Rabu, 3 Ogos 2011

DAH BANYAK PENYELEWENGAN DIBUKTIKAN...TAK KAN NAK BERDALIH....BONGKAK DAN CAKAP BESAR...ALLAH SAJA BOLEH SOMBONG...MATI BERULAT KALAU TAK MATI SYAHID

PMRAM telah diharamkan di MESIR

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir adalah satu persatuan yang telah lama sejak sebelum merdeka lagi... perjuangan dan pengorbanan Ahli PMRAM ini sangat dihargai dan jasanya sudah semesti dikenang sampai bila2.. TAPI !!! itu dulu...

Perjuangan PMRAM hari ini semakin lama semakin hanyut dibuai mimpi indah gara-gara sebilangan besar ahlinya terlalu ekstrem menceburi POLITIK MALAYSIA... Penentangan kepada kerajaan sudah menjadi perkara yang sinonim dengan perbuatan dikalangan ahli-ahli mereka ini... sepatutnya mereka di sini belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dengan lebih cemerlang... dan sepatutnya mereka lebih berasa bangga kerana mereka kebanyakannya merupakan mahasiswa pengajian islam di univesiti al ahzar...

Sejak perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan di dataran hayyur assir(penempatan rumah negeri terengganu) pelbagai peristiwa yang berlaku dikalangan mahasiswa dan juga kepada pegawai kedutaan besar malaysia dan Pegawai HEP negeri-negeri yang ada disini...

Pembuangan Firdauz(presiden SUARA) yang merupakan pelajar darul ifta menjadi isu pertama paling hangat sejak BERSIH 2.0 dilakukan oleh mereka... firdauz merupakan pelajar tahun akhir di darul ifta. semasa "meeting" di kedutaan besar malaysia bersama dato duta, beliau telah menceritakan beberapa perkara yang sebenarnya telah berlaku... DARUL IFTA adalah satu univesiti yang melahirkan MUFTI2 agama... Univesiti darul ifta ini tidak sewenangnya untuk membuang pelajar dari pengajian kerana iainya dibawah mufti MESIR... pihak kedutaan hanya memberikan penjelasan kepada pihak DARUL IFTA di atas penglibatan pelajar berkenaan di dalam perhimpunan BERSIH 2.0 yang tidak mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan negera mesir...

Perkara ini telah dibesar-besarkan oleh HARAKAH di malaysia dengan memainkan isu "bakal mufti di buang atas arahan Kedutaan malaysia di kaherah" ... perkara ini adalah satu fitnah jahat yang dilakukan oleh HARAKAH... kerana pembuangan pelajar berkenaan bukanlah arahan daripada KEDUTAAN tetapi adalah arahan dari MUFTI MESIR sendiri... kerana mufti mesir juga melarang sama sekali perhimpunan atau demontrasi dilakukan oleh pelajar bagi menentang kerajaan..

Sejak kejadian tersebut, ahli2 PMRAM dan beberapa persatuan negeri telah membuat sholat dan doa laknat kepada kesemua pegawai kedutaan di kaherah bertempat di hayyur assir... semasa kedatangan menteri di pejabat perdana menteri dato jamil khir melakukan kerja di kaherah, pelajar2 ini sekali lagi membuat demontrasi untuk menyerahkan memorendum kepada beliau.( masa ini dilakukan di rumah Wilayah Persekutuan) perkara ini sungguh menjelikkan kerana mereka tidak menghormati kedatangan MENTERI di bumi kaherah...

perkara ini telah dipanjangkan ke pihak univesiti kaherah untuk diberikan maklumat...Syeikh Al-Azhar telah membuat satu perjumpaan dengan semua ketua2 pertubuhan dan persatuan negeri dipejabatnya di al azhar... amat menduka citakan bahawa, Syeikh Al Azhar telah menerima satu surat rasmi daripada wakil mahasiswa yang ditandatangani oleh PRESIDEN PMRAM menyatakan mereka tidak perlu hadir dengan 3 perkara...( surat berkenaan ada dalam simpanan saya. dan saya akan mengeluarkan sekiranya saya dituduh memfitnah atas perkara ini) ... inilah perkara yang paling membuatkan orang no 1 al azhar berang dan terus berkata " saya mahu ketua persatuan yg tidak menghadiri pertemuan ini di buang dari pengajian termasuk yang mentandatangani surat ini(Pres PMRAM). -klip video juga ada pada simpanan pegawai EME-

Syeikh Al Azhar telah mengarahkan sendiri pihak kedutaan besar malaysia untuk menyerahkan nama-nama yang terlibat di dalam perhimpunan BERSIH 2.0 bagi diambil tindakkan untuk dibuang dari pengajian... perkara ini di minta sendiri oleh Syeikh Al Azhar dan bukannya dari pihak kedutaan.. disaksikan sendiri oleh 9 wakil pelajar yang hadir dipejabatnya termasuk wakil KELAB UMNO KAHERAH, IMAM (melaka) , N9 dan juga persatuan anak Sabah dan Kelantan. dan beberapa ayat lagi keluar daripada Syeikh Al Azhar iaitu " PMRAM harus diharamkan" dan " Sesiapa yang terlibat dengan persatuan PMRAM juga akan dibuang dari pengajian" ...

saya tidak pandai membuat ayat untuk di baca... tetapi saya hanya mengeluarkan ayat setelah saya lalui dan apa yang lahir dari hati... bukan mahu memburukkan keadaan tetapi inilah kebenaran yang sebenarnya...


nurkilan wan motor


Nurul Mardhiyyah Azmi
Kenitra, Maghribi

Nurul Mardhiyyah Azmi, Universiti Ibn Tofail, Kenitra, Maghribi

Ucapan: Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan Idul Fitri kepada keluarga di Kota Damansara, Selangor, Pahang dan Terengganu, guru-guru dan rakan-rakan di SHAMS, UIA dan di mana sahaja. Semoga menjadi insan bertaqwa, maaf zahir batin.


Suruhanjaya perlu siasat Pagi MyPR petang MyKad?
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 2 Ogos: Pelbagai pihak melahirkan rasa terkejut mereka dengan pendedahan bahawa seorang penduduk tetap bernama Mismah adalah berstatus penduduk tetap paginya sudah berubah kepada warga negara pada petangnya.

Ekoran itu, Suhaizan Bin Kaiat, Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia menuntut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberikan penjelasan.

Dewan Pemuda PAS, katanya, mendesak agar suatu siasatan dibuat berhubung dengan kejadian ini.

"Suatu Suruhanjaya Di Raja perlu dibentuk dengan segera bagi menyiasat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) berhubung dengan isu yang cukup memalukan negara ini," kata beliau dalam kenyataannya.

(Kad MyPR Mismah pada sebelah pagi)

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) wajib dipersoalkan bagaimana mudahnya menjadi warganegara Malaysia pada waktu ini, katanya kepada Harakahdaily.

Malaysiakini mengeluarkan berita “PR Didaftar Sebagai Pengundi” pada jam 1.06 petang, 2hb Ogos 2011.

Pada masa tersebut individu bernama Mismah no kad pengenalan 640704715238 adalah berstatus Permastautin Tetap(PR).

Menariknya menjelang jam 2.30 petang hari yang sama selepas berita Malaysiakini dikeluarkan maka status Mismah sudah bertukar menjadi warganegara Malaysia.

Kad Pengenalan di bawah di salin pada jam 1.06 petang 2hb Ogos 2011 :

Kad Pengenalan sudah bertukar menjadi biru pada jam 2.30 petang hari yang sama 2hb Ogos 2011 setelah Malaysiakini mengeluarkan berita pada jam 1.06 petang. Ini memberi maksud bahawa Mismah menjadi warganegara dalam beberapa jam sahaja.


(Kad MyKad Mismah pada sebelah petang selepas dibuat laporan pada sebelah paginya)

Nama Mismah terdapat dalam WEB SPR sebagai “Sedang Dalam Pameran Rang” seperti di bawah :

Mismah adalah individu yang telah daftarkan sebagai pengundi di Dun Ijok, Selangor walaupun beliau adalah seorang PR. Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) sedang mempamerkan maklumat bakal-bakal pemilih di seluruh negara sekarang ini.

Dewan Pemua PAS, kata Suhaizan, sebenarnya telah mengesan lebih awal bagaimana PR khususnya daripada Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi. Mereka di daftarkan hampir di setiap negeri.

(Keratan semakan dengan SPR status Mismah sebagai pengundi)

"Kita telah memuat turun data-data kad pengenalan PR dengan banyak sekali. Dewan Pemuda PAS sudah menjangkakan sama ada “server” JPN akan di tutup atau PR ini akan bertukar menjadi warganegara dalam sekelip mata.

"Ternyata jangkaan Pemuda PAS benar apabila Malaysiakini mengeluarkan berita pada jam 1.06 maka status PR dengan mudah bertukar kepada warganegara. Ini lah bukti yang jelas bahawa negara Malaysia dalam keadaan yang cukup merbahaya apabila status warganegara dipermainkan oleh pihak berkepentingan dalam negara ini," katanya.


SPR, SPRM: Tiada lagi kepercayaan awam
Ahmad Lutfi Othman
Tidak mudah untuk menganalisis perkembangan politik tanahair mutakhir ini. Namun, untuk membiarkannya berlalu begitu sahaja, tambah membebankan. Wartawan harus terus mencatat,'kan? Kita berada di ambang perubahan dan bakal merakam sejarah yang lebih manis daripada tsunami politik 2008.

Ramai boleh bersetuju bahawa demam pilihan raya sudah berjangkit ke Malaysia. Lawatan Pengerusi BN, Najib Razak ke seluruh negara berkempen mencemuh pembangkang, dengan menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri, semakin rancak. Timbalannya, Muhyiddin Yassin turut memperlengkap misi; kedudukan BN kian goyah, namun difahamkan budaya cah keting di peringkat tertinggi Umno terus merebak.

Najib pasti mahu mengelak daripada menjadi PM terakhir daripada Umno, dengan menggunakan apa juga kaedah, memperkakaskan apa jua kemudahan, tanpa mempedulikan kos yang bakal dihanguskan. Sentuhannya kerap tidak menjadi, malah bermacam-macam slogan muluk ciptaannya memakan diri.

"Tiada beza antara Najib dan pendahulunya, Abdullah Badawi. Masing-masing hanya ghairah bercakap hal yang besar-besar dan menabur berjanji, tetapi hasilnya kosong," kata seorang pembaca Harakah kepada saya. "Kalau ada pun yang berbeza, mungkin cakap Najib nampak lebih berisi, namun natijah akhirnya sama, kosong."

Semasa parti-parti komponen BN, terutama MCA, Gerakan dan MIC, masih gagal memperbaiki imej, hubungan Umno dengan rakyat nampak semakin longgar. Sokongan akar umbi, termasuk di desa dan kampung-kampung dilihat merosot. Kenaikan harga barangan keperluan asas begitu menjerut leher golongan terbanyak. Jurang maklumat yang menguntungkan BN selama ini berjaya didekatkan.

Projek-projek mega yang diumumkan Najib menaikkan lagi kemarahan orang ramai, apatah lagi dengan kisah sensasi isterinya Rosmah Mansor; terkini dengan cincin berlian RM24.4 juta dan sebelumnya dengan cerita penguasaan melampau Rosmah ke atas pentadbiran kerajaan. (Derita Abdullah yang pernah tertekan dengan isu hampir sama -- berkaitan menantu dan kroninya -- bakal menyeksa Najib). Rosmah umpama duri dalam daging yang paling sukar ditangani PM!

Kehidupan majoriti rakyat kian terhimpit, tidak kira di pedalaman mahupun kota besar. Soalnya, apakah mereka yakin Pakatan Rakyat mampu menawarkan formula penyelesaian? Tawaran Buku Jingga diperkatakan di mana-mana tetapi tentunya kepercayaan rakyat tidak sekadar pembentangan dokumen ringkas itu. Sekali lagi isu kepercayaan awam menjadi perdebatan.

Apa pun, tanpa meremehkan persiapan pilihan raya di bandar-bandar besar, yang membabitkan kelas menengah Melayu dan masyarakat Tionghua, tumpuan gerakerja Pakatan tidak dapat lari daripada mendekati dengan lebih jujur dan akrab komuniti kampung-kampung tradisi. Sensitiviti dan aspirasi mereka mungkin berbeza. Kesedaran berpolitik masih menjadi isu besar.

Ada pandangan popular Parlimen akan dibubarkan pada Oktober depan. Sekurang-kurangnya untuk mengesan kelemahan jentera pilihan raya Pakatan, elok tarikh itu disandarkan bagi menilai keberkesanan persiapan. Dengan jangkaan tempoh kempen akan disingkatkan (ingat tuntutan Bersih agar 21 hari diberikan), fokus patut diberikan di kawasan yang memerlukan masa lebih lama untuk menemui pengundi.

Kepada Harakah, ada yang mengingatkan saya: "Tempoh tiga bulan terakhir ini cukup kritikal. Harakah harus ada perancangan strategik. Usah bazirkan ruang akhbar yang terbatas itu. Bekalkan pembaca dengan informasi dan pendedahan berguna. Isu mesti disokong fakta dan data lengkap, dengan persembahan grafik yang menarik."

Dalam pada itu, saya bersetuju dengan pandangan Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi bahawa isu sebenar berkaitan himpunan Bersih 2.0 dan riuh-rendah serangan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah kepercayaan rakyat. Saya sering membangkitkan peruntukan Perkara 114(2) Perlembagaan yang mengkehendaki Yang di-Pertuan Agong membantu SPR yang mendapat KEPERCAYAAN AWAM.


"Itulah sebabnya yang sebenar, bukan soal dakwat kekal atau biometrik. Isunya adalah kepercayaan kepada SPR," kata Saifuddin. Jika SPR menggunakan teknologi apa sekalipun, tambahnya, selagi masalah kepercayaan terhadap suruhanjaya itu belum diatasi, ia tetap tidak akan dipercayai.

Lebih memburukkan imej SPR apabila Timbalan Pengerusinya, Wan Ahmad Wan Omar dikatakan antara orang paling dipercayai Najib, yang diamanah menjalankan "misi sulit", dengan sokongan pelbagai kemudahan, bagi memenangkan BN dalam PRU13. Tindak-tanduk Wan Ahmad menguatkan lagi syak itu.

Kepercayaan awam kepada SPR, apatah lagi bagi parti-parti pembangkang, yang sedia tercalar, kini hampir musnah. Saya masih mengharapkan Agong dapat menggunakan kuasa yang diperuntukkan Perlembagaan untuk menjernihkan keadaan. Keanggotaan SPR mesti dirombak dan dibarisi tokoh-tokoh yang diyakini rakyat.

Secara peribadi, saya lebih suka membayangkan Pakatan dalam "kedudukan terburuk" agar penambahbaikan dapat dilakukan sebelum terlambat. Saya turut perhatikan selama ini pemimpin DAP jarang melahirkan optimisme mereka menjelang pilihan raya. Ternyata mereka begitu berhati-hati sekali.

Namun, pendirian terbaru Lim Kit Siang cukup menarik: "... saya akan katakan buat pertama kali, mengambil-alih kuasa kerajaan pusat, bukan lagi mustahil, ia boleh dicapai."

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, beliau yang aktif berpolitik sejak 1969 menekankan: "Nampaknya PM dan kerajaan sekarang gagal melihat dan menyelami kehendak rakyat... Makin hari mereka makin terpisah, (kerajaan pula) mengambil tindakan yang memutuskan mereka daripada sokongan akar umbi."

Selain isu kos hidup yang terus meningkat, juga keberanian rakyat dalam himpunan Bersih 9 Julai, dan gelagat "Wanita Pertama" Rosmah yang memburukkan lagi persepsi terhadap Najib, saya perhatikan kematian Teoh Beng Hock tetap menjadi isu besar dalam kempen PRU13 nanti.

Malah, jika diteliti laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (SSD), jelas sekali imej Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berada pada kedudukan hampir sama dengan SPR. Sekadar membelek sambil lalu laporan tersebut, saya kira sudah dapat merumuskan bahawa banyak sekali penyelewengan dan salahguna kuasa pegawai SPRM yang terbabit.

SPR dan SPRM, dalam aspek tertentu, tidak lebih daripada satu lagi perkakas Umno-BN untuk mengekalkan kuasa. Personaliti keji Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim bersama dua lagi pegawainya yang terbabit secara langsung dalam siasatan terhadap Beng Hock membayangkan hubungan istimewa mereka dengan aktor-aktor politik, sekali gus menguatkan lagi dakwaan bahawa ia selari dengan usaha BN merampas Selangor.

Memetik perenggan 176, laporan SSD itu: "Kami mendapat bahawa dia (Hishamuddin) seorang yang angkuh, bercakap bohong, tidak jujur dan tidak akan bertolak ansur ..." Tentulah ada sesuatu yang menarik untuk dibongkar apabila beliau dilihat mempunyai imuniti dan kuasa tidak terbatas.

Insya-Allah saya cuba menganalisis laporan SSD itu pada tulisan akan datang.

Tiada ulasan: