Ahad, 3 Julai 2011

BERAPA LAMA KITA NAK DOUBLE STANDARD DAN TAK BERLAKU ADIL....KUASA BERADA DITANGAN ALLAH....ALLAH BOLEH AMBIL BILA2 MASA...INGAT! KITA MANUSIA......


“Dunia hanyalah tempat persinggahan..akhirat yg akan menentukan...buatlah kebajikan selagi termampu =)”


NAJIB HINA KELANTAN DENGAN RASUAH STADIUM!

memetik berita dari malaysiakini :

Rakyat Kelantan bakal mendapat sebuah stadium baru sekiranya BN berjaya merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Itu janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada rakyat Kelantan yang mahu sebuah stadium baru dibina bagi menggantikan stadium Sultan Muhammad Keempat, yang semakin uzur.

sumber : PM: Stadium baru untuk Kelantan jika PAS tumbang – Malaysiakini

memetik berita dari BERITA HAIRAN online

image

Najib juga dinobat sebagai peminat nombor satu The Red Warriors atas sumbangan yang dilakukan dalam membantu pasukan itu sehingga menjadi antara gergasi bola sepak digeruni dalam persada Liga Malaysia.

Perdana Menteri turut menyumbangkan kira-kira RM2 juta kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi membangunkan bola sepak di negeri ini.

sumber : Berita Harian Online | PM suntik semangat The Red Warriors

hahahahaha…sekali lagi najib dan gerombolan UMNO lupa bahawa rakyat kelantan tidak mudah diperbodohkan..berita hairan pun atok tengok semakin hiran beritanya…atok xnk bercakap panjang..cucu baca la sendiri komen orang ramai mengenai tawaran rasuah najib terhadap kelantan..

image

image

image

image

kebanyakannya duk kutuk najib..atok cari la jugak komen yang sokong najib..tapi, satu habuk pun xde..adakah ini bukti semua rakyat kelantan dan rakyat malaysia sedar bahawa najib adalah KEPALA RASUAH di malaysia? hahahaha…

malangnya dapat Perdana Menteri seperti Najib..paksa rakyat sokong UMNO-BN dengan rasuah..

sebenarnya..apa yang rakyat kelantan nak??

image

rasanya dah terjawab..harap-harap siapa yang tahu email dan facebook naib, tolong sampaikan pesanan abang Haikal Zubir pada Najib..ini adalah permintaan seluruh rakyat kelantan..

malah, tidak keterlaluan untuk atok menerima pandangan seorang penyokong bola sepak kelantan..hihihi

image

walau 200 tahun usia najib..Umno tidak boleh memerintah kelantan..kah..kah..kah..pasti najib gila meroyan kalau tengok gambar dibawah..hihihi

imageimage

image

image

image

rasanya…orang UMNO x sanggup nak bawa bendera UMNO ke stadium..malu woooo..hahahaha

atok rasa..x perlu atok nak jawab..gambar dan komen di atas dah tunjukkan..apa yang perlu dijawab pada najib..

kesimpulannya, Najib bukan peminat nombor 1 RED WARRIOR sebab dia tertengok gelagat penyokong red warrior..mungkin najib sorang je penyokong red warrior yang tidak sokong PAS..hahahahaha

jadi, BERITA HAIRAN adalah menipu..x caya, baca balik petikan berita hairan diatas..kih..kih..kih..

malah, gelaran stadium “rukas” juga adalah satu penghinaan kepada rakyat kelantan

image

jom pakat LIKES PAGE Kami Tidak Rela Menukar Negeri Kami Dengan Stadium Bola Sepak - Wall | Facebook

image

SEMOGA ALLAH PANJANGKAN USIA TUANKU SULTAN KELANTAN dan TUAN GURU NIK AZIZ


SUMBER http://petuakitasemua.blogspot.com/2011/07/najib-hina-kelantan-dengan-rasuah.html#ixzz1R1N111lX


Sabtu, 2 Julai 2011

SUMPAHAN TANJUNG PAGAR..


Mereka yang terlibat menyerahkan tanah KTM di Singapura akan dikenang sampai bila-bila. Mereka akan kekal berada dalam lipatan sejarah.

Kalau Sultan Hussien of Kampong Glam dikenang sebagai orang yang menyerahkan Temasek kepada Stamford Raffles, nama mereka yang terlibat menyerahkan tanah KTM di Singapura sebaris dengan Sultan Hussien of Kampong Glam.

Kalau nama Sultan Hussien of Kampong Glam dikutuk sampai bila-bila, nama mereka yang terlibat menyerahkan tanah KTM di Singapura pun akan dikutuk sampai bila-bila.

Nilai sebenar tanah KTM di Singapura menurut anggaran pada tahun 1995 ialah RM1.5 trillion. Bagi yang gagal matematik ketika UPSR (atau Penilaian Darjah Lima), RM1.5 trilion bermaksud RM1,500,000,000,000.00.

Itu adalah penilaian pada tahun 1995. Pada tahun 2011, nilainya bertambah berkali-kali ganda lagi. Pada tahun 2015, nilai tanah itu boleh mencecah RM3 trillion. Jumlah RM3 trillion itu kalau dibelanjakan untuk bajet tahunan negeri Kelantan, 7,500 tahun baru boleh habis. Apa yang Malaysia dapat sebagai imbuhan ialah tanah sekangkang kera di pinggiran pantai yang nilainya tidak seberapa.

Bandingan dengan bajet tahunan negeri Kelantan ialah RM400 juta. Bagi forumer yang gagal matematik ketika UPSR (atau Penilaian Darjah Lima), RM400 juta bermaksud RM400,000,000.00.

Tanah KTM sudah terlepas ke tangan Singapura. Persoalan yang timbul ialah, oleh kerana nilai tanah itu sangat mahal, siapakah yang mendapat komisyen dari GOS dan berapa banyak?



Haram Bersih: Hishammuddin salah guna kuasa
Afiq Hizami

KUALA LUMPUR, 3 Julai: Pengharaman himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini oleh Menteri Dalam Negeri iaitu Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendapat kutukan keras daripada peguam Hak Asasi Manusia.

Menurut salah seorang daripada peguam Hak Asasi Manusia, N Surendran dalam kenyataan medianya mempersoalkan bagaimana sebuah pergerakan perhimpunan aman dengan matlamat demokrasi yang murni untuk menuntut pilihan raya yang adil boleh menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

"Kami mengutuk keras tindakan Menteri Dalam Negeri yang mengisytiharkan Bersih sebagai pertubuhan haram di bawah seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966," Katanya lagi.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat mendakwa arahan yang dibuat Hishammuddin adalah tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan Seksyen 5 Akta Pertubuhan adalah bercanggah dengan Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan berpersatuan untuk rakyat.

N Surendran percaya Hishammuddin turut menyalahgunakan kuasanya di dalam mengeluarkan perintah tersebut memandangkan tindakan tersebut bermotifkan politik dan berhasrat mengekang kritikan terhadap Kerajaan Barisan Nasional.

Justeru itu, beliau menggesa perintah tersebut dibatalkan dan semua yang ditahan berkaitan dengan Bersih dibebaskan serta-merta.


Darurat: Anwar gesa bebas semua tahanan

Harakahdaily

PETALING JAYA, 3 Julai: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam penahanan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj bersama lima yang lain di bawah Seksyen 3(1) dan Seksyen 4(1) Ordinan Darurat.

Selain Ahli Parlimen Sungai Siput, turut ditahan adalah M Saraswathy, Choo Chon Kai, M Sukumaran, A Letchumanan dan Sarat Babu.

Anwar berkata, peruntukan tersebut membolehkan pihak berkuasa menahan individu terbabit selama 60 hari tanpa bicara.

“Sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Malaysia, saya menegaskan penahanan Dr Michael Jeyakumar di bawah Ordinan Darurat merupakan suatu penghinaan terhadap amalan Demokrasi dan Institusi Parlimen negara ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Katanya, Jeyakumar selaku Ahli Parlimen yang dipilih berhak menyuarakan hasrat rakyat yang mahukan pilihanraya yang bersih dan adil.

Beliau menambah, beberapa hari ini pihak pemerintah cuba memintal fitnah dengan mengaitkan tuntutan pilihanraya yang bersih dan adil dengan gerakan subversif sedangkan sudah beberapa kali Sekretariat Bersih menegaskan perhimpunan yang bakal diadakan pada 9 Julai ini merupakan perhimpunan aman.

Malah, ujarnya Sekretariat Bersih sedaya upaya berbincang dengan pemerintah agar tuntutan berkaitan pilihanraya dapat dilaksanakan akan tetapi gesaan dan tuntutan itu ditolak dengan penuh keangkuhan.

Beliau yang juga ahli Parlimen PermatangPauh berkata, sewajarnya pemerintah tidak perlu gentar dengan tuntutan yang berharap membawa kebaikan buat rakyat dan negara Malaysia.

“Saya menggesa pemerintah dengan segera membebaskan semua yang ditahan kerana dituduh terlibat dengan Bersih termasuk Dr Jeyakumar Devaraj dan lima yang lain.

“Saya juga menuntut pemerintah menghormati dan mematuhi prinsip Kedaulatan Undang-Undang serta Perlembagaan sepertimana yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya.


Bersih 2.0: Ali Rustam jangan jadi batu api
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 3 Julai: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bersikap adil dan tidak sewenang-wenangnya menghukum seseorang tanpa bersikap bias.

Beliau juga perlu memainkan peranan sebagai pemimpin Umno dan juga sebagai Presiden Pesaka agar tidak menjadi batu api dengan menjadikan pihak-pihak tertentu sebagai alat bagi mencetuskan permusuhan.

Ketua Penerangan Pemuda PAS negeri, Muhamad Aizat Bahrudin menyatakan demikian sebagai merujuk kepada Mohd Ali yang mahukan kerajaan Persekutuan melucutkan kewarganegaraan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga.

Katanya, kenyataan Ali di dalam akhbar Utusan Malaysia semalam yang mengatakan Ambiga bertanggungjawab atas kesalahan akan berlaku huru hara jika Bersih 2.0 diadakan juga suatu yang tidak adil.

Sedangkan, ujarnya acap kali dimaklumkan tentang jaminan oleh sekreteriat Bersih 2.0 bahawa himpunan itu adalah perhimpunan aman, tidak membawa senjata dan sekadar mahu menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Ianya bukan mahu menentang kerajaan seperti yang dikatakan Ali Rustam tetapi bertujuan menuntut hak rakyat melalui 8 tuntutan bagi pilihanraya yang lebih baik pada masa akan datang,” katanya kepada Harakahdaily.

Tambahnya, Ali Rustam tidak wajar meletakkan hukuman awal pada Ambiga sedangkan himpunan tersebut masih belum berlangsung.

Katanya, kenyataan tersebut seolah-olah terus menghukum Ambiga sebagai pencetus huru-hara dan perlu dilucutkan kerakyatan.

Persoalannya, kata beliau mengapa Mohd Ali tidak menyalahkan Pemuda Umno dan Perkasa yang juga turun berhimpun pada 9 Julai nanti.

“Mengapa pula tidak menyalahkan Khairy Jamaludin dan Datuk Ibrahim Ali sekali sebagai pencetus huru-hara sedangkan mereka juga berhimpun pada hari yang sama dan waktu yang sama, walaupun tuntutan mereka berlawanan dengan Bersih,” ujarnya.

Tangkapan: Rakyat sedar hanya rekaan BN

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 3 Julai: Kerajaan BN dicabar membenarkan wakil Bersih dan parti-parti politik Pakatan Rakyat muncul di televisyen selama satu jam bagi menjawab tohmahan kerajaan terhadap himpunan aman yang akan diadakan 9 Julai ini.

Sudah beberapa minggu mereka menghentam himpunan Bersih tanpa diberi ruang kepada Bersih untuk memberikan penjelasan.

Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Nasaie Ismail berkata, sepatutnya peluang diberikan kepada Bersih supaya rakyat dapat menilai kebenaran yang sebenarnya.

Menurut beliau, daripada memainkan isu Ambiga, komunis, pengganas, mengharamkan pemakaian baju kuning Bersih, menggunakan platform khutbah Jumaat, menghalang ceramah-ceramah Pakatan Rakyat, satu peluang pun tidak diberikan oleh kerajaan untuk Bersih dan Pakatan Rakyat menjawabnya.

Katanya, begitu juga dengan pihak polis, disarankan mereka juga diberi ruang satu jam, Bersih satu jam dan kerajaan satu jam untuk menjelaskan tentang himpunan itu.

"Begitu juga dengan khutbah Jumaat yang jelas berbohong apabila menyebut 'Bersih akan mengadakan huru hara, merosakkan harta benda awam dan akan mencederakan pihak polis' yang jelas satu fitnah menggunakan platform agama, tetapi tiada ruang diberikan kepada Bersih untuk menjawabnya," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, ini kerana tuduhan, tohmahan yang BN wujudkan dilihat bahan kelakar oleh rakyat kerana ia jelas direka-reka.

"Mana mungkin sekumpulan aktivis Bersih yang pada awalnya dituduh golongan liberalis, pro-murtad, tiba-tiba ditangkap bersama baju bergambar Abdullah CD, Rasyid Maidin, Ching Peng, Samsiah Fakeh yang beraliran Komunis mahupun sosialis yang jelas bertentangan dengan kelompok liberalis," ujarnya.

Oleh itu, katanya, BN mesti sedar risiko mereka dibenci rakyat semakin membuak-buak.

"PAS Wilayah Persekutuan melihat perkembangan positif di kalangan ahli-ahli yang semakin ramai akan turun pada himpunan 9 Julai ini sebagaimana diarahkan oleh pimpinan utama," katanya.


Tangkapan Bersih merebak ke Sabah
Altawawi

KOTA KINABALU, 2 Julai: Penangkapan 2 orang aktivis Pemuda PAS Sabah bersama 5 yang lain membuktikan gelombang Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai nanti sudah sampai ke Sabah, kata ketua pemuda, Lahirul Latigu.

“Beliau menegaskan bahawa penangkapan 7 orang tersebut adalah tidak mengikut lunas undang-undang sebaliknya dipengaruhi oleh sentimen politik yang takutkan kebangkitan rakyat di Sabah.

"Kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak polis yang bertindak menahan mereka tanpa sebarang apa-apa kesalahan jenayah," tegas Lahirul.

Kejadian yang berlaku sekitar pukul 10 pagi tersebut berlaku di Restoran Sempelang ketika mereka sedang menikmati sarapan pagi.

Zaiem Al-Hilmee dan Mohd Adnan merupakan 2 orang aktivis Pemuda PAS yang ditahan bersama 5 orang aktivis AMK.

Menurut Zaiem, ketika mereka sedang menikmati sarapan pagi tiba-tiba sekumpulan hampir 40 orang anggota polis IPD Karamunsing dan Cawangan Khas Kepayan mengepung restoran tersebut.

Tanpa sebarang keterangan mengapa mereka ditangkap, Zaiem dan yang lain terus dibawa ke Balai Polis Karamunsing hanya kerana ada sebahagian mereka yang berpakaian kuning.

“Sungguh mengejutkan kerana bilangan polis yang begitu ramai ketika membuat tangkapan sedangkan kami hanya seramai 7 orang sahaja.

“Saya tidak berpakaian Bersih malah berbaju putih berjaket hitam ketika ditahan dan hanya seorang sahaja yang memakai baju Bersih 2.0," kata Zaiem.

Ketujuh-tujuh aktivis yang ditangkap tersebut ditahan dan disoal siasat selama 9 jam di IPD Karamunsing sehingga diikat jamin oleh barisan peguam Pakatan Rakyat Sabah sekitar jam 7 petang tadi dan diminta melapor diri semula pada 9 Julai nanti.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Mohd Julfikar pula berkata, penangkapan itu tidak akan menakutkan rakyat Sabah malah menaikkan lagi semangat mereka untuk menuntut hak sepatutnya.

Turut hadir ke IPD Karamunsing mengikuti perkembangan penangkapan tersebut iaitu Ketua Pemuda PAS Sabah Lahirul Latigu, Ahli Pimpinan PKR Negeri Hj Ansari Abdullah, Ketua AMK Jefri dan beberapa lagi aktivis Pemuda PAS dan AMK.


Selangor lulus RM9.7 juta baik pulih rumah rakyat
Ismail Hashim

SHAH ALAM, 2 Julai: Kerajaan Negeri Selangor meluluskan sejumlah wang sebanyak RM9.7 juta untuk tujuan membantu baikpulih kediaman rakyat bagi memenuhi tuntutan Negeri Berkebajikan.

Skim Bantuan Baikpulih Negeri Berkebajikan diwujudkan khusus untuk membaikpulih kerosakan harta bersama di pangsapuri kos rendah seperti lif, bumbung, tangki air dan pembentung.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Ir Iskandar Abdul Samad, dari jumlah itu, sebanyak RM2 juta telah dikeluarkan kepada 18 projek perintis.

Jelasnya, baki RM7.7 juta lagi akan diagihkan kepada lebih 60 pangsapuri lagi mengikut keutamaan dan kelayakan.

Majlis Taklimat Skim Bantuan Baikpulih Negeri Berkebajikan Negeri Selangor diadakan di Bangunan Annex hari ini dengan kehadiran pihak pengurusan pangsapuri seluruh negeri.

Turut berucap adalah Ketua Pengarah Eksekutof Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, Datin Paduka Alinah Ahmad dan Pegawai Kanan Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP).

Di dalam ucapannya, Iskandar yang juga Adun PAS – Chempaka berkata, konsep Negeri Berkebajikan adalah berbeza dengan Welfare State.

Ini kerana, jelasnya, Negeri Berkebajikan memberikan joran kepada rakyat untuk berusaha dan bukannya memberikan ikan seperti amalan Welfare State.

Katanya, kaedah yang digunakan bagi pelaksanaan skim bantuan ini adalah berasaskan konsep perkongsian kos antara Kerajaan Negeri 80 peratus dan Pengurusan Bangunan 20 peratus.

“Objektif utama skim ini adalah untuk mendukung dasar Negeri Berkebajikan dan Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) malah dengan skim ini dapat memperhebatkan lagi MES yang berfalsafahkan Hasil Negeri Untuk Rakyat.

“Skim ini akan dapat memangkin pembangunan komuniti miskin bandar dengan baikpulih fizikal di kawasan pangsapuri kos rendah ini turut menyumbang kepada pembangunan sosial lebih berkualiti dan berdaya maju.

“Selain itu, skim ini juga berusaha memastikan keselamatan dan menghindarkan rakyat daripada dibelenggu kesulitan lif dan bumbung,” tegasnya.

Skim ini, jelasnya, berupaya membina masyarakat yang mempunyai keprihatinan sosial dan persekitaran tempat kediaman dengan memobilasi mereka agar bekerjasama dalam banyak perkara termasuk mengumpul dana.

Iskandar berkata, sebanyak 69 kawasan pangsapuri telah ditawarkan skim ini, 31 permohonan diterima setakat 15 Jun 2011 dan 18 pangsapuri kos rendah telah diputuskan pada 20 Jun lalu untuk menerima skim perintis ini.


Anak Exco ditikam: Siasat juga dari sudut politik
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 2 Julai: Pihak polis digesa menyiasat dari segala sudut di dalam kejadian serangan ke atas anak Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Iskandar Abdul Samad di Pulau Pinang awal pagi Rabu lalu.

Anak Iskandar, seorang pelajar semester kedua sebuah IPTA telah ditumbuk, disepak dan ditikam bertubi-tubi di sebuah pangsapuri di Seberang Jaya yang disewanya bersama 2 orang pelajar lain.

Menurut Iskandar, pada lebih kurang jam 3 pagi, lima orang lelaki berjaya memasuki pangsapuri itu setelah mengaku diri mereka anggota Polis.

Katanya, setelah dibenarkan masuk, mereka telah menggari 2 orang rakan anak beliau dan terus menyerang dan menikam anaknya.

"Selepas mencederakan beliau, mereka telah membawa lari komputer riba, telefon bimbit dan dompetnya," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Pada pendapat beliau, menurutnya, kejadian itu bukan kes rompakan biasa kerana ia boleh didasarkan kepada tiga sebab.

"Pertama, mereka datang ke pangsapuri itu bertujuan untuk mencari anak saya dengan memanggil nama penuhnya.

"Kedua, mereka hanya menyerang anak saya dan tidak rakan-rakannya.

"Ketiga, mereka hanya membawa lari barang-barang anak saya dan tidak rakan-rakannya," katanya.

Beliau yang juga Adun Chempaka mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang sedang menjalankan siasatan.

"Saya amat menghargai akan kerjasama pihak polis yang memaklumkan kepada saya status penyiasatan yang sedang berjalan," ujarnya.

Walau bagaimanapun, beliau berharap pihak polis akan menyiasat dari semua sudut termasuk sudut politik.

"Lebih-lebih lagi kita berada di dalam suasana di mana pihak media setiap hari meniup api permusuhan di kalangan rakyat dengan pembohongan bahawa terdapat pihak yang mahu mencetuskan huru hara.

"Mereka juga sentiasa berusaha untuk melaga-lagakan rakyat dengan hasutan-hasutan yang meracuni fikiran mereka," tegasnya.

Walau apa sekalipun motif serangan tersebut, beliau berharap mereka yang bertanggung jawab akan ditahan dan didakwa secepat mungkin demi
keselamatan pelajar-pelajar lain dan masyarakat di Seberang Jaya amnya.

Beliau bersyukur ke hadrat Allah SWT yang telah menyelamatkan anaknya dari kecederaan yang lebih parah.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu anak saya ketika saat yang mencabar ini terutamanya kakitangan institut pengajian tinggi beliau, pihak hospital, pihak polis, rakan-rakan beliau dan orang ramai yang telah sudi membantu," ujar beliau.


ISA: Mohamad Sabu kesal laporan Sinar Harian
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 3 Julai: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menafikan laporan Sinar Harian hari ini bahawa beliau dan pemimpin PAS sedia ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menurutnya yang kesal dengan kenyataan itu berkata, beliau hanya berkata polis ada kuasa menahan siapa sahaja tetapi adalah pelik jika polis menahan orang yang memperjuangkan membebaskan cengkaman ke atas demokrasi.

Sebaliknya, akhbar itu pada muka hadapannya bagi edisi Kelantan melaporkan Mohamad sedia ditahan.

Laporan itu memetik Mohamad sebagai mendakwa jika ditahan di bawah ISA sekalipun, pemimpin PAS tetap akan meneruskan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Mohamad didakwa mengeluarkan kenyataan itu selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Timbalan Presiden Pas dan Kutipan Derma Unit Peti Undi Langgar di Jalan Kubur Maras, semalam.

"Saya kesal dengan laporan Sinar Harian hari ini.

"Saya kata, dahulu ISA diguna ke atas pengganas tetapi kini diguna ke atas mereka yg mahu memperjuangkan demokrasi," katanya kepada Harakahdaily.

Sementara itu, beliau sekali mengulangi pendirian bahawa PAS tetap akan bersama dalam himpunan Bersih 2.0 dan meyokong tuntutan bersih ke arah pilihanraya adil dan telus.

“PAS akan sokong Bersih, setakat ini kita akan teruskannya, PAS tetap sertainya, kerana Bersih 2.0 hanya untuk menuntut keadilan dalam pilihan raya dan bukannya untuk menggugat kestabilan negara," katanya.


Baju 'kuning' banyak di sekolah

Hanafi

Saya rasa terpanggil untuk mengulas tentang penyakit fobia di kalangan menteri-menteri Umno tentang KUNING ini.

Sebagai salah seorang pendidik kepada anak-anak di sekolah, saya cadangkan agar pihak polis turut masuk dan menyerbu semua sekolah-sekolah di Malaysia (termasuk sekolah saya dan di Sabah dan Sarawak) agar merampas baju-baju T-shirt yang dipakai oleh pelajar-pelajar ini khususnya ketika melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani di padang.

Nampaknya mereka tidak mengendahkan arahan kerajaan agar tidak memakai T-shirt berwarna kuning walaupun tiada tulisan Bersih.

Sekiranya sukar, saya cadangkan agar istilah rumah sukan di sekolah (rumah kuning) dimansuhkan diganti dengan warna lain, warna pink contohnya, selaras dengan Puteri Umno supaya budaya 'kuning' tidak menjadi-jadi bermula di bangku sekolah.

Pekeliling tersebut boleh dikeluarkan dengan kadar segera, sebelum 9 Julai 2011 oleh TPM merangkap Menteri Pelajaran, selesai masalah.


Benteng marah rakyat dengan adil, bukan polis
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 3 Julai: PAS mengingatkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa mereka boleh mengarahkan polis untuk menghalang perhimpunan rakyat Bersih 2.0, akan tetapi tindakan mereka tidak akan menghalang rasa tidak puas hati rakyat daripada terus membara dan marak, sehingga ianya boleh mencetus pemberontakan dalaman.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menasihatkan KDN untuk menghayati teguran Khalifah Umar bin Abdul Aziz kepada seorang gabenornya dalam menangani kebangkitan dan kemarahan rakyat sebelum terlambat.

“Sewaktu seorang gabenor memohon peruntukan tambahan kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz bagi membuat benteng bagi menahan pemberontakan rakyat terhadap pemimpin, Umar membalas surat permohonan gabenornya dengan katanya: Bentenglah kemarahan rakyatmu dengan keadilanmu, mendengar rintihannya, melayani aduan mereka; itu lebih teguh benteng daripada kota yang kamu cuba bina.”

"Wahai KDN, ambillah iktibar daripada Umar bin Abdul Aziz sebelum terlambat,” tegur Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya hari ini.

PAS, katanya, juga mengecam tindakan terdesak KDN untuk mengharamkan pertubuhan Bersih 2.0 meskipun ia terhasil daripada 62 gabungan NGO yang sah dan berdaftar 6 hari menjelang perhimpunan Bersih Julai 9 ini.

“Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang telah menyalahgunakan kuasa yang ada dengan bertindak di luar batas undang-undang untuk mengharamkan Bersih 2.0 di bawah seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 kerana ia jelas bercanggah dengan dengan Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan berpersatuan untuk rakyat seperti yang dinyatakan peguam Hak Asasi Manusia, N Surendran,” tambah Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Menurut Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman, Hishamuddin telah mengarahkan pihaknya untuk mengharamkan Bersih 2.0 atas alasan “bergerak aktif dan mencetuskan suasana gelisah dan kebimbangan masyarakat pelbagai kaum negara ini dan menyebarkan propaganda menghasut rakyat bagi menjatuhkan kerajaan persekutuan sekarang” dengan menuntut supaya pilihanraya yang bebas dan adil diadakan.

KDN turut mendakwa bahawa aktiviti-aktiviti Bersih 2.0 “telah memberi kesan buruk kepada imej negara, bahkan boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan negara malahan menjejaskan keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum.”

Tindakan KDN tersebut, pada pandangan PAS adalah semata-mata bertujuan supaya gabungan 62 NGO tersebut boleh dianggap pertubuhan haram bagi membolehkan KDN mengerahkan polis untuk bertindak ke atas pemimpinnya.

“Tindakan ini dilihat langkah awal bagi melakukan tangkapan besar-besaran ke atas para pimpinan NGO yang menyokong Bersih 2.0 termasuk Pakatan Rakyat kononnya mencetuskan suasana gawat dalam negara; walhal jelas di mata orang awam bahawa Umno dan Perkasa merupakan pihak yang mencetuskan kontroversi dalam mengadakan perhimpunan Julai 9 ini,” kata beliau.

PAS, katanya juga melihat tindakan KDN ini seolah-olah cuba mendapatkan keizinan perundangan ke atas tindakan yang bakal dilakukan.

“Menteri Dalam Negeri sewajibnya bertindak dengan lebih profesional melayani kehendak rakyat ke arah sistem pilihanraya yang lebih baik dan adil daripada menumpukan kepada kerja untuk memburukkan Bersih 2.0.

Keyakinan rakyat kepada sistem pilihanraya yang bersih dan adil adalah asas keyakinan dan kesejahteraan negara,” tegas Tuan Ibrahim.

Terdahulunya, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, N Surendran mendakwa arahan yang dibuat Hishammuddin adalah tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan Seksyen 5 Akta Pertubuhan adalah bercanggah dengan Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan berpersatuan untuk rakyat.

N Surendran percaya Hishammuddin turut menyalahgunakan kuasanya di dalam mengeluarkan perintah tersebut memandangkan tindakan tersebut bermotifkan politik dan berhasrat mengekang kritikan terhadap Kerajaan Barisan Nasional.



Tiada ulasan: