Sabtu, 9 Jun 2012

SIASATLAH...WALAUPUN TELAN MATI EMAK,DILUAH MATI BAPAK...BARU TELUS...RAKYAT DAH TAK PERCAYA ORANG DIAMANAHKAN MENGIKUT TELUNJUK ORANG BERSALAH....KERANA TAKUT PADA KUASANYA...SEDANGKAN KUASA DIBERI DALAM PILIHANRAYA...MAKA BILA TAK JUJUR...LANTIKLAH YANG AGAK JUJUR SIKIT...KALAU MEREKA MEMANG BAIK...MAKA WAJIB KITA SOKONG DAN PILIH....

PTPTN: Salah congak, BN terpaksa buat 'U turn'

Harakahdaily, 09 Jun 2012
Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Begitulah pribahasa yang sesuai menggambarkan nasib menimpa Umno BN berhubung tindakan mereka membekukan PTPTN kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis).

Pada mulanya Umno menjangkakan tindakan itu bakal memberi manfaat politik yang besar terhadap mereka sekaligus memberi tekanan baru kepada Pakatan Rakyat Khususnya di Selangor.

Mungkin pada perkiraan awalnya, Umno mencongak bahawa tindakan itu akan membangkitkan kemarahan rakyat kepada Pakatan Rakyat, yang sebelum ini berjanji akan memberi pendidikan percuma jika diberi peluang mengambil alih pemerintahaan negara.

Janji itu yang dicanang berulang-ulang oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan dibentang dalam debat antara Rafizi dan Khairy, terus mendapat sokongan besar khususnya daripada golongan mahasiswa dan anak muda.

Mungkin kerana gusar dengan perkembangan itu, Umno BN kemudiannya cuba 'menguji' kerajaan Selangor yang dipimpin Tan Sri Khalid Ibrahim dengan menyekat pinjaman PTPTN terhadap pelajar baru di kedua-dua universiti itu.

Pada anggapan mereka, Kerajaan Selangor tidak akan mampu menyediakan dana menggantikan pinjaman kepada pelajar Unisel dan isu itu pada mereka, akan meletup dengan persepsi bahawa 'jangan percaya janji Pakatan Rakyat lagi'.

Orang yang dilihat gembira dan 'mastermind' disebalik pembekuan itu adalah Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin yang turut disokong Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam reaksi mereka, seolah-olah mahu berkata 'padan muka kamu' kepada Tan Sri Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun reaksi mereka itu mendapat kritikan dari pelbagai pihak termasuk dari beberapa pemimpin Umno sendiri yang melihat tindakan itu terlalu politik sehingga sanggup menggadai kebajikan pelajar.

Tetapi kedua-dua pemimpin ini akhirnya terpaksa 'menjilat ludah sendiri' apabila tiba-tiba Tan Sri Khalid mengumumkan bahawa Unisel akan mencairkan aset yang dimilikki IPTS itu bagi membantu mahasiswa yang tertindas.

Aset tersebut merupakan hartanah seluas 500 ekar yang diperolehi hasil penyusunan semula hutang TALAM dengan anggaran RM30 juta boleh diperolehi hasil usaha tersebut.

Belum sampai 24 jam pengumuman itu dibuat, PTPTN semalam mengumumkan pula pembatalan pembekuan pinjaman tersebut kepada pelajar Unisel.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dalam reaksinya ketika berceramah di Kelantan malam tadi berkata, tindakan u-turn itu dibuat Umno kerana panik dengan kemampuan kerajaan negeri.

“Kerajaan BN ugut dengan menarik balik pinjaman yang diberi kepada pelajar. Mereka ingat kita tidak pandai kira untuk mencari duit.

“Akhirnya selepas kita sudah ada RM30 juta, tiba-tiba malam tadi PTPTN mengumumkan membuka semula pinjaman kepada pelajar Unisel,” katanya.

Banyak pihak melihat, pertarungan dalam isu PTPTN ini, menghasilkan keptusan 3-0 iaitu Pakatan Rakyat, 3 dan BN, 0.

Mata pertama diperolehi Pakatan Rakyat apabila tawaran pendidikan percuma yang dilontarkan oleh Datuk Seri Anwar serta janji mansuh PTPTN berjaya menarik sokongan anak muda.

Mata kedua pula diperolehi melalui debat Rafizi dan Khairy apabila ramai melihat mekanisma pemansuhan PTPTN dan pendidikan percuma yang dijelaskan Rafizi benar-banar realistik dan mampu dilaksanakan.

Manakala mata ketiga, baru sahaja diperolehi apabila kerajaan dan PTPTN mengumumkan penarikan balik pembekuan pinjaman terhadap pelajar Unisel dan Kuis semalam.

Pengerusi PTPTN bohong, ikut telunjuk Umno

Harakahdaily, 09 Jun 2012
SHAH ALAM: Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Hussin menyifatkan Pengerusi  PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berbohong berhubung alasan penarikan balik pembekuan pinjaman kepada Unisel dan Kuis.

Menurutnya, alasan bahawa pembekuan pinjaman terhadap pelajar kedua-dua IPTS itu ditarik balik kerana tahu kononnya kerajaan negeri tidak mampu memberi bantuan kewangan adalah penuh emosi dan 'kurang cerdik'.

Ini kerana, kerajaan negeri telah mengumumkan  skim bantuan khas untuk pelajar yang  teraniaya oleh pembekuan tersebut.

"Malang bagi Pengerusi PTPTN, selepas menurut perintah Menteri kini terpaksa menjilat semula keputusan itu dan membuat kenyataan berbohong kononnya Kerajaan Selangor tidak mampu memberi pendidikan percuma kepada pelajar.

"Apa yang jelas kenyataan tersebut menunjukkan beliau membenarkan dirinya diperangkap oleh pemimpin tertinggi Umno BN yang sekarang terpaksa membuat "U turn"; tidak sampai 24 jam pembekuan pinjaman diumumkan," katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa Unisel akan mencairkan aset yang dimilikki IPTS itu bagi membantu mahasiswa yang tertindas ekoran pembekuan pinjaman oleh PTPTN.

Aset tersebut merupakan hartanah seluas 500 ekar yang diperolehi hasil penyusunan semula hutang TALAM dengan anggaran nilai RM30 juta.

Mengulas lanjut Faekah berkata, seluruh episod ini sebenarnya suatu amaran kepada penjawat awam agar tidak dengan membabi buta menurut arahan ahli politik dan menjaga integriti mereka.

Pada masa sama, beliau menggesa Menteri Umno agar tidak memperkudakan pegawai kerajaan dan berhenti mengamalkan “bersembunyi di celah kain seorang kakitangan awam”.

Pemuda PAS perkenal Kaffah, kurikulum baru PASTI

Hazayani Zakaria, 09 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meningkatkan lagi kualiti pengajian PASTI dengan memperkenalkan kelas fardhu ain dan fardhu kifayah (Kaffah).

Menurut Ketuanya, Nasrudin Hassan, Kaffah merupakan kurikulum lanjutan PASTI yang menyediakan kelas tambahan selepas waktu persekolahan.

"PASTI merupakan projek DPPM yang dikenali di seluruh negara, jadi kami memperkasakan lagi PASTI dengan melancarkan Kaffah sebagai usaha berterusan ke arah perkembangan potensi anak-anak berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Nasrudin berkata, matlamat penubuhan Kaffah adalah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kecintaan yang tinggi kepada Allah dan Rasul serta mencintai al-Quran.

Selain itu, ia juga untuk melahirkan pelajar yang melaksanakan tuntutan ibadah selain melahirkan pelajar yang mempunyai akhlak yang baik.

"Kaffah juga akan melahirkan pelajar yang memiliki sifat ghairah yang tinggi kepada Islam dan mampu memasyarakatkan Islam dalam lingkungan persekitarannya," katanya.

Waktu pembelajaran Kaffah pula, bagi sekolah satu sessi dan separuh sessi, ia mengikut kesesuaian dan keperluan pihak pengurusan sekolah, dimasukkan dalam jadual asal yang sedia ada.

Manakala kelas hujung minggu boleh dibuat dalam bentuk tuisyen selama tiga jam 30 minit untuk sehari iaitu pada Sabtu dan Ahad.

Sementara itu, tenaga pengajar pula terdiri daripada guru-guru PASTI sendiri atau tenaga pengajar luar secara separuh masa.

Orang ramai yang berminat untuk menghantar anak-anak ke Kaffah boleh berurusan di Sektor Kaffah Jabatan Pendidikan PASTI Malaysia di setiap negeri.

54 ahli Umno di kawasan Idris Jusoh sertai PAS

Khairul Azlam Mohamad, 09 Jun 2012
BESUT: PAS kawasan Besut berjaya menembusi kubu Umno di Jertih yang kini diwakili oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga mantan Menteri Besar Terengganu.

Seramai 54 orang bekas ahli Umno turut menyertai PAS dengan menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS, Datouk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sehubungan itu, PAS Besut berjaya menambah sebuah lagi cawangan barunya dengan menjadikan PAS cawangan Kampung Bukit Yong dalam jajahan Besut sebagai cawangan parti yang ke-101.

Ahli baru, Mohd Rahimi Mat Nazir, 34, dari Kampung Lak-Lok, Jertih berkata penyertaannya dalam PAS setelah melihat kebenaran perjuangan parti itu.

Menurutnya, jika mana-mana pihak yang mengkaji Islam serta mempelajari ilmu agama akan dapat melihat kebenaran perjuangan parti PAS.

Justeru, beliau bertekad bersama rakan-rakan yang baru menyertai PAS akan berjuang demi kedaulatan Islam.

“Sebelum ini, saya berkhidmat bersama dengan Umno dan pimpinan Umno yang berjawatan tinggi dalam parti hari ini.

“Setelah usia saya semakin meningkat dan mempelajari ilum-ilmu agama. Saya dapat lihat kebenaran antara parti Umno dengan PAS.

“Sebab itu, saya dan rakan-rakan lain ambil keputusan untuk bersama dengan PAS, berjuang dalam PAS dan meninggalkan Umno-Barisan Nasional, Insya’Allah,” jelasnya kepada Harakah selepas Majlis Ceramah Umum “Selamat Tinggal Umno” di Kampung Bukit Yong, Jertih, semalam.

Pada majlis tersebut wakil penajanya, Mohd Sharif Abdul Majid menyerahkan borang keahlian PAS serta menerima baju ‘PAS Ganti Umno’ sebagai simboliknya.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Dr Alias Razak, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abd. Ghani dan Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.

100 demo desak mansuh tol PJS2

Muhammad Faizal, 09 Jun 2012

PETALING JAYA: Hampir 100 orang menyertai himpunan di Plaza Tol PJS2 hari ini bagi mendesak kerajaan menghapuskan tol tersebut.

Himpunan anjuran AMK itu merupakan susulan kepada himpunan kali pertama yang diadakan di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau sebelum ini.

Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri menjelaskan perhimpunan ini diadakah bagi memberi desakan kepada kerajaan agar menghapuskan tol di PJS 2 ini.

"Sebelum ini kita telah melakukannya di kedua-dua tol di lebuhraya persekutuan dan hari ini merupakan desakan kita untuk kali kedua.

"Rakyat sudah lama terbeban disebabkan dengan kenaikan harga barang sebelum ini, namum bebanan mereka terus bertambah bila terpaksa membayar tol bila melalui jalan raya setiap hari," jelasnya.

Beliau turut mendesak kerajaan mengambil pendekatan segera untuk menutup plaza-plaza tol di lebuh raya persekutuan dan juga PJS2 ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian yang turut serta himpunan tersebut menyatakan isu pemansuhan tol ini akan dibawa ke persidangan Dewan Rakyat minggu depan.

"Saya berjanji akan membawa isu tol ini pada sidang Dewan Rakyat minggu depan, kita akan mendesak agar kerajaan mendengar suara hati rakyat atas beban yang ditanggung kerana terpaksa membayar tol hari-hari.

"Kita mahu kerajaan bertanggungjawab memastikan bukan sahaja tol PJS 2 ini ditutup malah kesemua perkhidmanat tol yang ada di negara ini," kata beliau.

Dalam pada itu seribu pelekat kereta "Hapuskan Tol Demi Rakyat" telah diedar dan dilekatkan pada cermin kereta yang melalui tol tersebut.

Malah sebagai gimik kepada penghapusan tol, beberapa besi penghadang di tol tersebut telah dibuka bagi memberikan laluan secara percuma kepada setiap kereta.

Beberapa kain pengadang yang bertulis 'Rakyat tidak mahu bayar tol', 'Hapuskan tol demi rakyat' dan 'lebuhraya rakyat bukan lebuhraya kroni' turut direntangkan berhampiran plaza tol tersebut.

Perhimpunan aman yang berlangsung pada jam 2 petang itu berakhir kira-kira jam 3.30 petang tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Isu Syria: Pemuda PAS tubuh pasukan khas

Hazayani Zakaria, 09 Jun 2012

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menubuhkan pasukan khas bagi membantah kekejaman dan penindasan regim Bashar Assad ke atas rakyat Syria.

Menurut ketuanya, Nasrudin Hassan, pasukan khas yang dipengerusikan Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss yang juga Pengerusi Lajnah Antarabangsa itu secara konsisten akan merayu kerajaan Syria menghentikan tindakan kejam ke atas rakyatnya.

"DPPM merayu kerajaan syria supaya mengasihani rakyat mereka terutamanya orang tua, wanita dan kanak-kanak," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Pasukan khas itu juga katanya mendesak Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) segera campurtangan bagi menangani krisis di Syria.

Selain itu, mereka mengecam keras campurtangan luar ke atas Syria sehingga mencetuskan perang saudara yang rumit untuk diselesaikan.

"DPPM juga mendesak kerajaan Malaysia menutup kedutaan syria dan memberi tekanan kepada mereka agar tidak boleh beroperasi di negara ini, sehingga kekejaman dihentikan," katanya lagi.

Semalam, kira-kira seratus orang menyertai demontrasi anjuran DPPM di hadapan kedutaan Syria selepas solat Jumaat.

Mereka menggesa kerajaan Malaysia segera menutup kedutaan syria dan menghalau duta Syria ke Malaysia.
Mat Zain: Polis patut siasat isu Scorpene

  • Hafiz Yatim dan Leven Woon
  • 2:42PM Jun 9 2012

Mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim polis perlu menyiasat dakwaan dokumen rahsia dibocorkan dan dijual kepada negara asing.

Mat Zain berkata siasatan seperti itu sepatutnya dilaklukan oleh pegawai kanan polis, terutamanya timbalan ketua polis negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa siasatan seperti itu sepatutnya dilakukan pada 2006 apabila kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu berlaku.

Polis sepatutnya menubuhkan jawatankuasa tertinggi yang sekurang-kurangnya diketuai oleh Khalid untuk menyiasat perkara itu, katanya.

Mengikut Seksyen 3 Akta Polis, 1967, polis tidak semestinya menunggu sehingga laporan polis dibuat untuk menyiasat dakwaan tersebut, katanya lagi.

Beliau menyatakan demikian ketika mengulas pendedahan peguam Suaram, Joseph Breham di Bangkok pada 31 Mei bahawa sebuah syarikat pertahan Perancis membeli laporan penilaian Malaysia ke atas kapal selam kelas Scorpene dan membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd), kononnya untuk "kerja-kerja kejuruteraan komersial."
Dalam wawancara eksklusif itu, Mat Zain enggan gambarnya dirakam sepenuhnya atas sebab keselamatan.

Tiada ulasan: