Selasa, 12 Jun 2012

SELAGI BERKUASA....TOLAKLAH...KATALAH IKUT SUKA...AKHIRAT DAH TAK BOLEH TOLAK...SEBAB DAH TAK DE KUASA...TERIMALAH HUKUMAN ALLAH SESUAI DENGAN KITA BUAT DIDUNIA...BARU PADAN MUKA KITA...DIDUNIA NI BOLEHLAH BERLAGAK SOMBONG...DIPADANG MAHSYAR LU ORANG TAK DE KELEBIHAN PE PUN...DISITU BARU TAU LU TU SAPE...AHLI SYURGA KE ATAU AHLI NERAKA....

PRU13: Apa khabar kempen di TV?

Ahmad Lutfi Othman, 11 Jun 2012
Banyak pihak mengalu-alukan pengumuman Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dr Rais Yatim, pada 6 Jun lalu, bahawa kabinet meluluskan cadangan Kementerian Penerangan mengenai akses media semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Berita Harian dalam laporan muka depan melaporkan, semua parti politik yang bertanding pada PRU13 akan diberi peluang sama rata menjelaskan manifesto masing-masing menerusi semua badan penyiaran tempatan, khususnya stesen televisyen.

Dr Rais berkata,  perkara itu diputuskan setelah kertas kabinet berhubung permintaan mendapatkan "akses sama rata" diluluskan jemaah menteri.

"Oleh kerana hujah kita adalah berasas kepada Perkara 10 Perlembagaan berhubung hak dan kebebasan bersuara, maka kertas kabinet yang dibentangkan itu telah diterima," tambahnya.

Bagaimanapun, pada 7 Jun, Dr Rais berkata, had masa dan butiran terperinci mengenai peraturan dan syarat yang perlu dipatuhi setiap parti politik yang ingin berbuat demikian akan dikeluarkan selepas pembubaran Parlimen.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan akan berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai bentuk garis panduan berkenaan  termasuk dari segi masa bagi memberi keadilan kepada semua parti.

Sebagai aktivis media yang turut memperjuangkan isu ini sejak sekian lama, saya cuba melihat dari sisi positif pengumuman awal Dr Rais itu, sambil mengharapkan ia satu  "pembaharuan politik" pentadbiran Najib Razak, selaras proses pendemokrasian yang rancak berjalan di seluruh dunia, sekali gus mewujudkan "padang sama rata" sistem pilihan raya kita.

Sebelum  ini, Parlimen meluluskan pindaan ke atas Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, tanpa menyentuh isu-isu kritikal seperti konsep permit, peraturan penerbitan yang tidak masuk akal (apatah lagi membabitkan organ parti seperti Harakah), dan dasar pemilikan media.

Tentulah "perubahan kosmetik" itu dikira  belum menyentuh persoalan asas yang menjadi pertikaian dalam perbincangan isu-isu utama berkaitan demokrasi dan kebebasan bersuara, namun saya tetap melihatnya sebagai langkah positif yang memerlukan pengukuhan  lebih konkrit.

Umum maklum, Bersih 3.0, yang memperjuangkan proses pilihan raya yang adil dan bersih menjadikan agenda membebaskan media sebagai salah satu daripada lapan perkara yang dituntutnya.

Sejak merdeka, selepas melalui 12 pilihan raya umum, parti-parti saingan kepada Perikatan dan kemudiannya BN, bukan saja "digelapkan" berita mereka, tetapi menjadi mangsa putar belit media.

Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad sendiri pernah dianugerahkan sebagai "musuh kebebasan akhbar", selama beberapa tahun, oleh badan pemantau media antarabangsa.

Sejak beberapa bulan lalu, saya bersama Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI), agak kerap menggesa agar tuntutan akses media (dan tempoh kempen minimum 21 hari) dipandang serius dan diperjuangkan bersungguh-sungguh, bersama tuntutan-tuntutan lain, yang dianggap lebih utama, seperti membersihkan senarai daftar pemilih.

Malah, KAMI telah menganjurkan Konvensyen Akses Media Dalam PRU13, di Hotel Nouvelle, pada 12 Mei, dihadiri lebih 100 orang, dengan penalis seperti bekas Ketua Pengarang New Straits Times, A Kadir Jasin; Naib Presiden KeADILan, Nurul Izzah Anwar; kolumnis Hishamuddin Rais; pensyarah media, Dr Abu Hassan Hasbullah dan Setiausaha Agung Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), V Anbalagan.

Segera saya teringat saranan V Anbalagan dalam program sehari itu, agar media yang dibiayai dana awam, misalnya RTM dan Bernama (Kadir menambah Jabatan Penerangan), selepas Parlimen dibubarkan, tidak lagi boleh dikendalikan Kementerian Penerangan, tetapi diurus selia oleh satu badan bebas.

Pemimpin Umno-BN selalunya tidak dapat membezakan antara aset kerajaan dengan milik parti. Sebagai parti yang turut bertanding untuk merebut dan mempertahankan kuasa, pemimpinnya menjadikan segala kemudahan kerajaan, khususnya agensi strategik seperti RTM, sebagai jentera parti.

Lebih menyedihkan apabila siaran TV swasta, misalnya di bawah kumpulan Media Prima, seperti TV3, lebih bertindak sebagai perkakas propaganda BN. Berdepan PRU13, TV3 diberi kepercayaan tinggi oleh penasihat media Najib untuk menyempurnakan pelbagai kempen awal BN. Lihat saja program "Jelajah Janji Ditepati" dan usaha sama TV3 dengan kerajaan-kerajaan negeri tertentu; semuanya sarat dengan kepentingan politik Umno.

Apa pun, Dr Rais tidak perlu menunggu sehingga pembubaran Parlimen untuk mengumumkan syarat dan kondisi "akses media sama rata itu". Sepatutnya sudah ada rundingan dengan semua parti, yang dikendalikan badan lebih bebas, seperti saranan Anbalagan itu.

Ada yang mencadangkan, selain hebahan manifesto, perlu dianjurkan satu debat siaran langsung TV, membabitkan PM Najib  dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Seorang pembaca Harakah mengirim SMS kepada saya: "Jika debat itu berlaku, seperti slogan lagenda tinju Muhamad Ali, "When I move, the world stop", seluruh negara akan terpukau nanti."

Ada yang bertanya, berapa lama masa yang bakal diperuntukkan buat parti-parti yang bertanding? Apakah tempoh itu berkadaran kepada jumlah calon bagi setiap parti? Adakah ia disiarkan pada waktu puncak? Apabila Rais merujuk kes di England, dengan mendakwa BBC memberi sekitar 10 ke 15 minit untuk menyiarkan manifesto parti-parti, apakah beliau cuba membayangkan tempoh sama juga bakal diberikan?

England merupakan negara yang mengamalkan kebebasan media sepenuhnya. Sedangkan di Malaysia, semua stesen TV -- termasuk Astro Awani yang kelihatan cuba lari daripada tradisi usang RTM dan TV3 -- dikuasai elit penguasa, yang boleh diarah sesuka hati oleh Pejabat Perdana Menteri, apatah lagi dalam saat kritikal PRU13.

Bagi saya, sebenarnya BN langsung tidak memerlukan slot khas itu pun. Sebaik saja Parlimen dibubarkan, semua stesen TV beroperasi seperti BILIK GERAKAN KEMPEN BN. Tetamu yang diundang untuk program bual bicara pastinya bertindak seperti jurucakap Umno-BN. Tengoklah nanti, daripada sejam siaran Buletin Utama TV3, lebih separuh akan dimonopoli propaganda kempen BN sambil menyerang tanpa batas Pakatan Rakyat, malah lebih buruk cuba memutar-belitkan fakta.

Kepada BN, jika diperuntukkan tempoh 5 minit untuk kempen menjelaskan secara rasmi manifesto itu, malah pada waktu larut malam pun, ia sudah lebih daripada cukup,' kan? Bukankah semasa pelancaran manifesto BN sendiri, semua stesen TV akan membentangkannya dengan lengkap dan sempurna? Ya, BN tak memerlukan pun slot itu! (Dan jangan lupa, setiap tahun, perhimpunan agung Umno akan disiarkan secara langsung, bukan saja oleh RTM, tetapi juga TV3, terutama semasa ucapan perasmian dan majlis penutup)

Sepintas lalu, berdasarkan laporan media, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menyambut baik keputusan kerajaan itu. Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nik Abduh Nik Abd Aziz turut  mengalu-alukan kesediaan kerajaan, tetapi mahu ia dilakukan berterusan bukan hanya musim pilihan raya semata-mata.

"Selain manifesto, PAS mencadangkan semua parti dibenarkan berkempen setengah jam sehari selepas Parlimen dibubarkan sehinggga pilihan raya," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man.
Pengadu mohon maaf, minta Mat Sabu dibebas
4:36PM Jun 11 2012  
Saksi pertama kes perbicaraan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai isu komunis Bukit Kepong, hari ini mengaku di Mahkamah Sesyen di Butterworth bahawa beliau membuat dakwaan terhadap Mohamad hanya bersandarkan laporan akhbar bahasa Melayu.

Pesara polis Visva Nathan, 75 dari Raub, mengaku beliau telah
menfitnah Mat Sabu dan meminta maaf kerana membuat aduan polis terhadapnya dengan hanya merujuk kepada laporan akhbar tersebut, lapor Bernama.
Nathan juga mengaku telah membuat aduan polis pada 27 Ogos selepas membaca laporan akhbar tersebut di mana dakwaan itu hanya berdasarkan pada sangkaan dan andaian.
"Saya minta maaf dan tidak mahu pihak polis mengambil tindakan," beliau dipetik sebagai berkata di hadapan Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajuddin di Mahkamah Sesyen di Butterworth hari ini.

Nathan mengaku telah membuat fitnah itu selepas diberikan dua laporan iaitu keratan akhbar berkenaan dan teks ceramah Mat Sabu yang tidak mengandungi perkataan komunis.

Mat Sabu, 57, didakwa membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka di Bukit Kepong dalam satu ceramah di Tasek Gelugor Ogos tahun lepas.

Mahkamah menetapkan 13, 16 dan 17 Julai untuk sambungan perbicaraan.
Sementara itu, dalam laporan Harakahdaily pula, Visva menjawab 'ya saya bersetuju' apabila disoalbalas oleh peguam bahawa bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi beliau (Visva) yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polisnya.
Berikut adalah petikan soal balas peguam Mat Sabu - Mohamed Hanipa Maidin - seperti diterbitkan di akhbar web PAS Harakahdaily:

Soalan: Kamu setuju kamu sendiri tak dengar ceramah Mat Sabu?

Jawapan: Ya, setuju.

Kamu setuju apabila kamu tak dengar apa yang Mat Sabu kata, kamu sebenarnya tak tahu apa yang Mat Sabu kata?

Ya. Setuju.

Cuba kamu lihat laporan laporan akhbar Utusan dan petikan ucapan Mat Sabu, setuju tak apa yang ditulis oleh Utusan adalah tidak sama dengan apa yang Mat Sabu kata?

Ya, setuju.

Mat Sabu tak ada kata perkataan komunis langsung dalam ucapan beliau tapi Utusan ada kata, betul tak?

Betul.

Kamu setuju atau tidak apa yang kamu tulis dalam laporan polis kamu yang katakan Mat Sabu menfitnah polis dan menyokong komunis adalah tidak betul?

Ya, setuju.

Jadi laporan polis kamu tidak betul dan saya katakan bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi kamu yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polis kamu?

Ya, saya setuju. Saya mahu minta apology (maaf) kepada beliau (sambil tunjukkan tangan minta maaf pada Mat Sabu yang ada di kandang orang kena tuduh).

Dalam laporan polis kamu ada sebut minta polis ambil tindakan undang-undang Mat Sabu, kamu masih mahu stick kepada apa yang kamu katakan?

Tidak, saya mahu minta maaf pada Mat Sabu dan he is now my brother. Saya mahu Mat Sabu dibebaskan.

Kamu kata Mat Sabu derhaka pada Yang Dipertuan Agong, saya ingin tanya pada kamu macam mana kamu boleh kata dia derhaka kepada Agong, sedangkan pada masa peristiwa Bukit Kepong Malaysia belum wujud dan Yang Di Pertuan Agong pun belum ada. Macam mana Mat Sabu boleh derhaka pada benda yang belum ada?

Saya tidak boleh jawab soalan itu.

Jadi kamu setuju kamu tidak cakap benda betul dalam laporan polis kamu?


Setuju.

Harakahdaily juga melaporkan saksi mengakui tidak tahu di mana Bukit Kepong dan apabila ditanya oleh Hanipa beliau menyatakan Bukit Kepong terletak di Selangor dan Hanipa lantas menyampuk: "Itu Kepong bukan Bukit Kepong!"

Saksi tersebut yang mengidap diabetik beberapa kali terpaksa berhenti memberi keterangan kerana dikhuatiri akan pengsan kerana berdiri terlalu lama, lapor lidah rasmi PAS itu lagi.

Selepas selesai memberikan keterangan saksi tersebut juga dilapor berjalan menuju ke kandang Mat Sabu dan terus bersalam dengan beliau dan meminta maaf sekali lagi.


Anifah: Perbicaraan Scorpene bukan serius
  • Ahmad Fadli KC
  • 3:03PM Jun 11 2012
 
Perbicaraan dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene yang sedang berlangsung di Perancis bukan satu perkara yang diberikan perhatian oleh Malaysia buat masa ini, kata Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman.

NONE"Ini bukan perkara serius yang kita perlu ikuti dan ia hanya diuar-uarkan pihak tertentu," katanya ketika ditanya persediaan Malaysia menghadapi perbicaraan itu.

Namun, Malaysia akan melakukan persediaan yang sewajarnya untuk menghadapi perbicaraan itu apabila keadaan memerlukan, katanya lagi.

"Setakat ini dari kedutaan (Perancis) pun kita belum terima apa-apa maklumat.

"Tetapi kalau perlu, kita sedia pertahankan," katanya kepada pemberita sewaktu ditemui selepas majlis makan tengah hari bersama ketua wakil negara-negara ASEAN di Kuala Lumpur sebentar tadi.

NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sebelum ini memfailkan tindakan mahkamah di Perancis untuk menyiasat unsur rasuah dalam penjualan dua kapal selam Scorpene oleh syarikat DCNS yang berpangkalan di sana.

Peguam Perancis, Joseph Breham yang mewakili Suaram mendakwa, DCNS membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, untuk kerja-kerja "kejuruteraan komersial".

Menurutnya, hakim siasatan Perancis yang menyiasat kes tersebut ingin tahu tujuan sebenar bayaran itu dilakukan kepada Terasasi yang dimiliki ayah kepada Abdul Razak Baginda, rakan rapat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam perkembangan berkaitan, Speaker Dewan Rakyat hari ini menolak usul tergempar supaya Kementerian Pertahanan menjawab dakwaan penjualan dokumen rahsia berkaitan urusniaga kapal selam itu.

Usul tersebut difailkan ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pada Khamis lalu di bawah Perintah Tetap 18(11).
Liow akhirnya lepaskan WWW15
4:15PM Jun 11 2012  
Setelah dikritik hebat, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai akhirnya membuat keputusan melepaskan nombor pendaftaran 'cantik' WWW15 yang hampir menjadi miliknya.

Liow juga menegaskan tidak pernah membida mendapatkannya tetapi hanya memohon nombor [pendaftaran untuk kenderaan rasmi kementerian daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

NONE"Pejabat saya telah menerima surat rasmi daripada Jabatan Pengangkutan Jalan pada 6 Jun 2012, mengesahkan kelayakan pemberian nombor pendaftaran percuma tersebut.

"Setelah mendapat makluman bahawa nombor pendaftaran tersebut telah dibuka untuk bidaan, saya wajar melakukan yang terbaik dengan tidak menggunakan kelayakan saya.

"Sewajarnya nombor tersebut diberikan kepada pembida tertinggi," katanya dalam kenyataan satu perenggan hari ini.
Pemedih mata 3 kali lebih banyak dari BERSIH 2.0
  • S Pathmawathy
  • 3:21PM Jun 11 2012
 
Jumlah gas pemedih mata yang digunakan dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lebih tiga kali ganda daripada yang digunakan dalam perhimpunan sama tahun lalu.

Menjawab soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah), Kementerian Dalam Negeri berkata, sebanyak 909 kelongsong gas dilancarkan dan 58 lagi jenis balinggan tangan digunakan terhadap peserta perhimpunan.

Kerajaan mengalami kerugian sebanyak RM1.8 jtua daripada "perhimpunan haram", kata menterinya Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Semasa perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai tahun lalu, hanya 262 kanister gas digunakan terhadap lebih 10,000 peserta.
Usul tergempar isu jual rahsia negara ditolak
1:23PM Jun 11 2012  
Usul tergempar supaya Kementerian Pertahanan menjawab dakwaan penjualan dokumen rahsia berkaitan kapal selam Scorpene kepada syarikat pertahanan Perancis ditolak.

Speaker Dewan Rakyat menolak usul yang difailkan anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pada Khamis lalu yang dibuat bawah Perintah Tetap 18(11).

NONEPeguam Perancis Joseph Breham, yang mewakili NGO hak asasi manusia Suaram sebelum ini mendakwa, syarikat berkenaan membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, untuk kerja-kerja "kejuruteraan komersial".

Breham berkata hakim siasatan Perancis yang menyiasat kes yang difailkan terhadap syarikat pembuat kapal Perancis DCNS, atas dakwaan rasuah, mahu tahu tujuan bayaran itu dan meminta laporan transaksi kewangan daripadanya.
Kes Kugan: Konstabel dihukum penjara 3 tahun
  • Hafiz Yatim
  • 1:39PM Jun 11 2012
 
Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhi hukuman tiga tahun penjara terhadap seorang anggota polis berpangkat konstabel kerana menyebabkan kecederaan terhadap tahanan A Kugan yang mati dalam tahanan.

Hakim Aslam Zainuddin ketika menyampaikan keputusan berkata, konstabel berusia 29 tahun itu, V Navindran, didapati bersalah atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan.

Walaupun Navindran menerima tiga tahun penjara bagisetiap kesalahan, tetapi hakim memerintahkannya berjalan serentak.

Navindran mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan pada 1 Oktober 2009 atas dakwaan bawah Seskyen 330 Kanun Keseksaan.

Kugan meninggal dunia dalam tahanan polis selepas didakwa dipukul dalam bilik soal siasat di balai polis Taipan di USJ-Subang Jaya pada jam 7 pagi pada 16 Januari 2009.
Demokrasi ada batasannya, kata Dr M
9:00PM Jun 11 2012  
Demokrasi akan hanya berperanan seperti yang diharapkan apabila manusia memahami batasannya, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
  
Beliau berkata demokrasi tidak akan membawa kebaikan yang dijanjikannya jika rakyat hanya memikirkan tentang kebebasan demokrasi, tetapi tidak tahu tentang tanggungjawab yang datang bersamanya.
  
"Sebaliknya, ia akan hanya menimbulkan ketidakstabilan dan ketidakstabilan tidak akan mengizinkan berlakunya pembangunan dan membolehkan manusia menikmati manfaat daripada kebebasan serta hak yang dijanjikan demokrasi," katanya.
  
Dr Mahathir, yang menjadi perdana menteri Malaysia selama 22 tahun sebelum melepaskan jawatan itu pada 2003, berkata demikian ketika menyampaikan syarahan utama DI majlis konvokesyen khas University of Santo Tomas (UST) di Manila, ibu negara Filipina.
  
Dr Mahathir dianugerahi gelaran profesor kehormat oleh universiti berkenaan. Gelaran itu dianugerahkan kepada tokoh dari luar negara yang mengukir pencapaian cemerlang dalam bidang kepakaran masing-masing.
  
Dalam kenyataannya, Kementerian Luar berkata penerima gelaran itu sebelum ini termasuk pemenang hadiah Nobel dalam bidang kimia dan seorang canselor dari Vatican.
  
Dalam ucapan beliau, yang teksnya diedarkan kepada media di sini, Dr Mahathir menjelaskan dengan panjang lebar tentang kemungkinan kelemahan yang terdapat pada demokrasi, dengan merujuk kepada sebuah negara yang tidak mampu mencapai kemajuan kerana apa yang beliau sifatkan sebagai "terlalu banyak demokrasi".
  
"Sebaik saja sesebuah kerajaan dipilih, pihak yang kalah akan mengadakan demonstrasi dan mogok umum, menuduh kerajaan melakukan penyelewengan.
  
"Kerajaan perlu menangani gangguan ini dan membelakangkan tugas mengurus tadbir yang sepatutnya dilakukannya. Gangguan ini boleh menjadi begitu serius hingga memaksa kerajaan itu berundur," katanya tanpa menyebut nama negara yang beliau maksudkan.
  
Dr Mahathir berkata walaupun negara berkenaan mengamalkan demokrasi, tetapi beliau mempersoal sama ada itu adalah demokrasi yang sebenarnya, sambil bertanya " adakah demokrasi suatu matlamat atau suatu alat?"
  
Sambil menyatakan bahawa Malaysia bukan sebuah negara demokrasi liberal, beliau berkata selalunya, demokrasi dilihat menyediakan suatu 'cara mudah' untuk menukar kerajaan.

"Tak perlu revolusi, tak perlu perang saudara, tak perlu Arab Spring. Hanya dengan satu undi, kerajaan akan jatuh atau dipilih semula berdasarkan kehendak rakyat," kata Dr Mahathir.

Beliau menegaskan bahawa di Malaysia, calon dari parti pembangkang boleh menang dan malah telah menawan beberapa kerajaan negeri.

Mengenai kepimpinan, Dr Mahathir berkata ia tidak boleh sekali-kali
mengamalkan rasuah dan perlu memiliki beberapa kemahiran serta idea berkaitan pentadbiran dan pembangunan negara.

"Nilai seorang pemimpin diukur mengikut idea yang dimilikinya. Untuk membawa kemakmuran kepada negara, dia perlu tahu dasar apa yang perlu dilaksanakan dan strategi mana yang perlu digunakan," katanya.
  
Beralih kepada ekonomi, Dr Mahathir, yang baru-baru ini dipelawa Yemen untuk menjadi penasihat ekonomi khas negara itu, berkata beliau percaya dalam iklim ekonomi yang bermasalah sekarang, Asean perlu bekerjasama secara lebih produktif dan memanfaatkan pasarannya yang terdiri daripada setengah bilion orang.

"Sebenarnya, negara Asia Tenggara memiliki potensi pertumbuhan, kemakmuran dan kuasa yang besar. Apa yang kita perlukan hanyalah rakyat dan pemimpin yang sayangkan negara serta rakyat mereka, lebih daripada diri mereka sendiri," katanya.
  
Kemeterian Luar berkata ketibaan Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di Manila semalam disambut Duta Malaysia ke Filipina Datuk Seri Dr Ibrahim Saad dan para pegawai kedutaan.
  
Dr Mahathir juga mengadakan perjumpaan dengan masyarakat Malaysia dan menyampaikan ucaptama bertajuk 'Pembinaan Negara dan Pembangunan Ekonomi' di majlis makan malam anjuran Asia Society di sebuah hotel terkemuka di sana.

- Bernama

Tiada ulasan: