Sabtu, 2 Julai 2011

GUNALAH KUASA APA YANG ADA....INGAT! KUASA MANUSIA TERBATAS DAN TERHAD...TIDAK PADA ALLAH...DAN ORANG DIZALIM..DOANYA MUSTAJAB..JADI HATI2...

Bersih 2.0: Polis selak baju sebelum tangkap
Nazri Abdullah

BATU GAJAH, 2 Julai: Tiga anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditangkap pihak polis ketika sedang minum di Pasar Awam Batu Gajah di sini pagi tadi.

Mereka adalah Timbalan Ketua Cabang Batu Gajah, Adnan Talib, Naib Ketua Anthony Vijaya dan Timbalan AMK, Tamiselvam.

Difahamkan mereka tidak pun memakai baju kuning Bersih 2.0 ketika itu dan baru sahaja tiba di sebuah kedai minum di sini sebelum didatangi beberapa orang pihak polis.

Tiba-tiba salah seorang anggota polis itu bertindak menyelak baju yang dipakai salah seorang daripada mereka dan menampakkan baju kuning bertulis Bersih 2.0 yang dipakai di bahagian dalam terus ditangkap.

Ekoran itu, dua rakannya yang lain turut menyarung baju serupa agar mereka juag ditangkap bersama.

Kesemua mereka kemudiannya dibawa ke IPD Batu Gajah kira-kira jam 10 pagi untuk dirakam keterangan.

Turut serta ke IPD bersama ketiga-tiga mereka adalah Adun Tronoh S.Sivakumar dan peguam Ng Mun Yin.

Sivakumar ketika diminta mengulas perkara itu menyifatkan, polis bertindak keterlaluan dan tidak menghormati rakyat.

"Mereka pakai T-shirt Bersih di dalam, di luar baju lain, polis pergi buka baju mereka, apa kuasa polis buka baju orang cek dalam pakai baju apa?" soalnya tidak berpuas hati.

Beliau juga dimaklumkan ketiga-tiga yang ditangkap tersebut hadir ke pasar pagi tadi adalah untuk memastikan maklumat berkumpul yang diterima mereka melalui khidmat pesanan ringkas SMS betul atau 'perangkap'.

Ia kerana, tiada sebarang arahan pun dari kepimpinan parti untuk berkumpul di sini hari ini.

Sementara itu, Ng Mun Yin pula memaklumkan mereka ditahan di bawah Seksyen 112 Kanun Keseksaan.

Polis juga ujarnya memberi jaminan kesemua yang ditahan akan dibebaskan hari ini.


Satu alamat 88 pengundi, apa penjelasan SPR
http://darisungaiderhaka.blogspot.com

SPR adalah sebuah Badan yang bernaung di bawah institusi Raja-Raja Melayu dan bertanggungjawab mengawal selia proses pilihanraya negara ini. Ianya sewajarnya adalah sebuah Badan yang bebas dan berkecuali dari mana-mana parti politik samada dipihak Kerajaan mahupun Pembangkang.

Bagaimanapun semalam Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya iaitu Wan Ahmad Wan Omar telah mengeluarkan satu kenyataan yang boleh menjejaskan kredibiliti SPR sendiri.

Dalam kenyataannya yang jelas menunjukkan beliau memihak kepada Barisan Nasional, Wan Ahmad telah mendakwa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini digunakan oleh Pakatan Rakyat untuk meraih sokongan bagi membina momentum untuk gagasan itu menawan Putrajaya.

Hujah yang sama telah digunapakai oleh Perdana Menteri Najib Razak beberapa hari sebelum itu.

Wan Ahmad turut mendakwa pembangkang risau menyaksikan kebangkitan BN dan mahu menggerakkan Bersih kali kedua setelah menyaksikan bagaimana perhimpunan tahun 2007 membawa kepada 'tsunami' politik yang memberi kemenangan besar kepada PR pada PRU 2008.

Mungkin Wan Ahmad mempunyai terlalu banyak masa terluang hingga membolehkan beliau memikirkan akan agenda Pakatan Rakyat dalam perhimpunan BERSIH 2.0 akan datang ini..

Hal yang sepatutnya beliau mendiamkan diri bagi menunjukkan bahawa beliau seorang yang mempunyai kredibiliti dan bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan terhadapnya oleh Raja-Raja Melayu.. bukannya sibuk untuk memberikan ulasan..

Beliau sepatutnya membuat semakan terhadap daftar Pemilih yang baru dikemaskini Mei lalu, jika beliau serius akan tanggungjawabnya beliau harus menjelaskan bagaimana sebuah rumah yang kecil ini boleh terdapat seramai 64 pengundi didalamnya.. dan bagaimana pula sebuah lagi rumah yang berada dikawasan yang sama boleh mempunyai seramai 88 pengundi pula?

Ini adalah pemilih yang beralamat 1138 kesemuanya ialah 64 Orang, nombor dihadapan senarai adalah nombor siri dari Daftar Pemilih dan nombor terakhir adalah alamat rumah.

15 330422085529 L 1933 MOHD YUSOF BIN MOHD SOOM 1138
48 410403085435 L 1941 MOHD HUSSIN BIN CHAT 1138
44 410108075218 P 1941 RAMLAH BINTI MAT ALI 1138 TBP
76 441202085836 P 1944 EMBIN BINTI ABD RAHMAN 1138
86 460819025036 P 1946 KHATIJAH BT HASSAN 1138
95 470102075254 P 1947 KARTHIYANI A/P PERUMAL 1138
98 470302025470 P 1947 SITI ASA BINTI ARIFIN 1138
114 480928075516 P 1948 MANGGAKASSIN A/P PARMAL 1138
115 481214045168 P 1948 MARIAM BINTI SAAD 1138
125 491107025478 P 1949 SITI JAMALIAH BINTI MD MIN 1138

187 540612025178 P 1954 KECHIK BINTI HAMID NT 1138
194 541029025212 P 1954 RAFTAH BINTI HASSIM 1138
246 561118075201 L 1956 MOHD RASHID BIN MD NOOR 1138
263 571007085860 P 1957 ROBIAH BINTI DIN 1138
273 580328075625 L 1958 MURAD BIN HASSAN 1138
282 580925075498 P 1958 ZAHARAH BINTI MD NOOR 1138
297 590316085577 L 1959 MAT ZAIN BIN MOHD YUSOF 1138
313 590925025721 L 1959 SAMSUDIN BIN REJAB 1138
335 610414085007 L 1961 MARATHAIYAH A/L PACHAVANAM 1138
338 610607075569 L 1961 RUSLI BIN MD NOOR 1138

342 610816025939 L 1961 ABU HASSAN BIN REJAB NO 1138
346 610907075659 L 1961 K PRAMASIVAN A/L P KALIMUTHU 1138
357 620410075724 P 1962 MARIAMA A/P CHELLIAH 1138
372 621204075445 L 1962 KARIM BIN MD.NOOR 1138
373 630101025634 P 1963 SABIRAH BINTI GHAZALI NT 1138
402 641007025009 L 1964 RAMLI BIN ZAHID 1138
408 641121025838 P 1964 BAHIYAH BINTI REJAB NT 1138
418 650712075495 L 1965 MOHAMAD BIN SHAARI 1138
430 660322075800 P 1966 SALASIAH BINTI MD NOOR 1138
439 660531075081 L 1966 AZHAR BIN ISMAIL 1138

455 670407076123 L 1967 AZHAR BIN MD NOOR 1138
475 680406075646 P 1968 JAYABHARATHI A/P VETTANATTAYIL 1138
479 680523106341 L 1968 EWAN BIN ZULKIFLI 1138
496 690220035733 L 1969 ROSLAN BIN ABDUL 1138
498 690516075216 P 1969 AMUTHAVALLI A/P SUBBAYAH 1138
506 691020075655 L 1969 AZNI BIN MD NOOR 1138
519 700618075117 L 1970 SHAMSUDDIN BIN DIN 1138
520 700626085219 L 1970 AMIR BIN HASAN 1138
524 701118075983 L 1970 KAMARUDIN BIN MD NOOR 1138
528 710114086030 P 1971 JULIANA BINTI KAMARUDDIN 1138

550 720605075351 L 1972 KAMARUDDIN BIN DIN 1138
552 720621025397 L 1972 ISMAIL BIN MOHD YUSOF 1138
568 730713075657 L 1973 KAMARUL ZAMAN BIN REJAB 1138
584 741210075253 L 1974 IBRAHIM BIN MOHD YUSOF 1138
585 741227075559 L 1974 MUHAMAT BIN ABDUL HAMID 1138
595 750606086594 P 1975 JAMILAH BINTI MOHD YUSOF 1138
596 750710075588 P 1975 ROSLINDA BINTI MOHD RANI 1138
610 761223025624 P 1976 NORAINI BINTI ABDAUL RASHID 1138
614 770205075542 P 1977 MANJULA A/P KRISHNAN 1138
616 770422086221 L 1977 JOHAR BIN AHMAD 1138

624 771203075869 L 1977 NAZRI BIN ABDUL HAMID NO. 1138
628 780220076227 L 1978 KUMARAN A/L KRISHNAN 1138
635 781221075159 L 1978 AZMAN BIN HASAN NO 1138
644 790822075001 L 1979 THURAIRAJ A/L KRISHNAN NO 1138
657 800806075593 L 1980 MUHAMAD ASRI BIN ABDUL RAZAK 1138
659 800902075323 L 1980 VISVA A/L KRISHNAN 1138
667 810410075182 P 1981 HANIZA BINTI ABDUL HAMID NO 1138
687 820621086200 P 1982 AIDA BINTI HASAN 1138
700 830414075583 L 1983 HAMZAH BIN MAT ZAIN NO 1138
704 830526075561 L 1983 MOHD REDZWAN BIN ABDULLAH 1138

748 850828075450 P 1985 SUHASINI A/P K PRAMASIVAN 1138
754 860302355465 L 1986 YASSIN BIN ABDUL HAMID 1138
758 860823565556 P 1986 NORAIZADATHULAKMA BT MAT RODZI 1138
773 880528355335 L 1988 MUHAMAD SAHLAN BIN SAMSUDIN 1138


8 tuntutan Bersih sangat munasabah
Ismail Hashim

SHAH ALAM, 2 Julai: Dewan Pemuda PAS Selangor menyifatkan lapan tuntutan Bersih adalah sangat munasabah kerana telah lama dilaksanakan di negara lain.

Ketuanya, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, tuntutan itu merupakan kehendak rakyat yang inginkan suasana pilihan raya berada dalam bersih dan bebas.

Kerana ketiadaan lapan perkara itulah maka Bersih terpaksa menganjurkan himpunan 9 Julai ini.

Hasbullah mempersoalkan kenapa susah sangat untuk kerajaan BN laksanakan semua tuntutan kerana ia paling mudah dilakukan.

Kecualilah, ujarnya, pihak terbabit mempunyai agenda tersendiri yang menyebabkan mereka tidak berani dan gagal memahami kehendak rakyat yang ingin suasana bersih di dalam pilihan raya.

Himpunan Bersih yang digerakkan berbagai NGO akan diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Julai dalam usaha menyerahkan lapan tuntutan kepada Istana Negara.

Lapan tuntutan itu adalah Bersihkan senarai undi, Mereformasikan undi pos, Gunakan dakwat kekal, Masa kempen minima 21 hari, Akses media yang bebas dan adil, Kukuhkan institusi awam, Hentikan rasuah dan Hentikan politik kotor.

Exco Pemuda PAS Malaysia itu menyatakan perkara ini ketika menjawab soalan media dalam Majlis Ramah Mesra Pemuda PAS Selangor bersama Media dekat sini, petang semalam.

Menurutnya, pihak penganjur memberi jaminan tentang keselamatan dan peserta himpunan sama sekali tidak akan membawa sebarang jenis senjata.

Bagi mereka, ia adalah himpunan aman yang dibenarkan oleh Perlembagaan Negara.

Dalam hal ini, Hasbullah menyatakan kekesalannya kerana pihak Kerajaan BN menghalang satu himpunan aman yang jelas dibenarkan oleh perlembagaan.

"Jika kerajaan tidak izinkan Bersih ini, kenapa pula perlembagaan dengan jelas membenarkannya?

"Halangan sebegini juga adalah antara sebab rakyat hendak berhimpun sangat pada 9 Julai ini.

"Apatah lagi bagi umat Islam, himpunan seumpama ini sangat digalakkan selagi mana ia diadakaa dalam keadaan aman seperti ibadat haji di Makkah," tegasnya.


Tarik balik RUU PPKB 2010
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 2 Julai: Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali berkata bahawa pemilik dan perwaris tanah Kampung Baru bersyukur dan lega kerana Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (RUU PPKB) 2010 tidak sempat dibentangkan dalam sesi Parlimen yang baru selesai.

“Pihak Kementerian Wilayah Persekutuan seharusnya mengambil peluang ini untuk menarik balik RUU ini daripada Parlimen dan kembali mengadakan perbincangan serta dialog dengan para pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru dalam setiap usaha kerajaan membangunkan Kampung Baru,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kementerian juga perlu mendapatkan persetujuan semua pemilik dan pewaris tanah dan yang lebih penting mendapatkan persetujuan Lembaga Pentadbiran MAS berkaitan pembangunan Kampung Baru.

Tambahnya, lembaga pentadbiran MAS yang telah wujud sejak tahun 1900 perlulah diberikan keutamaan berbanding badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang tiada mandat rasmi daripada pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru.

Belau menambah, ahli Parlimen yang diberikan mandat secara sah melalui pilihan raya juga sepatutnya dilibatkan aktif bermula daripada peringkat perangkaan lagi untuk memastikan penyelesaian yang terbaik dan adil, terutamanya kepada pemilik dan perwaris tanah Kampung Baru.

Katanya lagi, kementerian juga boleh melakukan apa-apa pembangunan melalui Lembaga Pentadbiran MAS yang sememangnya mempunyai kuasa yang sah dalam mentadbir tanah Kampung Baru.

Menurutnya, jika pembangunan Kampung Baru memerlukan suatu Akta Parlimen maka pihak Kementerian perlu ikhlas dan telus untuk mendapatkan persetujuan pemilik tanah sebelum mengemukakan RUU yang baru.

“Saya sangat berharap pihak kementerian dapat merealisasikan slogan yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri berkenaan dengan era government knows best atau ‘kerajaan sahaja yang tahu yang terbaik’ telah berakhir,” katanya.


Tunjukkan dimana kezaliman kami - Guan Eng
Mohd Sabri Said

TASEK GELUGOR, 2 Julai: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bersekongkol dengan 'demo jalanan' di hadapan Komplek Tun Abdul Razak (Komtar) semalam supaya tunjukkan dimana kezaliman kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Buktikan di mana kezaliman Kerajaan Pakatan Rakyat sejak mengambil alih pemerintahan daripada Barisan Nasional (BN) pada tahun 2008," kata Lim Guan Eng.

Semalam Pemuda Umno telah membuat demonstrasi kononnya membantah Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng kerana menyokong Perhimpunan Aman BERSIH 2.0 yang bakal diadakan di ibu negara pada 9 Julai 2011 ini.

Mereka membawa sepanduk dan banner-banner kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai anti Islam, dan menyebabkan perpecahan Islam.

Mereka juga turut memakai pengikat kepala yang bertulis kalimah "Lailahaill Allah". (gambar atas)

Namun di sebalik perhimpunan ini, ada perkara yang harus diketahui oleh semua pihak. Antaranya bagaimana wanita ini turut memakai kain pengikat kepala dengan kalimah "Lailahaill Allah" secara terbalik. Malah dia juga tidak menutup aurat.

Bagi Lim Guan Eng, apa yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat adalah untuk memastikan rakyat mendapat manafaat hasil penjimatan, anti rasuah dan tidak menggunakan pengeluaran untuk kroni.

"Beri contoh di mana kezaliman Kerajaan Pakatan Rakyat pernah lakukan, Adakah bantuan kepada warga emas, ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU), golongan miskin, bantuan kepada anak yang nak ke Univesiti RM500 dan sebaganya merupakan kezaliman. Susahlah jadi macam Umno, Gerakan, MCA atau MIC mereka asyik kutuk tapi tak tahu menilai, " katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis penghargaan RM1,000 kepada 380 waris warga emas yang meninggal dunia peringkat Seberang Perai Utara (SPU) di Dewan Besar Sungai Dua pagi tadi.

Menurutnya, kenapa Umno dan NGO yang terlibat tidak pernah memahami dasar Kerajaan Pakatan Rakyat yang jelas membantu semua kaum tanpa memilih bulu seperti yang BN laksanakan semasa memerintah dulunya.

Sebenarnya Umno dan BN dengki melihat perkembangan terbaru di mana rakyat telah mula sedar apa yang kerajaan korbankan demi rakyat umpamanya menambah peruntukan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) ke tahap yang lebih tinggi.

Begitu juga peruntukan kepada agama lain, kata beliau.

Mereka selalu gunakan alasan Kerajaan Negeri menganiaya peniaga Melayu tetapi sebenarnya bukan.

Kejadian sebenar ialah kerajaan cuba selamatkan mereka daripada mendapat sakit dirempuh kenderaan apabila berniaga di kaki jalan, kotor dan mengganggu jalanraya.

Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mempunyai maklumat siapa yang inaya siapa, kata beliau.

Peniaga Melayu yang terlibat dengan pengrobohan gerai hanya sekitar 15 peratus sahaja itu pun diberikan lokasi ganti yang cantik manakala peniaga bukan Melayu ramai iaitu 85 peratus.

"Kita roboh ada alasan bukan menginaya peniaga sendiri lagipun bukan melayu sahaja diroboh tetapi cina dan India turut terlibat, " tegasnya.


PAS pertikai polis tutup pintu rundingan
Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 2 Julai: Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu, mempertikaikan tindakan polis yang menutup pintu rundingan dengan pihak penganjur Bersih 2.0

(Mohamad Sabu disambut para jamaah masjid Darul Qarar)

Ini kerana Bersih adalah pencinta demokrasi dan keamanan, apa lagi untuk dikena tindakan ISA terhadap mereka yang menyertai Bersih.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkara itu selepas majlis ramah mesra bersama beliau di masjid Darul Qarar di sini hari ini.

Menurutnya, Bersih adalah pencinta keamanan dan demokrasi. Namun begitu, Umno dan BN dilihat terlalu takut dengan Bersih.

Ia dibayangkan dengan tindakan menangkap pemakai baju Bersih serta bertindak kepada mana-mana pihak yang menganjurkan program berkaitan Bersih.

Hampir 100 sudah ditangkap ekoran cadangan perhimpunan Bersih 9 Julai ini.

"Amat tidak wajar jika pintu rundingan ditolak,"ujarnya lagi.

Turut berucap pada majlis itu, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan yang dipertua PAS Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah.

Pada masa yang sama Mohamad Sabu berkata, PAS tetap akan menyokong perhimpunan Bersih demi untuk kepentingan rakyat pada masa akan datang.

"PAS tetap akan sertainya, kerana Bersih hanya untuk menuntut keadilan dalam pilihanraya dan bukannya untuk menggugat kestabilan negara," ujarnya lagi.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu beliau berkata Umno dan BN sebenarnya takut pada kebenaran yang bakal dibawa oleh Bersih.

Tegasnya, kemenangan BN kini hanya diperolehi dari undi pos dan Felda sahaja.

"Undi individu dah lama tak ada, apa lagi sekarang ini golongan muda juga semakin menyokong Pakatan Rakyat,"ujarnya.

Sementara itu, Mahfuz pula berkata PAS menuntut pilihanraya secara bersih dan gentleman, bukan dengan cara himpunan haram.

Katanya, PAS dan Pakatan Rakyat bukan ingin memerintah negara dengan cara demontrasi dan bukannya dengan cara mengguling kerajaan yang ada.

"Kita gentleman, bukan nak guling kerajaan, kalau dia (BN) nak terguling sendiri, terpulanglah," ujarnya yang dipercayai mengulas tindakan BN yang seolah-olah sangat takut dengan Bersih.


“Lepaslah mereka yang ditangkap”
Mohd Sabri Said
KEPALA BATAS, 1 Julai: "Lepaslah mereka yang ditangkap. Mereka tidak bersalah apa-apa pun. Tak kan pakai baju berlambangkan Bersih 2.0 salah sehingga dilabelkan melawan Yang di-Pertuan Agong dan ingin hidupkan semangat komunisme," tegas kaum keluarga dan sahabat handai 30 tahanan yang masih merengkok dalam lokap polis sehingga hari ini.

Difahamkan mereka terus ditahan beberapa hari lagi untuk siasatan manakala mahkamah semalam memutuskan tahanan boleh dilawati walaupun bercakap berhalangan tanpa nampak wajah yang jelas.

Semalam sekali lagi ahli keluarga dan rakan yang turut memberikan sokongan moral memenuhi Ibu Pejabat Polis (IPD) Kepala Batas yang menempatkan 11 orang perempuan, Ibu Pejabat Kontijen Polis Pulau Pinang (IPK) di Georgetown 7 orang termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar, Pejabat Polis Butterworth seramai 10 lelaki serta 2 orang kanak-kanak belasan tahun di Balai Polis Sungai Dua.

Wakil PSM, Bawani semasa ditemui di IPD Kepala Batas memberitahu, tindakan drastik itu tidak wajar kerana kedatangan rombongan bas itu bukan untuk memberontak sebaliknya menghadiri satu program 'Udah BN bersaralah' yang dijadualkan di Sungai Ara, Pulau Pinang.

Setakat ini, katanya beberapa orang dibenarkan berjumpa ahli keluarga dan sahabat handai itupun setelah campur tangan pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), antaranya ialah Chang Mooi, Soh Sook Hwa dan Selvam a/l Sinnah iaitu pemandu bas.

"Mana mungkin mereka nak lawan Yang di-Pertuan Agong kerana sedar Yang di-Pertuan Agong adalah payung kesejahteraan Malaysia. Ia hanya rekaan sahaja," ujar beliau.

Koy Yong pula menyifatkan penahanan 30 anggota PSM tanpa sebab satu kesalahan yang mana akhirnya mensabitkan mereka dengan kes berkenaan.

“Kami tahu latar belakang rakan kami. Mereka bukan penjenayah sehingga direman sebegitu rupa.

"Kalau mereka penjenayah atau membawa senjata kami rela mereka disabitkan kesalahan itu. Ini tidak mereka hanya memakai baju kuning saja," sambungnya.

Sementara itu rakannya, Ganesan menambah, hati merasa sayu apabila mengenang isterinya, Kavitha terpaksa tidur dalam lokap sedangkan isterinya tidak memberontak atau membawa senjata untuk menentang kerajaan.

"Lepaskan mereka yang ditahan. Mereka tidak langsung bersalah, apa guna dikurung," katanya selepas menemui isteri tercinta di IPD Kepala Batas.

Tiada ulasan: