Jumaat, 1 Julai 2011

ALFATIHAH...YANG PERGI TETAP...KITA TUNGGU GILIRAN...JADI HIDUP JANGAN BUAT ZALIM DAN MUNGKAR...DALAM KUBUR SUSAH...

Aziz Bari: Sudah tiba masa bagi Agong campurtangan
Hazlan Zakaria
Jul 1, 11
10:56am

Yang di-Pertuan Agong mempunyai tanggungjawab untuk campurtangan demi kepentingan rakyat memandangkan pencabulan hak perlembagaan dalam penganjuran BERSIH 2.0, kata pakar perlembagaan Profesor Abdul Aziz Bari.

NONE"Ini bukan menyertai politik atau memihak tetapi untuk menyelamatkan negara dan perlembagaan,” kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu.

Jelasnya sebagai 'pelindung perlembagaan', Seri Paduka mempunyai tanggungjawab melindunginya, seperti sumpah jawatan yang dilafazkan menurut perlembagaan persekutuan.

Abdul Aziz percaya situasai sekarang adalah peluang bagi Yang di-Pertuan Agong mengembalikan semula sinar kepada institusi monarki, khususnya krisis politik Perak 2009.

"Bagi saya, Seri Paduka sepatutnya menerima sendiri memorandum itu. Tidak ada sebarang peruntukan dalam perlembagaan yang menghalang baginda berbuat demikian. Tidak ada apa-apa yang berbentuk politik atau partisan seperti yang didakwa oleh BN atau polis,” katanya kepada Malaysiakini.

Menurutnya lagi Seri Paduka cuma perlu menerima memo itu dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa sambil menambah rakyat tidak menjangkakan baginda berperanan aktif seperti Raja Bhumipol dari Thailand atau Raja Sepanyol King Juan Carlos.

Ezna Jannah
YDPA tolong lah selamatkan malaysia sebagaimana YDPA selamatkan terengganu drp derih jusoh!

  • Fatin Noradiana · Manager di Petronas
    KESIAN POLIS. KERANA BERSIH SIANG MALAM KENE BERTUGAS. ANAK BINI DI RUMAH TIDAK DI JAGA. YANG MEREKA JAGA IALAH KERAJAAN PERASUAH DAN PERKOSA KATAK. WAHAI POLIS, BALIK LA KE RUMAH MU. JAGA LAH ANAK MU. KAMU TIDAK AKAN DAPAT APA KALAU KAMU TERUS MENGGANGU RAKYAT JELATA.

EON Bank diletak-hak kepada Hong Leong Bank
Jul 1, 11 9:04am

Keseluruhan perniagaan EON Bank Bhd, termasuk semua aset dan liabilitinya, telah dipindahkan kepada Hong Leong Bhd Bank (HLBB) mulai hari ini, menurut perintah letakhak yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi pada 17 Jun, 2011.

Dalam satu kenyataan hari ini, HLBB berkata pelanggan dan sekutu perniagaan boleh mengharapkan perniagaan seperti biasa.

Ia berkata seperti semua penggabungan bank, proses integrasi sepenuhnya akan mengambil masa yang lebih lama memandangkan ia melibatkan proses yang kompleks memindahkan semua sistem teknologi maklumat (IT), proses dan dasar kepada satu platform IT.

"Menteri Kewangan telah membenarkan HLBB untuk terus menggunakan nama 'EON Bank Bhd' sehingga tempoh tertantu.

"Bank Negara Malaysia juga membenarkan kami untuk terus menggunakan instrumen transaksi dan pembayaran yang dikeluarkan EON Bank serta mesin teler automasi, kad kredit dan debit untuk tempoh tertentu mulai tarikh letakhak," demikian menurut kenyataan itu.

Ketua Eksekutif/Pengarah Urusan Kumpulan HLBB Yvonne Chia berkata dengan kelulusan daripada pihak berkuasa, bank boleh melaksanakan peralihan yang sewajarnya dengan lancar kepada jenama Hong Leong Bank.

"Dalam tempoh tertentu itu, kami akan menurunkan secara sistematik penggunaan logo, dokumentasi dan instrumen pembayaran seperti cek, buku akaun simpanan dan kad EON Bank," katanya.

Menurut HLBB, tarikh letakhak bagi EONCAP Islamic Bank Bhd akan diumumkan kemudian.

- Bernama

Bekas PTD Tan Sri Zain Hashim meninggal dunia
Jul 1, 11 9:22am

Bekas Panglima Tentera Darat Jeneral (B) Tan Sri Zain Hashim meninggal dunia di Hospital Selayang pada 3.50 petang semalam akibat sakit tua.

Allahyarham berusia 81 tahun.


Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediamannya di Tropicana Indah, Kota Damansara, disembahyangkan di Masjid Kota Damansara dan akan dikebumikan pukul 10 malam semalam di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Puan Sri Salifah Mohd Esa dan dua anak, iaitu Zubaidah dan Zainul Bahrain.

Allahyarham dilantik sebagai jeneral dan menyandang jawatan Panglima Tentera Darat kelapan dari 20 Jan 1981 sehingga bersara dari perkhidmatan tentera pada 15 Jan 1984.

Zainul Bahrain, 38, berkata bapanya dimasukkan ke Hospital Selayang sejak sebulan lalu serta mula menunjukkan perubahan Jumaat lepas, dan doktor turut mengesahkan kesihatan beliau sukar pulih.

"Cuma semangat juang yang tinggi menyebabkan arwah bertahan sehingga beliau menghembuskan nafas di pangkuan keluarga," katanya ketika ditemui di tanah perkuburan.

Turut hadir memberi penghormatan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Semasa hayatnya, Allahyarham pernah dilantik mengetuai pasukan petugas khas yang dibentuk bagi mencorak semula Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) pada Oktober 2001 oleh Menteri Belia dan Sukan ketika itu, Datuk Hishammuddin Hussein, ekoran prestasi hambar atlet olahraga pada Sukan SEA sebulan sebelum itu.

- Bernama

Tiada ulasan: