Nazri Abdullah & Mohd Nor Yahya |
TEMERLOH, 5 Mac: Dewan Pemuda PAS Pusat berpendapat, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sudah terkena racun sekular apabila cuba mendakwa politik tiada kaitan dengan syurga neraka. Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, kenyataan itu telah memperlihatkan bahawa fahaman sekularisma- 'agama suku politik suku'- yang dibawa Umno BN telah meresap bukan sahaja kepada pemimpin mereka, tetapi juga agamawan termasuk mufti. "Akhiryna mufti sendiri tidak dapat beza kefahaman Islam sebenar sehingga memberi pandangan songsang. "Nabi sendiri berpolitiik dan menjadikan agama sebagai asas berpolitik,"katanya ketika ditemui di markaz induk PAS di sini. Mufti Perak itu sebelum ini mendakwa syurga neraka bukannya ditentukan melalui pemilihan parti politik sebagaimana ditegaskan oleh Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dalam perkembangan sama, PAS Kelantan menyifatkan Harussani masih ingin mengelirukan masyarakat Islam di negara ini. Ketua Penerangan PAS Kelantan Dr.Muhammad Fadzli Hassan berkata PAS tidak pernah mengatakan syurga dan neraka itu hak pemimpin PAS. Namun tambahnya, Islam tidak pernah menyuruh umatnya duduk diam, dan goyang kaki semata-mata untuk menunggu syurga dan neraka. “Jadi, berpolitik itu adalah sebahagian amalan yang boleh dibuat dan memilih pemimpin yang baik adalah dituntut, malah ulama mengatakan menegakkan politik dan hukum Islam dalam sebuah negara adalah antara kebaikan yang paling besar”ujar beliau. Beliau juga tidak menolak kemungkinan Harunssani ditekan oleh pihak tertentu sehingga dia kini cuba mempertikaikan perkara yang sudah jelas kebenarannya. “Inilah akibat kalau sering mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan, semakin terserlahlah kebatilan beliau walaupun cuba menegakkan benang yang basah,” katanya lagi. Menyentuh tindakan Harunssani menuduh PAS bersekongkol dengan bukan Islam sehingga melanggar hukum agama, Fadzli berkata ini adalah satu tuduhan yang berat dan PAS tidak dapat menerima tuduhan ini. “Jelaskan satu persatu hukum hakam yang manakah PAS telah melanggarinya, sila kemukakkan bukti dan jangan membuat kenyataan umum dan kita juga minta beliau menjelaskan pendirian dalam isu kemungkaran yang dilakukan oleh kerajaan BN sekarang ini,”jelasnya. |
Nazri Abdullah | ||||||
TEMERLOH, 5 Mac: Wang skim bantuan tanam semula getah (SES) yang berjumlah RM13,000 adalah hak peneroka tanpa perlu diletakkan sebarang syarat. Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, tindakan Perdana Menteri yang meletakkan syarat bahawa peneroka perlu membayar balik RM650 sebulan selama 20 tahun skim tersebut adalah tidak adil. Wang itu kata Mazlan seharusnya diberikan kepada peneroka, tanpa perlu menuntut sebarang bayaran balik kerana ianya sememangnya hak mereka. "Anak menyokong ketegasan peneroka dalam isu wang SES sebanyak RM13000 yang kononnya mahu dibayar Isnin ini. "Oleh kerana wang itu wang peneroka, peneroka boleh mengambilnya tanpa syarat. "Ertinya, ambil RM13000 tapi tak perlu bayar balik RM650 selama 20 tahun," katanya. Tambahnya lagi, peneroka jangan sesekali menandatangani apa-apa perjanjian berkaitan pembayaran semula wang tersebut. Mengulas pengumuman Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan bahawa wang itu akan dibayar Isnin ini, Mazlan menyifatkan ianya hanya satu umpan pilihan raya. "Ini adalah jerat yang sedang dipasang dan satu umpan yang sangat bahaya. Kenapa tidak dibayar sebelum hari mengundi?,"soalnya. Sehubungan itu katanya, Anak mendesak pengurusan Felda menghentikan tindakan mengugut, menipu dan menyogok peneroka. Selain itu beliau turut kesal apabila pejabat Felda di Jengka 22,23, dan 25 juga dijadikan sebahagian pejabat pilihan raya BN. Dalam pada itu beliau turut mendedahkan kewujudan 200 petugas khas yang diberi elaun RM2,000 oleh BN untuk memujuk peneroka. Katanya, petugas tersebut menyamar sebagai seorang baik dengan memakai kopiah seperti orang PAS dan sering menyusup masuk ke dalam Markaz PAS dan PKR. "Anak mengingatkan Datuk Ahmad Maslan, jangan membazirkan wang rakyat untuk kegiatan yang tidak bermaruah ini," katanya sambil memberitahu tidak teragak-agak melaporkan kepada SPRM.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan