Khamis, 7 Julai 2011

CAKAP BERPUSING...BERBELIT2....PENUH UGUTAN...PENUH MUSLIHAT..INI BUKAN ORANG YG BERAKHLAK....

Himpunan BERSIH: Pakatan gesa Najib patuhi janji
Abdul Rahim Sabri
Jul 6, 11
5:47pm

Pakatan Rakyat menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya "mematuhi janji" dengan menyediakan stadium kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) dengan menyediakan sebuah stadium untuk perhimpunan Sabtu ini.

Sehubungan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat juga berdiri teguh dengan BERSIH 2.0 yang mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka.

"Maklumat akhir, perdana menteri dan Kementerian Dalam Negeri sengaja memberi pelbagai alasan untuk tidak membenarkan stadium digunakan.

"Saya difahamkan BERSIH masih lagi merujuk kepada Najib supaya (beliau) mematuhi janji (dan) jaminan beliau untuk menyediakan stadium supaya BERSIH dapat menganjurkan majlis dengan teratur dan aman sepertimana semangat (ketika mengadap) dengan Yang di-Pertuan Agong.

"(Sebab itu) Kita menyokong tindakan keputusan BERSIH untuk meneruskan perhimpunan itu di Stadium Merdeka," kata Anwar yang juga ketua umum PKR.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat di Menara G di ibu negara petang ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata Pakatan Rakyat kesal dengan kenyataan dan "sikap keterlaluan" Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang didakwanya "nampak menyimpang dari semangat rundingan" BERSIH dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Anwar mendakwa Hishammuddin seolah-olah menganggap BERSIH sebagai pertubuhan haram walaupun selepas bertemu dengan Seri Paduka.

"Maknanya Yang di-Pertuan Agong memanggil pertubuhan haram, kemudian semangat rundingan diketepikan begitu sahaja," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa Polis Diraja Malaysia supaya mengambilkira semangat pertemuan tersebut dan menasihati agar tidak mengeruhkan keadaan dengan membuat tangkapan khususnya terhadap ahli dan penyokong Pakatan Rakyat.

Turut hadir dalam sidang media itu, ialah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu; setiausaha agung Datuk Mustafa Ali dan tokoh DAP, Lim Kit Siang.

Sementara itu, Lim berkata keputusan BERSIH untuk mengadakan perhimpunan di stadium merupakan "satu restu" daripada Seri Paduka dan dengan persetujuan daripada Najib.

"Kami berharap selepas pertemuan semalam, menteri dalam negeri dan polis mengambil inisiatif untuk mengawalselia perhimpunan itu," katanya.

Katanya, dengan tindakan tersebut, masyarakat dunia boleh melihat Malaysia sebagai sebuah demokrasi yang membenarkan rakyatnya mengamalkan hak asasi mereka.

Manakala Mohamad pula menyentuh tindakan polis yang didakwanya tidak mengambil tindakan terhadap kumpulan yang dikatakan "tidak dapat mengawal ahlinya" termasuk kejadian yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini.

"Saya nampak polis tidak mengambil tindakan dan memberi amaran kepada kumpulan itu.

"Kita tidak nampak kenyataan pihak tertinggi polis, dan menteri dalam negeri untuk menghalang tindakan yang membuat kacau," katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau menggesa polis "menunjukkan kewibawaan dengan menjaga keselamatan rakyat, dan bukan menjaga pihak tertentu".

Ditanya sekiranya pihak Stadium Merdeka tidak membenar penggunaannya pada tarikh tersebut, Mohamad berkata pihak stadium mesti membenarkan kerana ia adalah "janji perdana menteri".

"Semangat rundingan BERSIH dengan Yang di-Pertuan Agong, pindah perarakan awal ke stadium. Disahkan oleh perdana menteri, apa alasan nak batal.

"Jaminan diberikan, ini dipersetujui BERSIH," katanya.

Ditanya bagaimana cara pemimpin Pakatan Rakyat untuk pergi ke stadium berkenaan, dengan kemungkinan wujudnya sekatan, Anwar dengan beseloroh berkata: "Kalau boleh dengan helikopter".

Lantas Mohamad mencelah: "Tiada sungai untuk kami renangi", menyebabkan kira-kira 25 wartawan dan jurugambar ketawa.

"Kita guna kebijaksanaan dan kemahiran masing-masing," kata Anwar meredakan keadaan.

Katanya, tempat terakhir pemimpin Pakatan Rakyat akan berhimpun adalah di dalam stadium pada tarikh tersebut.


Pakatan kerah 300 ribu ahli ke BERSIH 2.0
Abdul Rahim Sabri
Jul 6, 11
6:02pm

Pakatan Rakyat akan mengerahkan 300,000 ahlinya untuk berhimpun di Stadium Merdeka pada perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Menara G di ibu negara petang ini.

NONE"Kita mengerahkan 300,000 rakyat untuk berhimpun di Stadium Merdeka," katanya pada sidang media selepas mesyuarat tersebut.

Menurut Anwar, ramai juga ahli Pakatan yang merungut kerana kecewa cadangan awal untuk berarak dipinda oleh BERSIH 2.0 selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara semalam.

Katanya, pihaknya kesal masih ada lagi "gerombolan" yang didakwanya seperti Kementerian Dalam Negeri yang hendak "sabotaj" persefahaman yang telah dicapai antara Seri Paduka dengan gabungan berkenaan.

Selain Anwar, PKR diwakili juga oleh timbalan presidennya, Azmin Ali pada mesyuarat itu.

PAS pula diwakili oleh timbalan presiden Mohammad Sabu dan setiausha agung Datuk Mustafa Ali manakala DAP pula oleh pemimpin veterannya Lim Kit Siang.

Ahad lalu, Seri Paduka bertitah, dalam keghairahan berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, rakyat diminta tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara.

NONETuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

Seri Paduka tidak mahu melihat negara majmuk ini berada dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Berikutan kesudian Tuanku Mizan mencemar duli campur tangan Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga selepas diperkenan mengadap Seri Paduka bersetuju memindahkan perhimpunan ke sebuah stadium.

Perhimpunan itu adalah bagi menuntut pembaharuan pilihan rayadi negara ini yang didakwa mempunyai banyak kepincangan tetapi tuntutan pelbagai pihak terus tidak dihiraukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.


  • Muhammad Nur Hanief · Pengulas Tertinggi · Friends with Yob Tualang Sekah
    300,000 ahli = 300,000 penjara.

    Apakah polis ada penjara sebesar itu?
    • Rasyd ARaz · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
      CARA SUNNAH MENGHADAPI PEMERINTAH ZALIM DAN FASIQ.

      Hadith Nabi Muhammad s.a.w dan keputusan Ijma' Ulama Imam2 Besar rujukan umat Islam seperti Imam an-Nawawi rahimahullah, Imam Ibnul Qayyim rahimahullah, Imam Abu ‘Abdillah al-Qurthubi rahimahullah dll.

      "Akan berlaku selepas peninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengikut petunjukku, tidak mengikut sunnahku dengan panduan sunnahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (manusia berhati syaitan). Aku (Huzaifah) bertanya: Apakah harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta-bendamu." [HR Imam Bukhari dan Imam Muslim].

      Dalam riwayat yang lain juga daripada Ummu Salamah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

      “Akan diangkat para penguasa untuk kamu. Di mana kamu mengenalinya dan kemudian engkau mengingkarinya (kerana ia telah melakukan maksiat). Sesiapa yang benci (terhadap maksiat tersebut), maka ia telah berlepas diri. Sesiapa yang mengingkarinya, benar-benar ia telah selamat. Akan tetapi, sebaliknya pula kepada mereka yang redha dan mengikuti keburukan pemimpin tersebut (dia tidak akan selamat).” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah kami boleh memeranginya (menentanganya)?” Beliau menjawab, “Tidak, selagi mereka masih melaksanakan solat.” Iaitu sesiapa yang membenci dan mengingkari dengan hatinya.” (Hadis Riwayat Muslim, 9/401, no. 3446)

      "Dari Wail r.a. berkata: Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapatmu jika kami mempunyai pemimpin yang menahan hak kami dan mereka meminta hak mereka dari kami? Baginda menjawab: (Sewajarnya kamu) sentiasa mendengar dan mentaati mereka kerana hanyalah atas mereka apa yang mereka kerjakan dan atas kamu apa yang kamu kerjakan." [HR Imam Muslim].

      “Dari Abdullah bin Mas’ud r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya akan berlaku selepas peninggalanku sikap pemerintah yang merampas harta kamu dan berbagai-bagai perkara yang kamu ingkari. Para sahabat bertanya: Apakah yang engkau perintahkan pada kami wahai Rasulullah! Baginda bersabda: Tunaikanlah kewajipan kamu dan berdoalah kepada Allah untuk mendapatkan hakmu.” [HR Imam Bukhari dan Imam Muslim].

      “Dengarlah dan taatilah penguasa di waktu susah dan senang, di waktu lapang dan sempit, walaupun mereka mementingkan diri sendiri dan memakan hartamu serta memukul punggungmu, kecuali apabila memerintahkan untuk berbuat maksiat.” [HR Ibn Hibban].

      “Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin, maka janganlah melakukannya dengan terang-terang (di khalayak ramai di hadapan umum) dan hendaklah dia mengambil tangannya (bersemuka empat mata sahaja). Jika pemimpin mahu mendengar maka itulah yang diinginkan dan jika tidak mahu maka dia telah menunaikan kewajipannya”. [HR Imam Bukhari].

      Kata Imam Abu ‘Abdillah al-Qurthubi rahimahullah (Wafat: 671H):

      “Apa yang dipegang oleh kebanyakan dari para ulama’ bahawasanya sabar dalam mentaati pemerintah yang zalim lebih utama dari keluar memberontak kepada mereka, kerana memisahkan diri dan keluar memberontak itu akan menukarkan keamanan kepada ketakutan, dan tertumpahnya darah yang disebabkan oleh tangan-tangan orang yang bodoh dan hanya akan menyebarkan kefasadan (keburukan) dalam kalangan umat Islam dan di atas muka bumi.” (Tafsir al-Qurthubi, 2/109).

      Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) berkata:

      “Dan makna hadis ini adalah, jangan kamu menentang kekuasaan ulil amri (pemimpin) dan janganlah kamu membangkang melainkan apabila kamu melihat kemungkaran yang nyata daripada mereka, yang kamu ketahui bahawa perkara tersebut termasuk tunjang-tunjang Islam (min qowaa’idil Islaam). Apabila kamu melihat seperti itu, maka ingkarilah dan sampaikanlah yang benar di mana pun kamu berada. Adapun memisahkan diri keluar dari ketaatan kepadanya dan memusuhi (atau memerangi) mereka, adalah haram berdasarkan ijma’ muslimin (umat Islam), walaupun pemimpin tersebut termasuk orang-orang yang fasiq lagi zalim.” (Imam an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 12/229. Turut disebutkan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari, 13/8).

      Disebutkan oleh imam al-Baihaqi rahimahullah (Wafat: 458H) daripada Abu ‘Utsman:

      “Nasihatilah para pemimpin, banyakkanlah berdoa untuk kebaikan dan kebenarannya dalam beramal dan dalam ucapan serta ketika memutuskan hukuman. Maka, apabila mereka baik, maka akan baiklah rakyatnya.

      Berhati-hatilah kamu, jangan sampai mendoakan keburukkan atau melaknat mereka, kerana yang demikian itu hanya akan menambahkan keburukkan ke atas umat Islam. Tetapi, mintakanlah keampunan kepada Allah untuk penguasa semoga mereka meninggalkan perbuatan yang buruk yang dengannya akan dihilangkan musibah umat Islam pula.” (al-Baihaqi, Syu’abul Iman, 6/26, no. 7401)

      Menurut Imam al-Barbahari rahimahullah (Wafat: 329H):

      Jika kamu melihat orang yang berdoa keburukan kepada pemimpin, ketahuilah bahawa ia termasuk salah seorang pengikut hawa nafsu, namun apabila kamu melihat orang yang berdoa untuk kebaikan seseorang pemimpin, ketahuilah bahawa ia tergolong sebagai seorang ahli sunnah, insyaAllah.

      Imam al-Qurthubi rahimahullah (Wafat: 671H) menukilkan dalam tafsirnya:

      “Manusia sentiasa dalam kebaikan selama mana mereka menghormati pemimpin dan para ulama. Maka sekiranya mereka menghormati keduanya ini, Allah akan memberikan kebaikan kepada kehidupan dunia dan akhirat mereka. Dan sekiranya mereka menghina keduanya, maka Allah akan merosakkan kehidupan dunia dan akhirat mereka.” (al-Qurthubi, al-Jami’ li Ahkamil Qur’an, 5/260).

      Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata,

      “Sebagaimana yang dikhabarkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa para pemimpin melakukan kezaliman dan pelbagai kemungkaran. Walaupun begitu, beliau telah memerintahkan kita supaya memberikan hak-hak pemimpin kepada pemimpin, dan kita pula meminta hak-hak kita kepada Allah. Beliau tidak membenarkan menuntut hak kita masing-masing dengan cara peperangan (sifat penentangan dan kepembangkangan) dan beliau juga tidak membenarkan meninggalkan hak-hak mereka (pemimpin).” (Ibnu Taimiyyah, Minhajus Sunnah, 3/392).
    • Mustafa Bin Sareh · Pengulas Tertinggi · University of Ballarat
      mereka sumbat 100 satu bilik jimat, 3,000 penjara cukup, amkan pun ikan kering kecik aja. saya tak tahu budget di charj kerajaan berapa rm. nanati kalau saya jadi MP saya nak tanya, standard makanan di penjara.
    • Zaim Abdul Aziz · Mansoura University
      Boleh rasanya, Polis akan pinjam sekolah2 SBP disekitar selangor dan N.Sembilan.. Pastu sumbat semua peserta bersih kat situ. Pastu paksa nyanyi lagu UMNO sampai dibebaskan..
Rumah MB Kedah disimbah cat merah
Jul 6, 11 7:33pm

Beberapa buah rumah dan kereta pemimpin serta pusat khidmat wakil rakyat PAS termasuk rumah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak disimbah dengan cat dalam beberapa kejadian malam semalam dan awal pagi ini.

Selain itu, sebahagian daripada mereka juga menerima nota ugutan yang dibungkus dengan batu supaya tidak menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur, Sabtu ini.

Dalam kejadian itu, selain rumah Azizan di Sungai Limau, Yan, kereta ahli parlimen Pendang Dr Hayati Othman dan Setiausaha PAS Kawasan Alor Setar Adnan Saad disimbah dengan cat merah manakala rumah yang terlibat adalah milik Ketua Penerangan PAS Kuala Kedah Ridzuan Abu Bakar dan Anggota Jawatankuasa (AJK) Pemuda PAS Kuala Kedah Mohd Radi Said.

Turut disimbah cat merah adalah Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri Kubang Rotan Mohd Nasir Mustafa.

Azizan berkata laporan polis telah dibuat berkaitan kejadian-kejadian itu dan berharap polis dapat melakukan siasatan segera.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai tindakan budak-budak nakal yang cuba menimbulkan kontroversi.

"Polis dah pergi tengok. Biarkan polis menjalan tugas mereka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Alor Setar, hari ini.

- Bernama

BERSIH mahu berhimpun di Stadium Merdeka
Abdul Rahim Sabri
Jul 6, 11
12:10pm

Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga mengumumkan bahawa pihaknya akan berhimpun di Stadium Merdeka pada 9 Julai ini mulai jam 2 hingga 4 petang.

NONE

"BERSIH 2.0 bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana jua pihak bagi memastikan perhimpunan ini berjalan dengan aman dan lancar," katanya pada sidang media di ibu negara pagi ini.

Sehubungan itu, Ambiga juga menuntut pihak berkuasa menghentikan segala hambatan dan tekanan pihak berkuasa ke atas penyokong sejak minggu lalu dan berterusan sehingga hari ini.

Tidak kurang 100 orang termasuk wakil rakyat dari Pakatan ditangkap dan ditahan kerana memiliki dan memakai baju BERSIH. Malah ada juga yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat kerana didakwa terbabit dengan gejala subversif.

NONEAmbiga juga mahu semua yang ditahan itu dibebaskan pada kadar serta merta.

Bekas presiden Majlis Peguam itu juga berkata pihaknya telah mempersembahkan kenyataan dan pendirian mereka dalam pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong Tuan Mizan Zainal Abidin semalam.

Kenyataan dan pendirian tersebut adalah :

  • BERSIH 2.0 menerima tawaran kerajaan untuk mengadakan rapat umum di stadium. BERSIH 2.0 berharap polis memberi kerjasama untuk memastikan perhimpunan berjalan lancar. Wakil BERSIH 2.0 tidak melebihi 10 orang akan menyerahkan satu memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

  • Kerajaan mesti menunjukkan 'niat baik' (good faith) dengan membebaskan semua yang telah ditahan termasuk individu-individu yang ditahan di bawah Ordinan Darurat dan memberhentikan tekanan, gangguan serta halangan kepada penyokong BERSIH 2.0
  • Menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk pembaikan sistem dan proses pilihan raya.

Dalam kenyataan yang dibacanya, Ambiga turut mengulas mengenai tuntutan pihaknya berhubung penubuhan suruhanjaya diraja bagi mengkaji tuntutan BERSIH yang mendesak pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara ini.tersebut.

azlanKatanya suruhanjaya itu ditubuhkan untuk mengkaji secara menyeluruh kelemahan-kelemahan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan mencadangkan penambahbaikan kepada sistem dan proses pilihan raya yang sedia ada.

"Suruhanjaya ini hendaklah dianggotai mereka yang berkaliber dan mewakili semua pihak yang berkepentingan," katanya.

Selain lapan tuntutan utama BERSIH, Ambiga yang juga seorang peguam mendesak agar keenam-enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) mesti dibebaskan serta-merta atau di hadapkan ke mahkamah.

"Pendakwaan terhadap mereka yang ada kaitan dengan BERSIH 2.0 (perlu) ditarik balik atau digugurkan," katanya sambil menuntut mereka yang masih ditahan, hendaklah dibebaskan tanpa syarat.

NONEAmbiga juga berharap semua gangguan, ugutan, tuduhan dan fitnah terhadap penyokong BERSIH 2.0 dihentikan.

"Ini bermakna rakyat dibenarkan memakai baju kuning.

"Usaha-usaha menjayakan perhimpunan BERSIH 2.0 di stadium tidak dihalang," katanya.

Sehubungan itu, pihaknya sedang berusaha untuk menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung perkara ini.

Mengulas lanjut, Ambiga berkata pihaknya telah menghantar surat untuk berjumpa Najib dan berharap dapat bertemu "secepat mungkin".

"Kami berharap (dapat bertemu beliau) hari ini," katanya.

Ditanya sama ada pihaknya akan memohon permit polis bagi mengadakan perhimpunan tersebut, Ambiga berkata:

stadium merdeka 041208 02"Mengenai (perhimpunan) di Stadium Merdeka, kami akan cuba untuk mendapatkannya. Kami belum memperolehinya lagi.

Ditanya sama ada pihaknya memerlukan permit, Ambiga berpendapat apabila kerajaan berkata perhimpunan itu boleh diadakan di Stadium, maka apakah perlu lagi permit.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pihaknya akan bekerjasama dengan pihak polis khususnya berkaitan dengan perjalanan trafik pada hari perhimpunan tersebut.

Berikutan itu, Ambiga menegaskan pihaknya menyediakan kira-kira 5,000 pengawal untuk menjaga keselamatan pada perhimpunan tersebut.

Bahkan, pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menjaga keamanan dan ketenteraman awam pada hari tersebut.

NONE"Saya percaya, sekiranya mereka (polis) bekerjasama dengan kami, kita akan merasai keseronokan perhimpunan aman ini," katanya.

Katanya, beliau menjangka ramai penyokong BERSIH akan menghadiri perhimpunan di stadium berkenaan yang menurutnya, boleh menampung kira-kira 50,000 orang.

Beliau juga menjemput semua pihak khususnya Pemuda Umno untuk menyertai perhimpunan tersebut, ekoran kesediaan pergerakan itu berbincang berkaitan pembaharuan sistem pilihan raya.

Ambiga juga turut mengalu-alukan penyertaaan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) sekiranya mereka menyokong tuntutan gabungan itu.

Ditanya bagaimana pihaknya akan menyerahkan memorandum tersebut, Ambiga berkata beliau bersama jawatankuasa Pemandu BERSIH, yang menurutnya tidak melebihi 10 orang, akan ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum tersebut.



Stadium Merdeka tolak tempahan BERSIH
Jul 6, 11 3:28pm

Pihak pengurusan Stadium Merdeka telah menolak lokasi itu dijadikan tempat himpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada Sabtu ini.

Menurut kenyataan di Facebook BERSIH 2.0, pegawai tempahan memberikan beberapa 'alasan' untuk menolak tempahan itu.

NONE“Antara alasan yang tidak jelas yang dibekalkan oleh pegawai itu adalah 'majlis pengurusan sukan dalaman' dan 'kerja-kerja ubahsuai'.

“(Ini) di sebalik kenyataan ada rancangan bagi mengadakan 'Konsert Raksaksa 2' pada 9 Julai di Stadium Merdeka,” petik kenyataan itu.

Konsert Raksaksa 2, memaparkan legenda tempatan seperti Sweet Charity dan Blues Gang, bagaimanapun telah ditunda sehingga 1 Oktober kerana faktor keselamatan.Sementara itu, Bernama melaporkan pihak yang mahu menggunakan stadium kelolaan Perbadanan Stadium Malaysia untuk sebarang acara perlu mengikut prosedur sedia ada termasuk membuat tempahan terlebih dahulu, kata wakil perbadanan itu hari ini.

Katanya, mereka juga perlu membayar ganti rugi jika berlaku sebarang kerosakan pada peralatan atau harta benda stadium.

NONEDiminta mengulas mengenai hasrat satu kumpulan untuk menganjurkan perhimpunan di Stadium Merdeka pada Sabtu ini, wakil itu berkata buat masa ini, belum ada keputusan rasmi sama ada kumpulan itu diberi permit untuk mengadakan perhimpunan berkenaan.

"Kami juga sedang menunggu keputusan Kabinet (mengenai perkara itu)," katanya.

Wakil itu berkata bahawa secara peribadi, beliau berharap penganjur perhimpunan itu akan memilih venue lain kerana bimbang akan berlaku vandalisme pada harta benda stadium.

Pengerusi penganjur perhimpunan itu, Datuk S Ambiga, dilaporkan berkata perhimpunan itu akan diadakan di Stadium Merdeka dari 2 hingga 4 petang Sabtu ini.

BERSIH disyor berhimpun di stadium negeri Pakatan
Jul 6, 11 8:08pm

Kabinet tidak meluluskan permohonan BERSIH untuk menganjurkan perhimpunan di Stadium Merdeka dan Stadium Negara, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Utusan memetik kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim sebagai berkata ia kerana BERSIH bukan pertubuhan yang sah.

Sementara itu, Bernama pula melaporkan Rais mengesyorkan agar penganjur perhimpunan Sabtu ini mengadakannya di stadium-stadium di negeri yang ditadbir oleh parti pembangkang.

"Oleh kerana mereka menguasai beberapa negeri dan lantaran gerak kerja politik mereka di Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Selangor, pilihlah tempat di negeri-negeri mereka. Negeri-negeri di mana kerajaan Barisan Nasional berkuasa dan mentadbir perlu menjadi pilihan kedua," katanya kepada pemberita selepas
mempengerusikan mesyuarat Briged Komunikasi di pejabatnya di sini hari ini.

Rais berkata memandangkan BERSIH yang menganjurkan perhimpunan itu bukan sebuah badan yang sah daripada segi undang-undang, maka permohonan mereka untuk menggunakan stadium di sini seperti Stadium Merdeka, Stadium Negara dan Stadium Nasional Bukit Jalil tidak dapat dipertimbangkan.

"Oleh itu, perlu bagi kumpulan itu diwakili oleh individu ataupun badan bukan kerajaan yang sah di sisi undang-undang untuk membuat permohonan bagi mengadakan perhimpunan itu bagi pihak Bersih," katanya.

Rais juga berkata pandangan masyarakat yang berdasarkan ribuan laporan polis yang menentang cadangan perhimpunan Bersih 2.0 juga perlu diberi pertimbangan secara setimpal oleh pihak berkuasa.

Malah, katanya, tindakan pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara semalam adalah satu pertemuan ikhlas yang diperkenankan oleh Seri Paduka baginda.

"Tetapi nampak oleh kita bahawa hasilnya dimanipulasi dan hasil manipulasi mereka ini adalah politik yang tidak bercorak sihat dan tidak baik untuk Malaysia," kata Rais.
Polis: BERSIH tidak penuhi kriteria untuk permit
Kuek Ser Kuang Keng
Jul 6, 11
6:32pm

Pihak polis mahu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) memohon mendapatkan permit bagi perhimpunan yang dijadualkan pada Sabtu ini, tetapi mengakui pertubuhan itu tidak layak berbuat demikian.

NONETimbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar hari ini mengadakan sidang akhbar bagi menasihatkan BERSIH 2.0 supaya memohon permit.

"Setakat ini, tiada permohonan bagi mengadakan perhimpunan di stadium,” kata Khalid pada sidang akhbar di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur, petang ini.

"Saya cadangkan (mereka) memohon permit dengan segera. Kita akan memprosesnya secepat mungkin.”

Apabila wartawan mengingatkan Khalid bahawa BERSIH 2.0 telah diisytiharkan sebagai sebuah pertubuhan haram oleh Kementerian Dalam Negeri dan tidak mungkin layak mendapatkan permit, Khalid hanya mengangguk.

Ditanya wartawan berdasarkan status BERSIH yang dianggap haram oleh kerajaan, sama ada polis akan menolak permohonan itu jika ia dibuat, Khalid enggan menjawab secara langsung.

NONEApabila wartawan bertanyakan sama ada permohonan di bawah nama pertubuhan berdaftar yang lain boleh dibuat, Khalid menjawab: “Mungkin mereka boleh, saya tak tahu.”

Katanya lagi, jika permit dikeluarkan, peserta perhimpunan juga dilarang memakai atau memiliki apa-apa barangan yang menyokong BERSIH 2.0

"Baju dan apa-apa yang mempunyai logo BERSIH (2.0)... BERSIH (2.0) telah digazetkan sebagai pertubuhan haram. Apa-apa barangan yang berkaitan BERSIH (2.0) dilarang ,” katanya sambil menambah pesalah akan ditangkap.


PERKASA mahu berhimpun, pohon mengadap Agong
Salhan K Ahmad
Jul 6, 11
6:20pm

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) akan meneruskan rancangannya untuk berhimpun pada 9 Julai di satu stadium memandangkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) juga merancang untuk berbuat demikian.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata, pertubuhan itu merancang untuk mengadakan perhimpunan berkenaan sama ada di Stadium Merdeka, Stadium Negara atau di Stadium Titiwangsa.

Sebelum itu, PERKASA akan mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendengar titah dan nasihat Seri Paduka berhubung perhimpunan berkenaan.

NONE"Jangan ambil kira permohonan mereka saja, kita mesti diberi (layanan adil) juga," katanya lagi yang turut berasa terkejut kerana pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan diberi peluang untuk mengadap.

Ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini, Ibrahim berkata surat bagi memohon perkenan mengadap itu telah diserahkan tengahari ini.

"Kalau Tuanku nasihatkan supaya jangan buat perhimpunan kita akan menjunjung duli.

"Tapi kita akan tengok di sebelah sana buat apa," katanya lagi yang sedikit lega kerana BERSIH memutuskan untuk berhimpun di dalam stadium.

perkasa gerak amanTegasnya, PERKASA hanya akan membatalkan perhimpunan sekiranya BERSIH turut berbuat demikian.

Tambahnya, PERKASA juga akan memohon permit bagi perhimpunan berkenaan, seperti juga perhimpunan yang dianjurkannya sebelum ini.

Beliau juga yakin PERKASA akan diberikan permit tetapi tidak bagi BERSIH yang masih diharamkan kerajaan.

Jelasnya, Seksyen 27 Akta Polis menetapkan bahawa permit berkenaan hanya boleh dipohon oleh pertubuhan berdaftar dan juga oleh tiga individu.

Mesti profesional

"Kalau individu mohon untuk organisasi haram, polis tak boleh beri kebenaran.

azlan"Polis mesti profesional... BERSIH haram, jadi kalau polis beri permit, polis juga langgar undang-undang," tegasnya yang juga ingin bertemu dengan perdana menteri berhubung isu sama.

Perhimpunan anjuran PERKASA perlu diadakan bagi mengimbangi gambaran yang bakal ditimbulkan bahawa "orang telah tolak kepemimpinan (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib" melalui kejayaan perhimpunan BERSIH, kata Ibrahim.

Ibrahim juga berkata, beliau akan menjelaskan mengenai tuntutan BERSIH dalam dalam perhimpunan anjurannya.

Mengulas mengenai pelawaan Ambiga supaya PERKASA menyertai perhimpunan BERSIH, Ibrahim berkata beliau hanya akan ikut serta sekira turut menerima tuntutan berkenaan.

"Tapi kenapa sekarang baru jemput?" katanya sambil menambah, PERKASA setakat ini telah mendaftarkan lebih 11,500 orang bagi perhimpunan berkenaan.


  • Tajak Al'banjary · Shah Alam, Malaysia
    Tak de masalah pun PERKASA nak berhimpun...tapi pegi tempat lain ler....
    pegi la mohon mana2 padang sekolah...kalau rasa2 tak ramai...buat kat padang badminton pun oke.
  • Umngok Apco · Pengulas Tertinggi · Ungku Omar Polytechnic
  • HAHAHHA... MACAM BUDAK2 BERAHIM ALI NI... WEIII... POK YEM.. MALULAH SIKIT DGN ANAK2 MUDA.. KAMU TU DAH TUA.. DAH PANGKAT ATOK JER PADA KAMI ANAK2 MUDA NI.. TAPI PELIK SUNGGUH PERANGAI KAMU MCM BUDAK2 KECIK BEREBUT2KAN AIS KRIM.. WAKAKA.

    • APA ORG HENDAK KAMU KAMU HENDAK.. APA ORG DAPAT KAMU PUN NAK DAPAT JUGA... KENAPA SEBELUM NI TAK MINTA MENGADAP AGONG.. BILA ORG LAIN BUAT KAMU CEMBURU PULAK.. BENGONG PUNYA ORG TUA..

Najib: Saya tak kata akan jumpa BERSIH
Leven Woon Zheng Yang
Jul 6, 11
7:31pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata tidak semestinya beliau yang akan bertemu dengan pemimpin BERSIH 2.0 untuk berbincang mengenai perhimpunan di stadium, kerana ada orang lain yang boleh mewakili kerajaan.

NONEKatanya, beliau tidak mengatakan yang beliau akan menemui BERSIH.

Semalam, katanya, beliau berkata kerajaan yang akan menemui
gabungan tersebut.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Klang petang ini, Najib berkata kerajaan tidak bermaksud beliau secara peribadi.

Beliau diminta mengulas cadangan pemimpin BERSIH untuk bertemu dengan beliau berhubung perhimpunan tersebut.

Najib juga berkata beliau masih belum menerima permintaan dari pemimpin BERSIH untuk bertemu dengannya.

Semalam, perdana menteri berkata beliau difahamkan yang BERSIH mahu mengadakan pertemuan dengan kerajaan mengenai perhimpunan di stadium "(dan) kita bersedia untuk bertemu dengan mereka."

Tiada ulasan: