Isnin, 1 Ogos 2011

DENGAN MANUSIA BOLEH TIPU...BERDALIH2...CAKAP BERBELIT2....DENGAN ALLAH BOLEH KE....AKHIRAT TUNGGULAH PUAK2 NI...

Najib ’akui’ BN boleh manipulasi pilihan raya
Aslani

KOTA BHARU, 1 Ogos: Pengakuan Perdana Menteri, Barisan Nasional (BN) boleh memanipulasi undi sekiranya ingin menang pada pilihan raya umum 2004 di Kelantan menjelaskan pekung sebenar.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri, Wan Nik Wan Yusoff melahirkan rasa bimbang di atas kenyataan tesebut yang dibuat seorang pemimpin tertinggi negara.

Menurutnya pengakuan yang dibuat secara terbuka tersebut membayangkan pemerintah terdedah kepada manipulasi pilihan raya memandangkan mereka mempunyai kuasa eksekutif.

Perdana Menteri dalam laporan sebuah akhbar hari ini mendakwa BN boleh menawan Kelantan pada pilihan raya umum 2004 sekiranya diadakan dengan tidak adil.

“Mudah untuk BN memanipulasikan undi, namun tidak mahu berbuat demikian kerana berpegang kepada prinsip pilihan raya bersih dan adil,” katanya.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pengakuan itu sangat mengejutkan kerana dilafazkan Datuk Seri Najib Razak.

“Ia merupakan satu kenyataan yang merbahaya dan membayangkan hakikat sebenar yang sedang berlaku dalam negara ini.

“Jika benar BN boleh memanipulasi undi, kami ingin bertanya setakat manakah mereka mampu melakukannya? Adakah siri kemenangan pemerintah dalam pilihan raya umum dan pilihan raya kecil turut berpunca daripada manipulasi,” katanya di sini.

Fadhli berkata, kenyataan Perdana Menteri tersebut membayangkan beliau mengakui BN mampu memanipulasi undi sekali pun tidak mengaku mereka telah melakukannya.

“Adakah kemenangan Najib di kerusi Parlimen Pekan dengan majoriti 22,922 undi pada pilihanraya umum 2004 berlaku manipulasi kerana beliau hanya menang kelebihan 241 undi pada 1999.

“Ini secara tidak langsung mengesahkan dakwaan Bersih 2.0 sistem pilihanraya di negara ini telah dicemari pelbagai isu,” ujarnya.

Pada 9 Julai lalu Bersih 2.0 berjaya menghimpunkan ratusan ribu penyokong di Kuala Lumpur bagi mendesak SPR dan kerajaan melakukan reformasi dalam pengendalian pilihan raya.

“Dengan ini kami mendesak kerajaan dan SPR lebih serius berusaha memastikan pilihanraya lebih bersih dan adil dapat terlaksana termasuk menggunakan dakwat kekal,” katanya.


SPR mengaku ada pengundi hantu
Suhaizan Kaiat

Setelah 16 hari selepas Himpunan Bersih 2 maka akhirnya Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Bin Wan Omar telah mengaku bahawa terdapatnya klon kepada kad pengenalan pengundi yang terdapat dalam daftar pemilih sah yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Secara tidak langsung Datuk Wan Ahmad telah mengaku bahawa pengundi hantu benar-benar wujud dalam daftar pemilih SPR yang sah.

Kenyataan beliau telah dikeluarkan oleh The Star bertarikh 24hb Julai 2011 di bawah tajuk ”EC: Help us purge ‘clones’ from electoral roll”. Datuk Wan Ahmad pula meminta parti politik dan Individu tertentu tampil memberi maklumat kepada SPR untuk membersihkan daftar pemilih.

Ini merupakan kenyataan “U Turn” SPR mengenai pengundi hantu yang selama ini tidak pernah diakui malah menuduh Pakatan Rakyat(PR) mengada-adakan cerita untuk melunturkan kayakinan rakyat kepadanya. Pembersihan daftar pemilih adalah termasuk dalam tuntutan Bersih 2.0. Pengakuan SPR ini merupakan suatu kejayaan kepada Bersih 2.

Pengakuan SPR ini adalah berdasarkan kepada data yang saya telah keluarkan pada khamis 21hb Julai 2011 bahawa Mariam Binti Su memiliki dua kad pengenalan berbeza iaitu 720616025472 dan 720610025738 tetapi mempunyai satu nombor kad pengenalan lama yang sama iaitu A2278510. Beliau memiliki dua hak mengundi di Dun Kuala Ketil, Parlimen Baling.

Murugan A/L Subramaniam pula dilahirkan pada 02hb Oktober 1973 dan memiliki nombor kad pengenalan lama A2909056. Dua identiti Murugan A/L Subramaniam memiliki tarikh lahir, nombor kad pengenalan lama, jantina, lokaliti, daerah mengundi, Dun, Parlimen dan Negeri yang sama. Hanya 4 digit terakhir kad pengenalan iaitu 5201 dan 5877 yang membezakan identiti Murugan A/L Subramaniam. No kad pengenalan pertama Murugan A/L Subramaniam adalah 731002025877 dan kad pengenalan kedua adalah 731002025201. Sesiapa sahaja boleh menyemak melalui laman web SPR http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/DaftarjBM.aspx.

Kes Mariam Binti Su dan Murugan A/L Subramaniam telah membuktikan dua kesalahan besar yang dilakukan oleh JPN dan SPR iaitu pertamanya Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) telah mengeluarkan satu kad pengenalan lama dimiliki oleh dua identiti.

Keduanya SPR telah membenarkan seorang pemilih memiliki hak mengundi lebih daripada sekali. Ini telah bertentangan dengan Perkara 119(1) Perlembagaan Malaysia yang menyatakan “tiada sesiapa pun boleh mengundi dalam pilihanraya yang itu juga, dalam lebih daripada satu bahagian pilihanraya”.

Standard Operation Procedure(SOP) bagi kedua-dua jabatan Kerajaan ini perlu dikaji semula. Sistem komputer JPN dan SPR telah menggunakan SOP yang salah. Salah satu prinsip kepada konsep pengkalan data(database) sistem komputer adalah tidak dibenarkan pertindanan identifier kad pengenalan lama atau baru. Tetapi JPN telah membenarkan pertindanan kad pengenalan lama dan SPR pula menerima data yang salah tersebut untuk didaftarkan sebagai pemilih yang sah.

Inilah bukti kesalahan SPR dan JPN. Mana-mana pihak berhak untuk membuat laporan polis berhubung kecuaian (negligent) yang dilakukan oleh JPN dan SPR.

Walaupun bukti-bukti telah menunjukkan bahawa terdapat data bertindan yang telah dimasukkan dalam daftar pemilih yang sah tetapi malangnya SPR tiada hak dengan mudah untuk membatalkannya. Ia terpaksa melalui proses yang rumit untuk membatalkannya. Ini kerana seksyen 14, Peraturan-peraturan Pilihan Raya(Perjalanan Pilihan Raya) 1981 telah manyatakan bahawa “ Daftar pemilih yang pada masa ini berkuat kuasa hendaklah menjadi keterangan prima facis bagi maksud menentukan sama ada seseorang berhak atau tidak berhak untuk mengundi dalam sesuatu pilihanraya dalam mana-mana bahagian pilihan raya”.

Jika pilihanraya di adakan pada waktu terdekat maka pilihanraya umum ke-13 akan menggunakan daftar pemilih yang diragui. Mana-mana parti yang menang dalam pilihanraya ke-13 tetapi mempunyai data-data pemilih yang meragukan mungkin boleh dibatalkan kemenangannya. Ini merupakan sesuatu yang serius bakal akan berlaku. Oleh itu Pemuda PAS mendesak agar ditubuhkan suatu Suruhanjaya Diraja mengkaji sistem perjalanan pilihanraya dalam negara kita yang dilihat bermasalah.


Pemuda PAS Alor Gajah anjur Iftar Rakyat
Ahmad Fateh

ALOR GAJAH, 1 Ogos: Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini, Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah akan menganjurkan Program Iftar Rakyat dan Sumbangan Kepada Fakir Miskin.

Program itu dijadualkan akan berlangsung pada 14 Ogos ini bertempat di Kampung Gangsa, Durian Tunggal.

Naib Ketua Pemuda PAS kawasan, Azman Ahmad ketika dihubungi menjelaskan, program itu merupakan agenda untuk mendekati masyarakat dan menyantuni golongan yang memerlukan.

“Program berbuka puasa secara beramai-ramai ini merupakan langkah yang kita ambil untuk mendekati serta menghulurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

“Ramai individu yang kurang berkemampuan memerlukan bantuan dan perhatian daripada kita semua. Ganjaran yang Allah sediakan untuk orang yang menghulurkan sumbangan merupakan motivasi kami untuk menganjurkan program ini,” ujarnya.

Beliau juga turut menyeru orang ramai untuk turut sama merebut ganjaran yang Allah sediakan dengan cara menghulurkan sumbangan bagi menjayakan program itu.

“Kami mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai berupa wang tunai ataupun barangan untuk bersama-sama melakukan amal kebajikan sempena bulan Ramdhan yang mulia ini.

“Kami mendoakan semoga Allah memberkati amal jariah yang tuan puan lakukan,” katanya.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menderma dan menyumbang bagi menjayakan program itu bolehlah menghubungi Azman di talian 019-6559745.


PAS lancar kempen Protes BN
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Ekoran bebanan kos hidup yang tinggi yang terpaksa ditanggung rakyat, PAS mengajak seluruh warga negara ini bersama mereka dalam kempen membantah kenaikan harga barang.

Kempen tersebut yang dikendalikan Lajnah Pengguna PAS, akan dilancarkan 20 Ogos ini dengan pelancaran Kelab Protes Barang Naik atau singkatannya Protes BN sebagai permulaan.

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, Protes BN adalah sebagai usaha memberikan kesedaran kepada masyarakat berhubung peningkatan kos hidup khususnya kenaikan harga barangan keperluan.

"Kita mahu rakyat sedar punca berlakunya kenaikan harga barangan ini disebabkan kelemahan pengurusan ekonomi oleh kerajaan BN.

"Perkara ini boleh dielak jika tiada keborosan, tiada ketirisan dan tiada amalan rasuah dalam pentadbiran negara," katanya kepada Harakahdaily.

Selain itu, kempen tersebut juga akan diperluaskan ke seluruh negeri termasuk dengan mengadakan ekspo, road show dan penyebaran risalah.

Untuk tujuan itu juga, satu laman web khas akan diwujudkan.

"Kita akan memberitahu rakyat, kenapa mereka dibebankan dalam masa yang sama pemimpin negara boleh terus bermewah-mewah," tegasnya lagi.

Mengulas pengumuman Datuk Seri Najib Razak yang memasukan aspek Perangi Kos Kehidupan Yang Kian Meningkat dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Mahfuz secara sinis menyifatkan ianya sebagai janji "mulut manis" perdana menteri itu.

"Mereka sendiri sebenarnya yang menaikkan harga barang dengan menarik subsidi rakyat," katanya.

Sehubungan itu rakyat ujarnya diseru untuk bersama dalam usaha menyatakan rasa tidak puas hati mereka kepada kerajaan melalui kempen ini.

Mahasiswa kempen "Jom Baca Media Alternatif"
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang terdiri daripada gabungan beberapa pertubuhan mahasiswa akan mengadakan kempen diberi nama 'Jom Baca Media Alternatif'.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, mereka memberitahu usaha itu dibuat bagi menyeru rakyat menjadikan media alternatif di seluruh Malaysia sebagai sumber media yang kukuh dan dekat di hati rakyat.

Difahamkan, kempen itu dibuat sebagai protes terhadap media arus perdana yang selama ini dilihat bias kepada parti politik tertentu sehingga hanya membawa pandangan sebelah pihak.

Dengan tema "baca dan banding", kempen itu mensasarkan beberapa objektif antaranya; menjadikan media alternatif sebagai sumber utama akses maklumat rakyat Malaysia, mendidik rakyat untuk mengutamakan kesahihan berita, mendedahkan rakyat kepada persepsi yang lebih terbuka, dan memberi peluang kepada rakyat untuk melihat realiti Malaysia berdasarkan dimensi yang berbeza.

Bagi mencapai matlamat itu, SMM dijangka akan memulakan aktiviti kempen mereka pada hujung minggu ini.

Mereka dijadualkan turuk bertemu masyarakat Kuala Lumpur dengan memakai baju khas kempen yang akan tertera alamat laman sesawang media altetnatif di Malaysia serta akan melakukan edaran risalah serta buah tangan kepada warga kota.

Selain itu, majlis pelancaran kempen itu pula akan diadakan pada jam 2 petang 7 Ogos ini di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH).

Majlis pelancaran itu dijangka akan dirasmikan oleh Sasterawan Negara A. Samad Said.

SMM merupakan gabungan beberapa pertubuhan mahasiswa di seluruh Malaysia seperti Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kelab Rakan Islah Malaysia (KARISMA), Pro Mahasiswa Nasional (PRO M), Kumpulan Anak Muda Independen (KAMI) & Malaysian Student & Youth Democratic Movement (DEMA).


Najib takut kepada Muhyiddin- Mahfuz
Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka mengakui bahawa beliau begitu takut kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Secara terbuka Najib membuktikan kepada seluruh dunia beliau begitu takut kepada Muhyiddin apabila beliau tak mahu mengulas kenyataan timbalannya itu bahawa beliau orang Melayu dahulu, kemudian barulah orang Malaysia.

"Kenyataan Muhyiddin itu dilihat umum sebagai penentangan kepada konsep 1Malaysia yang dikatakan diajar kepada Najib oleh firma Yahudi Zionis, Apco Worldwide yang kemudiannya dijerit-jeritkan olah beliau di sana sini setiap hari seolah-olah ia adalah ideanya sendiri," katanya.

Bagi Mahfuz, keengganan Najib menjawab soalan mengenai kenyataan Muhyiddin itu juga membuktikan Najib sanggup mengetepikan hampir apa sahaja termasuk konsep 1Malaysia yang dijajanya kerana ketakutannya yang amat sangat kepada Muhyiddin.

"Bagi Najib, tidak mengapa beliau ketepikan propaganda yang dijerit-jeritkannya setiap hari itu asalkan beliau tidak dilihat cuba menentang atau mencabar ketegasan timbalannya yang menekankan bahawa beliau orang Melayu dahulu kemudian barulah orang Malaysia," katanya.

Beliau menyifatkan Najib begitu bermasalah kerana selepas setiap hari diejek dengan tuduhan "takut bini", kini beliau sendiri yang membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa beliau begitu takutkan timbalannya.

Mahfuz juga melihat rasa takut kepada Muhyiddin yang dizahirkan secara terbuka oleh Najib kepada seluruh dunia itu juga menjadikan perpecahan antara mereka sebagai perpecahan terbuka.

"Ia bukan rahsia lagi kerana secara terbuka Najib memperlihatkan ada perpecahan antara beliau dan timbalannya. Ia menunjukkan kepada umum tentang krisis dalaman yang dilihat semakin parah di dalam Umno," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan Najib yang tergesa-gesa membatalkan cutinya dan segera pulang ke Malaysia baru-baru ini mempunyai kaitan dengan krisis dalaman tersebut.

"Semua orang tahu kemampuan Muhyiddin dalam soal seperti itu. Kejatuhan (Tun) Abdullah (Ahmad Badawi) dahulu dilihat hasil dari usaha yang diterajui oleh beliau," katanya.

Ketika menjawab soalan para peserta Persidangan Tahunan Pemimpin Pelajar Malaysia ke-5 di ibu negara semalam, Najib enggan menjawab soalan mengenai kenyataan Muhyiddin itu.

"Saya tidak akan jawab soalan yang akan menyebabkan perpecahan di antara saya dan timbalan saya. Di Malaysia, ini amat bahaya.

"Orang akan dakwa, perdana menteri dan timbalannya tidak lagi sehaluan,” kata Najib.

Muhyiddin bukan sahaja menegaskan bahawa beliau Melayu dahulu di dalam Dewan Rakyat pada 31 Mac tahun lalu, malah mengulanginya beberapa kali selepas itu termasuk dalam persidangan anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Kenyataan beliau dikecam pelbagai pihak termasuk komponen Barisan Nasional (BN) seperti Gerakan.

Kenyataan itu juga disindir oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz apabila beliau berkata: "Saya adalah rakyat Malaysia terlebih dahulu dan kemudian baru saya orang Melayu. Apakah mana-mana pentaksub ada masalah dengan soal ini?"

Malah, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Muhyiddin tidak faham 1Malaysia berikutan kenyataannya itu.

"Bukan seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kata beliau Melayu dulu baru warga Malaysia dan bukan juga seperti Datuk Seri Nazri Aziz yang kata beliau warga Malaysia dulu baru Melayu. Saya faham 1 Malaysia tapi mereka tidak," kata Ibrahim.


Tiada ulasan: