Isnin, 4 Jun 2012

BERKERJA INI ADA DUA JENIS SAJA...SATU KERJA UNTUK ALLAH SATU LAGI BUKAN KERANA ALLAH...SATU KERJA MENGIKUT LUNAS2 ISLAM SATU LAGI TIDAK....SATU IKUT HUKUM ALLAH SATU LAGI TIDAK...SATU KERJA BUAT AMALAN2 SYAITAN SATU LAGI TIDAK...SATU MEMPERJUANGKAN ISLAM SATU LAGI TIDAK...SATU BUAT KERJA2 AHLI SYURGA SATU LAGI BUAT KERJA2 AHLI NERAKA...BERMAKNA DIDUNIA HANYA DUA PIHAK....IAITU SATU PIHAK MENYANJUNG ALLAH...SATU LAGI TIDAK.....IA TIDAK TIGA...EMPAT...LIMA...PIHAK...SEBAB DIAKHIRAT HANYA DUA TEMPAT SYURGA DAN NERAKA SAJA...SATU LAGI HANYA SEMENTARA IAITU ....AL ARAF الاٴعرَاف

Keputusan tragedi berdarah kes Batu Burok esok

Harakahdaily, 03 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu menetapkan esok, 4 Jun sebagai tarikh memberi keputusan terhadap dua tertuduh kes Batu Burok pada 2007 lalu.

Kedua-duanya Muhammad Azman Abd. Aziz, 21, dan Suwandi Ab. Ghani, 38, sebelum ini dituduh menggunakan kekerasan dan sengaja cuba mencederakan seorang anggota polis dalam Tragedi Batu Burok 8 September 2007.

Mereka juga ditembak oleh polis tersebut sehingga salah seorang daripada mereka iaitu Suwandi terpaksa dibedah untuk mengeluarkan peluru yang berada seinci daripada jantung beliau.

Mereka diwakili peguam pembela peguam Mohamed Hanipa Maidin serta Datuk Wan Abdul Muttalib Embong.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hassan menyeru seluruh umat Islam amnya dan ahli PAS khasnya mengadakan solat hajat disemua peringkat bagi mohon keselamatan dan kesejahteraan mereka.

 


 

 


Islam tegah gelaran buruk, apatah lagi tuduh kafir

Abdul Rahman Mustaffa,
Beberapa hari sudah berlalu, desakan yang dibuat oleh pelbagai pihak menunjukkan tiada sebarang respons yang diberikan oleh Tan Sri Rahim Nor berhubung dakwaannya menggelar Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Nik Abd Aziz bin Nik Mat sebagai ‘Father of Kafir’. Malangnya, beliau ‘bijak’ pula bersandiwara dengan menafikan kenyataan tersebut. Kenyataan biadab ,melampau dan keterlaluan yang disiarkan oleh New Straits Times pada 8 Mei 2012 ini bukan sahaja mengguris hati masyarakat Kelantan bahkan seluruh pencinta-pencinta agama Islam di Malaysia khususnya, dan di peringkat dunia amnya.
Tuan Guru Nik Aziz merupakan Mursyidul Am sebuah gerakan Islam dan juga ulama’di Malaysia. Beliau merupakan penegak kebenaran dan penentang kebatilan. Bukan ‘kaki bodek’ kepada sang penguasa. Kenyataan ZALIM yang dikeluarkan oleh bekas Ketua Polis Negara terhadap Ulama’ tersohor ini ‘WAJIB’ disanggah berdasarkan firman Allah s.w.t
Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu sebagai penegak keadilan kerana Allah, janganlah kebencianmu kepada sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana ia lebih dekat kepada taqwa, Dan bertaqwalah kepada Allahsesungguhnya Allah maha mengetahui segala yang kamu lakukan.(Al-Ma’idah, ayat 8)
Menuduh orang lain dengan tuduhan kafir atau sesat adalah dosa yang besar. Jika kita tahu bahawa seseorang tidak kafir atau sesat atau fasik, tetapi kita sengaja menuduh imannya yang sah itu sebagai kafir atau sesat, atau menuduh dirinya yang tidak fasik itu sebagai fasik, maka tuduhan itu kembali kepada yang menuduh. Sabda Nabi s.a.w:
Maksudnya: barangsiapa yang menyeru seseorang yg gelaran kufur, atau memanggilnya dengan gelaran musuh Allah, sedangkan dia tidak begitu, maka panggilan itu akan kembali kepadanya (penuduh)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Namun begitu, kita juga hendaklah sedar, di sana ada batas-batas iman dan kufur. Ini seperti sesiapa yang dengan jelas tanpa sebarang andaian lagi menghina Allah dan RasulNya, maka dia terkeluar dari Islam. Demikian juga jika dia menentang secara jelas tanpa sebarang andaian lagi apa yang ditetapkan oleh Allah dengan jelasnya seperti pegharaman arak, judi, zina dan seumpamanya. Sesiapa yang menghalalkan perkara-perkara tersebut atau menentang pengharaman perkara-perkara tersebut dari segi hukum agama, dalam keadaan sedar dan faham maka dia terkeluar dari Islam.
Namun, kita hendaklah berhati-hati apabila menghukum seseorang dengan hukuman murtad atau kufur atau sesat atau seumpamanya. Hal ini kerana, hukuman umum tidak sama dengan hukuman khusus. Hukum umum menghina hukum Islam yang jelas seperti azan membawa murtad, tetapi individu tertentu yang menghina tidak boleh terus dihukum murtad. Hendaklah dilihat keadaannya, maksud ucapannya, kefahamannya dan berbagai latar yang lain.
Firman Allah s.w.t ,mafhumnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk, amatlah buruknya sebutan nama fasiq sesudah ia beriman. Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiqnya maka merekalah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Hujurat:11)

Larangan memanggil Muslim dengan gelaran yang buruk adalah sangat ditegah di dalam al-Quran. Sebab penurunan ayat 11, Surah al-Hujurat berkisar mengenai sahabat Nabi SAW iaitu Thabit yang memanggil seorang dengan gelaran buruk di zaman jahiliah yang menyebabkan orang itu menjadi malu. Jika memanggil dengan gelaran buruk sudah ditegah, apatah lagi menuduh seseorang Muslim itu sebagai ‘kafir’.
Justeru, saya mewakili seluruh saf kepimpinan Maaruf Club membantah kenyataan biadab dan tidak bermoral yang dikeluarkan oleh oleh Tan Sri Rahim Nor selaku mantan Ketua Polis Negara terhadap Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Nik Abd Aziz bin Nik Mat. Maaruf Club juga menuntut untuk mereka yang terlibat dalam hal ini agar bertaubat kepada Allah dan memohon maaf secara terbuka kerana perkara ini jelas telah memalukan nama mereka yang terlibat. Beliau seharusnya menunjukkan kredibiliti yang tinggi selaku orang pertama yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal keselamatan dalam negeri suatu ketika dahulu. Tokoh-tokoh dalam negara seperti beliau seharusnya mengamalkan akhlak-akhlak islami sebagai ‘role model’ kepada seluruh lapisan masyarakat di Malaysia.
Wallahua’alam.

Penulis ialah Exco Da’wah & Tarbiyyah Maruf Club UIAM 11/12

DARI FACEBOOK

  • Bumiputera Berjaya was tagged in Aminuddin Mohamad's photo. — with Pakoi Trg and 6 others.


    Petanda Kejatuhan PAS Disemua Peringkat ......??? Hahahahaha ........ Mantan MB Perak, Selipar DAP, YB Meroyan sebab hilang kuasa terus meroyan dan kurang siuman tu dah isytihar PAS dan sahabat2 Pakatannya akan tewas teruk dalam PRU 13. Gila ke apa si Nizar tu sampai sanggup mengatakan PAS akan tewas disemua peringkat ...... tersasul ke ..?? Nizar silap sebut ke ..... ‘slip of tounge’ atau Silap Tongong ..... Allah takdirkan lidah Nizar sebut sebagai "petanda kejatuhan PAS disemua peringkat". Tergeliat lidah akibat kuat sebut kata-kata fitnah .........
    · · 2 hours ago ·


    • 9 people like this.

      • Telan Boom muka yg paling gua benci.... fakta barua dap
        3 hours ago · · 2

      • Aminuddin Mohamad Talibarut komunis ......
        2 hours ago · · 3

      • Aminuddin Mohamad Boneka DAP ......
        2 hours ago ·

      • Bestnya Bau Stor Kunyit mulut mcm joker, sbb tu mudah buat fitnah.
        2 hours ago ·

      • Aminuddin Mohamad Dia sekadar YB Tukang Cakap DAP, Tukang Maki DAP ........
        2 hours ago ·

      • Matahari Pink ngeee xsukeww die neyhh
        2 hours ago · · 1

      • Mohd Roshidi tara buley pakai ini org.
        2 hours ago ·

      • Sarina Aman menyampahnya tengok muka berok ni.... ishhhh
        2 hours ago ·

      • Aminuddin Mohamad Menurut House PK, rupanya ...

        Macam ni cerita dia, PAS Perak dah memang bengang gila dengan si Nizar ni sebab sebagaimana yang kita semua tahu, Nizar lebih setia kepada DAP dari PAS sendiri. Perkara ini semua orang PAS tahu, sebab tu masa brader lembut gila projek nak keluar UMNO Nizar cadangkan dia masuk DAP!

        Cinta dan mahabbah Nizar Laknatullah ni pada DAP memang dah tak boleh nak pertikai lagi, PAS nampak dan secara senyap mereka memujuk si Fauzi ni balik ke Larut, dalam Larut ada 3 kerusi DUN, maka PAS boleh meletakkan dia kat mana mana saja untuk Fauzi bertanding.

        Kalau menang PAS dah tahu dengan reputasi buruk Nizar di mata rakyat negeri Perak, maka mereka dengan mudah akan meletakkan si fauzi di kerusi MB. Percayalah, DAP pun tak nak Nizar jadi MB lagi, sebab mereka pun tahu dia ni sudah rosak namanya di Perak.

        2 hours ago · · 1

      • Aminuddin Mohamad Dia ni munafik apa ke ....bila mengata Sultan Johor ?

        Kepada yang sudah lupa... masihkah anda ingat bahawa Kerajaan Perak sewaktu pimpinan Nizar ada membeli 16 buah kenderaan Camry???

        Masihkah anda ingat no. plat ini???

        AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, AGS828 dan AEU606 itu semuanya didaftarkan pada 9 Januari 2009...

        Yang ni nizar pakai duit mak bapak dia atau duit rakyat???...

        2 hours ago · · 3

      • Matahari Pink hehe biasalah tu apabila MELAYU DAP mudah Lupa..ekekeke
        2 hours ago · · 1

      • Pak Lang Boboy DIA NAK BAGI TAU KENYATAAN,BERKUBUR PAS DAN PKR LEPAS NIEEE
        2 hours ago ·

      • Aminuddin Mohamad Kalau satu plate tu berharga RM30,000 ..... 16 X RM30,000 = RM480,000. Dia pakai duit sapa untuk beli no plate tu ..... duit dia sendiri?? Duit mak bapak dia?? Duit Yahudi bagi..??? atau duiot rakyat ......???
        2 hours ago ·

      • Aminuddin Mohamad Tak ade ke orang PAS nak komen .....???
        2 hours ago ·

      • Sham Gee Kah kah kah Post tak laku minta pulak dikomen kah kah kah

      • Matt Huzairy ap point sebenarnya ni?

      • Boboy Bye Subhanallah... beginikah yg dikatakan umno yg berbudi bahasa? berhemah? Astaghfirullahalazim. kata2 kesat kah yg pemimpin umno ajarkan? adakah ayat laknatullah itu sesuai kita katakan pada mereka tanpa kita ketahui hujung pangkal cerita... Subhanallah

Fatwa Kebangsaan: Boneka Umno atau khalifah Allah?

MOHD AFIQ MOHD SALEH,
Jika Pengerusi Fatwa Kebangsaan tidak mengeluarkan fatwa seperti inipun saya pasti semua yang bergelar "allazina aamanu" sudah arif lagi mengetahui akan pengharaman jika membuat kerosakan. Tetapi nyatanya, fatwa sebegini telah menyerlahkan lagi siapa di sebalik topeng Majlis Fatwa. Jika mereka makan gaji dengan kerajaan sekalipun, namun mesti beringat-ingat, ketua terbesar bukanlah kerajaan tetapi Allah Azzawajalla. Menutup pekung kerajaan dengan menyalahkan rakyat melalui jalan fatwa adalah suatu pengkhianatan terhadap agama!

Saya melihat, fatwa sebegini menjadi nyawa terakhir kepada kerajaan apabila isu demi isu yang mereka mainkan tidak mendapat perhatian rakyat jelata. Bermula isu syurga neraka sampailah kepada isu seks, semuanya tidak berpihak kepada mereka, bahkan ludah yang dihampurkan terpalit ke wajah sendiri. Akhirnya, mereka mengambil kesempatan ini untuk menimbulkan isu lain, mufti dijadikan boneka, agama pula dijual atas nama politik demi meraih sokongan. Sungguh jijik sekali feel seperti ini.

Mengistinbatkan sesebuah fatwa bukan seperti menulis rencana, baik buruknya harus diteliti dari segenap sudut. Kondisi dan situasinya harus disesuaikan dengan masyarakat, dan perbahasannya bukan seperti perbahasan di dalam dewan parlimen! Fatwa dosa dan pahala, haram atau halal tidak sama dengan peraturan sekolah.

Saya percaya, pertikaian terhadap majlis fatwa rentetan fatwa yg dikeluarkan bukan sahaja pada badan pengeluar bahkan pertikaian juga terhadap fatwa yang dikeluarkan. Seolah-olah berat sebelah dan kelihatan seperti menyebelahi pihak kerajaan, dan yang lebih ditakuti jika ia berpihak kepada kemungkaran. Yang sewajarnya diharamkan tidak pula diharamkan atas kepentingan pihak tertentu.

Saya amat menghormati majlis fatwa kebangsaan atas nama autoriti mereka memegang tanggungjawab agama di dalam negara Malaysia, tetapi mereka tidak wajar menggunakan kuasa ini untuk mengambil kesempatan. Setidak-tidaknya, mereka mengambil langkah diam jika ditakuti fatwa yang dikeluarkan bersalahan dengan kehendak agama.

Saya pasti, jika fatwa yang dikeluarkan ini menepati ciri-ciri sebuah fatwa dan digazetkan secara saksama serta adil, rakyat tidak akan melenting. Rakyat hari ini semakin dekat dengan ugama dan telah tahu apa perkara yang haram dan yang halal. Pertimbangan majlis fatwa yang berat sebelah inilah yg mugkin menjadi pertikaian oleh rakyat terutamanya golongan agamawan.

Menyifatkan BERSIH 3.0 secara khusus sebagai hukum haram atas illah mencetuskan keadaan huru-hara adalah kesilapan yang sengaja mengundang padah. Pertamanya kerana matlamat dan tujuan perhimpunan itu diadakan bukan untuk menghuru-harakan keadaan jauh sekali mahu menumbangkan kerajaan. Keduanya, dalam pada mereka mengharamkan BERSIH, masih banyak maksiat yang sepatutnya terlebih dahulu diharamkan tidak pula difatwakan sebagai haram. Inilah antara penyebab timbulnya kemarahan pelbagai pihak.

Sewajarnya, dalam mengeluarkan fatwa biarlah bersifat menyeluruh dan adil. Jika satu maksiat HARAM, maka seluruh perkara yang mempunyai ciri-ciri maksiat mesti di-HARAM kan. Kondisi di Malaysia sudah terbalik, seolahnya, yang meminum arak itu haram, sebaliknya yang membuat arak tidak pula haram. Merokok diharamkan, tetapi penjualan rokok masih lagi berluasa. Begitu juga halnya perjudian, walaupun perbuatan judi telah lama difatwakan haram, namun tempat perjudian terbesar masih wujud di Malaysia.

Jika mahu berfatwa, lakukanlah ia secara adil dan saksama dalam semua hukum.


Jika tidak, apa yang akan berlaku, Itulah yang ALLAH sebutkan dalam surah Al-Baqarah, "beriman dengan sebahagian dan kufur dengan sebahagian" Apa yang mempunyai kepentingan oleh pihak tertentu dihalalkan, sebaliknya yg tidak berkepentingan pula diharamkan secara semberono.

Akhirnya, saya menyeru kepada majlis fatwa kebangsaan agar kembali kepada tugas asal mereka tanpa mengira latar politik. Walaupun terpaksa menempelak & menegur kerajaan, maka itu yang harus mereka lakukan demi melihat institusi agama terus mendapat penghormatan dan kepercayaan. Setidak-tidaknya mereka akan dihormati kerana kewibawaannya menjaga kredibiliti hukum dan agama.

AL al-Bayt University, Kingdom of Jordan.
Syariah, Fiqh wa usuluh.

Tamparan hebat buat pengerusi SPR, timbalan

Tarmuzi Nek,
Penarikan balik Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 adalah bukti kukuh bahawa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR tidak layak memegang jawatan masing-masing.

Rang undang-undang tersebut telah dibuat secara membuta-tuli. Jika tidak pasti ia akan disokong oleh ahli-ahli parlimen BN, juga secara membuta-tuli. Pengerusi dan timbalannya telah ‘buta dan tuli’. Ini adalah alasan kukuh untuk mereka  melepaskan jawatan.

Saya benar-benar kagum dengan sikap Timbalan Pengerusi SPR. Dalam respons segera melalui media, dia berkata  bahawa rang undang-undang itu telah dicadangkan dengan niat untuk memperbaiki sistem pilihan raya.

“SPR faham masalah-masalah yang dihadapi kerana kakitangan SPR tahu apa yang berlaku dan bagaimana untuk melaksanakan tugas. Jika tidak, pasti SPR tidak akan mencadangkan sesuatu yang boleh membawa kepada lebih masalah,” katanya, menegakkan benang basah. Beliau begitu kental dengan keegoannya.

Wahai pengerusi SPR dan timbalan, jika tidak mahu melepaskan jawatan, tolonglah transformasikan diri sendiri dan organisasi. Libatkanlah pihak-pihak yang berkepentingan apabila perlu.


Senaman punggung: Jangan dilihat macam lembu meragut

Mohd Insan Kamil,
Laporan portal berita mengenai tindakan sekumpulan bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' depan rumah Pengerusi Bersama Bersih Datuk S Ambiga dekat ibu negara pagi tadi janganlah sampai dilihat seperti lembu-lembu sedang meragut rumput.

Apa tidaknya, gambar yang disiarkan di dalam portal Malaysiakini jelas menunjukkan kepala mereka lebih rendah daripada punggung.

Nah, kalau begitu sudah tentu sekali bukan bentuk manusia dalam keadaan normal melainkan makhluk berkaki empat, lebih-lebih lagi sewaktu meragut rumput atau memakan makanan.

Malaysiakini juga melaporkan bahawa tindakan itu tidak dikongsi, malah dikritik rakan-rakan mereka dalam pasukan keselamatan.

Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (KERABAT) menyifatkan senaman aneh di Bukit Damansara pagi tadi bertentangan dengan prinsip kesopanan dan kesusilaan yang diterapkan dalam Rukun Negara.

Presidennya, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar berkata tindakan itu tidak mencerminkan usia anggota pertubuhan itu yang telah bersara daripada perkhidmatan.

Syor boikot NST

Abdul Halim Mohamed Shariff,
Saya berharap pihak Harakah, PAS, KeAdilan dan DAP menyeru semua penyokong untuk memboikot NST supaya memberi pengajaran terhadap sikap biadap mereka.
Menyiarkan berita seperti itu bukan sahaja menhina Tuan Guru dan PAS malah sebagai umat Islam ia seperti mempersenda umat Islam.
Tajuk rencana itu tak sepatutnya di tulis sedemikian rupa. Masih banyak cari lain untuk menyampaikan berita tersebut walaupun ianya bukan datang secara langsung dari pemberita NST.
Ianya seolah olah melontar batu sembunyi tangan.Tajuk berita itu tidak langsung mengambil kira sensiviti kaum dan agama.

Post Mortem Himpunan Jutaan Belia 2012

Amiruddin Ismail,
Rata-rata pihak menyuarakan bantahan dan kebencian dengan sikap bersahaja kerajaan Malaysia menghalal raikan konsert artis-artis K-Pop dan Jepun ke Malaysia sempena Himpunan Jutaan Belia baru-baru ini.

Saya tidak mahu bercakap terlalu panjang. Bukan tampil membuat kenyataan rasmi bantahan wakil Ma’ruf Club. Secara dasarnya, kami pasukan penggerak Amar Ma’ruf Nahi Munkar memang bencikan sikap bersahaja pihak penganjur merelakan budaya hedonisme kurang sihat ini, lebih-lebih lagi apabila memfokuskannya kepada kami anak muda harapan negara.

YA, MEMANG KAMI BANTAH HIMPUNAN BELIA NEGARA!

Tidak dinafikan memang banyak aktiviti yang bermanfaat dalam Himpunan Belia Negara, contohnya pengisian kerohanian, booth-booth kerjaya dan pengajian tinggi, jambori, kolokium, ceramah motivasi, pertandingan-pertandingan nasyid dan tilawah al-Quran. Sempat juga beberapa sahabat saya berkunjung ke sana, mereka kongsikan pengalaman melawat mega karnival. Saya tidak pergi, saya mengambil pendekatan menjauhi perkara yang lebih besar keburukan berbanding kebaikan.

Benarkah keburukan lebih besar berbanding kebaikan?

Mudah sahaja. Anda tanyakan pada diri sendiri. Sejauh mana aktiviti-aktiviti bermanfaat seperti kerohanian dan pendidikan digembar-gemburkan dan menjadi main highlight dalam promosi Himpunan Belia Negara? Berapa banyak peruntukan diberikan untuk tujuan-tujuan tersebut? Apakah relevannya mencampur-adukkan pentas dengan persembahan nasyid pada siangnya, dan persembahan maksiat pada malamnya? Berapa banyak aktiviti pendidikan dan kerohanian yang dikunjungi Perdana Menteri dan diwar-warkan di media?

Saya nak tanya sendiri kepada pihak penganjur. Apa jenis belia yang anda mahu hasilkan manifestasi daripada Himpunan Jutaan Belia tahun ini? Belia sekularkah? Belia harapan negarakah?

Maaf pihak penganjur, kami bukan bermaksud apa-apa. Jujurnya, anda telah merosakkan anak muda. Orang ramai memandang serong kepada anak muda. Kata mereka, “Agaknya tiada masalah kalau anak muda hari ini siangnya diisi dengan motivasi, nasyid dan kerohanian, malamnya diisi dengan maksiat dan persembahan artis separa telanjang. Begini ialah model pemimpin negara akan datang.”


Habis busuk nama Islam! Habis busuk nama anak muda Malaysia! Kononnya Islam agama rasmi Persekutuan. Kononnya Kepercayaan kepada Tuhan, kononnya keluhuran perlembagaan, kononnya kedaulatan undang-undang, kononnya kesopanan dan kesusilaan menjadi intipati Rukunegara yang disanjung-sanjung. Mana perginya keunikan identiti Malaysia yang disanjung-sanjung seluruh dunia hari ini? Habis sepah dibuang dan dicampak-campakkan oleh pemimpin negara Malaysia sendiri!

Ya kami memang marah dan benci! Kami sangat sayangkan kerajaan kami, hanya cuma kami cukup marah dan benci dengan sikap kerajaan yang tidak pernah sayangkan kami.

Saya nak nasihatkan kepada pihak kerajaan yang menganjur, lain kali kalau nak anjurkan Himpunan Belia Negara, bawa-bawalah berbincang dengan kami anak muda. Bawa-bawalah berbincang dengan kami mahasiswa. Kami lebih memahami jiwa anak muda, kami lebih kreatif, kami lebih tahu bagaimana nak corakkan generasi pemimpin negara suatu masa nanti.

Jangan salahkan kami kalau anda ‘hilang kuasa’ di Putrajaya ‘suatu hari’ nanti.

Jangan salahkan kami kalau Tuhan timpakan malapetaka terhadap dosa-dosa anda. Naudzubillahi min zalik.

Kami terus mendoakan...Amin.

Penulis ialah Presiden Ma'ruf Club IIUM


Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Tiada ulasan: