DUNIA
Hosni rela mati di Mesir
|
|
KAHERAH – Presiden Mesir, Hosni Mubarak menegaskan bahawa beliau sanggup mati di tanah air sendiri daripada hidup dalam buangan di luar negara.
Dalam ucapannya yang disiarkan televisyen Mesir kelmarin ketika lebih sejuta penunjuk perasaan berkumpul di sini, Hosni turut menyatakan bahawa beliau akan berundur hanya apabila penggalnya tamat pada September depan.
Kedegilannya itu mencetuskan kemarahan para penunjuk perasaan yang menuntut beliau berundur sekarang sekali gus menamatkan pemerintahan kuku besinya selama 30 tahun di Mesir.
Menurut presiden berusia 82 tahun itu, beliau tidak akan bertanding untuk penggal kedua apabila penggalnya tamat pada September depan.
“Saya akan terus bekerja sepanjang baki penggal saya untuk memastikan pertukaran kuasa berlaku secara aman,” katanya.
Kepada para penunjuk perasaan yang mahu beliau meninggalkan Mesir, Hosni memberitahu: “Ini adalah negara saya dan saya akan mati di sini.”
Ucapan selama 10 minit itu dibuat semasa lebih sejuta orang berhimpun di Kaherah, Iskandariah dan Suez bagi menuntut peletakan jawatannya.
Beliau didesak berundur selepas para penentangnya mendapat ilham daripada peristiwa penyingkiran Zine El Abidine Ben Ali sebagai Presiden Tunisia oleh rakyatnya pada bulan lalu ekoran dakwaan korup dan masalah pengangguran tinggi.
Sejak Hosni memerintah, tiada perubahan besar yang dilakukannya bagi membaiki taraf hidup rakyat yang dihantui dengan kadar pengangguran tinggi.
Sektor pelancongan merupakan sumber utama pendapatan Mesir dengan mewakili lebih 11 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar.
Pada 2009, kira-kira 12.5 juta pelancong melawat Mesir dengan membawa pendapatan kepada negara itu sebanyak AS$10.8 bilion (RM32.15 bilion).
– Agensi
Hosni tidak mahu tunduk
PULUHAN ribu penunjuk perasaan anti kerajaan berarak di Iskandariah, semalam.
KAHERAH: Presiden Hosni Mubarak tidak mengendahkan desakan lebih suku juta penduduk Mesir supaya beliau meletak jawatan serta-merta.
Beliau sebaliknya mengumumkan akan terus berkhidmat sehingga tempoh jawatannya berakhir September ini dan akan ‘mati di bumi Mesir.’ Hosni turut berjanji untuk tidak bertanding semula. Bagaimanapun, ikrarnya itu gagal meredakan kemarahan rakyat Mesir sementara pertempuran meletus antara penyokong dan penentangnya.
Penunjuk perasaan bertegas menyatakan mereka tidak akan mengakhiri bantahan mereka yang sudah berlarutan selama seminggu kecuali Hosni yang sudah memerintah sejak 30 tahun lalu, meletak jawatan.
Tawaran pemimpin Mesir itu untuk terus berkhidmat selama tujuh bulan lagi, mengancam meningkatkan kekecewaan dan kemarahan di kalangan penunjuk perasaan.
Di Iskandariah, pertempuran meletus antara beratus-ratus penunjuk perasaan dengan penyokong kerajaan tidak lama selepas Hosni berucap.
Penunjuk perasaan melontar batu ke arah penyokong kerajaan yang bersenjatakan pisau dan kayu sehingga tentera melepaskan tembakan ke udara untuk menghentikan kekacauan itu, kata seorang wartawan tempatan, Hossam el-Wakil.
Sementara itu, ucapan Hosni dicemuh oleh penunjuk perasaan di Medan Tahrir yang menonton siasaran secara langsung menerusi sebuah televisyen besar.
Dalam ucapan selama 10 minit itu, Hosni, 82, keliharan muram tetapi bercakap dengan nada tegas tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda akan tunduk.
Beliau menegaskan, walaupun jika tunjuk perasaan itu tidak berlaku, beliau tidak akan bertanding untuk mempertahankan jawatan presiden bagi penggal keenam pada September ini.
Hosni berkata, beliau akan terus berkhidmat sehingga penggal perkhidmatannya tamat bagi memenuhi langkah yang diperlukan untuk pemindahan kuasa secara aman.
Hosni, bekas panglima tentera udara, juga berikrar untuk tidak akan meninggalkan negara itu.
“Ini adalah tanah tumpah darah saya. Saya tinggal di sini, berjuang untuknya, mempertahankan bumi, kedaulatan dan kepentingannya.
“Di bumi ini saya akan mati. Sejarah akan mengadili saya dan anda semua,” katanya. - AP
JELEBU: Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim meminta cerdik pandai dalam bidang agama Islam supaya tampil ke depan untuk menangani masalah perpecahan bangsa Melayu yang semakin kronik hari ini.
Golongan cerdik pandai ini tidak perlu takut dikecam oleh golongan ulama dalam sesebuah parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam, katanya.
"Mereka tidak perlu khuatir untuk menyuarakan pandangan bahawa mereka ini bukan mursyidul am. Golongan pensyarah dalam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang ahli dalam agama pun layak memberikan pandangan mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan Tahun Baru Cina di rumah anggota Exco Negeri Sembilan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Chennah Datuk Siow Chen Pin di Taman Bukit Kempas, Titi dekat sini, Khamis.
Beliau yang juga Anggota Parlimen Jelebu berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan bahawa realiti perpecahan bangsa Melayu pada hari ini hanya disebabkan kerana perbezaan politik mereka.
Rais berkata, keadaan perpecahan ini diburukkan lagi dengan tafsiran yang dibuat oleh pemimpin pembangkang yang bertaraf ulama seperti Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilihat banyak memberikan kenyataan yang bertentangan dengan seruan perpaduan yang dikehendaki oleh Islam.
"Keadaan seperti ini tidak harus berlaku. Tetapi berapa ramai yang berani menyanggah Datuk Nik Aziz?," soalnya.
Tidak ramai yang mahu menyanggah beliau tetapi ramai pula yang sanggup menyokong kenyataan Nik Aziz yang ternyata sangat berlawanan dengan apa yang dikehendaki oleh Islam dan ini memburukkan lagi keadaan, katanya.
Beliau berkata, golongan ulama dalam Umno juga tidak boleh berdiam diri dengan perkembangan ini.
"Umno kita mempunyai cukup ramai alim ulama, lepasan Universiti Al-Azhar, imam, kadi dan lain-lain. Ulama dan intelektual Islam di luar Umno dan parti politik juga bebas memberi pendapat dan pandangan," katanya.
KOMEN.....
PEMIMPIN2 JANGAN CAKAP AJE...PI SURAU/MASJID MENGAJI@HADIR MAJLIS PENGAJIAN.....NI XNAK@MALAS PEGI(RASA DAH PANDAI KOD) ...PI MAJLIS PENGAJIAN BARU TAHU APA ITU ISLAM...TAK HADIR MAJLIS ILMU ISLAM HATI BOLEH SAKIT DAN MATI...(ANTARA 3HARI KE 40HARI)Pembangkang gesa lebih banyak protes
KAHERAH: Sebuah pakatan pembangkang Mesir semalam menggesa lebih banyak tunjuk perasaan diadakan.
Ia juga berkata, rundingan dengan Naib Presiden Omar Suleiman akan diadakan hanya jika Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.
“Kumpulan pembangkang sudah bersedia untuk berunding dengan Naib Presiden Omar Suleiman hanya selepas Hosni meletak jawatan,” kata jurucakap kumpulan itu, Mustafa Naggar.
Hosni sebelum ini mengarahkan Omar memulakan rundingan dengan kumpulan pembangkang.
“Kami menggesa orang ramai terus menunjuk perasaan di Medan Tahrir dan kami meminta mereka menyertai ‘Jumaat Untuk Letak Jawatan,’ dengan berarak dari semua wilayah di Mesir ke Medan Tahrir di Kaherah, Parlimen dan stesen televisyen,” menurut kenyataan yang dibacakan oleh Mustafa.
Pakatan pembangkang itu termasuk Persatuan Untuk Perubahan yang diketuai oleh Mohamed ElBaradei, Ikhwanul Muslimin dan beberapa kumpulan lain. - AP
Rais berkata, apa yang berlaku terhadap orang Melayu hari ini kebanyakannya berpunca daripada salah tafsiran mengenai agama dan perjuangan mereka.- BERNAMA
Tentera gesa tamatkan tunjuk perasaan
KAHERAH: Tentera Mesir semalam menggesa rakyat negara itu menamatkan tunjuk perasaan untuk menggulingkan Presiden Hosni Mubarak yang sudah berlarutan sejak lebih seminggu lalu.
Tentera juga mengisytiharkan sokongan terhadap Hosni, beberapa jam selepas presiden itu menolak desakan supaya meletak jawatan serta-merta.
Perisytiharan itu adalah perubahan jelas dalam pendirian tentera yang sebelum ini membayangkan sokongan terhadap penunjuk perasaan dengan berkata, ia tidak akan menggunakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan dan menyifatkan tuntutan mereka berasas.
Dalam mesejnya, pihak tentera merayu penunjuk perasaan muda menghentikan bantahan mereka ‘demi cinta mereka kepada Mesir.’ “Anda keluar untuk menyuarakan tuntutan anda dan anda adalah orang yang berupaya untuk mengembalikan kehidupan normal di Mesir,” kata jurucakap tentera, Ismail Etman dalam ucapan menerusi televisyen.
PM baru Jordan mula berunding cari jalan bentuk Kabinet
AMMAN: Perdana Menteri Jordan yang baru dilantik, Maruf Bakhit, mula berunding untuk membentuk kerajaan baru dan memulakan reformasi serta memenuhi desakan rakyat yang kini bangkit di jalanan.
Proses itu diadakan walaupun Maruf berdepan dengan bantahan kumpulan Islam di luar kerajaan.
Sumber berkata, Maruf akan bertemu dengan Pengerusi Senat, Taher Masri, dan Speaker Dewan Rendah Jordan, Faisal Fayez, serta ahli Parlimen.
“Perdana menteri juga akan berbincang dengan semua parti politik, terutama pemimpin Islam serta kesatuan sekerja,” katanya.
Jika perbincangan itu berjalan lancar, kata sumber terbabit, Maruf akan mengumumkan kerajaan baru pada Sabtu atau Ahad.
Kelmarin, Raja Abdullah II menamakan Maruf, 64, sebagai perdana menteri baru menggantikan Kabinet Samir Rifai, 43, yang dipecat ekoran protes rakyat Jordan yang mahukan pembaharuan politik dan ekonomi dilakukan di negara itu.
Ali terpaksa akur tekanan
SANAA: Presiden Yaman memberitahu Parlimen semalam, dia tidak akan cuba mendapatkan mandat baru meneruskan tugasnya atau menyerahkan jawatan itu kepada anak lelakinya.
Langkah itu dilihat pemerhati sebagai reaksi segera Ali Abdullah Saleh menghadapi protes rakyatnya yang bosan dengan kegagalan pentadbiran presiden berkenaan, selain mendapat inspirasi daripada kebangkitan rakyat di Tunisia dan Mesir
Menjadi sekutu rapat Amerika Syarikat, Ali berkuasa sejak hampir 32 tahun lalu.
Berucap kepada Parlimen semalam, Ali berkata, dia tidak akan melanjutkan tempoh pemerintahannya untuk penggal akan datang.
“Saya juga tidak akan mewariskan jawatan ini kepada anak saya,” katanya.
Bagaimanapun, pengumuman Ali itu gagal melunakkan hati penunjuk perasaan di Sanaa.
Pada Januari lalu, puluhan ribu rakyat Yaman berdemonstrasi beberapa hari untuk mendesak Ali berundur - satu tindakan yang tidak dijangka berani dilakukan mereka sebelum ini.
Penggal pemerintahan Ali sepatutnya berakhir pada 2013 tetapi dia bercadang mengemukakan usul meminda Perlembagaan bagi membolehkannya terus berkuasa untuk tempoh dua penggal lagi.
Setiap penggal memakan masa lima tahun.
Protes di Tunisia dan Mesir turut memaksa Ali mengarahkan cukai pendapatan di Yaman dipotong separuh, selain kerajaan dikerah mengawal harga barang keperluan.
Ali juga mengerah polis antirusuhan ke beberapa kawasan penting di Sanaa dan sekitarnya.
Namun, dalam keadaan begitu pun, penunjuk perasaan serta anak muda Yaman tetap tidak gentar, sebaliknya terus mengadakan bantahan terbuka.
Semalam, Ali juga menggesa pembangkang bertemu dengan kerajaan untuk berunding, tetapi ditolak.
Jurucakap pembangkang, Mohammed al-Sabri, berkata mereka tetap tidak percaya dengan janji dibuat Ali.
Internet di Kaherah mula pulih secara berperingkat
KAHERAH: Perkhidmatan Internet kembali pulih di sesetengah tempat di Kaherah selepas dihentikan sejak lima hari lalu ketika kerajaan Hosni Mubarak berdepan protes meluas rakyat negara itu.
Empat syarikat penyedia perkhidmatan Internet utama Mesir didapati memotong talian pada jam 10.34 malam Khamis (6.34 pagi waktu Malaysia), dua hari selepas protes anti-Hosni tercetus.
Gangguan itu - dipercayai atas arahan kerajaan - dilakukan hampir serentak pada waktu berkenaan.
Ia dibuat bagi menghalang kebangkitan rakyat Mesir kerana kebanyakan gerakan itu diselaras melalui Internet, terutama menggunakan laman sesawang sosial Twitter dan Facebook. - AFP
KAHERAH: Parlimen Mesir digantung sehingga semua pertikaian mengenai keputusan pilihan raya pada tahun lalu dikaji semula, lapor agensi berita MENA, semalam.
Menurut laporan berkenaan, Parlimen Mesir bersetuju digantung tanpa sebarang tempoh masa sehinggalah semua keputusan dipersetujui.
Mesir mengadakan pilihan raya umum pada November dan Disember tahun lalu tetapi ia dicemari dengan pelbagai keganasan serta penyelewengan kerajaan.
Antara penipuan yang dilakukan termasuklah amalan ugutan dan membeli undi.
Sepanjang tempoh kempen dan pilihan raya, liputan Internet dan talian telefon juga terganggu tanpa sebarang sebab. - AFP
S Pathmawathy
Feb 3, 11
1:47pm
Jika ada bahagian-bahagian dalam Hansard yang dipadamkan secara sengaja, ia akan mengaibkan reputasi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Hansard adalah cetakan transkrip persidangan Parlimen dan DUN.
NONEMenegaskan demikian, Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang
Khim berkata sejak penubuhan institusi Parlimen dan dewan undangan negeri di negara ini, perkara seumpama itu tidak pernah berlaku .
Teng (kanan) mengulas insiden di DUN Sarawak di mana ADUN Pending, Violet Yong Wui Wui mendakwa sebahagian daripada ucapannya dalam persidangan dewan November lalu, tidak termasuk di dalam Hansard.
Yong telah menulis kepada Speaker DUN Sarawak, Datuk Awang Asfia Nasar mengenai perkara itu, tetapi beliau belum lagi menerima sebarang jawapan.
Menurut Yong, sebahagian daripada ucapannya menyentuh tentang keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr George Chan, telah dikeluarkan dari hansard.
Nazeera Mohd Nasir dan Nurul Shafiqah Mohd Tajudin, masing-masing 21 tahun ditemui Bernama selepas selamat tiba bersama tiga lagi pelajar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 10 malam tadi dengan menaiki penerbangan EK0342 Emirates dari Kaherah.
Nazeera berkata mereka dibelenggu perasaan cemas dan takut ekoran kawasan rumah sewa mereka di Mansoura agak tegang terutamanya ketika malam dengan bunyi tembakan dan cermin rumah dipecahkan.
"Pada hari pertama, ketika itu kami sedang tidur dan tiba-tiba dikejutkan dengan pengumuman dari masjid berdekatan yang meminta semua penduduk agar menutup lampu dan mengunci semua pintu kerana banduan terlepas di penjara yang berdekatan dengan rumah sewa kami.
"Kami berkongsi katil setiap malam dan asyik berjaga kerana terdengar bunyi pecah rumah, pengumuman dari masjid jika ada rumah yang dipecah, kereta kebal lalu lalang selain bunyi tembakan hingga menyebabkan kami terpaksa tidur dengan pisau dan penyembur lada demi keselamatan," katanya.
Beliau berkata bimbang dengan keadaan tersebut, mereka nekad menyewa sebuah kenderaan tiga hari lalu untuk membawa mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah namun terkandas di lapangan terbang tersebut setelah gagal menaiki kapal terbang meskipun telah membeli tiket.
"Keadaan di dalam terminal sangat tegang.. semua orang berebut-rebut untuk menaiki kapal terbang. Meskipun kita sudah beli tiket dahulu tetapi itu tidak menjamin kita boleh dapat naik penerbangan tersebut," katanya sambil menambah mereka menggunakan kad kredit untuk membeli tiket penerbangan lain.
Nurul Shafiqah pula berkata terdapat kira-kira 200 pelajar Malaysia yang terkandas di lapangan terbang itu sejak meletusnya tunjuk perasaan pada 29 Januari lalu dan keadaan menjadi lebih meruncing apabila mereka kehabisan wang selain bekalan makanan semakin berkurangan.
"Kami semua duduk dan tidur di atas lantai dengan beralaskan kotak. Malah ramai yang menangis ketakutan dan ada yang telah berada di lapangan terbang tersebut sejak empat hari lalu.
"Kami hanya makan sedikit roti dan air mineral dan terpaksa mencatu makanan kerana bekalan makanan semakin berkurangan selain tidak dapat membuat pengeluaran wang malah roti dan air dijual dengan harga yang sangat mahal," katanya.
Sementara itu, Nor Akhbariah Md Najas, 20, pelajar tahun pertama jurusan perubatan di Universiti Tanta, Mesir berkata keadaan di Tanta tidak seteruk Mansoura tetapi mereka tetap mematuhi perintah berkurung pada setiap malam.
"Banduan berada di mana-mana dan setiap hari ada sahaja rumah yang dipecah masuk serta barang dilarikan malah kereta kebal dan tentera juga ada di semua kawasan. Keadaan seperti itu sangat menakutkan," katanya yang turut terkandas di lapangan terbang itu selama dua hari.
Ibu kepada Nor Akhbariah, Jamaliah Mohd Salleh, 57, pula berkata ketika pertama kali mendengar insiden Mesir di televisyen, beliau berasa susah hati dan bimbang keselamatan anak kelimanya itu sebelum bertindak memasukkan wang ke dalam akaun Medic Mesir.
"Medic Mesir sangat bertanggungjawab, mereka membelikan tiket untuk Nor Akhbariah pulang ke tanah air. Kita cuma berharap pihak kedutaan juga dapat menghulurkan bantuan dengan lebih pantas kepada pelajar-pelajar yang masih terkandas di sana," katanya.
- Bernama
Berdasarkan kenyataan yang disiarkan di blog Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, operasi pelan akan bermula hari ini (2 Feb), di mana rakyat Malaysia akan dibawa keluar melalui penerbangan ataupun pelayaran.
Berdasarkan modus operandi pelan berkenaan, mereka yang masih berada di negara itu akan dikumpulkan di beberapa tempat sebelum penerbangan keluar dibuat dengan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Kesemua individu yang diselamatkan melalui penerbangan ehsan akan dikumpulkan di Jeddah.
Individu dari Kaherah akan berkumpul di Kompleks Haiyyu Ashir dan DMAK; dari Iskandariah akan berkumpul di Rumah MARA manakala mereka dari Mansourah pula akan diterbangkan ke Iskandariah sebelum dibawa ke Jeddah dan berkumpul di Hotel New Mansourah.
Para peserta dikehendaki berkumpul sebelum bertolak ke lapangan terbang pada masa yang ditetapkan iaitu di Kaherah pada 11 pagi 2 Feb; dan pada 10 pagi 3, 4 dan 5 Feb.
Peserta dari Iskandariah pula perlu berkumpul pada 9 pagi 4, 5 dan 6 Februari.
Rakyat Malaysia yang mengikuti pelayaran pula akan melalui Pelabuhan Al-Adabiyah sebelum ke Pelabuhan Jeddah dan berkumpul di Kompleks Haiyyui Ashir.
"Jeddah adalah pusat transit (penginapan di asrama Tabung Haji) untuk tempoh tidak melebihi sebulan, penginapan dan makan minum ditanggung oleh Kerajaan Malaysia," demikian menurut kenyataan itu.
Pelayaran dari Pelabuhan Jeddah menuju ke Pelabuhan Pulau Pinang atau Pelabuhan Klang.
Kos perjalanan balik ke Mesir adalah atas tanggungan sendiri.
Bagaimanapun perjalanan dari tempat penginapan ke pelabuhan atau lapangan terbang disediakan.
Setiap peserta hanya dibenarkan membawa bagasi kecil tidak melebihi tujuh kilogram, selain diingatkan supaya membawa pasport/dokumen perjalanan yang sah.
Menurut kenyataan itu lagi, operasi menyelamat itu akan terlebih dahulu ditumpukan kepada pelajar wanita, pelajar berkeluarga, pelajar yang uzur dan sakit, berada di zon risiko tinggi, pelajar tahun pertama dan pelajar sekolah rendah/sekolah menengah.
Selain itu, pelajar juga perlu mengisi borang makluman pelajar sebelum mengikuti penerbangan dan pelayaran berkenaan.
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada para pegawai kedutaan iaitu Saharudin Hassan (+2010-5005338), Wan Ahmad Tarmizi Wan Idris (+2010-1101004), Muhammad Hazam Hajanan (+2010-8714264) dan Samsul Kahar Kamarudin (+2010-5382715).
- Bernama
Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Shahlan Ismail berkata penerbangan pertama membawa 309 orang termasuk pelajar serta mereka yang uzur dan wanita mengandung itu akan berlepas dari Kaherah, pada 1 tengah hari ini waktu tempatan (7 malam waktu Malaysia).
Beliau berkata satu lagi penerbangan akan turut berlepas pada waktu yang sama dan akan membawa 345 orang pelajar Malaysia namun pesawat itu akan mendarat di Jeddah sebelum berpatah balik ke Kaherah untuk menyambung misi.
Shahlan kini berada di Kaherah untuk memantau keadaan di negara yang bergolak itu atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata esok kerjasama antara Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), Air Asia dan Sistem Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) akan melakukan 12 kali penerbangan membawa pelajar dan rakyat Malaysia keluar dari Kaherah.
"Tiga pesawat iaitu dua Air Asia dan satu pesawat MAS akan terbang terus ke KLIA. Bagaimanapun tiga pesawat Charlie C-130 milik TUDM akan melakukan penerbangan ulang alik dari Kaherah ke Jeddah di Arab Saudi," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Shahlan berkata operasi membawa keluar melalui jalan udara melibatkan pemindahan kira-kira 1,000 orang rakyat Malaysia.
Beliau berkata Sabtu ini pula, sebuah kapal Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) KD Bunga Mas 5 akan membawa keluar kira-kira 500 orang pelajar dan rakyat Malaysia dan dijangka terus belayar ke Pelabuhan Klang.
Shahlan berkata keseluruhan operasi melibatkan 5,000 orang rakyat Malaysia yang terperangkap di Mesir .
Katanya kerajaan melalui Kementerian Luar dan Majlis Keselamatan Negara sedang melakukan yang terbaik untuk membawa keluar semua 11,000 rakyat Malaysia di Mesir.
"Kita gerakkan pelajar dari semua bandar seperti Kaherah, Iskandariah, Mansoura, Tartar dan Zagazig serta semua bandar-bandar kecil yang lain jadi ia memerlukan perancangan yang teliti.
"Kita berharap semuanya akan berjalan lancar dan operasi pemindahan seterusnya akan dirancang sebaik selesai perancangan pertama misi membawa pulang," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan