TINDAKAN MUFTI MESIR MENGECEWAKAN
Saya ingin melahirkan rasa kecewa ke atas kenyataan Mufti Mesir ‘Ali Jum’ah –yang muncul dalam TV Mesir- yang meminta rakyat Mesir menghentikan tunjuk perasaan (sila rujuk di sini) . Ya, memang selama ini ‘Ali Jum’ah adalah benteng Hosni Mubarak, dia dilantik oleh Mubarak sekalipun ramai tokoh-tokoh ilmuwan Mesir lain yang jauh lebih terserlah keilmuan dibandingkan beliau. Malang sekali, selama beliau dilantik, apa yang sering beliau bangkitkan hanyalah isu sekitar perselisihan pendapat dalam kalangan umat Islam seperti masalah perbezaan mazhab dalam aliran kalam dan fekah. Beliau tidak lantang seperti al-Syeikh al-Qaradawi, Muhammad al-Ghazali r.h dan lain-lain dalam mengkritik kezaliman dan kerakusan Mubarak. Beliau tidak berfatwa tentang tindakan-tindakan Mubarak menipu rakyatnya.
Gambar: Mufti Mesir ‘Ali Jum’ah
Tiba-tiba hari ini, ketika rakyat keluar menuntut hak mereka, tanpa menumpahkan darah, hanya demonstrasi jalanan, beliau mengeluarkan pandangan agama tentang larangan keluar membantah Mubarak. Bahkan mengalu-alukan langkah Mubarak yang kononnya ingin membuat pembaharuan dalam masa tujuh bulan. Jika 30 tahun Mubarak gagal membuat pembaharuan, apakah dia mampu melakukannya dalam masa tujuh bulan seperti yang dia janjikan? Jika beliau mampu bererti selama ini beliau ternyata seorang pengkhianat besar! Jika tidak mampu, beliau mesti berhenti dan berikan laluan kepada pilihan rakyat. Jika rakyat berhenti membantah, regim itu akan kembali berkuasa.Kenapa ‘Ali Jum’ah tidak mengeluarkan fatwa tentang penyokong Mubarak yang membunuh rakyat awam dalam demonstrasi tersebut, dan juga selama 30 tahun Mubarak membunuh para penentangnya secara zalim! Dunia Islam menjadi mundur disebabkan pemerintah yang zalim dan korupsi, dibantu pula oleh ulama yang bersekongkol.
Tahniah kepada al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam temubual al-Jazeera yang menyatakan pejuang yang mati berdemonstrasi aman di Mesir adalah syahid dan demonstrasi itu mesti disokong! Inilah contoh ulama yang berani dan berkata tanpa kepentingan diri.
Akhirnya, semoga golongan agama tidak menjadikan tindakan Mufti Mesir ini sebagai teladan positif, sebaliknya ia adalah contoh yang negatif seorang yang memakai gelaran agama.
-Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Implikasi serantau revolusi MesirHaris Zalkapli
Pemimpin Perancis, Napolean Bonaparte pernah berkata, “Mesir ialah negara paling penting di dunia,” menjelaskan kepentingan negara Arab itu kepada kuasa-kuasa dunia semasa era empayar satu masa dulu.
Apapun yang mendasari pandangan Bonaparte itu, kepentingan Mesir di dunia dapat diperhatikan dan dirasakan pada masa ini, ketika negara itu sedang dalam proses melalui satu perubahan besar.
Kuasa-kuasa Israel, Amerika Syarikat, Arab Saudi, Eropah, Turki dan Iran semuanya bakal terkesan sekiranya dan apabila perubahan yang benar-benar mengubah dasar negara Mesir berlaku.
Israel jelas sekali merupakan kuasa yang akan paling terkesan, disebabkan sempadan dan sejarah yang mengikat kedua-dua pemain penting Asia Barat itu.
Mesir kekal sebagai satu-satunya negara yang mampu berperang secara terus dengan Israel, seperti yang telah ditunjukkan oleh sejarah.
Apapun keputusan peperangan masa silam, faktor ini tetap dipandang berat oleh rejim Zionis itu.
Pada masa ini, Mesir yang masih di bawah pimpinan Presiden Hosni Mubarak yang semakin terhakis keabsahannya, ialah faktor paling penting yang menjayakan kepungan ke atas wilayah Gaza, Palestin.
Sempadan kecil Gaza dengan Mesir yang menjadi talian hayat rakyat Gaza dikawal oleh pihak berkuasa Mesir, menjadikan Kaherah sebagai satu kuasa yang berperanan besar dalam memberi kesan kepada situasi dan kondisi di Gaza.
Kaherah juga pada masa kini berada di pihak Barat melibatkan rundingan diwakili Fatah dengan Israel, satu peranan yang menjadi faktor penting sokongan AS.
Sejak sekurang-kurangnya 2009, dalam tempoh menuju pilihan raya parlimen dan pilihan raya presiden yang dinantikan di Mesir, pemerintahan Hosni menunjukkan tindakan-tindakan yang keras terhadap Gaza dan pembangkang terutama gerakan Islam Ikhwan al-Muslimin.
Tindakan-tindakan pemerintah Mesir itu dibaca penentangnya sebagai usaha meminta sokonga daripada kuasa Barat, dengan menunjukkan kepentingannya memerangi gerakan Islam yang didakwa militan dan teroris, satu lagi kepentingan yang menjadi sebab penting dukungan kuasa-kuasa Barat selama ini.
Seperti rejim-rejim Arab lain, pemerintahan Hosni disokong kerana peranannya melawan kumpulan-kumpulan Islam yang didakwa ekstremis dan teroris (dengan isu hak asasi manusia dan demokrasi menjadi kurang penting berbanding memerangi “teroris.”)
Hal tersebut menjelaskan satu bahagian besar sokongan kuasa-kuasa asing terhadap rejim Hosni, yang dibenarkan memerintah dengan kuku besi selama 30 tahun kini.
Di kedua-dua Tunisia dan Mesir, kebimbangan yang dilihat pada pihak Barat ialah kemungkinan gerakan Islam menjadi pemain penting dalam negara tersebut dalam era selepas revolusi.
Kenyataan William Hague, menteri luar Inggeris tentang kebimbangan “ekstremis mengambil alih” di Mesir memberi satu gambaran sentimen dunia Barat.
Seluruh dunia Barat bakal terkesan oleh perubahan fundamental Mesir, yang salah satunya ialah menjadikannya lebih bebas daripada rejim Hosni sekarang yang terhutang dengan kuasa asing.
Kuasa terbabit juga masih mempunyai ruang dan peluang untuk mengatur dan melaksana tindakan, dalam tempoh berlaku perubahan dan tempoh peralihan termasuk pilihan raya baharu dan pembentukan kerajaan selepas itu, tempoh yang paling kritikal untuk melihat perubahan bermakna terlaksana.
Bergantung kepada sikap pemerintah baharu, perubahan fundamental Mesir juga mampu mengubah kedudukan negara itu dalam dunia Arab.
Sekiranya peranan Mesir dalam politik serantau merosot, pakatan Kaherah-Riyadh akan terjejas, dan berkemungkinan meningkatkan pengaruh kuasa pesaing lain.
Perubahan ini sememangnya telah dirasakan dan dibimbangi oleh kedua-dua pusat kuasa dunia Arab itu.
Mesir mencapai puncak prestijnya dalam dunia Arab di bawah Presiden Jamal Abdel Nasser yang membawa fahaman penyatuan Arab atau pan-Arabisme.
Pada masa kini, Mesir bersama Arab Saudi dan juga Jordan berperanan sebagai pemimpin dan suara dunia Arab, dan pada tahap tertentu, mewakili dunia Islam.
Mesir dan Arab Saudi terutamanya merupakan negara dominan dalam Liga Arab dan seluruh politik Asia Barat.
Salah satu medan persaingan kuasa-kuasa tersebut ialah Lubnan, yang menyaksikan pakatan Syria-Iran mengukuhkan pengaruhnya.
Aliansi Damsyik-Tehran, yang paling berjaya dan paling bertahan dalam politik serantau Asia Barat ini berdepan pelbagai cabaran dalaman dan luaran tetapi masih bertahan sehingga kini, walaupun sekadar pada sebab-sebab pragmatik.
Sekiranya Mesir tidak lagi bersama Arab Saudi dalam aliansi menguasai dunia Arab, peningkatan pengaruh Syria dan Iran boleh dijangkakan, terutama melibatkan Lubnan.
Ini ditambah lagi dengan dasar luar baharu Turki yang mengukuhkan pengaruhnya melalui usaha-usaha diplomasi, dan pada masa sama meningkatkan hubungan baik dengan Iran dan negara-negara Arab.
Banyak tindakan kerajaan Turki kebelakangan ini - paling utama melibatkan Israel - juga menjadikannya popular di dunia Arab dan Islam, memberikan Ankara aset untuk menjadi kuasa serantau disegani.
Sekiranya perubahan besar yang mengubah haluan fundamental negara-negara Arab seperti Mesir, Jordan dan Arab Saudi berlaku, politik serantau dunia Arab bakal muncul dengan bentuk yang jauh berbeza.
Pusat kuasa dunia Arab yang berpaksi pada Mesir dan Arab Saudi mampu untuk beralih kepada kuasa lain iaitu Turki dan Iran bersama Syria, dengan dua yang dominan bukan kuasa Arab di Asia Barat.
Memandangkan perubahan-perubahan yang berpotensi tercetus akibat perkembangan di dunia Arab hari ini, boleh dijangka tentangan terhadap perubahan itu tidak akan memberi laluan mudah untuk kemungkinan itu berlaku.
Hal ini juga menunjukkan kuasa-kuasa serantau dan dunia mempunyai saham untuk memberi kesan kepada perubahan-perubahan itu, menjelaskan lagi apa yang pernah diucapkan oleh Bonaparte tentang kepentingan Mesir.
Ribuan sertai himpunan kebangkitan rakyat Mesir Rusly Yasmin
|
KUALA LUMPUR, 4 Feb: Lebih 5000 rakyat hari ini berhimpun di hadapan Masjid As-Syakirin KLCC bagi menyertai perarakan ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi menyatakan bantahan terhadap campurtangan negara itu terhadap Mesir.
Himpunan tersebut yang telah memulakan perarakan mereka diketuai Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ridhuan Mohd Nor.
Biarpun pihak polis menghalang laluan menuju ke bangunan kedutaan tersebut, peserta himpunan bagaimanapun berjaya melepasinya.
Turut serta dalam perarakan tersebut, pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat lain termasuk, Salahudin Ayub, Mohamad Sabu, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Suhaizan Kaiat dan shamsul Iskandar Mat Akin.
Ucapan pembakar semangat sebentar tadi turut disampaikan Mohamad Sabu yang mengecam Presiden Mesir Hosni Mubarak.
Himpunan yang menggabungkan parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini dinamakan Himpunan Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir.
Mereka akan membuat tiga desakan terhadap Amerika Syarikat iaitu menggesa ejen negara itu berundur dari Mesir, tidak campur tangan dalam urusan rakyat Mesir memilih pemimpin mereka serta mendesak seluruh dunia memberi tekanan kepada Presiden Mesir, Husni Mubarak agar meletakkan jawatan.
Kesemua mereka berarak selepas selesai solat Jumaat sebentar tadi di Masjid As-Syakirin KLCC.
Sekurang-kurangnya 50 NGO turut sama dalam himpunan tersebut.
Bilangan peserta kini makin bertambah apabila mereka yang menunggu di tepi jalan kini menyertai perarakan.
Ingin penjelasan bawa keluar pelajar dari Mesir Mangchik Mangchuk
| Anak saya sekarang berada di Tanta U, Mesir dalam bidang Perubatan tahun satu. Saya amat menyanjung tinggi usaha kerajaan membawa keluar pelajar dan rakyat kita ke Jeddah, dan saya lebih kurang faham tujuan pendekatan itu diambil oleh kerana jumlah yang agak ramai mencecah ke 14,000 orang. Saya ada mendengar taklimat melalui TV3 yg disampaikan oleh PAT yg memaklumkan operasi 'evakuasi' ini adalah terbahagi kepada 2 iaitu, membawa keluar secepat mungkin ke Jeddah dan fasa kedua dair Jeddah ke KL. Tetapi melalui website 'Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita' , kami dimaklumkan maklumat seperti berikut yang bersumberkan kepada PMRAM: Ops Piramid (3.27pm Mesir) TERKINI: Maklumat daripada Bilik Gerakan Kedutaan 1. Kos perjalanan Kaherah - Jeddah ditanggung oleh pihak kerajaan 2. Sara hidup sepanjang di Jeddah ditanggung oleh pihak kerajaan. 3. Kos untuk pulang ke Malaysia dengan kapal TLDM yang ditanggung oleh pihak kerajaan. Kapasiti muatan seramai 500-600 orang sahaja. 4. Perjalanan Jeddah - KL dengan tanggungan sendiri 5. Perjalanan Jeddah - Cairo juga dengan tanggungan sendiri Maklumat diperolehi daripada Encik Wan Ahmad Tarmizi Wan Idris Sekretariat Evakuasi, melalui panggilan telefon pada jam 12.48 pm waktu Mesir. Mangchik Mangchuk Bapa kepada seorang anak yang sedang menuntut di Tanta U Mesir
PAS cabar Najib kutuk Hosni Mubarak Nazri Abdullah | KUALA LUMPUR, 4 Feb: PAS mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendirian terhadap Presiden Mesir Hosni Mubarak dan kerajaannya yang kini sedang berdepan penolakan rakyat di negara teluk itu.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, sehingga kini Najib dilihat mengambil sikap berkecuali biarpun keangkuhan Hosni Mubarak berundur telah membangkitkan penentangan rakyat negara itu sehingga negara lain termasuk Malaysia terpaksa bersusah membawa pulang rakyat masing-masing.
"Kita menuntut Najib menyatakan sikap yang jelas sama ada mahu mempertahankan Hosni Mubarak dan kerajaannya atau sebaliknya.
"Kita kecewa sehingga kini Najib tidak berani memberi tekanan kepada Hosni Mubarak," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Tambahnya, Perdana Menteri sepatutnya malu apabila Tokoh Ma'al Hijrah Malaysia 2009, Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi dengan begitu tegas menggesa Hosni Mubarak berundur dengan segera.
"Orang yang kita bagi anugerah pun boleh buat macam tu sedangkan dia tidak ada apa-apa kepentingan politik pun, malu la kita," ujarnya lagi.
Sebelum ini, al-Qaradawi yang juga Ketua Kesatuan Antarabangsa Cendekiawan Muslim, turut meminta Hosni Mubarak agar mengangkat kaki secara pilihan sebelum beliau pergi secara paksaan.
Katanya, presiden Mesir itu perlu mengambil pengajaran dari nasib Presiden Tunisia, Zine el Abidine Ben Ali.
"Undurlah, wahai Mubarak, jika ada di hatimu sedikit rasa belas kasih, atau ada dalam kepalamu sedikit akal yang berfikir.
"Jangan kamu hancurkannya dan duduk di atas kehancuran tersebut. Pergilah, wahai Mubarak," katanya.
"Tidak ada lagi tempat untukmu, wahai Mubarak. Saya minta kamu untuk keluar mengangkat kaki," tambahnya lagi.
Sehubungan itu, PAS dan seluruh rakyat negara ini ujar Mahfuz sedang menanti pendirian Najib dalam isu ini.
"Rakyat sedang menunggu Najib untuk mengutuk Mubarak yang enggan tunduk kepada tuntutan rakyat sendiri," katanya.
My Balik Pulau bukan kerja Pakatan Fakhri Ali | GEORGETOWN, 4 Feb: Belum reda dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan ke atas kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng oleh Barisan Nasional (BN), kini satu lagi dakwaan berunsur fitnah telah dilemparkan membabitkan pengedaran risalah yang dikenali sebagai 'My Balik Pulau'. Risalah yang dicetak dalam versi tiga bahasa itu juga menggambarkan bahawa Balik Pulau bukan dibuka oleh orang Melayu. Ia juga memaparkan ilustrasi yang memberi penghinaan terhadap orang Melayu di situ. Selain dari itu, risalah tersebut juga didakwa mengandungi fakta sejarah yang tidak tepat dan diragui kebenaran yang terkandung di dalamnya. Mengulas mengenai perkara tersebut, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, risalah tersebut bukannya dikeluarkan oleh kerajaan negeri yang ada sekarang. "Di dalam risalah tersebut terdapat logo pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Pulau Pinang. Ia juga mencatatkan penghargaan kepada beberapa nama yang tergolong sebagai pimpinan Umno. "Apa yang menghairankan kenapa logo kerajaan negeri Pulau Pinang turut diletakkan di dalam risalah tersebut tanpa kebenaran kita sebagai pemerintah dalam negeri ini. Ini adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab pihak-pihak yang terlibat," ujarnya lagi. Malah Lim dalam kenyataan beliau pada 2 Februari yang lalu juga menyatakan kerajaan negeri tidak ada kena mengena dengan penerbitan maupun kesalahan fakta yang terkandung dalam risalah tersebut. Beliau juga meminta supaya Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong, Muhammad Farid Saad, supaya meminta maaf dan menarik balik segala tuduhan rasis dan perkauman membabitkan pengedaran risalah itu yang telah dilemparkan terhadap kerajaan negeri sebelum ini. Kata Lim lagi, tempoh seminggu diberikan kepada Muhammad Farid untuk berbuat demikian. Menurutnya, sekiranya permohonan maaf tidak diterima dalam tempoh tersebut maka kerajaan negeri akan mengambil tindakan yang sewajarnya selepas itu terhadap beliau.
Jawapan anak muda kepada Tun Dr M Anak Muda | Tun Dr M yang dihormati, Kami adalah golongan muda yang membesar di bawah kepimpinan Tun. Dahulunya kami mengenali Tun sekadar sebagai Dr M. Bahkan pernah pada suatu ketika, Perdana Menteri pada kami, hanyalah Tun sahaja. Sewaktu kami membesar, mungkin Tun lah orang pertama yang memperkenalkan kepada kepada perkataan-perkataan seperti 'mega', 'wawasan', 'visi', 'yang pertama' dan sebagainya. Walaupun kita tidak pernah sampai ke Everest, namun semangat kita pernah bersama-sama menawan puncak dunia. Walaupun kita tidak pernah berlayar mengelilingi dunia, namun semangat kita pernah bersama-sama mengiringi Jalur Gemilang merentas lautan dan benua. Dari segi umur, Tun boleh dianggap sebagai abang kepada Tok Guru Nik Aziz. Kami pula ialah cucu kepada Tun dan Tok Guru. Usia kita jauh berbeza, pengalaman kita juga tidak setara. Kami mungkin tidak sempat melalui zaman-zaman sejarah lalu yang ditempuh oleh Tun dan Tok Guru, dan seolah-olah tidak layak berhujah dengan Tun. Namun kami merasakan kami perlu bangkit menyatakan pendapat kami selaku golongan yang akan mewarisi kepimpinan negara daripada Tun dan Tok Guru pada suatu ketika nanti. Tun seorang yang bijak, lalu Tun suruh rakyat membaca, dan kami pun membaca. Pepatah pun ada mengatakan, banyak membaca , luas pengetahuan. Dan syukur kepada Allah, kami tidak rugi daripada membaca dan mencari kefahaman. Tulisan ini bukan untuk menyokong mana-mana pihak. Sebagai pihak ketiga, kami keliru pada mulanya apabila Tun mendakwa bahawa Tun menegakkan Islam, dan Tok Guru juga berdakwah memperjuangkan Islam. Namun mengapakah tidak ada titik pertemuan? Ada angin, ada pokoknya. Pastinya ada perbezaan yang nyata yang membezakan Tun dan Tok Guru, dan pasti salah seorang berkata benar kerana mesej Islam yang dibawa oleh Rasulullah hanyalah satu, dan kesemua Nabi dan Rasul termasuk Adam, Ibrahim, Musa dan Isa sebelum baginda membawa mesej Islam yang sama. Seruan-seruan kepimpinan Tun nampak hebat, tapi kami mendapati ianya tidak lengkap. Kita sudah ada segala macam 'mega', namun sehingga ke hari ini, isu-isu utama seperti perpaduan nasional, rasuah, pemerintahan yang tidak adil dan tidak bersih, kemiskinan rakyat dan jenayah masih belum ada penyelesaiannya. Rumah siap, pahat berbunyi. Kami berpendapat pastinya ada 'missing piece of jigsaw puzzle'. Rupa-rupanya kami mendapati kehebatan Tok Guru ialah pada politik beliau yang juga merupakan ibadah kepada Allah swt. Tiada pengasingan antara keduanya. Ucapan-ucapan pembangunan dan kesatuan kepada kami sebagai rakyat tidak pernah lari daripada peringatan persiapan akhirat. Tun mencanangkan 'Wawasan 2020', namun Tok Guru mendidik kami lebih daripada itu, iaitu 'Wawasan Akhirat'. Inilah wawasan yang jelas dan lengkap, yang memberikan kami kejayaan dunia dan akhirat. Hari esok belum pasti bagaimana bentuknya bagi kita, namun mati menjadi satu-satunya perkara yang pasti buat kita semua. Sebab itulah setelah memerintah, Tok Guru tidak semakin kaya, bahkan rakyat menjadi lebih kaya daripada beliau. Tun ada membangkitkan persoalan pengharaman arak di dalam majlis rasmi kerajaan. Kami merasakan tidak perlu Tun selak satu persatu 'kejayaan' nasionalis zaman lalu, cukup sekadar jika Tun menjawab mengapa ada di kalangan pemimpin negara yang masih bergelumang dengan arak pada hari ini? Kami musykil mengapakah masih ada para teknokrat Melayu Muslim yang masih 'setia' dengan arak pada hari ini? Kami keliru mengapakah masih ada teknokrat Melayu Muslim yang tanpa segan silu mengetuai syarikat-syarikat dan perusahaan judi yang masyhur seantero Asia Tenggara? Kita tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja anak-anak Tun dan San Miguel, apa cerita? Katanya 'nilai-nilai Islam', 'negara Islam', 'Islam Hadhari', tapi kami musykil dan keliru kerana bunyinya serba tidak kena. Jika Tun benar-benar ikhlas kepada seruan persaudaraan sesama Muslim, mengapakah setelah kami, rakyat, mengundi pemimpin secara sah di dalam pilihanraya, secara tiba-tiba dilantik dan 'ditauliahkan' JKKK Persekutuan di negeri-negeri yang tidak diperintah Barisan Nasional? Sewaktu berlakunya Tragedi Sauk pada 2001, mengapakah Tun gagal memimpin semua pihak untuk duduk semeja, berdiskusi bagi memperoleh cara terbaik menangani isu keselamatan nasional pada ketika itu? Sebaliknya beduk perbezaan terus dipalu dan pemimpin parti Islam dituduh bersubahat. Pada ketika Islam dituduh sebagai pengganas di Amerika dan seluruh dunia, Tun menambah api kemarahan masyarakat dunia kepada agama Islam kita. Adakah ini seruan yang wajar daripada pemimpin utama negara? Bahkan Barrack Obama yang usianya separuh daripada usia Tun komited mengajak Democrat dan Republican untuk sama-sama menghadapi cabaran nasional yang lebih besar, namun semangat jiwa besar ini gagal Tun jadikan contoh tauladan kepada pengganti Tun. Antara 'tragedi' terbesar Tun sewaktu menjadi Perdana Menteri ialah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris pada 2002, yang akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun hadapan. Kami di luar negara meggunakan medium bahasa Inggeris, namun kami dukacita melihat nasib bahasa kita ini. Analoginya, bahasa Melayu kini ibarat peminta sedekah yang hidup melarat di kampung sendiri. Dato' Najib dan kerajaan hari ini kini acuh tidak acuh dengan mepertahankan keutuhan bahasa kita, kerana sibuk dengan politik dalaman dan mempertahankan kedudukan UMNO yang semakin rapuh. Buktinya jelas nyata daripada iklan-iklan di jalan raya, kaca televisyen, drama-drama tempatan dan sebagainya. Rakyat pula ditanam dengan pemikiran 'dengan bahasa kebangsaan, anda tidak mampu maju'. Bahasalah yang menjadi jiwa bangsa Malaysia. Barangkali Allahyarham Tan Sri Dol Ramli ingin menyuarakan pendapat yang sama, namun lidahnya kelu di hujung usia. Persoalan bahasa Melayu bukan tanda kami ini pro-Melayu atau anti mana-mana kaum, bahkan inilah tanda kami cintakan perpaduan dan mahukan keharmonian negara. Kami mahukan bahasa sepunya yang mampu menjadi menyatukan kami di dalam komunikasi dan percakapan seharian diperkukuh, namun jelas sekali bahasa Melayu semakin rapuh. Ini berbeza dengan pendekatan Tok Guru yang benar-benar membawa Islam. Walaupun Kelantan bukanlah negeri yang paling kaya, namun negeri Kelantan telah diiktiraf oleh SPRM yang tahap rasuahnya amat kecil. Lain ceritanya dengan barisan kabinet Tun yang sehingga ke hari ini masih dibicarakan dengan tuduhan rasuah. Walaupun dilemparkan dengan pelbagai tohmahan dan fitnah melalui media-media pro-Tun dan rakan-rakan, namun Tok Guru terus menjadi titik penyatuan masyarakat berbilang kaum di Kelantan dan seluruh negara. Serban Tok Guru beliau tidak menambah ketakutan kaum India, Melayu dan Cina, bahkan bertambah kasih dan yakin dengan pemerintahan yang bersih dan cekap yang ditunjukkan Tok Guru. Tun mengilhamkan slogan 'Bersih, Cekap, Amanah', namun Tok Guru lah yang berjaya merealisasikan slogan ini dalam bentuk praktikal di dalam kepimpinan beliau. Dulunya Tun pernah berkata Rasulullah menyimpan janggut kerana tiada pisau cukur pada zaman tersebut, namun hakikatnya janggut sejemput Tok Guru tidak menjadi penghalang kepada kepimpinan yang adil untuk semua kaum dan agama, dan kami dapat hidup dengan harmoni. Lantas selayaknya Tok Guru digelar Bapa Perpaduan sebenar pada abad ini, kerana kekuatan beliau bukan pada slogan, tapi beliau berjaya untuk 'walked the talk'. Akhir kata, sebagai anak muda, kami berharapkan agar Tun menyahut seruan Tok Guru Nik Aziz agar menggunakan kebijaksanaan Tun untuk Islam. Apabila Islam ditegakkan, semua kaum dan agama boleh hidup harmoni dan bahagia tanpa sengketa, kerana Islam itu adil untuk semua. Anggaplah ini sebagai nasihat daripada si adik yang ikhlas mahukan kebaikan buat si abang, lantas kami cucu-cucu yang sedang membesar ini dapat menjadikannya sebagai suri tauladan dalam mewarisi pemerintahan negara yang kita cintai. Kami sayang Tun dan Tok Guru. Semoga Allah memanjangkan usia Tun dan Tok Guru, untuk menyumbang kepada Islam. Yang benar, Anak Muda
Trend mengundi Tenang tidak berubah, lalu apa? Ahmad Lutfi Othman | Keputusan pilihan raya kecil Tenang memang tidak mengejutkan. BN mempertahankan kemenangan di kubu kuatnya. PAS pula belum berjaya menambah dua kerusi DUN di negeri yang menyediakan "simpanan tetap" buat BN di Semenanjung itu. Untuk mengharapkan sesuatu yang luar biasa dalam pilihan kecil, selalunya ia didahulu dengan beberapa perkembangan yang juga "luar biasa". Perjalanan kempen di Tenang tidak menyaksikan sesuatu yang "luar biasa" itu.
Mungkin kepada pemimpin BN, angka-angka yang dipamerkan melalui kemenangan itu mengujakan tetapi sebenarnya trend mengundi pilihan raya umum ke-12 kelihatan kekal. BN tidak boleh mendabik dada bahawa ia sudah melepasi tahap kritikal dan mulai diterima umum seperti sebelum PRU12. Bagi saya, situasi politik bertahan, tidak banyak berubah. Kedudukan BN dan Pakatan Rakyat masih dalam pertarungan sengit merebut sokongan.
Umumnya masyarakat Melayu di Tenang nampak sukar berubah, tetapi tidak bermakna keadaan itu dapat berterusan selamanya tanpa gangguan. Kawasan Felda masih utuh di bawah pengaruh BN sehingga menyukarkan usaha penerangan calon PAS untuk bersemuka masyarakat peneroka. Banyak rumah pengundi tertutup rapat buat kempen PAS. Ia suatu cabaran besar yang perlu ditangani secara serius oleh petugas parti Islam.
Sebenarnya Umno pun tidak mengambil mudah cabaran di kubu kuat mereka itu. Pengerusi BN, Najib Razak, turun berkempen lebih awal di kawasan berkenaan -- sebelum hari penamaan calon, yakni bercanggah dengan peraturan pilihan raya sendiri -- menggunakan sepenuhnya kedudukannya sebagai perdana menteri. Banyak janji yang ditabur dan jaminan yang diberikan. Ia menunjukkan Najib juga cuak dan gentar sehingga terpaksa menggula-gulakan pengundi, walaupun dianggap penyokong tegar Umno.
Apa pun, seperti ingatan Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, Felda tidak selamanya dilihat kubu Umno. Di Pahang, pada 1999, Umno tewas beberapa kerusi Dun di kawasan Felda, dan PAS memberi cabaran sengit untuk kawasan Parlimen tertentu. Pesuruhjaya PAS Pahang itu menyarankan aktiviti keagamaan seperti kuliah pengajian dan program kefahaman Islam digiatkankan, selain terus aktif menyelami dan mencari jalan penyelesaian masalah kebajikan peneroka. Kesedaran berpolitik secara matang harus diterapkan menerusi pendekatan jangka panjang.
Kawasan Felda dikatakan memberi sumbangan besar kepada survival Umno baik di peringkat persekutuan, mahupun negeri-negeri tertentu. Bebanan memulihkan sokongan terhadap PAS tidak harus dipikul NGO tertentu seperti Anak dan tokohnya, Mazlan Aliman sahaja. Masyarakat peneroka harus diangkat menjadi komuniti celik politik dan terbuka kepada kepelbagaian maklumat melalui media baru.
Di kawasan majoriti pengundi Tionghua, dua daripada tiga tempat mengundi yang dimenangi PAS tiga tahun lalu di sekitar pekan Labis kini dikuasai BN. Tetapi tumpuan jangan terhenti setakat itu. Lihat pula peratusan keluar mengundi. Banjir yang melanda Tenang pada hari mengundi dieksploitasi sepenuhnya Umno-BN, yang sejak lama bergantung harap kemudahan jentera kerajaan.
Ada pihak mendakwa sesuatu yang tidak kena berlaku kepada operasi bantuan banjir terutama misi membawa masyarakat Cina menunaikan tanggungjawab penting dalam proses demokrasi. Selain itu, banjir yang melanda secara tiba-tiba menjelang Tahun Baru Cina mengakibatkan ramai pengundi Tionghua tidak selesa untuk "bersusah-payah" meredah air ke pusat mengundi.
Sementara peratusan mengundi di kawasan Felda dan majoriti masyarakat Melayu meningkat, keadaan sebaliknya ditunjukkan di kawasan Cina. Peratusan keluar mengundi merosot teruk; ada kawasan mencatatkan peratusan mengundi sekitar 50 peratus sahaja. Itu pun majoriti pengundi Cina tetap memihak PAS. Dijangkakan mereka yang tidak turun mengundi berpotensi besar menyokong Cikgu Normala Sudirman.
Justeru, kenyataan Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek yang menegaskan beliau berbangga undi kaum Cina telah beralih semula kepada BN boleh dipertikai. Lebih karut apabila bekas Ahli Parlimen Labis itu menyifatkan kejayaan BN sebagai penolakan jelas masyarakat Cina terhadap idea PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Semasa kempen Soi Lek banyak menimbulkan isu kontroversi yang menyinggung perasaan umat Islam seperti mempersenda sikap calon PAS memakai sarung tangan ketika bersalam dengan lelaki bukan muhrim.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, pihak yang kalah teruk masih MCA kerana walaupun semua usaha telah dilakukan, pendirian kaum Cina masih tidak berubah. Naib Presiden KeADILan, Tian Chua turut berpandangan sama, sambil menekankan: "MCA gagal menakutkan pengundi Cina dengan isu negara Islam."
Namun begitu, pemimpin PAS harus memandang berat jika terbukti memang benar isu negara Islam dan hal-hal berkaitan, seperti isu salam itu, membuatkan sebilangan pengundi Cina keliru dan salahfaham. Tidak sukar dibayangkan bahawa dalam setiap kali pilihan raya kecil membabitkan PAS di kawasan mengundi majoriti Cina, isu-isu "sensitif" kerap dimanipulasi secara besar-besaran.
Tanggapan bahawa semasa PAS semakin mendapat sambutan di kalangan orang Cina, maka ia perlahan-lahan kehilangan sokongan pengundi Melayu juga harus diteliti. Persepsi politik perkauman di negara ini masih tebal dan tidak boleh diremehkan, apatah lagi apabila mesin propaganda Umno melalui Utusan Malaysia dan siaran berita televisyen begitu intensif memainkan sentimen itu di kalangan orang Melayu, terutama pengundi di kampung tradisi dan masyarakat Felda.
Dalam pada itu, saya tetap melihat siri pengalaman pilihan raya kecil sebagai cukup bermanfaat untuk membantu persiapan PRU13 dan menilai kelemahan yang ada. Apatah lagi di kawasan yang menyaksikan kemerosotan undi Pakatan, iaitu di kerusi penyandang BN seperti di Bagan Pinang, Batu Sapi dan kali ini di Tenang. Dan tumpuan istimewa, dengan melakukan post-mortem menyeluruh, mesti diberikan kepada kerusi Pakatan yang terlepas kepada BN, misalnya di Galas dan Hulu Selangor.
"Ia juga (keputusan Tenang) bagus untuk Pakatan agar tidak dibuai mimpi," kata seorang bekas wartawan kanan politik. "Cuma saya musykil apakah benar siri PRK selepas Najib jadi Perdana Menteri lebih memihak BN, kecuali Sibu, atau kebetulan ia diadakan di kubu kuat BN? Walaupun saya tidak meramalkan trend kini menuju situasi politik seperti pilihan raya 2004, tetapi Pakatan mesti berhati-hati dan jangan ambil mudah," tambahnya.
"Di Kelantan sendiri, sudah ada sungutan wakil rakyat tidak menghiraukan masalah pengundi. Jangan sampai fenomena 2004 berulang apabila ramai pengundi memprotes dan hasilnya PAS hampir tumbang," kata seorang peniaga kecil di Ketereh. Beliau ternyata bimbang PAS bersikap selesa di kubu kuatnya, manakala pengaruh di luar wilayah tradisi masih belum berjaya ditingkatkan sebaiknya.
Ramai juga mengingatkan, kawasan majoriti Melayu seperti Felda dan kampung tradisi memerlukan perhatian khusus -- kalau pun tidak formula baru -- PAS. Pengaruh media baru seperti internet dan akhbar alternatif mesti dinilai di kawasan berkenaan selain beberapa persepsi kuno terhadap PAS harus dipecahkan segera. Bukan saja keputusan Tenang perlu post-mortem tetapi prestasi Pakatan di seluruh negara wajar diteropong.
"Sepatutnya Tenang dijadikan kajian kes secara sistematik menilai keberkesanan pengaruh internet kepada masyarakat Melayu luar bandar," kata seorang blogger politik Pro-Pakatan. "Tidak banyak gunanya kita berbangga dengan kejayaan revolusi Tunisia dan kebangkitan rakyat Mesir melalui laman-laman sosial internet sekiranya di negara sendiri, Malaysia, yang lebih maju berbanding rantau Arab, kesan kuasa siber masih terbatas di kalangan masyarakat terpelajar dan kawasan kota dan pinggir bandar," tambahnya.
Dialog dan solat hajat di Masjid Negeri Harakahdaily | SHAH ALAM, 4 Feb: Sekretariat isu pelajar Mesir kerajaan negeri Selangor akan mengadakan solat hajat malam ini di Masjid Negeri, Shah Alam.
Di samping itu, satu dialog juga akan diadakan bagi membincangkan isu ini sebaik sahaja selesai solat Maghrib.
Majlis ini bertujuan untuk memberikan penjelasan perkembangan yang berlaku di negara berkenaan dan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri untuk membantu pelajar negeri ini di sana.
Sehubungan itu, ibu bapa dan saudara mara pelajar Selangor di sana dijemput untuk menyertai majlis ini.
Semalam dua pegawai Pusat Zakat Selangor telah dihantar ke sana dengan menaiki kapal TUDM. |
| | |
| |
|
Kumpulan pertama 356 pelajar tiba di Jeddah
Kumpulan pertama pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir berjaya dibawa keluar dari Kaherah pada pukul 3 petang semalam waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia) dan selamat tiba di Jeddah.
Kumpulan itu yang terdiri daripada 356 orang pelajar termasuk seorang bayi, berjaya dibawa keluar menerusi pesawat Boeing 747 milik Malaysia Airlines (MAS).
Naib Pengerusi Eksekutif Hubungan Luar MAS Kapten Datuk Mohd Nawawi Awang berkata MAS menggunakan pesawat itu bagi memaksimumkan jumlah pelajar dan rakyat Malaysia untuk dibawa keluar dari Kaherah ke Jeddah.
"Pesawat ini mampu ulang alik sebanyak tiga kali dalam sehari. Pun begitu, hari pertama kita tidaklah terlalu sukar (untuk mendarat di Kaherah) dan semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang," katanya kepada pemberita di Jeddah hari ini.
Sementara itu, suasana ceria jelas terpancar di wajah pelajar-pelajar yang berjaya dibawa keluar dari Kaherah.
Ada antara mereka yang menangis, tertawa dan ada juga yang sibuk dengan telefon bimbit masing-masing menghubungi ibu bapa untuk memaklumkan keadaan terkini mereka.
Haslisah Khalil, 19, pelajar ijazah jurusan perubatan di Universiti Ainshams berkata, beliau bersyukur di atas keprihatinan kerajaan Malaysia yang mengambil inisiatif membawa mereka pulang.
"Gembiralah...sebab keadaan amat menakutkan saya walaupun telah diberikan perintah berkurung oleh pengurusan Rumah Negeri Selangor. Kami hanya boleh keluar selepas pukul 1 tengah hari. Itu pun dengan secepat mungkin.
"Perintah berkurung yang dikenakan ke atas kami bermula pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari. Waktu itu kami manfaatkan membeli barangan asas seperti roti dan gula. Waktu itu juga, kami terpaksa berebut-rebut dengan wanita Arab," katanya
yang kini berada di tahun satu jurusan tersebut.
Mohd Shauqi Ismail, 26, yang berasal dari Melaka berkata tindakan kerajaan membantu warganya dalam kesusahan termasuk di luar negara membuktikan bahawa kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak prihatin dan bertanggungjawab.
"Saya rasa bersyukur dan gembira hari ini. Sama ada bantuan tiba menerusi kapal terbang ke, kapal ke, apa yang penting ialah keselamatan kita. Jadi kita tak kira apa pun yang datang selamatkan kita," katanya.
Pelajar tahun satu jurusan Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar itu turut ditemani isteri yang juga menuntut di univerisiti itu dan anaknya berusia
dua tahun.
Kesemua pelajar tersebut kini ditempatkan sementara di asrama Tabung Haji di Jeddah.
Pemindahan pelajar selain mengunakan pesawat milik MAS, ia juga turut mendapat kerjasama AirAsia, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia.
Pada masa ini dianggarkan terdapat 14,000 pelajar Malaysia di Mesir yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di sana.
Sejak 28 Jan lepas, beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan.
- Bernama
Shuhaimi dihadap ke mahkamah Isnin ini
Joseph Sipalan
Feb 3, 11
2:25pm
ADUN seri Muda, Shuhaimi Shafie berkata beliau akan dihadapkan di
Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi Isnin ini berhubung tulisan dalam
blognya Disember lalu yang didakwa menghina Sultan Selangor.
Shuhaimi yang membayar jaminan polis pagi ini - ketika dihubungi
Malaysiakini - berkata beliau tidak pasti bentuk dakwaan terhadapnya tetapi beliau dimaklumkan ianya mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan.
Seksyen yang beliau maksudkan meliputi kesalahan "mencetak, menerbitkan, menjual, menawarkan untuk dijual, mengedar atau
mengeluarkan semula sebarang penerbitan berunsur hasutan. Jika sabit kesalahan ia membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000, atu penjara sehingga tiga tahun bagi kesalahan pertama.
Shuhaimi, yang menafikan beliau merujuk kepada Sultan Selangor
He said police had dalam blognya, berkata beliau sepatutnya pergi ke ibupejabat polis Shah Alam petang semalam, tetapi ditangguhkan hingga ke pagi ini, kerana beliau ada ceramah.
Menurutnya, polis menahannya sebentar pagi ini, sebelum beliau membayar ikat jamin dengan seorang penjamin.Abdul Razak Ismail - pembantu ahli exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar eksekutif - menjadi penjaminnya.
Sekurang-kurangnya 20 laporan polis dibuat terhadap Shuhaimi selepas tulisan dalam blognya itu, manakala PERKASA dan Gerakan
Anti-Pakatan Selangor (GAPS) menuntut beliau digantung kerana
menghasut "perang terhadap Raja-raja Melayu".
K'jaan S'gor akan bantu YB Shuhaimi
Kerajaan Selangor kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang menahan ADUN Seri Muda, YB Shuhaimi Shafiei semalam dan dijangka menghadapi pertuduhan mengikut Akta Hasutan pada Isnin ini.
"Sekali lagi, senario yang kita bimbangkan telah berulang apabila pihak berkuasa berat sebelah dalam mengambil tindakan dan hanya cepat menyelesaikan siasatan jika ia membawa keuntungan kepada BN dan memburukkan imej wakil rakyat Pakatan Rakyat," demikian menurut kenyatan sekretariatn akhbar, pejabat menteri besar Selangor.
"Persoalan yang perlu dijawab oleh pihak berkuasa, mengapakah
tindakan tegas dan cepat tidak diambil terhadap kes-kes yang melibatkan kepentingan ramai seperti kes kematian Teoh Beng Hock, Kugan dan adik Aminulrashid?
"Kerajaan negeri memberi sokongan penuh kepada YB Suhaimi dan tidak percaya beliau mempunyai sebarang niat untuk memburukkan institusi Raja-raja Melayu," tambah kenyataan itu lagi.
Katanya, ia dapat dibuktikan apabila Shuhaimi dan semua ADUN Pakatan, menyokong dalam sidang DUN 24 Januari lalu untuk mengembali perlembagaan negeri kepada bentuk asalnya yang memberi kuasa kepada sultan Selangor dan menteri besar untuk memilih tiga pegawai tinggi kerajaan negeri.
"Sebaliknya, kesemua ADUN Umno/BN pula menolak pindaan ini yang sekaligus menghalang pengembalian kuasa pelantikan tiga ex-officio kepada DYMM Sultan.
"Dalam hal ini, rakyat boleh menilai sendiri siapakah sebenarnya penderhaka yang tidak menghormati langsung institusi Raja-Raja Melayu tetapi dengan lantang melabelkan orang lain sebagai penderhaka," katanya.
Rakyat juga, tambahnya, dapat melihat berlakunya ketidakadilan pihak berkuasa apabila kes yang tidak mengancam keselamatan negara, diberi keutamaan untuk diselesaikan sedangkan banyak lagi kes-kes jenayah yang meragut nyawa dan menjejaskan kualiti hidup rakyat gagal diselesaikan dengan kadar segera walaupun banyak aduan telah dibuat.
"Dalam kes YB Shuhaimi, kerajaan negeri negeri tidak akan membiarkan beliau berseorangan dalam menghadapi tuduhan tidak berasas ini. Kerajaan negeri akan membantu beliau dengan pembiayaai kos perundangan untuk YB Shuhaimi dan menyokong usaha beliau untuk menegakkan keadilan.
"Apa yang berlaku hari ini menguatkan lagi iktizam dan komitmen Pakatan Rakyat untuk mengembalikan integriti institusi penguatkuasaan termasuk kehakiman, Pejabat Peguam Negara dan polis sekiranya diberi mandat untuk memerintah negara pada pilihan raya umum akan datang," katanya.
Bekas MB Johor meninggal dunia
Bekas Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ajib Ahmad meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara kira-kira 3.25 petang ini akibat sakit jantung.
Abdul Ajib, 64, menjadi menteri besar Johor mulai 1982 hingga 1986.
Allahyarham meninggalkan seorang balu Datin Ropeah Hassan, 60, dan empat anak.
jenazah Abdul Ajib Ahmad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di Kuala Lumpur selepas solat Maghrib.
Sebelum itu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara.
Antara kenamaan yang hadir ialah Pendana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang serta anggota Parlimen Johor Bahru Datuk Seri Shahrir Samad.
Najib yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham, menyifatkan Abdul Ajib, 64, sebagai tokoh politik tanah air yang banyak menyumbang kepada pentadbiran di peringkat kerajaan negeri serta nasional.
Pelajar cerita pengalaman cemas di Mesir
"Kami tidur dalam ketakutan dengan bertemankan pisau dan penyembur lada di sisi" kata dua sahabat baik yang merupakan penuntut tahun ketiga jurusan perubatan di Universiti Mansoura, Mesir.
Nazeera Mohd Nasir dan Nurul Shafiqah Mohd Tajudin, masing-masing 21 tahun ditemui Bernama selepas selamat tiba bersama tiga lagi pelajar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 10 malam tadi dengan menaiki penerbangan EK0342 Emirates dari Kaherah.
Nazeera berkata mereka dibelenggu perasaan cemas dan takut ekoran kawasan rumah sewa mereka di Mansoura agak tegang terutamanya ketika malam dengan bunyi tembakan dan cermin rumah dipecahkan.
"Pada hari pertama, ketika itu kami sedang tidur dan tiba-tiba dikejutkan dengan pengumuman dari masjid berdekatan yang meminta semua penduduk agar menutup lampu dan mengunci semua pintu kerana banduan terlepas di penjara yang berdekatan dengan rumah sewa kami.
"Kami berkongsi katil setiap malam dan asyik berjaga kerana terdengar bunyi pecah rumah, pengumuman dari masjid jika ada rumah yang dipecah, kereta kebal lalu lalang selain bunyi tembakan hingga menyebabkan kami terpaksa tidur dengan pisau dan penyembur lada demi keselamatan," katanya.
Beliau berkata bimbang dengan keadaan tersebut, mereka nekad menyewa sebuah kenderaan tiga hari lalu untuk membawa mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah namun terkandas di lapangan terbang tersebut setelah gagal menaiki kapal terbang meskipun telah membeli tiket.
"Keadaan di dalam terminal sangat tegang.. semua orang berebut-rebut untuk menaiki kapal terbang. Meskipun kita sudah beli tiket dahulu tetapi itu tidak menjamin kita boleh dapat naik penerbangan tersebut," katanya sambil menambah mereka menggunakan kad kredit untuk membeli tiket penerbangan lain.
Nurul Shafiqah pula berkata terdapat kira-kira 200 pelajar Malaysia yang terkandas di lapangan terbang itu sejak meletusnya tunjuk perasaan pada 29 Januari lalu dan keadaan menjadi lebih meruncing apabila mereka kehabisan wang selain bekalan makanan semakin berkurangan.
"Kami semua duduk dan tidur di atas lantai dengan beralaskan kotak. Malah ramai yang menangis ketakutan dan ada yang telah berada di lapangan terbang tersebut sejak empat hari lalu.
"Kami hanya makan sedikit roti dan air mineral dan terpaksa mencatu makanan kerana bekalan makanan semakin berkurangan selain tidak dapat membuat pengeluaran wang malah roti dan air dijual dengan harga yang sangat mahal," katanya.
Sementara itu, Nor Akhbariah Md Najas, 20, pelajar tahun pertama jurusan perubatan di Universiti Tanta, Mesir berkata keadaan di Tanta tidak seteruk Mansoura tetapi mereka tetap mematuhi perintah berkurung pada setiap malam.
"Banduan berada di mana-mana dan setiap hari ada sahaja rumah yang dipecah masuk serta barang dilarikan malah kereta kebal dan tentera juga ada di semua kawasan. Keadaan seperti itu sangat menakutkan," katanya yang turut terkandas di lapangan terbang itu selama dua hari.
Ibu kepada Nor Akhbariah, Jamaliah Mohd Salleh, 57, pula berkata ketika pertama kali mendengar insiden Mesir di televisyen, beliau berasa susah hati dan bimbang keselamatan anak kelimanya itu sebelum bertindak memasukkan wang ke dalam akaun Medic Mesir.
"Medic Mesir sangat bertanggungjawab, mereka membelikan tiket untuk Nor Akhbariah pulang ke tanah air. Kita cuma berharap pihak kedutaan juga dapat menghulurkan bantuan dengan lebih pantas kepada pelajar-pelajar yang masih terkandas di sana," katanya.
- Bernama
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira 3.25 petang di Hospital Pakar Damansara akibat sakit jantung dan meninggalkan seorang balu Datin Ropeah Hassan, 60, serta empat anak.
Abdul Ajib menjadi Menteri Besar Johor mulai 1982 hingga 1986.
Sementara itu, anak Allahyarham, Ahmad Nazri, 35, berkata bapanya turut menghidap kencing manis serta penyakit buah pinggang dan perlu menjalani rawatan dialisis.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan