Sebaliknya, kata pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof kesilapan itu mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Saya fikir senarai nama PR di laman web JPN adalah senarai lama yang belum dikemaskini,” kata Abdul Aziz dalam SMS kepada Malaysiakini malam semalam.
Katanya, hanya rakyat Malaysia yang boleh memohon untuk mendaftar sebagai pengundi.
"PR tidak dibenarkan kecuali Kementerian Dalam Negeri meluluskan permohonan mereka sebagai rakyat Malaysia. Jika tidak permohonan mereka sebagai pengundi secara automatik akan ditolak oleh sistem saringan SPR selepas menyemak status mereka dengan sistem JPN - Agency Link Up System (Alis)," katanya.
Namun, kata Abdul Aziz SPR akan mempamerkan daftar pemilih tambahan yang dikeluarkan setiap empat bulan untuk tatapan umum selama seminggu.
"Pengundi di kawasan itu boleh membantah (jika mendapati ada penyelewengan),” katanya.
Abdul Aziz mengulas kontroversi di mana terdapat dakwaan bahawa penduduk tetap didaftarkan sebagai pengundi dan nama mereka tersenarai pada daftar pemilih tambahan yang baru. Status penduduk tetap itu kemudiannya 'dinaik-taraf' sebagai warganegara dalam beberapa jam, mengikut sistem pengesahan online JPN.
- Izmil Amri · Top Commenter · Penolong Pegawai Penerangan at Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang"...permohonan mereka sebagai pengundi secara automatik akan ditolak oleh sistem saringan SPR selepas menyemak status mereka dengan sistem JPN - Agency Link Up System (Alis)" -- Ada pun sistem antara agensi. Maka kenapa susah sangat nak daftarkan pengundi dan bersihkan daftar pemilih? Habaq mai sat.
- Amir Syohib Alyahya · Top Commenter · Harvard Universityletak jawatan jela..dah banyak isu, klo kat negara lain xpayah suruh pn letak jawatan.
- Azriey Ahmadbanyak pulak sepak terajang org tua ni.....pandai sungguh putar belit..
- Abdul Rahman Muhydin · Top Commenter · Sekolah pondok je..kerakyatan pun dimanipulasi apatah lagi biometrik!
- Rasdi Ismail · Top Commenter · University of Sunderland, Sunderland, United Kingdom
Selain Mismah, 52 lagi PR jadi warganegara dikesan
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 2 Ogos: Jangan terkejut jika bukan Mismah sahaja yang statusnya penduduk tetap disebelah pagi bertukar menjadi warganegara sebelah petang, malah pertukaran serupa turut melibatkan ramai lagi. Pengundi baru: Pagi tadi PR, petang ini warganegara Dia kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana butiran identifikasi dirinya direkodkan. Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR. Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru. Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang ini menunjukkan hasil yang mengejutkan - Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru. Statusnya pada sistem pengesahan dalam talian SPR kekal sama pada jam 3 petang - pengundi yang baru berdaftar dalam senarai daftar tambahan pemilih yang dipamerkan oleh semakan umum.
Persatuan kontraktor bidas MCA kerana hina Melayu Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang mendakwa MCA menghina kemampuan dan keupayaan kontraktor bumiputera apabila parti itu mempertikaikan pemberian kontrak kepada mereka. “Nampaknya MCA begitu jahil sekali kerana tidak faham istilah tender terbuka yang membenarkan semua kontraktor tanpa mengira kaum dan agama bersaing untuk projek kerajaan negeri, termasuk yang melebihi harga RM200,000.00 dan memilih yang paling baik dari segi harga dan kualiti. “Dengan hanya mempertikaikan pemberian kontrak kepada Melayu, adakah MCA bersifat perkauman dengan memandang rendah keupayaan kontraktor Melayu yang dianggap tidak setaraf atau sebaik dengan kontraktor lain?” kata pemangku yang dipertua persatuan itu Datuk Izham Merican dalam satu kenyataan media. Sebaliknya, beliau memuji dan menyanjungi ketua menteri Lim Guan Eng (kiri) yang bersikap profesional tanpa mencampur aduk politik dan kaum dalam usaha membantu rakyat, di samping sering menyatakan pendirian berdasarkan fakta dan maklumat yang benar. Beliau mengulas kenyataan Ketua Wanita MCA Pulau Pinang Tan Cheng Liang kerana menuduh Lim sebagai anti-Cina semata-mata kerana kerajaan negeri, di bawah sistem tender terbuka, telah meluluskan projek kepada kontraktor bumiputera. Izham juga mengingatkan MCA supaya sedar bahawa dalam semua kaum ada golongan yang baik dan ada yang tidak sebegitu baik, termasuk dalam masyarakat Cina sendiri. Secara adil
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan