuji Hosni kerana menyokong Israel sepanjang 30 tahun pemerintahannya, lapor akhbar Arutz Sheva.
“Ketika menonton ucapan Hosni di mana beliau mengumumkan akan meletak jawatan, saya sungguh sedih,” kata Ben-Eliezer.
Dia menyelar cara pihak berkuasa Amerika Syarikat menangani krisis di Mesir dengan berkata: “Pentadbiran Amerika masih tidak menyedari bencana yang akan menimpa Timur Tengah.” Menurutnya, kumpulan utama pembangkang, Ikhwanul Muslimin akan menang jika pilihan raya diadakan di Mesir.
Menurutnya, akan ada satu Timur Tengah yang baru jika keadaan itu berlaku. Ikhwan sebelum ini berkata, jika pemberontakan di Mesir berjaya, negara itu akan mengadakan pungutan suara untuk menentukan nasib perjanjian damai 1979 dengan Israel. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan