Hazayani Zakaria | ||||||||||||||||||||||||||
KUALA LUMPUR, 4 Ogos: Editor dan wartawan akhbar Suara Keadilan hari ini disiasat di bawah seksyen 505(b) berikutan menyiarkan berita bertajuk ‘FRU guna kanister Israel sahkan kezaliman BN – Shuhaimi Shafiei.’ Berita itu diterbitkan pada 19 Julai oleh Keadilan Daily, portal berita versi Suara Keadilan. Editor, Fazallah Pit dan wartawan Ahmad Fadli Mohd Nazari diambil keterangan kira-kira 20 minit secara berasingan di Balai Polis Dang Wangi, dekat sini petang tadi. Mereka ditemani peguam Latheefa Koya, Fadiah Nadwa Fikri dan N. Surendran. Bercakap pada sidang media selepas itu, Latheefa yang merupakan orang pertama mendedahkan mengenai kanister pemedih mata yang digunakan dalam himpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu berkata, polis langsung tidak menyiasat mengenai apa yang didakwanya sebaliknya orang yang menulis dan menyiarkan berita pula disoal siasat. Beliau juga kesal dengan pihak polis yang seolah-olah tidak menyiasat langsung kandungan berita tersebut. "Saya bukan persoalkan dari mana datangnya kanister itu.Tidak kiralah dia dikeluarkan di Israel, Afrika atau sebagainya tapi yang harus dilihat ialah kandungannya yang nyata membahayakan manusia. "Polis hanya baca tajuk artikel, tapi tak baca isi kandungannya, nampak mereka tidak membuat persediaan langsung," katanya. Fadiah pula berkata, tujuh soalan yang ditanya pihak polis langsung tidak menjurus ke arah siasatan mengenai kanister yang boleh membunuh nyawa tersebut. "Soalan-soalan yang ditanya berkisar mengenai bidang tugas editor contohnya adakah awak mengedit berita, apa tugas awak dan sebagainya yang tidak menyentuh mengenai dakwaan kanister itu," katanya. Sementara itu, Fazallah berkata, pihaknya tetap mempertahankan kredibiliti berita yang disiarkan itu meskipun tidak memenuhi kehendak polis dan kerajaan. "Kami buat semakan sebelum menyiarkannya berita itu, bukan siar membuta tuli dan Suara Keadilan tetap mempertahankan berita itu," katanya. Kanister yang digunakan pihak polis untuk menyuraikan himpunan Bersih 2.0 turut digunakan oleh askar Israel. Syarikat pengeluarnya telah tiga kali disaman kerana menyebabkan kematian orang awam.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Khamis, 4 Ogos 2011
JANGAN ADA MAZHAB LAIN...DAN JANGAN ADA RASUL LAIN...TAK MENGAKU RASUL TAPI TINDAK TANDUK MENGATASI APA DIBAWA OLEH RASULLULLAH SAW....
Kanister: Polis baca tajuk, tak baca kandungan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan