Polis preman didakwa tampar, rompak wanita hamil
Ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng, yang dihubungi wanita tersebut
- Chow Soo Meng, 36 - pagi ini, mendakwa anggota polis berkenaan mencuri kira-kira RM20,000 wang tunai dan beberapa barangan lain dari wanita tersebut.
"Polis mengambil beberapa jenis rokok, enam botol minuman keras, oren mandarin dan tiga kartun minuman tin," kata Chow dalam laporan polisnya.
Dalam laporan yang dibuat di balai polis Kepong, Chow berkata, anggota polis dari Jabatan Narkotik Petaling Jaya, turut mengambil 30 kad sim telefon bimbit dan memindahkan kamera TV litar tertutup dari kedainya.
Tidak satupun daripada barang-barang tersebut telah dikembalikan. Katanya, bila dia meminta dipulangkan wang tunai RM20,000 anggota polis yang menahannya enggan berbuat demikian dan memintanya janga buat isu atau hadapi risiko ditahan semula, kata Lim ketika dihubungi Malaysiakini.
Lim yang ditemui bersama Chow hari ini berkata, wanita itu telah mengunci jeriji pintu kedainya kerana dia seorang diri dari kira-kira jam 5 ptang Isnin, apabila kira-kira 10 lelaki datang pada kira-kira jam 6.30 petang dan menuntut dibenarkan masuk.
Bagaimanapun, katanya, apabila Chow enggan berbuat demikian, mereka mula menjerit terhadapnya dan memotong jeriji. Mereka kemudiannya menggari tangannya dan membawanya ke balai polis Damansara Utama.
Di sana, kata Lim lagi, Chow dipaksa menjalani ujian dadah, sebelum dibawa ke Jabatan Kastam di Kelana Jaya dan diberitahu yang dia tidak membayar cukai bagi minuman keras dan rokok.
"Dia diminta datang semula ke pejabat Jabatan Kastam di Kelana Jaya pada 2 Mac," tambah Lim.
'Nama saya Anwar dan saya bukan pengganas'
"Nama saya Anwar dan saya bukan pengganas," katanya, meniru watak yang dimainkan oleh bintang terkemuka India, Shah Rukh Khan.
Gaya beliau gamat disambut ketawa ribuan penyokong PKR yang menghadiri program jelajah PKR di Petaling Jaya malam tadi.
Anwar menjawab kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa beliau sedang disiasat kerana disyaki ada hubungan dengan satu 'kumpulan pengganas' yang berasal dari Arab Saudi.
Hishammuddin menyatakan demikian ketika mengulas laporan CNN yang mendakwa melihat dokumen yang mendakwa satu siasatan dijalankan oleh Arab Saudi ekoran aduan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa ada personaliti di negara itu yang membiayai Anwar.
Laporan CNN itu juga mengatakan bahawa siasatan tersebut tidak menemui sebarang bukti wujudnya hubungan tersebut.
Para pemimpin PKR telah menolak dakwaan tersebut sebagai satu lagi usaha untuk mencemarkan Anwar.
Tepukan untuk Rosmah di ceramah PKR
Nama Rosmah sering meniti di bibir lapan pemimpin Pakatan yang berucap dalam ceramah parti di Petaling Jaya, walaupun sebahagian besarnya menghentam beliau, ketika mereka mengambil giliran membidas cara perbelanjaannya, dengan disambut gelak ketawa para hadirin.
Kebanyakan mereka menyindir Rosmah yang mengakui sebagai 'wanita pertama' Malaysia walaupun ia tidak sedemikian di segi protokol dan konvensyennya.Mereka mengatakan bahawa BN adalah kerajaan Bini Najib," kata ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam ucapannya yang mencetuskan gelak ketawa para hadirin.
Teriakan beruk, kedengaran di kalangan penyokong dalam reaksi mereka ketika Anwar menyentuh abjad program seperti ETP dan NKRA, menyamakannya dengan K-E-R-A.
Turut berucap ialah ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad; ahli parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo; ahli parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad; timbalan speaker DUN Selangor, Haniza Talha; ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian, ahli parlimen Batu, Tian Chua .
Gambar Rosmah turut ditayangkan pada skrin di pentas setiapkali mereka membuat komen mengenai dirinya.
Namun, Rosmah bukan satu-satunya personaliti yang disentuh penceramah malam tadi. Turut menjadi sasaran ialah pengerusi PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang juga ahli parlimen Pasir Mas.
Mkini dilarang 'mungkin' wartawannya bukan Melayu
Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan wartawan Malaysiakini - yang berketurunan India - tidak dibenarkan masuk kerana dia bukan seorang Melayu.
Pada masa yang sama, seorang anggota sekretariat majlis tersebut yang tidak mahu namanya disebut berkata, majlis semalam dianjurkan oleh Mubarak Wilayah Persekutuan dan semua arahan datang dari cawangan tersebut.
"Kami tidak diberi penjelasan sebelumnya, tetapi kami hanya diberitahu pada hari berkenaan, supaya tidak membenarkan blogger masuk. Saya tidak tahu sebabnya, jadi saya meminta sekretariat WP berurusan terus dengan wartawan berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.
"Ada kemungkinan wartawan bukan Melayu tidak dibenarkan masuk kerana topik majlis tersebut adalah tentang masa depan orang Melayu, tapi anda perlu tanya pada sekretariat WP."
Pejabat Mubarak WP, bagaimanapun, ditutup kerana cuti Tahun Baru Cina.
Acara Mubarak adalah wacana berjudul "Bangsa Melayu dan Masa Depannya" yang dihadiri oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, yang ucapannya disiarkan secara meluas oleh media.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan