Hii Tiong Huat, yang berpakaian baju-T kuning yang dicetak namanya,
muncul di Petaling Street seorang diri petang ini sambil membawa papan tanda buatan sendiri dan bendera Malaysia.
Papan tanda kuning itu memaparkan lukisan gari di sebelah perkataan "Bersih", diikuti dengan tulisan "Kotor OK?"
Sambil mengangkat papan tanda dan bendera tersebut, dan berulangkali melaungkan "Bersih tangkap, Kotor OK," Hii menarik perhatian orang ramai di situ termasuk pelancong asing. Beberapa kenderaan membunyikan hon sebagai tanda sokongan.
Malaysiakini difahamkan aktivis tersebut melakukan gimik yang sama di bandar Sibu sejak dua hari lalu tetapi tidak diendahkan polis di sana kerana mereka sudah biasa dengan tingkahlaku Hii.
Dia terbang ke Kuala Lumpur hari ini dan terus ke Jalan Petaling selepas mendarat.
Tidak sampai lima minit, tiga anggota polis bermotosikal muncul dan cuba menghalangnya daripada meneruskan gimiknya.
Berikutan itu berlaku pertengkaran antara mereka, yang menarik
perhatian orang ramai yang berkumpul di situ untuk melihat apa yang sedang berlaku.
Ada yang merakamkan insiden tersebut dengan kamera manakala beberapa orang lagi kedengaran berkata "Polis mengganggu!" dan "Adakah ini suatu kesalahan?"
Hii menuntut anggota polis terbabit berjanji tidak akan merampas MyKadnya, sebelum dia menunjukkannya kepada mereka.
Tetapi selepas anggota polis itu mengalah, Hii hanya menunjukkan pasportnya, dan mendakwa MyKadnya telah hilang dan dia tidak membawa laporan polis mengenainya.
Apabila salah seorang anggota polis memberitahunya bahawa mereka telah diarahkan untuk menangkapnya, Hii naik berang dan menjerit balik bertanyakan apakah kesalahannya dan mengapa mereka mahu menangkapnya.
- BeritaKini Net · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Kumpul Berita Terkini di BeritaKini.NetRespect gila kat pak cik ni. Aku yg muda ni pun takut nak buat macam tu. Tapi kalau buat ramai2, kena tangkap naik trak. Kalau sorang2 sewa khas tu.
- Pisaikonusist Telepathikus Mentalionossauros · Universiti KangkungAwal sehari, sempoi... solo pulak tu XD.
- Budi Rahmatsteady pek
Dalam kenyataannya, BERSIH 2.0 menegaskan pihaknya semakin komited untuk berhimpun secara aman bersama rakyat Malaysia dalam menuntut pilihan raya bebas dan adil.
“Rakyat Malaysia daripada segenap lapisan telah melalui perjalanan jauh dan penuh cabaran untuk sampai di saat yang genting ini yang bakal mencorakkan sejarah negara kita.
“Dengan kurang 24 jam tinggal untuk perhimpunan aman BERSIH, tekad kami untuk mengharungi fasa terakhir dan yang paling sukar dalam ranjau ini... adalah lebih kukuh daripada sebelumnya dalam menuntut pilihan raya yang bersih dan adil demi membina Malaysia yang lebih bagus,” kata gabungan itu.
Kenyataan itu mencerminkan pendirian muktamad BERSIH untuk berhimpun secara aman di Stadium Merdeka meskipun dilarang oleh polis dan jemaah menteri.
Gabungan 62 NGO itu juga kesal kerana pihak berkuasa mengenakan pelbagai sekatan dalam usaha membatalkan perhimpunan itu.
“Walaupun berdepan dengan tawaran stadium yang dibuat secara tidak ikhlas, dan kemudian dinafikan permit, serta tangkapan, penahanan dan macam-macam lagi, kami telah berusaha bersungguh-sungguh untuk berurus dengan kerajaan secara ikhlas.
“Namun segala usaha kami itu dibalas dengan pelbagai sekatan,” kata kenyataan itu.
Sehubungan itu, menurut BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini tidak ada sebarang sekatan yang akan memintas usaha ke arah keamanan dan keadilan.
“Pada 9 Julai kami akan menegakkan hak perlembagaan kami untuk berhimpun secara aman di Stadium Merdeka.
“Tidak ada mana-mana agensi kerajaan yang berhak untuk melarang rakyat daripada bergerak secara bebas... di ibu negara kita. Tidak ada ugutan dan hasutan yang boleh menafikan kebenaran asas ini,” kata BERSIH 2.0 lagi.
Menurut gabungan itu adalah amat penting, lebih-lebih lagi sekarang untuk rakyat yang patriotik untuk bangkit dan bersatu demi menyelamatkan Malaysia daripada tergelongsor lebih jauh ke dalam lurah kegelapan.
“Kita akan berkumpul di tempat letak kereta dan percaya pintu (stadium) akan dibuka kepada kita.
“Ini adalah saat penting dalam sejarah dan kami yakin rakyat akan menyambut seruan untuk mempertahankan prinsip-prinsip yang membentuk Malaysia. Bersama-sama kita berjuang untuk mewariskan kepada anak-anak kita sebuah negara yang adil, demokratik, dan penuh dalam kasih sayang untuk satu sama lain,” katanya.
- Azmi Embon · Pengulas Tertinggi · Maktab tun salleh
- Zainol Fizal Aladad Khan · Pengulas Tertinggi · Bekerja di B.Braun Medical IndustriesBERSIH ajak rakyat kumpul luar Stadium Merdeka, aku ajak rakyat yg cintakn KEADILAN dn KEBENARAN utk brkumpul di mna2 sja esok dgn memakai pakaian atau tanda kuning sbgai sokongan kpda PEJUANG2 ini yg sedang brusaha utk mewujudkn negara MALAYSIA yg lebih BEBAS dn ADIL utk GENERASI AKN DATANG!
- Bob Faizal · Pengulas Tertinggi
- Zainol Fizal Aladad Khan · Pengulas Tertinggi · Bekerja di B.Braun Medical Industries
- Zainol Md Zain Nonzen · Pengulas Tertinggi · Pengurus di Zz sdn bhd
- Rosna Mahjib · Pengulas Tertinggi · Managing director di Levi'sperhimpunan bersih ni bagaikan air terjun, jika x dihalang maka air itu akn mengalir dgn tenang dn dpt digunakan olh semua org.. jika ditahan/disekat air terjun itu maka ia akan bertaburan dan merebak smbil membawa sampah sarap yg akn mngotorkn dn membawa pnyakit kpd pngguna...
- Aki Biru · Pengulas Tertinggi · Kota Kinabalu
- Drs Zainuddin Awang Hamat · Pengulas Tertinggi · Ahli Dewan Undangan Negeri N30 Limbongan di Kerajaan Negeri KelantanKita pakat bagi tugas, berdoa dio depan Kaabah dan dimana-mana saja bagi rakyat yang cintakan keadilan, yang dah kesana teruskan jangan lupa akhlak BERSIH agar rakyat semuanya sokong BERSIH.
"Setahu saya, tiada permit dikeluarkan untuk 9 Julai,” katanya.
Apabila didesak, beliau mengakui bahawa orang pertama yang akan mengetahui perkara itu adalah ketua polis daerah Dang Wangi Zulkarnain Abdul Rahman, tetapi kemungkinannya adalah kecil.
"Orang terbaik untuk disoal adalah Zulkarnain. Tetapi saya baru berhubung melalui telefon dengannya.
"Beliau tidak menyatakan apa-apa berhubung meluluskan permit,” kata Amar Singh.
Sebelum ini menulis pada laman sosialnya di Facebook dan Twitter, BERSIH 2.0 berkata mereka diminta datang ke balai polis Dang Wangi Kuala Lumpur untuk mengambil permit bagi mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka, esok
“BERITA BAIK! Balai Polis Dang Wangi telefon Bersih, minta kami datang ambil permit untuk himpunan aman di Stadium MERDEKA! Kini terserah kepada PM & Pengurusan Stadium Merdeka untuk membuat langkah sepatutnya,” tulis BERSIH.
Bagaimanapun kira-kira setengah jam kemudian, BERSIH menjelaskan terdapat salah faham berhubung perkara itu.
Katanya, ketika diminta ke balai polis, wakil itu telah tiga kali bertanya sama ada ia berkaitan dengan permit dan dijawabnya "ya".
Tiada silap komunikasi
“Sorry all, spoke too soon: Bersih rep asked 3 times "Is this a permit?" Police: "Yes", but now, police say "Actually it is a letter denying permission".
Sementara itu, Zulkarnain pada sidang medianya, petang tadi tadi berkata tidak timbul salah faham berhubung permohonan permit itu.
"Tidak, tiada silap komunikasi pada pihak kami.
"Mereka cuma dihubungi untuk datang ke mari untuk mengambil sepucuk surat yang menyatakan permohonan mereka tidak diluluskan,” katanya.
Menurut Zulkarnain, BERSIH 2.0 membuat permohonan permit pagi ini tetapi ahli jawatankuasa pemandunya, Maria Chin Abdullah menafikannya.
Chin memberitahu wartawan beliau ke ibu pejabat polis Dang Wangi bagi menerima surat yang memaklumkan gabungan itu bahawa permohonan permit mereka telah ditolak.
Beliau bagaimanapun mempertahankan kenyataan bahawa polis sebelum itu memberitahu mereka bahawa permit telah diluluskan.
Namun menurut Chin, BERSIH 2.0 masih belum mengemukakan permohonan mereka.
“Bagaimana polis boleh menolaknya sedangkan kami belum menyerahkan permohonan?”
Beliau kemudian menuju ke balai polis Pudu untuk menyerahkan permohonan rasmi bagi mendapatkan permit bagi perhimpunan esok.
- Cucu Tok Uban · Pengulas Tertinggi · Director di Allah(swt) is the Creater
- 彬淇琳 · Pengulas Tertinggi · TARC 03-05'
- Hailee Harry · Pengulas Tertinggi · "God of Construction" di GodIni kali bukan main...kepala botak dah kena marah oleh baginda kah?
- Hailee Harry · Pengulas Tertinggi · "God of Construction" di God
- Alicia Ng · Friends with Samsudin Baharom
Selain BERSIH 2.0, Pemuda Umno juga berkata mereka akan berkumpul di Jalan Bukit Bintang pada jam 10 pagi sebelum berarak ke Stadium Merdeka.
Menurut sumber ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur, jalan-jalan yang akan ditutup atau dilencongkan adalah sepanjang Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara.
Gangguan juga akan berlaku di sepanjang Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara.
Kawasan lain adalah sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran DBKL, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran.
Sehubungan itu, polis meminta orang ramai memberi kerjasama untuk sentiasa mematuhi peraturan lalulintas dan arahan semasa oleh anggota polis trafik yang membuat kawalan.
Polis juga menasihatkan orang ramai yang tidak mempunyai urusan penting di pusat bandar agar tidak memasuki kawasan berkenaan esok bagi mengelakkan kesesakan lalulintas.
Setakat ini, polis tidak mengeluarkan sebarang permit bagi sebarang perhimpunan, esok.
Sementara itu, beberapa laluan di pusat bandar dilaporkan juga telah ditutup sebelum tengah malam ini.
Selain itu, beberapa sekatan jalan raya yang menghubungkan pusat-pusat bandar juga telah dijalankan sejak petang tadi yang dipercayai bagi melumpuhkan perhimpunan BERSIH 2.0.
Antara laluan berkenaan adalah di Dataran Merdeka dan Stadium Merdeka.
Meskipun keadaan dilaporkan terkawal dengan pengguna kenderaan memberi kerjasama selain mematuhi arahan pihak polis, namun lalu lintas mulai sesak apabila orang ramai pulang dari pejabat.
- Arjuna Kayangan Layangan · Pengulas Tertinggi · Friends with Yob Tualang Sekahdisko, pub, tempat2 maksiat tutup ke x?
- Ha Fiz · Pengulas Tertinggi · Sentul, Kuala Lumpur, Malaysia
"Kelulusan boleh diperoleh segera," katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.Hishammuddin berkata, polis akan bertindak tegas terhadap mereka yang masih berdegil untuk menganjurkan perhimpunan di Kuala Lumpur esok.
Beliau berkata, polis bertindak adil dalam membuat keputusan dan juga menolak permohonan daripada Pemuda Umno dan PERKASA untuk mengadakan perhimpunan esok.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman pula berkata, permohonan mendapat permit perhimpunan di Kuala Lumpur esok tidak diluluskan.
"Saya selaku Ketua Polis Daerah Dang Wangi tidak meluluskan permohonan tersebut setelah penelitian atas dasar keselamatan awam," katanya kepada pemberita petang ini.
Beliau berkata, permit itu dipohon pagi tadi oleh seorang wanita yang menggunakan gelaran Pegawai Program Kesedaran Komuniti Selangor.
Mohamad Zulkarnain berkata, dalam permohonan itu, wanita berkenaan mengatakan kira-kira 100,000 orang akan hadir ke perhimpunan itu.
Justeru itu, katanya, jika perhimpunan tersebut diteruskan, tindakan akan diambil mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis 1967.
"Bagaimanapun pihak penganjur masih boleh membuat rayuan dalam tempoh 24 jam dari waktu permohonan ditolak (hari ini) kepada Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh secara bertulis," katanya.
- Bernama
- Ikhqoi Ikhmal Rebok · Pengulas Tertinggi · Elite Health Planner di Woongjin coway (M) Sdn BhdHimpunan dalam KL = HARAM.
Himpunan luar KL = HALAL.
Berhimpun kat dalam kelab-kelab malam dalam KL mlm nie? = HALAL.- Yazid Yahya · Friends with Maba Budu
- BeritaKini Net · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Kumpul Berita Terkini di BeritaKini.Netmula2 x boleh buat tmpat terbuka dan jalanan, kena buat d stadium. Pastu kena buat di stadium luar KL. Pastu kena buat di pulau, pastu kena buat dlm hutan pulau, lepas tu kena buat dlm gua hutan pulau, pastu kena buat luar negara, pastu....... kesimpulannya ditipu dulu, kini dan selamanya.
- Juan Montoya · Pengulas Tertinggi · Shah Alam, Malaysia
- Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
- Muhammad Nur Hanief · Pengulas Tertinggi · Friends with Yob Tualang SekahMuka tak handsome, perangai pun tak handsome. Macam mana boleh jadi pemimpin? Oh! Sebab bapanya. Hahahaha! Itu yang Khairy jadi menantu Pak Lah tu. Jalan pintas sia!
- Muhammad Nur Hanief · Pengulas Tertinggi · Friends with Yob Tualang Sekah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan