Sabtu, 9 Jun 2012

MEREKA CERITA JUTA2...RAKYAT RATUS2 SAJA...ITU SELEPAS PULUHAN TAHUN....MENANG MEMANG BAGUS SEBAB BERKUASA...SAMADA NAK JUJUR ATAU MENIPU...ITU AJA...MENANG JUGA NAK KIRA MENANG AKIDAH DAN IMAN...KALAH NI KALAH NERAKALAH..NI LAGI TERUK....KITA NAK KERUSI...MEREKA NAK KEDUDUKAN DUNIA...WALAUPUN IMAM2 DULU YANG HEBAT2 MENOLAK...SEBAB TAK MAU TERIKUT RENTAK@CARA PEMERINTAH...KALAU IKUT QURAN HADIS SELAMAT...JIKA SEBALIKNYA...KITA DIPERKUDAKAN....SEKARANG KITA GUNA SEMUA MEDIA SEBAB KITA DISUKAI PEMERINTAH...CUBA LAWAN....JAWATAN TAK DE LAH...AKHIRAT MACAM MANA....PETAH LAGI KE BERCAKAP DAN BERDALIH...KETIKA ITU SEMUA ANGGOTA BERCAKAP....YANG BODOH AGAMA BOLEH KITA TEMBERANG....

Raja Nong Chik: Tiada konflik kepentingan dalam 'projek RM30j'

  • Abdul Rahim Sabri
  • 11:37AM Jun 9 2012
Menteri Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menjelaskan tiada konflik kepentingan dalam isu kontrak kerajaan yang diperolehi satu syarikat didakwa milik anak perempuannya.

Tanpa mengesahkan atau menafikan kontrak didakwa bernilai RM30 juta itu, Raja Nong Chik berkata projek itu berlangsung pada 2006 lagi - sewaktu beliau masih belum menjadi menteri.

"Saya tak payahlah (cakap tentang perkara itu). Pasal semua projek itu (berlaku) pada 2006. Masa itu, saya ahli perniagaan selama 25 tahun. Takkan tak boleh berniaga pada waktu itu?

"Hanya kontrak itu dimeterai pada 2010, pasal bangunan siap pada waktu itu. Itu sahaja. Kalau tidak, tutup semua perniagaan yang keluarga saya berniaga. Saya rasa tak sesuai kan? Tetapi tidak ada konflik kepentingan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan kunjungan di beberapa kawasan sekitar Brickfields petang semalam.

Raja Nong Chik mengulas dakwaan yang ditimbulkan pembangkang bahawa syarikat Istijuara Sdn Bhd, didakwa milik anak perempuannya, menerima kontrak daripada Kementerian Belia dan Sukan berjumlah RM30 juta.

Dakwaan tersebut ditimbulkan oleh laman Keadilandaily.com yang melaporkan mengenai projek "melengkap, memasang dan atau menguji kelengkapan latihan industri" itu.

Laman tersebut melaporkan perkara itu berdasarkan satu surat penerimaan tender bertarikh 24 Ogos 2010 untuk projek di di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Bandar Penawar, Johor itu.

Sementara itu, satu sumber daripada pejabat menteri tersebut menjelaskan bahawa syarikat Istijuara mendapat tender projek itu pada tahun 2006, dan Raja Nong Chik mengambil alih syarikat berkenaan pada 2007 - sebelum beliau menjadi menteri.

"Tawaran tandatangan tender itu pada tahun 2010, selepas bangunan itu siap," kata sumber yang diturut hadir dalam sidang media itu.
Kenyataan pengerusi PTPTN 'kurang cerdik', kata setpol MB
11:06AM Jun 9 2012
Setiausaha politik kepada menteri besar Selangor Faekah Hussin berkata kenyataan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berhubung pinjaman untuk siswa di universiti bawah kerajaan negeri itu bukan sahaja penuh "emosi politik" tetapi juga "kurang cerdik."

Katanya, dakwaan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak mampu memberi bantuan kewangan juga menunjukkan bahawa pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamaed Said "diperangkap oleh pemimpin tertinggi Umno-BN."

"Malang bagi Pengerusi PTPTN (Datuk Ismail Mohamaed Said) selepas menurut perintah menteri kini terpaksa menjilat semula keputusan itu dan membuat kenyataan berbohong kononnya kerajaan Selangor tidak mampu memberi pendidikan percuma kepada pelajar.

"Kenyataan beliau bukan sahaja penuh emosi politik tetapi kurang cerdik memandangkan kerajaan negeri telahpun mengumumkan skim bantuan khas untuk pelajar yang teraniaya oleh pembekuan tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas tindakan PTPTN membekukan pinjaman kepada siswa di sua buah institut pengajian tinggi bawah kerajaan negeri itu - Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor.
Tidak sampai 24 jam, PTPTN semalam bagaimanapun menarik semula tindakan membekukan pinjaman kepada siswa baru Unisel selepas menerima bantahan keras termasuk daripada pemimpin BN seperti ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Langkah itu pada awalnya disokong kuat oleh timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri pendidikan tinggi Datuk Seri Khaled Nordin dan menteri pertanian Datuk Seri Noh Omar.
Mengulas lanjut, Faekah berkata penjawat awam seperti pentadbir PTPTN perlu melihat perjalanan isu berkenaan sebagai satu amaran kepada mereka "agar tidak dengan membabi buta menurut arahan ahli politik."

"Selaku penjawat awam, mereka sepatutnya mempunyai integriti dalam memastikan kepentingan rakyat, dalam kes ini para pelajar, diutamakan. Mereka tidak harus membenarkan pentadbiran di jabatan mereka ditadbir oleh ahli politik.

"Justeru, jika mana-mana ahli politik atau menteri yang emosi, kebudak-budakkan dan tidak cerdik dalam pendekatan mereka, penjawat awam selaku golongan profesional perlu berani menyatakan pandangan.

"Ini termasuk mengajar dan mengingatkan para menteri yang tidak faham akan prinsip doktrin pengasingan kuasa - di antara eksekutif dan legislatif," katanya.

Tambahnya, menteri Umno berkenaan juga perlu menghentikan amalan "bersembunyi di celah kain seorang kakitangan awam" seperti dalam tindakan mereka dalam isu pembekuan pinjaman itu.

Menteri berkenaan tidak harus berperangai seperti ahli politik jalanan tetapi sebaliknya perlu bersikap sebagai negarawan demi khidmat untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama mahupun ideologi politik, katanya lagi.
PM: BN mesti teladani kekalahan 2008

  • Bernama
  • 9:56AM Jun 9 2012
Pemimpin BN dan Umno di  negeri yang dikuasai pembangkang sekarang sepatutnya sudah belajar daripada pengalaman lalu yang menyebabkan BN gagal membentuk kerajaan di negeri-negeri itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi.

Perdana Menteri berkata setelah lebih empat tahun pengalaman hitam selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, pemimpin-pemimpin berkenaan sepatutnya menyedari kesilapan mereka sehingga menyebabkan kekalahan itu.

"Dah lebih empat tahun...kalau tak belajar lagi saya tak tahu nak kata apa. Kalau mereka rasa marah (sebab kalah), selepas empat tahun patut tak ada lagi. Kalau kecewa tak boleh kecewa lagi.

"Buat ketetapan dalam hati masing-masing rasa marah, kecewa dan hampa dah berlalu. Kini masa untuk tebus kekalahan dengan komitmen yang tidak berbelah bagi. Ini sahaja boleh jamin kemenangan kita," katanya pada jamuan malam bersama pemimpin BN negeri Kedah di Kulim.

Hadir sama isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata jika kesilapan yang sama diulangi, (tidak) mustahil 'pisang tidak akan berbuah dua kali'.

"Apa yang penting, kita mesti bersatu dan bersedia. Tak ada pilihan lain hanya pasukan yang bersatu dan bersedia sahaja akan menang. Kena berkhidmat dan berbakti. Saya sendiri terpaksa bekerja keras. Jangan biarkan saya kerja seorang...kena bekerja satu pasukan," katanya.

Perdana Menteri berkata jika Umno dan BN hanya menjaga orang-orang tertentu atau kaum-kaum tertentu, itu bukanlah berbakti namanya.

"Umno jangan hanya jaga Melayu sahaja. Rakan-rakan kita (parti komponen BN) juga kena jaga orang Melayu dan kaum-kaum lain. Tak patut ada orang rasa terbiar. Kita kena berkhidmat, berbakti, bertindak, berstrategi, berkorban dan bertawakal," katanya.

Najib berkata sebagai parti dan kerajaan di peringkat pusat, pihaknya akan melakukan yang terbaik untuk rakyat bagi meyakinkan mereka bahawa BN yang lebih baik dan lebih berkemampuan serta rakyat boleh sandarkan harapan.

Katanya BN perlu meletakkan perbandingan dengan apa yang dipaparkan kumpulan pembangkang kerana pembangkang tiada pelan yang boleh dipercayai sebagaimana BN yang berpijak di bumi nyata.

"Sejak beberapa hari ini pemimpin pembangkang tak berapa nak sebut tentang Buku Jingga. Ada beberapa pemimpin pembangkang termasuk Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) mempersendakan Buku Jingga," kata Najib.

Perdana Menteri dan isteri hari ini melawat Kedah. Lawatan dimulakan dengan mengunjungi Masjid Al-Taufiq di Kampung Air Merah di Kulim.

Pada kunjungan kira-kira 3.30 petang itu, Najib mengumumkan peruntukan RM200,00 untuk membina sebuah bangunan baru Kelas Fardu Ain (KAFA) di masjid itu.

Beliau kemudian melancarkan program Jelajah Janji Ditepati di Kulim Hi-Tech Park di Kulim yang dikunjungi lebih 30,000 orang.
K'jaan belanja RM42.5j naik taraf Brickfields

  • Bernama
  • 10:23AM Jun 9 2012
Kerajaan membelanjakan RM42.5 juta bagi menaik taraf jalan raya dan membina lima jejantas di Brickfields untuk memberi keselesaan kepada penduduk dan pengunjung di kawasan itu.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata RM32.3 juta diperuntukkan untuk kerja-kerja melebarkan jalan, menaik taraf pejalan kaki dan mengatur semula laluan trafik.

Antara jalan yang terlibat ialah Jalan Tun Sambanthan, Jalan Sultan Abdul Samad, Jalan Padang Belia, Jalan Vivekananda dan Lorong Chan Ah Tong.

Beliau berkata pembinaan lima jejantas itu pula melibatkan kos RM10.2 juta di mana tiga daripadanya dilengkapi lif bagi kegunaan Orang Kurang Upaya (OKU).

"Kedua-dua projek ini bermula 21 Jun 2010 dan siap 20 Mac lepas. Laluan pejalan kaki yang dinaik taraf mempunyai 'tag' khas untuk OKU buta dan berkerusi roda, kedua-dua projek ini juga dapat memberi keselesaan kepada golongan OKU.

"Kita juga akan bina tempat letak kereta bertingkat 340 lot, kita jangka kerja pecah tanah pada Julai ini. Kita juga sedang membina 'monorel crossing' dijangka siap penghujung tahun ini," katanya kepada pemberita di Brickfields di Kuala Lumpur semalam.

Terdahulu, beliau menghabiskan masa lebih sejam melakukan tinjauan mesra di kawasan Brickfields bagi mengetahui masalah penduduk dan melihat keberkesanan projek itu dalam memberikan keselesaan kepada penduduk di kawasan tersebut.

- Bernama
Nik Aziz kecam Harussani
Wartawan Sinar Harian
9 Jun 2012
Nik Aziz kecam Harussani
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan parti itu mahu mendapat kemenangan dalam pilihan raya sebagai matlamat untuk menguasai kerajaan sekali gus membina kerajaan Islam.

Sambil mengecam kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Nik Aziz berkata, tiada jalan lain bagi sesebuah kumpulan untuk mendapat kuasa melainkan kemenangan dalam pilihan raya.

"Kepada yang kata Pas nak kerusi, saya kata ya, saya nak kerusi, bahkan meja pun saya nak juga kerana jika tidak ada kerusi tidak boleh buat kerajaan, kalau tidak ada kerajaan, maka Islam tidak boleh berjalan, demokrasi pun tidak boleh,” katanya, semalam.

Sebelum ini, Harussani mendakwa Pas sebuah parti yang hanya mahu merebut ‘kerusi’ dalam pilihan raya dan tidak menghiraukan masa depan agama Islam dan bangsa Melayu kecuali kedudukan dan kepentingan politik semata-mata.

Dalam pada itu, Nik Aziz turut mempersoalkan kenyataan Harussani yang mendakwanya seorang yang keras hati kerana menolak muzakarah antara Umno dengan Pas.

"Apa yang saya lakukan itu adalah istiqamah, bukannya keras hati,” katanya.

Dalam pada itu, Nik Aziz turut nafi pernah ‘menjanjikan’ syurga kepada pengundi yang memilih Pas, sebaliknya beliau menjelaskan mereka yang undi Pas mendapat pahala.

Tiada ulasan: