Isnin, 4 Jun 2012

MEREKA YANG BERCAKAP BEGINI...IA MASIH ANGGAP RAKYAT MASIH DALAM TEMPURUNG...MASIH BERCAWAT SERTA TINGGAL ATAS POKOK LAGI...MEREKA ANGGAP RAKYAT TAK TAHU ...SAPE PENIPU...KAKI RASUAH...KAKI KEBAS..BERSALAH TAPI LEPAS..DLL...CIAN ORANG MACAM NI...JENIS SYOK SENDIRI...MEREKA TAK TAHU RAMAI DAH MELUAT PERANGAINYA...RUPA PARAS TAK BOLEHLAH...ITU CIPTAAN ALLAH SWT...

Dr M: Himpunan besar PAS tak akan jadi undi

  • S Pathmawathy
  • 7:33PM Jun 4 2012

Jumlah besar yang membanjiri program PAS di Kedah tidak akan diterjemahkan di kertas undi, kata Tun Dr Mahathir Mohamad sambil menegaskan peserta dibayar untuk menghadirinya.

NONEBeliau sendiri pernah berceramah dalam majlis yang dihadiri tidak sampai seratus orang tetapi masih mampu menang dalam pilihan raya, katanya dalam sidang media di Cyberjaya hari ini.

Anak kelahiran Kedah itu berkata, perkara itu akan dapat dilihat apabila pilihan raya berlangsung tidak selepas ini.

PAS mendakwa, dalam acara yang dinamakan "Himpunan Hijau ke Putrajaya" Sabtu lalu dihadiri lebih 100,000 orang. Ia dilihat cuba menyanyi perhimpunan besar Umno di Bukit Jalil dua minggu sebelum itu.
'Skop Panel Hanif lebih luas dari Suhakam'

  • Nigel Aw
  • 7:49PM Jun 4 2012

Panel bebas bagi menyiasat dakwaan keganasan polis dalam perhimpunan BERSIH mempunyai skop yang lebih luas daripada inkuiri yang dijalankan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), kata ketuanya.

Tun Hanif Omar berkata, melihat terma rujukan yang ditetapkan Suhakam, ia hanya memfokuskan kepada isu hak asasi manusia.

Sedangkan, tambah bekas ketua polis negara itu, panel yang dibentuk kerajaan itu meliputi 10 perkara lain.

Justeru kata Hanif, tidak tetap berkata panel kerajaan akan menjalankan tugas yang sama.

Hanif pada 9 Mei lalu dilantik mengetuai panel itu bagi menyiasat dakwaan insiden kekasaran dalam perhimpunan 28 April sebelum ini.

Panel itu disertai enam anggota termasuk bekas hakim, wakil media dan ahli akademik.
Dr M tak tahu banyak tentang 'Projek IC'

  • S Pathmawathy
  • 7:09PM Jun 4 2012

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui isu pemberian kerakyatan kepada pendatang asing tidak sah sekitar 90-an berlaku tetapi mendakwa beliau tidak banyak mengetahuinya.

Seperti juga jenayah yang berlaku pada masa orang lain, ia tidak semestinya membawa maksud pihak terbabit bersalah, katanya.

NONEDr Mahathir, perdana menteri selama 22 tahun, ditanya berhubung pengumuman penubuhan suruhanjaya siasatan diraja untuk menyiasat dakwaan ratusan ribu diberi kerakyatan dalam 'projek' itu.

Perdana menteri terlama di negara ini bagaimanapun berkata sepanjang tempoh memantau pergerakan pendatang merupakan tugas yang sukar.

Katanya, jika beliau akan memberi penjelasan jika terdapat pihak merasakannya bertanggungjawab.

Bagaimanapun perkara itu berlaku ketika kemampuan untuk memantau pergerakan terhad, terutamanya apabila melibatkan suku yang sering berpindah randah seperti Bajau Laut, kata Dr Mahathir.
Menteri pertahan bida RM24,200 untuk WWW15
6:44PM Jun 4 2012
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai mempertahankan bidaan RM24,200 yang dibuatnya untuk nombor pendaftaran WWW15 baru-baru ini.

Katanya, tindakan itu diambil kerana nombor baru itu untuk kereta rasmi baru yang sudah melepasi jangka hayat.

liow tiong lai and healthcare in malaysiaMenurut laporan media berbahasa Cina, Liow menjelaskan bahawa bidaan itu dijalankan oleh pegawainya.

Katanya, kementerian terpaksa menggantikan kereta rasmi yang digunakan sekarang dan oleh yang demikian nombor pendaftaran baru perlu dibida.

Beliau bagaimanapun dilihat mengelak soalan berhubung siapa yang membayar jumlah besar itu.

"Ini kereta rasmi... ia rasmi," beliau dipetik sebagai berkata.
Dr M: Tiada kesaksamaan untuk orang 'istimewa'
7:27PM Jun 4 2012
Dalam satu tulisan penuh sindiran hari ini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kesaksamaan undang-undang tidak wujud, terutama apabila melibatkan calon untuk perubahan kuasa "yang disukai oleh kuasa asing."

Walau tidak menamakan individu yang dimaksudkan, tulisan bertajuk "Equality Before the Law" yang dimuatkan di blog chedet.cc itu jelas merujuk kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mahathir memulakan hujahnya dengan menyatakan bahawa golongan yang tidak mampu membiaya peguam yang "pandai dan pintar" atau peguam yang merupakan "ahli politik hebat" dan boleh "menakutkan hakim" akan tewas dalam kes mereka.
Hanif: Pendedahan rakaman tak jejas siasatan

  • Nigel Aw
  • 8:22PM Jun 4 2012

Pengerusi panel siasatan BERSIH 3.0 Tun Hanif Omar berkata tindakan polis mendedahkan rakaman video perhimpunan tersebut tidak akan menjejaskan siasatannya.

Hanif berkata, panel inkuiri berkenaan akan mendapat akses kepada rakaman sepanjang 73 jam berhubung perhimpunan 28 April itu.

Katanya, 43 rakaman itu tidak disunting untuk didedahkan kepada orang awam.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebelum ini berkata video yang akan didedahkan kepada orang awam itu didakwa menunjukkan tidak kesemua peserta perhimpunan tersebut berniat untuk berhimpun secara aman.

Oleh itu, undang-undang sentiasa memihak kepada golongan kaya, bukan golongan miskin, katanya.

Beliau menjelaskan perkara itu dengan memberi contoh bahawa peguam yang bijak, ditakuti dan dibayar mahal mungkin sekali memenangi kes berbanding peguam biasa.

"Tidak kurang juga undang-undang antarabangsa. Jika anda memimpin negara yang berkuasa, anda boleh membunuh beberapa juta (orang) dan apa yang berlaku ialah satu tugu, sebagai seorang wira perang, didirikan untuk menghargai anda," katanya.

Tiada ulasan: