:الحبيب عبد الله بن الاوي الحدداد إِذَا دَعَتْـكَ نَفْسـُكَ إِلـَى شَـهَوَةٍ، فَـإِيَّاكَ أَنْ تَقُـوْلَ أُجِيْبُـهَا فِـى هَـذِهِ، وَافْـرِغِ الْقَلْـبَ مِـنْ مُطَالَبَتِـهَا، فَإِنَّـكَ إِنْ أَجَـبْتَهَـا إِلَيْهَـا دَعَتْـكَ إِلـَى أَعْظَـمِ مِـنْها
"Jika nafsu mengajarmu untuk memenuhi syahwatmu, maka jgnlah engkau mengatakan 'akan aku turuti hanya sekali ini saja'. Wahai saudaraku. Kosongkanlah hatimu dari keinginan untuk memenuhinya, kerna jika engkau memenuhinya, maka ia akan mendorongmu untuk berbuat yg lebih besarnya dari perbuatan yg pertama itu".
>: قال اﻼمام الشافعى
مَنْ لاَ يُحِبُّ العِلْمَ لاَ خَيْرَ فِيْهِ وَلاَ يَكُنْ بَيْنَكَ وبَيْنَهُ
صَدَاقَةٌ ولاَ مَعْرِفَةٌ فَإِنَّهُ حَيَاةُ القُلُوْبِ وَمِصْبَاح البَصَائِرُ
"Barangsiapa tdk menyukai ilmu, tdk ada kebaikan padanya dan jgn jadikan persahabatan sebagai penghalang antara dirimu dan dia, kerna ilmu adalah hidupnya hati dan cahaya nurani.">: Al-Imam Asy-Syafi'i.
Rasulullah s.a.w bersabda:
3 perkara siapa yang memilikinya nescaya Allah akan melindunginya dibawah lindungan dan Allah akn memberi rahmat kepadanya serta memasukknya kedalam syurga iaitu:...orang2 yang apabila ia diberi sesuatu nikmat ia bersyukur..apabila ia berkuasa, ia tidak membalas tetapi ia memaafkan..apabila ia marah, ia menahan kemarahannya...
Bagi org yang terkena musibah, hendaklah menyedari jika sekiranya didunia ini tidak ada cubaan atau musibah yg diberikan oleh Allah, maka pastilah manusia itu akan dihinggap penyakit sombong suka membanggakan diri, merasa berkuasa, bahkan keras hati..Sedangkan kesemua sifat ini adalah sebagai penyebab kehancuran bagi diri manusia baik di dunia mahupun akhirat...
Apabila hati seseorang itu sudah menjadi keras,maka ia susah hendak memahami dan mengamalkan tuntutan agama,malahan mereka tidak akan menerima kebenaran walaupun mereka mengetahui hakikat kebenaran itu sebagai contoh betapa ramai orang tidak solat walaupun mereka mengetahui kewajipan solat tersebut..Betapa ramai remaja yang mendedahkan aurat mereka di khalayak ramai sedangkan mereka mengetahui kewajipan menutup aurat..
Antara sebab kerasnya hati seseorang itu ialah:
* Tertipu dengan keseronakan dan tipu daya dunia yang sementara sahaja..Orang yang kurang cerdik akan menjadikan dunia sebagai matlamat kehidupan mereka..Sedangkan dalam Islam matlamat kehidupan seseorang individu itu ialah akhirat yakni untuk mencari keredhaan Allah s.w.t semata-mata..* Silap memilih kawan sehingga mereka berkawan dengan orang-orang fasik..Seseorang itu akan berada pada agama kawannya..Sekiranya ia berkawan dengan penjual minyak atar maka sekurang-kurangnya ia juga akan berbau wangi,begitu juga sekiranya ia berkawan dengan tukang besi sekurang-kurangnya ia akan terkena percikan bunga api..
* Berterusan melakukan maksiat atau dosa tanpa ada usaha untuk bertaubat..Setiap kali seseorang itu melakukan satu dosa maka Allah akan titikkan satu titik hitam pada hatinya..sekiranya ia bertaubat maka titik hitam itu akan ditarik balik,tetapi sekiranya ia tidak bertaubat maka pada akhirnya seluruh hatinya akan dilitupi oleh kegelapan lalu ia pun tidak nampak kebenaran atau hidayah yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t buat hamban-Nya..Wallahu a'lam~
: Rasulullah صلى الله عليه وسلم. bersabda: اَلْحِكْمَةُ تَهْوِى مِنَ السَّمَاءِ إِلَى الْقُلُوبِ، فَلاَ تَسْكُنُ فِى قَلْبٍ فِيهِ أَرْبَعُ خِصَالٍ: الرُّكونُ إِلَى الدُّنْيَا هَمُّ غَدٍ، حَسَدُأَخٍ، حُبُّ شَرَفٍ
"Hikmat itu datang dari langit turun kedlm hati. Tdk akan singgah hikmat itu kedlm hati yg terdapat didlmnya empat sifat: Hati yg cenderung kpd dunia, hati yg mengkhawatirkan esok harinya, hati yg dengki kpd saudaranya dan hati yg menyukai kepangkatan.";: Dari Yahya b, Mu'adz Arrozzi
: Kata Sebagian Kaum Shalihin: مَــنْ نَـظَرَ إِلَـى عُيُـوْبِ الـنَّاسِ قَـلَّ نَفْعُــهُ وَخَـرَبَ قَلبُــهُ
"Barangsiapa melihat aib dan cacat pada orang lain, sedikit manfaatnya dan rusak hatinya".
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: لاَ بَأْسَ بِالْغِنَى لِمَنِ اتَّقَى وَالصِّحَّةُ لِمَنِ اتَّقَى خَيْرٌ مِنَ الْغِنَى وَطِيبُ النَّفْسِ مِنَ النِّعَمِ
"Tidak mengapa seseorang itu kaya asalkan bertakwa. Sehat bagi orang yang bertakwa itu lebih baik dari kaya. Dan hati yang bahagia adalah bagian dari nikmat." (HR. Ibnu Majah no. 2141 dan Ahmad 4/69, shahih kata Syaikh Al Albani)
: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash رضي الله عنه, ia pernah mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم. bersabda:إِنَّ قُلُوبَ بَنِي آدَمَ كُلَّهَا بَيْنَ إِصْبَعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ الرَّحْمَنِ كَقَلْبٍ وَاحِدٍ يُصَرِّفُهُ حَيْثُ يَشَاءُ
. ثُمَّ قَـالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
;:"Sesungguhnya hati Bani Adam semuanya di antara dua jari dari jari jemari Ar-Rahman, seperti hati satu orang, Dia palingkan kemana Dia kehendaki." Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Ya Allah, Dzat yg memalingkan hati, palingkanlah hati2 kami pada ketaatan kpd-Mu".;: riwayat Muslim.
duduk serta bergaullah dgn para alim ulama', tunjukkan kasih anda kepada mereka, ambil ilmu daripada mereka, hindarkan diri anda daripada mengherdik atau merendah-rendahkan kedudukan mereka, latihlah anak2 anda dgn demikian, kerana sesungguhnya ulama' itu adalah pewaris nabi-nabi...
: تََقُوْلُ الْحِكْمَةُ مِنْ عَلاَمَاتِ مَوْتِ الْقَلْبِ عَدَمُ الْحُزْنِ عَلٰى مَا فَاتَكَ مِنَ الْمُوَافَقَاتِ، وَتَرْكُ النَّدَمِ عَلٰى مَا فَعَلْتَهُ مِنْ وُجُوْدِ الزَّلاَّتِ
Hikmah akan berkata: "Diantara tanda2 hati yg mati, ialah tdk ada rasa sedih, apabila tlh kehilangan kesempatan utk melakukan taat kpd Allah, tdk juga menyesal atas perbuatan (kelalaian) yg tlh dilakukannya."
: Ali bin Abi Thalib: اَلْمُـنَافِـقُ عِلْمُـهُ فِـى لَِسَـانِهِ، وَالْمُـؤْمِنُ عِلْمُـهُ فِـى قَلْبِـهِ"Orang munafik ilmunya pada lidahnya dan orang mukmin ilmumu didlm hatinya."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan