"Kami akan pergi ke Suruhanjaya Pilihan Raya untuk membantah lebih kurang 100 nama hari ini atau esok, kerana kami memerlukan masa untuk memanggil semua membantah bersama-sama," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.
Jelasnya, mereka apda awalnya menemui 1,000 nama, kebanyakannya orang Sabah, yang berdaftar sebagai pengundi baru di Kota Raja.
Bagaimanapun, selepas semakan oleh kakitangan Pakatan Rakyat di sekitar kawasan tersebut, mereka menemui sebahagian daripada mereka benar-benar penduduk setempat.
PAS bagaimanapun terus mempersoalkan penempatan semula melibatkan jumlah yang ramai dari kawasan lain dan kenapa mereka mahu menukar kawasan mengundi ke Kota Raja.
Pembangkang sebelum ini mendakwa bahawa Umno dan BN menjalankan tindakan itu untuk memecahkan majoriti yang dimenangi wakil rakyat Pakatan dalam pilihan raya umum lalu.
Siti Mariah berkata, loceng amaran berbunyi kepadanya apabila kemaskini terakhir daftar pemilih menyaksikan 7,260 nama akhirnya ditambah di kawasannya.
"Ini merupakan peninggkatan tertinggi pemilih antara semua kawasan pilihan raya di Selangor," katanya yang juga timbalan ketua Dewan Muslimat PAS.
- Kamcing Aku · University of California, San DiegoSPR dan ameno menempah jalan memudahkan utk depa ke neraka...yg depa x pasti nereka tu benar atau tidak. Buat masa di dunia ini tiada erti neraka dlm kamus politik mereka.
- Diego Tony · Works at Cargo Movement (M) Sdn Bhdjangan jadi pencacai BN dan pengkhianat pada RAKYAT, kita mau BERSIH ADIL & SAKSAMA pada PRU 13.
Beliau berkata tindakan itu turut mengecewakan seluruh masyarakat India yang beranggapan kenyataan Palanivel itu akan menambah kepincangan dan memecahbelahkan hubungan antara MIC dan parti politik kaum India yang lain.
Sambanthan berkata bukan hanya MIC yang memperjuangkan masyarakat India kerana ia turut dilakukan parti lain seperti Parti Makkal Sakti Malaysia dan Parti Bersatu India Malaysia.
"MIC diibaratkan seperti ''abang'' dan IPF atau parti-parti politik yang lain seperti ''adik''... oleh itu sebagai abang, Palanivel harus menerima IPF atau parti politik India yang lain.
"Tetapi beliau (Palanivel) telah mengugut bahawa MIC akan bertindak keluar BN sekiranya BN menerima kemasukan parti berasaskan kaum India yang lain," katanya.
Semalam, selepas selesai perhimpunan agung tahun MIC, Palanivel dipetik sebagai berkata MIC merupakan satu-satunya parti mewakili masyarakat India dan beliau tidak akan menyokong mana-mana parti politik mewakili kaum India lain untuk menyertai BN.
"Jika Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) membuat keputusan esok untuk menerima parti IPF sebagai parti komponen BN, bolehkah saya mencabar dia (Palanivel) untuk keluar daripada MIC?" soal Sambanthan.
Ditanya sama ada IPF akan terus berusaha untuk menyertai BN, beliau berkata: "Kita memohon pucuk pimpinan BN iaitu Perdana Menteri untuk mengambil keputusan positif dan mempertimbangkan perjuangan kami (IPF) sejak 20 tahun lalu.
"Susah senang kita bersama BN. Meskipun ada parti pembangkang memberi peluang kepada IPF dengan pelbagai janji untuk menyokong IPF, tetapi kita masih setia dengan BN," katanya.
- Bernama
Keluarga mangsa juga memohon kepada mahkamah bagi mengarahkan majistret menjalankan inkues bagi menentutkan punca kematian Baharuddin dan supaya polis mendedahkan semua dokumen berkaitan kes itu.
Laporan bedah siasat lazimnya mengambil masa sekitar dua minggu untuk siap namun keluarga mangsa telah memohon bagi mendapatkannya pada 12 Julai, namun sehingga sekarang masih belum menerimanya, kata peguam keluarga itu, Ahmad Jufliz Faiza.
"Kita percaya Baharuddin mati di kawasan yang dikawal oleh polis (pada hari tersebut). Laporan bedah siasat adalah antara bukti (dalam kes Baharuddin).”
Katanya laporan dari Hospital Kuala Lumpur untuk mengetahui punca sebenar kematian allahyarham masih belum diperolehi tetapi telah beberapa kali diminta.
Polis sebelum ini mendakwa, Baharuddin mati kerana komplikasi jantung.
Namun keluarganya tertanya-tanya, apa punca tulang dadanya patah di samping beberapa batang giginya juga patah.
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid pada sidang medianya pada 22 Julai lalu menafikan taktik ganas digunakan ke Badaruddin, termasuk dakwaan beliau dibelasah pihak berkuasa.
Sebaliknya menurut pegawai kanan polis itu, bahawa tulang rusuk lelaki itu patah adalah mungkin disebabkan oleh rawatan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) yang diberikan oleh pihak berkuasa.
Salleh juga menafikan luka di bibir dan gigi lelaki berusia 58 tahun itu patah adalah akibat keganasan pihak polis.
“Saya diberitahu terdapat dakwaan tiga tulang rusuk dan giginya patah. Menurut pakar perubatan tulang rusuk itu patah mungkin akibat rawatan CPR.
“Mengenai gigi yang patah, ini mungkin kerana tiub dimasukkan ke dalam mulutnya kerana pegawai perubatan cuba menyedarkannya semula,” katanya ketika taklimat kepada media dan beberapa NGO berhubung beberapa kejadian 9 Julai lalu mengikut versi polis, di Bukit Aman.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah berkata jumlah tersebut adalah jumlah yang dipersetujui Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan (JPPH) setelah mengambilkira infrastruktur asas dan bayaran pendahuluan tahun pertama sebanyak 5 peratus.
Tun Abd Majid menerusi ucapan pembukaan di hari pertama perbicaraan bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik berkata penilaian kadar itu (RM18) juga mengambil kira kadar kupon 6 peratus, tempoh bayaran balik 10 hingga 15 tahun, tiada faedah untuk tahun pertama dan kedua serta bayaran faedah sahaja untuk tahun ketiga dan keempat.
"JPPH turut mengambil kira bayaran balik secara tahunan baki termasuk faedah untuk selama enam tahun atai 11 tahun serta tempoh baki 10 atau 15 tahun dengan menggunakan kaedah 'discounted cash flow' dimana target rate ditetapkan 8.25 peratus, kadar kupon 6 peratus dan terma bayaran balik 10 tahun, nilaian tanah sebanyak RM25 sekaki persegi boleh dipertimbangkan untuk maksud keluaran bon walaupun nilai tanah hanya RM21," katanya.
Tambah Tun Abd Majid ia merupakan kadar yang diperaku dan dipersetujui oleh JPPH dan pihak pendakwaan akan membuktikan kadar nilai faedah sebanyak 7.5 peratus setahun sebenarnya tidak diperaku dan dipersetujui oleh JPPH.
"Sehubungan itu pihak pendakwaan akan menunjukkan bahwa tidak sepatutnya ada kadar nilai 7.5 peratus tambahan kepada harga tanah tersebut. Pihak pendakwaan juga akan membuktikan bahawa penilaian ini telah dimaklumkan kepada Kementerian Pengangkutan oleh JPPH dan seterusnya kepada tertuduh.
"Keterangan akan dibawa untuk menunjukkan bahawa tertuduh (Dr Ling) telah menulis surat kepada Perdana Menteri (ketika itu) yang memaklumkan bahawa rundingan di antara LPK dan KDSB telah diadakan mengenai pembelian tanah tersebut berdasarkan syarat dan terma-terma telah dipersetujui oleh JPPH seperti di lampiran surat berkenaan dan diterima oleh Lembaga Pelabuhan Klang (LPK)," katanya.
Tambah Tun Abd Majid, pihak pendakwaan juga akan membawa keterangan yang menunjukkan pada 6 Nov 2002, Jemaah Menteri telah bersetuju dengan pembelian tanah tersebut atas dorongan oleh tertuduh yang menyatakan syarat dan terma-terma pembelian tanah tersebut diperku dan dipersetujui oleh JPPH sedangkan tertuduh tahu dan sedar perkara ini adalah tidak benar dan tertuduh juga tidak mendedahkan atau menjelaskan bahawa kadar faedah 7.5 peratus itu adalah tambahan kepada nilai yang diperaku dan dipersetujui oleh JPPH.
"Pihak pendakwaan akan membuktikan beliau (Dr Ling) bertanggungjawab ke atas LPK yang terletak di bawah seliaan kementeriannya dan beliau terikat di sisi undang-undang untuk melindungi kepentingan Kerajaan Malaysia dengan tidak mendedahkan kadar faedah/kupon tambahan tersebut, telah menipu kerajaan Malaysia dengan sengaja," katanya.
Beliau menambah bukti-bukti akan dikemukakan melalui keterangan lisan dan dokumen bagi menunjukkan kesemua intipati pertuduhan terhadap tertuduh melampaui tahap keraguan munasabah.
Akhbar harian Cina Sin Chew Daily pada tajuk utamanya yang memetik sumber berkata semua bahagian menerima arahan itu sejak dua atau tiga bulan lalu yang meminta mereka mengemukakan senarai calon berdasarkan agihan kerusi yang dibuat pada pilihan raya umum 2008.
Setiap bahagian diminta mengemukakan tiga nama bersama latarbelakang terperinci mereka.
Menurut akhbar itu, arahan daripada pemimpin BN itu dibuat sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu tetapi berdasarkan scenario politik semasa, kemungkinan besar pilihan raya umum akan diadakan pada November atau Mac, April tahun depan.
Senarai itu adalah hanya nama awal yang akan dikaji bersama laporan penilaian dan kaji selidik untuk menentukan kemampuan seseorang calon untuk menang sebelum keputusan muktamad dibuat.
Penyerahan nama yang awal itu bertujuan memberi Najib lebih banyak masa untuk “menyaring” calon menjelang pilihan raya umum akan datang.
Memetik seorang ahli parlimen yang tidak disebutkan namanya, akhbar Sin Chew Daily melaporkan pemimpin BN telah mewawancara beberapa ahli parlimen BN baru-baru ini dan sesi terbaru itu berlainan dengan temu-bual tiga minit yang diadakan dengan Najib, sebelum ini.
"Sepanjang pengetahuan kami, laporan kali ini yang diperolehi pemimpin atasan BN, tidak hanya terhad yang diterima daripada polis Cawangan Khas (SB) atau Kementerian Penerangan sahaja.
“Tidak memeranjatkan jika terdapat 20 atau 30 laporan berhubung satu-satu kerusi. Ini akan memastikan maklumat yang diterima boleh menggambarkan keadaan sebenarnya,” kata ahli parlimen itu.
Menurut sumber lain yang dipetik akhbar itu lagi, peluang BN menang di 80 daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan adalah antara 40 hingga 60 peratus dan kerusi-kerusi ini yang akan menentukan jika BN dapat merebut kembali majoriti dua pertiganya di parlimen.
"Kerusi-kerusi ini bukan sahaja yang BN tewas pada 2008 tetapi juga adalah kerusi yang dimenanginya,” kata sumber itu sambil menambah 'kerusi sasaran' itu kini 'dijaga' oleh menteri dan timbalan menteri BN.
Mengenai negeri-negeri yang tumbang pada Pakatan Rakyat pada pilihan raya yang lalu, BN yakin dapat merampas kembali Kedah dan Selangor, lapor akhbar berkenaan.
- Subkiarabi Abdul Rahman · Top Commenter · Pengurus at SUBKIARABI DOT COM ENTERPRISERamalan mengatakan selangor bakal di Rampas.mungkin ramalan yang kurang tepat kot..kalau kedah kemungkinan la.sebab orang kedah terdiri ramai orang melayu.so melayu ni masih belum lupa sejarah..melayu anyak sayang pada UMNO.UMNO pusing tengkok depa pun tak apa lagi..
- Subkiarabi Abdul Rahman · Top Commenter · Pengurus at SUBKIARABI DOT COM ENTERPRISE
- Nur Atika Binti Atan · Top Commenter · Universiti Teknologi MalaysiaUntuk pemimpin2 umno - nasihat sy "Jgn sampai yg dikejar x dapat yg digendong keciciran" Kdg2 kita x bley pdg rendah pd pemikiran dan keupayaan masyarakat sivil hrini. Ini zaman dunia tanpa sempadan...zaman di mana pemerintahan yg kukubesi.. pemerintahan yg tidak jujur n cuba untuk disembunyikan hanya akan makan diri. Sbb tu sy suka nk lihat figure sbnr yg dikatakan oleh pihak media ttg VOCAL MONORITI vs SILENT MAJORITY (Kuasa ke-3; iaitu atas pagar n org2 kmpg) :)
- Rohaizad Azri · Universiti Utara Malaysia"Diam lar!" najib! najib mimpi di siang hari...jangan harap nk rampas selangor.
- Malvin Rokilin Mahuda · Top Commenter · Petaling Jaya, Malaysiaini bermakna PRU13 di ambang pintu dah ni..rakan2 PR jangan berlingah lagi...Jom gempur kubu kuat bn umno...sampai mereka menggelatar.
- Jazman Jusoh · Top Commenter · Kerana Tuhan untuk Manusia
- Nur Atika Binti Atan · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
- Hasmira Hasmi · Top Commenter · SGBporah, umnongok jangan mimpi rampas Kedah dan Selangor kecuali guna pengundi hantu dengan kerjasama spr, dua2 spesis ni bahalol betul, jaga negeri sembilan dan perak dulu wahai umnongok babaun
K
"Lawak jenaka! Itulah saja yang boleh saya sifatkan kepada khabar angin yang mengaitkan saya dengan perbincangan rahsia untuk melantik YBM Tengku Razaleigh sebagai ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya nasihatkan, sempena bulan Ramadan ini, tulislah perkara-perkara yang betul dan benar. Ingatlah, apa yang ditulis dan diucap akan menjadi bahan untuk dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak," katanya melalui Facebook.
Beliau juga mempersoalkan kewibawaan dakwaan "pelik" itu kerana dibuat berasaskan jangkaan Anwar akan ke penjara ekoran kes liwat yang sedang dibicarakan.
"Adakah benar keputusan mahkamah di negara ini sudah boleh dijangka atau sememangnya keputusan tersebut sudah bocor?" soalnya.
Semalam, New Straits Times melaporkan, NGO Jaringan Melayu Malaysia menggesa Nik Aziz menjelaskan penglibatannya dalam pertemuan yang didakwa berlangsung tanpa pengetahuan Anwar.
Presidennya Omar Salleh juga menimbulkan persoalan sama ada pertemuan itu diadakan secara rahsia kerana Anwar kemungkinan didapati bersalah dan bakal merengkok dalam penjara.
"Mungkin peguam Anwar Karpal Singh memberitahu DAP dan PAS bahawa keadaan Anwar dalam kes pertuduhan liwat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan; dan ini membawa kepada usaha mencara calon pengganti bagi mengisi jawatan ketua pembangkang," Omar dipetik sebagai berkata.
Sementara itu, anggota parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pula baru-baru dilaporkan mendedahkan usaha itu yang didakwanya sebagai rancangan pembangkang untuk pilihan raya umum ke-13.
- Muhammad Aiman Kamar RuddinBukan Ku Li yg akan ganti Anwar.. Tapi Najib yg akan ganti Anwar jd Ketua Pembangkang.. lepas PRU yg ke-13 nnti.. sape setuju?
- Mat Lazim · Universiti indonesiawa setuju najib jd ketua pembangkang....tp wa yakin tuh x mgkn terjadi...sbb wa tau Be End akn tetap menang...sumer owg pun tau....kita xder kuasa nkjatuhkan mereka....dr pru yg lepas2 lg sumer berkata kejatuhan Be End tp mereka tetap utuh....tp klu kita blh gantikan pemimpin2 kita kepada yg lebih bersih...mgkn akn dpt menarik rakyat...pilihla pemimpin dr pas...hidup pas...pas kurang kontroversi...dsai terlalu byk kontroversi...lepas pkr wujud..pas da sedikit tenggelam..wa mau pas..!!
- Mazlan Callmelann · Top Commenter · .NET Developer at CXC Globalxmkn Mat Lazim, kt mkn akn saksikan lg bnyk negeri akn jtuh ke tgn PR. siapa kerajaan ditentukn ngn majoriti kerusi parlimen dlm dewan rakyat...org2 yg dah idup lama mengatakan politik skung amat brebeza & xprnah smpi jd mcm ni. semua terasa bahangnya. kalau pn kerajaan tak bertukar, bee end akn saksikn kekalahan yg semakin bsar dlm pru13 di+ pula ngn najib yg gagal memimpin negara & mendapatkn percayaan parti sndri apa lg rakyat.
- Syafiq Nur Hakim · Top Commenter · Works at MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhdtak usah layan. terus mantapkan hubungan komponen dlm Pakatan.
- Long Ok · Top Commenter · Friends with Pas Kawasan Lumut
- Syafiq Nur Hakim · Top Commenter · Works at MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd
- Subkiarabi Abdul Rahman · Top Commenter · Pengurus at SUBKIARABI DOT COM ENTERPRISE
- Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala UniversityInilah hadiah puak umno untuk rakyat di bulan Puasa.
Puak umno ini ikut ajaran mazhab umno...memang boleh tokok tambah buat fitnah , bikin cerita, asalkan erita ini mengandungi unsur lawak , lucu tidak salah dari ajaran mzhab umno. Ini lah..hadiah puak umno untuk rakyat...lawak minggu ini, macam peminta sederkah bermimpi dirinya akan jadi raja. kah kah kah.- Subkiarabi Abdul Rahman · Top Commenter · Pengurus at SUBKIARABI DOT COM ENTERPRISE
- Taguci Paradox · Top Commenter · Smk Sultan Abdullah
- Malvin Rokilin Mahuda · Top Commenter · Petaling Jaya, MalaysiaBetul tu Tok Guru saya sokong kenyataan ini....
- Adi Ali · Top Commenter · University of Massachusetts Amherst
- Deen Musin · IKML/GMImereka akan menggunakan apa cara sekalipun x kira dosa/pahala dan tidak takutkan hukum2 allah utk menghancurkan DSAI keseluruhannya..
- Taguci Paradox · Top Commenter · Smk Sultan Abdullah
Sebaliknya, menurut ketua menteri, Lim Guan Eng sejak menumbangkan BN, kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah membina 11,596 rumah yang berharga antara RM42,000 (kos rendah) dan RM72,500 (kos sederhana).
Pada sidang akhbarnya hari ini, Lim berkata kerajaan negeri juga bercadang membangunkan semula beberpa projek perumahan yang akan membabitkan 992 rumah kos rendah dan 192 rumah kos sederhana.
"Setakat ini kami amat bersabar dengan dakwaan pembangkang (BN) yang menuduh kami tidak meluluskan rumah mampu milik dan rumah kos sederhana.
"Di sini, kami ingin mengemukakan bukti bahawa selepas 2008, kita telah meluluskan pembinaan rumah-rumah itu walaupun dana kita terhad kerana tidak murah bagi membina rumah-rumah berkenaan,” kata Lim.
Beliau kemudian mengedarkan risalah dan gambarajah bagi membuktikan hujahnya dan berkata perkara tersebut juga telah dijelaskan di dewan undangan negeri.
"Ini adalah fakta. Kenyataan pembangkang bersifat fitnah menuduh kami tidak membina sebuah pun rumah ( kos rendah dan sederhana) amat jahat,” katanya.
Beliau merujuk kenyataan ketua perhubungan Umno Pulau Pinang Zainal Abidin Osman yang membidas kerajaan negeri kerana didakwa tidak membina sebarang rumah mampu milik untuk golongan miskin sejak tahun 2008.
- Vincent Lee · Top Commenter · Assistant Manager at Georgetown College, PenangPeople can see that DAP has done a great job in a short time, only 4 years since 2008. Compare to BN which was given more than 57 years to develop the country.
This I have to credit to the hard work of DAP representatives for putting the RAKYAT first. Syabas to LGE and team...- Putra Rayyan · Top Commenter
- Vincent Lee · Top Commenter · Assistant Manager at Georgetown College, Penang
- Nur Atika Binti Atan · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
- Malvin Rokilin Mahuda · Top Commenter · Petaling Jaya, MalaysiaApa yang PR buat kat P Pinang tu orang bn kata semua nya tak betul...guan Eng naik kan alaun bilal diorang kata tak boleh...melanggar hukum lah..ni PR buat rumah mampu milik dia cakap tak buat, sebab takut kerusi bn di penang akan lenyap pada PRU13 ni.
- Yury Zhirkov Metallicaholic · Top Commenter · UCLAaku apply rumah kos rendah dari taun 2006... tp langsung xde responds pun dr jabatan perumahan kerajaan negeri pada masa tu... tp dr bulan october smpai dec 2008 aku dpt 2 surat tawaran bg rumah kos sederhana n kos rendah... so aku ambik je rumah kos rendah... cuma nak share je...
- Aidy Irwan Ismail · Top Commenter · Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak SetiaTAHNIAH LIM..biasela 2 dorang kan x pernah jd pembangkang 2 yg bodo semacam je 2..
- Long Ok · Top Commenter · Friends with Pas Kawasan Lumut
“Tatkala meletusnya Reformasi 98, Syed Ahmad Jamal tidak tinggal diam, Allahyarham sedar peranannya sebagai seorang seniman adalah memahami dan seterusnya bersama dengan denyut nadi rakyat yang menuntut keadilan,” kata Anwar.
Syed Ahmad Syed Jamal, 82, meninggal dunia malam semalam di kediamannya di Gombak, Kuala Lumpur.
Beliau adalah pelukis logo ADIL atau Pergerakan Keadilan Sosial, gerakan badan bukan kerajaan yang ditubuhkan sebagai respons tindakan-tindakan yang dikenakan ke atas Anwar yang difitnah pada tahun 1998.
Menurut Anwar, beliau sendiri masih menyimpan lukisan Allahyarham di ruang tamu rumahnya dan berasa bangga mengenali seniman seperti Allahyarham.
Jujur lagi berani
“Saya akui tersemat rasa bangga, namun bukan bermegah, kerana punyai karya seorang seniman hebat, jujur lagi berani.
“Seniman yang berasal dari Muar ini dijoloki gelar pelopor seni moden Malaysia bersama antaranya Latif Mohidin, Ibrahim Hussein dan Anthony Lau,” kata Anwar.
Menurut Anwar, beliau turut berasa dekat dengan Syed Ahmad (kiri) kerana Allahyarham bukan sahaja melukis logo ADIL tetapi turut menghasilkan karya lain memperihalkan peristiwa 'mata lebam' ketua pembangkang itu.
Malah, Syed Ahmad turut melawat Anwar di penjara Sungai Buloh dan di mahkamah serta memberikan sokongan kepadanya.
“Saya, Azizah dan keluarga sememangnya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dianugerahkan seorang sahabat yang baik dan setia.
“Izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Syed Ahmad Jamal dan moga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh,” kata Anwar.
Sementara itu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata pelukis muda tanah air perlu mengambil iktibar daripada kesukaran hidup Syed Ahmad dalam meneruskan kerjaya seni mereka, kata
Bernama memetik beliau berkata pelukis muda tidak perlu berasa gentar, takut mahupun terkebelakang lantaran karya seni mereka tidak menerima upah atau sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat.
"Syed Ahmad mengharungi liku-liku hidup yang boleh dijadikan panduan, termasuk melukis tanpa pendapatan selama bertahun-tahun.
"Tapi beliau tahan dan gigih dalam menghasilkan satu demi satu karya seni dan kemudian seni itu sendiri jadi pendapatan untuknya," katanya kepada pemberita di pejabatnya Kuala Lumpur hari ini.
Syed Ahmad, 81, meninggal dunia pada Sabtu. Allahyarham meninggalkan isteri Datin Halimah Mohd Noor, 69, dan dua anak lelaki iaitu Syed Nurlhaq, 35, dan Syed Nabil, 39.
Rais (atas, bertopi merah) berkata apa yang penting adalah kebolehan Allahyarham meneruskan cita-cita dan hala tuju seni lukis beliau walaupun menghadapi pelbagai kesukaran.
Katanya Allahyarham tidak kisah dengan kos yang diperlukan untuk menghasilkan karya seni tetapi apa yang penting adalah nilai lukisan itu.
"Inilah yang kita dapat lihat melalui Syed Ahmad yang tidak harus kita lupakan," katanya.
Rais menyifatkan pemergian Syed Ahmad sebagai satu kehilangan seorang seniman bertaraf antarabangsa, pendidik dan seorang yang mempunyai jiwa khusus untuk mendalami hal ehwal seni lukisan.
"Allahyarham bukan saja seorang seniman menerusi kaca mata lukisan tapi beliau juga seorang pendidik yang mempunyai persepsi kesenian yang amat mendalam. Sejarah hidup beliau penuh dengan intisari pencapaian yang amat tinggi," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan