Ketua Pengarahnya, Datuk Alias Ahmad berkata, senarai itu kini dalam pemerhatian dan jabatan sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti mereka.
"Ia mungkin disebabkan daripada beberapa punca, satu mungkin mereka tukar pasport baru kerana pasport lama hampir tamat dan kemudian masuk balik guna pasport baru,” katanya pada satu sesi taklimat kepada media di Putrajaya hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya perlu menjalankan siasatan dengan teliti dan tidak mahu terburu-buru mengambil sebarang tindakan.
"Kita nak lihat sama ada mereka terlibat dengan sebarang kegiatan jenayah atau tidak, mungkin ada yang terlibat dengan penyeludupan, pemerdagangan orang atau pun jenayah merentasi sempadan," katanya.
Alias berkata, sekiranya siasatan mendapati ada sebarang perkara yang mencurigakan, mereka akan ditahan sebaik sahaja masuk kembali ke negara ini.
Sistem biometrik mula diperkenalkan pada 1 Jun lalu, bertujuan untuk mengekang kegiatan jenayah merentasi sempadan melibatkan warga asing.
- Aidan Generous · Top Commenter · Top Commentator at Online CommentatorIni mungkin drpd negara yg mengamalkan "dual citizenship" kot. Boleh mempunyai 2 pasport.
- Farid Shamshuddin · Top Commenterbelajar la dari Singapore dalam mengawal kebanjiran PATI ni..tak salah pun kalau memberi kebaikkan dan kepentingan rakyat terjaga..mamat yg suka cium keris tu jgn la buat2 tak tau je...apa guna undang2 tanpa penguatkuasaan? rakyat telah membayar LHDN setiap tahun untuk membayar gaji anda..jd jalankan lah tugas tu...
- Ibnu Fatimah · Top Commenter · University melaya,kolej Darul hikmah bangihancur dah negara kita d bwh umno...
- Omar Jais · Top Commenter · Works at JKR dan RTMmcammana pndatang haram boleh masok kesini tanpa kawalan?...mlaysia dah ada kapal selam,bot2 polis yg canggeh ta upaya juga cegah kah? pelik nih....main2 sorok2 kot atau main mata,kejar2 main agaknya....atau buat drama grak khas kat pantai...tembak pakai pluru getah...plakon tebal di make up hilang wajah pendatang.
-
Mohd Sabri Said |
KEPALA BATAS, 9 Ogos: Seramai 237 nama dalam senarai daftar pemilih terbaru yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) didakwa mencurigakan dan telah dikenal pasti di Pulau Pinang.
Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendakwa berlaku peningkatan mendadak pengundi di negeri itu dengan jumlah 32,000 dalam masa 3 bulan. |
Paling terkini beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) telah mendesak diadakan sidang tergempar Parlimen bagi membincangkan isu penduduk tetap (PR) yang memegang MyPR merah didaftar sebagai pemilih baru yang didakwa dilakukan secara terdesak oleh pimpinan tertinggi negara dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR.
Bagi saya, pendedahan persekongkolan terhormat JPN, SPR dan kerajaan Umno/BN bukanlah suatu yang 'mengejutkan' kerana ianya 'isu lama' telah sejak sekian lama wujud di negara kita. Pendedahan penipuan serta manipulasi pilihan raya inilah yang menjadikan demokrasi di negara kita berjalan dalam keadaan yang penuh kepincangan dan tempang.
Fakta persekongkolan
Saya teringat satu fakta persekongkolan terhormat JPN, SPR dan kerajaan Umno/BN ini apabila berlakunya pendaftaran beratus-ratus pekerja kilang dari Pekan, Pahang bagi mendaftar undi di kawasan parlimen Marang Terengganu.
Konspirasi yang digelar 'Projek Isuzu' ini dilakukan pada pilihan raya umum 1995 adalah bagi menumbangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kiri) di kawasan parlimen Marang.
Begitu juga dengan pertambahan pengundi yang mendadak serta peratus keluar mengundi yang 'amat luarbiasa' di seluruh negeri Terengganu pada pilihan raya umum ke-11 yang lalu sehinggakan ada kawasan yang melebihi 90 peratus keluar mengundi.
Keputusan amat luarbiasa ini menjadi 'konspirasi misteri' sehingga sekarang sehingga ia berjaya menumbangkan kerajaan PAS di Terengganu.
Yang terbaru adalah pendedahan mengenai 'Projek IC Sabah' yang merupakan projek rahsia dan tersusun yang membabitkan beberapa parti politik termasuk agensi kerajaan seperti JPN. SPR dan Jabatan Imigresen.
Aktivis hak asasi dan masyarakat dari Sabah, Dr Chong Eng Leong mendedahkan bahawa sehingga 2005, seramai 600,000 pendatang tanpa izin mendapat status kewarganegaraan tetap melalui projek IC di Sabah. Beliau mendedahkan tentang Projek IC ini adalah bagi membawa pendatang tanpa izin dan di berikan IC serta mendaftar nama mereka dalam daftar pemilih yang di sediakan oleh SPR bagi melayakkan mereka menjadi pengundi yang 'sah'.
Projek IC Sabah yang dilaksanakan ini dipengerusikan sendiri oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Megat Junid Megat Ayub, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ahmad Sarji, Pengarah JPN Sabah, Sani Adnan serta beberapa pimpinan tertinggi dan di lakukan ketika Malaysia di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sejak tahun 1980 an dan 1990an.
Siasatan Awam
Persoalannya, siapakah yang harus bertanggungjawab dalam konspirasi besar ini? Dan apakah akan ada usaha dari pihak kerajaan bagi menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Awam bagi menyiasat isu ini?
Namun bagi saya, isu pokok yang harus di lihat oleh semua pihak adalah peranan SPR itu sendiri. Apabila isu kredebiliti SPR menjalankan tugas mereka secara adil bagi menjamin pilihan raya yang bersih dan adil menjadi pertikaian, maka demokrasi di negara kita akan terus menjadi tempang.
Ini ditambah lagi dengan 'hilang keyakinan' rakyat awam terhadap peranan SPR sendiri. Penjelasan serta jawaban yang di berikan oleh SPR mengenai isu MyKad serta serta pelbagai isu yang menjadi pertikaian dilihat amat tidak meyakinkan dan berat sebelah.
Lebih parah lagi SPR kini hanya dilihat menjalankan tugas mereka 'berkhidmat untuk Umno/BN' bagi menjamin kelangsungan kuasa di Putrajaya.
Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa menurut Perlembagaan Negara 114(2) menghendaki SPR mestilah mendapat 'kepercayaan awam'. Namun dengan perkembangan terbaru ini, 'kepercayaan awam' terhadap SPR telah terhakis sama sekali dengan perananya yang dilihat gagal menjalankan tugas sebagai sebuah badan bebas dan adil bagi menjamin pilihan raya yang bersih dan telus.
Bagi saya, untuk menjamin masa depan demokrasi dan pilihan raya di negara kita, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR wajar berundur segera dan izinkan Kebawah Duli Yang Di-Pertuan Agong membentuk serta melantik kepimpinan SPR baru yang telus dan BERSIH.
|
sehingga semalam.
Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Pendaftaran dan Imigresen Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Alwi Ibrahim berkata daripada jumlah itu, 834,233 adalah mereka yang didaftarkan menerusi Program Pendaftaran Pekerja Asing Sah.
Di Sabah, jumlah PATI yang telah didaftarkan sejak 18 Julai lalu adalah seramai 157,966, katanya dalam satu kenyataan di Putrajaya hari ini.
Alwi juga berkata satu kaunter setempat telah diwujudkan di ibu pejabat kementerian di Putrajaya bermula semalam bagi menangani semua masalah teknikal yang dihadapi 336 syarikat pengurus yang mengendalikan pendaftaran.
Kaunter tersebut dikendalikan kakitangan kementerian dan wakil syarikat pembekal yang bertanggungjawab terhadap pengurusan sistem perisian yang digunakan dalam Program 6P.
- محمد اشرف محمد نور · Praktikal at SATRIA UKUR CONSULTANTmakin ramailah warganegara malaysia~~.
kebanyakan boleh berbahasa asing dgn begitu fasih ;D. - Aidan Generous · Top Commenter · Top Commentator at Online CommentatorFuh.. ramainya PATI. Ape yg polis buat tu? Kapal selam berbilion nak wat ape? Buat tayang nak takutkan pendatang asing yes?
- Zainol Fizal Aladad Khan · Top Commenter · Works at B.Braun Medical IndustriesBAKAL2 PENGUNDI UMPORNOCO@BN UTK GE13, BNYAK TU, HAHAHA.......:)
Di Tokyo, indeks Nikkei 225 Jepun jatuh 4.8 peratus kepada 8,662.30 mata pada sesi pagi.
Manakala indeks Hang Seng Hong Kong menjunam kepada 18,981.55 mata.
Sementara itu, penanda aras indeks S&P/ASX-200 Australia jatuh 4.9 peratus kepada 3,790.50 mata.
Di Taiwan, TAIEX susut 4.9 peratus manakala indeks NZX 50 New Zealand menyusut 3.7 peratus.
Kejatuhan yang dicatatkan di papan utama Wall Street semalam mempengaruhi dagangan hari pertama agensi Standard & Poor untuk mengurangkan hutang Amerika Syarikat.
- AP
- Syairul Heekmi Mohd Sharif · Top CommenterTakpe.. Bila rakyat sampai makan ubi kayu.. Najib still bole kata ekonomi malaysia masih mampu bertahan banding ngan negara lain... #%€£¥@&$%#}^ ko najib! ( sib baik bulan puasa censored skit ayat tu).
- Izul Ishak · Top Commenter · Sungai PetaniHarga minyak mentah dunia turun lagi hari ini 9 August 2011...1 Drum P/Barrel USD 77.44 bersamaan 1 litter USD 0.49 bersamaan 1 litter RM 1.47...Ringgit plk diniagakan USD 1 bersamaan RM 3.01....http://www.oil-price.net..
...http/://coinmill.com/US D_calculator.html#USD=1 - Adam Neuser · Top Commenter · Sukabumi
- Mazlan Bin Abdul Manaf · Top CommenterMaka bermulalah cerita, kalau ikut nasihat Tun Mahathir supaya guna emas sebagai penyelesaian dagangan, rezab negara tentu dah bertambah.
sekali ganda.- Abdulhadi Muhamad · Top Commenter · Universiti Kebangsaan Malaysia
- Mazlan Bin Abdul Manaf · Top Commenter
- Adam Neuser · Top Commenter · Sukabumi
- Ipoh Mali · Top Commenter · Friends with Mohd SapinePetanda Pilihanraya ke 13 Kena dibuat awal mungkin! kalau tidak UMNO akan lagi teruk.. Walaupun pasaran Asia Menjunam..kesan pada KLSE begitu Teruk sehingga jatuh 45point. ini menunjukkan Proses pengambilan Untung sejak 2-4hari lalu menandakan denagn jelas PRU13 makin dekat. Pakatan rakyat - Ready - Start Your engine! ha ha
- Mat Sebu · Works at Pencinta Wanita
- Naharriah Mohamed · Top Commenter
- Adam Neuser · Top Commenter · Sukabumi
- Kita Peng YU · Top CommenterIni la akibatnya bila ekonomi dunia dikuasai oleh yahudi...AS yg merupakan kuasa ekonomi dunia berada dibawah cengkaman pemodal2 yahudi yg memberi pinjaman dan mengenakan bunga yg tggi.yahudi2 inlah yg mencipta spekulasi ekonomi yg menentukan turun naiknya ekonomi dunia.malah2 mrk jg yg mencetuskan peperangan demi peperangan supaya negara2 terlibat terpaksa meminjam wang dr bank2 yahudi utk membiayai peperangan.
- Mohd Rafiah Mohd Yusoh · Sungai BulohTOLONG JANGAN GUNA DUIT KWSP, TABUNG HAJI DAN DANA AWAM UNTUK COVER KRONI.
- Abdulhadi Muhamad · Top Commenter · Universiti Kebangsaan Malaysia
- Malik Sulaiman · Top Commenter · Sek men semerah
Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan, Kementerian Pengangkutan, Datuk Abdul Rahman Mohd Noor, 61, memberitahu mahkamah bahawa surat rasmi dikeluarkan pada 20 Nov 2002 iaitu 14 hari selepas Jemaah Menteri membuat keputusan manakala LPK membuat surat urusan pembelian pada 6 Nov 2002.
Katanya surat kepada Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) itu dikeluarkan pada hari yang sama dengan mesyuarat Jemaah Menteri iaitu pada 6 Nov 2002 dan KDSB membalasnya sehari selepas itu (7 Nov 2002).
Abdul Rahman berkata kebiasaannya surat rasmi mengenai keputusan Jemaah Menteri akan dikeluarkan seminggu selepas mesyuarat dan bukannya pada hari yang sama.
Beliau yang disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah (kiri) dalam perbicaraan kes bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik berkata surat rasmi tersebut dikeluarkan oleh Setiausaha Bahagian Maritim Kementerian Pengangkutan Zakaria Bahari.
Surat itu menyatakan keputusan Jemaah Menteri yang mengekalkan keputusan pada 2 Okt 2002 yang bersetuju perolehan tanah dibuat mengikut terma-terma yang dipersetujui antara KDSB dengan LPK, antaranya harga tanah bernilai RM25 sekaki persegi.
Katanya sebelum surat rasmi dikeluarkan, dokumen perjanjian jual beli tanah seluas 1,000 ekar (404.6 hektar) di Pulau Indah juga telah ditandatangani, antara LPK dan KDSB pada 12 Nov 2002.
Sementara itu, ketika pemeriksaan balas oleh peguam Wong Kian Kheong yang mewakili Dr Ling, Abdul Rahman berkata penyediaan dua dokumen bertajuk 'nota pengambilan balik Pulau Indah untuk projek mega distribution hub oleh LPK' (disediakan untuk Jemaah Menteri) tidak melibatkan Dr Ling.
Beliau berkata Dr Ling juga tidak meminda pada draf nota tersebut serta ia tidak diserah kepada Dr Ling untuk dibuat ulasan.
Ketika ditanya Wong adakah beliau bertanggungjawap memberitahu Dr Ling sekiranya terdapat percanggahan di dalam dua dokumen tersebut, Abdul Rahman berkata: "Ya."
Abdul Rahman turut memberitahu bahawa keputusan yang dibuat Jemaah Menteri adalah tidak bertentangan dengan dua dokumen tersebut.
Ditanya berhubung tujuan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Abdul Rahman berkata ia dirancang untuk menjadikan Pelabuhan Klang sebagai pelabuhan utama di negara ini dengan menjadikan Jabel Ali Free Zone di Dubai sebagai model.
Dr Ling dituduh menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 sekaki persegi (skp) iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.
Beliau juga menghadapi dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.
Bekas Presiden MCA itu didakwa melakukan semua kesalahan itu di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, antara 25 Sept dan 6 Nov 2002.
Ia berikutan bantahan daripada pihak pendakwaan mengenai kehadiran ketua pembangkang itu pada temubual berkenaan.
Perkara itu dimaklumkan kepada peguam Anwar oleh pegawai penyiasat kes berkenaan DSP Jude Blacious Pereira.
Karpal Singh dan Sankara Nair, yang juga sebahagian daripada pasukan pembelaan berkata perkara ini belum pernah terjadi.
"Kehadiran Anwar diperlukan kerana beliau adalah orang yang dituduh dan mempunyai hak untuk berada di sana,” kata Karpal.
"Beliau perlu hadir kerana kami mungkin perlu mendapatkan arahan daripadanya. Ini, saya tekankan, belum pernah terjadi sejak saya menjadi peguam dan ini kali pertama,” katanya.
Menurut Karpal, beliau terpaksa memperbetulkan persepsi bahawa bukan pihak pembelaan yang melenggah-lenggahkan perbicaran kerana bantahan dibuat oleh pihak pendakwaan.
"Kami mahu kes berjalan secepat mungkin,” katanya.
Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Abiden, yang mengetuai pihak pendakwaan dalam SMS berkata kehadiran anwar tidak diperlukan.
Karpal berkata Yusof mahu berjumpa dengan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, untuk arahan selanjutnya berhubung perkara itu.
"Kita akan tunggu pihak pendakwaan berjumpa hakim, kerana mereka tidak boleh berbincang dengannya secara sendirian. Kami juga perlu hadir bersama.”
Karpal berkata Jude juga memberitahu bahawa enam lagi saksi telah dijadualkan untuk ditemubual esok tetapi tidak memberikan butirannya.
Semalam, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan tempoh seminggu oleh pihak pendakwaan untuk membolehkan pihak pembelaan menemu bual 15 saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Musa dan Rodwan.
Anwar pada 16 Mei lalu diperintahkan membela diri selepas mahkamah memutuskan bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat itu, adalah saksi yang bercakap benar dan berwibawa.Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos, 2008, terhadap pertuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.
- Ipoh Mali · Top Commenter · Friends with Mohd SapineKonspirator ni Buat Jahat Tak takut.. belasah org sampai mati tak takut.. Fitnah olrg tak takut... Tapi Nak ambil kenyataan menyerlahkan KEBACULAN KONSPIRATOR! kah kah kah.
- Geena Young · Top Commenter
- Thiruchelvem Thillaiampalam · Top Commenter · University Putra Malaysia
- Jafry Jaff · Top Commenter · Kuala Terengganu
- Hashim Hassan · Top Commenter · Works at Engineering, Consulting Firmbila segalanya daripada awal TIDAK BETUL, TIDAK TELUS dan BERNIAT JAHAT...maka beginilah jadinya. akhirnya yang tergadai adalah Sistem Kehakiman, PDRM, dan lagi....dan lagi...dan lagi.....
- Roslan Ismail · Works at F1 Recreation Malaysia
- Hamidah Sriadi · Works at Ayu indah travel.
- Hamim Shahrir · Top Commenter · Works at Sendiri cari makan maapelik b ajaib... apasal dia xleh ada sama...? mcm org dah kawin tapi xleh tido sama....mesti ada x kena....atau kiter lantik kontraktor wat projek...toke kontraktor x di benarkan turun tengok projek......apa ni???
- Zaki Othman · Top Commenter · Works at Environmental Protection Agency (EPA)
- Amir Farid · 26 years old
- Reformis Malaya Politikus Bebas · Top Commenter · 104 years oldbiarla anwar join sbb dia ade hak nak dgr temubual itu....boleh juga dia tanya soalan.
- Ibanezdream Desire · Top Commenter · Works at Freelancer
- Yop Ariffin · Top Commenter · Sek men dato' seri maharaja lela, kg gajah, perak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan