| Aziz Muda | ||||||||||||||||||||||||
| KUALA LUMPUR, 5 Ogos: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang telah dirawat beberapa hari di hospital kerana mengalami masalah jantung, telah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam. Menurutnya, selama ditahan di wad unit rawatan rapi (CCU) IJN, beliau telah melalui tiga prosedur rawatan iaitu angiogram, ultrasound angiogram dan MRI. Katanya, berdasarkan laporan pemeriksaan, beliau masih berada di bawah penelitian doktor dan beliau dibenarkan pulang untuk berehat serta akan melalui temujanji susulan dengan doktor di IJN. "Doktor telah menasihatkan saya supaya berehat, dan saya akan bercuti beberapa hari," jelas beliau dalam laman facebooknya semalam dan turut dimuat naik dalam facebook Darussyifa', hari ini. Menurut beliau, pulang dari IJN dan berehat di rumah, beliau sempat melayari laman web dan facebook Darussyifa’ serta membaca email-email dalam google group ahli Darussyifa’. "Membaca komen yang jumlahnya mencecah ratusan, saya sangat teruja dan terharu dengan ingatan, doa, dan kata-kata perangsang daripada tuan-tuan dan puan-puan. "Saya ucapkan jutaan terima kasih dan Allah sajalah yang layak membalasnya," katanya ringkas sebaik pulang ke rumah setelah dibenarkan keluar dari hospital oleh doktor yang merawatnya. Kemasukan beliau ke hospital, khususnya IJN, mencemaskan orang ramai, sehingga menyebabkan pelbagai pihak tidak putus-putus bertanya mengenai keadaan terkininya. Penjelasan daripada beliau sendiri mengenai keadaan terkininya menerusi facebooknya itu pasti menyenangkan pelbagai pihak, bagi menjawab teka teki orang ramai mengenai keadaan kesihatannya kini.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Sabtu, 6 Ogos 2011
JANGANLAH MAIN2 TIPU...TAK SYOKLAH...BUAT BERSIH2...BERTANDING SECARA JANTAN SAMA JANTAN...TIPU PUN AKHIRAT TAK SELAMAT
Haron Din dibenar keluar IJN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
SHAH ALAM, 5 Ogos: Timbalan Pesuruhjaya I PAS Selangor, Iskandar A Samad (gambar) berharap semua pihak tidak wajar membuat kenyataan yang menunding jari kepada mana-mana pihak sebelum mendapat laporan lengkap daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
KUALA LUMPUR, 5 Ogos: Imej polis dan persepsi terhadapnya hanya boleh diperbaiki dengan mewujudkan badan seperti Suruhanjaya Bebas Pengaduan dan Salahlaku Polis (IPCMC), tegas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
SHAH ALAM, 5 Ogos: PAS Selangor hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan mereka bahawa Penduduk Tetap (PR) didaftarkan sebagai pengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
PULAU PINANG, 5 Ogos: Pemangku Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang, Dato' Izham Merican mengecam kenyataan Ketua Wanita MCA, Tan Cheng Liang yang sengaja menimbulkan isu perkuaman terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng (gambar) kononnya anti Cina apabila memberikan peluang kepada kontraktor Melayu berbanding kaum lain menerusi sistem terbuka.
Di sinilah, ketika saya merenung peristiwa Himpunan Bersih 2.0 di Ibu Negara 9 Julai lalu saya segera terkenang akan suasana masa lampau 54 tahun lalu itu, zaman datuk nenek dan ayah bonda kita semua, bahkan zaman remaja saya sendiri.
KUBANG KERIAN, 5 Ogos: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub memohon kepada mereka yang bersimpati dapat membantu anak-anak yatim, yang nasib bagai jatuh ditimpa tangga di Kampung Chicha di kawasan parlimennya.
KENYATAAN AKHBAR DATO’ DR HASAN BIN MOHAMED ALI EXCO HAL EHWAL ISLAM, ADAT-ADAT MELAYU, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM
KUALA LUMPUR, 5 Ogos: Semua pihak diseru supaya tidak membuat sebarang kenyataan provokatif mengenai isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu majlis makan malam muhibah Gereja Methodist Damansara Utama yang didakwa kononnya bertujuan memurtadkan orang Melayu.
SHAH ALAM, 5 Ogos: PAS Selangor akan membuat laporan polis petang ini berhubung dakwaan Penduduk Tetap (PR) yang memegang kad pengenalan merah didaftarkan sebagai pengundi.
TEMERLOH, 5 Ogos: Sebelum meneruskan debat mengenai isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyiasat majlis makan malam muhibah Gereja Methodist Damansara Utama yang didakwa kononnya bertujuan memurtadkan sekumpulan orang Islam, diharap para pembaca dapat meneliti cerita pengalaman Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) di bawah terlebih dahulu.
KUALA LUMPUR, 5 Ogos: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyanjung tinggi usaha yang telah dibuat oleh Nasir Mohamad, seorang bekas tentera yang berani tampil membuat pengakuan terhadap penyelewengan undi pos semasa berkhidmat sebagai tentera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan