Ahad, 10 Jun 2012

DULU KAWAN...LAH NI MUSUH...OLEH ITU MEREKA TST...SAPE KAKI PEREMPUAN...GAY...LESBIAN...KAKI KAPUR...KAKI KENCING...KAKI BOMOH...SAMSENG...PENIPU...MINUM ARAK...TAK SOLAT DLL...ORANG YANG BAIK2 TAK BUAT BENDA JAHAT...DENGAN KATA LAIN ...TAK BUAT BENDA YANG DILARANG OLEH ALLAH SWT....

Anwar: Siapa bayar sewa rumah Muhyiddin

Harakahdaily, 10 Jun 2012

KAJANG: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan kepada rakyat siapakah yang membayar sewa rumahnya ketika dia mula-mula menjadi menteri di Kuala Lumpur.

"Saya nak tanya siapa bayar sewa rumah dia tatkala dia jadi menteri di Kuala Lumpur.

"Saya tahu sebab masa itu saya bos dia , saya timbalan perdana menteri.

"Jawab la...nak lawan sangat," katanya dalam nada mencabar.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah Merdeka Rakyat di Stadium Kajang di sini malam tadi.

Menurut Anwar, selepas menjadi menteri besar Johor, Muhyiddin dilantik menjadi menteri dan ketika itulah sewa rumahnya dibayar oleh orang lain.

Beliau membuat cabaran itu bagi menjawab gesaan Muhyiddin semalam yang mahu Anwar menjelaskan dakwaan yang dihadapinya 13 tahun lalu kononnya mempunyai aset dan wang tunai bernilai RM3 bilion.

Anwar turut mengulangi kesediaanya untuk sedia mendedahkan akaun banknya dengan syarat Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri sedia berbuat perkara sama.

"Muhyiddin Yasin, kamu nak siasat saya tiada masalah.

"Ok, cek akaun kamu, dan cek akaun saya," katanya.

Dalam pada itu, lebih 5,000 orang membanjiri stadium kajang malam tadi.

Biarpun hujan renyai-renyai, mereka tidak berganjak mendengar kupasan isu-isu terbaru dari pimpinan Pakatan rakyat.

Selain Anwar, antara pimpinan utama lain yang turut berceramah malam tadi adalah Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, AJK PAS Pusat Dr. Mujahid Yusof dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pada ceramah terbut juga menyaksikan 150 orang menyerahkan borang menyertai PKR cabang Hulu Langat.

Ceramah malam tadi diakhiri dengan tembakan bunga api sejurus selesai ucapan Anwar.

Antara Nakbah Palestin dan tanah Felda

Irfan Es, 10 Jun 2012
7 September 1981, kerajaan Malaysia menerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNB) mengejutkan pasaran saham dunia apabila mengambil alih syarikat pertanian British, Kumpulan Guthrie dalam masa kurang daripada dua jam. Peristiwa ini dikenali sebagai ‘dawn raid’ atau ‘serangan subuh’, yang mengakibatkan timbulnya krisis diplomatik antara kerajaan Malaysia dan British. Salah seorang yang terlibat dalam operasi ini ialah Tan Sri Khalid Ibrahim, menteri besar Selangor sekarang, yang pada masa itu memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PNB.

Menyoroti peristiwa bersejarah tersebut, Tan Sri Khalid Ibrahim, dalam satu temu bualnya menjelaskan antara sebab PNB mengambil alih Guthrie adalah agar tanah-tanah ladang milik Guthrie yang diambil sejak zaman penjajahan British dapat dipulangkan kepada rakyat Malaysia. Selepas hak milik tanah berkenaan dikembalikan, kerajaan akan menjual semula saham-saham Guthrie yang dibeli sebelumnya.

“Secara zahirnya, kami mendapatkan Guthrie secara percuma,” ujar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tahun 1935, mufti Palestin, Sheikh Amin al-Hussaini telah mengeluarkan fatwa melarang penduduk Palestin menjual tanah mereka kepada orang-orang Yahudi. Walau bagaimanapun, disebabkan tawaran harga yang lumayan dan dijanjikan pembangunan serta kemajuan di tempat mereka, para pemilik tanah Palestin ketika itu tidak menghiraukan fatwa tersebut. Mereka berlumba-lumba menjual tanah mereka untuk untung cepat.

Sekarang wilayah Palestin hampir hilang daripada peta dunia.

28 Jun 2012, Felda Global Ventures Holdings (FGVH) akan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur, yang akan membuka seluas-luasnya aset Felda yang berupa tanah ladang, kilang minyak sawit dan anak-anak syarikatnya kepada dunia. Semua manusia, termasuk pelabur-pelabur asing yang kaya-raya akan berpeluang membeli saham FGVH dan secara tidak langsung menjadi tuan kepada tanah ladang, kilang minyak sawit dan anak-anak syarikat Felda.

Keadaan ini begitu jauh terbalik berbanding apa yang berlaku pada tahun 1981, di mana kerajaan Malaysia sanggup menghabiskan wang membeli saham syarikat luar bagi memulangkan hak milik rakyat kepada rakyat. Kini kerajaan sedia ada sanggup menjual hak milik rakyat kepada syarikat luar bagi memperoleh keuntungan cepat, yang kita tidak pasti majoritinya akan jatuh ke kocek siapa.

Antara pihak yang telah ditawarkan oleh kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak ialah Kumpulan Louis Dreyfus, firma gergasi makanan yang berpangkalan di Perancis. Sekelip mata sebahagian harta Felda dan peneroka Felda akan menjadi milik orang asing. Lebih sayu, pemilik syarikat berkenaan, Gerard Louis-Dreyfus adalah berketurunan Yahudi.

Selain itu, FGVH juga dikatakan akan menjadikan Bunge Limited, sebuah syarikat pemprosesan makanan antarabangsa sebagai rakan kongsi strategik. Bunge Limited juga merupakan perusahaan yang ada hubung kait dengan ahli perniagaan Zionis.

Terdapat perbezaan ketara antara hak milik tanah dan hak milik saham. Tanah sukar dijual beli, harganya stabil dan pertukaran hak miliknya boleh dikawal oleh kerajaan. Sementara saham pula boleh dijual beli dengan mudah, harganya tidak stabil dan pertukaran hak miliknya bebas seiring dengan bebasnya aktiviti perdagangan global.

Memang pada masa kini firma-firma asing hanya akan memegang sebahagian kecil saham FGVH sementara selebihnya dipegang oleh kerajaan Malaysia, peneroka dan staf Felda, kerajaan-kerajaan negeri serta kalangan bumiputera ‘terpilih’. Tetapi ingat, saham itu boleh dijual bila-bila masa. Mungkin suatu hari nanti ia akan dijual jika menerima tawaran harga lumayan, sama seperti penduduk Palestin yang berlumba-lumba menjual tanah mereka kepada para hartawan Yahudi dahulu.

Maka jadilah Felda, dan peneroka Felda, dan rakyat Malaysia amnya, hak milik orang asing, serta pedagang-pedagang Zionis. Hari kejatuhan kita akan diingati sepertimana kita mengingati Hari Nakbah Palestin pada 15 Mei setiap tahun.

Permulaan kepada bencana besar ini adalah pada 28 Jun nanti, hari pertama kita menyerahkan kedaulatan kita untuk direbut dan diratah oleh seluruh dunia. Maka wajarlah 28 Jun digelar sebagai Hari Nakbah Felda.

Hanya satu cara bagi mencegah musibah ini daripada terjadi – batalkan penyenaraian Felda ke bursa saham.

Berani ka Anwar Ibrahim nak isytihar harta?

http://cenangau.blogspot.com, 10 Jun 2012
Sinar Harian melaporkan:
MUAR - Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan segera dakwaan berhubung pemilikan 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion seperti terkandung dalam akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid, 13 tahun lepas.

Timbalan Perdana Menteri berkata, dakwaan berkenaan bukan perkara kecil dan dengan itu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu perlu bertanggungjawab untuk menjelaskan perkara berkenaan kepada rakyat.

"Angka (RM3 bilion) yang disebut adalah besar. Jadi, ia merupakan tanggungjawab Ketua Pembangkang untuk memperjelaskannya. Apakah benar atau tidak. Rakyat hendak tahu... pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membuat tuntutan supaya penjelasan dibuat pun mewakili kumpulan rakyat yang bukan sedikit. - Sinarharian.
Aku sokong gesaan Muhyiddin ni. Tak kiralah apa tujuan dan niat dia tapi secara dasarnya aku sangat-sangat sokong kalau boleh semua ahli politik terutama sekali yang telah, sedang dan akan pegang jawatan dalam kerajaan supaya mengistiharkan harta.

Anwar Ibrahim jawab gesaan Muhyiddin tu dengan cabar Muhyiddin dulu istiharkan harta dia. Satu tindakan politik yang memang relevan dan terbaik. Pasainya aku yakin Muhyiddin takkan berani istiharkan harta dia, jadi selamat la Anwar ibrahim tak payah jelaskan pasai 20 akaun induk tu.

Malaysiakini melaporkan:
[Sumber: Mkini]
Sebelum ni Ketua Menteri semua ahli Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang buat pengistiharan harta secara terbuka.

Negeri-negeri lain rasanya takdak lagi yang seberani Pulau Pinang, kalau ada pun cuma setakat istihar kepada Menteri Besar. Macam tu jugak diperingkat pusat, para menteri cuma istihar kepada Perdana Menteri.

Sebelum ni juga SPRM ada mencadangkan supaya ahli keluarga menteri juga mengistiharkan harta dan katanya Perdana Menteri secara prinsip dah pun bersetuju. Cumanya setakat ni takdak pulak dengar perkembangan lanjut. Tapi aku yakin kalau dilaksanakan pun, tentu punya takkan dibuat secara terbuka.

Takkan berani pemimpn Umno BN istihar harta kepada umum supaya rakyat semua dapat tengok dan nilai macam yang Guang Eng buat di pulau Pinang tu.

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/06/berani-ka-anwar-ibrahim-nak-istihar.html#ixzz1xLewjFkm


Udin Anak Yassin Kini Diserang Tebuan

http://msomelayu.blogspot.com, 10 Jun 2012
Kata orang tua-tua jangan usik sarang tebuan kalau tidak mahu menerima bahananya. Tindakan Udin anak Yassin yang cuba menambah dosa dan menyusahkan Anwar memburukkan bekas TPM Anwar Ibrahim nampaknya telah terbalik terkena ke batang hidungnya hari ini apabila Anwar menyatakan kesediaannya untuk mendedahkan butiran akaun bagi menjawab persoalan ditimbulkan Udin anak Yassin.

Udin anak Yassin
Udin anak Yassin meminta Anwar mengulas mengenai dakwaan yang dilemparkan ke atas Anwar 13 tahun lalu kononnya mempunyai aset dan wang tunai sebanyak RM3 billion. Tindakan Udin membangkitkan perkara yang sudah selesai dan berlalu 13 tahun itu dilihat sebagai orang tidak ada modal untuk membaja lobak sanggup mengguna tahi sendiri sebagai pupuk.

Tindakan itu juga menunjukkan Udin anak Yassin terdesak seperti mana Ha Najib Razak yang sudah hilang akal dan ketandusan idea untuk menguburkan Anwar. Hakikat Najib dan Udin hilang akal jelas apabila mereka sudah pening memikirkan macam mana untuk berdepan dengan rakyat. Kekaburan tarikh atau tempoh membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihan raya diadakan menunjukkan akan kepeningan mereka berdua ini.

Anwar Ibrahim: Ketawa.
Makanya untuk menghadirkan satu keadaan yang agak selesa kepada mereka (UBN), jadi terpaksa dibangkitkan perkara itu kandati pun ia sudah lama dilupakan dunia dan berbau hanyir macam kudis malam. Rakyat dan orang ramai sudah pun hadam dengan isu berkenaan. Cara ketandusan dan kehilangan akal politik itu menyebabkan situasi Udin anak Yassin kini seolah orang yang jatuh menjadi papakedana tetapi terpaksa memakai semula baju dan seluar lama yang sudah dicampak ke dinding sebelum ini.

Rakyat sudah bijak di dalam hal ini. Perkara lama yang sudah selesai atau dianggap selesai tidak wajar ditimbulkan lagi. Cara Udin anak Yassin juga tidak gentleman. Kalau gentleman dia tidak akan tergamak untuk membangkitkan isu berkenaan. Di pihak PKR juga banyak menyimpan isu-isu lama yang masih relevan untuk dibangkitkan bagi memburukkan seseorang. Tetapi politik PKR gentleman tidak mahu membawa keluar sesuatu yang sudah dikafan dan dimasukkan ke dalam kubur.

Apa yang menimpa Mahathir, Najib malahan Udin sendiri misalnya boleh diungkitkan dan tetap relevan. Skandal BMF yang menelan dan melenyapkan wang sebanyak RM52 billion  (tolong betulkan kalau tak betul), boleh dibangkitkan. Skandal ini menyebabkan kehilangan nyawa dibiarkan begitu saja. Mahathir tidak boleh melepas tangan begitu saja kerana dia adalah PM. Tetapi kenapa tidak ditimbulkan? Kenapa dalam skandal ini seolah ia tidak terpias sedikitpun kepada Mahathir? Licik.

Begitu juga mengenai kelemahan Najib semasa menjadi MB Pahang tahun 80-an dulu. Gara-gara kelemahan, rasuah dan amalan kronisme kerajaan Pahang rugi berbillion ringgit. Beberapa buah anak  syarikat SEDC Pahang terpaksa ditutup dan lingkup. Tetapi Pakatan Rakyat tidak mengungkitkan kerana melihat itu semua isu lama. Kerugian negeri Pahang itu tidak ada kena mengena dengan status Najib sebagai PM hari ini.

Demikian juga Udin anak Yassin sendiri semasa menjadi MB Johor dulu telah menyebabkan banyak hartanah Johor melayang ke tangan Cina Singapura. Beribu hektar tanah rezab Melayu menjadi milik konglomerat Singapura. Kalau hendak dibangkit berlori isu yang boleh menceritakan kelemahan dan kegagalan serta penyelewengan Udin anak Yassin. Begitu juga cerita seorang rombongan belia semasa Udin menjadi Menteri Belia dulu... mengenai ada perbuatan menjolok mata Udin anak Yassin di atas kapal dengan seorang beliawanis? Kalau isu-isu cemar dan jijik ini hendak diungkitkan ia boleh diungkitkan.

Tetapi pihak Pakatan Rakyat tidak sebusuk dan seburuk Udin sanggp mendedahkan apa saja demi survive politik.

Apabila Udin membangkitkan isu itu - meminta Anwar membuat penjelasan saya dapat rasakan dari mana idea yang dikutip dan dipungut Udin itu. Fitnah kononnya Anwar memiliki aset dan wang tunai sebanyak RM3 billion itu adalah isu didalangi oleh Mahathir Mohamad. Mahathir semasa berdepan dengan serangan Anwar 13 tahun lalu (pemecatan Anwar dari Umno atas motif politik) kehilangan punca sehingga menggunakan apa saja isu untuk mematikan Anwar termasuk mengaitkan Anwar memiliki wang.

Apabila tiba-tiba Udin anak Yassin respon kepada isu itu, yang baru diungkitkan oleh betina sundal dalam tv baru-baru ini, saya cukup percaya apa yang Udin anak Yassin luahkan itu atas nasihat Mahathir. Atau Udin sendiri sekongkol dengan betina sundal itu? Isu kononnya Anwar memiliki aset sebanyak itu adalah idea Mahathir dan dipertikaikan oleh betina sundal. Sepatutnya perkara ini sudah pun selesai apabila orang yang membuat kenyataan memburuk Anwar itu sendiri sudah mengaku apa sebenarnya yang berlaku.
Apa yang saya diberi tahu orang yang membuat kenyataan akhbar mengaitkan Anwar itu telah diarah oleh Mahathir berbuat demikian. Orang ini katanya telah menceritakan segala-galanya kepada Anwar Ibrahim dan beliau meminta maaf kepada Anwar atas apa yang berlaku. Jadi bagi Anwar seorang pemaaf jauh sekali berdendam mendiamkan saja apabila orang berkenaan telah memohon maaf.

Menurut orang mendengar cerita itu menuturkan kepada saya, macam mana orang itu diperangkap atau menjadi hamba kepada Mahathir. Semasa Mahathir hilang akal untuk mendapatkan senjata bagi 'membunuh' Anwar selapas Anwar bangkit menjadi Jebat Derhaka bersama rakyat, Mahathir memanggil orang itu ke dalam biliknya. Dia tidak bercakap apa-apa dan hanya menulis di atas sekeping kertas kira-kira berbunyi begini; selesaikan perkara RM3 billion. Kertas nota itu katanya masih dalam simpanan orang itu dan tidak diklasifikasikan sebagai bahan OSA.

Selepas keluar dari bilik PM orang berkenaan terus membuat kenyataan akhbar yang mengaitkan wang RM3 billion dengan Anwar Ibrahim. Anwar dan semua para hulubangnya ketika itu yang kini menjadi babi perut labuh dan kerbau rabit hidung membela Anwar, menjelaskan bagaimana pembohongan fitnah berkenaan. Hasilnya semua orang faham isu RM3 billion itu. Entahlah mungkin babi dan lembu itu akan mengubah fikiran pula bila tersepak sen dan ringgit.

Apabila hari ini Udin anak Yassin, seperti terkena sentakan ekor biawak mengulas semula, ia menampakkan Udin, Najib dan Mahathir terdesak dan kehilangan akal sehinggakan sanggup menggunakan isu yang sudah lapuk itu. Mudah saja kalau isu ini hidup dan ada kebenaran kenapa dalam tempoh 13 tahun lalu tidak didakwa Anwar. Kenapa? Rasanya lembu gemuk laki Sharizat juga faham mengenai perkara ini. Adalah mustahil pula kalau Udin anak Yassin lebih dungu dari lembu.

Berbalik kepada persoalan pokok tadi mengenai cabaran Anwar kepada Udin anak Yassin. Udin kena dedahkan akaun peribadinya terlebih dahulu sebelum Anwar berbuat demikian. Atau apakah Udin berani memikul risiko menyahut cabaran itu? Bolehkah Udin mengemukakan penyataan kewangan milik peribadinya? Udin tidak boleh mengelak dan jauh untuk menyesal. Kerana mulut 'cepelat' akhirnya akan merosakan badan.

Saya dan orang ramai tunggu apa yang akan dilakukan Udin anak Yassin selepas ini. Kalau dia berdolak dalik dan terus bungkam dengan cabaran Anwar itu maka jelas Udin tidak lebih daripada tenggiling selsema yang akan menyorot bawah batang buruk bila terkejutkan anak harimau terbatuk. [wm.kl.8:59 09/06/12]


Orang Asli berhimpun tuntut hak, bantah ceroboh

Khairil Abdul Rahim, 10 Jun 2012
ROMPIN: Kira-kira 300 Orang Asli sekitar daerah ini dan beberapa daerah lain berhimpun di hadapan Pejabat Tanah dan Daerah Rompin kelmarin untuk menyampaikan memorandum memohon pengiktirafan kerajaan terhadap Tanah Adat Orang Asli.


Memorandum daripada Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) yang disampaikan oleh wakil Orang Asli kepada Pegawai Daerah Rompin, Datuk Syed Ahmad Fuad Syed Taha itu turut membantah terhadap pencerobohan tanah penduduk.

(Gambar: Fatimah sempat berucap di hadapan pegawai kerajaan.)

Antara lain memorandum yang turut ditujukan kepada Menteri Besar Pahang dan Perdana Menteri itu mendedahkan, di Rompin isu pencerobohan Tanah Adat Orang Asli amat ketara melibatkan pembukaan ladang baru kelapa sawit serta lombong-lombong bijih besi dan emas menyebabkan kediaman komuniti tersebut semakin terhakis.

Akibat daripada itu timbul masalah berlaku pencemaran bekalan air bersih yang kritikal dan kerosakan tanah kediaman yang teruk berikutan peninggalan kawah lombong sehingga Orang Asli setempat kehilangan sumber pemakanan dan pendapatan.

Serentak dengan itu mereka menuntut kerajaan pusat dan setiap kerajaan negeri mengiktiraf Wilayah Adat Orang Asli sama ada Tanah Adat, laut dan tasik dengan mengikut proses keizinan maklumat awal  bebas dan telus kepada semua perkampungan Orang Asli berkenaan.

Kerajaan juga diminta menghormati, mengiktiraf dan mengambil kira hak-hak Orang Asli di bawah perkara 8(5)(c) Perlembagaan Persekutuan dan menguatkuasakan hak sebagai orang asal seperti terkandung didalam Deklarasi Hak Asasi Orang Asal Sejagat yang disokong berulang-kali oleh kerajaan Malaysia di gelanggang politik antarabangsa.

Kumpulan Orang Asli berkenaan akhirnya menuntut kerajaan pusat dan negeri menghentikan sebarang pelupusan, pemajakan, penyewaan atau pemberian hak dan melarang pencerobohan tanah mereka sehingga satu polisi yang holistik mengenai pengiktirafan semua perkampungan Orang Asli.

Sementara itu seorang wakil Orang Asli yang berucap, Fatimah, mahu pihak kerajaan dari peringkat daerah hinggalah kepada negeri dan pusat supaya mendengar suara mereka.

“Kami Orang Asli bangkit hari ini menolak politik wang ringgit yang selama ini membelenggu pemikiran masyarakat kami sejak sekian lama terutama menjelang pilihan raya.

“Himpunan pagi ini adalah titik permulaan kebangkitan Orang Asli menuntut hak kami demi masa depan keturunan kami dan generasi kami pada masa akan datang,” katanya bersemangat.

Gambar Najib: Kenyataan 100 Plus terhangat

Harakahdaily, 10 Jun 2012
KUALA LUMPUR, 10 Jun: Kenyataan 100Plus menerangkan mengapa gambar perdana menteri Datuk Seri Najib Razak muncul di air tinnya yang ditulis blog http://darisungaiderhaka.blogspot.com merupakan artikel paling popular di Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke 23.


Di tempat kedua diungguli artikel daripada blog http://omakkau.blogspot.com mengenai keakraban kedua pemimpin Amerika Syarikat, Senator John McCain dan Joseph Liberman yang memuji Najib ketika lawatan ke tanahair baru-baru ini dengan Yahudi.

Berita ucapan terima kaish daripada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada pihak tertentu kerana telah berjaya memalukan perjuangan sendiri akibat tindakan 'tidak cerdik’ pula menduduki tempat ketiga.

Ucapan terima kasih itu diberikan Tuan Guru kepada pihak yang menyerahkan peralatan membina lebuh raya di hadapan Kompleks Kota Darulnaim yang dinamakan atas NGO Tukar seperti kereta sorong, penyodok pasir dan lain-lain lagi.

Tuan Guru juga turut menyifatkan tindakan sedemikan sebagai memalukan orang Melayu yang dilakukan dengan tujuan untuk memalukan kerajaan negeri.

Pada tangga keempat ialah artikel blog http://greenboc.blogspot.com yang menceritakan peristiwa bersejarah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli menandatangani plak Tuntutan Royalti Petroleum sebagai sokongan rakyat Kelantan menuntut royalti minyak.

Di tempat kelima ialah kecaman terhadap fitnah Umno terbaru dengan cuba mengaitkan rumah usahawan Perlis dengan Nik Aziz. Gambar yang tersebar di laman sosial Facebook Anti Semua Salah Umno - ASSU itu mendakwa Nik Aziz mahu membina rumah rakyat untuk dirinya sendiri.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 3 Jun hingga 9 Jun, 2012.

1
Gambar Najib: Takut diboikot 100 Plus siar kenyataan ini
2
Biar foto berbicara, siapa berkawan rapat dengan Yahudi
3
‘Terima kasih’ kerana ‘tidak cerdik’ – Nik Aziz
4
Tiada gambar lebih bermakna dari yang ini
5
Rumah usahawan Perlis dikait dengan Nik Aziz
6
Umno paksa warga emas berlakon keluar PAS
7
Himpunan Hijau dan Himpunan Belia mula dibanding
8
WWW 1: Pemuda PAS Perak kesal sikap polis
9
Perhimpunan PAS paling aman jika tidak diserang
10
Lebuhraya Rakyat: Mustapha Kamal turut menyumbang

Tiada ulasan: