Selasa, 12 Jun 2012

DAHLAH TU...DAH SALAH NGAKU JE SALAH...NAK LIBATKAN ORANG LAIN...MACAM PAK PANDIR...SUSAH TARAF PENDIDIKAN AGAMA LEMAH NI...BELAJAR AGAMA BERPILIH2...CAMTU PAYAHLAH....

Kes Bukit Kepong: Pengadu mahu Mat Sabu dibebas
OTHMAN YAHAYA
11 Jun 2012
Kes Bukit Kepong: Pengadu mahu Mat Sabu dibebas
Mat Sabu (depan) diiringi penyokong dan peguamnya sebaik tiba di Mahkamah Butterworth
untuk menghadapi prosiding perbicaraan.
BUTTERWORTH - Perbicaraan hari pertama membabitkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkaitan isu kenyataan berkenaan dengan komunis Bukit Kepong di Mahkamah Butterworth di sini, hari ini yang awalnya dijangka akan berlangsung panas bertukar mengejutkan banyak pihak.
Ini kerana saksi pertama,Visva Nathan,75, pesara polis yang dipanggil memberi keterangan, tiba-tiba mengejutkan semua yang hadir mengikuti perbicaraan itu apabila membuat pengakuan memfitnah Mohamad, yang turut dikenali sebagai Mat Sabu, dan  pada masa yang sama, meminta maaf kerana membuat laporan polis terhadapnya dengan hanya merujuk kepada laporan akhbar tersebut semata-mata.
"Saya minta maaf dan tidak mahu pihak polis mengambil tindakan," katanya di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin di Mahkamah Sesyen di sini hari ini sebaik selesai membaca dua laporan akhbar berbahasa Melayu dan teks ceramah Mat Sabu yang jelas menyatakan tiada perkataan komunis yang tertera dan diucapkan oleh tertuduh yang menjadi asas pendakwaan itu.
Pengakuan pesara polis dari Raub, Pahang itu dibuatnya selepas diasak bertubi-tubi oleh peguam bela Muhammed Hanipa Maidin yang mewakili Mat Sabu, berkaitan ketiadaan perkataan komunis yang diungkapkan oleh Mat Sabu dalam akhbar yang menyiarkan berita berkenaan.
Malah saksi itu juga mengaku tidak terdapat perkataan komunis dalam teks ucapan Mat Sabu selepas ditunjukkan kepadanya semua dokumen berkenaan semasa berdiri dalam kandang saksi dalam prosiding, hari ini.
Beliau turut berkata, dakwaan terhadap Mat Sabu yang terkandung dalam laporan polis yang dibuatnya pada 27 Ogos tahun lalu berkaitan isu itu hanya bersandarkan pada laporan akhbar bahasa Melayu yang dibacanya.
Pada awal perbicaraan beliau menjawab dengan tenang semua soalan yang dikemukan oleh Muhammed Hanipa, tapi nadanya bertukar sebaliknya sebelum didengar mengiyakan dan memohon maaf atas perbuatannya itu.
Sebaik Nathan berbuat demikian,suasana mahkamah yang hening sebelumnya bertukar menjadi hampir bising apabila hadirin mula menghela nafas termasuk berpandangan antara satu sama lain dan berada dalam kehairanan.
Bagaimanapun suasana berjaya ditenangkan oleh pegawai polis yang bertugas dengan meminta hadirin diam dan menumpukan perhatian kepada perbicaraan.
Mat Sabu, 57, didakwa membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong dalam satu ceramah di Tasek Gelugor Ogos tahun lepas.
Beliau didakwa memfitnah anggota polis berkenaan dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, dengan mengetahui bahawa tohmahan yang dibuat akan merosakkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka.
Mat Sabu diwakili oleh barisan peguam yang terdiri dari Muhammed Hanipa, Nasar Khan Mirbas Khan dan Aminuddin Zulkifli manakala pendakwaan dikendalikan oleh Yusaini Amer Abd Karim.
Mahkamah Sesyen kemudiannya menetapkan 13, 16 dan 17 Jun ini untuk sambungan perbicaraan.
Sementara itu Muhammed Hanipa yang ditemui berkata, pihaknya akan tetap membuat rayuan kedua di Mahkamah Rayuan di Putrajaya untuk mengenepikan dakwaan yang dikenakan terhadap Mat Sabu selepas usaha pertama berbuat demikian di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 22 Februari lalu ditolak.
Mat Sabu yang mengenakan baju kemeja putih dilihat sering tersenyum sepanjang prosiding berlangsung termasuk ketika berada dalam kandang orang kena tuduh.
DAP tidak akan rebut jawatan PM
ARHIZA AHMAD
11 Jun 2012
DAP tidak akan rebut jawatan PM
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek(kanan) bersalaman dengan Ketua Menteri Pulau Pinang
yang merupakan anggota parlimen Air Putih, Lim Guan Eng di luar Dewan Rakyat.-Foto Bernama
KUALA LUMPUR - DAP menegaskan bahawa mereka tidak akan merebut jawatan Perdana Menteri, sebaliknya menyerahkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Paktan Rakyat konsisten dengan kenyataan sebelum ini bahawa sekiranya Putrajaya berjaya ditawan, yang mana hanya seorang sahaja layak sebagai Perdana Menteri iaitu Anwar sendiri.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, secara peribadi beliau tidak layak dan tidak berminat untuk menjawat jawatan tersebut.

"Ada ramai yang lebih layak dan berpengalaman untuk meneraju negara dan menjadi Perdana Menteri. Saya akan bertanya beliau apa jawatan atau kuasa yang akan diberikan kepada saya," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohd Ali minggu lalu, yang menyatakan bahawa Anwar akan melepaskan jawatan dalam tempoh tiga bulan selepas memenangi pilihan raya bagi memberi lalu kepada Guan Eng untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.
PM diminta segera bubar Parlimen
Wartawan Sinar Harian
11 Jun 2012
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digesa agar tidak terus berteka-teki mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan diminta segera membubarkan Parlimen.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR berkata, PKR di semua peringkat negeri dan akar umbi sudah bersiap sedia untuk menghadapi PRU13 dan menggesa Najib membuat kenyataan terbuka bahawa Umno sedia menerima kekalahan dalam PRU13.

“Kita minta Perdana Menteri hentikan teka-teki mengenai tarikh PRU13 ini dan segera bubarkan Parlimen kerana rakyat sudah bersedia untuk hadapi Pilihan Raya.

“Kita juga tidak mahu Umno teruskan budaya samseng seperti yang dilakukan sebelum ini dan Najib perlu bertanggungjawab membuat kenyataan terbuka bahawa Umno sedia terima kekalahandan hormati keputusan rakyat,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, sebanyak 13 juta risalah yang mengandungi manifesto Pakatan Rakyat (PR) mengenai 13 isu rakyat turut diedar ke seluruh kawasan cabang PKR menerusi Kempen 1 Pengundi 1 Risalah.

“Selain pengedaran risalah ini, kita turut menggunakan sistem data berkomputer yang membolehkan kita mengesan pergerakan pengundi-pengundi hantu dari satu kawasan ke kawasan lain.

“Dengan adanya sistem ini akan dapat membantu kita menangani masalah pengundi hantu dengan lebih awal sebelum PRU berlangsung,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Pelepasan Konvoi Kempen Pilihan Raya PKR Peringkat Negeri Johor, di sini, semalam.
Isu K-Pop: Pas hipokrit, kata menteri
NOOR AZURA SAHRIL
11 Jun 2012
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
KUALA LUMPUR - Pas digesa memberi penjelasan berhubung sikap 'double standard' yang ditunjukkan oleh parti tersebut terhadap isu tarian ala K-Pop pada Majlis Makan Malam PKR, Bertam Nite di Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sikap hipokrit kepimpinan parti Islam itu, yang hanya mengkritik persembahan K-Pop pada Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya tempoh hari mencerminkan ia tidak konsisten memperjuangkan agama tersebut.

“Sikap pilih kasih Pas yang tidak menegur sekutunya, PKR dalam mengadakan konsert seksi pada majlis makan malam itu menunjukkan parti tersebut hipokrit dalam perjuangan Islamnya.

“Ini bukan kali pertama Pas begini, sebelum ini pun parti itu telah mengeluarkan pelbagai peraturan dan ‘fatwa’ yang berubah-ubah.

"Ini termasuk menyatakan bahawa suara adalah aurat bagi wanita dan mereka enggan menghantar qariah mereka pada mana-mana tilawah sebelum ini," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen di sini, semalam.

Namun, kata beliau, kini mereka meletakkan lebih banyak calon wanita untuk bertanding pada pilihan raya dan terbaru, menggunakan penyanyi terkenal untuk menyanyi pada majlis-majlis mereka.

Jelas Shabery, sikap 'double standard' dalam itu berkenaan perlu diperjelaskan oleh kepimpinan Pas kerana ia telah menimbulkan jutaan persoalan dalam kalangan rakyat yang meluahkan isi hati mereka dalam media sosial masing-masing.

Tegasnya, sikap berdiam diri beberapa pemimpin Pas yang hadir pada Bertam Nite itu turut menunjukkan parti itu hanya mempergunakan isu pada Himpunan Jutaan Belia demi kepentingan politik mereka semata-mata, bukannya untuk menegakkan perjuangan Islam mereka.

“Sekiranya mereka benar memperjuangkan apa yang mereka katakan  sebelum ini, mereka perlu tampil dan meminta maaf kerana sikap berdiam diri mereka mengelirukan  umat Islam lain. Saya pun meminta maaf sebelum ini,” katanya.

Katanya, sungguh jelas pakaian penyanyi yang dipanggil membuat persembahan malam itu lebih seksi berbanding persembahan artis Korea pada Himpunan Sejuta Belia itu.

PKR menyediakan persembahan istimewa untuk ahli dan tetamunya pada majlis makan malam parti itu di Dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai.

Majlis yang turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman itu mempersembahkan tarian tiga gadis yang memakai skirt pendek.

Pertunjukan tarian seksi ala K-Pop itu mengejutkan kerana ia turut dihadiri beberapa pemimpin Pas tempatan dan ahlinya.
Lajim nafi keluar Umno, sertai pembangkang

11 Jun 2012
Lajim nafi keluar Umno, sertai pembangkang
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin melambai tangan
sebelum beredar dari bangunan Parlimen di sini, hari ini. -Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin hari ini menafikan laporan sebuah portal berita kononnya beliau akan meninggalkan Umno dan menyertai barisan pembangkang di Sabah.
  
Anggota Parlimen Beaufort itu berkata khabar angin tersebut tersebar kerana beliau pernah mengadakan pertemuan dengan beberapa rakan pemimpin dari parti lain di Sabah bagi membincangkan dan menyelesaikan masalah rakyat.
  
"Saya bercakap begitu (berjumpa dengan pemimpin lain di Sabah) supaya ada penambahbaikan, ada jaminan dan ada perubahan dari segi kepimpinan di peringkat negeri, dari segi approach dan harapan rakyat sebelum pilihan raya umum ke-13," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.
  
Semalam Malaysiakini melaporkan khabar angin kononnya Anggota Majlis Tertinggi Umno itu, dan Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazan-dusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Wilfred Bumburing akan menyertai majlis anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), sekali gus menyertai pembangkang.
  
Lajim berkata melalui perbincangan seumpama itu pelbagai perkara penting berkenaan masalah dan kebajikan rakyat Sabah dapat diketahui.

"Rakyat meletakkan harapan yang besar kepada kerajaan negeri dan persekutuan dalam menangani apa juga masalah dihadapi mereka, contohnya di peringkat saya seperti masalah air dan banjir yang tidak sudah-sudah dialami rakyat, ini semua saya suarakan demi rakyat," katanya.
  
Mengulas mengenai penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak awal bulan ini, beliau berkata rakyat di negeri itu perlu diberi kefahaman yang jelas berkenaannya.
  
"Setelah RCI diumumkan mungkin rakyat Sabah mahu tahu berkenaan apa tindakan susulan yang diumumkan mengikut term of reference? (terma rujukan)...mestilah ada tindakan awalan dan apa yang perlu dibuat yang jelas," katanya.
  
Sementara itu di RANAU, bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Tan Sri Kasitah Gaddam menafikan dakwaan kononnya beliau antara pemimpin Sabah yang akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari barisan pembangkang.
  
“Tidak benar sama sekali bahawa saya berhasrat untuk menyertai mana-mana parti pembangkang,” katanya kepada Bernama.
  
Beliau mengulas laporan akhbar dan berita portal mengenai hal tersebut.
  
Selain Kasitah, laporan itu pada Sabtu turut menyebut beberapa pemimpin lain yang bakal menyertai PKR termasuk bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Osu Sukam, bekas Timbalan Ketua Menteri dan Adun Banggi Datuk Amir Kahar Mustapha, dan naib presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Senator Datuk Maijol Mahap.
  
Sambil menyifatkan laporan itu tidak tepat, Kasitah yang juga bekas anggota Parlimen Kinabalu (sekarang Parlimen Ranau) berkata: “Saya akan meneruskan perjuangan bersama-sama UMNO-Barisan Nasional demi kepentingan dan masa depan rakyat dan negeri Sabah,” katanya. - Bernama

Tiada ulasan: