Rabu, 2 Februari 2011

BEREBUT JADI BAPAK....DAH JADI BAPAK KENALAH JAGA ANAK2....JAGA ANAK2 ITU WAJIB...SEBAB DAH JADI TANGGUNG JAWAB...JANGAN PILIH2....TAK ADIL

Apa nasib anak saya di Mesir?
Abdul Manap Tajudin

Kecuhan dan rusohan masih berterusan di Kaherah dan tidak tahu bila akan tamat! Rakyat menjadi semakin marah dan pemberontakkan terus membara dan membakar jiwa rakyat Mesir selagi Hosni Mubarak tidak turun dari pemerintahan.

Tetapi bagaimana dengan keadaan dan nasib pelajar-pelajar Malaysia di Kaherah??? Kenyatan akhbar dari setiap menteri iaitu dari PM, TPM @ Menteri Pelajaran, Menteri Pengajian Tinggi dan Tim.Menteri Luar adalah berbeza. Masing-masing memberikan kenyataan yang mengelirukan dan mencemaskan semua ibubapa sanak saudara pelajar-pelajar. Pihak Kedutaan di Cairo langsung tidak dapat.

i) Kenyataan PM dalam Utusan Malaysia:-

Pelajar-pelajar akan dibawa dengan kapal tentera TLDM di Lautan Merah ke pelabuhan Suez/Said untuk membawa pelajar-pelajar TRANSIT di Jeddah sebelum diterbangkan balik ke Malaysia.

ii) Kenyataan TPM@Menteri Pelajaran & Menteri Pengajian:-

TIADA KEPERLUAN DAN KEPENTINGAN untuk membawa pelajar-pelajar Malaysia balik. Keadaan tidak cemas dan membimbangkan, semuanya "SELAMAT".
Inilah dikatakan 'RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN' atau ‘RAKYAT DIKETEPIKAN , MENTERI DIUATAMAKAN’

iii) Kenyataan Tim. Menteri Luar @ Kohillan Pillay:-

Pelajar-pelajar akan dibawa keluar esok (02.02.11) dengan apa jua penerbangan yang ada ke ........(tak tahu ke mana?????) kerana TLDM lambat dalam tindakan.

Kesemua kenyataan di atas dilihat seolah-olah masing-masing menteri mengikut sedap kepala sendiri untuk mengeluarkan kenyataan tanpa merujuk kepada keadaan sebenar yang berlaku di Kaherah. Ke mana menghilang Duta Besar Malaysia di Cairo??? Apakah beliau terikat tangan dan kaki serta mulut untuk memberi nasihat tentang keadaan yang meruncing di Kaherah???

Ulasan:-

a) Kenyataan PM ada bernasnya kerana kita gunakan TLDM kerana mereka sudah ada diperairan Laut Merah tetapi bila dihubungi Markaz Tentera Laut di Lumut mereka, bagaimana mahu memasuki samada Pelabuhan Suez atau Port Said kerana pihak Kedutaan Besar Malaysia di Cairo belum memohon kelulusan berlabuh dan masih menunggu SERU dari MKN dan Wisma Putra. Jadi berapa lama perlu ditunggu untuk mendapat kelulusan memasuki pelabuhan??? 1 hari atau 1 minggu atau 1 bulan atau 1 tahun?????
Pihak Kedutaan tidak dapat dihubungi untuk mendapat jawapan. Kononnya, katakan dapat dan hendak di hantar ke Jeddah. Adakah kemudahan visa untuk memasuki Saudi telah diperolehi??? Penulis cuba menghubungi Konsul Jeneral di Jeddah dukacita tidak dapat dihubungi dan diberitahu beliau berada di Cairo (special envoy kononnya).

Cuba pula menghubungi Kedutaan di Riyadh, langsung telefon tidak berjawab hingga mahu tercabut tangan. Dimakluman bahawa Duta sedang bercuti tahun baru Cina di Malaysia dan Menteri Penasihat memang tidak akan menjawab panggilan telefon. Kemudian hubungi Konsulat Jeddah dimaklumkan oleh Ketua Canseri Haji Zuhrin bahawa Konsulat Jeddah telah tubuhkan Jawatankuasa untuk misi tersebut dan hanya tunggu arahan dari Wisma dan pihak MKN.

Untuk keterangan lebih lanjut beliau suruh hubungi Dato' Hidayat Konsul Jeneral dan Wisma Putra. Lega jugak dengan jawapan tersebut tetapi bab VISA masih belum terjawab BOLEH ATAU TIDAK diperolehi dalam waktu terdekat seperti Visa On Arrival dan berapa lama pula tempohnya???? Masalah akan timbul jika sudah belayar ke Jeddah dan tiba dipelabuhan tidak naik ke darat kerana TIADA VISA.Bagaimana ini???

b) Kenyataan oleh TPM dan Menteri Pengajian Tinggi menunjukkan sikap menteri tak bertanggungjawab kepada nyawa dan keselamatan pelajar. TIADA KEPERLUAN ini bermakna pelajar Malaysia di Kaherah ini TIDAK HARGA ATAU NILAI kepada negara!!!!! Biar apa mahu terjadi lantaklah begitulah lebih kurang maksudnya. Hanya pelajar di UK/US/Australia/Canada/New Zealand/Germany yang berharga dan bernilai dan perlu diberi sepenuh perhatian jiwa raga!!!!! Oh beginikan jawapan seorang Menteri Pelajaran dan Menteri Pengajian Tinggi!!!!

c) Kenyataan Kohillan Pillay senada dengan Samy Vellu bila memberi kenyataan macam HERO filem Tamil Sivaji My Boss......Esok dibawa keluar dengan penerbangan TETAPI sudahkagh siap senarai pelajar-pelajar berkenaan dan akan DIBAWA TERBANG KE MANA?????????

Dari sumber di Kaherah melalui telefon yang sekejap dapat sekejap terputus, dimaklumkan oleh anak saya di Kaherah bahawa pegawai-pegawai dari MKN dan Konsul Jeneral di Jeddah yang tiba pagi tadi sibuk melayan Kohillan Pillay dan siap mengarahkan kakitangan kedutaan pergi mencari makanan masakan Malaysia seperti Nasi Lemak, Beehoon goreng dan sebagainya.

Mereka berkumpul di rumah duta datang untuk makan masakan Malaysia BUKAN DENGAN TUJUAN MEMBANTU MASALAH PELAJAR MALAYSIA yang sudah kebahisan makanan, tidak tentu tempat tinggal dan dalam keadaan terancam keselamatan. Kalau ini satu kenyataan yang bohong sila hubungi staf kedutaan yang keluar merunggut bila mendapat arahan tersebut hingga terdengar kepada pelajar Malaysia yang tunggu diluar rumah duta.

Memalukan......inikah sikap pegawai-pegawai MKN@JPM?????? Patutlah bila dihubungi Konsul Jeneral Jeddah jawapan yang diberikan sedang makan bersama Kohilan Pillay (ini kenyataan dari wakil akhbar BH yang saya hubungi).

Semasa berlaku banjir di Jeddah pada 26.01.2011 patutlah sukar untuk hubungi beliau dan benarlah apa yang didakwa oleh rakyat Malaysia di Jeddah bahawa Konsul Jeneral ini pentingkan diri sendiri dan tidak mesra rakyat. Kalau telefon dia tidak akan jawab kalau nombor tidak diketahui. Sebab itu tidak ada tindakan yang diambil semasa banjir berlaku....dan hairan bagaimana pulak beliau boleh diarahkan ke Kaherah untuk membantu sedangkan masalah sendiri pun tidak terpikul!!!!!!

Ada yang mengatakan kerana Konsul Jeneral ini baik dengan Pengarah MKN maka ditawarkan dirinya ke Cairo bukan untuk pelajar tetapi ada udang disebalik mee. Kononnya mahu melobi kepada Menteri hendak jadi Duta ke Spain atau Europe jadi terpaksa membuat lakunan. Difahamkan beliau ini jenis lepas tangan kerana bila dia dapat tahu pelajar akan dihantar ke Jeddah maka lebih baik beliau ke Cairo maka tanggungjawab ini akan dipikul oleh pegawai-pegawainya yang berada di Jeddah.

ii) Paling memeranjatkan bila dapat diketahui dari PERWAKILAN kerana saudara saya ahli perwakilan bahawa KOnsul Jeneral yang agak kurang cerdik tersebut telah mengesyorkan pelajar-pelajar dibawa keluar dengan menyewa bas dari Jeddah supaya dating ke Cairo dan membawa pelajar-pelajar keluar.
Aduhhh bertambah sesak nafas……kalau sudah keadaan rusuhan sedemikian bagaimana mahu menaiki bas. Dengar khabar semua perkhidmatan bas dihentikan kerana keselamatan terancam. Tidak ada bas yang beroperasi dari Cairo ke Jeddah sbelum ini pun tetapi Konsul Jeneral mengesyorkan menaiki bas. Demi letak waras fikiran??? Bukan perjalanan dengan bas itu banyak risiko dan mengancam nyawa dan keselamatan pelajar dan keluarga mereka.

iii) Sehingga kini difahamkan pegawai dari MKN, Tim.Menteri , Pak Duta dan KOnsul Jeneral tidak menjenguk lansung pelajar dan hanya membuat sandiwara bahawa mereka ke Cairo adalah untuk membantu pelajar sedangkan hakikatnya mereka bersuka-suka dan makan minum sahaja.

iv) Tempat penampungan sementara di Madinatul Hujjaz pun belum beroperasi dan kebersihan belum dijalankan dan bagaimana kah hendaklah menampun pelajar=pelajart ke tempat tersebut?????

Maka dengan penjelasan di atas saya amat berharap pihak Harakah Daily dapat memapar berita untuk tatapan semua rakyat Malaysia dan janganlah hendak diperbodohkan rakyat terutama keluarga dan termasuklah anak saya.

Kita tegakkan kebenaran dan hancurkan kepalsuan.

Saya yang benar,


ABDUL MANAP TAJUDDIN


Kerajaan perlu bertindak segera sebelum terlambat
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 2 Feb: PAS mendesak kerajaan bertindak segera sebelum terlambat dengan menghantar kapal terbang bagi membawa keluar seluruh pelajar dan rakyat Malaysia daripada Mesir yang kini kian meruncing akibat kebangkitan rakyat terhadap pemerintahan 30 tahun Hosni Mubarak.

“Memandangkan keadaan di Mesir yang tidak menentu bahkan keadaan bertambah kritikal, sewajarnya tindakan segera perlu diambil,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan ke Harakahdaily.

Tuan Ibrahim turut berkata kerajaan persekutuan mesti memberikan keutamaan kepada keselamatan nyawa rakyat Malaysia kerana keadaan di Mesir semakin tidak terkawal sekarang dan tiada tanda-tanda yang ianya akan reda dalam masa terdekat.

Sebelum ini, ramai yang membidas kelambatan kerajaan Malaysia dalam membuat keputusan untuk membawa lebih kurang 10,000 pelajar negara yang kini terkandas di Mesir berbanding negara jirannya, Indonesia.

Pada petang semalam, Indonesia dilaporkan akan menghantar sebuah pesawat sewa khas untuk memindahkan rakyatnya yang berjumlah 6,200 orang dari negara itu manakala kerajaan Malaysia masih lagi sedang menimbang menggunakan kapal serbaguna Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang bertugas di Teluk Aden, Timur Tengah untuk operasi pemindahan pelajar-pelajar Malaysia yang kini berada di Mesir.

“Kalau pihak kerajaan beria-ia menghantar misi pengaman ke beberapa negara untuk keselamatan dan keamanan negara luar, apakah keselamatan rakyat tidak menjadi keutamaan?

Sudah sampai masanya kerajaan menghantar penerbangan khas bagi membawa keluar rakyat Malaysia, sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakan negara barat bagi menyelamatkan warga negara mereka yang melancong ke Mesir,” bidas Tuan Ibrahim.

Mengenai keadaan di Mesir, Tuan Ibrahim berkata hanya dengan peletakan jawatan seluruh rejim Mubarak dan satu pilihanraya bebas boleh menstabilkan kembali keamanan di negara tersebut.

“Kita tidak mahu nasib rakyat Mesir menjadi mangsa campurtangan luar, sebagaimana berlaku di Iraq akibat seorang pemimpin, maka negara hancur,” katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Sementara itu, pada pukul 1 pagi selepas laporan ini ditulis, Bernama telah melaporkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akhirnya telah memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi laut dan udara.

Mengikut laporan Bernama, keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke Mesir yang diketuai Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Sahlan Ismail.

“Beberapa langkah segera akan diambil untuk membawa keluar pelajar-pelajar kita dari Mesir. Kapal itu dijangka tiba di Pelabuhan Adabiah pada 5 Februari. Ia dapat memuatkan kira-kira 500 pelajar kita,” Najib dipetik sebagai berkata.

Najib juga dipetik sebagai berkata bahawa syarikat penerbangan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia telah diminta untuk melakukan penerbangan khas ke Kaherah untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia.

“Mereka (MAS dan AirAsia) akan memaklumkan kepada saya Rabu mengenai kemungkinan menggunakan pesawat mereka untuk tugas ini," katanya.

Dalam pada itu, blog (http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/) yang melaporkan berita-berita terkini keadaan pelajar-pelajar Malaysia mengesahkan bahawa Putrajaya telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi tengah malam tadi bahawa mereka akan dikeluarkan menggunakan kapal yang berlabuh di Teluk Aden.

“Pelajar di Alex sudah mula mengemas dan berkumpul untuk bersedia dibawa keluar dari Mesir melalui kapal terbang dan dibawa keluar dari Mesir. mereka akan dipindahkan ke negara berjiranan Mesir, BUKAN DIHANTAR PULANG,” kata blog itu lagi.


Bawa balik pelajar di Mesir, bukan pindah
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 2 Feb: Hasil daripada komunikasi dengan persatuan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang menaungi lebih 5,000 orang pelajar di Mesir kelmarin, beberapa perkara yang dibincangkan dan mesti diambil tindakan segera bagi menjamin keselamatan dan kebajikan kepada rakyat Malaysia lebih 10,000 orang yang berada di 10 negeri seluruh Mesir.

Berdasarkan apa yang sedang berlaku dan kemungkinan yang akan berlaku ke atas semua penuntut Malaysia yang berada di Mesir, pendirian Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (Ilmam) Malaysia menggesa Kerajaan Malaysia membawa balik seluruh pelajar Malaysia di sana, bukan menghantar ke negara-negara jiran atau ke kawasan setempat yang dikira selamat kerana keadaan yang berlaku telah menjalar ke seluruh negara jiran dan seluruh Mesir.

“Tindakan ini juga dilakukan oleh beberapa negara lain seperti Britain dan lain-lain selepas melihat situasi di sana yang semakin bahaya,” kata Timbalan Presiden Ilmam, Mohd Farhan Madzlan.

Katanya, kerajaan mesti memberikan keyakinan kepada seluruh pelajar bahawa mereka yang dibawa pulang, boleh kembali untuk menyambung semula dan menamatkan pelajaran mereka.

“Harapan kepada seluruh media, sila dapatkan maklumat yang tepat supaya tidak berlaku pencanggahan dan menambahkan keruncingan bagi pihak pelajar dan keluarga mereka,” katanya.

Menurutnya, maklumat boleh didapati secara langsung dari Presiden PMRAM, Ustaz Shahrizan Mohd Hazime di talian +20113771841.

Katanya, pihaknya telah menubuhkan Unit Aduan Dan Maklumat khusus bagi isu itu untuk menyalurkan maklumat terkini mengenai pelajar, keadaan dan kebajikan untuk pelajar Malaysia di sana yang boleh menghubung:

Mohd Farhan Madzlan (019-2103035)

Syed Toriq, Perlis (013-5190501)

Mohd Nizam Mohd Noh, Kedah (019-5586401)

Ahmad Farizan Abd Hadi, Pulau Pinang (013-6650388)

Zawawi Hasan, Perak (013-5908377)

Syed Abdul Kadir, Selangor (017-7770282)

Wan Ahmad Rasyidi Wan Othman, Kuala Lumpur (012-3484140)

Norazman Muhammad, Negeri Sembilan (019-6400062)

Zarul Salleh, Johor (019-6813876)

Mohd Saifuddin, Pahang (013-9341730)

Mohd Azizul Hisham, Terengganu (019-9544780)

Abdul Fatah, Kelantan (013-9210960)

“Akhirnya, kami menyeru kepada rakyat Malaysia supaya mendoakan kesejahteraan rakyat Malaysia di sana. Dan kami akan membuat kenyataan dari semasa ke semasa,” ujarnya.



PAS seru Cina buat perubahan, tukar kerajaan
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 2 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru kepada seluruh masyarakat Cina di negara ini, semoga terus melakukan perubahan untuk menukar pemerintah yang ada kepada Pakatan Rakyat.

Ini, katanya bagi mencuba alternatif yang baru untuk menyelesaikan kemelut ekonomi negara.

“Semoga dengan sambutan Tahun Baru Cina ini akan meningkatkan lagi hubungan kekeluargaan dan hubungan antara kaum di negara ini dan seterusnya berjaya membina masyarakat dan negara yang lebih sejahtera,” ujarnya dalam perutusan sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut esok.

Berikut perutusan penuh beliau.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh rakyat Malaysia berbangsa Cina. Masyarakat Cina di Malaysia yang merupakan komuniti kedua terbesar di negara ini, merupakan juga penyumbang besar kepada pembinaan negara Malaysia.

Tahun Baru Cina yang biasanya dimulakan dengan semangat kekeluargaan dengan majlis makan besar setiap anggota keluarga merupakan sesuatu yang sangat baik ke arah membina masyarakat yang sejahtera. Di tengah kemelut masyarakat Malaysia yang berhadapan dengan keruntuhan moral dan jenayah yang parah, yang antaranya juga berpunca daripada keruntuhan institusi keluarga, masyarakat Cina tampil membawa budaya baik iaitu ‘makan besar’ yang merapatkan semangat kekeluargaan.

Kita juga berhadapan dengan kemelut ekonomi yang menyebabkan rakyat berhadapan dengan tekanan hidup akibat kenaikkan harga barang keperluan. Masyarakat Cina juga tidak terlepas menyambut Tahun Baru Cina dalam situasi tersebut. Keadaan ekonomi yang parah ini juga dibayangi oleh pengumuman-pengumuman manis pemerintah yang menjanjikan persekitaran ekonomi yang lebih baik, namun dalam masa yang sama keperluan rakyat terus terhimpit akibat salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlaku.

Saya menyeru kepada seluruh masyarakat Cina di negara ini, semoga terus melakukan perubahan untuk menukar pemerintah yang ada kepada Pakatan Rakyat, bagi mencuba alternatif yang baru untuk menyelesaikan kemelut ekonomi negara. Semoga dengan sambutan Tahun Baru Cina ini akan meningkatkan lagi hubungan kekeluargaan dan hubungan antara kaum di negara ini dan seterusnya berjaya membina masyarakat dan negara yang lebih sejahtera.

Selamat Tahun Baru Cina.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden PAS



Pakatan tetap bongkar isu tanah Pulau Jerejak

Fakhri Ali

GEORGETOWN, 2 Feb: Skandal penyerahan tanah di Pulau Jerejak oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) terdahulu sebelum peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat (PR) akan tetap dibongkar bagi memberi pendedahan sebenar kepada rakyat.

Mengulas mengenainya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerugian yang mencecah RM30 juta adalah satu skandal yang melibatkan kerugian kepada rakyat dan juga kerajaan negeri.

"Rakyat mengalami kerugian bersama-sama dengan kerajaan negeri. Wang premium tanah yang sepatutnya bernilai RM10.6 juta untuk 32 hektar tidak dibayar. Pulau Jerejak tidak kita perolehi. Pulangan pun tiada. Ia kerugian semata-mata.

"Kini sudah tiba masanya bagi kita mendapatkan semula Pulau Jerejak dan jumlah wang yang begitu banyak telah diberikan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang kepada mereka," ujarnya lagi.

Isu skandal penyerahan tanah Pulau Jerejak kepada Perbadanan Pembangunan Bandar atau UDA dan operasi perjalanannya kepada Tropical Island Resort telah berlaku semasa zaman pemerintahan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sebagai Ketua Menteri.

Ekoran dari kerugian tersebut, kerajaan negeri telah membuat keputusan akan mengedarkan sebanyak 300 ribu risalah mengenai penyelewengan tersebut semasa zaman BN dahulu bagi menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat negeri ini.

Risalah yang diterbitkan dalam Bahasa Malaysia dan juga Mandarin itu telah mula diedarkan.

Ia juga bagi memberi peluang kepada rakyat untuk membuat penilaian mengenai pentadbiran yang berlaku dizaman BN dengan kerajaan negeri sedia ada dari PR.


Himpunan bantah campurtangan AS di Mesir Jumaat ini
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 2 Feb: Gabungan parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menamakan diri mereka sebagai Himpunan Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir akan membuat tiga desakan terhadap Amerika Syarikat, Jumaat ini.

Desakan itu akan dibuat dalam himpunan besar-besaran bagi menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat 4 Februari ini.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiyat berkata, tiga desakan tersebut ialah menggesa Amerika berundur dari Mesir, tidak campur tangan dalam urusan rakyat Mesir memilih pemimpin mereka serta mendesak seluruh dunia memberi tekanan kepada Presiden Mesir, Husni Mubarak agar meletakkan jawatan.

"Kita mengajak seluruh rakyat untuk menyertai himpunan yang akan bermula di Masjid As-Syakirin KLCC selepas solat Jumaat.

"Kita akan berarak dari masjid menuju ke kedutaan Amerika Syarikat dan akan disertai oleh beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, dekat sini hari ini.

Menurutnya yang juga pengarah himpunan tersebut, sebanyak lebih 50 NGO telah menyatakan persetujuan untuk turut sama dalam himpunan yang dijangka akan dihadiri lebih 1,000 orang itu.

Antaranya Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Citizens International, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) dan lain-lain pertubuhan.

Tambahnya, mereka turut mempelawa BN dan parti komponennya serta NGO di bawahnya untuk menyertai himpunan ini kerana ianya merupakan isu nasional tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama.

"Kita mengajak pertubuhan lain yang barangkali tak bersama hari ini seperti Umno, MCA, MIC dan pertubuhan-pertubuhan bukan Islam juga digalakkan untuk hadir. Ini merupakan isu besar yang memerlukan sokongan semua pihak tanpa mengira politik dan agama," katanya.

Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid pada sidang media sama berkata, pihaknya menyokong penuh himpunan tersebut dan akan mengerahkan seramai mungkin ahlinya untuk hadir.

"Saya mewakili Mapim menyokong penuh himpunan ini dan akan mengerah seramai mungkin ahli untuk menghadiri perhimpunan ini.

"Sebanyak 28 organisasi di bawah Mapim akan dikerah untuk hadir," katanya yang juga Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras).

Sementara itu, Naib Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh meminta Kerajaan Malaysia menyatakan pendirian poitik mereka terhadap kebangkitan yang sedang berlaku di Mesir dan tidak bersikap berkecuali.

"Kita kena lihat sikap dan polisi Malaysia berhubung dengan negara lain dan nasib rakyat negara lain. Kalau prinsipnya adalah satu prinsip yang besar seperti keadilan dan juga demokrasi, saya percaya satu sikap perlu dinyatakan dengan jelas oleh Malaysia dan sepatutnya mestilah menyokong usaha rakyat Mesir," katanya yang juga Timbalan Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM).

Ditanya sebab mengadakan himpunan ke Keduataan Amerika, Suhaizan berkata ianya keran jelas selama ini Amerika memberikan sokongan penuh kepada kerajaan Mesir.

"Amerika Syarikat sudah lam menjadi penyokong kuat diktaktor Mesir.

"Hosni Mubarak bergerak di bawah bayang Amerika, di bawah telunjuk Amerika jadi kita mintak Amerika tidak campur tangan di Mesir dan dalam masa sama kita mengasak seluruh dunia agar mengesa Hosni meletakkan jawatan," katanya.

Menyentuh soal permit, beliau berkata, pihaknya tidak bercadang untukk memohon permit namun berharap pihak polis memberikan kerjasama bagi melancarkan himpunan berkenaan.

Turut bersama pada sidang media ialah Setiausaha Agung JIM, Nahar Mohd Nor dan Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Abdul Ghani Shamsudin.


3 kapal TUDM akan berlepas ke Mesir
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 2 Feb: Tiga kapal terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan berlepas segera ke Mesir bagi mengeluarkan rakyat khasnya pelajar Malaysia dari negara yang sedang bergolak itu.

Mereka juga akan membawa barangan keperluan harian termasuk bekalan makanan kepada mereka yang terperangkap di sana.

Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali (gambar) memaklumkan perkara ini kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan Wisma Putra bagi menyelaraskan proses bantuan kerajaan negeri Selangor dengan Wisma Putra.

Ini berikutan pergolakan yang berlaku di Mesir sekarang ekoran dari usaha jutaan rakyatnya mahu menyingkirkan presidennya, Hosni Mubarak.

Akibat kekecohan berlaku, ada segelintir pihak yang mengambil peluang untuk kepentingan diri mereka termasuk merompak dan mengacau pelajar Malaysia di sana.

Tekanan telah dibuat kepada kerajaan agar usaha dibuat segera untuk mengeluarkan rakyat Malaysia dari kawasan bergolak itu.

"Saya baru selesai berjumpa dengan Wisma Putra untuk selaraskan proses bantuan Kerajaan Negeri Selangor dengan Wisma Putra.

"Tiga kapal terbang Tentera Udara akan berlepas ke Mesir membawa keperluan harian seperti makanan dan membawa pelajar yang berada di Mesir ke Jeddah untuk ditempatkan sementara di Bangunan Tabung Haji," kata Dr Halimah, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.

Menurutnya, lawatan beliau ke bilik operasi bantuan pelajar Mesir di Kompleks MAIS pada 9.20 pagi tadi mendapati lima talian yang disediakan sentiasa dihubungi oleh ibubapa seluruh negara.

Pegawai Lembaga Zakat Selangor, JAIS dengan bantuan pasukan sukarelawan Briged Amal Selangor akan mengendalikan perkhidmatan ini untuk memberi khidmat menyalurkan maklumat pelajar di Mesir kepada keluarga mereka.

Pegawai sibuk cari makanan Malaysia untuk Kohilan Pilay

Sementara itu, solat hajat di masjid-masjid seluruh negeri Selangor telah bermula, katanya.

"Saya mengharapkan tindakan pantas pihak kementerian yang berkenaan supaya dapat memastikan bekalan makanan, air, ubat-ubatan serta keperluan pelajar wanita diberi keutamaan dan disegerakan disamping keselamatan yang sememangnya perlu dipantau," katanya lagi.

Sementara itu, seorang bapa pelajar yang menghubungi Harakahdaily marah dengan sikap para pegawai Malaysia di Mesir sekarang ini.

"Dari sumber di Kaherah melalui telefon yang sekejap dapat sekejap terputus, dimaklumkan oleh anak saya di Kaherah bahawa pegawai-pegawai dari MKN dan Konsul Jeneral di Jeddah yang tiba pagi tadi sibuk melayan Kohillan Pillay dan siap mengarahkan kakitangan kedutaan pergi mencari makanan masakan Malaysia seperti Nasi Lemak, Beehoon goreng dan sebagainya.

"Mereka berkumpul di rumah duta datang untuk makan masakan Malaysia BUKAN DENGAN TUJUAN MEMBANTU MASALAH PELAJAR MALAYSIA yang sudah kebahisan makanan, tidak tentu tempat tinggal dan dalam keadaan terancam keselamatan. Kalau ini satu kenyataan yang bohong sila hubungi staf kedutaan yang keluar merunggut bila mendapat arahan tersebut hingga terdengar kepada pelajar Malaysia yang tunggu diluar rumah duta.

"Memalukan......inikah sikap pegawai-pegawai MKN@JPM?????? Patutlah bila dihubungi Konsul Jeneral Jeddah jawapan yang diberikan sedang makan bersama Kohilan Pillay (ini kenyataan dari wakil akhbar BH yang saya hubungi)," tulis seorang bapa kepada Harakahdaily.

Tiada ulasan: