Beliau berkata, tindakan itu perlu dibuat kerana adalah jelas Ambiga menggugat keselamatan negara dengan rancangannya itu.
"Saya tidak akan bersetuju dengan kerajaan kalau kerajaan tidak mengambil tindakan yang paling tegas terhadap mereka. Tidak ada gunanya kita memberi muka kepada mereka kerana rakyat pun sudah mula faham.
Katanya, langkah lain yang dirancang sebelum ini sudah tidak boleh digunakan kerana ia sudah mencapai kemuncaknya.
"Walaupun dia (Ambiga) bersetuju untuk mengadakan perhimpunan haram di stadium, tetapi ia tetap menggugat keselamatan negara. Sudah tentu akan berlaku perarakan di luar stadium sebelum mereka memasuki stadium,” katanya kepada pemberita selepas Program Perkampungan PMR, SPM dan STPM Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena di Kem Latihan Naka dekat Kuala Nerang, hari ini.
Sekiranya Ambiga menghormati Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin selepas mendapat perkenan menghadap baginda sebelum ini, dia perlu membatalkan hasratnya untuk meneruskan perhimpunan haram itu, katanya.
- Bernama
- Un War · Pengulas Tertinggi · National Univercity of MalaysiaTahan Mahadzir Khalid dulu dalam akta hasutan atau ISA...kepala perkauman nih.
- Faziri Ryusuke · Pengulas Tertinggi · Pro Techician di Toyota Racing Development
- Mo Dol · Pengulas Tertinggi · Isbi arizona usalast minute macam ini , jgn paduli bn cakap, polis cakap ? kita tuntutu hak kita. dan teruskan misi bersih,,,jumpa di stadium 2 ptg.........he.....he...ke
rajaan bn ...udah .....lilih air lior....ratusan ribu.....seluruh malaysi.....seluruh dunia.....live telecas by aljezeera,bbc,,,,,,,,
Bagaimanapun, berbeza dengan minggu lalu, khutbah minggu ini yang berjudul "Rapuh Perpaduan Runtuh Keamanan", tidak menyebut secara langsung nama BERSIH 2.0 yang merupakan penganjurnya.
Mimbar sebaliknya sering menyebut tentang bahaya "musuh-musuh Islam" yang didakwa turut menggunakan "taktik menunjuk perasaan sebagaimana berlaku dalam peperangan Uhud".
"Hari ini sekali lagi pihak-pihak tertentu cuba meruntuhkan perpaduan yang terbina selama ini. Mereka cuba dengan pelbagai helah dan cara," khutbah itu dipetik.
Minggu lalu, khutbah Jakim mengeluarkan larangan itu buat kali pertama dengan menggunakan label yang keras seperti pengkhianat dan pelampau terhadap penganjur dan pesertanya.
Khutbah yang dibacakan di masjid-masjid di Kuala Lumpur dan Putrajaya itu mendakwa perhimpunan BERSIH haram diikuti umat Islam kerana boleh "mencampakkan manusia dalam kebinasaan".
Kemarahan umat Islam
Khutbah hari ini pula mendakwa golongan "pengkhianat pada agama, bangsa dan negara" itu pernah menimbulkan kemarahan umat Islam kerana mempertikaikan hak orang Islam dan memperalatkan sebahagian pemimpin Islam yang dikaburi keghairahan untuk mendapatkan kuasa.
"Mereka menghasut dengan menyemai perasaan tidak puas hati dan benci kepada pemerintah. Berbagai pendekatan mereka lakukan termasuklah melalui undang-undang dan mahkamah.
"Tidak cukup dengan itu, mereka mempengaruhi rakyat melahirkan perasaan benci dengan melaungkan slogan tertentu dengan berbagai cara," kata khutbah itu sambil mendakwa golongan itu bertopengkan keadilan dan ketulusan.
Dalam masa yang sama, mereka didakwa mempunyai agenda tersendiri untuk menghuru-harakan negara, melemahkan pemerintah dan perpaduan rakyat yang akhirnya membawa tanggapan di mata dunia bahawa negara ini tidak lagi aman.
Memasuki hari-hari terakhir sebelum perhimpunan besar esok, Pengerusi BERSIH 2.0 S Ambiga diserang hebat di media-media arus perdana dengan pelbagai isu, antaranya berkaitan kes murtad Lina Joy, majlis antara agama dan didakwa menerima dana asing.
'Pemerintah pelindung Allah'
Sementara itu, mimbar Jumaat juga mengambil peluang mengingatkan bahawa "pemerintah adalah pelindung Allah SWT di muka bumi ini".
"Mimbar ingin mengingatkan bahawa teraturnya urusan agama dan dunia tidak akan berlaku tanpa kewujudan pemerintah dan kesetian rakyat, malah keadaan masyarakat akan menjadi kacau bilau dan saling berbalahan antara satu sama lain.
"Justeru Islam telah menetapkan hukuman yang berat kepada sesiapa sahaja yang cuba memporak-perandakan pemerintah, kehidupan umat dan kesejahteraan negara," khutbah itu dipetik.
Khutbah Jumaat Jakim itu juga memuatkan sebuah hadis riwayat Muslim yang menyebut sesiapa yang ingin memecahbelahkan perpaduan umat hendaklah dipancung dengan pedang.
Ia juga mengingatkan kepada titah khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin agar rakyat tidak terlalu terikut-ikut dengan amalan negara luar.
Titah Seri Paduka pada 3 Julai lalu itu merintas kepada pertemuan BERSIH 2.0 mengadap baginda dan bersetuju mengadakan perhimpunannya di stadium dan bukan di jalan raya.
- Putera Boyer · Bekerja di Bersih 2.0jangan gunakan mimbar jumaat untuk menipu....imam2 pun ikut kerna takut periuk nasik terjejas....
- Faiza Othman · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Suri rumah
- Laxamana Zack Abdullah · Pengulas Tertinggi · Friends with Qaisara HerinaRasa nak pegi tutup je Speaker masjid tadi. Kalau dah JAKIM tolol dan bahlul... Khatib tak payah ler baca khutbah tuh. Issskk mana ntah khatib tuh belajar.
- Abdullah Muhamad · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
- Putera Boyer · Bekerja di Bersih 2.0
Bagaimanapun, infrastruktur pelayan baru Malaysiakini mampu mempertahankan lamanweb itu dan memastikan ia terus dapat dilayari orang ramai.
Malaysiakini menjangka serangan akan berterusan dan bertambah rumit dan sengit dalam tempoh 24 jam ini.
"Menguruskan serangan DOS sebenarnya adalah pertarungan sumber dan taktik.
“Selepas serangan DOS semasa pilihan raya negeri Sarawak April lalu, kami melihat masalah itu dari semua sudut. Namun tidak ada cara yang 100 peratus bahawa kami dapat menangkis semua serangan,” kata ketua pegawai eksekutif Malaysiakini Premesh Chandran.
Namun, menurutnya, Malaysiakini akan terus memantau serangan itu dan mengambil langkah bagi memastikan orang ramai dapat terus mengikuti perkembangan terkini.
Jika perlu, Malaysiakini juga akan menyiarkan beritanya di platform wordpress dan blogspot serta memuat-naik laporan di Facebook Malaysiakini di www.facebook.com/malaysiakini
Sekiranya laman Malaysiakini disekat, orang ramai diminta mengikuti kami di Facebook untuk mengetahui alamat-alamat baru yang lain.
- Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala UniversityIni kerja umno lah... siapa lagi? takkan anonymous yang serang laman kerajaan? pordah.
-Sebenarnya mereka nak serang antimamak, tapi antimamak di kerala , tulis komen macam macam , itu lah buat puak umno marah.
Marilah kita serang dengan komen kita, menghina umno , mencaci spr...apa macam >> kah kah kah.- Ummu Afiq · Pengulas Tertinggi · Ex muallimah di Selangor
- Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
- Muhammad Nur Hanief · Pengulas Tertinggi · Friends with Yob Tualang SekahNak serang, buatlah serangan secara fakta. Macam main ping-pong. Serang dengan smash! Bukan dengan hancurkan meja lawan.
Surat tersebut telah dihantar kepada Seri Paduka petang ini.
Seterusnya, kata Khalid, kesemua kehendak rakyat ini perlulah dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab sama ada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau kerajaan Malaysia yang dilantik dengan perkenan Seri Paduka.
Katanya, beliau terharu dan menghargai keprihatinan Seri Paduka yang sudi berjumpa dengan ahli jawatankuasa BERSIH pada 3 Julai lalu serta mengikuti perkembangan BERSIH.
Menurut Khalid, memorandum yang akan dihantar kepada Seri Paduka mempunyai lapan perkara yang memohon baginda campurtangan bagi memastikan pilihan raya umum di negara ini dilaksanakan secara adil, telus dan bersih.
“Kepincangan dan manipulasi proses pilihan raya sudah menjadi pengetahuan umum, semakin terdedah dan tersiar di media cetak dan elektronik, media maya dan blog.
“Pencinta kebebasan bersuara, pejuang kebajikan rakyat, pemikir dan penulis yang prihatin tidak rela melihat perbuatan dan tindakan tidak
bertanggungjawab ini terus dilakukan,” kata menteri besar.
Khalid mendakwa, pilihan raya tidak jujur di negara ini terjadi dalam beberapa bentuk seperti:
1. Memanipulasi kawasan persempadanan.
2. Jumlah perbezaan pengundi yang terlalu besar antara DUN dan Parlimen.
3. Penipuan senarai pengundi, penggunaan sumber dan jentera kerajaan secara berleluasa.
4. Penyamaran dan penukaran kotak undi.
5. Sistem undi pos yang menimbulkan tandatanya.
6. Waktu berkempen yang singkat; dan
7. Laporan media yang berat sebelah.
Menteri besar berkata, memorandum rakyat yang akan diserahkan kepada Seri Paduka esok mengandungi suara rakyat terbanyak dan prihatin terhadap pilihan raya yang adil, bebas serta wajar diberi perhatian serius demi kelangsungan amalan demokrasi di negara ini.
- Norly Abdul · Friends with Samsudin BaharomMana MB BN yang berani dan bergeliga macam TSKI? Semuanya hampeh... pentingkan kemahuan sendiri berbanding rakyat.BRAVO.
- Putera Boyer · Bekerja di Bersih 2.0puok2 ni bukan nak dgr cakap Agong...ikut pala dia je...base tol.
- Putera Boyer · Bekerja di Bersih 2.0kalu puok kite mesti kuar TV..kalu puok dia...buat senyap je...aku dop buleh
Dalam kenyataan bersama hari ini, kumpulan itu mempersoalkan sama ada benar penyair 76 tahun itu melakukah jenayah besar hanya dengan membacakan puisi 'Unggun Bersih' pada pelancaran BERSIH 2.0 sebelum ini.
"Dalam hal ini, kami meluahkan kedukaan yang amat dalam.
"Kami merasa terganggu bahawa selepas setengah abad negara ini diasaskan, ruang untuk kebebasan kreatif tidak banyak berkembang, malah lebih teruk lagi, kehidupan kita masih lagi diselubungi budaya ketakutan," kata mereka.
Antara sekumpulan pelukis itu, seniman bidang lain yang tampil termasuklah kolumnis Farish A Noor, penulis Dr Siti Zainon Ismail, aktivis teater Marion D'Cruz dan Jo Kukathas serta pengkritik sastera Eddin Khoo.
Selain itu, turut menyokong, lima organisasi sekitar Kuala Lumpur, termasuk penggiat teater Rumah Anak Teater, Five Arts Centre dan Instant Cafe Theatre.
Sebelum ini, diketuai aktivis teater Che Samsuddin Othman atau Dinsman, sekumpulan penulis, kebanyakannya sasterawan, tampil menyatakan pendirian sama dalam sidang media di Shah Alam.
Dalam kenyataan hari ini, kumpulan itu menjangkakan lebih banyak tindakan tidak masuk akal "menggari" dan "membelenggu" akan terus dikenakan terhadap "pencipta budaya" yang mendokong keadilan dan mengejar demokrasi .
Sehubungan itu, "tindakan berat berhelah politik" itu akan membawa rakyat Malaysia mundur 50 tahun ke belakang dalam pembangunan budaya negara ini.
Kenyataan bersama 128 seniman itu, mereka juga menegaskan:
- Semua pencipta budaya memiliki hak memilih pendirian politik peribadi dan kebebasan kreatif yang merupakan salah satu hak asasi manusia yang tidak boleh ditolak ansur.
- Menyeru pihak penguatkuasa undang-undang untuk mengangkat amalan profesional dengan kebijaksanaan bukannya menggunakan perundangan lapuk untuk menganggu aliran dialog yang waras.
- Menyokong lapan tuntutan yang diperjuangan BERSIH 2.0.
"Apapun yang terjadi, kami berharap kesemua jiwa dan hati yang diperangkap akan dibebaskan, dan ke atas negara semoga akan memancarkan sinar cemerlang kemanusiaan!" kata mereka.
- Eimzi Naque · Pengulas Tertinggisasterawan negara.. pendukung bahasa melayu..martabatkan perbagai bangsa di malaysia..
Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata mereka masih merayu penolakkan permohonan permit, tetapi walau apa pun terjadi, mereka tetap akan berhimpun.
"Kami akan berkumpul di Jalan Bukit Bintang pada jam 10 pagi.
"Kami masih berunding dan merayu polis untuk membiarkan kami berarak ke Stadium Merdeka,” katanya sambil menambah keputusan muktamad untuk berarak ke stadium itu akan diputuskan pagi esok.Izaan Azyan · Pengulas Tertinggi · Tutor di Mind Research Consultant
- Latip Arifin · Pengulas Tertinggi · King Edward VII School
- Hakim Aqil · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, MalaysiaKJ- keputusan muktamad akan diputuskan pagi esok? dah tahu dah...kalau bicara berapi api tapi,tak ada keputusan lagi. macam ni kaa....
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya di laman sosial tweeter sama ada mereka akan ke Kuala Lumpur esok, menjawab, “Pemimpin Pakatan Rakyat akan hadiri”.
Semalam, polis mengeluarkan senarai beberapa individu yang dilarang memasuki ibu negara termasuk Anwar, Mursiyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.
Sementara itu naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang merupakan antara 91 individu berkenaan, mempersoal kenapa beliau dihalang untuk ke pejabatnya sendiri di bangunan PAS Jalan Raja Laut esok.
Katanya, adalah tidak kena, perintah larangan daripada majistret yang diperolehi polis, turut menghalangnya ke tempat kerja.
"Saya tak kisah kalau tidak dibenar ke tempat lain, tapi takkan pejabat sendiri pun tak boleh," katanya kepada Harakahdaily.
Turut mempersoalkan tindakan kerajaan itu adalah ahli exco kerajaan Selangor, Teresa Kok.
Dalam satu kenyataan, Kok berkata perintah larangan mahkamah itu adalah ultra vires dan melampaui kuasa yang termaktub dalam Artikel 10 dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Tindakan polis tersebut jelas dibuat demi menjaga kepentingan politik kerajaan BN.
“Berikutan dengan perjumpaan dengan Yang di-Pertuan Agong, Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreenevasan telahpun mengumumkan bahawa jawatankuasa BERSIH 2.0 sudi menerima tawaran Perdana Menteri Najib Razak supaya mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium.
“Namun begitu, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein dan polis masih lagi menghambat BERSIH 2.0 dengan tindakan kuku besi, dan mereka masih lagi mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebagai pertubuhan haram,” katanya.
Menurut Teresa tindakan polis menekan demokrasi, mengaibkan hak perlembagaan dan mengadakan sekatan jalan menunjukkan mereka tidak menghormati institusi diraja dan titah Seri Paduka.
“Bagi diri saya selaku ahli parlimen Seputeh, perintah mahkamah yang melarang saya hadir di pusat bandar Kuala Lumpur merupakan halangan bagi saya untuk menjalankan tugas untuk mengawasi perhimpunan BERSIH 2.0 selaku ahli parlimen Seputeh.
“Lebih-lebih lagi, saya bekerja dan tinggal berhampiran pusat bandar Kuala Lumpur. Tidakkah perintah mahkamah ini juga telah menjadikan saya seolah-olah di bawah tahanan rumah (house arrest)?” soalnya.
Ini kerana beliau belum mendapat apa-apa dokumen rasmi dari Polis di-Raja Malaysia (PDRM).
Menurut Khalid, beliau tidak faham mengapa larangan tersebut dikeluarkan walhal pihak penganjur berkali- kali memberi jaminan bahawa himpunan itu akan berlangsung secara aman.
"Saya pun tak faham di mana logiknya, seperti yang diulang berkali-kali, BERSIH ini bukan bertujuan mahu mencetuskan huru-hara tetapi kita ni perhimpunan aman, jadi jangan samakan BERSIH dengan Israel."
"BERSIH ni bukan pertubuhan haram, ia satu program anjuran 62 NGO yang sah yang berdaftar. Ia merupakan program dan bukan pertubuhan, lalu saya takk faham apa alasan dan hujah pihak polis dalam perkara ini," katanya.
Menurut Badrul, dokumen rasmi menghalang beliau dan 90 individu lagi daripada memasuki kawasan Kuala Lumpur esok, sepatutnya dikeluarkan lebih awal bagi membolehkannya memberikan maklum balas.
"Secara undang-undang teknikalnya saya tak pasti saya dapat ke tidak, kalau ada perintah mahkamah dia (polis) harus hantar kepada saya, perintah mahkamah tak boleh beritahu melalui media, saya pun sibuk dan saya tak tahu apa yang dilaporkan oleh media." katanya kepada TV Selangor.
Menurut beliau, kerajaan tidak pernah mengiystihar Kuala Lumpur dengan perintah berkurung, darurat dan sebagainya, justeru tidak ada alasan untuk polis menghalang 91 individu daripada menghampiri ibu negara.
"Itu terpulang kepada pihak polis atau penguatkuasaan undang-undang menyebut negara ini ada hukum dan saya perlu dimaklumkan secara rasmi mengenai perintah tersebut, saya setakat waktu ini, saya tidak dapat sebarang makluman," katanya.
- Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala UniversityKerja polis adalah menghalang penyokong BERSIH.
Kerja polis bukan lagi menghalang peningkatan kes jenayah di malaysia.
Kes kes kecurian, kes rompak... kes altantunya,
Kini PDRM sudah menyalah gunakan kuasa sehingga terlupa apakah tugas yang diamanahkan oleh rakyat ,,,, cukup malu.
Ketua Polis Perak Datuk Shukri Dahalan berkata lelaki berusia 41 tahun itu ditahan pada pukul 12 tengah hari semalam ketika memandu sendirian dalam perjalanan dari Ulu Tiram, Johor, ke Tapah.
Siasatan polis mendapati lelaki itu membawa muatan empat guni berisi simen bercampur kapur, satu guni kecil serbuk berwarna hitam disyaki sekam padi, dua guni plastik jenama borax decahydrate mengandungi serbuk putih, satu guni berisi besi paip bercampur getah paip, lima biji mangkuk tanah, satu beg plastik disyaki mengandungi pasir dan satu tong plastik mengandungi cecair disyaki asid.
Lelaki berkenaan yang sudah menetap selama 18 tahun di negara ini dan mendapat kerakyatan Malaysia dikatakan menyewa teksi berkenaan untuk membawa bahan-bahan tersebut yang dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan haram di ibu negara esok, katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Shukri berkata lelaki berkenaan ditahan reman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, di mana barang-barang yang dirampas dipercayai bahan kakisan dan bahan yang boleh dibuat letupan.
Barang-barang yang dirampas itu akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk pengesahan, katanya.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Shukri berkata polis menerima maklumat daripada orang awam bahawa terdapat sepuluh lelaki berkumpul dan memakai baju kuning di kawasan perkuburan Cina, Kampung Sitiawan, Manjung, 120km dari sini malam tadi.
Polis yang bergegas ke tempat kejadian kemudian mendapati kesemua mereka telah menghilangkan diri.
Siasatan di hadapan pintu masuk perkuburan Cina itu menemui 21 botol air mineral bersaiz 500ml yang diisi minyak petrol dan sumbu pelita, satu plastik hitam mengandungi 12 beg plastik kecil berisi butiran kecil warna hijau dipercayai baja, empat bateri jenama Sony saiz AA dan lapan helai T-shirt putih dengan perkataan 'kotor'.
Sebuah pejabat Pusat Khidmat Aduan Pangkor bersebelahan dengan Pejabat Umno di Lumut juga telah disimbah cat oleh individu yang tidak dikenali pagi ini.
Beliau berkata setakat ini belum ada tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
- Bernama
Wan Zainalabidin Wan Zaki, 47, eksekutif kanan operasi eksport logistik Syarikat Schenker Logistik Sdn Bhad, berkata beliau juga tidak pernah memberi sebarang wang ehsan atau rasuah kepada Ahmad Sarbaini, yang ditemui mati pada 6 April lepas di bangunan SPRM Wilayah Persekutuan setelah pergi ke situ secara sukarela untuk menemui pegawai SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai kastam.
Wan Zainalabidin, yang merupakan saksi ke-11 prosiding inkues untuk menyiasat kematian Ahmad Sarbaini, 56, berkata Allahyarham memberitahunya menerusi panggilan telefon yang dibuat pada pukul 11 pagi, 5 April sehari sebelum Allahyarham meninggal dunia.
Bagaimanapun, Wan Zainalabidin hanya membalas permintaan Ahmad Sarbaini dengan menyatakan: "Tak apalah, kalau orang SPRM telefon, nanti saya bagi keterangan".
Syarikat Schenker Logistik Sdn Bhd merupakan ejen yang berurusan dengan Jabatan Kastam dalam menguruskan barangan untuk dieksport.
Wan Zainalabidin berkata Ahmad Sarbaini juga menghubunginya pada jam 8.55 malam 4 April dan memberitahunya bahawa beliau ada menyebut nama Wan Zainalabidin kepada SPRM.
"Ketika Allahyarham telefon saya, dia baru keluar dari bangunan SPRM dan dia kata kepada saya dia ada menyebut nama saya dan syarikat Schenker kepada SPRM dan memberitahu saya ada memberi duit kepadanya antara RM50 hingga RM100," katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi.
Saksi itu berkata beliau ada berjumpa dengan Ahmad Sarbaini pada jam 5.15 petang keesokannya (5 April) di sebuah restoran dan bertanyakan kepada Allahyarham, mengapa namanya diberikan kepada SPRM.
"Allahyarham berkata kepada saya ketika itu, dia buntu...dia hanya ingat nama Zainal...Schenker...Schenker...Zainal...saya rasa mungkin Allahyarham tertekan," katanya.
Ketika disoal oleh Azlina sama ada beliau nampak sesuatu yang luar biasa pada Allahyarham ketika mereka bertemu, Wan Zainalabidin berkata pada hari itu mereka makan mi goreng di sebuah restoran tetapi baru sesuap dua mereka makan, Allahyarham berkata dia tak ada selera kerana mi itu masin.
"Ketika itu Allahyarham tenung saya agak lama dan tidak pernah dia tenung saya macam itu," katanya.
Wan Zainalabidin berkata beliau menghubungi Ahmad Sarbaini pada jam 9.55 malam 5 April untuk bertanyakan keadaannya dan itulah perbualan terakhir beliau dengan Allahyarham.
Katanya, dalam perbualan itu, Allahyarham dengan nada yang agak sedih berkata: "Saya tak sangka dapat kawan macam awak. Awak beri semangat kepada saya untuk hidup".
Wan Zainalabidin berkata beliau mendapat tahu berita mengenai kematian Ahmad Sarbaini ketika beliau sampai di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan untuk memberi keterangan pada 6 April.
Terdahulu, Penolong Penguasa SPRM, Henrita Serai dalam keterangannya berkata beliau terkejut dan hampir pitam apabila melihat mayat Ahmad Sarbaini berada di tingkat satu bangunan itu.
"Saya masuk ke bilik pantri di aras tiga dan hairan apabila lihat tingkap di bilik itu yang berdekatan dengan sinki terbuka dengan luas...saya terasa nak jenguk ke bawah kerana kebiasaannya tingkap itu tidak dibuka begitu luas dan saya rasa ada sesuatu yang berlaku di situ.
"Apabila saya jenguk di tingkap itu, saya nampak satu badan manusia berlumuran darah,"katanya ketika disoal peguam Awtar Singh, yang mewakili keluarga Allahyarham.
Henrita, 24, saksi ke-10 inkues itu, berkata beliau tidak menyangka Ahmad Sarbaini yang beliau kenal dan pernah bercakap, mati dalam keadaan sedemikian dan memaklumkan kejadian itu kepada pegawai penyiasat kes, Abdul Ghani Ali dan Penolong Penguasa Kamal Awang Besar.
Ketika ditanya peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili SPRM bagaimanakah reaksi Abdul Ghani dan Kamal apabila diberitahu mengenai kematian Ahmad Sarbaini, Henrita berkata : "Mereka terkejut dengan kejadian itu kerana kedua-dua mereka juga mencari Ahmad Sarbaini yang tiba-tiba tiada di tingkat tiga bangunan itu".
Ahmad Sarbaini, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di Tingkat Satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane pada 6 April lalu.
Prosiding di hadapan Koroner Aizatul Akmal Maharani disambung Isnin ini.
- Bernama
- فايروز سليمان · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, MalaysiaYa Allah, Kau lindungi saksi-saksi yang benar dan takut kepada azabMu. Kami bermohon ya Allah, Lindungi kami daripada kaum yang zalim. Berikan petunjukMu ya Rahman. Tunjukkan kekuasaanMu ya Rahimm.
- Jashamsulnizam Jani · Pengulas Tertinggi · Friends with Samsudin BaharomGua xde heran klu ini spram punyer org jd anjing2 utk org2 atas punyer, itu sbb Salbani blh kene 'tapau', lu org tau ka?
- Pengemis Kaya Raya · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
- Alif Aiman Aiman · UCLAngok punya olang..Pengemis Ni lupanya...Penyamun BN dh sapu juta-juta mcm mantan MB Selangor dan yang seangkatan dgnnya...lu x malu ka mau sokong lg BN.....lu pun sama mcm lia olang ha
Dalam kenyataannya, BERSIH 2.0 Global, menggesa supaya perhimpunan diadakan serentak di 24 bandaraya di 15 negara di Eropah, Asia Timur, Australasia dan Amerika.
"Di mana pun berada, kita hendaklah memakai baju-T kuning serta membawa sepanduk, belon dan plakad kuning bersama slogan menyokong pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia," kata wakil gerakan global itu.
"Kami bersuara kerana kita hidup di negara demokrasi yang terbuka di mana kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman dan hak untuk mengadakan demonstrasi adalah satu norma dan bukannya pengecualian.
"Seperti kes perhimpunan di Kuala Lumpur, kami berhasrat untuk berhimpun secara aman dan bermaruah, serta kita akan berbuat demikian tanpa takut dengan meriam air, gas pemedih mata, intimidasi polis, atau tangkapan sewenang-wenangnya kerana berpakaian kuning.
"Kami, rakyat biasa Malaysia di seluruh dunia, menyokong BERSIH 2.0 kerana kita boleh dan kerana kita sepatutnya (berbuat demikian)."
Rangkaian Perpaduan Global BERSIH 2.9 menegaskan bahawa kini menjadi tanggungjawab Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk "memenuhi tugas dan tanggungjawabnya" dengan mengakui "kehendak rakyat" dan untuk membenarkan perhimpunan tersebut diteruskan secara aman.
- Saidin Jusoh · Pengulas TertinggiPolis taknak hantar wakil ke luar negara ke? Hehe... Bwk meriam air dan gas pemedih mata skali utk sekat pendemo.
Katanya, penolakan permit itu ekoran kegagalan PERKASA mendapatkan kebenaran dari pelbagai stadium sekitar Kuala Lumpur yang dipohon sebagai lokasi perhimpunan mereka yang dikenali sebagai "Gerak Aman".
Berikutan itu, Ibrahim berkata ahli-ahli PERKASA yang mendaftar untuk berhimpun esok, diminta "bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur khususnya, di Taman Tasik Titiwangsa.
"Buat masa ini batal, tetapi kita akan berusaha untuk mendapatkan stadium, kalau dapat kita akan pohon permit polis (sekali lagi).
"Kita memberi cadangan kepada warga PERKASA... Keluar seperti biasa, bersiar-siar, berjalan-jalan pada hari cuti macam di kompleks membeli belah, tempat yang tak menjadi larangan.
"Ahli yang bersemangat untuk menghadiri perhimpunan, kita telah beri taklimat dengan mencadangkan kepada mereka, kalau nak bersiar-siar di tempat bukan larangan, contohnya di Taman Tasik Titiwangsa, belakang Istana Budaya," katanya.
Tak masuk kawasan larangan
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Kelab Sultan Sulaiman pagi ini.
Katanya, setakat hari ini ahli yang berdaftar untuk menghadiri perhimpunan Gerak Aman sebanyak lebih 15,000 orang.
Ditanya mengenai masa yang sudah suntuk, Ibrahim berkata, pihaknya akan mencuba sedaya upaya untuk berbuat demikian.
Sehubungan itu, Ibrahim berkata beliau meminta Setiausaha Agung Syed Hassan Syed Ali untuk membuat rayuan bagi mendapatkan mana-mana stadium termasuk stadium Selayang.
Ditanya sama beliau akan turun ke Tasik Tititwangsa esok, Ibrahim berkata beliau tidak akan keluar dan duduk di rumah kerana disenaraikan antara pemimpin yang menerima perintah larangan mahkamah.
"Kalau saya keluar, saya tidak masuk ke kawasan larangan," katanya yang juga ahli parlimen Pasir Mas.
Masih persoal motif
Ibrahim berkata beliau juga turut meminta yang dipertua PERKASA negeri dan daerah untuk membuat laporan polis esok kepada Pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga berhubung dakwaan menerima dana kewangan daripada pihak luar.
Menurutnya, pihaknya mahu polis tegas dan membuat penyiasatan terhadap dakwaan tersebut.
"Kita nak tahu dana, pertubuhan dan negara mana hendak campurtangan... Setelah siasat, dedahkan kepada umum," katanya.
Dalam sidang media itu juga, Ibrahim kesal dan dukacita kepada Ambiga walaupun yang diberi penghormatan mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, beliau masih berkeras untuk mengadakan perhimpunan BERSIH di Stadium Merdeka.
Ibrahim mempersoalkan motif sebenar BERSIH, sedangkan mereka boleh memilih stadium di luar Kuala Lumpur seperti Stadium Malawati, Stadium Shah Alam atau Stadium Sultan Mohamad ke-IV di Kelantan.
'Nak suruh dunia tengok?'
"Kenapa mereka tidak buat (perhimpunan) di sana. Kenapa nak buat di Kuala Lumpur.... Apa motif? Nak suruh dunia tengok?
"Sekarang dunia internet, dunia media baru, jadi dia buat di mana-manapun, orang akan tahu.
"Sekarang jelas, Ambiga tidak menghormati dan taat kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong... menderhaka, dan (sedangkan) dia dapat penghormatan," dakwanya.
Ibrahim berkata pihaknya turut memohon mengadap Tuanku semalam, sebagai pertubuhan Melayu yang mempertahankan institusi raja.
Bagaimanapun, pihaknya menerima jawapan dari pihak Istana yang menyatakan PERKASA tidak dapat bertemu kerana Tuanku mempunyai urusan lain yang telah diatur.
"Kita terima baik dan kita tetap memberi taat setia kepada institusi raja, sebab sistem kita, raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen (dan) prinsip rukun negara," katanya.
Dalam sidang media itu juga, Ibrahim turut mendakwa menerima sepucuk surat daripada pihak yang tidak dikenali diletakkan di dalam peti surat rumahnya petang semalam.
Dalam surat tersebut, dakwanya, penulis itu memaklumkan ada pihak yang akan membuat huru-hara pada perhimpunan BERSIH esok di Masjid Negara.
- Muhammad Nur Hanief · Pengulas Tertinggi · Friends with Yob Tualang SekahPergi balik Pasir Mas jual budu lah!
- Kang Razzi Armansur · Pengulas Tertinggi · Suicide Bomber di Suicide Bomberr
- Amir Halus · Pengulas Tertinggi · Pondok Pasentren
Tiada ulasan:
Catat Ulasan