Sabtu, 6 Ogos 2011

CERAMAH POLITIK JADI ANCAMAN MUNGKIN TEGURAN SALAH LAKU KITA...JIKA SENTIASA BENAR DAN BETUL...CERAMAH ITU AKAN MENGUNTUNGKAN KITA...IKLAN PERCUMA....

Wan Azizah akan ganti Anwar 'jika perlu'
Hafiz Yatim & Salhan K Ahmad
Ogos 6, 11
1:45pm

Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mengakui pernah terlintas di fikiran bahawa suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim – yang berdepan dengan dakwaan demi dakwaan salah laku seks – patut bersara dari politik.

Tetapi bukanlah sekarang, kata Wan Azizah.

Apatah lagi, ketua umum PKR itu perlu membela dirinya dalam perbicaraan kes Liwat II yang akan bermula pada Isnin, tambahnya.

Malaysiakini mengemukakan soalan berkenaan kepadanya dalam satu temubual minggu lalu bagi menanggap sejauh manakah dakwaan berkenaan menjejaskan kepemimpinan Anwar setakat ini.

"Sebelum ini, ya – ketika dia menjadi profesor di (Universiti) John Hopkins. Saya gembira dengan kehidupan (pada waktu itu).

NONE"Saya perlu berterus terang. Kami merupakan keluarga biasa (pada waktu itu) – anak-anak berada di sana (Amerika Syarikat), melanjutkan pengajian, meneruskan kehidupan dan kami seronok.

"Tetapi kini ada pilihan (yang pelu dibuat). Saya fikir, dalam keadaan politik yang teruk pada masa ini, bukan sahaja Anwar yang diperlukan. Semua orang diperlukan.

"Seorang individu tidak dapat membuat banyak perubahan, tetapi setiap orang dan setiap rakyat Malaysia boleh melakukannya. Inilah yang saya ingin lihat," katanya.

Wan Azizah juga berkata, beliau akan kembali ke arena politik semula sekiranya Anwar kecundang dalam perbicaraan kes ini.

"Sekiranya saya diperlukan, tentulah. Tetapi terdapat ramai lagi pemimpin lain yang sudah teruji...

"Saya bukanlah sangat seorang ahli politik. (Tetapi) saya rasa saya ada imej yang berupaya menyatukan orang ramai," katanya lagi yang meletakkan harapan tinggi kepada barisan pemimpin muda.

Pelan A, B, C

Ditanya sekiranya beliau merasakan bahawa Anwar akan kembali ke dipenjara, Wan Azizah berkata beliau meletakkan harapan supaya perkara itu tidak akan berlaku.

"Janganlah doa begitu," katanya sambil tertawa kecil.

Beliau turut menggesa wartawan supaya turut optimis bahawa Anwar tidak akan dipenjarakan dan keluarganya membuat rancangan atas dasar yang sama.

NONE"Tentulah ada pelan kecemasan – pelan A, pelan B dan pelan C," katanya lagi.

Namun, Wan Azizah tidak dapat memberi gambaran jelas sekiranya andaiannya itu meleset.

Lalu siapa yang akan mengetuai Pakatan sekiranya ia dapat menguasai Putrajaya tanpa Anwar?

"Apabila keadaan itu berlaku, kita akan buat keputusan. Walaupun jika Pakatan berkuasa, kita masih perlukan semak dan imbang. Anda tidak boleh ada kuasa mutlak, anda tidak boleh (jadi) diktator," tegas Wan Azizah.

PKR juga telah melatih ramai pemimpin muda untuk mengisi kedudukan pemimpin lama, katanya lagi.



Bahagian 1:an Azizah: Minta jauhkan saya jadi seperti Rosmah
Bahagian 2:Video seks: Azizah tetap yakin Anwar tak terlibat
Bahagian 3:Azmin akan 'matang', kata Wan Azizah


Wawancara dijalankan oleh Hafiz Yatim, Nigel Aw dan Salhan K Ahmad.

  • Bumiputera Berjaya · Top Commenter · Managing Editor, JustNews.com at CNN International
    Jauh bezanya ulasan yang diberikan oleh DSWA dgn Rosmah Mansur..mcm langit dengan bumi..BERBALOI SELAMA INI SAYA MENYOKONG PADU DSAI DSWA/PKR/PR.....
    • Azha Ramli · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      kesian gila kepada umno yang perlu import PATI untuk mengundi mereka. parti melayu konon.
    • Dato' Tarmizi Mohd Jam · Top Commenter · Universiti Malaya
      Kata Naib Presiden PAS, Dato Husam Musa, PAS akan edar senarai hitam nama2 pengundi PATI yang dapat myPR pagi dan sebelah petang mykad; dan mereka yg ada nama dua tiga tempat lokaliti dgn pengubahsuaian khas (bertindih) pada nama depan, bin atau binti dan nama bapa kpd semua paca untuk diambil tindakan (dihalau keluar) sewaktu hari mengundi. Mereka tak layak mengundi dan rakyat akan hancurkan taktik jahat umno-bn ini.
    • ايتيق چنتيق ايتيق · Friends with Bunga Azlina Wati
      nak kna maki kot umno ngan rosmah ni..nasib baik pose lau x ..betaerabur kono maki ..miahahhah:p
  • Latip Arifin · Top Commenter · King Edward VII School
    Tak peduli siapa yg akan menerajui PR, asalkan PUTRA JAYA dapat ditawan..Lepas tu kita cari formula terbaik untuk semua..!
  • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
    Kak Wan....itu hak anda. kau nak ganti siapa pun rakyat tidak kisah.
    Asalkan rakyat nak hak rakyat, rakyat bukan menyokong PKR, tetapi terdesak sebab umno ini parti yang bukan diharapkan.
    - Sekirannya Anwar jadi PM pun rakyat bukan untung apa , perlu bekerja keras, titik peluh kena menintis di tanah juga.... Apa yang rakyat harapkan adalah masa depan, mungkin malaysia akan jadi lebih baik, rakyat boleh hidup senang sedikit, rakyat harapkan isu perkauman semakin kurang saja. Rakyatharapkan umno tiada peluang gunakan isu agaman sebagai mainan politik. Sebab rakyat terlalu muak cara pemerintahan umno yang gila rasuah, tipu rakyat, hidup semakin susah....
    - Kak Wan , kau buat lah apa rancangan pun, itu hak kau dengan anwar, tetapi jangan lupa, sekirannya tanpa Anwar pun rakyat memang benci umno. itu saja lah.
    • Uwais Al Qarni · Top Commenter · UKM Bangi
      memang tak ada masalah bagi Umno, sbb itu Umno kata Judi tu HALAL, beri lesen... ke cner Altramental Saro
    • Altramentaro Saro · Top Commenter · Universidad Internacional de las Américas - UIA
      yer,1 ari nanti kerajaan BN akan tumbang,..pmnya adalah anwar,timbalan pula,karpal,harga barangan akan turun mendadak,..gula dari 34 hinggit akan jadik 50 sen sekilo,minyak 50 liter untuk sebulan percuma dari kerajaan pakatan,..mari la kita mengundi,kita semua pangkah bulan pkr dan roket..hidup anwar!!! kerat 18 aku tetap xkan pangkah PR
    • Altramentaro Saro · Top Commenter · Universidad Internacional de las Américas - UIA
      uwais..kalo ko nak bercakap pasal hukum halal haram bukan dengan aku,..aku x layak bercakap pasal hukum halal haram..ilmu pon x cukup,ko tanya la anti mamak tuh...segala mazhab beliau ada..silap2 ko pon boleh kawin ngan mak ko sendirik..kah kah kah kah..
  • Mohd Yusri · Top Commenter · Institut kemahiran mara lumut
    wahai umno bn..KEADILAN tertubuh kerana ANWAR..ya ..itu dulu..kini keadilan kerana RAKYAT..1,000,000 anwar akan bangun jika anwar ibrahim ini 'mati' ditangkap..
  • Mat Pit · Tukang Kebun at CUCI
    semoga DSAI dan keluarga sntiasa dlindungi Allah dr kezaliman manusia d dunia..
    • Azman Hashim · Top Commenter · Sekolah Sri Garden
      anwar bukan isu untuk aku..yg mejadi isu sekarang ialah mesti tumbangkan BN..siapa pun bolih jadi pemimpin dlm PR..BN adalah pengkhianat negara..sama spt penyokongnya..
    • Rosmi Mahmud · Top Commenter · Works at Bisnes Sendiri
      itu aku pun setuju dgn azman n abdulhadi,aku xrasa ada org yg sekuat anwar wlau pun d tekan n d fitnah dgn bmcm2 tp apa yg aku dpt lihat ia nya telah d tentukan olih allah,utk rakyat mlsia melihat dgn hati n mata serta bfikir dgn cara yg lebih bijak utk kbaikan politik dan masa depan org melayu islam dan seluruh rakyat malaysia semuanya
    • Jariah Bob · Top Commenter · Penoreh Getah at LADANG GETAH
      Akik Desa, Fitnah tu bagi mereka nacam gula-gula je....., kalau tak ada fitah, bukanlah Be eNd , tak ada fitnah lama tergolek dog mereka tu, yang terkena dan termakan dengan amalan tu ada mereka2 yang pendalama.... yang kurang pendengaran dan yang kurarg celik....

Karpal: Desak percepat kes Anwar 'hina mahkamah'
Ogos 6, 11 4:12pm

Mendesak mahkamah menyegerakan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dikira menghina mahkamah kerana mencampuri pentadbirannya, kata Karpal Singh.

Ketua peguam pembelaan dalam perbicaraan kes itu merujuk kepada cubaan kumpulan pendesak Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor (Gaps) yang mahukan perbicaraan itu dipercepat.

NONE"Perbicaraan Anwar harus dibenarkan berlangsung tanpa sebarang campurtangan daripada mana-mana pihak," kata Karpal (kiri) dalam kenyatannya hari ini.

Katanya, setiap pihak tidak kira siapa tidak patut mengeluarkan kenyataan terbuka yang boleh mengganggu perjalanan perbicaraan itu.

The Star hari ini melaporkan, Gaps mendesak mahkamah mempercepatkan perbicaraan, ekoran aduan bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mahukan campurtangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada Rabu.

  • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
    Gerakan Anti-Penyelewengan - anak syaitan umno lah.
    Puak ini penganut mazhab umno. mereka baru dapat perintah tuhan umno supaya mendesak mahkamah ikut arahan tuhan mereka.
    - Gerakan Anti-Penyelewengan...puak yang tidak memhami process mahkamah, puak yang menhina perlembagaan , puak yang mencipta undang undang sendiri. Ini kah NGO? pordah.
    -Mari lah rakyat... kalau anda ingin hapuskan puak ini di Malaysia, senan sahaja , anak anak malaysia bersatu tanpa kira bangsa dan agama, sekali meruntuhkan umno pada PRU13. puak mazhab umno akan pupus di malaysia. Marilah kita sokong pendapat ini sila tekan like.
    • Antimamak mamak kapiaQ AMMkQ
      mengikut mazhab pkr dap pas dan ammkQ, sesiapa yg menbuat kecoh semasa perbicaraan secara terbuka,akan menbatalkan kes tersebut,so xusap di bicara...mengikut mazhab anwar pulak..sesuatu kes bergantung kepada mood..tidak ada had dan waktu untuk menbicarakan kes tersebut,..maknanya..bila die nak mati baru selesai kes ni,..so leh ar hukum dia..
    • Altramantaro Taro Taro · Top Commenter
      kapiaQ
    • Altramantaro Taro Taro · Top Commenter
      mazhab pkr liwat halal,mazhab pas haram mazhab dap halal
      = halal...
  • Azman Abu Bakar · Top Commenter
    Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor (Gaps).

    Mak ai... kumpulan pendesak anti penyelewengan negeri lain takde ker? takpon lebih besar contoh; anti penyelewengan Zimbabwe..hehe.
  • Ambe Jebat
    apalagi...samaaaann
    • Hasmira Hasmi · Top Commenter · SGB
      Gaps ni barua umno tulen,dulu masa umno berkuasa merekalah yang dapat projek kerajaan selangor ,sekarang kocek mereka kosong,pura2 cari kesalahan pr,khir toyo yang menjarah bumi selangor ,gaps masih puja dan pertahankan.
  • Man Kadir · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
    GAPS BUDAK UPAHAN UMNO/BN ... apa macam?
  • Reformis Malaya Politikus Bebas · Top Commenter · 104 years old
    Klu pertanguhan itu dgn dgn alasan munasabah tdk mengapa....kita kena adil kpd anwar dan saiful. Cuma klu ia Dipercepat jg bagus supaya tiada lg persoalan kpd rakyat.

PAS Perak hubungi pengundi luar dengan FB
Ogos 6, 11 2:03pm

Menjelang pilihan raya umum akan datang, PAS Perak memperkenalkan laman Facebook khas bagi berkomunikasi dengan pengundi negeri itu yang berada di perantauan.

Ia dilancarkan pesuruhjayanya Abu Bakar Hussien di Markaz Tarbiyyah PAS negeri di Changkat Jering semalam, kata kenyataan PAS Perak.

facebook pengundi luar pas perak 050811 pesuruhjaya abu bakar hussienAbu bakar (kanan, berbaju biru) dalam ucapan ringkasnya berharap usaha itu membantu PAS dan Pakatan Rakyat merampas kembali tampuk kepimpinan negeri daripada BN antaranya melalui penggunaan laman sosial itu secara maksimum.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Perak Haji Asmuni Awi pula berkata, pihaknya mensasarkan 50,000 akan mengikuti Facebook itu sebelum pilihan raya akan datang.

"Bagi semua pengundi yang menyokong PAS/Pakatan terutamanya yang berada di Lembah Klang agar dapat bersama dengan Facebook ini yang menjadikan ianya komunikasi dan saluran berita PAS/Pakatan di negeri Perak," katanya.

Asmuni juga berkata, laman itu akan menjadi pentas mendapatkan maklumat yang akan dijawab sendiri oleh pimpinan PAS negeri.

Beliau juga berharap semua pengundi luar yang berada di seluruh negara agar kembali ketika pilihan raya umum ke-13 nanti.

Pakatan mulakan belanjawan alternatif
Ogos 6, 11 2:57pm
Jawatankuasa kerja Pakatan Rakyat hari ini mengadakan mesyuarat pertamanya bagi membincangkan belanjawan alternatif, sekali gus mendepani pengumuman Belanjawan 2012 pada Oktober.

pakatan pc on spr ban pondok panas 280409 dzulkefly ahmadAnggota jawatankuasanya Dzulkefly Ahmad (kanan) berkata hasil perbincangannya akan dikeluarkan sebelum kerajaan pusat mengumumkan belanjawannya.

Bagaimanapun, anggota parlimen Kuala Selangor itu menegaskan, ia bukan belanjawan bayangan sepenuhnya tetapi lebih kepada pendekatan strategik, seperti dikeluarkan Pakatan pada 2008.

Bercakap dalam sidang media di pejabat Pakatan di Petaling Jaya hari ini, Dzulkefly berkata, gabungan itu akan menagmbil pendekatan strategik, di mana semua parameter sektor akan diambil kira.


Tazkirah Ramadan berunsur politik, dakwa exco
Ogos 6, 11 4:30pm

Tindakan pihak tertentu yang menjadikan sesi tazkirah semasa sembahyang terawih sebagai ruang menyampaikan ceramah berunsur politik amat dikesali.

Exco kerajaan negeri Pahang Datuk Wan Adnan Wan Mamat berkata terdapat banyak aduan daripada orang ramai berhubung perkara itu sejak umat Islam melakukan ibadat puasa Isnin lepas.

"Masjid atau surau bukannya tempat untuk pembangkang mengadakan tazkirah berunsurkan politik seperti menghina atau mengutuk kerajaan, dan ianya bukanlah pentas untuk berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan sempena bulan Ramadan kepada masjid, surau dan pusat tahfiz, di Kuantan hari ini.

Beliau berkata Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) telah diminta untuk menyiasat perkara berkenaan.

"Kita minta orang ramai terutama jemaah masjid atau surau supaya segera memaklumkannya kepada Jaip sekiranya terdapat sesi tazkirah sedemikian.

"Perkara ini boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dalam masyarakat serta menjurus kepada perpecahan umat Islam. Ceramah sedemikian juga mengganggu emosi jemaah yang hadir untuk menunaikan solat terawih," katanya.

Pada majlis itu, sebanyak 13 masjid, 66 surau dan empat pusat tahfiz di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Beserah, iaitu DUN yang dimenangi PAS pada pilihan raya umum lepas, menerima sumbangan untuk menjalankan aktiviti di bulan Ramadan.

--Bernama

  • Syeikh Amri Al-Baluni · Top Commenter · Sukuruti Gad at Import and Export
    nak tazkirah pasal aurat.. terpaksa cakap pasal bini najib.. nak tazkirah pasal membazir.. pun terpaksa cakap pasal bini najib.. nak tazkirah pasal fitnah.. terpaksa bagi contoh rahim tamby chik.. nak tazkirah pasal khianat negara.. terpaksa cakap pasal bagi I see biru kat PATI.. nak tazkirah pasal minum arak.. terpaksa bagi contoh menteri umno raba bontot dan minum2 kat kelab.. abisshhh? cemane nak elak? hahahah.. buat bodo je dengan mangkuk2 yang jual agama demi gaji 3-4 ribu sebulan nehhh!
  • Ridzuan Abdul Razak · Top Commenter · Works at Pertubuhan Peniaga Tukaran Wang Asing dan Komoditi Dalam Talian Zon Utara
    Kalau bg tazkirah guna ayat al-quran dan hadis...selalunya UMNO akan terasa kena atas kepala. Tazkirah tersebut "berunsur politik". Depa tak tau politik Allah lg maha luas.
  • Wan Adree Wan Yusof · Works at Great Eastern Takaful
    ni susah bila org politik baru pergi masjid..bila dgr utz ceramah kena batang hidung sendiri mula bising ckp utz ceramah politik dlm masjid. isk3...
  • 'Aiman Wahid' · Top Commenter · Jertih, Terengganu, Malaysia
    elok cadangkan penceramah bagi ceramah resepi memasak la dimasjid..aku yakin itu tidak akan memecahbelahkan masyarakat..

    kalau bagi ceramah pasal mengkhianati amanah, ramai pulak pemimpin UMNO yang terasa..kalau bagi ceramah pasal hidup sederhana, nanti isteri-isteri pemimpin umno pulak terasa.

    hmmm...masjid jadi tempat solat jelah..sudah hilang fungsi masjid sebagai tempat untuk menyebarkan ilmu dan syiar islam..

    Islam itu adalah Ad Din yakni cara hidup..dan berpolitik adalah salah satu eleman dalam cara hidup..jangan pisahkan politik dari islam kerana ianya akan merosakkan cara hidup itu sendiri.
  • Man Kadir · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
    Jangan cerita tentang politik - ceriota tentang penyelewengan kuasa - tipu beli kapal selam - pemnbunuhan alttantuyya - pembaziran membeli cincin permata - ... APA MACAM?
    • Maya Percintaan · Cleaner at Astro
      isu memali camne?ustaz2,ustazah2 yg tkorban?di kata komunis...sape yg memecahkan kepercayaan islam..camne org bukan islam nak tertarik dgn islam...kita xamalkan islam...hudud ditentang..datuk wan adnan wan mamat,hudud tue hukum Al-Quran...ko sokong x?

China, India pertahan ekonomi M'sia
Ogos 6, 11 4:26pm

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yakin ekonomi Malaysia tidak akan terjejas dengan krisis hutang Eropah dan kelembapan ekonomi Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata Malaysia masih mampu mempertahankan kedudukan ekonominya ekoran kebergantungan kepada ekonomi Asia seperti China dan India.

Katanya negara juga dijangka mampu berhadapan dengan situasi semasa itu kerana tidak mempunyai pendedahan terus.

"Kekukuhan asas ekonomi Malaysia yang didorong oleh permintaan domestik akan menjadi penampan bagi mengurangkan kesan ketidaktentuan ekonomi global.

"Kita juga bernasib baik kerana mempunyai perdagangan dengan China dan India yang merupakan gergasi ekonomi dunia," kata beliau kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada ibu tunggal di Parlimen Tasek Gelugor di Kepala Batas ini.

Nor Mohamed yang juga Anggota Parlimen Tasek Gelugor berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejatuhan pasaran saham Asia berikutan kebimbangan keadaan ekonomi di AS dan Eropah.

Menteri itu berkata, beliau percaya masalah yang berlaku di negara-negara maju itu tidak akan menyebabkan dunia terjebak dalam kemelesetan ekonomi secara berganda.

"Eropah sedang bertungkus-lumus menyelesaikan krisis hutang dan AS pula masih mampu mencatatkan pertumbuhan tetapi pada kadar yang cukup perlahan," katanya.

Beliau berkata pertumbuhan perlahan di AS disebabkan oleh kadar pengangguran yang cukup tinggi iaitu 17 peratus.

Katanya AS kini berhadapan dengan situasi yang amat mencabar dan masalah pengangguran menjadi ancaman kepada kuasa besar ekonomi itu.

--Bernama
  • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
    Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Mamak tongkang.
    Dunia mengiktrafkan bangsa Cina dan India di Malaysia mempertahankan ekonomi Malaysia. Dunia ketahui puak umno dan penganut mazhab umno rasuah kuat, membazirkan wang rakyat , memboroskan sumber alam...
    - Ini bukan lagi cerita sensitif... ini open secret!
    - Cukai yang dibayar oleh kaum india dan cina untuk membina universiti perkauman supaya melahirkan anak syaitan umno. universiti perkauman yang paling ulung di dunia dimiliki oleh penganut mazhab umno. Ini lah keistimewaan ketuanan melayu...
    - Selagi umno ada di bumi ini jadi pemerintah malaysia, malaysia akan ketawa bagai negara pengeluar badut terulung di dunia... kah kah kah.
  • Adam AndMuch More · Top Commenter · Sukabumi
    Bila terjadi sesuatu msalah dan dugaan dan manusia tidak mahu mengambil AlQuran dan AlSunnah sebagai panduan, maka ini lah yg bakal berlaku. Shame on you BN.
  • Safuan Karto · Top Commenter · Jerantut
    tahu pun Cina dan India penyambut hayat ekonomi Malaysia, tetapi kenapa tapi UMNONGOK marah kepada mereka, muka tak tahu malu.
  • Asmadi Musa Madi · Uum sintok kedah
    balasan tuhan di atas kezaliman tgn2 pemimpin mereka yang dajal.
    • Arjunan Aman Arjunan · Top Commenter
      Masalahnya ialah, gila kuasa, gila bangsa, gila perempuan, dan banyak gila2 ingin menjadi HIRO bangsa. Manalah nak cari orang mulia untuk menjaga semua bangsa. Dengki.....dan tamak kuasa, macamana nak menyatukan rakyat. Mrk tak pedulikan semua ini. Yang pntg "I am the BOSS"

250,000 amah akan didaftar biometrik
Ogos 6, 11 4:22pm

Seramai 250,000 pembantu rumah warga asing yang bekerja di negara ini akan didaftar ke dalam sistem pendaftaran biometrik apabila majikan memperbaharui permit kerja mereka, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam.

Beliau berkata ia berikutan pembantu rumah tidak termasuk dalam kumpulan pekerja dalam industri yang terlibat Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Yang Sah.

"Bilangan pekerja asing secara sah ialah 1.9 juta orang dan bilangan pembantu rumah yang sah adalah 250,000 orang.

"Ini bermaksud seramai 1.65 juta pekerja asing yang sah (yang terlibat dalam sektor industri) yang perlu didaftarkan dalam program pendaftaran biometrik," katanya kepada pemberita sebelum merasmikan Program Myskills 2011 peringat negeri ini, di Butterworth
hari ini.

Pendaftaran biometrik itu merupakan permulaan Program 6P yang meliputi pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran pekerja asing di negara ini.

Mengenai program Myskills, Subramaniam berkata setakat ini kira-kira 3,000 orang telah mendaftar dalam program berkenaan.

Beliau berkata mereka yang telah mendaftar akan ditempatkan di institut kemahiran secara berperingkat untuk menjalani latihan dalam bidang tertentu.

"Setakat ini seramai 120 orang telah ditempatkan di Institut Latihan Perindustrian dan Institut Kemahiran Belia Negara," katanya.

Katanya program yang mendapat sambutan menggalakkan itu akan diteruskan di peringkat daerah tidak lama lagi.

--Bernama

  • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
    - Tak lama kemudian amah amah ini dapat PR , lepas PR dapat warganegara..... cara macam ini kah jalan ceritannya?
    - Kalau Umno minat sangat jadikan Malaysia ini negara bangsa bangsa bersatu. elok lah gadaikan Malaysia kepada Jepun, US ,,,, masa itu puak umno akan tersedar, anak anak syaitan umno baru ada peluang menegakkan keadilan, berjuang untuk islam.... kah kah kah.
    - Ini semua cerita auta umno, melayu ditipu jadi hero yang buta tuli, last sekali apa pun tak dapat... boss rasuah habis. kalau ada pun jawatan JKKK saja lah ,,, dapat tumpang semangkuk nasi dari umno.
    • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
      wooooi ...anak syaitan umno porno . mari lah maki hamun antimamak. selamat datang ... ini peluang untuk kau lepaskan geram ...kah kah kah
      - antimamak itu bermaksud.
      Anti Malaysia Akan Musnah Akibat Kuasa. - gila kuasa ini puak umno lah ... siapa lagi , antimamak itu sama saja antiumno.... kah kah kah
  • Must Lim · Top Commenter · Skolah atap
    hahaha kite tgk laa PRU13 nnt.. Rakyat malaysia akan dibanjiri pengundi Endon n Bangla.. whahahhaha..
  • Malvin Rokilin Mahuda · Top Commenter · Petaling Jaya, Malaysia
    langkah untuk kekal berkuasa lagi.....

Tiada ulasan: